Wednesday, 8 February 2017

KARYAKU DUNIAKU (157) MENJADI PENDEKAR KERANA ALLAH


KARYAKU DUNIAKU (157) MENJADI PENDEKAR KERANA ALLAH
ASSALAMUALIKUM WBT DUNIA ALLAH HIT LIKE AND TYPE ALLAH HU AKBAR SUBHANALLAH

Foto Manda Conai.

YA ALLAH TUNJUKKAN KAMI JALAN KE SYURGA-MU
YA ALLAH IZINKAN KUUKIR NAMA-MU DI HATIKU DAN DI HATI SAHABAT ALAMMAYAKU AAMIIN


PERSIAPKAN ILMU PAHLAWAN PENDEKAR MUDA DEMI-NYA KALIAN MENJADI MUJAHID FISABILILLAH
PENDEKAR WAN PERKASA:
Pendekar Wan Perkasa:
hahahaha...anak jantan rumpun melayu. ..akhir nya kau mengalah juga..kau tewas di tangan panglima pendekar Wan Perkasa yang memang bijaksana..bukan sekatat bermain senjata bahkan bermain sembunyi sembunyi dengan petak umpat...baiklah kali ini aku bebaskan engkau...hahahaha
(SKRIP PENDEKAR: PUTRI RIMBA & AYAH MUZ ILYASHAH)
21 aPRIL 2012
3 Comments
PENDEKAR RUMPUN MELAYU PANTANG BERUNDUR!
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.
Guruku namanya Pendekar Mastur,
Maha Guru Silat yang terhandal di Sumatera;
Katanya bila dah sampai ke gelanggang jangan mundur,
Biar bermandikan darah namun semangat tetap membara.
Jangan mudah melayu melatah,
Bukan siapa hendak mencabar siapa;
Hanya mahu menakutkan musuh,
Agar musuh tahu anak jantan itu siapa.
Kalau engkau malu mengaku pendekar,
Aku ke gelanggang dicabar Maha Guru Zairi;
Makanya aku takkan berundur,
Kan ku perjuangankan jiwa melayu sampai mati.
Aku tahu aku tak sehebatmu pendekar Wan Perkasa,
Tapi jangan diduga laut yang dalam;
Pendekar melayu sentiasa gagah perkasa,
Diwarisi kependekaran dengan jiwa mendalam.
Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Mari kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan mundur.
Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerna pendekar melayu tak takut mati.
Laksmana raja di laut berbukit batu
hempaskan kris gayungkan senjata
wahai pendekar melayu kau bukan lawanku
bertarung denganmu tak perlu bersenjata
Duduk di bawah pepohon getah
Sambil menguyah ubi dan pengat
Membujur lalu melintang patah
Sidiranmu itu naikan semangat
Sudah ku siap masuk gelangang,
Sila lah turun mengatur langkah,
Darah Melayu di cabar pantang,
Sekali ku hembus tak akan mengalah
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Aku tahu ilmu persilatanmu penuh di dada,
Sebab itu kau tak masuk berlenggang;
Biarpun keris mu itu dihunjam di dada,
Rela ku mati dalam gelanggang.
Tapi awas! Jangan sekali mencuri tikaman,
Berlawan jangan ada tipu daya yang menipu,
Setiap langkahmu semuanya dalam perhatian,
Sekali kau menendang 10 kali aku membalas tendanganmu itu.
PENDEKAR WAN PERKASA:
Aku tak perlu menghunus keris ku, Langkah ku atur mengikut rasa,Bukan di kau lawan bagi ku,Aku lah yang bergelar Wan Perkasa. Wan Perkasa turun gelangang, Jangan cuba buka lipatan,Ku tepis semua serangan yang datang,Rusuk mu bertubi tubi ku beri tumbukan.... hahaha... Aku bukan sebarang aku, aku datang menabur ilmu, Jangan rapat dengan diri ku... Kelak kau akan terkena sengatan dari ku
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Siapa pun gelaranmu tak kan ku gentar...
Kerna aku diajar guruku
Jangan mundur sebelum berjuang
Tahu kah engkau aku ini anak jantan melayu
Anak jantan melayu pantang dicabar
Kau tepis aku melompat
Lihatlah keris digengamanku ini
Pasti akan terhunjam di dadamu
Awas!!! Wan Perkasa!!
PENDEKAR PENGECUT
Aduh nampak parang panjang melintang lintang takutlahlahtu cerite ajelah... mane ade jiwe kstria jaman sekarang.. kalau ndak mohlah kite betikam
PENDEKAR RUMPUN MELAYU
Siapa bilang jaman sekarang tak ada jiwa kstria...??? Tak belajar belajar sejarah kepahlawan melayu jaman Hang Tuah ke? Sumpahnya melayu tak akan hilang di dunia makanya jiwa kstria akan wujud hingga kapanpun! Kerna engkau anak jantan melayu tak tahu sejarah Hang Tuah...cepat turun ke gelanggang kita bertarung habis-habisan ! Biar engkau tahu sumpah Hang Tuah itu adalah benar! Biar keris laksamana Hang Tuah ini menjadi saksi kepada penderhaka seperti engkau anak jantan yang pengecut!!!!! i
PENDEKAR WAN PERKASA:
Wahai anak siapa nama mu,
Pipi mu masih kehijau hijaun,
Aku tak gentar dengan suara mu,
Aku takut kau yang dulu pengsan
hahahahaa
Dadaku bukan untuk di tikam,
Sebelum kau sempat menghunus keris mu,
Kau akan terasa Gamam,
Pabila kau tahu siapa diri ku
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Wahai pendekar perkasa...yang tak perkasa...aku tak heran pun sapa diri engkau...jangan kau pandang aku sebelah mata dengan mengatakan aku masih lagi kehijauan....Ciss bedebah engkau! Anak jantan melayu pantang dicabar...lautan dalam jangan di duga...kalau engkau hendak tahu...darah yang mengalir ditubuhku ini adalah darah pahlawan hulu balang raja bugis! Moyangku berpesan ...sahut cabaran jika dicabar! Makanya demi sumpah setiaku pada moyangku aku tak akan berundur walau seinci pun rela kumati dalam gelanggang ini. Ayuh!!! Tunjukkan taring harimaumu itu ... kalau kau benar perkasa!!!
PENDEKAR PENGECUT:
Kayu sama kayu,
Kayu mana boleh ditebang
Melayu sama melayu
Melayu mana boleh betentang
PENDEKAR WAN PERKASA:
hahahahahahaha rupa nya kau marah di tengah gelangang..kasihan aku pada mu..anak muda tak dapat nak menahan kemarahan....jangan kau tikam musuh kerana marah, jangan kau mengata ciss..cuba kau katan cheese boleh kita makan bersama...hahahaha nah ambil dari ku ini... Bila kau tahu siapa diriku,
Pasti gementar seluruh tubuh mu,
Cepat cepat kamu berlalu,
Sebelum melayang penangan dariku
Langkah kaki ku tak pernah ternoda,
Kencang bagaikan angin nan terbang,
Sebelum kerisku menikam dada,
Lebih baik kau keluar dari gelangang
Hahahahha...
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Aku takkan keluar dari gelanggang...
Biarpun mati aku rela
Daripada undur dimedan juang!
Biar aku mati bermaruah daripada aku mati digelar sebagai pengecut! Segala seranganmu akan kutangkis, tulangku besi beruratkan dawai Mana mungkin kutewas ditanganmu itu
