Saturday, 22 October 2016

KAMI HAMBA-MU (125) SILATURRAHIM SAMPAI JANNAH AAMIIN


KAMI HAMBA-MU (125) SILATURRAHIM SAMPAI JANNAH AAMIIN

ALLAHU AKBAR
5 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
ASALKAN HIDUPKU TIDAK MELUKAKAN KALBU KALIAN!
Terima kasih semua sahabat sastraku...
Kalian hadir bagaikan pelangi yang kutunggu
Sungguh indah! Tak jemu memandang...
Indahnya panorama di kala itu
Aman...
Damai...
Tenteram...
Subhanallah aku syukur!
Sebelumnya kufikirkan dalam benak fikiran yang tumpul ini
Kenapakah kalian selama ini tidak memunculkan diri?
Adakah kerana ketidaksempurnaan karyaku?
Atau aku yang tak sempurna berbicara dengan kalian?
Aduh! Kenapa aku suka berperasangka pada kalian?
Maafkan aku kalian
Allah ampunkan aku
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi...
Kenapa kalian tega membunuh anganku?
Sedangkan kita perjuangkan pena yang sama
Adakah karyaku tiada seni ? Tiada jiwa?
Bilang sama aku...
Biar aku perbetulkan biar ada seni dan jiwa
Bila mereka membacanya tertusuk
di kalbu dan di jiwa
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
Kenapa Kejora nggak mahu berkongsi sinarnya padaku
Apakah kalian takut ilmumu akan berkurangan jika
dikongsikan samaku?
Aduh! Maafkan aku kerna berperasangka lagi
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
Kenapa purnama nggak mahu senyum padaku
mungkin karyaku lari dari visi dan misi sebenar
tak sangka aku...
tahukah kalian...
udah kuperahkan sepenuh fikiran untuk mencurahkan
idea dalam berkarya...tapi kalian langsung tak
terihsan pada karyaku malah dipandang jelek
ditertawakan lalu direnyukkan dibalingkan ke sungai rimba
Nangis aku kalian...
Itulah yang membuatkan lukaku bernanah
bertambah parah
hatiku sengaja kau biarkan luka
tanpa sedikitpun ihsan
sejambak bunga kasih yang kuberi pada kalian
racun berbisa yang kau simbahkan ke lukaku
tidak puas lagi dengan itu
kau bebat pula lukaku dengan simbahan asid
Aduh! Sakitnya sampai tak tertahan...!
Tak apalah kalau itu boleh membahagiakan kalian
kurela asalkan hidupku tidak menyakiti hati kalian
apa tah lagi melukakan kalbu kalian!
Tapi pabila kufukirkan dengan cahaya iman
Kalian tidak begitu...
Kalian selalu menghargai karyaku
Menyokong segala cita-cita dan perjuanganku
Hingga aku nangis dalam kesyukuran
Bersyukur aku dikurniakan sahabat sebaik kalian
Kita terikat pada ikatan ukhwah puisi jiwa... puisi qalbu
Moga ikatan
ukhwah puisi jiwa...puisi qalbu
dapat membersihkan sifat mazmumah kita dan mereka yang membacanya
Moga setiap karya kita yang terhasil ada nilaian di SisiNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
18 September 2011
Komen
Ayahanda Chik
Ayahanda Chik Kaki tersadung jatuh terlentang,
Burung tempua membuat sarang;
Bagai melukut di tepi gantang,

Mengharap ehsan kasihnya orang....
Ayahanda Chik
Ayahanda Chik Asyik leka membaca buku,
Tanpa sedar datang tetamu;
Biarlah aku dengan duniaku,

Terus berkarya tanpa jemu....
Ayahanda Chik
Ayahanda Chik Ke mana pergi lama menghilang,
Luka di hati bertambah lara;
Apa pun pancaroba datang menghalang,

Semangat menulis terus membara....
Ayahanda Chik
Ayahanda Chik Apa diharap padi seberang,
Kueh keria manis disira;
Apa nak kesah katanya orang,

Tepuk dada tanyalah selera....
Ratu Rimba Niagara Tidak diharap ehsan kasihnya orang,
Yang kuharapkan ehsan Tuhan Penciptaku;
Aku menulis tidak kisahkan orang,

