MUJAHID FISABILILLAH-MU (287) PANTUN SELAMAT TAHUN BARU 2016 DR TUAH
Timeline Photos
SELAMAT TAHUN BARU 2016 MASIHI "Apa salah kita jadikan kepulangan kita dinanti-nanti bukan yang didoakan janganlah datang lagi." - dr. hm tuah iskandar al-haj |
“Kebanyakan lelaki memang tak pandai bermain kata-kata setelah berkahwin, dia pakar sewaktu belum kahwin sahaja, tapi bila dah kahwin, terus beku dan bisu.
Pasal apa? Pasal orang lelaki anggap ini kecil saja, ini soal remeh, sedang orang perempuan anggap berbeza. Orang perempuan kalau lelaki mula diam dia ingat dah ada perempuan lainlah tu.
Sebenarnya tidak, orang lelaki memang malas dan juga tak pandai. Cara dia tunjukkan dia sayang, dia kisah, dia prihatin, nanti, tiba-tiba dia bawa balik geran tanah, bila awak tengok, eh, ini macam nama saya ni bang? Iyalah nama awak.
- Dari buku INI KISAH SUAMI ISTERI 2
PANTUN SELAMAT TAHUN BARU 2016 DR TUAH
Selamat tahun baru dr tuah,
Moga 2016 bertuah semuanya,
Berkat mendapat ilmu dr tuah,
Berjaya dunia akhirat semuanya.
Mengenali dirimu sesuatu yang indah,
Seindah pelangi di malam hari,
Ilmu disampaikan bermadah-madah,
Hingga terkesan di sanubari.
Ilmu disampaikan penuh ceria,
Seceria pelangi di malam hari,
Semua yang mendengar beria-ia,
Sukanya hati tak terperi.
Terima kasih dr tuah,
Mencurahkan ilmu tak rasa rugi,
Moga kita sama-sama bertuah,
Bahagia di dunia bahagia di Syurgawi.
(Insya-Allah Aamiin)
Karya Ratu Rimba Niagara.
20 Rabiul Awal 1437H
1 Januari 2016
(Pantun Puisi Diilhamkan Istimewa Untuk Sahabat Dunia Akhiratku Dr Tuah Moga Persahabatan Nan Ini Dapat Diteruskan Sampai Syurga Aamiin)
PETIKAN PAGE DR TUAH & RATU RIMBA NIAGARA
20 RABIUL AWWAL 1437H
1 JANUARI 2016
0 comments:
Post a Comment