Tengkukmu itu akan kupatahkan dengan siku ini..!Sebelum kau cedera parah di tanganku ini lebih baik kau suruh pendekar zairi erie sediakan ambulan untuk mengusung kau ke hospital!!!! hahahahah
PENDEKAR WAN PERKASA:
Bukan kau tak tau yang aku ini Wan Perkasa,
Pantas dan pintas bermain senjata,
Atupun kau saja berpura pura,
Nak curi ilmu yang aku ada
Jangan kau harap aku nak beri,
Langkah gerak cengkaman maut,
Pergi lah engkau cari sendiri,
Ilmu ku sudah cermat ku balut
Sangkabuana itu guruku,
Di Bukit Saga aku bertemu,
Kau tak akan dapat sentuh tubuhku,
Sebelum kau sempat terbakar jantung mu
hahahahaa..kau marah lagi wahai anak muda..sampaikan ambulan nak kau sedia...untuk aku kau kata..rupa nya kau dah lupa Zaman Hang Tuah mana ada itu semua...cuma mak bidan sama tok pawang sahaja..geli hatiku tak terkira..dalam diam kau curi ilmu ku juga ..tapi tak akan berjaya sebab aku tak pernah mengijazahkan kapada sesiapa..cuma murid2 ku sahaja....Tok maharaja lela salah satu dari nya...ku serahkan pada nya..kau hanya layak berdepan dengan dia..sebab ilmu mu itu tak seberapa..lagi pun aku nak hantar kau naik ambulan ka hospital Sultan Ismail dekat dgn taman daya..hahahahahaha
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Begitu angkuh kau berkata-kata...siapa yang heran dengan ilmu persilatanmu itu...sekali aku cekak dan kubaling kau ke bumbung atap rumahmu jatuh terguling-guliung kau di situ..sebelum jatuh terguling akan kusambut dikau kerana aku tak tega melihat kau mati pendekarku...biarlah kau mati dalam gelanggang ...jangan mati di luar gelanggang...itulah prinsip aku pendekar rumpun melayu ..anak jantan melayu yang tak akan takut mati ! Hahahahahaha
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Kepahlawananmu kepahlawananku bukan hendak menunjuk hebat
Tapi kerana ingin menurunkan ilmu warisan kepahlawanan
Laksamana Hang Tuah....makanya kita berlawan bersungguh-sungguh
Andainya kumati di tengah gelanggang...
Bersumpahlah denganku sahabatku
Kau akan teruskan perjuangan kepahlawanan ini
Biar satu dunia tahu kepahlawanan melayu
Jangan dipandang sebelah mata
Barulah jadi keramat sumpah
Laksamana Hang Tuah
Tak akan hilang melayu di dunia...
Biar semua rumpun melayu mempertahankannya
Apapun semua dengan izinNya jua.
PENDEKAR PENGECUT:
Pendekar Rumpun Melayu berkapan nak bersembang kalau pantun melulu..kalau sudah ya masuk saja jangan banyak basa-basi ini bukan zamannya lagi , kalau sudah siap mulailah siapa yg menang..
PENDEKAR MUDA:
budak melayu datang,,
dengan senggegam asa,,,
bawa senjata terselip di pinggang,,,
jiwa bara, hati tertanam jiwa kesatria...
mangarungi arum jeram dengan lantang.....
sampai daratan menacam keris,,,,
menggemgam pasir mencium tanah.......
kalau mati di unjung keris,,
untuk merebut tanah bermarwah....
PENDEKAR PENGECUT:
Dalam lopak cari sepetang,,,
keris campak lari lintang pukang.
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Angin sepoi mendayu-dayu,
hadir mentari dikala sendu,
pagi jumaat indah nan syahdu,
teringatkan kalian wahai sahabatku...
(PETIKAN DARIPADA WALL ZAIRI ERIE & PUTRI RIMBA)
21 April 2012
April 21, 2012 at 9:26am · Like · 1
Rabeah Binti Mohd Ali
Rabeah Binti Mohd Ali AKU TULUS PADA MU DUHAI PENDEKAR RUMPUN MELAYU!
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Angin sepoi mendayu-dayu,
hadir mentari dikala sendu,
pagi jumaat indah nan syahdu,
teringatkan kalian wahai sahabatku...
PENDEKAR WAN PERKASA:
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ wahai saudaraku..maafkan hamba kalau tak sengaja tertikam dada mu, kerisku tak pernah kenal sesiapa..di hari juma'at yang penuh barakah sama2 lah kita keluar dari gelangang kita berkumpul di mesjid untuk menunaikan sholat juma'at....
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Duhai saudaraku...
Kita bertarung bukan untuk menunjuk siapa hebat melainkan untuk berkongsi ilmu persilatan yang diajar oleh Maha Guru masing-masing agar dapat diwarisi oleh generasi muda makanya akan terlahirlah pendekar-pendekar melayu di bumi ini. Biarpun aku mati tertikam oleh mu duhai pendekar wan perkasa aku redha dengan kematianku. Dan aku salut dengan ilmu kepahlawananmu yang tinggi itu...
Di masjid nanti bolehlah kita berjabat tangan mohon maaf kerna terkasar bicara denganmu duhai pendekar wan perkasa yang perkasa....
PENDEKAR WAN PERKASA:
Aku tulus kepada mu wahai pendekar...ilmu ku tidak lah seberapa..tetapi gertakan ku boleh membawa bencana..siapa yang lemah semangat akan kecundang..siapa yang kuat akan berdepan dengan ku secara live..di TV 3 hahahaaha
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Cayalah...sahabatku...
Kau memang pendekar melayu yang digeruni
Dengan syarat jangan kedekut ilmu
Ilmu yang tinggi taklah hebat mana
Jika tak mahu sama dikongsi
Makanya kau jangan kedekut ilmu
Ilmu yang banyak itu mesti dikongsi
Tambahan pula ilmu untuk diwariskan kepada
Generasi muda agar mereka sepertimu menjadi pendekar terbilang
Jika ditakdirkan kau mati dengan ilmu-ilmu itu tertanam sama makanya
Hilanglah seni warisan bangsa
Makanya jangan sampai jadi begitu sahabatku
Dan aku yakin kau tak begitu
Makanya beritahulah aku bila
Siaran di TV 3 kerana aku hendak berdepan
Denganmu duhai pendekar yang perkasa....
PENDEKAR WAN PERKASA:
hahahahaha..aku suka dengan gurauan mu..tapi masa tak menizinkan..aku harus memepersiapkan diri untuk bermunajat kepada Illahi..insha'Allah di lain kali kita akan bertemu lagi..wit wit tanda tanganku.. aku sudahi.......wabilah hitaufiq wal hidayah wassamulaikum Warrahmatullah hi wabarokatuh
PENDEKAR RUMPUN MELAYU:
Wiit wwiiit..terima kasih kerana sudi terimaku menjadi anak muridmu...wiiiitt wiiit....hehehe
(SKRIP PENDEKAR RUMPUN MELAYU ANTARA BENUA:
PUTRI RIMBA MALAYSIA & AYAH MUZ ILYASHAH INDONESIA)
21 April 2012
April 21, 2012 at 9:39am · Like · 2
İsmail Can ke Islam Itu Indah & Lengkap
Jika anak anak ini adalah anak kalian..
Apa yg akan kalian lakukan..
SYRIA
اَللّٰهُ أَكْبَر
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِالله

KAMI RINDU RAMADHAN YA ALLAH
Selamat datang Ramadhan yang dirindu
terima kasih Tuhan kerana memberi kupeluang bertemu Ramadhan
Ya Allah kuatkan aku jika aku lemah untuk beribadat di bulan Ramadhan
alangkah ruginya aku andai aku persiakan amalan di bulan Ramadhan yang penuh berkat ganjaran pahala yang berganda-ganda dari-Mu
Ya Allah jauhkan aku daripada sebarang perkara yang mengurangkan pahala dan membatalkan puasaku kerana aku tak mahu puasa yang sia-sia hanya berlapar dan dahaga tapi tiada sedikitpun pahala di SisiMu moga dijauhkanlah Ya Allah.
Ya Allah izinkan aku bertemu Lailatul Qadar kerana jika aku beribadat di malam Lailatul Qadar seolah aku beribadat 1,000 bulan Subhanallah itulah yang aku dambakan Ya Allah.
Ya Allah aku mahu menjadi hamba-Mu yang selalu bersyukur atas usiaku yang Kau pinjamkan ini kerana aku tak tahu adakah ini Ramadhan terakhirku...
Ya Allah berilah aku peluang bertemu Ramadhan yang dirindui dan berilah aku peluang bertemu Lailatul Qadar agar bertambah dekat dengan-Mu
kerana Engkau adalah penciptaku.
Aku hambaMu yang sentiasa mengharapkan hidup matiku dalam redhaMu bila sampai saatnya nanti roh meninggalkan jasad Kau terima sebagai roh yang tenang lagi diredhaiMu itulah yang kucitakan dan dambakan Ya Allah.
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
Ya Allah Kau makbulkan doaku ini dan yang membaca doaku ini .
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
HambaMu Yang MencintaiMu dan Rasulullah KekasihMu,
..............................................................
24 Sya'ban 1437H
31 Mei 2016

SUMPAH SI MUJAHID KECIL
Ya Allah datangkanlah bantuan tenteraMu
menyelamatkan aku daripada kezaliman ini...
agar dapat kubalas kematian ayah ibuku
izinkan aku membesar sebagai pejuang fisabililahMu
membantu menyelamatkan saudara seislamku yang dizalimi
tanpa perikemanusiaan rejim yahudi dan basyar assad laknatullah...
Duhai si laknat...
aku tak takut mati...
jika kematiaanku ini
boleh menggembirakanmu silakan...
Syurga sedang menantiku
ibu dan ayahku sedang menantiku...
tapi harus kau ingat neraka Jahannam sedang menantimu
engkau akan merasa pembalasan maha dahsyat daripada Tuhanku...
Duhai si laknat
jika aku dipanjangkan usia aku bersumpah
atas nama Tuhanku
akan menuntut bela kematian saudara seislamku
yang kamu aniaya tanpa ehsan...
Duhai si laknat
andai aku mati kau bunuh
aku bersumpah atas nama Tuhanku
agar DIA izinkan aku menjadi tentera MujahidNya
bersama dengan tentera MujahidNya yang lain
yang tak akan kamu lihat dengan mata kasar
menuntut bela atas kezaliman yang kamu perlakukan
kepada saudara seislamku
itu sumpah aku
itu doa aku yang termakbul
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara,
23 Sya'ban 1437H
30 Mei 2016
Faria Farhana ke Islam Itu Indah & Lengkap
“ Wahai Zat yang tidak ada satupun yang mengetahu tentaraNya kecuali Dia. Turunkanlah tentara-tentaraMu serta turunkanlah pertolonganMu kepada hamba-hambaMu para mujahid di negeri Syam (Suriah, Palestina). Ya Allah segerakan kemenangan bagi kami dan mereka. "Allahumma amiin ”
YA ALLAH KURNIAKAN SEMUA PEMIMPIN NEGARA ISLAM BERJIWA FISABILILLAH AGAR AGAMA-MU DI-AGUNGKAN DI SELURUH DUNIA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'ERDOGAN SANGGUP MATI DEMI NEGARA DAN RAKYAT TURKI...'
TAKBIR RAYA AIDILFITRI KEAGUNGAN HANYA UNTUK ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA UNTUK-MU
YA ALLAH JADIKANLAH AKU ROH SUCI YANG KAU MAHUKAN YANG AKU DAMBAKAN
TAKBIR RAYA AIDIL FITRI KE-AGUNGAN HANYA UNTUK ALLAH
TUHAN SEKALIAN ALAM
TUJUH PETALA LANGIT
TUJUH PETALA BUMI
BERGEMA LANTUNAN
TAKBIR RAYA AIDILFITRI
HARI KEMENANGAN HAMBA-NYA YANG BERPUASA
TAKBIR RAYA AIDIL FITRI
DARI ARASY ALLAH SWT
HINGGA SELURUH ALAM
TAKBIR AIDILFITRI
DILAFAZKAN DENGAN PENUH KEINSAFAN RATAPAN
MENDAYU-DAYU....SAYU...SYAHDU...HIBA....
BETAPA HANYALAH ALLAH SEGALA PERGANTUNGAN HIDUP DAN MATI MENGAKU SEPENUH HATI TIADA TUHAN LAIN YANG DISEMBAH
MELAINKAN DIA
ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKABAR....ALLAHU AKBAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR YANG TERAMAT BESAR
SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TERAMAT BANYAK
MAHA SUCI ALLAH WAKTU PAGI DAN PETANG
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
DAN TIADA LAIN YANG KAMI SEMBAH KECUALI DIA
KAMI IKHLAS KEPADA-NYA
MESKIPUN DIBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH YANG MAHA ESA
YANG MENEPATI JANJI-NYA
YANG MENOLONG HAMBA-NYA
YANG MEMULIAKAN TENTERA-NYA
DIA TELAH MENGHANCURKAN SEMUA KUMPULAN (PENENTANG)
DENGAN KEKUASAAN-NYA
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
ALLAH MAHA BESAR
SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA BAGI ALLAH
YA ALLAH DI PAGI SYAWAL PENUH BERKAT INI
KAU AMPUNKAN AKU
KAU TERIMALAH TAUBATKU
SESUNGGUH-NYA AKU HAMBA-MU YANG HINA TANPA
PENGAMPUNAN DARI-MU
YA ALLAH JADIKANLAH AKU HAMBA-MU
DI MANA DARI AWAL KEJADIAN AKU ADALAH ROH SUCI PENUH
TUNDUK TAWADUK
MAHU MENJADI HAMBA-MU YANG PATUH DAN TAAT KEPADA SEMUA PERINTAH-MU, MENGAKU SEBENAR-BENAR KAU ADALAH TUHANKU TIADA TUHAN LAIN SELAIN ENGKAU...HANYA ENGKAU SAHAJA YANG LAYAK DISEMBAH MAKA DARI ITU AKU MAHU MENJADI HAMBA-MU SEPERTI KEJADIAN ASALKU
ROH SUCI YANG TAWADUK
YA ALLAH YANG MAHA MEMAKBULKAN SEGALA PERMINTAAN
WUJUDKANLAH ROH SUCI KEJADIAN ASALKU DIJIWAKU YANG MASIH BERNAFAS INI SEHINGGALAH NAFAS TERAKHIRKU NANTI
KAU TERIMALAH AKU SEBAGAI ROH SUCI YANG TENANG LAGI KAU REDHAI
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
SEGALA PUNYA HANYALAH UNTUK-MU
KAU MAHA MENEPATI JANJI
MAKANYA JADIKANLAH AKU ROH SUCI YANG KAU MAHUKAN DAN AKU DAMBAKAN
TIADA APA YANG KUINGINI DI DUNIA INI LAGI
HANYALAH MAHU KE JALAN-JALAN-MU
ITU SAJALAH YANG MENENANGKAN JIWAKU DI KALA INI, SUMPAH SETIA ROH SUCI ITULAH YANG HENDAK KUPASAKKAN
DI JIWA DI KALBU AGAR AKU BENAR SEBENAR IKHLAS MENGOTAKAN SUMPAH SETIAKU PADA-MU
BIARPUN DIBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR
AKU TETAP MENGAJAK TENTERA-TENTERA-MU
BERJUANG BERMATI-MATIAN UNTUK MENYEBAR LUASKAN AGAMA SUCI-MU DI SERATA BENUA BUMI-MU INI.....DI MANA MANUSIA BERHIDUP DI SITULAH TENTERA-TENTERA-MU AKAN MEMPERJUANGKAN-MU AGAR SEMUA MANUSIA DI BUMI INI TAKUT DENGAN-MU,
AKUR DENGAN PERINTAH-MU
MEMBESARKAN-MU
MENG-AGUNGKAN-MU
DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR, SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA UNTUK-MU
KAU MAKBULKAN SEGALA DOA YANG KUPINTA
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
.........................................................
(HAMBA-MU YANG KERDIL DI SISI-MU)
1 Syawal 1437H
6 Julai 2016.
KITA BERKASIH SAYANG BERSATU HATI BERKASIHAN BELAS IKHLAS DALAM SILATURRAHIM ATAS DASAR CINTAKAN ALLAH KASIH RASULULLAH YANG SAMA KITA DAMBAKAN DUNIA DAN AKHIRAT.AAMIIN.
Alhamdulillah semoga persahabatan kita sentiasa indah seindah pelangi di malam hari dapat diteruskan hingga ke Jannah bersama bergembira dalam syukur mendapat minuman dari Rasulullah di Telaga Khauthar yang jika diminum tak akan dahaga selamanya dan lebih menggembirakan lagi kita semua dapat Memandang Wajah Allah Azzawajallah di Syurgawi berdekatan dengan Rasulullah inilah hikmah di sebaliknya kenapa Allah SWT temukan kita di alammaya bukan saja-saja tapi disengajakan-Nya. Moga dengan izin-Nya jua dimakbulkan apa yang kita semua cita-citakan sejak di azali lagi. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Syukur pada-Mu Allah atas persahabatanku dengannya.
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM SYAWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
SASTRAMU SASTERAKU WARISAN KITA