Tanda kusyukuri KurniaanNya padaku.
Ratu Rimba Niagara Biar aku dengan duniaku,
Terus berkarya tanpa jemu;
Karyaku sasteraku duniaku,

Kuberkarya hingga Allah menjemputku.
Ratu Rimba Niagara Apa pancaroba datang menghalang,
Semangat menulis terus membara;
Kumenulis kerana kasih sayang,

Kasih sayang sejati terus membara.
Ratu Rimba Niagara Kasih sayang sejati terus membara,
Kemanusiaan tersemai itu mahuku;
Kutinggalkan karya bila ku tiada,

Tanda kasih sejati tika hidupku.
Ratu Rimba Niagara Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama;
Pembaca karyaku menjadi utama,

Kuhargai mereka bak bulan purnama.
Ratu Rimba Niagara Terhenti nafas terhentilah pena,
Terputus sudah perjuanganku di dunia;
Kulalui alam baru di Sana,

Moga Allah terimaku sebagai hambaNya.
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis komen...
SASTRAMU SASTERAKU
Pahlawan Sasteraku Yang Sentiasa Tersanjung Di Hatiku...
Terima kasih rakan seperjuanganku...
Adakalanya aku rasakan bagaikan mimpi
Dengan kehadiranmu dan rakan-rakan seperjuangan yang lain
Kerana :
minat yang sama dalam dunia sastra
matlamat yang sama pada sastra
Makanya kita ditemukan di alam maya
yang skripnya tiada terfikir oleh kita
Semuanya telah diaturkan oleh Tuhanku Yang Maha Berkuasa
Tiada Yang Mustahil BagiNya Jika Dia menghendaki Sesuatu Terjadi
Dengan berkata "Kun Fayakun" maka terjadilah!
Karyamu karyaku dan karya rakan yang lain
Sentiasa berbaur kasih sayang kemanusiaan
Mencintai kemanusiaan sudah sebati dalam karya
Itu kerana kita telah dipilih menyebar luaskan kasih sayang
Kemanusiaan semurni hati-hati mereka yang ingin dimengertikan
Pengkarya-pengkarya seperti kau, aku dan rakan lain
Justeru tak kira di mana kita berada di benua mana
Kita terus berkarya terus terusan
Samada mereka sudi mendengar atau tidak biarkan....
Berkarya terus berkarya...
Mana tahu suatu masa nanti karya kita akan bertebaran
di seluruh benua bumi ini untuk mengubat rasa derita penghuninya
Yang ingin dibela penderitaan penghidupannya
Melalui karya kita setidak-tidaknya dapat menyapu
Air mata penderitaan penghuni bumi ini
Senyuman mereka itulah sebenarnya kebahagian kita.
Karya kita menyatukan kita
Karya kita menyatukan hati-hati terluka penghuni bumi
Kerana Sastramu Sasteraku!
Karya: Rha NS
6 Ramadhan 1432H
6 Ogos 2011
Komen
Ayahanda Chik
Ayahanda Chik Kalalu pergi rumah Cik Nyonya,
Bawakan saya si ikan tenggiri;
Sastera tinggi nilai seninya,

Disanjung orang seantero negeri....
Ratu Rimba Niagara Keindahan purnama sumber inspirasiku,
Puisi dicipta di bawah sinar rembulan;
Sasteraku Sastramu adalah minatku,

Puisi penyambung ukhwah berpanjangan.
Ratu Rimba Niagara Indah sungguh pantai Port Dickson,
Kampung halamanku yang kusanjung;
Aku menulis terus terusan,

Budi baik sahabat sastraku tetap kusanjung.
Ayahanda Chik
Ayahanda Chik Terbang tinggi si rama-rama,
Terbang sampai ke hujung tanjung;
Aku menulis bukan kerana nama,

Apatah lagi untuk disanjung....
Ayahanda Chik
Ayahanda Chik Tenang-tenang air di kali,
Biduk berlalu kiambang bertaut;
Berhenti menulis tidak sesekali,

Berpantang ajal sebelum maut....
Ratu Rimba Niagara Aku menulis bukan kerana nama,
Apa tah lagi untuk disanjung,
Karya kutulis dengan air mata,

