Tuesday, 29 December 2015

BERSAMA MENJADI BINTANG (268) BERSAMA MENJADI BINTANG


BERSAMA MENJADI BINTANG (268) BERSAMA MENJADI BINTANG
Rabeah Binti Mohd Ali jom bonda kita sama sama mengikutinya. suatu hari nanti.
Wasif Wan added 12 new photos — with Smile Zuan and 2 others.
“Ziarah Karyawan Sempadan Tahun”, di Hulu Rening, Batang Kali,Selangor(27 Disember 2015)
Acara dirasmikan oleh YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah@Ku Li .
Ziarah Karyawan pimpinan Pak Yassin Salleh-Raja Ahmad Aminullah ini telah diadakan di Ulu Legong,Kedah-Janda Baik,Pahang-UPSI Perak-Kuala Sungai Baru,Melaka sebelum ini dan kali ini diadakan pula di Batang Kali,Selangor.

BERSAMA MENJADI BINTANG

Insya-Allah jika Allah masih pinjamkan usia bonda tapi syaratnya di hari tersebut semua peserta membaca karya bonda sampai puas hingga ke fajar baru bonda boleh datang itupun jika dijemput...hehehhe


SALAM SASTERA UNTUK SEMUA RAKAN-RAKAN SASTERA...MACAM SERONOK JER....hehehe

Kerana tak dapat baca puisi sepuasnya maka disiarkan puisi karya Ratu Rimba Niagara agar dapat rakan-rakan sastera baca sepuasnya jangan marah yer...hehehe

Baca jangan tak baca...tapi jangan baca sampai ke fajar...jika mengantuk lenalah dulu mimpi nan indah ya...mimpi sampai ke bintang...hehehe


MENGGENGGAM IMPIAN SEPERTI MEMINTAL ILUSI MENJADI REALITI

Semua orang ada impian...
Impianku tinggi menggunung

Sudah puluhan tahun aku mendaki
Terlalu banyak onak dan duri kulalui
Biarpun onak dan duri sudah sebati dalam diriku
Adakalanya aku putus asa untuk menggapai impian

Ribut petir selalu membunuh anganku menggapai impian
Hinggakan aku tak mampu untuk bertahan lagi...
Tapi dek kerana misi dan visi ku yang sudah lama kudambakan
Ku terus...dan terus...memburu impian ....
Biarpun datang berjuta halangan tak kupedulikan lagi
Kerana ku sudah kesuntukan masa untuk berleka memburu impian

Impian...oh! Impian....
Impianku menjadi bahan lawak
Kerana impianku di luar kotak pemikiran
Siapalah aku untuk menggapai impian itu

Mana mungkin aku seorang untuk merealisaikan impianku itu
Kerana impian ku tak pernah padam
Hingga saat ini ku masih pertahankan impianku biarpun
berseorangan terkial-kial dalam pendakian yang entah bila penghujungnya

Biarpun hangus terbakar jemariku...
Ku tetap menggenggam impian
Hingga sampai penghujungnya

Menggenggam impian seperti, ' Memintal Ilusi Menjadi Realiti
Mana tahu hadirmu tanpa dugaku...
Berganding bahu denganku...
Berkongsi segala bebanan yang kupikul
Bagaikan sinar pelangi yang takkan padam...
Mengiringi pendakianku memburu impianku
Kerana impianku seiring dengan impianmu
Kerana kita punyai minat yang sama
Matlamat yang sama
Ingin jadikan impian menjadi kenyataan

Terima kasih pelangiku kerana sudi berganding bahu bersamaku
Moga indah warna-warni pelangimu takkan hilang hingga bila-bila
Selagi nafasku ada...Syukurku pada Alllah
Kehadiranmu selalu kunantikan dalam illusiku
Tapi kini bukan illusi lagi
Berkat keikhlasan hatimu padaku
Amat mengharukan aku...
Moga kau dan aku seia sekata
Senada seirama
Sama-sama menggenggam impian
Impianku impianmu berpadu menjadi realiti
Biarpun tak menjadi realiti
Setidaknya kita telah mempunyai impian yang sama
Ayuh...sama-sama kita jayakan
Mana tahu...impian jadi kenyataan!
Aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
Dia Maha Berkuasa Untuk Menjadikan Impianku Satu Realiti
Jika ianya satu realiti kusyukur dalam sujudku
Kerana tiada daya upayaku melainkan dengan Izin-Nya

Karya Ratu Rimba Niagara
13 Safar 1434H
26 Disember 2012


APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG

Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
berada di dasar laut.
Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’
Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.

