Wednesday, 1 March 2017

KARYAKU DUNIAKU (230) RAJA SALMAN DEKAT DI HATI RAKYAT ISLAM SELURUH DUNIA


KARYAKU DUNIAKU (230) RAJA SALMAN DEKAT DI HATI RAKYAT ISLAM SELURUH DUNIA

Sejak ditabalkan menjadi Raja Arab Saudi yang ketujuh pada 25 Januari 2015, inilah kali pertama Baginda mengunjungi beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia dan Indonesia. Baginda dijangka akan tiba ke Malaysia dalam rangka lawatan selama 3 hari bermula Ahad ini sehingga 1 Mac depan.
Pastinya, ketibaan Baginda Raja Salman akan disambut dengan besar-besaran oleh kerajaan Malaysia yang pastinya tertunggu-tunggu ketibaan Baginda. Ini adalah petanda betapa eratnya hubungan diplomatik antara Putrajaya dan Riyadh disamping mampu untuk mempertingkatkan imej Malaysia sebagai salah sebuah negara yang memperjuangkan perpaduan Ummah dan Islam secara amnya.
Sebelum ini, beberapa orang pemimpin negara telah mengunjungi Baginda di Riyadh bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara. Malah, Baginda sendiri meperakui Malaysia adalah sebuah negara yang yang terbaik bagi menunjukkan imej Islam yang moden selain menjadi suara yang lantang dalam membela nasib umat Islam di seluruh dunia.
Dalam kunjungan buat julung-julung kali ini, Baginda dijangka bakal mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagi membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan umat Islam. Ini sesuai dengan peranan Malaysia dalam menyuarakan permasalahan umat Islam di seluruh dunia termasuk apa yang berlaku di Palestin, Rakhine, Syria, Iraq dan beberapa buah negara Islam yang lain.
Pertemuan ini mungkin akan dijadikan sebagai satu medium terbaik buat Datuk Seri Mohd Najib bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala. Baginda juga mungkin akan diberi taklimat tentang kemajuan Malaysia dan sekaligus menampakkan betapa seriusnya Malaysia dalam membentuk sebuah negara Islam yang komprehensif.
Untuk rekod, ini adalah lawatan rasmi Raja Salman ke Malaysia sejak ditabalkan pada 25 Januari 2015. Kali terakhir Malaysia menerima kunjungan Raja Arab Saudi adalah pada tahun 2006 apabila Allahyarham Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud tiba di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum itu, Allahyarham Raja Al Malik Faisal pernah melawat Malaysia pada tahun 1970 dan telah mengadakan pertemuan dengan Allahyarham Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur. Pada kunjungan berkenaan, ianya telah berjaya meletakkan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur – Riyadh pada tahap terbaik.
Dengan lawatan buat julung-julung kalinya ini, pastinya ia merupakan satu penghormatan tertinggi buat negara setelah hampir 47 tahun sejak kali terakhir seorang King of the King tiba ke Kuala Lumpur. Seperti tetamu-tetamu asing yang lain, Malaysia mengalu-alukan ketibaan Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke negara.

Malaysia sambut kedatangan Raja Salman

 | 3.615 Views
Malaysia sambut kedatangan Raja Salman
Raja Salman dari Arab Saudi setelah memeriksa pasukan kehormatan dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak (kanan) dan Raja Muhammad V dari Malaysia (kiri) di Gedung Parlemen di Kuala Lumpur, Malaysia, Minggu (26/2/2017). (REUTERS/Edgar Su )

INDAHNYA SILATURRAHIM ATAS DASAR UKHUWAH ISLAMIAH
UCAPAN TERIMA KASIH BUAT RAJA SALMAN YANG BUDIMAN 

Ucapan jutaan terima kasih buat Raja Salman yang sudi 
berkunjung ke negara kami Malaysia.
Syukur Alhamdulillah
Syukur sebanyak-banyakNya
atas segala budi baik Raja Salman
menjalinkan hubungan silaturrahim
atas dasar Ukhuwah Islamiah
dua negara Islam
antara Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Malaysia
saling bekerjasama bagi memartabatkan Islam di mata dunia.


Hubungan Diplomatik dua negara Islam yang sangat indah.
Terlalu banyak budi yang tak terbalas oleh kami rakyat Malaysia
kepada Kerajaan Arab Saudi yang sentiasa memberi kerjasama
dan penuh perhatian kepada Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

Terima kasih...Terima kasih...Terima kasih....
kepada Raja Salman yang baik budi.