Rabeah Binti Mohd Ali
SASTRAMU SASTERAKU WARISAN KITA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terlebih dahulu saya ucapkan sekalung tahniah kepada Pak Naga kerna dalam diam-diam telah mengujudkan sebuah grup .'
MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA' Hebat tu Pak Naga Pamungkas! Aku ingatkan terus sepikan grup yang diwujudkan...
Ku ingatkan kau tubuhkan grup sastra hanya sekadar suka-suka tanpa matlamat...tapi aku tertipu dengan prasangka aku sendiri...maafkan aku Pak Naga Pamungkas...! Walaupun sudah hampir setahun aku bersama dengan grup DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO aku tak nampak tanda-tanda usahamu untuk membangunkan semua ahli-ahli grupmu yang terdiri daripada kalangan penulis yang hebat-hebat.
Ahli-ahlinya memang aku tabik padamu Pak Naga ...berjaya kau kumpulkan...tapi kuperhatikan kau sendiri jarang turun ke padang untuk memberi sokongan pada ahli grupmu...apakah masalah mereka ...malah , 'like' kurang sangat apatah lagi untuk memberi komentar, pandangan bernas darimu sebagai admin yang menyelenggarakan sesuatu kumpulan.
Hinggakan setiap ahli rasakan mereka berkarya seorang tanpa ada wujudnya teman-teman grup kerana bos grup tak muncul-muncul.
Peserta yang paling aktif menghantar karya cuma aku...bukan hendak membangga diri tapi ketahuilah di mana grup yang kusertai ku rajin menghantar karya ....
Bukan aku suka-suka saja hantar karya untuk mendapat perhatian mana-mana grup tapi nama aku dicalunkan menjadi ahli grup jadinya aku rasa sebagai menghargai jemputan menjadi ahli kepada grup mereka itu adalah satau penghargaan buat karya-karya ku agar dapat disumbangkan kepada grup.
Mulanya grup yang tersenarai namaku, dimulai dengan grup yang diselenggarakan oleh Pak Naga Pamungkas iaitu DIALONG RUMAH SASTRA BORNEO.
Sepanjang aku menjadi grup DRSB banyak juga cabarannya...sudah banyak kali aku menghantar notis untuk menarik diri daripada menjadi ahli di situ kerna faham-faham ajelah sikap berputus asaku ....tapi putri sulungkuku memujukku,
"Ibu...kenapa ibu mahu undur dari grup Dialog Rumah Sastra Borneo?"
"Entahlah...ibu kecewa bilamana karya ibu tak dihargai malah dicerca teruk...
oleh mereka..."
"Adatlah ibu...ibu selalu sangat hantar karya....sebab itu mereka bosan hendak membaca karya ibu....tiada orang lain...lagi...lagi...ibu....ibu jangan hantar banyak-banyak ye...hantar seminggu sekali....mungkin baru mereka baca karya ibu...."
"Tapi nak buat macam mana sudah ibu banyak idea...takkanlah ibu nak biarkan saja tanpa dikongsi. Tahu tak putriku sayang idea ini dari Allah kalau ibu tak kongsikan bersama pembaca nanti ibu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak? Bagaimana...? Takut ibu nak....malu ibu pada Allah. Salah ke ibu menulis tanda ibu
syukur kepada Allah."
"Salah itu memang tak salah....cuba ibu fikir....ibu tulis mengenai Ketuhanan ...berbuat baik...sesama insan...mungkin mereka meluat membaca karya ibu dengan mengatakan, ' Ala....macamlah baik sangat ...nak tunjuk pandailah tu..."
"Iye ke nak...memanglah ibu insan yang tak sempurna baik...tapi apa salahnya ibu bercita-cita mahu menjadi baik dan kebaikan yang ibu cita-citakan itu mahu ibu kongsikan bersama pembaca ...bukankah setiap yang baik itu datangnya dari Allah.
Dan ibu tahu ....ibu tidaklah pandai seperti mereka yang bijak pandai...tapi tak tahu ke mereka Allah lah Yang Maha Bijaksana dan Kebijaksanaan-Nya tiada siapa yang dapat tandingi. Makanya kepandaian mereka dan ibu ini yanglah cuma setitis saja tak lebih dari itu. Ilmu yang setitis inilah yang boleh menentukan kita ke Syurga atau ke neraka."
"Itu kata ibu...mereka ada pendirian mereka sendiri...mereka tak mahu sokong ibu tak apa ibu...mereka nak kata ibu apa saja katalah ibu...bukan luak pun...yang penting ibu teruskan perjuangan ibu...sayang sekali kalau ibu undur diri kerana kata-kata mereka itu...lagipun mereka cuma ahli bukan admin di situ...ha...tengok ni ...Naga Pamungkas ni..., 'like' semua karya-karya ibu....Naga Pamungkas ini sapa ibu?"
"Dia admin grup DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO."
"Ha...yang penting ketua sokong ibu...yang penting ketua suka karya ibu...ahli-ahli tak suka...biarkan aje....lainlah kalau ketua dah tak suka...barulah ibu undurkan diri...kalau ibu tak undurkan diri ketua akan undurkan ibu...."
"Iye ke nak..."
"Iye ibu...sekarang ...ibu teruslah perjuangkan pena ibu tapi ingat berjuang bukan untuk disanjung atau mencipta nama tapi semuanya kerana Allah.
"Iye ke nak...Syukur Alhamdulillah ...tenang hati ibu sekarang...."
Selepas mendengar kata dorongan daripada putriku aku tak jadi untuk undur diri di grup DRSB...aku terus menghantar karya ...tapi taklah sekerap biasa.
Tiga bulan selepas itu , namaku dimasukkan ke grup SASTERA WARISAN KITA.
Entah sapa yang masukan namaku ke grup tersebut aku pun tak tahulah. Tapi grup ini macam ngam aje dengan citarasaku sama dengan matlamatku ....makanya hari-hari aku siarkan karya... tambahan pula setiap karyaku mendapat respon daripada ahli grup. Aku apa lagi teruja dengan duniaku...mengarang....mengarang....mengarang...
Dari pagi hinggalah ke malam....tanpa henti.
Kusangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari. Apabila salah seorang ahli mengutukku habis-habisan. Katanya karyaku tak berkualiti...pantun lari rhima...puisi berteraburlah...ejaan salahlah....komen dari salah seorang admin dari situ barangkali ...kalau tidak masakan dia berani menegur aku.
Aku tak kisah dia hendak menegur karyaku tapi hormatlah sikit usiaku hendak dibandingkan dengan dia. Aku tahulah dia itu ada bergulung ijazah dalam bahasa manakan sama dengan aku satu ijazah pun tak ada....
Kalau betul dia ingin membantu apa salahnya dia edit ejaan ...bahasaku yang berterabur...ini tidak kutuk...kutuk...kutuk sampai aku terduduk...
Kalau aku boleh menjadi penulis sukarela tidak dibayar gaji demi memartabatkan Bahasa Melayu kepada dia tak boleh menjadi editor sukarela? Kenapa harus karyaku dikutuk habis-habisan?
Tak cukup dengan itu pula...Bos admin menyampuk, " Jangan semakkan dinding , SASTERA WARISAN KITA dengan karya sampah!"
Allahu Akhbar...kecewa aku...kecewa aku mendengar apabila dikatakan karyaku sampah...Aku tak kisah kalau karyaku yang tak ada mesej dikatakan sampah...katalah tapi aku tak tega apabila karyaku Yang Memuji Kebesaran Tuhan dikatakan sampah....Aku menangis semahunya. Aku mengadu pada Tuhanku agar diberi kesabaran padaku. Akhirnya Tuhan menjawab doaku pabila...admin di situ removekan namaku di grup SASTERA WARISAN KITA.
Sebelum admin meremovekan namaku dia menulis , " PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI"
Kudoakan dari jauh moga...grup SASTERA WARISAN KITA terus mencapai misi dan visinya. Aamin.
KARYA : PUTRI RIMBA NIAGARA
9 Mei 2012

