Thursday, 6 July 2017

JIWA PATRIOTIK NUSANTARA (285) TERIMA KASIH SAHABAT AKHIRATKU


JIWA PATRIOTIK NUSANTARA (285) TERIMA KASIH SAHABAT AKHIRATKU

ALLAH BALASLAH CINTA DAN RINDUKU PADA-MU
الله الله الله يا الله
لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل
لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
سُبْحَانَ اللَّهِ ♤  الْحَمْدُ للَّهِ ♤  لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤  اللَّهُ أَكْبَرُ♤ 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~
ALLAH BERHAK MEMBALAS CINTA SEMUA HAMBA-NYA
LAGI KITA MENCINTAI-NYA LAGI DUNIA INI BAGAIKAN TERPANA
DALAM DZAT CINTA-NYA
SESUNGGUH-NYA ALLAH MAHA PENYAYANG
KASIH SAYANG-NYA TIADA HAD TIADA PENGHUJUNG
AMAT BELAS KASIHAN PADA HAMBA-NYA
SENTIASA MEMBERI PELUANG DAN RUANG PADA SETIAP
HAMBA-NYA MENCINTAI-NYA
BERCINTA DENGAN-NYA
MERINDUI-NYA TIDAK AKAN DITOLAK
TIDAK AKAN DIKECEWAKAN
MALAH DIBALAS DENGAN PENUH KASIH SAYANG HANYA HAMBA-NYA MEMAHAMI
MENGIKUT TAHAP DALAMNYA CINTA HAMBA-NYA KEPADA-NYA
SEGALA CIPTAAN-NYA MENDOAKAN HAMBA-NYA YANG MENCINTAI-NYA
SETITIS AIR MATA YANG GUGUR
TIKA MENYEBUT-NYEBUT NAMA-NYA
ALLAH BALAS CINTAKU ALLAH
ALLAH BALAS RINDUKU ALLAH
ALLAH ALLAH ALLAH AKU CINTA-MU
ALLAH AKU SEPI TANPA CINTA-MU
ALLAH ALLAH ALLAH AKU SEPI TANPA RINDU-MU
ALLAH CUKUPLAH KAU BAGIKU ALLAH
BALASAN CINTA-MU
LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISI-NYA
AKU BUKANLAH WALI-MU
AKU BUKANLAH KEKASIH-MU
TAPI AKU ADALAH PENDAMBA CINTA-MU
HIDUP MATIKU YANG AKU MAHUKAN CINTA DAN REDHA-MU
BIARLAH AKU TIDAK DIKENALI OLEH MANUSIA PUN TAK MENGAPA, ITU BUKAN MATLAMATKU BERHIDUP DI MUKA BUMI-MU INI YANG AKU MAHU MENJADI HAMBA-MU YANG BERAMAL KERANA-MU BERBUAT BAIK KEPADA SEGALA MAKHLUK-MU KERANA-MU
KUKERAH
KUPERAH
KUUSAHAKAN SEDAYA MAMPU
BIARPUN TAK BERDAYA
BILA MENYEBUT NAMA-MU
TERUS KEKUATANKU DATANG
MAKA YA ALLAH
DENGAN LIMPAH RAHMAT KASIH-MU
HANYA ENGKAULAH SAJA YANG KUSANDARKAN SEGALA HARAPAN, ANDAINYA AKU LAYAK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB INI SEBAGAI HAMBA-MU MAKA KAU MAKBULKAN SEGALA USAHAKU DALAM REDHA-MU, TIADA LAIN YANG AKU PERJUANGKAN DI DUNIA INI MELAINKAN MERAIH CINTA DAN REDHA-MU
AGAR BILA NAFAS TERAKHIRKU NANTI
DAPAT MENYEBUT KALIMAH SYURGA-MU
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
الله الله الله يا الله
لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل
لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
سُبْحَانَ اللَّهِ ♤  الْحَمْدُ للَّهِ ♤  لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤  اللَّهُ أَكْبَرُ♤ 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~
MARHABAN YA RAMADHAN
MAAF ZAHIR BATHIN
MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
الله الله الله يا الله
لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل
لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
سُبْحَانَ اللَّهِ ♤  الْحَمْدُ للَّهِ ♤  لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤  اللَّهُ أَكْبَرُ♤ 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~
INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAH
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
SENTIASA MUHASABAH DIRI
MENGINGATI SAKARATULMAUT YANG PASTI HAMPIRI
SETIAP MASA MENUNGGU ARAHAN DARI ILAHI
ADAKAH AKU MASIH BEGINI
MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI
MASIH SALING DENGKI MENDENGKI
MASIH TAK SEDAR DIRI
MASIH MENGADU DOMBA SESAMA SENDIRI
TAK TAKUT MATI
DATANG SEBENTAR LAGI
BERGELAR MAYAT YANG AKAN DIKUBURI
APA YANG HENDAK DIJAWAB NANTI
SOALAN KUBUR YANG DITANYAI
TERKELU LIDAH MAYAT UNTUK MENJAWAPI
GAGAL DIJAWAB PASTI MERANA DIRI
MENANGIS TAK GUNA DIRATAPI
SELAUTAN AIR MATA DARAH TIADA ERTI LAGI
MERAUNGLAH UNTUK DIHIDUPKAN KEMBALI
TIDAK AKAN DIPERKENANKAN ILAHI
SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT UNTUK DIKESALI
MANA ADA MAYAT DIHIDUPKAN KEMBALI
MEMBERITAHU BETAPA SAKITNYA SAAT MATI
MENGGIGIL MENJAWAB SOALAN KUBUR BILA DITANYAI
BETAPA AZAB SENGSARANYA SEKSA KUBUR AMAT DITAKUTI
MENYESAL TIADA BERGUNA LAGI
RATAPILAH I DIPUKUL DIPALU SEHINGGA SANGKAKALA BERBUNYI
MARHABAN YA RAMADHAN
INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAH
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
SENTIASA MAHU MENJAGA TALISIRATURRAHIM
SALING BERSATU HATI
SALING BEKERJASAMA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN
BERBAGI KELEBIHAN KURNIAAN ILAHI
TANPA ADA NIAT UNTUK BERBANGGA DIRI
YANG ADA HATI SEMURNI SYURGA
MEMBANTU SELAGI DAYA
DALAM PENUH BERBELAS KASIHAN
TANPA HARAP DIBALASI BUDI YANG DIBERI
MELAINKAN MENGHARAP REDHA ILAHI
KETIKA ROH KELUAR DARI JASAD
TELAFAZLAH KALIMAH
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
INDAHNYA DI KALA PERTEMUAN ROH DENGAN ALLAH ROBBUL IDZATI HANYA DIA YANG TAHU DI KALA ITU RAHSIA ROH DAN ILAHI
ITU SEMUA BERKAT KITA TAHU ILMU MAKRIFATULLAH
DALAM SEGALA PERKARA SEMUANYA BERSENDIKAN KALIMAH
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAH
LA ILA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'HIDUP ADALAH MIMPI
MATI ADALAH REALITI
MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI SEMOGA DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITINYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
RATU RIMBA NIAGARA
28 Syaaban 1434H
7 Julai 2013M
*PUISI INI DITULIS MUHASABAH DIRIKU SENDIRI UNTUK PERSIAPAN DI HARI ROH KELUAR DARI JASAD DAN KUKONGSI/BERBAGI KEPADA YANG SUDI MENDENGARI TANDA KUKASIH KUSAYANG SEMUANYA LILLAHI TAALA.
WAHAI JIWA YANG TENANG
surah Al-Fajr 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masukah kedalam golongan HambaKu yang beramal soleh keranaKu..dan masuklah ke dalam SyurgaKu).
