MUJAHID FISABILILLAH-MU (280) AKU INGIN KEMBALI KEPADA-NYA DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG AAMIIN
AKU INGIN KEMBALI KEPADA-NYA DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG AAMIIN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH MOGA CINTA DAN KASIHKU TERPATRI SAMPAI SYURGA AAMIIN
MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA
Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,,
hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ.
WAHAI JIWA YANG TENANG
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
Datuk Haji Faiz posted 2 updates.
TERBANGKITNYA AKU DARI SEBUAH KEMATIAN
Ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata
perjalanan rohku melengkapi semua kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzarkh sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya
tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talqin bernada syahdu
tenang dan damai di pusara ku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku
terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian
kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu
ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali
tak untuk ku mengulangi
jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan
Ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata
PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang,
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan apabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi Jumaat yang mulia dan penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
30 Disember 2011
PANTUN MUHASABAH DIRI
Orang bijak ingat mati,
Setiap amalan fikirkan akhirat;
Keikhlasan beramal itu dihajati,
Tiada bererti melainkan saham akhirat.
Upah dari manusia untuk dunia,
Upah dari Allah untuk dunia akhirat;
Orang dunia memburu upah hingga hujung dunia,
Orang beriman memburu saham akhirat.
Hati panas semua akan menjauhimu,
Justeru sejukkan hatimu dengan wuduk;
Akan terpancar ketenangan di wajahmu,
Biasakan dirimu menjadi tawaduk.
Biar miskin harta,
Jangan miskin iman dan budi;
Miskin harta orang tak kata,
Kaya budi bawa ke mati.
Bumi musnah angkara manusia,
Kerana tidak menghargai bumi;
Apabila bumi berbicara,
Bencana datang menyembah bumi.
Hidup adalah suatu pengambaraan,
Pabila mati pengembaraan baru bermula;
Amalan diredhai menjadi bekalan,
Roh dan jasadmu tenang di alam Syurga.
Rohmu tidur lena di kuburan,
Lenamu tidur bagaikan ahli Syurga;
Permandangan Syurga dilihat penuh kesyukuran,
Berbahagialah dikau tidur dalam bauan Syurga.
Ya Tuhan kucintamu bukan kerana SyurgaMu,
Tapi ingin mendapat keredhaanMu;
Tabahkan hatiku tidaklah jemu,
MencintaiMu tika hidup hingga matiku.
Jantung berdegup seratus ribu kali sehari,
Kutangisi apabila tidak mengingatiMu;
Ya Allah sinarkan hidayahmu kepada kami,
Berzikir dalam senyap itu yang dimahu.
Berzikir dalam senyap itu mahuku,
Agar jantung berdegup seiring roh memujiMU;
HambaMu yang hina ini merayu padaMu,
Di akhirat nanti terimalah rayuanku.
Ya Allah berilah aku peluang dan ruang,
Untuk melakukan kebaikan yang Kau redhai;
Jangan biarkan syaitan mengambil peluang,
Mempengaruhi aku hingga ke mati.
Aku cemburu orang mengingati Allah,
Kenapa aku tidak begitu;
Hati tenang mengingati Allah,
Justeru aku mahukan begitu.
Hidup memang menyilaukan,
Kerana kita memerlukan kilauan iman;
Balasan Syurga atas kesabaran,
Itulah yang diharapkan orang beriman.
Duhai kekasih Allah di cintai,
Balaslah cinta kami ini;
Pilihlah kami mendapat Syafaatmu nanti,
Perjuanganmu sentiasa kami ingati.
Betapa tulus cintamu kepada kami,
Seharusnya kami balasi;
Perjuanganmu kami tangisi,
Shafaatmu di Mahsyar perkenankan nanti.
Aku terpegun alam ciptaanMu,
Kesyahduan pemandanganNya hatiku sayu;
Subhanallah Maha KebesaranMu,
Kekuasaan!Kebanggaan! Hanya milikMu.
Allah Maha indah seindah 99 namaNya,
Seindah dan semerdu KalamNya;
Apabila menyebut namaNya bergetar jiwa,
Pabila lupakanNya roh merintah jasad merana.
Jiwaku meruntun membaca KalamNya,
Wangian cintaNya meresap dalam roh dan jasadku;
Terus menangis kerinduan padaNya,
Balasan cintaNya amat kutunggu.