Tanda keabdian cinta kasih sayang.
Ratu Rimba Niagara AKU TAK MAHU KEHILANGAN DAKWAT

Jangan jadi penyair

jika tak tahu bermetafora dan berrhima
kerana aku pandai bermetafora dan berrhima
justeru aku ternama sampai sekarang

Renyukkankan ajelah
hasil penulisanmu itu
biarkan kubalingkan ke sungai
agar dakwatnya hilang
diresapi derasan sungai

kamu tak boleh jadi penyair
tulisanmu kaku
tak bermetafora
tak berrhima
kerana karya penyair
mesti seperti aku 
penyair ternama 
sudah mencipta nama

kamu tak layak
menjadi penyair
kamu penulis
jalanan
di bahu jalan
di tepi longkang!
Maka sedarlah dirimu siapa

Aku sedar diriku siapa...
Tulisanku tak setandingmu
tulisanku kaku
tapi takkan kurenyukkan
takkan kubalingkan ke sungai
kerana aku tak mahu kehilangan dakwatnya

Biarpun tak bermetafora dan berrhima
asalkan aku bahagia dengan caraku bekarya
aku yakin pembaca di alam maya
sudi membaca karyaku
yang datang dari 
sanubariku
dengan kasih dan sayang!
Mana tahu setelah mereka membaca
meresap ke jantung hati !
Itulah balasan cinta yang kuperolehi 
dari pembaca kerana kuhadiah sejambak bunga kasih
berjambak-jambak memenuhi dewan hati
mewangikan hati-hati yang inginkan 
hidayah kasih dariNya 
itulah hadiahku untuk mereka
dan hadiah yang kuterima dari mereka
berkat hati yang berkasih sayang
dalam redhaNya.

Karya: Rha NS
20 Jun 2011
Ayahanda Chik
Ayahanda Chik Kelip-kelip kusangka api,
Nampak terang dari seberang;
Biar karya-karya itu dipandang sepi,

Namun semangat menulis tak pernah goyang...
Ratu Rimba Niagara ASALKAN HIDUPKU TIDAK MELUKAKAN KALBU KALIAN!

Terima kasih sahabat sastraku...

Kalian hadir bagaikan pelangi yang kutunggu
Sungguh indah! Tak jemu memandang...
Indahnya panorama di kala itu
Aman...
Damai...
Tenteram...
Subhanallah aku syukur!

Sebelumnya kufikirkan dalam benak fikiran yang tumpul ini

Kenapakah kalian selama ini tidak memunculkan diri?
Adakah kerana ketidaksempurnaan karyaku?
Atau aku yang tak sempurna berbicara dengan kalian?
Aduh! Kenapa aku suka berperasangka pada kalian?
Maafkan aku kalian
Allah ampunkan aku

Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi...

Kenapa kalian tega membunuh anganku?
Sedangkan kita perjuangkan pena yang sama
Adakah karyaku tiada seni ? Tiada jiwa?
Bilang sama aku...
Biar aku perbetulkan biar ada seni dan jiwa
Bila mereka membacanya tertusuk
di kalbu dan di jiwa

Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi

Kenapa Kejora nggak mahu berkongsi sinarnya padaku
Apakah kalian takut ilmumu akan berkurangan jika
dikongsikan samaku?
Aduh! Maafkan aku kerna berperasangka lagi

Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
Kenapa purnama nggak mahu senyum padaku
mungkin karyaku lari dari visi dan misi sebenar
tak sangka aku...
tahukah kalian...
udah kuperahkan sepenuh fikiran untuk mencurahkan
idea dalam berkarya...tapi kalian langsung tak
terihsan pada karyaku malah dipandang jelek
ditertawakan lalu direnyukkan dibalingkan ke sungai rimba

Nangis aku kalian...
Itulah yang membuatkan lukaku bernanah
bertambah parah
hatiku sengaja kau biarkan luka
tanpa sedikitpun ihsan
sejambak bunga kasih yang kuberi pada kalian
racun berbisa yang kau simbahkan ke lukaku
tidak puas lagi dengan itu
kau bebat pula lukaku dengan simbahan asid
Aduh! Sakitnya sampai tak tertahan...!
Tak apalah kalau itu boleh membahagiakan kalian
kurela asalkan hidupku tidak menyakiti hati kalian
apa tah lagi melukakan kalbu kalian!