37 minut
TUHAN JIKA INI RAMADHAN TERAKHIRKU
Tuhan jika ini Ramadhan terakhirku...
terimalah
amalanku
berilah pengampunanMu
bukakan hati hamba-hambaMu
yang pernah kukenali atau tidak
biarpun aku tidak mengenali tapi mereka mengenaliku
dapat memaafkan segala kesalahanku pada mereka ...
begitu juga semua keluargaku... sanak saudaraku
juga teman fbku dan alam maya yang membaca karya-karyaku
yang kukenali atau pun tidak
maafkan aku ...
sesungguhnya aku insan yang tak sempurna
biarpun aku menjaga segala perbuatan dan tutur kata
sebaik yang mungkin
tapi
siapalah aku
yang serba tidak sempurna
tapi percayalah
hati dan kalbuku
tiada lain yang kufikirkan
melainkan untuk berbuat baik
kepada semua manusia keranaNya
bukan mengharapkan apa-apa pun balasan!
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
redhailah hidup matiku!
Kerana aku ingin bertemuMu
dalam keadaan tenang
tanpa dibenci hamba-hambaMu yang hidup
waima makhluk yang Kau Ciptakan
di muka bumi ini!
Lancarkan lafaz
LaIla haillaAllah Muhammadur Rasullullah
di kala nyawa sampai di kerongkongku nanti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
...............................
3 Ramadhan 1434H
12 Julai 2013M (Jumaat)
Imam Pujo Mulyatno Cipuk Yaa Tuhanku, aku mohon kepadaMU panjangkanlah Romadhon untuk kami, sehingga kami lebih panjang menanam di bumiMU ini. Panjangkanlah Romadhon untuk Ratu Rimba Niagara sehingga puisinya mengalir sejernih air pegunugan dan sesejuk es Kutub ujung bumi ini.
about an hour ago via mobile · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Ya Allah berkat kami bertalisiraturrahim ikhlas karena-Mu sinarkanlah Nur Hidayah Kasih-Mu kepada semua ahli keluargaku ahli keluarganya dan semua ahli keluarga yang membaca karya-karyaku. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
LAILATUL QADAR PARA HAMBANYA INGIN BERTEMUMU
lailatul qadar
senandung doa terdengar
seraya memeluk angin dan rembulan
memenuhi langit malam
subhanallah.....
seperti seribu cahaya lilin
terpendar indah
doaku, doamu, doa kita semua
temukan aku kembali dengan malam ini
tahun depan, tahun depannya lagi
sampai nyawaku menari bersama izrail...
Doa: Wahyunisa Sy Ibrahim
Naga Pamungkas ah lailatul qadar, setiap ramadhan kita
berharap itu. Mungkin tanpa kita sadari kita telah
mendapatkan lailatul qadar
Idrisboi Boiboi Assalamualaikum. Lailatul qadar
melambai-lambai pada mereka yang tidak pernah lelah dan
jemu bangkit sepertiga malam lalu melaksaakan quamula'il.
Impian insan yang mengharapkan keredhaan Allah.
Lailatul Qadar...
Kedatanganmu ditunggu dengan penuh rasa cinta
Kedatanganmu diketahui tapi tak tahu malam ke berapa
Yang diketahui 10 malam terakhir Ramadhan
Allah rahsiakan ketibaan malam yang ditunggu-tunggu
Para hambaNya kerana mahu menilai sejauh mana
Keikhlasan para hambaNya beribadat kepadaNya
Adakah untuk memburu ganjaran 1000 bulan
Atau cintaNya
Ketahuilah 1000 bulan ganjaran yang diberikan itu
Adalah balasan CintaNya untuk para KekasihNya
Yang beribadat semata mendapat keredhaanNya
Meneruskan kehidupan dalam redhaNya
Selagi nafas tak terhenti!
Doa Harapan: Ratu Rimba Niagara & Semua Yang Membaca Karya Doa Ini Aamiin
3 Ramadhan 1434H
12 Julai 2013M
Pilihlah Aku Menjadi Calon SyurgaMu
Aku tak layak masuk SyurgaMu
tapi aku tak mahu masuk nerakaMu
Ya Allah...
aku ingin sangat mengecapi nikmat SyurgaMu
tapi aku ngeri dengan azab nerakaMu
pilihlah aku menjadi calon SyurgaMu
justeru berilah aku hidayah
agar aku sentiasa beramal
yang Kau terima amalanku
yang membolehkan menjadi
calon SyurgaMu
jauhkan aku perkara
yang menyebabkan aku
masuk nerakaMu
belas kasihanlah padaku
Ya Allah aku hamba yang hina
yang selalu alpa dan terlalai
dengan keasyikkan dunia
tolong ingatkan aku Ya Allah
agar lidahku sentiasa berzikir
mengingati saat-saat sakaratulmaut
izinkan rohku bertemu denganMu
dalam keadaan tenang dan
Kau redhai ketika
hidup matiku
pilihlah aku menjadi
calon SyurgaMu
Aamin Ya Rabbal A’lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Ramadhan 1434H
12 Julai 2013M
KAU YANG KUCINTA
Kau Yang Kucinta
Kali pertama jatuh cinta denganMu
hati rasa terharu!
Terasa damai! Tenang! Aman
Hari-hari dilalui disinari dengan cahaya
cahaya yang dipercayai
dalam sanubari dalam lubuk hati
MenyanyangiMu… MencintaiMu
adalah satu anugerah dariMu
yang paling berharga dalam hidup ini
Syukur Alhamdulillah
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Ramadhan 1434H
12 Julai 2013M
DUHAI KEKASIH HATIKU
Duhai Kekasih Hatiku!
Kekasihku…
Bila aku alpa
memujiMu
terasa terhenti nafasku!
Bila aku menyebut NamaMu
segala jiwaku hidup!
jantungku berdegup kencang!
terasa Kau hampir denganku.
Tika aku membaca KalamMu
terasa damainya hati
rinduku membuak-buak
untuk bertemu denganMu
Tika aku sujud padaMu
jasad dan rohku syahdu dalam
linangan air mata keinsafan atas
ketaksupan aku pada dunia
yang melalaikan
aku daripada…
MengingatiMu
MemujiMu
Meng-AgungkanMu.
Terimalah aku menjadi
kekasih setiaMu
di dunia ini! Juga di akhirat!
Amin Ya Rabbal A’lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Ramadhan 1434H
12 Julai 2013M
CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Cinta Kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W
Kau dilahirkan
untuk memberi
Rahmat Sekalian Alam.
Berpekerti mulia
menempuh segala cabaran
dan dugaan semata-mata
untuk menyebar
Agama Suci Allah.
Berkorban apa saja
demi umat sezamannya
dan akhir zaman.
Sambil berdiri, duduk dan
berbaring sentiasa
mengingati umatnya
mencintai umatnya
sepenuh hati
sepenuh jiwa
Masya-Allah!
Sentiasa berdoa pada Tuhan
agar umatnya mati dalam
ucapan kalimah
لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل
Risaunya Nabi terhadap umatnya
hingga nafas terakhir
menyebut-nyebut umatnya
‘Umatku! Umatku! Umatku!
Duhai Kekasih Allah
Nabi Muhammad S.A.W
Biarpun telah tiada jasadmu
Budimu…
Pengorbananmu…
Cintamu kepada umatmu
akan dikenang…
dihargai dan
disanjung tinggi hingga
ke akhir hayat kami.
Kami tahu kau mencintai kami
ketika berdiri, duduk dan berbaring
hingga ke akhir hayatmu.
Amatlah rugi dunia akhirat!
malang dunia akhirat!
Jika kami tidak membalas cintamu
Wahai Nabi Allah
Kekasih Allah.