“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?

Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.

Setiap hari Tapak Sulaiman
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.

“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… Tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .

“Engkau jangan memperlekeh
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
memecah ketenangan malam itu.

Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!

Gerakkan dasar laut telah membawa
Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.

Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!

Seakan mimpi tapak sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.

Bila malam tiba Tapak Sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.

Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”

“Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
Tapak Sulaiman pada malam itu.

“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku? Sedangkan
Jarak dengannya…
Dia di langit aku dibumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”

Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri Tapak Sulaiman.

“Tapak Sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.

Ke mana?”

“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”

“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan Tapak Sulaiman!

Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
Ini jika digunakan keajaiban minda!

“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.

Karya Ratu Rimba Niagara
13 Safar 1434H
26 Disember 2012


LAUTAN SASTRAMU

mereka bilang
ratu pujanggaku
jangan gundah gulana
tersenyumlah
gembiralah
syukurlah
karena sapaan sastramu
yang kau tunggu-tunggu
sejak puluhan tahun
sudah ada yang sudi menyapa sasteramu
tak perlu kau putus asa
tak perlu kau tunggu 500 tahun akan datang
baru anak cucumu menyapa sastramu
waduh! andai 500 tahun lagi ditunggu
baru datang menyapa sasteramu
berapa generasi yang mahu ditunggu
baru terealiti sastramu
pasti tika itu kau, aku dan beberapa generasi sudah lama bersemadi pasti bersemadinya kita tidak tenang kerana kita sedang berjawab di alam barzah
makanya atas dasar kesedaran itu...
aku bangkit dengan satu semangat juang untuk merealiti cita sastramu selagi dayaku

Ratu pujanggaku...
tak perlu ditunggu 500 tahun lagi
sekarang aku sudah bersiap sedia menyapa cita sastramu
agar segera direalitikan

Tahukah kau ratu pujanggaku...
sejak aku mula terbaca karya sastera mu di alammaya
aku terhanyut...aku terbuai...aku terbius...aku tenggelam
dalam lautan sastramu yang memukau jiwaku
jiwaku tersentuh karna selama ini aku tidak pernah tahu apa itu
arti kasih sayang sesama manusia jauh sekali
Mencintai Tuhanku Yang Mencipta Alam Semesta Sebegini Hebat!.

Ratu pujanggaku...
kaulah ratu sastra
yang membangkitkan jiwa-jiwa
yang sedang tercari-cari di manakah ingin di bawa dunia yang hampa ini agar tidak hampa di akhirat nanti

Ratu pujanggaku...
sastramu bagaikan lautan sastera yang memukau
saujana mata memandang
keteduhan syahdu sasteramu
aman...damai...mendamaikan minda
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
hingga aku terlena dalam bahasa-bahasa
indah yang memukau jiwa kelelahan
seharian menghadapi bebanan kerja yang tiada penghujungnya

Ratu pujanggaku...
lautan sasteramu...
kusangkakan lagi aku pergi jauh ke dasar lautan pasti aku kelemasan tapi rupanya lautan sastramu
teramatlah indah diindahkan dengan taman karang bunga-bunga sasteramu semuanya melambai-lambai agar aku sudi memetik mana satu berkenan di hatiku
bunga karang sasteramu bilang ke aku...,"sudilah petik kami untuk dibawa pulang sebanyak mana mahumu kerana sekuntum bunga karang sastera yang kau petik akan berkuntum-kuntum tumbuh banyaknya tak terkata makanya petiklah kami untuk dibawa pulang dan jangan lupa hadiahkan bunga karang sastera Ratu Rimba Niagara kepada teman-temanmu yang lain."