Tapi pabila kufukirkan dengan cahaya iman

Kalian tidak begitu...
Kalian selalu menghargai karyaku
Menyokong segala cita-cita dan perjuanganku
Hingga aku nangis dalam kesyukuran
Bersyukur aku dikurniakan sahabat sebaik kalian

Kita terikat pada ikatan ukhwah puisi jiwa... puisi qalbu
Moga ikatan
ukhwah puisi jiwa...puisi qalbu
dapat membersihkan sifat mazmumah kita dan mereka yang membacanya
Moga setiap karya kita yang terhasil ada nilaian di SisiNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
18 September 2011
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis komen...
Saling faham memahami dan menghormati antara dua benua,
Lambang kekuatan Melayu takkan hilang di dunia;
Bersatu hati melakukan tranformasi dua benua,
Barulah tercipta sudah ikatan ukhwah antara dua benua.
Komen
Rans Romeo Tuah sakti hamba negeri,
Esa hilang dua terbilang,
Patah tumbuh hilang berganti,

Tak kan Melayu hilang di bumi...
Ratu Rimba Niagara Takkan hilang melayu di bumi,
Itu sumpah pahlawan melayu;
Bersatu hati memakmurkan bumi,

Barulah bahagia bumi ciptaan Tuhanku Tuhanmu.
Ayahanda Chik
Ayahanda Chik Daun betik kelat rasanya,
Jadi ulaman ketika makan;
Takkan Melayu hilang di dunia,

Kalau muafakat menjadi ikutan...
Ratu Rimba Niagara Takkan hilang melayu di dunia,
Jika bangsa dan bahasanya disatukan;
Saling sokong menyokong antara benua,

Jadilah rumpun melayu dalam kegemilangan.
Ayahanda Chik
Ayahanda Chik Jalan-jalan ke Inderagiri,
Bila penat rehatlah sebentar;
Kita hidup tidak boleh sendiri,

Bagai roda kita berputar....
Ratu Rimba Niagara Bagai roda kita berputar,
Yang muda akan ke tua;
Bukan dunia yang dikejar,

Bersahabat dalam redhaNya.
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis komen...

DAMAINYA DI DAERAH TIDAK DIKENALI
Aku meraih damai
di daerah tidak dikenali
daerah orang-orang kecil
menemui kebesarannya.
Aku meraih bahagia
di daerah tiada kebesaran
aku boleh tersenyum sendiri
menatap beburung berloncatan di dedahan
tiada siapa menjerit hidup demokrasi
tiada siapa menjerit hidup rakyat
dan tiada jatuh menjatuh
tiada lobi melobi
indahnya negara dedahan
indahnya negara dedaun.
Dan aku merasa damai
di daerah tiada publisiti
aku menemui meriahnya sepi
dikala sepinya ramai
tidak bernama juga bernama
namanya tidak bernama
aku bersama ramainya tidak bernama
aku melihat sepimya bernama
dan aku melihat nama-nama
pada tiada nama-nama.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
2 Comments
Komen
Ratu Rimba Niagara Aku dah tak merasa damai lagi...kerana pungguk dah tak sudi menyapa rembulan ...barangkali dah terbalik bukan lagi si pungguk rindukan rembulan tapi rembulan rindukan si pungguk yang tega menyorokkan diri di rimbunan dedaun di pohon mermau ..nak merajuk pun jangan ler lama...kalau lebih tiga hari rembulan bawa diri biarlah sama-sama merajuk kerana tak mahu terluka di lukai lagi....hehehe
SukaBalasan116 jam
Murba Terpinggir Pungguk menemui falsafah belantara hingga asyik dengannya. Namun rembulan tetap diingati sahabat Rabeah Binti Mohd Ali.
Tak SukaBalasan116 jam
Ratu Rimba Niagara moga falsafah alam rimba , pungguk dan rembulan menjadi inspirasi dalam berkarya sahabatku murba terpinggir...
SukaBalasan116 jam
Murba Terpinggir Ya, kulihat rembulan tersenyum sipu di dada awan. Manjanya rembulan masih seperti dulu. Gurau jer..hi hi
Tak SukaBalasan116 jam
Ratu Rimba Niagara ku lihat pungguk dah tak sibuk lagi sebab itu ada masa untuk menyapa rembulan kerana dikhuatiri rembulan menghilangkan diri....hehehe
SukaBalasan116 jam
Rabeah Binti Mohd Ali