Sebagai balasan cintamu
pada kami umatmu
kami akan menjadi
pewaris setiamu
menyebarkan dakwahmu
Al-Quran dan Hadis
yang kau tinggalkan
untuk kami umatmu.
Selawat untukmu
wahai kekasih Allah
terimalah kami
menjadi kekasihmu
sebagaimana kau
menjadi Kekasih Allah.
Moga dengan cinta kami ini
dapatlah kami keberkatan
cintamu di dunia …
Di Padang Mahsyar
mendapat Syafaatmu
~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Ramadhan 1434H
12 Julai 2013
ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIRKU
KAMI RINDU RAMADHAN YA ALLAH
Selamat datang Ramadhan yang dirindu
terima kasih Tuhan kerana memberi kupeluang bertemu Ramadhan
Ya Allah kuatkan aku jika aku lemah untuk beribadat di bulan
Ramadhan, alangkah ruginya aku andai aku persiakan amalan di bulan Ramadhan yang penuh berkat ganjaran pahala yang berganda-ganda dari-Mu
Ya Allah jauhkan aku daripada sebarang perkara yang mengurangkan pahala dan membatalkan puasaku kerana aku tak mahu puasa yang sia-sia hanya berlapar dan dahaga tapi tiada sedikitpun pahala di SisiMu moga dijauhkanlah Ya Allah.
Ya Allah izinkan aku bertemu Lailatul Qadar kerana jika aku beribadat di malam Lailatul Qadar seolah aku beribadat 1,000 bulan Subhanallah itulah yang aku dambakan Ya Allah.
Ya Allah aku mahu menjadi hamba-Mu yang selalu bersyukur atas usiaku yang Kau pinjamkan ini kerana aku tak tahu adakah ini Ramadhan terakhirku...
Ya Allah berilah aku peluang bertemu Ramadhan yang dirindui dan berilah aku peluang bertemu Lailatul Qadar agar bertambah dekat dengan-Mu kerana Engkau adalah penciptaku.
Aku hambaMu yang sentiasa mengharapkan hidup matiku dalam redhaMu bila sampai saatnya nanti roh meninggalkan jasad Kau terima sebagai roh yang tenang lagi diredhaiMu itulah yang kucitakan dan dambakan Ya Allah.
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
Ya Allah Kau makbulkan doaku ini dan yang membaca doaku ini .
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
HambaMu Yang MencintaiMu dan Rasulullah KekasihMu,
..............................................................
24 Sya'ban 1437H
31 Mei 2016
Nordin Johan Ku sambut hati yang terbuka,
Selagi hayat ku dikandung badan,
Ramadhan lindungi kami,
Ku cari nya seisi malam,
Munkin sujut terakhir bagi ku
ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIRKU
Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan Semoga kita semua diberikan kemampuan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk dapat melaksanakan Ibadah Ramadhan tahun ini dengan sebaik-baiknya amin Ya Rabb
ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIRKU
Ramadhan Ya Ramadhan
Sudilah menjadi sahabatku
Sudilah menjadi temanku
Sudilah menjadi menyokongku
Jika kau sudi menjadi
Sahabatku
Penemanku
Penyokongku
Pasti aku bersyukur
Dan tersungkur di sejadah cinta-Nya
Kerana aku mahu
Kau terus menerus
Menyubur suburkan untuk aku
Terus-terus beribadah ikhlas
Semata kerana-NYa
Bukan untuk pandangan manusia
Tapi untuk padangan Alllah Azzawajallah
Usiaku yang tersisa ini masih tak dapat
Menampung amalan yang ingin aku
Persembahakan pada Tuhanku...
Aku malu...malu...malu...
Untuk membawa bekalan yang
Terlalu sedikit ini...sedangkan usiaku
Sudah pun melewati senja
ALLAHU AKBAR!
Mana tahu berkat sokonganmu Ramadhan
Urat sarafku dan tulang belulangku dan semua
Pacainderaku menjadi segagah pahlawan
Fisabilillah yang hidup mati-Nya hanya
Ke jalan-jalan Allah SWT
Allahu Akhbar bertuahnya aku jika
Tuah itu menyebelahiku Aamin
Andai-Nya ini adalah ramadhan terakhirku
Dapatlah aku membawa bekalan yang telah
Dilipat ganjaran pahalanya berganda-ganda
Banyak-NYa semua-Nya dalam pengetahuan
Allah dan semua pintu-pintu ke Syurga
Di buka seluas-Nya untuk para hamba-Nya
Yang beribadat ikhlas kerana-Nya..
Ramadhan Ya Ramadhan
Berkat kami berkasih sayang ukhuwah kasih
Dan saling memaafkan semua teman-teman kami
Kau sudilah senyum padaku
Agar hidupku sentiasa berada di dalam
Rahmat Kasih-Nya yang berpanjangan
Seumur hidupku seumur hidup kawan-kawanku
Ramadhan Ya Ramadhan
Yang kudambakan dalam hidup ini
Menjadi hamba Allah yang disayangi
Allah SWT dan di sayangi semua penghuni
Di bumi jua di langit Aamiin
Ramadhan Ya Ramadhan
Ketemukan aku agar aku
Dan semua pembaca karyaku
Dapat beramal di malam Lailatul Qadar
Kerana di malam itu lebih baik daripada
Seribu bulan Aamiin
Ramadhan Ya Ramadhan
Jika ini Ramadhan terakhirku
Bukakanlah hati-hati
Kawan-Kawanku yang telah aku sakiti
Hatinya secara sengaja atau tidak
Memaafkan aku kerna
Aku takut Allah SWT murka padaku
Kerana selagi aku tidak dimaafkan oleh
Teman-temanku pasti malanglah aku
Tika aku berhidup di muka bumi ini
Kerana sengaja bermusuh-musuhan dengan
Kawan-kawanku biarpun cuma di alam maya
Sedangkan tiada terniat di hatiku untuk
Membuatkan mereka membenciku kerana
Nawaitu asalkau semua yang hadir dalam
Hidupku bagaikan
Permata-permata dari Syurga
Kiriman Allah SWT padaku untuk aku
Syukuri
Ramadhan Ya Ramdhan...
Moga Allah SWT menerima
Segala amalan dan niat baikku
Kerana Alllah SWT menerima
Semua niat-niat yang baik-baik
Belum melakukan sudah diberi pahala
Dilakukan lagilah pahala
Begitulah Maha Penyayang-NYa Allah SWT
Pada semua hamba-Nya tiada terkecuali
Ramadhan Ya Ramadhan
Moga aku dan semua pembaca karyaku
Dapat beramal di bulan Ramadhan
Dengan ikhlas kerana-Nya
Mana tahu ini adalah Ramadhan terakhir
Yang akan kami persembahkan kepada
Allah SWT dan diterima dalam redha-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Putri Rimba Niagara
20 Julai 2012.
DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Yang DiPuja dan DiPuji oleh semua yang ada langit dan di bumi
Yang mengaturkan hidup dan matiku
Yang mendengar segala rintihan kalbuku
Hanya pada-Mu aku mengadu segala isi hati
Hanya Kau yang faham isi hatiku
Hanya Kau penyembuh segala dukaku
Bukan pesona dunia yang menjadi tumpuanku Ya Allah
Tapi kadang kala aku terleka juga dengan pesona dunia
Yang sentiasa melalaikan aku dan melekakan aku
Makanya Ya Allah ....aku perlukan sangat
Nur Hidayah Kasih dari-Mu
Sentiasa memimpin aku ke jalan-jalan yang Kau Redhai
Hingga akhir hayat hidupku
Moga berkat segala yang Kau Redhai dalam sepanjang
Aku berhidup ...
