Tuesday, 29 December 2015

MUJAHID FISABILILLAH-MU (267) BACA SAJAK RATU RIMBA NIAGARA SAMPAI FAJAR


MUJAHID FISABILILLAH-MU (267) BACA SAJAK RATU RIMBA NIAGARA SAMPAI FAJAR


    News Feed

    Smile Zuan added 5 new photos — with Wasif Wan and 3 others.
    1 hr
    Ziarah karyawan sempadan tahun, alhamdulilah, semoga ditahun baru ini akan lebih bersemangat, bersama sahabat sahabat faceb semua, smile emoticon like emoticon
    Wasif WanSaufi JelaniRabeah Binti Mohd AliAmmru AlfatehTofan Rachmat ZakyAlbark Yunus BatAhmad ZahirMohd ZahidDzulkarnain TaibEffendy ZulkiflyDato Ahmad Zaki JinlapudinMohamad Humaidi,Verminator Mentari Court, dan yg lain lain semuanya.
    You, Smile Zuan and 9 others like this.
    Comments
    Rabeah Binti Mohd Ali SALAM SASTERA UNTUK SEMUA RAKAN-RAKAN SASTERA...MACAM SERONOK JER....hehehe
    LikeReply1 hr
    Rabeah Binti Mohd Ali Kerana tak dapat baca puisi sepuasnya maka disiarkan puisi karya Ratu Rimba Niagara agar dapat rakan-rakan sastera baca sepuasnya jangan marah yer...hehehe
    LikeReply1 hr
    Rabeah Binti Mohd Ali Baca jangan tak baca...tapi jangan baca sampai ke fajar...jika mengantuk lenalah dulu mimpi nan indah ya...mimpi sampai ke bintang...hehehe
    LikeReply1 hr
    Rabeah Binti Mohd Ali MENGGENGGAM IMPIAN SEPERTI MEMINTAL ILUSI MENJADI REALITI

    Semua orang ada impian...
    Impianku tinggi menggunung

    Sudah puluhan tahun aku mendaki
    Terlalu banyak onak dan duri kulalui
    Biarpun onak dan duri sudah sebati dalam diriku
    Adakalanya aku putus asa untuk menggapai impian

    Ribut petir selalu membunuh anganku menggapai impian
    Hinggakan aku tak mampu untuk bertahan lagi...
    Tapi dek kerana misi dan visi ku yang sudah lama kudambakan
    Ku terus...dan terus...memburu impian ....
    Biarpun datang berjuta halangan tak kupedulikan lagi
    Kerana ku sudah kesuntukan masa untuk berleka memburu impian

    Impian...oh! Impian....
    Impianku menjadi bahan lawak
    Kerana impianku di luar kotak pemikiran
    Siapalah aku untuk menggapai impian itu

    Mana mungkin aku seorang untuk merealisaikan impianku itu
    Kerana impian ku tak pernah padam
    Hingga saat ini ku masih pertahankan impianku biarpun
    berseorangan terkial-kial dalam pendakian yang entah bila penghujungnya

    Biarpun hangus terbakar jemariku...
    Ku tetap menggenggam impian
    Hingga sampai penghujungnya

    Menggenggam impian seperti, ' Memintal Ilusi Menjadi Realiti
    Mana tahu hadirmu tanpa dugaku...
    Berganding bahu denganku...
    Berkongsi segala bebanan yang kupikul
    Bagaikan sinar pelangi yang takkan padam...
    Mengiringi pendakianku memburu impianku
    Kerana impianku seiring dengan impianmu
    Kerana kita punyai minat yang sama
    Matlamat yang sama
    Ingin jadikan impian menjadi kenyataan

    Terima kasih pelangiku kerana sudi berganding bahu bersamaku
    Moga indah warna-warni pelangimu takkan hilang hingga bila-bila
    Selagi nafasku ada...Syukurku pada Alllah
    Kehadiranmu selalu kunantikan dalam illusiku
    Tapi kini bukan illusi lagi
    Berkat keikhlasan hatimu padaku
    Amat mengharukan aku...
    Moga kau dan aku seia sekata
    Senada seirama
    Sama-sama menggenggam impian
    Impianku impianmu berpadu menjadi realiti
    Biarpun tak menjadi realiti
    Setidaknya kita telah mempunyai impian yang sama
    Ayuh...sama-sama kita jayakan
    Mana tahu...impian jadi kenyataan!
    Aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
    Dia Maha Berkuasa Untuk Menjadikan Impianku Satu Realiti
    Jika ianya satu realiti kusyukur dalam sujudku
    Kerana tiada daya upayaku melainkan dengan Izin-Nya

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Safar 1434H
    26 Disember 2012
    LikeReply1 hr
    Rabeah Binti Mohd Ali APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG

    Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
    berada di dasar laut.
    Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
    ‘Sampai bila aku jadi begini?’
    Di dasar laut cuma nampak bebayang
    bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.