Tulis balasan...
Noriza Ashrdin Bawalah aku ke daerahmu
Aku ingin bersama ramai yg tidak bernama..
Melihat tiada rasis diantara nama nama yang tiada bernama..

Bawalah aku kedaerahmu
Untuk ku nikmati
Kicauan beburung yg berloncatan
Di dedahan dan dedaunan
dalam kebebasan menikmati rahmat Ilahi..
Bawalah aku kedaerahmu..!
SukaBalasan115 jamTelah disunting
Murba Terpinggir Daerah ini pepohon rasa subur meranum
akal bersapaan bila diperlukan
daerah ini ketawanya menangis

menangisnya ketawa
moga sahabat bersapaan hikmahnya Hikam
atau berpamitan dengan Ehya' Ulumiddin
atau karam dalam pesona Minhajul Abidin
ayuh! Mari kita berlarian di daerah sepinya ramai...
SukaBalasan114 jam
Noriza Ashrdin Para sufi berkumpul mendaki TAJALLI meraih Nur kasihNya..
SukaBalasan114 jam
Rabeah Binti Mohd Ali

Tulis balasan...
'Aku selalu senyum walaupun terluka tapi bertambah terlukanya aku pabila rakan fbku yang boleh dibilang dengan jari tak sudi membalas senyumanku walaupun hanya dengan like tanda membalas senyumanku...andai aku bawa diri darimu tolong sudi maafkan aku izinkan aku memberi senyuman kepada yang sudi membalas senyumanku...'

İsmail Can
Yurako Corner:
MAKNA DARI SENYUMAN…
Senyuman adalah tanda kebahagian, tapi terkadang senyuman adalah tirai yang menutupi kesedihan.
Jika engkau melihat orang yang engkau cintai maka tersenyumlah agar ia merasakan cintamu.
Jika engkau melihat musuhmu maka tersenyumlah agar ia merasakan kekuatan dan kewibawaanmu.
Jika engkau melihat orang yang meninggalkanmu maka tersenyumlah agar ia merasakan penyesalan ketika pergi darimu.
Jika engkau melihat ke cermin maka tersenyumlah karena Allah telah memberikan kepadamu begitu banyak kenikmatan yang ada pada jasadmu.
Jika engkau melihat orang yang tidak engkau kenali maka tersenyumlah agar Allah memberi pahala kepadamu.
Bukankah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
تبسمك في وجه أخيك لك صدقة...
“Senyummu terhadap saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At Tirmidz 1956)

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Manda Conai Selamat malam Adinda Q
Tak SukaBalasan116 jam
Ratu Rimba Niagara Selamat malam kembali kanda mandaku...hilang rasa rinduku...hehehe
SukaBalasan16 jam
Rabeah Binti Mohd Ali

Tulis balasan...
Luncai Mas Assalamuaalaikum,

Msaok hutan cari rebung,

Jalan balik jumpa cendawan,
Salam silaturrahim kita sambung,
Jangan kecewa luncai layan.
Tak SukaBalasan115 jam
Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam ...

ada pangkat jangan sombong,

kawan lari terasa malang,
silaturrahim sambung menyambung,
terima kasih luncai mas tersayang.
SukaBalasan15 jam
Luncai Mas Jap yek
Tak SukaBalasan114 jam
Luncai Mas Pukat labuh tengah lautan,
Hasil banyak hari ini,
Selamat pagi luncai ucapkan,

Besok bleh sambung lagi.
Tak SukaBalasan114 jam
Ratu Rimba Niagara Selamat pagi luncai mas.
ramah tamahmu amat bererti,
hatimu bagaikan emas,

sudilah menjadi sahabat sejati.
SukaBalasan3 jam
Luncai Mas Jalan berliku bnyak cabaran,
Kena berhati jgn gelojoh,
Simpan dihati dengan perasaan,