Kau membalas cinta dan kaseh-Mu padaku
Dan kalimah cintaku pada-Mu
Menjadi saksi di akhir kalamku nanti
Itulah yang kudambakan pada-Mu Ya Allah
Maka Kau Perkenankanlah segala doaku Ya Allah
Pabila bertemu dengan-Mu nanti
Aku tersenyum penuh syukur seorang hamba pada Pencipta-Nya
Yang sudi dan sentiasa sudi membalas cintaku tanpa ada syarat
Yang ada cinta dibalas cinta
Jasad dan roh terasa damai
Sedamai air di Kali Syurga
Indahnya di saat Pertemuan dengan-Mu
Melepasi hingga ke langit ke tujuh
Cinta Kau dan aku
Menjadi saksi tika cinta di dunia
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Indah....indah...indah.. .
Bahagia rohku di kala itu
Hanya Kau yang memahami bahagianya aku di kala itu
Airmata lambang cintaku pada-Mu tika di dunia dulu
Kau balas cinta-Mu tika itu
Mahu rasanya aku menangis penuh terharu
Terharu betapa Kau
Memanglah Kekasih
Yang menepati janji
Janji-Mu pasti
Aku yakin itu
Tika berhidup di dunia dulu
Bukan Syurga-Mu yang menjadi tumpuanku
Yang kumahukan adalah Cinta-Mu dan Rahmat Kaseh-Mu
Maka-Nya sebelum Kau menjemputku untuk bertemu-Mu
Berilah aku peluang membawa bekalan yang
Kau Redhai dan ada Nilaian di Sisi-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Ya Allah di bulan Ramadhan Yang Penuh
Dengan Keberkatan dan segala pintu-pintu
Syurga terbuka seluas-luas-Nya Kau makbulkan doaku ini
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN
1 Ramadhan 1433H
20 Julai 2012.
HIDAYAH-MU NUR KASIH-MU NAN INDAH ALLAHU AKBAR AAMIIN
Subhanallah Maha Indah-Nya Cinta-Mu hingga aku teruja untuk terus menerus menulis betapa Maha Hebat-Nya Cinta-Mu benarlah Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang kepada semua hamba-Mu asalkan ikhlas mencintai-Mu menjadi hamba-Mu yang bertakwa.
Ya Allah betapa aku bersyukur pada-Mu kerana doaku Kau makbulkan dengan menjadikan laman FB dan Grupku bagaikan berada di Taman-Taman Syurga sentiasa mendengar bahasa-bahasa Syurga sambil mengutip permata-permata Syurga yang berguguran bak salji tanpa henti...Allahu Akbar betapa aku terharu dalam syukur tak terhingga ...
benarlah Engkau Tuhanku Yang Maha Pemurah memberiku rezeki ilmu-Mu tanpa henti, tanda syukurku pada-Mu kubagi-bagikan ilmu Permata Syurga-Mu kepada saudara seislamku yang lain dengan harapan bersama mendapat hidayah-Mu Nur Kasih-Mu nan indah Allahu Akbar AAmiin.
YA ALLAH DI ALAM MAYA AKU BERSAHABAT DENGAN AHLI SYURGA MOGA DI ALAM BARZAH AKU BERSAHABAT DENGAN AHLI SYURGA JUGA SUBHANALLAH SATU KEINDAHAN TAMAN-TAMAN SYURGA YANG MENYEBABKAN KAMI TAK MAHU DIPULANGKAN KE DUNIA KERANA MENDIAMI TAMAN-TAMAN SYURGA-MU ADALAH KEBAHAGIAAN ABADI SELAMA-NYA BAHAGIA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
SESUDAH MATI DAPAT MENJAWAB SOALAN KUBUR ITULAH PANDAI YANG SEBENARNYA. MOGA KITA BOLEH MENJAWAB SOALAN KUBUR DENGAN LANCAR BILA TIBA SAATNYA NANTI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Jika ilmu berdasarkan Al-Quran dan Hadis pasti tak tersesat . Bila mahu berhujah ada rujukan dan hujahan itu sohih meyakinkan boleh terus nyatakan tak perlu takut jika salah boleh diperbetulkan oleh mereka yang tahu. Bilamana kita berikan pandangan lepas itu kita tak mahu menerangkan hujahan kita seolah kita baling batu sorok tangan.
Dalam memberi pendapat bukanlah menunjukkan kita ini hebat berdebat tapi kita mencari titik pertemuan yang kita ini saling berkongsi ilmu yang kita tak tahu. Yang tak tahu jadi tahu itulah ilmu yang berkat. Insya-Allah Aamiin.
Karya yang saya hasilkan selalunya hasil daripada pembacaan, pendengaran daripada ustaz dan ustazah di tv, radio atau di kuliah ceramah masjid dan di alam maya juga. Jika mereka memberi komentar dengan bahasa yang jelek/kutuk makanya saya tak perlu jawab , jika saya jawab dikhuatiri banyak hati yang tersakiti. Tak guna kita berdebat dengan orang yang ingin menang dalam perdebatan tidak mahu mendengar pendapat orang lain. Maka kita berundur bukan bererti kalah tapi berundur memberinya kemenangan dalam bicara bisu yang tertanya-tanya sendiri. Biarlah dia dengan dunianya sendiri tanya sendiri jawab. Moga di grup ini kita sentiasa berkongsi ilmu yang memberi manfaat dunia akhirat . Ilmu yang membuatkan kita lebih dekat dengan Tuhan itulah ilmu yang berkat dunia akhirat. Insya-Allah Aamiin.
Tuah Bugis Benar tu Ratu Rimba Niagara....sesebuah hujah harus lah kita terangkan, jika tidak...terbukti kita hanya membua buat cerita dgn sifat riak. Lebih2 lagi pabila nama Allah SWT digunakan sebagai memertabatkan diri sendiri sebagai orang arif, maka ia akan dipandang sebalik nya.
Ratu Rimba Niagara Moga Asus Panglima menerangkan hujahan beliau bagi memahamkan semua ahli-ahli di grup ini. Kita di sini sentiasa menghargai setiap pendapat dan hujahan ahli cumanya kita rasa ralat jika ahli membuat hujahan tergantung-gantung tanpa jawapan tak bertitik.
Tiada siapa yang pandai jika pandai pun ibarat 1 jari yang dicelup ke lautan luas yang melekat di jari itulah yang dimiliki kepandaian atas izin Allah. Jika hendak tahu pandai atau tidak bilamana dapat menjawab soalan kubur setelah mati barulah pandai yang Allah redha. Moga berkat Allah takdirkan pertemuan di grup ini kita boleh menjawab soalan kubur dengan lancar ..Insya-Allah Aamiin.
AMALAN PENEMAN SEPI
Sepi itu indah
Sepi banyak hikmahnya
Sepi yang menyepikan lagi perlu kesabaran
Tanpamu kusepi
Tanpa dia kurindu
Di musim tengkujuh
Bila sepi dihunjam terjangan tsunami
Amat menyeksakan
Amat dahsyat!
Amat menakutkan
Lalu kubuang sepi di ombak rindu
Kerana kutahu
Jika ku tak buang sepi itu
Sepi yang bersedia menantiku
Apabila sampai waktunya nanti
Pasti aku akan merana
Yang tak tertebus!
Sepi di alam barzah
Kerana amalan bukan penemanku
Di kala aku benar-benar
Perlukannya di saat itu
Menjadi peneman setiaku
Telah lari dariku
Itulah sepi
Yang menakutkan
Yang bisa aku
Gagal menjawab soalan kubur
Bila gagal
Pasti tempat aku
Nauzulbillah...
Makanya apalah
Ada artinya sepi di dunia ini
Jika dibandingkan pabila
Sepi di alam barzah
Amalan bukan peneman sepiku lagi
Makanya selagi ada peluang
Hargailah sepi ini
Dengan amalan
Peneman setia
Di alam barzah!