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Ratu Pujanggaku...
bunga-bunga karang sasteramu yang kupetik
telah kubagi-bagikan kepada teman-temanku
mereka amat menyukairnya
mereka bilang akan mendukung bersamaku merealitikan cita-cita sastramu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
11 Zulkaedah 14354H
17 September 2913M



ALLAHU AKBAR SYUKURKU YA ALLAH , KAU KURNIAKAN AIR TERJUN NIAGARA YANG BEGITU INDAH MENJADI SUMBER INSPIRASIKU BERKARYA.ALLAHU AKBAR KEINDAHAN YANG DAPAT DIKONGSIKAN DENGAN SELURUH PENGHUNI DUNIA. ALLAHU AKBAR AAMIIN.

INILAH LADANG BUNGA SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA ANUGERAH ILAHI YANG DISYUKURI SEBANYAK-BANYAK-NYA, PETIKLAH SEMAHUMU KARENA KU TAK BIMBANG BILAMANA KAMU MEMETIK SEKUNTUM AKAN BERKUNTUM-KUNTUM TUMBUH TAK TERKIRA BANYAK-NYA
ALLAHU AKBAR AAMIIN.


LIHATLAH LADANG KARYAMU SAUJANA MATA MEMANDANG!

Aku suka berladang
ladangku luas
seluas saujana mata memandang

Aku puas dengan hasil usahaku
aku tak gunakan jentera apa-apa
untuk mengusahakan ladang
aku hanya berbekalkan
semangat
cita-cita
dan harapan

Untuk menjayakan ladangku yang luas inilah
kugunakan cangkul
cangkul yang matanya hari-hari kuasah
agar tajam senang aku nak bercangkul

Nak pikir dari segi logik
emangnya tak logik
tak masuk akal
bagi orang yang barakal
mana bisa hanya berbekalkan cangkul boleh mengusahakan
sebuah ladang yang luas terbentang
bersendiriaan
kesendiriaan
berhujan
berpanas
dihina
dijelekkan
yang ada kejian dan cacian
hingga kering air mataku

Berhujan kek
berpanas kek
ribut angin topan kek
apa kek lah
sampai tak ada kek lagi
setiap hari aku bercangkul
cangkul...cangkul...cangkul...
cangkul tanpa mengenal arti capek
jemu dan berputus asa

Semuanya bilang aku ini gila
ketawakan aku
segala usahaku tak akan jadi realiti
menjadi bahan ketawa
karna anganku yang tak masuk akal

Lalu ku tanya dunia
duhai dunia ...adakah kau sudi mendukung usahaku
satu dunia geleng kepala
satu dunia tak akan membantumu duhai cangkul
dunia hanya mampu ketawakan bila cangkulmu tumpul
dicangkulkan juga sepenuh daya
pasti tak menjadi usahaku bertanam di ladangku

Lalu ku tanya bumi
duhai bumi
bisakah kamu mendukung perjuanganku
bisa duhai cangkul
aku diutuskan oleh Tuhanku
untuk membantumu
karena kau berusaha sedaya upaya menggunakan cangkul
mengusahakan ladang yang luas
tengok tu ...
ladang karyamu seluas-luasnya
ladang karyamu sudah pun berhasil
sudahpun dipetik hasilnya
oleh jutaan pembaca ladang karyamu ...
mereka semua suka
mereka terharu
syahdu
merasai hasil tanaman karyamu
setelah makan hasil tanaman karyamu
lagi dimakan lagi tak jemu
sebagaimana kamu berkarya
lagi berkarya lagi banyak ide
kamu berbagi pada semua
tanpa mengira keuntungan duniawi

Makanya kau jangan bilang kau
akan tewas atas usahamu menyediakan
ladang karya nan luas ini
biarpun pada pandangan mereka
tiada mendatangkan hasil duniawi untukmu
anggaplah itu kata-kata orang-orang yang mendengki
apabila dia mendengki
dia dengkikan kamu
karna dia nggak bisa
berkarya berbakti pada manusia
sebab Allah tak ijinkan mereka berkarya
Allah ijinkan kamu berkarya
karna kamu bukan pentingkan keuntungan duniawi
yang kamu mahu ladang karya kamu luas dan hasilnya
adalah untuk anak cuu nusantara

