Saturday, 22 October 2016

KAMI HAMBA-MU (127) YA ALLAH IZINKAN KAMI KE SYURGA-MU


KAMI HAMBA-MU (127) YA ALLAH IZINKAN KAMI KE SYURGA-MU

SUMPAH SETIA SEJAK AZALI LAGI
ALLAHU AKBAR


1 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
YA ALLAH ILHAM YANG KAU KURNIAKAN BAGAIKAN PERMATA YANG GUGUR DARI SYURGA TANPA HENTI SUBHANALLAH TERLALU INDAH SYUKUR YA ALLAH SYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
KAU HADIRKAN ILHAM UNTUK KUBERKARYA TANPA HAD-NYA
SESUNGGUH-NYA ENGKAU MAHA PEMURAH KEPADA SEMUA HAMBA-MU MAKA YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTRA YANG KUTULIS ILHAM DARI-MU TERUS MENGALIR WALAUPUN AKU SUDAH TIADA DI BUMI-MU INI TAPI KARYA SASTRAKU TERUS MENGALIR KE AKAUN AKHIRATKU DAN MENYA...
Teruskan Membaca
YA ALLAH IZINKAN KAMI KE SYURGA-MU
Ya Allah kami hamba-Mu
merayu sepenuh jiwa sepenuh hati sepenuh pengharapan
agar kami diberikan hidayah-Mu
setiap saat setiap masa setiap denyutan nadi setiap hembusan nafas
sehingga ke nafas terakhir
kerana tanpa hidayah-Mu
kami pastinya tergolong hamba-Mu yang lalai dan alpa
terpesona akan duniawi bertahta di hati
merasakan hidup tak akan mati
sedangkan mati itu pasti!!!
Dengan amalan yang sedikit ini
dengan dosa setinggi gunung ini
kami malu untuk menyebut Syurga-Mu
kami memang tak layak menjadi penghuni Syurga-Mu
amat malanglah kami jika kami tidak dipilih masuk ke Syurga-Mu
kerana sudah pasti-Nya kami tidak dapat memandang Wajah-Mu
Yang Maha Indah Yang Terindah! Subhanallah Terlalulah Indah Ya Allah
dan bertemu dengan kekasih-Mu Rasulullah yang sentiasa kami rindui
Jika di dunia segala kemewahan dan kesenangan
menjadi dambaan kami sehingga kami menjadi sombong dan bongkak
sekaya mana pun kami...
harta kami tidak dapat membeli Syurga-Mu
di akhirat segala harta dan apa yang dimiliki ketika di dunia sudah tak
bermakna lagi
Segala yang pernah dimiliki di dunia ada di Syurga
kekayaan dimiliki tika di dunia cuma 1% saja 99% ada di Syurga
Subhanallah Syurga tempat terindah yang tiada taranya indah
beruntunglah mereka yang dimasukkan ke Syurga atas amalan solehnya yang ikhlas dan dengan rahmat kasih-Nya Allah kepada hamba-Nya yang terpilih...
Ya Allah bukakanlah hati kami
untuk sentiasa muhasabah diri
jika kami dikurniakan kekayaan
jadikanlah kami hamba-Mu yang pemurah
menginfakkan harta kami ke jalan-Mu
membantu saudara seislam kami yang dalam kesusahan
Lagi banyak harta diinfakkan lagi bertambah rezeki yang Kau Limpahkan
Allahu Akbar sesungguh-Nya Engkau Maha Pemurah kepada hamba-Mu yang pemurah, dengan harta kami yang Engkau Kurniakan kami infakkan ke jalan-Mu
itulah harta sebenar kami di akhirat nanti
Allahu Akbar betapa indah-Nya punyai sifat pemurah-Mu Yang Maha Agung...
bahagia dunia bahagia akhirat
Ya Allah tanpa hidayah-Mu
kami hidup dalam kegelapan iman
kami tak mahu menyesal setelah mati
kerana itu kami mahu hidup dalam iman dan takwa
hidup dan mati dalam redha-Mu
andainya kami mati
izinkan kami ke Syurga Mu Ya Allah
kerana kami ingin memandang Wajah-Mu berdekatan dengan
Rasulullah kekasih-Mu
tiada daya dan upaya kami melainkan semua-Nya dengan izin-Mu jua
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Muharram 1437H
22 Oktober 2015
Selamat berpuasa sunat bagi mereka yang berpuasa
MOGA KITA BERJAYA DUNIA AKHIRAT AAMIIN
Your Notifications
Marni Jee, Zubaidah Abd Rahman and 2 others also commented on a photo in Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah...
...Teruskan Membaca
Smile Zuan
Usaha tangga kejayaan :) (y)
4 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI

YA ALLAH MATIKAN AKU DALAM KALIMAH SYURGA-MU
Bidadari Dunia Mencari Cinta Sejati-Nya
Orang yang menggemari berdzikir adalah tanda orang yang cinta Allah Subhanahu Wa Ta'ala...
Orang yang menggemari shalawat adalah tanda orang yang cinta Baginda Rasulullah...
Orang yang menggemari Istighfar adalah tanda orang yang mencintai diri sendiri ...
Orang yang suka nasehat menasehati adalah tanda orang yang cinta orangtua dan sahabat ...
.. insya Allah ..
YA ALLAH MATIKAN AKU DALAM KALIMAH SYURGA-MU
aku malu pada Tuhan kerana aku tak berzikir
aku malu pada Nabi kerana aku tak berselawat
aku malu pada diiriku sendiri kerana aku tak beristifar
andaikata hari ini hari yang terakhir bagiku
ah! malangnya aku
mati tanpa bekalan
mati penuh penyesalan
penyesalan tak tertebus
ALLAHU AKBAR
aku hamba-Mu yang hina
terlalu hina
maka Dengan Belas Ehsan-Mu
berilah peluang aku hidup lagi
kerana peluang hidup itu
masih ada berbaki kini
syukur aku belum mati lagi
jika aku sudah mati
air mata darah kumerayu pun
KAU tak akan hidupkan kukembali
biarpun aku cuma menyebut
satu lafaz pahala ALLAHU AKBAR
ganjarannya berganda-ganda pahala banyaknya
tika itu terasa teramat rugi
meraung...meraung..meraung....
merayu..merayu...merayu...
tak akan dimakbulkan
kerana Rahmat Kasih-Nya Allah
dimakbulkan ketika masih hidup
dah mati tanggunglah sendiri
jawablah sendiri
tiada siapa yang tolong
terpekik terlolong
tak henti-henti
dipukul dipalu
sakit tak terperi
di alam barzah derita sendiri
tanpa teman akrab
seperti di dunia dikeilingi teman
semuanya sayang tapi kini melayang
berada di alam barzah
tak henti menanggung
azab sengsara kubur
ALLAHU AKBAR
aku insaf
KAU masih beri aku peluang
mengecapi hidup ini
makanya tolonglah Ya Allah
sinarlah Nur Hidayah Kasih-Mu
padaku agar boleh
kulakukan segala amal kebajikan
bukan kerana manusia
tapi kerana-Mu semata
berilah aku kekuatan
menghadapi
segala dugaan mendatang
karna tak akan KAU
uji hamba-MU
melainkan mengikut
kemampuan hamba-Mu
dengan berkat
LAILLAHAILLAALLAH MUHAMMADARRASULULLAH
matikan aku dalam kalimah Syurga-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Oktober 2012
a few seconds ago · Edited · Like