Moga amalan sudi menjadi
Peneman sepiku tika
Masa tersisa dan setia
Jua di alam barzah
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Mei 2012
AKU INGIN BERTANYA HAI KAWAN
Aku ingin bertanya padamu kawan
Bila malaikat maut telah datang
menjelang tiba tanpa persetujuan
apakah aku tengah dihiasi iman
atau kemungkaran?
Aku ingin bertanya lagi hai kawan...
Bila tubuhku telah kaku diselimuti tanah
dan ditinggalkan Apakah aku melihat
pemandangan kenikmatan atau kepedihan?
Aku ingin bertanya lagi hai kawan
Bila aku terbangun dari kuburkan
dan menuju ke pengadilan Apakah aku diliputi
cahaya atau keringat panas deras bercucuran...?
Aku ingin bertanya lagi hai kawan
Bila diberikan kitab amalku yang tidak satupun
terlupakan Apakah aku menerima dari arah kanan
atau dari belakang badan.
Aku ingin bertanya lagi hai kawan...
Bila aku dipanggil mengadapNya dengan serangan
dakwaan Apakah aku bersilat kata atau anggota
tubuhku yang menerangkan?
Aku ingin bertanya lagi hai kawan
Bila aku diperlihatkan di hadapan manusia akan
segala perbuatan Apakah aku akan dapat berdiri
tegak atau tersungkur mahu dihentikan?
Aku ingin bertanya lagi kawan...
Bila aku disuruh menaiki neraca amal seimbang
tiada kecurangan Apakh aku melihat neraca amal
baikku berat atau ringan?
Aku ingin bertanya lagi hai kawan...
Bila aku melintasi shirat yang amat panjang
mendebarkan...Apakah aku mampu mencapai ujung
atau terjatuh dengan jeritan?
Aku ingin bertanya lagi hai kawan...
Bila aku kembali ke kampung halaman untuk masa
yang tidak kesudahan. Apakah aku menepati
teman kesenangan atau siksaan? Sengaja aku
kirimkan kembali agar tidak tercicir...semoga
menjadi renungan untuk diriku dan dirimu.
Semoga Allah merahmati penyusunan kalimat indah
ini...juga yang membaca...yang merenungnya...
yang menyebarkan...untuk manfaat banyak.
By: Abu Suffian
KU INGIN MENJAWABNYA DUHAI KAWAN
Aku ingin menjawabnya duhai kawan...
Semua soalan yang di kemukakan
membuatkan aku terkedu dalam sendu
Terpukul dalam hikmah
Tersedar dari lalai
Justeru sebelum nyawa sampai di kerongkong
kupohon Allah terima segala taubatku dan
menerima segala amal baikku agar nanti
segala soalan yang dikemukakan itu
menyelamatkan aku dari segala sengsara menyeksakan
Jika itu dapat dielakkan aku adalah hamba yang terselamat.
Terima kasih duhai kawan... Moga dirimu diriku dan mereka
yang membacanya tergolong hamba yang terselamat dari segala
sengsara menyeksakan. Kita semua menikmati Syuga yang abadi
dan menikmati segala nikmat bila kita dapat melihat Allah
Kekasih kita. Perasaan kita hanya Allah saja yang tahu
di kala itu! Kita terpana dengan ZATNya Yang Abadi.
KARYA ABU SUFFIAN & PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Mei 2012
CINTAILAH AKU KERANA ALLAH KERANA ITULAH CINTA YANG TELAH TERCATAT DI LAUHMAHFUZ-NYA YANG KITA SAMA IMANI DALAM KALBU IMAN.BERSYUKURLAH KEPADA-NYA KERANA DIALAH PENCIPTA CINTA DAN RINDU AGAR KITA BERSAMA MENCINTAI-NYA DAN MERINDUI-NYA SAMPAI SYURGA . INSYA-ALLAH AAMIIN.
"KITA MERANCANG ALLAH JUA MERANCANG TAPI PERANCANGAN ALLAH YANG KITA TERIMA DALAM REDHA BARULAH TENANG JIWAMU JIWAKU,"
Degupan Jantung Adakah Aku Bersyukur?
Ya Allah …
Baru kini aku tahu
betapa besarnya kuasa-MU
menjadikan setiap jantung
manusia berdegup sebanyak
seratus ribu kali degupan sehari.
Masya-Allah naifnya aku
tentang kejadian ini.
Aku terkesima dalam
ketaksupan aku tentang
Kebesaran-Mu ini
aku meratapi diriku
tentang berapa kali pula
aku bertasbih pada setiap
helaan nafasku pada-Mu
jika hendak dibandingkan dengan
seratus ribu kali degupan jantungku ini.
Ya Allah aku malu dengan diriku sendiri
kerana adakah aku tergolong hambaMU
yang mengucapkan syukur setiap nikmat
kehidupan yang Kau limpahkan padaku?
Tolonglah aku Ya Allah jadikanlah hamba-Mu
terpilih untuk mengucapkan syukur
dengan berzikir pada-Mu di sebilang masa
dan seketika selagi nafasku Kau pinjamkan!
Biar degupan jantungku ini bermanfaat
untuk roh dan jasadku ini selagi hayat
di kandung badan.
Aamin Ya Rabbal A’ lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara,
13 Mac 2011
SALAM RAMADHAN 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Manda Conai Subhanallah
Jika Tenku memahami rencanaNya Allah kenapa Tenku terlibat di grup pasti tidak akan meninggalkan grup tanpa apapun alasan selagi nadi berdenyut jantung berdegup...
Teruslah berbuat amal kebajikan walaupun sebesar zarah kerana kita tidak tahu amalan yang mana satu membawa kita ke Syurga-Nya.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Sahabat Seperjuanganmu Yang Meminati Hasil Senimu
"CINTA ALLAH KASIH RASULULLAH'
Ratu Rimba Niagara,
22 Sya'ban 1437H
29 Mei 2016
Tenku Iskandar ke KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Disini saya memohon maaf..diatas pic2 sy..kalau tersilap..kepada semua saudara2...Sy keluar pada group ini bila bulan Ramdhan...tiba...semoga berjuanglah kpda jlnnya..kita semua milik Allah..Amiin.
TENKU ISKANDAR ENGKAU ADALAH PERMATA SYURGA ANUGERAH ILAHI UNTUK KAMI SYUKURI ATAS SEGALA PENGORBANANMU MENYUBUR SUBURKAN IMAN KAMI MENG-AGUNGKAN KEBESARAN TUHAN PENCIPTA SEMESTA ALAM MOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKANMU DENGAN SYURGA FIRDAUSI BERKAT PERTEMUAN KITA DI ALAMMAYA BERSAMA BERKUMPUL DI FIRDAUSI BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH YANG MAHA INDAH ITULAH YANG DINANTIKAN OLEH SEMUA AHLI SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Tenku Iskandar Alhamdulilah tqqvm.ameenn syukur kpd Allah
Ratu Rimba Niagara, SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR moga Allah swt merahmati dan memakbulkan usahasama kita untuk menyebarluaskan KE-AGUNGAN CINTA-NYA DAN KASIH RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
DEMI KASIHKU KERANA-NYA DARAHKU SEBAGAI TINTA!!!
JIWA SEORANG PEJUANG KEHIDUPAN!
Seorang pejuang pasti diduga dengan segala bentuk kepayahan dan keperitan hidup yang mencengkam jiwa.... kerana itu mereka amat faham apa itu erti kehidupan makanya keperitan hidup insan lain akan diambil peduli dan mahu membantu selagi mampu dan kehidupan insan-insan lain di seluruh dunia akan diperjuangkan agar dunia tahu betapa jiwa seorang pejuang kehidupan akan terus hidup melalui pena dan suara yang akan berpadu bergema di seluruh alam ini...!!!!