Percayalah Allah redho hasil usahamu
janganlah bimbang percayalah yakinlah
Allah sentiasa bersama orang yang suka berbuat kebaikan

Cangkul yang kau gunakan
untuk mengusahakan ladang karyamu itu
akan menjadi saksi
di hari kematianmu
mencangkul bumi
dari Allah kau datang
dari Allah kau dikembalikan
Allah yang hidupkan
Allah yang mematikan yang hidup

Cangkulmu pasti akan tersenyum,
'Sehingga akhir nafasku aku berbakti denganmu duhai manusia
Sekarang kau kukebumikan
Selamat tidur dalam pelukan bumi
Selamat tidur di Taman Syurga
Selamat tidur Bidadari Syurga
Selamat menikmati suasana Syurga hingga hari Qiamat
kau akan dibangunkan agar dapat melihat wajah Tuhan
yang Menciptakan kamu bersama-sama dengan hamba-hamba
pilihan-Nya'

CETUSAN IDE RATU RIMBA NIAGARA
13 Oktober 2013M
8 Zulhijjah 1434H



GUBAHAN BUNGA-BUNGA SASTERAKU UNTUKMU PENGHUNI ALAMMAYA...


BUNGA-BUNGA SASTERAKU KUTERBANGKAN DI SUDUT HATIMU.

INGIN KUTEMPA SASTERAKU AGAR MENJADI SERPIHAN HATI LALU MENELUSURI JIWAMU , JIKA KAU MULA MEMAHAMI DAN MERASAINYA DI SITULAH BERMULANYA DUNIA SASTERAKU DALAM JIWAMU...... ANDAINYA ADA YANG TIDAK BERKENAN DI HATIMU DALAM DUNIA SASTERAKU TEGURLAH AKU DENGAN KATA-KATA NAN INDAH KERANA KATA-KATA NAN INDAH ITULAH YANG AKAN MENGHIDUPKAN DUNIA SASTERAKU.

SETIAP HARI AKU DILIMPAHI ILHAM YANG TAK PUTUS-PUTUS DARI-NYA. KERANA KETERUJAAN ITU AKU INGIN BERKONGSI DENGAN SELURUH PENGHUNI ALAMMAYA...TIADA NIAT SEBESAR ZAHRAH PUN UNTUK BERBANGGGA DIRI.
SETIAP KALI AKU MENGARANG MENGENAI KETUHANAN, ROH, ALAM BARZAH DAN LAIN-LAIN BUKAN NIATKU UNTUK MENGAJAR SESIAPA, ITU ADALAH UNTUK MUHASABAH DIRIKU SENDIRI YANG SENTIASA LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH-NYA DI MUKA BUMI INI. JIKA KAU MASIH LAGI TIDAK MEMAHAMI DUNIA SASTERAKU MAKA JANGAN CEMUH DUNIA SASTERAKU BIARKAN SASTERAKU KESENDIRIAAN BARANGKALI SASTERAKU TIDAK DAPAT BERTAHTA DI HATIMU. NAMUN BEGITU DUNIA SASTERAKU TIDAK AKAN MENGALAH AKAN TERUS BERSASTERA, AKAN KUBIARKAN CURAHAN ILHAMKU MENGALIR DI DUNIA SASTERAKU TANPA ADA SEKATAN DARIPADA MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMINYA KERANA ITU ADALAH DUNIA SASTERAKU. AKU YAKIN SATU SAAT NANTI AKAN HADIR PENGHUNI ALAMMAYA YANG MEMAHAMI DAN MERASAI KEINDAHAN DUNIA SASTERAKU....PENGAKHIRAN AKAN HANYA ADA SATU MATLAMAT KENAPA AKU BERSASTERA,,,,,, KERANA AKU MAHUKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARI-NYA AGAR BERSAMA MEMBINA JAMBATAN KE SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 MUHARRAM 1437H
10 NOVEMBER 2015.


'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'



MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH



'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'


As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
17 RABI'UL AWWAL 1437H
29 DISEMBER 2015


"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"

0 comments:

Post a Comment

 
;