Hamba susah lagipun hudoh.
Tak SukaBalasan13 jam
Ratu Rimba Niagara terbang merpati hinggap di atas dahan,
mati ditembak manusia berotak bodoh,
kita semua hamba ciptaaan Tuhan,

semuanya cantik tiada yang hodoh.
SukaBalasan2 jam
Luncai Mas Bukan hendak meraih simpati,
Lambat laun bertemu jua,
Bukan x mahu cari penganti,

Takut terluka kali kedua.
Tak SukaBalasan12 jam
Ratu Rimba Niagara bunga bukan sekuntum,
kumbang bukan seekor,
cinta sejati senyuman terkuntum,

pasrah padaNya tanda syukor.
SukaBalasan2 jam
Luncai Mas Sinar suria diwaktu pagi, 
Pergi kesungai mengangkat pukat,
Klau jodoh bertandang lagi,

Biarlah kekal keakhir hayat.
Tak SukaBalasan12 jam
Ratu Rimba Niagara Pagi hari mengarang surat,
Surat ditujukan pada cik Nah,
Jika jodoh sudah tersurat,

moga bahagia hingga ke Jannah.
SukaBalasan2 jam
Luncai Mas Rajin benar usaha pk tani,
Diredup senja masih dsawah,
Kalau sudah tawan dihati,

Sangupkah bersama walaupun susah.

Mlwak jeee.
Tak SukaBalasan12 jam
Rabtu Rimba Niagara Anak muda berjiwa pahlawan,
Setiap tahun menjadi johan,
Jika hati sudah tertawan,

kita serasi bersahabat bukan berjodohan.

gurau jer
SukaBalasan2 jam
Luncai Mas Jap tlong kwan kt bngkel keta.
Tak SukaBalasan12 jam
Luncai Mas Dalam paya banyak ikan.
Riuh rendah merentang pukat,
Terima ksih luncai ucapkan,
Bertya kabar semasa berehat,
Tak SukaBalasan151 min
Ratu Rimba Niagara cantik sungguh ikan Emas,
mata merah dimasuki habuk,
sama-sama kasih luncai mas,

sudi bertanya kabar sekalipun sibuk.
SukaBalasan6 min
Rabeah Binti Mohd Ali

Tulis balasan...
Ayob AJ Selamat pagi.
SukaBalasan6 jam
Ratu Rimba Niagara Selamat pagi kembali sahabatku ayob AJ.
SukaBalasan3 jam
Rabeah Binti Mohd Ali

Tulis balasan...
Nourain Puteri salam zohor...maaf...mungkin kita x pernah bertemu atau diri ini terlepas pandang...
kan ku cuba mengingatimu sahabat maya ku..
Tak SukaBalasan21 jam
Ratu Rimba Niagara terima kasih sahabatku nourain puteri kerana sudi menyapaku...terharu rasa hati ini...ku pandang bulan kulihat wajahmu...hehehe salam perkenalan dariku sahabahatku...
SukaBalasan130 min
Nourain Puteri salam perkenalan juga ya Ratu Rimba Niagara..ceria ceria selalu
Tak SukaBalasan114 min
Ratu Rimba Niagara moga silaturrahim kita nan indah ini berkekalan hingga ke Jannah walaupun cuma di grup,' pantun...madah...puisi cinta...' Aamiin.
SukaBalasan11 min

SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
7 MUHARRAM 1437H
20 OKTOBER 2015
Ustaz bersama Aziah Aziz dan 49 yang lain.
"Kita kena ingat mati, supaya perasaan untuk mengejar ilmu di dunia dan akhirat akan sentiasa menjadi keutamaan.
Beribadahlah seperti kita akan mati esok." - TGNA

SukaTunjukkan lagi reaksi
 Komen
Komen
Hani Zafira Tq share..
Tak SukaBalasan111 jam
Ratu Rimba Niagara Silakan sahabatku share..
WAHAI JIWA YANG TENANG
surat Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
21 MUHARARAM 1438H
22 OKTOBER 2016

0 comments:

Post a Comment

 
;