PUTRI RIMBA NIAGARA
28 Mei 2012
Ya Allah jl jlạlh aku tahu ini rencanamu hanya membantu saya melalui itu
Ya Allah segala usaha telah kudayakan hanya kupasrah pada-Mu kerana Tiada Daya Upayaku Melainkan Dengan Izin-Mu Jua Allahu Akbar Aamiin.
PERJUANGAN TAK MENGENAL WAKTU
perjuangan tak mengenal waktu
andai aku sepertimu aku pun begitu
waktu ini perjuanganku sastraku bermati-matian
andai perjuangan sastraku menjadi realiti
perjuangan lain sedia menanti
fb ku sebagai laman juangku
akan sepi sesepinya
masa itu baru kau tahu
betapa perihnya sebuah penantian
walau hanya dengan sepatah perkataan
barulah kau faham aku
aku faham kau
masa memang mencemburui kita
yang penting faham memahami
bila dah faham
kita tidak akan salah menyalah
andai perpisahan terjadi juga...
namun persaudaraan tetap tak terurai
diikat kemas ...untuk dikenangi di tugu pertiwi....
RATU RIMBA NIAGARA
3 September 2013
TUHAN MENJADIKAN SEGALANYA INDAH PADA WAKTUNYA TIADA YANG DIFIKIRKAN LAGI MELAINKAN KEBESARAN KEKUASAAN-NYA MENGATASI SEGALA-NYA KERANA DIALAH YANG MAHA MENENTUKAN SEGALA QADA & QADAR SETIAP HAMBA-NYA.
ALLAH TUNJUKKANLAH KAMI JALAN KE SYURGA-MU
Zairi Erie Kobarkan api sastra dalam dirimu
Walaupun ianya dipadamkan angin
Namun tetap masih menyala
Menerangi orang lain.
Syabas ......
May 13, 2012 at 8:25pm · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Duhai zairie erie ...aku bahagia punyai rakan fb sepertimu
Insya-Allah rakan fb sebeginilah yang kuperlukan ....
Di kala aku tersungkur
Dialah datang menyambutku dengan doa restu
Moga Allah membalas segala kebaikanmu padaku
Aaamin Ya Rabbal A'Lamin
NILAIANNYA SAMPAI KE ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI
KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
28 Ramadan 1438H
23 Jun 2017
Damar Penyuluh Kegelapan Hati
  MARI JADI ORANG BIJAKSANA  
>>BOLEH TAG ,SHARE<<

(¯`v´¯) °˜¨•☆
`•.¸.•´ 
¸.•´... ¸.•´¨) ¸.•*¨)**
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨¯`•.* •°

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

* (¸.• •°˜¨•☆ .*.
Sahabat /saudaraku
Kita sering mendengar ungkapan manusia tidak sempurna ,manusia tempatnya salah dan khilaf,,
Jawabnya memang ya ,,memang betul ,
Tapi janganlah di sebabkan itu di jadikan sebagai alasan dan sandaran untuk tetap berbuat salah dan khilaf tanpa memperbaiki diri.
 Manusia tempat salah ,,jangan di jadikan alasan untuk tidak berubah,,,,
 Manusia tempat khilaf,jangan karena ini kita tetap di lubang silap,,,
 Manusia tidak sempurna ,jangan di jadikan sandaran menerjang aturan agama,,,
 Manusia punya ego ,,jangan di karenakan ini menghina orang lain seperti kerbau,,,,
 Manusia ada prinsip ,,jangan di karenakan ini menganggap pendapat orang lain salah,,
 Manusia di anugerahi ilmu ,,janganlah di karenakan ini kita merendahkan orang lain karena tidak satu arah tuju,,,
 Manusia bisa berfikir ,,jangan karena ini untuk memperbodoh dan menipu orang lain,,
 Manusia punya kemahuan ,,jangan karena ini menghalalkan segala macam cara demi sebuah tujuan,,,
 Manusia punya nafsu ,,jangan karena ini sebagai alasan melahap dunia dengan rakus tanpa rasa segan silu,,,
 Manusia ada ego ,,jangan karena ini tetap berjalan angkuh dan sombong,,,
 Manusia ada hati ,,marilah kita jadikan untuk bisa merasai beban orang lain yang sengsara,,,
 Manusia ada perasaan ,,marilah kita jadikan untuk kita berhati hati dalam setiap ucapan agar tidak mengguris hati orang lain dalam ucapan,,,
 Manusia di beri kelebihan,,,marilah kita berbagi/berkongsi dengan insan yang memerlukan,,,
 Manusia tidak sempurna,,,marilah dengan ini kita jadikan semangat mendekati sempurna,,
 Manusia bisa berbicara ,,,marilah kita gunakan untuk menasihati orang lain walaupun kita bukan orang yang mulia,,,,
>>>MANUSIA MEMANG TAK SEMPURNA ,,TAPI MANUSIA ADALAH SEBAIK-BAIK KEJADIAN<<<
Sahabat/saudaraku
Kita tidak perlu menunggu baik kalau hanya untuk menasihati orang,Tidak ada salahnya kita mengatakan :
"Jangan malas pada orang lain walaupun kita mempunyai sifat malas juga,,
"Rajin-rajinlah beribadah pada orang lain walaupun kita terkadang ada sifat kemalasan,,iman seseorang memang ada turun naiknya,,
Dari anas ra :
Kami para sahabat RA bertanya Ya Rasullullah SAW kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran.Maka Nabi SAW bersabda, Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya.
(HR Thabrani)
>>>>>>MARILAH JADI ORANG BIJAKSANA DALAM SETIAP TINDAKAN<<<<<<
Semoga bermanfaat ,,aamiin,
*
*¨¨*•♪ღ♪*•.¸ ¸¸ (¯`v´¯) °˜¨•☆ `•.¸.•´
───────────────█─█────── ──────████──█──█─█────── ──────█──█──█──█─█────── ──────████──█──█─█────── ─────────███████─█────── *¨¨*•♪ღ♪*•.¸ ¸¸ (¯`v´¯) °˜¨•☆ `•.¸.•´  ¸.•´... ¸.•´¨) ¸.•*¨)** (¸.•´ (¸.•´ .•´

* Salam ukhuwah  sen^__^yum  selalu dari saya Damar Penyuluh Kegelapan Hati *
* WASSALAMU ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH *
°˜¨•☆ ` ☆ .•´ 
°˜¨••´ 
*
SukaTunjukkan lagi reaksi
KomenTerima Kasih Sahabat Akhiratku
Terima kasih atas
Minuman air yang kau hidangkan
Biarpun sekadar air kosong
Tapi telah mengilangkan dahagaku seribu tahun
Telah menjadi penawar imanku yang tandus
Terima kasih sahabat akhiratku
Hadirmu membahagiakan dunia akhiratku
Moga kita menjadi sahabat di Syurga kelak
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Julai 2012

Catatan di alam ghaib memang ku tak tahu
Tapi kehadiranmu tanpa dugaku
Cintamu hadir membungakan jiwa cintaku
Dan ku yakin itu adalah datang dari kurniaan Allah SWT
Kerana apa ...aku yakin...
Kenapa padamu hatiku terpaut
Kenapa tidak cinta lain yang ada di luar sana?
Kudapat rasa cinta sudah tersurat
Tapi Ketentuan Cinta Ilahi ku tak tahu... kanda
Kerana aku selaku hamba-Nya tetap lemah tentang takdir
Makanya aku cuma bisa berdoa
Agar Cinta Ketentuan Ilahi menyebelahi kita
Moga Allah memakbulkan doaku doamu kanda
Kanda...