    “ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
    Tiada bezanya aku dengan bintang
    cuma aku di dasar lautan
    tidak berkedipan!
    Bolehkah aku jadi bintang?
    Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?

    Di dasar ini aku tidak berfungsi
    kepada penghuni laut
    sedangkan aku ingin hidup
    menyinari hidupku dan menyinari
    hidup mereka yang memerlukan
    kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
    mula menyedari kejahilannya.
    Dia telah memasang impian.

    Setiap hari Tapak Sulaiman
    terus mengeluh...
    Meratapi nasib diri…
    Mencemburui kegemerlapan bintang
    seolah-olah mereka mengejeknya
    kerana berangan hendak
    menjadi bintang.

    “Kau siapa?
    Jalan pun terhegeh-hegeh
    di dasar laut ini… Tanpa boleh berbuat apa-apa?
    Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
    dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
    kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
    Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
    kejadiannya yang unik mempersonakan
    seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
    popular dan dihormati .

    “Engkau jangan memperlekeh
    cita-cita aku. Akan kubuktikan!
    Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
    memecah ketenangan malam itu.

    Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
    dengan gelombang ombak mengganas!

    Gerakkan dasar laut telah membawa
    Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempasnya
    ke pantai.

    Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
    di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!

    Seakan mimpi tapak sulaiman
    berjalan ke sana ke mari
    menari-nari.

    Bila malam tiba Tapak Sulaiman
    menikmati suasana malam sambil
    memerhatikan kegemerlapan
    bintang-bintang di langit di sinari
    sinaran cahaya bulan.

    Sungguh jelas permandangan tika itu
    tidak perlu samar-samar lagi
    tika berada di dasar laut.
    “Bolehkah aku menjadi bintang?
    Bolehkah? Bolehkah?
    Bintang aku ingin berkawan denganmu?
    Aku ingin menjadi sepertimu.”

    “Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
    seperti kami jika kau yakin dengan
    kebolehanmu! Percayalah!
    Kami menunggu kau di sini!
    Kau boleh! Pasti boleh!”
    Kata perangsang bintang kepada
    Tapak Sulaiman pada malam itu.

    “Pelik ya macam mana bintang boleh
    mendengar suaraku? Sedangkan
    Jarak dengannya…
    Dia di langit aku dibumi
    komunikasi aku dengan bintang
    satu keajaiban!”

    Tiba-tiba kedengaran
    gauman entah mana datangnya
    memecah ketenangan malam.
    Pepasir di pantai berterbangan.
    UFO rupanya sedang mendarat
    dua makhluk asing datang
    menghampiri Tapak Sulaiman.

    “Tapak Sulaiman mahu ke engkau
    ikut kami?” Tanyanya.

    Ke mana?”

    “Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”

    “Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

    Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
    Dia telah menjadi bintang!
    Disambut bintang-bintang yang
    Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
    yang menakjubkan Tapak Sulaiman!

    Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
    Tidak sia-sia impiannya selama ini!
    Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
    Ini jika digunakan keajaiban minda!

    “Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
    akan kukongsi bersama mereka yang ingin
    menjadi sepertiku!”
    Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Safar 1434H
    26 Disember 2012
    LikeReply1 hr
    Rabeah Binti Mohd Ali LAUTAN SASTRAMU

    mereka bilang
    ratu pujanggaku
    jangan gundah gulana
    tersenyumlah
    gembiralah
    syukurlah
    karena sapaan sastramu
    yang kau tunggu-tunggu
    sejak puluhan tahun
    sudah ada yang sudi menyapa sasteramu
    tak perlu kau putus asa
    tak perlu kau tunggu 500 tahun akan datang
    baru anak cucumu menyapa sastramu
    waduh! andai 500 tahun lagi ditunggu
    baru datang menyapa sasteramu
    berapa generasi yang mahu ditunggu
    baru terealiti sastramu
    pasti tika itu kau, aku dan beberapa generasi sudah lama bersemadi pasti bersemadinya kita tidak tenang kerana kita sedang berjawab di alam barzah
    makanya atas dasar kesedaran itu...
    aku bangkit dengan satu semangat juang untuk merealiti cita sastramu selagi dayaku