Bidadari Dunia Mencari Cinta Sejati-Nya
Orang yang menggemari berdzikir adalah tanda orang yang cinta Allah Subhanahu Wa Ta'ala...
Orang yang menggemari shalawat adalah tanda orang yang cinta BagindaRasulullah...
Orang yang menggemari Istighfar adalah tanda orang yang mencintai diri sendiri ...
Orang yang suka nasehat menasehati adalah tanda orang yang cinta orangtua dan sahabat ...
.. insya Allah ..
Bidadari Dunia Mencari Cinta Sejati-Nya bersama Yusi Zainal dan 45 yang lain.
Ya Allah..
Jadikanlah awal hari kami sebagai sebuah kebaikan.
Jadikanlah pertengahan hari kami menjadi sebuah kemenangan.
Dan jadikanlah akhir hari kami menjadi sebuah kesuksesan.
Aamin Ya Rabbal 'Alamiin.
PANTUN ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa;
Indahnya budi kerana bahasa,
Bahasa jelek hati terasa.
Budi dibalas racun berbisa,
Lagi berbahasa lagi berbisa;
Berkatalah pada reti bahasa,
Nggak faham bisulah bahasa.
Sejambak budi sejambak bahasa,
Indahnya budi meresap ke hati;
Tiada kata seindah bahasa,
Bahasa indah harum di hati.
Bahasa kukait dengan cinta,
Budi kuhargai hingga ke mati;
Indahnya bahasa kerana cinta,
Indahnya cinta setulus hati.
Hari-hari berbahasa indah,
Serasa berada di taman Syurga;
Semua temanku bermadah-madah,
Madah pujangga bak penghuni Syurga.
Bahasa mu indah menguntum senyuman,
Senyuman berseri bak bulan purnama;
Dalam hati kau teman idaman,
Terpatri cinta di Syurga bersama.
Hari-hari ku petik bunga bahasa,
Lalu kukarang sejambak bahasa;
Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
Teman istimewa tahu bahasa.
Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
Bahasa indah hadirlah di hati;
Kuungkapkan indahnya bahasa,
Bahasa hati pada yang mengerti,
Duniaku dunia bahasa,
Karyaku karya bahasa;
Indahnya karya bahasa,
Berartinya karya bahasa.
Bahasa indah terkuntum senyuman,
Setiap bahasa sentiasa dijaga;
Kata-kata indah terukir senyuman,
Pahala dibawa hingga ke Syurga.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Oktober 2012
Lezaihasra Lm bersama Sazalee Sulaiman dan 28 yang lain.
22hb Oktober 2012

Tajuk: Utusan Ibunda
Nukilan: Lezaihasra Lm
Tarikh: 22 Oktober 2012

~~ UTUSAN IBUNDA ~~
Tangisan ibunda masih berdarah
menatap anak-anaknya masih melata
di tangannya ada angin menyapa rindu
mencari mimpi yang kian sepi.
Dengarlah utusan ibunda
mohon peri langkah yang murni
binalah taman sekeping warisan bonda ini
tanpa gundah hati tanpa miskin jiwa
kukuhkan kaki-kaki ketaatan
agar tangisan tiada lagi sendu sesal
merangkak mencari sinar yang hilang.
Renunglah anak-anak permata ibunda
ini warisan kita nan satu
hilang sukar lagi berganti
menangis tiada erti untuk semuanya
biarlah empat ratus tahun berlalu
jangan ulang darah lagi
carilah titik tolak penuh ikhlasan
damaikan hati redupkan celaru jiwa
dunia kita berlainan tapi hati kita tetap satu
usah ada tangis lagi pada maruah
jangan ada keharuan lagi mengemis
di kegersangan lantai warisan ibunda kita.
Dengarlah nurani hati utusan ibunda
inilah taman kita, taman nenek moyang kita
jangan biarkan titis-titis darah merdeka mereka
hina di telan sengketa api diri antara kita.
Anak-anak warisan ibunda
jagalah taman indah kita ini
biar sekangkang tapi itulah maruah kita...

Lezaihasra Lm....22.10.2012..
Besut, Terengganu
"SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1438H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
7 MUHARRAM 1437H
20 OKTOBER 2015
Ustaz bersama Aziah Aziz dan 49 yang lain.
"Kita kena ingat mati, supaya perasaan untuk mengejar ilmu di dunia dan akhirat akan sentiasa menjadi keutamaan.
Beribadahlah seperti kita akan mati esok." - TGNA

SukaTunjukkan lagi reaksi
  Komen
Komen
Hani Zafira Tq share..
Tak SukaBalasan111 jam
Ratu Rimba Niagara Silakan sahabatku share..
WAHAI JIWA YANG TENANG
surat Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
21 MUHARARAM 1438H
22 OKTOBER 2016

0 comments:

Post a Comment

 
;