Cinta kita setiasa mengalir seperti air terjun Niagara
bukan setakat menghapus kemarau 1000 tahun tapi selagi ada
bulan dan matahari cinta kita akan terus mengalir....
di jiwa pewaris cinta Adam dan Hawa
cinta mencintai hanyalah kerana-Nya
Kanda...
Biarpun kita sudah tiada di dunia ini nanti
Cinta kita seperti cinta
Bidadara & Bidadari yang
Hidup di bumi
Menyeru pada penghuni bumi
Betapa indahnya cinta karena-Nya
Karena setiap takdir cinta Ketentuan-Nya
Diterima dalam redha
Pasti jiwa setiap si pencinta cinta kurniaan-Nya
Jiwanya akan aman damai tenang...
Setenang air di kali Syurga
Kanda...
Samada Ketentuan Cinta menyebelahi kita atau tidak
Di Syurga nanti tiada yang mustahil bagi Allah SWT
Mengandingkan kita sebagai pengantin Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLHU AKBAR
Kanda...
Setiap malam purnama yang syahdu
Bergemerlapan cahaya bintang
Diserikan dengan pelangi malam
Di kanvas langit malam nan indah...
Kita bergandingan bersama selamanya
Si pemuja cinta kerana-Nya di bumi
Tak jemu-jemu memandang kita
Sambil mengucapkan syukur tanpa henti
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Dan kita melambaikan tangan kepada mereka
Tanda kita menghargai mereka
Yang menghargai cinta kita tika di dunia dulu
Dan mereka mendoakan kita
Agar saham akhirat kita terus mengalir
Seperti air terjun Niagara
KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
2 Julai 2012

GERIMIS PELANGI CINTA
Biarpun gerimis buat hatiku pilu
Lalu aku menangis penuh hiba
Tiada siapa yang tahu
Kupujuk diriku sendiri
Ah! Malangnya aku...
Ditinggalkan dia
Dalam rindu bayangan
Yang kapan bila jadi pasti
Hanya takdir menentukan
Ombak rindu masih belum mengerti
Ombak rindu bilang...
Badai membadai tak pernah reda
Sentiasa bergelora
Menerjang rindu
Dihayun-hayun lalu dilambung
Nun...dihumbankan jauh rindu
Di pulau sepi ...bisu...kaku...
Dalam sepi....bisu....kaku...
Gerimis datang bersama bebayang
Yang dirindui dalam igauan
Yang sepi...bisu...kaku...
Terus jadi ceria
Setelah gerimis reda
Muncul pelangi nan indah
Bebayang yang mengekori gerimis
Menjelma di hadapan yang di rindui
Yang dirindui bersyukur
Dalam gerimis
Dikurniakan cinta yang
Dinantikan menjadi kenyataan!
Hebat-Nya gerimis pelangi cinta!
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
3 Julai 2012
BIARPUN SEKADAR BEBAYANG
Di balik desah malam
kueja kembali ceceran jejak di genang kenang
sebuah perjalanan rindu yang paling tabu
By: Wan Suwandy
ADUHAI AKU SI PENCINTA YANG MALANG
Jika kau sedang mengeja kembali ceceran jejak di genang kenang
Aku di sini sedang membilang rindumu yang hilang
Karena rindu dan cintamu asyik kukenang
Siang malam terbayang-bayang
Aduhai aku si pencinta yang malang
Cinta dan rinduku hilang
Kunantikan dalam kenang
Biarpun sekadar bebayang
Kan kukejar agar tak hilang
Luka di hati tapi hati masih sayang dong
Karya: Putri Rimba Niagara
2 Julai 2012
KARYA WAN SUWANDY & PUTRI RIMBA NIAGARA
2 Julai 2012
Begitulah Aku Padamu 
Rindu ini tiada habisnya berbisik pada anakanak senja
pada ciuman terakhir mentari di kecipak pantai
pada kesiur angin di gemulai daunan
pada bentang jarak kaki langit di ujung mata
dan aku selalu menulisnya dalam lembar kenangan
tiada terkubur oleh waktu, terserak sepanjang ribuan jarak
seperti musim yang mengucapkan cinta pada ladang bunga
serupa butiran pasir ini sentiasa setia menanti riak air
begitulah aku padamu
sentiasa merindu
Stg, 01072012
Wan Suwandy
@lagisukajiwang.com
SERULAH NAMAKU JIKA KAU RINDU PADAKU
Apa yang dimenungkan duhai kasih...
Jika kau teringatkan daku
Serulah namaku berulang kali
Pasti aku akan datang ke kamu
Kan kukirimkan di angin senja
Lihatlah langit senja itu
Wajahku dengan senyuman
Agar rindumu padaku terbalas jua
Syukurlah duhai kasih
Pada-Nya mengizinkan
Aku ada di langit senja
Melemparkan senyuman rindu padamu
Karya: Putri Rimba Niagara
2 Julai 2012
BAYANGKAN GARUDA DIRAJA SEDANG MENJEMPUTMU
Duhai kanda...
Dinda mencintai mu bukan karena darjat
Yang mengikat cinta dinda adalah keikhlasanmu mencintai dinda kerana-Nya...
Jangan risau akan dinda tunggu penuh sabar dalam iman...
Pejamkan matamu kanda ...
Bayangkan garuda diRaja Putri Rimba Niagara sedang
Menjemputmu ke Istana Rimba Niagara untuk menyarungkan cinta
Bertahtakan Syurga....kerana dinda yakin kunci pintu Syurga dinda
ada padamu kanda ..
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
2 Julai 2012
TAK KAN PERNAH HILANG SAYANG
Senja tak pernah lelah merapat ke barat
angin sepoi bahasa
melambai-lambai
rindu dan cintamu padaku
rindu dan cintaku padamu
hingga aku lelah merinduimu
sehingga musim di jantung kemarau
yang panjang menjemukan
lalu aku minta Tuhan beri pertunjuk
ke mana akhirnya percintaan kita...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
2 Julai 2012
PERSANDINGAN DI KANVAS CINTA PELANGI PURNAMA MALAM
Duhai kanda tercinta....
Cintaku pada Allah Azzawajlalah
Cintaku pada Nabi Muhammad SAW
Cintaku pada cinta yang tercatat di Lauhmahfuz
Catatan di alam ghaib memang ku tak tahu
Tapi kehadiranmu tanpa dugaku
Cintamu hadir membungakan jiwa cintaku
Dan ku yakin itu adalah datang dari kurniaan Allah SWT
Kerana apa ...aku yakin...
Kenapa padamu hatimu terpaut
Kenapa tidak cinta lain yang ada di luar sana?
Kudapat rasa cinta sudah tersurat
Tapi Ketentuan Cinta Ilahi ku tak tahu... kanda
Kerana aku selaku hamba-Nya tetap lemah tentang takdir
Makanya aku cuma bisa berdoa
Agar Cinta Ketentuan Ilahi menyebelahi kita
Moga Allah memakbulkan doaku doamu kanda
Kanda...
Cinta kita setiasa mengalir seperti air terjun Niagara
bukan setakat menghapus kemarau 1000 tahun tapi selagi ada
bulan dan matahari cinta kita akan terus mengalir....
di jiwa pewaris cinta Adam dan Hawa
cinta mencintai hanyalah kerana-Nya
Kanda...
Biarpun kita sudah tiada di dunia ini nanti
Cinta kita seperti cinta
Bidadara & Bidadari yang
Hidup di bumi
Menyeru pada penghuni bumi
Betapa indahnya cinta karena-Nya
Karena setiap takdir cinta Ketentuan-Nya
Diterima dalam redha
Pasti jiwa setiap si pencinta cinta kurniaan-Nya
Jiwanya akan aman damai tenang...
Setenang air di kali Syurga
Kanda...