    Ratu pujanggaku...
    tak perlu ditunggu 500 tahun lagi
    sekarang aku sudah bersiap sedia menyapa cita sastramu
    agar segera direalitikan

    Tahukah kau ratu pujanggaku...
    sejak aku mula terbaca karya sastera mu di alammaya
    aku terhanyut...aku terbuai...aku terbius...aku tenggelam
    dalam lautan sastramu yang memukau jiwaku
    jiwaku tersentuh karna selama ini aku tidak pernah tahu apa itu
    arti kasih sayang sesama manusia jauh sekali
    Mencintai Tuhanku Yang Mencipta Alam Semesta Sebegini Hebat!.

    Ratu pujanggaku...
    kaulah ratu sastra
    yang membangkitkan jiwa-jiwa
    yang sedang tercari-cari di manakah ingin di bawa dunia yang hampa ini agar tidak hampa di akhirat nanti

    Ratu pujanggaku...
    sastramu bagaikan lautan sastera yang memukau
    saujana mata memandang
    keteduhan syahdu sasteramu
    aman...damai...mendamaikan minda
    ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
    hingga aku terlena dalam bahasa-bahasa
    indah yang memukau jiwa kelelahan
    seharian menghadapi bebanan kerja yang tiada penghujungnya

    Ratu pujanggaku...
    lautan sasteramu...
    kusangkakan lagi aku pergi jauh ke dasar lautan pasti aku kelemasan tapi rupanya lautan sastramu
    teramatlah indah diindahkan dengan taman karang bunga-bunga sasteramu semuanya melambai-lambai agar aku sudi memetik mana satu berkenan di hatiku
    bunga karang sasteramu bilang ke aku...,"sudilah petik kami untuk dibawa pulang sebanyak mana mahumu kerana sekuntum bunga karang sastera yang kau petik akan berkuntum-kuntum tumbuh banyaknya tak terkata makanya petiklah kami untuk dibawa pulang dan jangan lupa hadiahkan bunga karang sastera Ratu Rimba Niagara kepada teman-temanmu yang lain."

    Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
    Ratu Pujanggaku...
    bunga-bunga karang sasteramu yang kupetik
    telah kubagi-bagikan kepada teman-temanku
    mereka amat menyukairnya
    mereka bilang akan mendukung bersamaku merealitikan cita-cita sastramu
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    11 Zulkaedah 14354H
    17 September 2913M
    LikeReply53 mins
    Rabeah Binti Mohd Ali ALLAHU AKBAR SYUKURKU YA ALLAH , KAU KURNIAKAN AIR TERJUN NIAGARA YANG BEGITU INDAH MENJADI SUMBER INSPIRASIKU BERKARYA.ALLAHU AKBAR KEINDAHAN YANG DAPAT DIKONGSIKAN DENGAN SELURUH PENGHUNI DUNIA. ALLAHU AKBAR AAMIIN.

    INILAH LADANG BUNGA SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA ANUGERAH ILAHI YANG DISYUKURI SEBANYAK-BANYAK-NYA, PETIKLAH SEMAHUMU KARENA KU TAK BIMBANG BILAMANA KAMU MEMETIK SEKUNTUM AKAN BERKUNTUM-KUNTUM TUMBUH TAK TERKIRA BANYAK-NYA
    ALLAHU AKBAR AAMIIN.

    LIHATLAH LADANG KARYAMU SAUJANA MATA MEMANDANG!

    Aku suka berladang
    ladangku luas
    seluas saujana mata memandang

    Aku puas dengan hasil usahaku
    aku tak gunakan jentera apa-apa
    untuk mengusahakan ladang
    aku hanya berbekalkan
    semangat
    cita-cita
    dan harapan

    Untuk menjayakan ladangku yang luas inilah
    kugunakan cangkul
    cangkul yang matanya hari-hari kuasah
    agar tajam senang aku nak bercangkul

    Nak pikir dari segi logik
    emangnya tak logik
    tak masuk akal
    bagi orang yang barakal
    mana bisa hanya berbekalkan cangkul boleh mengusahakan
    sebuah ladang yang luas terbentang
    bersendiriaan
    kesendiriaan
    berhujan
    berpanas
    dihina
    dijelekkan
    yang ada kejian dan cacian
    hingga kering air mataku