SELAMAT HARI PEKERJA SEDUNIA 1 MEI 2016 DISIARKAN PUISI KARYA RATU RIMBA NIAGARA TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PEKERJA DI SELURUH DUNIA.
"Gajimu dibayar oleh majikamu
Gajiku dibayar oleh TUHANku"
PEKERJA MEREALISASIKAN TRANSFORMASI NEGARA
Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Justeru ada Negara adalah pekerja;
Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.
Kerajaan pembela nasib pekerja,
Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
Tepat masa pulang habislah kerja,
Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.
Untungnya sungguh pekerja kerajaan,
Kerja senang tak banyak cabaran;
Rakyat datang jangan cepat baran,
Pekerja berbudi bahasa menjadi pujaan.
Rakyat datang mahu berurusan,
Berurusan dengan penjawat awam;
Menunggu lama amat membosankan,
Membosankan berurusan penjawat awam.
Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.
Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Negara maju kerana pekerja berdedikasi.
Malang sungguh pekerja swasta,
Masih ada juga sistem penghambaan;
Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
Kejamnya majikan tak ada perasaan.
Di era Negara maju serba moden,
Majikan untung berlipat ganda;
Gaji pekerja mereka tak naikkan,
Derita pekerja menyara keluarga.
Kerja separuh mati tak setimpal gaji,
Demi kehidupan teruskan juga;
Bos menghendik juga mengeji,
Hati merintih ditahankan juga.
Hati merintah ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup bersusah demi keluarga,
Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.
Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi majikan yang tamak haloba;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja bersabar dalam kesempitan.
Gaji diberi tidak mencukupi,
Untuk menyara kehidupan keluarga;
Padahal majikan hidup serba mencukupi,
Sumbangan pekerja tidak berharga.
Mogok pekerja bos yang susah,
Mogok bos pekerja tak bergaji;
Hidup pekerja semakin susah,
Negara moden selalu tak begini.
Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
Mencari nafkah keluarga tercinta;
Setiap tahun bos menabur janji basi,
Memberi bonus semuanya helah belaka.
Mana lagi tempat hendak mengadu,
Pekerja malang derita tanggung sendiri;
Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.
Segala masalah mengadu kepada WNK,
Berjuang habis- habisan demi pekerja;
Berhujan berpanas sanggup bertekak,
Asalkan terbela nasib pekerja.
Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
Terbela nasib pekerja kepuasan di hati,
Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.
Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
Berilah kami kekuatan dan keazaman;
Moga rintihan kami mereka mendengar,
Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.
Doa orang teraniaya tanpa hijab,
Hidup bersandar kepada Allah semata;
Berusaha bertawakal doa mustajab,
Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Saling faham memahami demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.
Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi tranformasi Negara
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2015
(Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja SEDUNIA
1 MEI 2015)
BOS PENYAYANG PEKERJA CEMERLANG
Datuk Jem bos yang penyayang,
Prihatin kepada masalah pekerjanya;
Semua pekerjanya dihargai dan disayang,
Pekerja cemerlang berbakti seikhlasnya.
Dari zaman menjadi pekerja bawahan,
Hingga kini menjadi bos nombor satu;
Tak pernah wujud rasa kebaggaan,
Hanya ada rasa syukur pada Allah Yang Satu.
Nak jadi bos mesti tegas dalam kelembutan,
Berbicara tak boleh melulu-lulu;
Fikir sedalamnya setiap perkataan,
Barulah yang mendengar menusuk di kalbu.
Jadi bos bukannya mudah,
Setiap hari kerja menimbun banyaknya;
Nak cari rezeki bukannya mudah,
Rezeki berkat menjadi idamannya.
Tujuan bekerja untuk mencari sesuap rezeki,
Tapi datuk jem memberi bersuap-suap rezeki;
Kerana pekerjanya adalah sumber rezeki,
Saling bekerjasama demi setiap rezeki.
Masa bekerja jangan ada curi tulang,
Nanti rezeki tak menjadi berkat;
Datuk jem suka pekerja ringan tulang,
Syarikatnya maju mendapat rezeki yang berkat.
Pergi bekerja jangan cari masalah,
Sesama rakan saling beri kerjasama;
Saling hormat menghormati berkongsi masalah,
Segala masalah diatasi berkat berkerjasama.
Datuk jem bos yang tiada masalah,
Ada masalah beritahu saja padanya;
Akan diselesaikan segala masalah,
Begitulah hebatnya ikatan bos dengan pekerjanya.
Senyuman pekerja adalah kebahagian bos ,
Senyuman bos adalah kebahagian pekerjanya;
Senyuman adalah amalan bos,
Sebab itu rezeki datang mencurah banyaknya.
Bos selalu memikirkan akan kejayaan syarikatnya,
Mahukan syarikatnya cemerlang gemilang terbilang;
Menjadi idaman bos demi kepuasannya,
Moga syarikatmu sentiasa cemerlang gemilang terbilang.
Setiap pekerja, sahabat dan rakan bisnes,
Semuanya disanjungi oleh datuk jem;
Ikatan sentiasa mesra penuh ikhlas,
Itulah watak yang ada pada datuk jem.
Semoga datuk jem sentiasa menempa kejayaan dalam berbisnes,
Bisnesmu berjaya di peringkat glokal dan global itu diharapkan;
Itulah berkat usaha yang penuh ikhlas,
Kejayaan dan kebahagianmu dunia akhirat kudoakan.
Greatcool nama syarikat Datuk Jem,
Sudah terkenal di serata dunia;
Idola Usahawan Gigih adalah Datuk Jem,
Greatcool sentiasa mencipta nama.
GREATCOOL!
Greatcool...
Kau dibangunkan oleh seorang usahawan gigih
Yang tak pernah kenal erti kalah! Putus Asa! Jemu!
Berusaha terus berusaha untuk sampai ke mercu
Biarpun tsunami datang membadai semangat juangnya
Tapi itu tidak dihiraukan olehnya
Bertahun lamanya dia mengumpul kudrat kekuatan
Semata-mata ingin memperjuangkanmu hingga jaya
Keranamu hidupnya sentiasa sibuk ...sibuk...sibuk...
Mujurlah dia mempunyai sikap yang sempoi dan berjiwa sepoi-sepoi bahasa membuatkan rakan taulan berasa gembira dan itu menggembirakannya!
sama-sama gembira sama-sama gelak ketawa
hilanglah segala tekanan kerja buat seketika...
Berkat kegigihan dan ketabahannya
Greatcool berjaya sampai ke mercu kejayaan
Disambut dengan penuh kesyukuran
Moga Greatcool...
Cemerlang Gemilang Terbilang!
Di persana dunia glokal dan global!
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Febuari 2012
Zulkafli Mohd datuk ni memang hebat la ramai perminat siap bersajak berpantun lagi....ilmu hitam ape kah yg di milikinye ye
Ratu Rimba Niagara Ini bukan ilmu hitamlah...ini tali pinggang hitam...lah teman...hihihi
Datuk Jem Hahahaha...Tergelak beso saya, Pandai lah Tuan Zulkafli Mohd buat dose kering....kan gitu Penasihat ku Ratu Rimba Niagara.......Saya ni kan kah peramah..
Ratu Rimba Niagara Sebab Datuk Jem terlebih peramahlah makanya rezekinya melimpah ruah...hingga semua bank-bank di malaysia ni penuh dengan duit datuk jem...hihihihi saya penasihat datuk jem...saya tahulah ...hihihihi
Takut duitnya di rompak...sebab itu saya dihantar belajar ilmu persilatan...hingga dapat tali pinggang hitam... ilmu hitam dijauhkan sebab akan merosakkan bisnes datuk jem nanti dikuatiri tak berkat!
(PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PEKERJA SEDUNIA PADA 1 MEI 2015)
SIMBOLIK WARNA MERAH BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA
PEKERJA : Merahmu membara-bara...
Bangkit dengan semangat juang untuk
meneruskan kehidupanmu dan keluarga.
MAJIKAN : Merahmu menyala mendapat keuntungan dan
berkongsi sama dengan pekerja memberi
gaji dan bonus yang sepatutnya.
PEMIMPIN : Merahmu membara-bara untuk kemenangan bagi
pihak rakyat yang dibela dengan seikhlasnya tanpa ada prejudis.
RAKYAT : Merahmu membara mahu dibela difahami pemimpin
agar hidup terbela di negara sendiri.
Negara : Merahmu kepada penyatuan keharmonian pekerja,
majikan, pemimpin dan seluruh rakyat negara ini yang mahu kemerdekaan dikekalkan selagi ada bulan dan matahari.
Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2015
Terima kasih semuanya kerana sudi menyokong ideaku.
Terima kasih daun keladi;
Kalian semua dekat di hatiku,
Moga semua rakyat mencintai Malaysiaku ini.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2015
(Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja DI MALAYSIA & SEDUNIA PADA 1 MEI 2015
PANTUN TAKAFUL ETIQA INSANI
Bismillahhirramanirrahim pembuka kata,
Salam sejahtera para hadiran;
Saya Zana perunding Takaful Etiqa,
Moga fahami apa yang saya terangkan.
Takaful Etiqa sudah diyakini,
May Bank rakan kongsi;
Jenama Etiqa amat berkualiti,
Perkhidmatan diberi setulus hati.
Perkhidmatan Etiqa tidak perlu disangsi,
Perunding kami sedia berbakti;
Penerangan diberi sepenuh hati,
Perhatian anda amat kami hargai.
Etiqa bekerja penuh etika,
Kerja profesional meyakinkan ahli;
Hasil diperolehi percayanya mereka,
Demi kerana kepuasan ahli.
Semua orang perlu berasa ihsan,
Begitu juga dengan Etiqa;
Walau di mana sentiasa dikesan,
Mencari waris walau dimana.
Etiqa membantu mereka ditimpa bencana,
Menghulur bantuan bukan kerana nama;
Melabur saham akhirat ahli jagaannya,
Manfaat diperolehi ahli semuanya.
Etiqa sentiasa ke hadapan,
Membela ahlinya dengan tulus;
Etiqa menjamin masa depan,
Perkhidmatan diberi sentiasa ikhlas.
Tiada siapa yang dapat menolongmu,
Kecuali dirimu sendiri;
Dikau senang mereka mendekatimu,
Dikau susah mereka menjauhimu.
Susahmu Etiqa ambil peduli,
Bahagiamu Etiqa gembira;
Perkhidmtan yang terbaik daripada kami,
Moga anda sekeluarga sentiasa bahagia.
Hari ini kita sihat,
Esok hari kita tidak tahu;
Duduk hospital sihat walafiaat,
Semuanya ditanggung oleh Etiqamu.
Setiap manusia ada kehidupan,
Kehidupan sebagai khalifah Allah;
Pelbagai masalah sebagai dugaan,
Amalan ikhlas diterima Allah.
Sebelum ke Sana mesti ada bekalan,
Bekalan akhirat adalah keimanan;
Meninggalkan keluarga dengan aman,
Insya-Allah berjumpa Allah dalam ketenangan.
Datang musibah kita tidak tahu,
Cuma bersedia sebelum terkena;
Etiqa sedia datang membantu,
Kepada mereka menjadi ahli Etiqa.
Etiqa insan mengihsankan hidupmu,
Memberi perlindungan di kala dukamu;
Hilang masalah pening kepalamu,
Meringakan beban tanggunganmu.
Kesempurnaan hidup atas kebijaksanaan,
Kebijaksanaan menguruskan kewangan;
Kehidupan sempurna menjadi idaman,
Etiqa insani menyempurnakan kehidupan.
Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan,
Jika bijak semuanya boleh diatasi;
Datang ke Etiqa boleh dirundingkan,
Berjumpa dengan perunding kami.
Tiada hari tanpa Etiqa,
Kerja berpasukan kami amalkan;
Percaya mempercayai perunding Etiqa,
Kepentingan ahli sentiasa diutamakan.
Kepuasan hati anda matlamat kami,
Memberi perkhidmatan berkualiti tinggi;
Kepercayaan anda kami hargai,
Bahagia dunia akhirat kami doakan.
Terima kasih sudi berurusan dengan kami,
Meluangkan masa mendengar penerangan kami;
Ikatan kita jangan terhenti,
Diperpanjangkan hingga ke akhirat nanti.
Sekian sahaja pantun Etiqa insani,
Dengan harapan anda terbuka hati;
Kebahagian anda kebahagian kami,
Jalinan talisiraturrahim tidak terhenti.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2015
(Diilhamkan khas untuk Takaful Etiqa dan mereka yang berurusan dengan Takaful Etiqa moga berjaya dunia akhirat. Amin Ya Rabbal A’ Lamin)
DISIARKAN KARYA SEMPENA SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2015
SELAMAT HARI PEKERJA YB ALAMMAYA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 'BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DEMI TUHAN'
Selamat hari pekerja YB Alammaya Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Terima kasih atas ucapan mu duhai rakyat setia pembaca karyaku di alammaya
Kami semua bekerja dibayar gaji ... adakah YB Ratu Rimba dibayar gaji oleh majikan?
Tidak duhai rakyat alammayaku...
Habis tu bagaimana YB hendak membela kami sedangkan YB pun tak dibayar gaji...
Tak apalah ....
Kenapalah tak apalah ...adakah YB sudah cukup kaya hingga tak perlukan wang?
Wang itu perlu...tapi hidupku dari dulu hingga sekarang bertawakal kepada Allah
Tak dibayar gaji bertawakal kepada Allah ..tak faham kami duhai YB...
Hidupku ibarat...sepohon pokok yang tak berbuah tapi aku perlukan buah itu juga kugegar semampu daya pohon yang tak berbuah itu ...itulah gajiku
Lagi kami tak faham....pokok yang tak berbuah diguncang semampu daya itulah gaji YB
Kalau kamu tak faham tak apalah ...biar mereka yang faham saja faham...ha sekarang apa masalah kamu sebagai pekerja biar YB sampaikan kepada pemimpin kalian...
manalah tahu didengari....semua masalah selesai lagipun kerajaan dahulukan rakyat
Masalah kami akan selesai jika YB sudah dibayar gaji...itu barulah win...win...
YB bela kami ...kami juga nak bela YB....YB sayang kami ...kami juga sayang YB...
Bawa bertenang ye...ini yang susah nak jawab ...pening jadinya jawab salah tak jawab salah makanya... cukuplah gaji YB dibayar oleh Allah Azzawajallah
Kerana gaji YB dibayar Allah Azzawajallah makanya...YB berehat kami pulak ambil tempat YB macam mana...kami yang akan usulkan agar YB dibayar gaji...jika tak dibayar gaji...kami nak mogok kerja....
Waduh....waduh...rakyatku bisa pusing dech...jangan gitu...biar aku seorang yang tak dibayar gaji asalkan kalian semua dibayar gaji dengan sepatutnya oleh majikan kalian ye....pantun hari pekerja sudahpun YB siarkan di alammaya agar mendapat perhatian daripada majikanmu.
Tambah lagi satu untuk YB Alammaya Yang Kami Kasihi Mengistiharkan HARI YB SUKARELAWAN RAKYAT.
Itu pandai kamulah ....YB sejujurnya untuk kepentingan YB sendiri mahu dilupakan kerana YB berkhidmat untuk rakyat demi Tuhan...moga faham ye rakyat alammayaku.
Ini pantun yang YB karangkan istimewa untuk kalian yang tersayang semua duhai rakyat alammayaku baca dan hayati...moga ada perubahan kehidupan kalian sekeluarga ....Aamiin.
SUBHANALLAH BENARLAH ALLAH ITU MAHA PEMBERI REZEKI
ANTARA REZEKI DAN ILHAM SASTERA
ada yang bertanya bagaimana aku mendapat rezeki untuk meneruskan perjuanganku dan kehidupan
wang sumber kehidupan
tiada wang perjuangan tidak akan diteruskan
jadi wang nadi perjuanganku
tanpa wang perjuanganku terhenti
bagaimana aku mendapatkan wang sedangkan karya yang dihasilkan
tidak menghasilkan wang...
jika diberi pilihan mahukan wang atau ilham
pasti aku akan pilih ilham
ilham banyak tapi tidak menghasilkan wang
bagaimana hendak meneruskan kehidupan
bagaimana aku mendapat wang seperti
aku mengguncangkan pokok yang tak berbuah
ketika aku mengguncangkan pokok tersebut
aku bayangkan aku mengutip buah yang gugur sebanyak-banyaknya
buah yang gugur itu adalah ilhamku
bilamana ilham Kurniaan-Nya bertukar menjadi wang
dengan mudah aku mengutip wang seperti aku memetik buah mangga yang hidup didahan mati tapi berbuah lebat hingga ke tanah.
SUBHANALLAH BENARLAH ALLAH ITU MAHA PEMBERI REZEKI
yang penting usaha tawakal doa
Ditakdirkan aku mati
ilham bertukar menjadi wang yang banyak
pastinya wang tak kubawa ke kubur
tapi ilham sastera menjadi saham akhirat
menjadi peneman setiaku di kubur
moga ilham sastera Anugerah-Nya
menjadikan kuburkan
Taman-Taman Syurga nan Indah
bercahaya-cahaya sehingga aku dibangkitkan semula
iaitu HARI PEMBALASAN DI PADANG MAHSYAR
semua-Nya dengan izin Allah jua
kerana aku bukanlah siapa-siapa
untuk menentukan Syurga itu milikku
aku seperti kamu juga
mengharap terus mengharap
agar menjadi hamba-Nya
yang diredhai ketika hidup dan mati
Aamiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Ilham Sastera Anugerah-Nya disyukuri ,
Ratu Rimba Niagara sekadar nama pena dalam berkarya
ada yang tersirat di sebalik tersurat
14 Syaaban 1436H
1 Jun 2015
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
12 REJAB 1436H
1 MEI 2015