Moga segala kebaikan Raja Salman dan Kerajaan Arab  Saudi
dibalas Rahmat Kasih dariNya Dunia dan Akhirat.
Insya-Allah Ukhuwah Islamiah terjalin indah terpatri hingga Syurga.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Karya Ratu Rimba Niagara
2 JamadilAkhir 1438H
1 Mac 2017
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Raja Salman dan Kerajaan Arab Saudi 
Dengan Doa Moga Silaturrahim Nan Indah Terjalin Terpatri Hingga Syurga Aamiin)    




Ratu Rimba Niagara berkongsi video Indahnya Silaturahmi ke kumpulan:PENYAIR MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI , PATANI DI INTERNET.
13 jam
SALAM PENUH CINTA KASIH
salam penuh cinta kasih pada semua saudara seislamku
di seluruh dunia...
kerana cinta
kerana kasih
kutulis derita sengsaramu
agar didengari penuh penghayatan
semua saudara seislammu ....
biar mereka tahu
erti syukur yang sebenarnya
betapa hidup ini
bukan untuk kepentingan diri sendiri
kerana di luar sana dugaanNya luar biasa hebat
andai sabar dan redha layaklah Syurga milik kalian
Tuhan menduga karena kalian mampu
andai kami di sini belum tentu mampu
Masya-Allah tabahnya kalian
kuatnya kalian...
keluh kesah kalian adalah wajar
karena derita sengsara dilalui penuh getir
tapi kami diberi segala nikmat hidup
masih lagi berkeluh kesah
ada saja yang tak cukup
kalian derita sengsara masih lagi bersyukur
tapi kami masih lagi berkeluh kesah tanpa sebab
kaya nak kaya lagi
cantik nak cantik lagi
sihat nak sihat lagi
tamak nak tamak lagi
bahagia nak bahagia lagi
semuanya nak lagi...nak lagi...nak lagi...
sampai mati pun tak pernah cukup
bersyukur apa lagi
tak akan pernah bersyukur
bagai langit dan bumi
ujian kalian jika dibandingkan dengan kami di sini
Ya Allah melihat apa yang kami lihat
mendengar apa yang kami dengar
kami tergolong hambaMu yang tak tahu bersyukur
nikmat yang Kau beri terlalu banyak hingga tak terhitung banyakNya
tapi kami masih lagi berkeluh kesah sedangkan saudara seislam kami
lebih hebat dugaanMu masih lagi bersyukur
Setitis airmata mereka pastilah lebih berharga di SisiMu
daripada kami yang tak pernah erti syukur atas nikmatMu
Ya Allah Yang Maha Pengampun ampunkanlah kami
kami mahu menjadi hambaMu yang bersyukur
janganlah kami diuji derita sengsara dunia dan akhirat
kerana kami tak mampu untuk lalui dengan tabah
kami tak setabah mereka
kami tak sekuat mereka
Mereka Kau uji dengan derita sengsara
kami Kau uji agar membantu terdaya yang mampu
saudara seislam kami itulah tanda syukur kami
berilah kekuatan kepada kami untuk membantu tanpa
apapun alasan membantu dengan ikhlas seikhlasnya
Salam penuh cinta kasih sayang
buat semua saudara seislamku...
kerana cinta
kerana kasih
kerana sayang
kutulis tentangmu
dengan harapan Allah SWT memberikan hidayah kepada kami
untuk membantu kalian selagi daya semampu daya...Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
29 Jamadilawal 1438H
26 Februari 2017
(Puisi dikarangkan istimewa untuk seluruh saudara seislamku
yang tercinta di seluruh dunia)

(Puisi dikarangkan istimewa untuk seluruh saudara seislamku
yang tercinta di seluruh dunia)


KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1 November 2012
Vai Donk Crue mungkin admin nya blom paham tentang karya sastra, jadi karya sastra yg anda tulis hanya di anggap coretan dinding belaka yg gak punya arti dan makna yg kamu sampai kan. tapi jangan berkecil hati mungkin di luar sana masih banyak yg akan menyukai dan menghargai karya sastra kamu
Ratu Rimba Niagara Terima kasih atas sokongan anda dan memahami dunia sasteraku.
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.

JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .

ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !

SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI
KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH

'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'

As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)

WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.

Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin

YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

"SALAM MAAL HIJRAH 1438H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"

Foto Katsumi Suzika.
Katsumi Suzika ke Islam Itu Indah & Lengkap
Jangan abaikan gambar ini tanpa mengetik Subhanallah
Indahnya silaturrahim sehingga ke liang lahad membantu saudara seislamnya penuh kasih sayang yang tak terlafaz mendoakan saudaranya ditempatkan di Firdausi paling tinggi. Mulianya hatimu saudaraku moga Allah makbulkan doamu, persaudaraan yang indah ini atas dasar kerana Allah Taala dapat kita teruskan di Firdausi AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin

SukaTunjukkan lagi reaksi

Aswady Dy Aamiin...
SukaBalasan41 min
KITA SEHATI SEJIWA DEMI-NYA
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1438H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
2 JamadilAkhir  1438H
1 Mac  2017

0 comments:

Post a Comment

 
;