    Berhujan kek
    berpanas kek
    ribut angin topan kek
    apa kek lah
    sampai tak ada kek lagi
    setiap hari aku bercangkul
    cangkul...cangkul...cangkul...
    cangkul tanpa mengenal arti capek
    jemu dan berputus asa

    Semuanya bilang aku ini gila
    ketawakan aku
    segala usahaku tak akan jadi realiti
    menjadi bahan ketawa
    karna anganku yang tak masuk akal

    Lalu ku tanya dunia
    duhai dunia ...adakah kau sudi mendukung usahaku
    satu dunia geleng kepala
    satu dunia tak akan membantumu duhai cangkul
    dunia hanya mampu ketawakan bila cangkulmu tumpul
    dicangkulkan juga sepenuh daya
    pasti tak menjadi usahaku bertanam di ladangku

    Lalu ku tanya bumi
    duhai bumi
    bisakah kamu mendukung perjuanganku
    bisa duhai cangkul
    aku diutuskan oleh Tuhanku
    untuk membantumu
    karena kau berusaha sedaya upaya menggunakan cangkul
    mengusahakan ladang yang luas
    tengok tu ...
    ladang karyamu seluas-luasnya
    ladang karyamu sudah pun berhasil
    sudahpun dipetik hasilnya
    oleh jutaan pembaca ladang karyamu ...
    mereka semua suka
    mereka terharu
    syahdu
    merasai hasil tanaman karyamu
    setelah makan hasil tanaman karyamu
    lagi dimakan lagi tak jemu
    sebagaimana kamu berkarya
    lagi berkarya lagi banyak ide
    kamu berbagi pada semua
    tanpa mengira keuntungan duniawi

    Makanya kau jangan bilang kau
    akan tewas atas usahamu menyediakan
    ladang karya nan luas ini
    biarpun pada pandangan mereka
    tiada mendatangkan hasil duniawi untukmu
    anggaplah itu kata-kata orang-orang yang mendengki
    apabila dia mendengki
    dia dengkikan kamu
    karna dia nggak bisa
    berkarya berbakti pada manusia
    sebab Allah tak ijinkan mereka berkarya
    Allah ijinkan kamu berkarya
    karna kamu bukan pentingkan keuntungan duniawi
    yang kamu mahu ladang karya kamu luas dan hasilnya
    adalah untuk anak cuu nusantara

    Percayalah Allah redho hasil usahamu
    janganlah bimbang percayalah yakinlah
    Allah sentiasa bersama orang yang suka berbuat kebaikan

    Cangkul yang kau gunakan
    untuk mengusahakan ladang karyamu itu
    akan menjadi saksi
    di hari kematianmu
    mencangkul bumi
    dari Allah kau datang
    dari Allah kau dikembalikan
    Allah yang hidupkan
    Allah yang mematikan yang hidup

    Cangkulmu pasti akan tersenyum,
    'Sehingga akhir nafasku aku berbakti denganmu duhai manusia
    Sekarang kau kukebumikan
    Selamat tidur dalam pelukan bumi
    Selamat tidur di Taman Syurga
    Selamat tidur Bidadari Syurga
    Selamat menikmati suasana Syurga hingga hari Qiamat
    kau akan dibangunkan agar dapat melihat wajah Tuhan
    yang Menciptakan kamu bersama-sama dengan hamba-hamba
    pilihan-Nya'

    CETUSAN IDE RATU RIMBA NIAGARA
    13 Oktober 2013M
    8 Zulhijjah 1434H

    PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA
    SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
    @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
    8 SYA'BAN 1435H
    6 JUN 2014
    LikeReply52 mins
    Rabeah Binti Mohd Ali GUBAHAN BUNGA-BUNGA SASTERAKU UNTUKMU PENGHUNI ALAMMAYA...

    BUNGA-BUNGA SASTERAKU KUTERBANGKAN DI SUDUT HATIMU.

    INGIN KUTEMPA SASTERAKU AGAR MENJADI SERPIHAN HATI LALU MENELUSURI JIWAMU , JIKA KAU MULA MEMAHAMI DAN MERASAINYA DI SITULAH BERMULANYA DUNIA SASTERAKU DALAM JIWAMU...... ANDAINYA ADA YANG TIDAK BERKENAN DI HATIMU DALAM DUNIA SASTERAKU TEGURLAH AKU DENGAN KATA-KATA NAN INDAH KERANA KATA-KATA NAN INDAH ITULAH YANG AKAN MENGHIDUPKAN DUNIA SASTERAKU.