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen

Indahnya silaturrahim sehingga ke liang lahad membantu saudara seislamnya penuh kasih sayang yang tak terlafaz mendoakan saudaranya ditempatkan di Firdausi paling tinggi. Mulianya hatimu saudaraku moga Allah makbulkan doamu, persaudaraan yang indah ini atas dasar kerana Allah Taala dapat kita teruskan di Firdausi AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
That's all for 8hb Februari.
Here are some more memories that we hope you like.
YA ALLAH JADIKAN KARYAKU SEPERTI SEPOHON YANG RENDANG
DAPAT KU BERTEDUH DARIPADA MAHA DAHSYATNYA HARI AKHIRAT AAMIIN'
YA ALLAH JADIKAN LIDAHKU SELALU MENG-AGUNGKAN-MU
DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
YA ALLAH JAUHKAN LIDAHKU BERKATA MEMBUATKAN IMANKU ROSAK BINASA, LIDAH YANG JAHAT PASTI AKAN MENDAPAT BALASAN DI AKHIRAT NANTI DI MANA AHLI NERAKA ITU AKAN MENGGUNTING LIDAHNYA SENDIRI NAUZUBILLLAH
KUPOHON BELAS KASIHAN-MU LANCARKAN LIDAHKU
MENGUCAPKAN KALIMAH SYURGA-MU DI AKHIR NAFASKU NANTI
LAA ILLAA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Photo
Timeline Photos
Percayakah anda? Ini adalah gambar lidah kita apabila dilihat melalui melalui electron microscope... Subhanallah ! Jom LIKE -> �
By: Aaron Aziz
(PETIKAN DARIPADA WALL AARON AZIZ & RATU RIMBA NIAGARA)
26 Zulhijjah 1434H
31 Oktober 2013M
KASIHAN AKU
kasihan aku
siarkan karya tiada yang sudi
nak like dan beri komen
panjang berjela-jela
disiarkan setiap hari
sudahlah tak like
sudahlah tak beri komentar
kena kutuk ada lagi
yang lagi sedih tu
aku like PAGE mereka
entah di mana khilaf aku
aku tidak dibenarkan
beri komen di PAGE mereka
apa mereka ingat aku like
PAGE mereka tu suka suka je ke
pasti aku mahukan informasi
 apa yang ada di PAGE mereka
aku like PAGE mereka kerana aku minat
kerana PAGE mereka itu
termasuk dalam
tema sastra yang bakal kutulis
bukan PAGE mereka saja
aku beri komentar
di mana-mana group dan PAGE
aku beri komentar
bukanlah nak berlagak pandai dari mereka
tapi dah aku minat
nak buat macam mana
daripada aku disekat daripada beri komen
aku rela mereka removekan aku saja
buat apa aku nak baca PAGE mereka
tapi aku tak boleh nak komentar
aku rasakan seolah mereka itu macam
nak seksa aku
aku rela mereka removekan aku
daripada mereka sekat aku memberi komentar
tapi selagi aku tahan dengan seksaan mereka itu
aku sabar ajelah
kalau aku tak tahan
aku undurkan diri
buat apa terhegeh hegeh
pada yang tak sudi
aku pun ada perasaan
sekali terguris
akn kucoba balut dengan penawar iman
moga penawar iman
membuatkan aku tabah
dalam merawat kelukaan yang dalam
terlalu parah membarah
moga kelukaan berkarya di alammaya
tidak menjadikan aku seorang yang pendendam
malah redho jika mereka tak sudi dengan karya karyaku
Ya Allah berilah aku kekuatan
dalam menebarkan kasih sayang kepada semua kerana-Mu.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
5 Rabiulakhir 1435H
5 Februari 2014M