Pandanglah aku di dunia ini itu mahuku,
Wahai Tuhan Semesta Alam;
Kutakut di akhirat Kau tidak memandangku,
Tiada berguna tangisan seisi alam.
Ya Allah berkatilah hidup kami,
Berilah peluang dan ruang beramal keranaMu;
Kami mahu bertemu denganMu dalam Kau redhai,
Moga di akhirat nanti mendapat ihsanMu.
Karya Ratu Rimba Niagara.
1 Mei 2011
Degupan Jantung Adakah Aku Bersyukur?
Ya Allah …
Baru kini aku tahu
betapa besarnya kuasa-MU
menjadikan setiap jantung
manusia berdegup sebanyak
seratus ribu kali degupan sehari.
Masya-Allah naifnya aku
tentang kejadian ini.
Aku terkesima dalam
ketaksupan aku tentang
Kebesaran-Mu ini
aku meratapi diriku
tentang berapa kali pula
aku bertasbih pada setiap
helaan nafasku pada-Mu
jika hendak dibandingkan dengan
seratus ribu kali degupan jantungku ini.
Ya Allah aku malu dengan diriku sendiri
kerana adakah aku tergolong hambaMU
yang mengucapkan syukur setiap nikmat
kehidupan yang Kau limpahkan padaku?
Tolonglah aku Ya Allah jadikanlah hamba-Mu
terpilih untuk mengucapkan syukur
dengan berzikir pada-Mu di sebilang masa
dan seketika selagi nafasku Kau pinjamkan!
Biar degupan jantungku ini bermanfaat
untuk roh dan jasadku ini selagi hayat
di kandung badan.
Aamiin Ya Rabbal A’ lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara.
1 Mei 2011
MOHON SYAFAATMU DI MAHSYAR
Duhai kekasih Allah yang dicintai,
balaslah cinta kami ini…
Satukan hati-hati kami
untuk saling ingat mengingati
tentang perjuanganmu sentiasa diingat.
Kesyahduan cintamu pada kami umatmu
kami tangisi,
betapa tulus ikhlasnya cintamu pada kami
harusnya kami balasi.
Kami menanti penuh pengharapan…
Ya Nabi Allah
Ya Kekasih Allah
yang kami cintai
seutuh cintamu
pada kami!
Pilihlah kami mendapat syafaatmu
Di Mahsyar nanti.
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara, (SEMPENA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W PADA TAHUN KE 53 – SEBELUM HIJRAH/570 MASIHI, DI MAKKAH )
ANDAI NAFASKU TERHENTI AMPUNKAN AKU TUHAN MAAFKAN AKU TEMAN
andai nafasku terhenti ampunkan aku Tuhan
maafkan aku teman
aku tak tahu bila kematianku
sedangkan aku ingin dipinjamkan usia
agar aku terus dapat berusaha memburu cita
seolah aku mahu hidup seribu tahun lagi
aku terus dapat beramal seolah aku akan mati esoknya
tapi siapalah aku untuk menentukan kematianku
hanya DIA yang tahu bila
samada aku bersedia atau tidak
apabila malaikat maut sudah ada di depan pintu
tidak dicepatkan atau dilambatkan walaupun sesaat
begitulah Allah swt bilamana
takdir kematiaanku telah tersurat
moga di hari kematiaanku
aku bertemu Allah dalam suci bersih
segala dosaku telah diampuniNya
dan manusia yang mengenali aku memaafkan aku
Insya-Allah Allah terima rohku Allah terima jasadku
itulah yang aku dambakan sepanjang aku berhidup di bumiNya
selamat seksa kubur selamatlah di padang mahsyar
Alam roh tiada siapa yang tahu
rahsia Allah
tapi aku sebagai hamba-Nya
wajib percaya alam roh
bila aku mati
roh keluar dari tubuh
aku tak bernyawa
bilamana bergelar roh
segala untung nasibku di alam barzah
adalah rahsia Allah swt
tiada seorang yang hidup di bumi tahu
Moga di saat rohku tinggalkan jasad
dalam jiwa yang tenang
redha lagi diredhai-Nya
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
19 Rabiul Awal 1437H
31 Disember 2015
CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
19 RABI'UL AWWAL 1437H
31 DISEMBER 2015
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
AKU INGIN KEMBALI KEPADA-NYA DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG AAMIIN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH MOGA CINTA DAN KASIHKU TERPATRI SAMPAI SYURGA AAMIIN
WAHAI JIWA YANG TENANG
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
0 comments:
Post a Comment