    SETIAP HARI AKU DILIMPAHI ILHAM YANG TAK PUTUS-PUTUS DARI-NYA. KERANA KETERUJAAN ITU AKU INGIN BERKONGSI DENGAN SELURUH PENGHUNI ALAMMAYA...TIADA NIAT SEBESAR ZAHRAH PUN UNTUK BERBANGGGA DIRI.
    SETIAP KALI AKU MENGARANG MENGENAI KETUHANAN, ROH, ALAM BARZAH DAN LAIN-LAIN BUKAN NIATKU UNTUK MENGAJAR SESIAPA, ITU ADALAH UNTUK MUHASABAH DIRIKU SENDIRI YANG SENTIASA LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH-NYA DI MUKA BUMI INI. JIKA KAU MASIH LAGI TIDAK MEMAHAMI DUNIA SASTERAKU MAKA JANGAN CEMUH DUNIA SASTERAKU BIARKAN SASTERAKU KESENDIRIAAN BARANGKALI SASTERAKU TIDAK DAPAT BERTAHTA DI HATIMU. NAMUN BEGITU DUNIA SASTERAKU TIDAK AKAN MENGALAH AKAN TERUS BERSASTERA, AKAN KUBIARKAN CURAHAN ILHAMKU MENGALIR DI DUNIA SASTERAKU TANPA ADA SEKATAN DARIPADA MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMINYA KERANA ITU ADALAH DUNIA SASTERAKU. AKU YAKIN SATU SAAT NANTI AKAN HADIR PENGHUNI ALAMMAYA YANG MEMAHAMI DAN MERASAI KEINDAHAN DUNIA SASTERAKU....PENGAKHIRAN AKAN HANYA ADA SATU MATLAMAT KENAPA AKU BERSASTERA,,,,,, KERANA AKU MAHUKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARI-NYA AGAR BERSAMA MEMBINA JAMBATAN KE SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    28 MUHARRAM 1437H
    10 NOVEMBER 2015.
    LikeReply2 mins
    Rabeah Binti Mohd Ali jom bonda kita sama sama mengikutinya. suatu hari nanti.
    Wasif Wan added 12 new photos — with Smile Zuan and 2 others.
    18 hrs
    “Ziarah Karyawan Sempadan Tahun”, di Hulu Rening, Batang Kali,Selangor(27 Disember 2015)
    Acara dirasmikan oleh YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah@Ku Li .
    Ziarah Karyawan pimpinan Pak Yassin Salleh-Raja Ahmad Aminullah ini telah diadakan di Ulu Legong,Kedah-Janda Baik,Pahang-UPSI Perak-Kuala Sungai Baru,Melaka sebelum ini dan kali ini diadakan pula di Batang Kali,Selangor.
    Antara pengisian acara “Ziarah Karyawan Sempadan Tahun” ini ialah Bicara Cendekia Falsafah Karyawan”; pelancaran 6 buah buku karya Kerabat Ziarah Karyawan,dan “Baca Sajak Sepuasnya Sampai Fajar sambil menikmati kopi O, ubi rebus, lempeng pisang dan jagung bakar.
    Gambar-gambar dari FB peserta Ziarah Karyawan Sempadan Tahun
    You like this.
    Comments
    Rabeah Binti Mohd Ali Insya-Allah jika Allah masih pinjamkan usia bonda tapi syaratnya di hari tersebut semua peserta membaca karya bonda sampai puas hingga ke fajar baru bonda boleh datang itupun jika dijemput...hehehhe
    LikeReply43 mins
    MOGA KITA SENTIASA TABAH APABILA DIUJI-NYA KERANA SEMAKIN
    DIUJI SEMAKIN CINTA-NYA KEPADA KITA ALLAHU AKBAR AAMIIN
    Your Notifications
    ...Continue Reading
    Saya Cinta Allah
    4 hrs
    Allah menguji kita di dunia dan memberikan nikmat yang
    terindah di akhirat kelak.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'

MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH

'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'

As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
17 RABI'UL AWWAL 1437H
29 DISEMBER 2015
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"


0 comments:

Post a Comment

 
;