HEBATNYA KASIH SAYANG SESAMA INSAN ATAS DASAR KERANA ALLAH TAALA

Dalam berkarya aku ingin mendapat kasih sayang Allah,
kasih sayang seluruh penghuni langit dan bumi
itu yang  aku dambakan Aamiin.

Kasih sayang yang lahir dari lubuk jiwa  teramat dalam
KurniaanNya  beginilah maha dahsyatnya kasih sayang
penghuni rimba niagara sesama mereka menyayangi
sepenuh hati setulus hati rela pertaruhkan nyawa demi kasih sayang
tiada berdengki hati jauh sekali mendendami sebab itu kupilih
Rimba Niagara untuk hidup berkasih sayang  berbelas kasihan.
Kehidupan di rimba niagara ini uang tiada nilaian yang ada nilaian
kasih sayang semurni hati. Ukiran daunan kasih sayang adalah pengganti uang.
Mereka lebih memilih kasih sayang daripada harta dan pangkat. Mereka bilang lagi setiap ukiran daunan sastra Ratu Rimba Niagara adalah kehidupan mereka sebab itu mereka akan pertahankan ukiran daunan kasih sayang Ratu Rimba Niagara walaupun nyawa jadi taruhan. Mereka kini sudah mati lemas di Pantai Cinta Ombak Rindu ketika mencari mahkota Ratu Rimba Niagara yang hilang. Jika disuruh pilih kasih sayang mereka atau darjat Ratu, ku akan pilihkasih sayang mereka setulus hati.

Darjat ratu ini adalah wasiat mereka agar Ratu Rimba Niagara dapat membela nasib seluruh rakyat rimba niagara daripada dizalimi oleh manusia yang berhati kejam atas kedamaian penghuni rimba niagara. Mereka berwasiat lagi agar Ratu Rimba Niagara terus berkarya walaupun mereka tidak lagi menjadi hulubalang sastra Ratu Rimba Niagara akan ada hulubalang yang lebih perkasa untuk menjaga dan memelihara seluruh Khazanah Karya Sastra Ratdu Rimba Niagara dan hulubalang sastra jugalah akan merealitikan cita-cita sastra Ratu Rimba Niagara.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Kuasa Allah mengatasi segala yang ada di langit dan di bumi Allahu Akbar
Tiada daya upayaku melainkan kudrat dan iradatNya  tanpaNya siapalah aku.

Karya Ratu Rimba Niagara
28 JamadilAkhir 1435H
28 April 2014

BUATLAH SESUATU UNTUK DIPANDANG ALLAH BUKAN SANJUNGAN MANUSIA
Duhai nanda...
Biarlah bunda yang pergi dulu...
Nanda masih muda... tenaga dan fikiran nanda masih diperlukan oleh penghuni bumi
berusaha tanpa jemu selagi daya dengan ikhlas untuk membangunkan diri sendiri dan
ummah sejagat, buatlah sesuatu itu biarlah dipandang Allah jangan minta dipuji manusia
kerana itu akan melalaikan kamu duhai nandaku, doakan bunda selalu sihat pemikiran
agar bunda dapat berkarya selagi nyawa di kandung badan, sudilah baca karya bunda
dan sudilah beri pandangan jika ada kekurangan agar boleh bunda perbaiki bagi
mengkualitikan karya bunda, bunda insan yang sentiasa tidak sempurna tapi ingin menjadi
insan yang baik pada pandangan Allah dan baik di hati manusia seluruh bumi ini,
moga dengan karya-karya yang bunda tinggalkan untuk mereka semua mereka membalas
dengan kasih sayang dengan menyedekahkan sepotong Fatehah untuk bunda...

Karya Ratu Rimba Niagara
29 Januari 2012

Here are some more memories that we hope you like.




Ratu Rimba Niagara
pada 17hb Januari 2012 jam 4.44 ptg ·
UNTUK PEWARIS BANGSAKU YANG TERSAYANG
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kepada semua teman seperjuangan yang sentiasa terkasih di hati
Salam silaturrahim
Salam perkenalan
Salam perjuangan semurni hati
Salam kasih sayang sejati
Kumohon maaf jika tersalah bicara dalam bersastera

Aku menulis kerana aku minat menulis
menulis telah sebati dalam hidupku
dari kecil hingga ke usia ini aku menulis
menulis dan terus menulis selagi ada kudrat pemikiran

Dulu semasa kecil aku berangan nak menjadi pengarang terkenal
tapi sekarang aku tidak bercita-cita ke arah untuk menjadi terkenal
cukuplah sekadar karyaku sudi dibaca dan tanda kasih sayangku pada warisku
setelah ketiadaanku nanti, sebagaimana aku sayangkan diriku begitulah juga
aku sayangkan pewaris bangsaku

"Pewarisku sayang.... bacalah semahumu apa yang kutulis sepanjang
aku berhidup dimuka bumi ini terimalah hasil karyaku tanda kasih sayangku
pada kalian tiada apa yang hendak kutinggalkan untuk kalian yang tersayang
kecuali karya-karyaku bertemakan dunia akhirat untuk kalian
meneruskan kehidupan di muka bumi ini.
Samaada kita kaya atau miskin kehidupan penuh ranjau berduri
yang akan kita tempuhilah  dengan sabar pasrah dan redha
Insya-Allah Allah sentiasa bersama kalian untuk membantu
di kala susah dan senang.

"Untuk pengetahun kalian urusan hidup dan mati adalah urusan Allah
kita sebagai hambaNya berperanan sebagai kalifah memakmurkan bumi ini
untuk mendapat redha dan kasih sayangNya," Inilah kata-kataku jika hari ini
adalah hari terakhir aku hidup di dunia ini.
Moga karya-karya yang kutinggalkan ada Nilaian Di Sisi-Nya dan
mendapat balasan kasih sayang dari semua pewaris bangsaku
dengan dihadiahkan sepotong Al-Fatehah untuk rohku
adalah lebih berharga daripada segalaNya.

Karya Ratu Rimba Niagara
4 Januari 2012

KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
11 JamadilAwal 1438H
8 Februari  2017

0 comments:

Post a Comment

 
;