Samada Ketentuan Cinta menyebelahi kita atau tidak
Di Syurga nanti tiada yang mustahil bagi Allah SWT
Mengandingkan kita sebagai pengantin Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLHU AKHBAR
Kanda...
Setiap malam purnama yang syahdu
Bergemerlapan cahaya bintang
Diserikan dengan pelangi malam
Di kanvas langit malam nan indah...
Kita bergandingan bersama selamanya
Si pemuja cinta kerana-Nya di bumi
Tak jemu-jemu memandang kita
Sambil mengucapkan syukur tanpa henti
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Dan kita melambaikan tangan kepada mereka
Tanda kita menghargai mereka
Yang menghargai cinta kita tika di dunia dulu
Dan mereka mendoakan kita
Agar saham akhirat kita terus mengalir
Seperti air terjun Niagara
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Julai 2012
KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SASTERA NAN INDAH ANUGERAH DARI-NYA INI KUKURIMKAN BUAT SEMUA YANG SUKAKAN BAHASA PUISI NAN INDAH-INDAH
Bahasa indah mengundang Syurga
Bahasa jelek hati pun jelek neraka sebagai balasan
Kita yang membuat pilihan inginkan bahasa indah atau bahasa sejelek hati
PUISI TASBIH CINTA KE SYURGA-NYA
TERIMA KASIH ATAS SENYUMANMU ITU
Aku tak pernah mencacimu duhai rakanku yang dikasihi dunia akhirat..
Aku rela aku yang dicaci daripada kau yang berhati mulia
Senyuman mu pun sudah cukup banyak pahala yang kau raih
Karna senyuman itu satu sedekah...
Biarpun senyumanmu itu cumalah gambar
Tapi ada nilaian-Nya di Sisi Allah...Insya-Allah Aamin
Senyum jangan tak senyum...
Terima kasih atas senyumanmu itu...
RATU RIMBA NIAGARA
16 Ramadan 1436H
3 Julai 2015
SETULUSNYA KASIH PADA SEMUA
Kita bertinta seolah kita mahu mati esoknya
Kita bertinta untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi
Kita bertinta agar sahabat-sahabat kita menyayangi kita karna-Nya
Indahnya jika
Kita dapat mengalunkan bahasa indah
Bahasa yang mententeramkan roh dan jasad
Bahasa yang mendamaikan jiwa
Tika menulisnya tenang
Yang membacanya pun tenang
Setenang air di kali Syurga
Moga tinta-tinta nan indah
Permai kita terus mengalir
Seperti air terjunan Niagara
Sama-sama menghilangkan
Dahaga iman yang yang kian tandus
Ditelan kesibukan masa pesona dunia
Bersamalah kita mencerna
Bahasa-bahasa
Yang mengundang rindu
Mengundang Rahmat Kasih-Nya
Agar di dunia kita dapat bersama
Di Syurga menanti
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Setulusnya Kasih Pada Semua
Ratu Rimba Niagara
16 Ramadan 1436h
3 Julai 2015
SELAMAT MENIKMATI KEINDAHAN SYURGA DUHAI TUANKU SHEIKH RAJA
Masya Allah thumma Masya-Allah,
kemangkatannya selepas zikir,
pada malam Jumaat disertai
hujan renyai-renyai mengiringi
pemergian baginda Tuanku...
Sesungguhnya kami yakin bahawa
Pemergian Tuanku Sheikh Raja
Awliya-Nya tidaklah mangkat
Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana
Berehat sambil menikmati keindahan
Taman-taman Syurga
Yang mengasyikkan
Yang mengujakan
Disamping dikelilingi dengan
Bidadari-bidadari Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Balasan setiap awliya-Nya
Tika di dunia
Tuanku Sheikh Raja
Puluhan tahun tidak tidur..
Bersengkang mata menjaga anak-anak muridmu
Kini berehatlah
Tuanku Sheikh Raja dengan tenang...
Ampunkan kami wahai Tuanku Sheikh Raja
Guru yang kami sayangi dunia akhirat
Selamat menikmati Syurga di alam sana.....
Semoga kita ketemu lagi di Syurga
Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..
Al Fatihah...
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
KALIMAH ALLAH MENGIRINGI PEMAKAMAN TUANKU SHEIKH RAJA
Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi...
Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja...
Tidak sampai sejam pulang dari zikir
Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu
Pulang ke pangkuan-Nya...
Kami dikejutkan di zawiyah
Berita menggemparkan
Bagaikan petir menggegarkan seluruh sel di tubuh
Kami bergegas ke teratak Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia
Ternyata sangat sederhana bagi seorang putera raja...
Selipar getah kuning Tuanku yang sudah bertahun-tahun dipakai
Terletak kesunyian di satu penjuru..
Kami bergegas ke bilik Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia
Sekujur tubuh yang mulia terbaring di pembaringan.
3 kali bacaan Yaasin bergema di kamar Tuanku Sheikh Raja
Sebelum meninggalkan Tuanku Shekh Raja yang tenang di pembaringan dengan titisan air mata kami mengucup dahi yang mulia buat kali terakhir....
Hujan renyai pun mulai turun
Seolah-olah bumi menangisi permergian
Seorang putera soleh
Baginda ibarat ayahanda rohani buat kami,
segala urusan dunia dan ukhrawi kami adukan kepada baginda.
Soal pengajianku dahulu, perkahwinan, soal anak-anak dan nama-nama mereka, pekerjaan dan nama Pusat Rawatan KISWAH dan ijazah ruqyah pun adalah blessing, dustur dan izin dari Tuanku...
Sesungguhnya segala nasihat, cadangan dan hajat dari Tuanku untuk kami bina satu zawiyah dari 'kayu' di Pahang, mengajar jemaah untuk whirling, dan akhirnya pada malam pemergian baginda, dustur untuk CD Maulid bersama kumpulan Saalica akan kami bermujahadah menjadikannya satu kenyataan..
Insya Allah.. Doakan...
Tidaklah disangka-sangka, lambaian terakhir kami kepada baginda
sejurus selepas zikir kepada kereta kenari merah yang senantiasa dinaiki Tuanku, adalah lambaian yang terakhir kepada Sheikh Raja yang dicintai..
Dan tidaklah disangka-sangka pula, rupa-rupanya, bacaan doa yang
mengiringi zikir yang dipinta Tuanku untuk al faqir wal haqir di sisi Allah ini membacanya adalah yang terakhir dibacakan di hadapan baginda.
Dan tidaklah disangka, dengan jumlah jemaah yang datang berzikir
Dan anak-anak buah dari kumpulan Saalica yang mendendangkan 3 qasidah rupa-rupanya qasidah terakhir yang dimainkan ketika hidupnya...
Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan
Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...
Kalimah Allah nampak jelas dan cerah....
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga
Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi
Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan
Nur Ilahi mengiringi pemergian
Kekasih-Nya Yang Tercinta
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
MOGA ROH SUCIMU DIMASUKKAN KE SYURGA-NYA
Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja...
Beruntung rohmu
Cintamu telah dibalas-Nya
Tika kau hidup
Tika kau mati
Syurga menanti
Syurga dinikmati
Pertemuan di kala itu
Pasti kau
Menangis syahdu
Kerana Kekasih
Yang dirindui dan dicintai
Meredhai rohmu
Indahnya pertemuan
Di kala itu
Hanya kau memahami
Betapa indahnya saat itu
Sebagai balasan cinta-Nya
Roh sucimu dimasukkan
Ke Syurga-Nya
Kau tenang penuh syukur
Menikmati alam Syurga
Dengan rezeki tidak putus-putus
Dikelilingi bidadari Syurga
Yang sedia berbakti padamu
Keindahan dan kenikmatan Syurga
Abadi selama-Nya
Inilah balasan cintamu tika di dunia
Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia
Tapi mohon redha-Nya Ilahi
Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat
Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
NAFAS CINTAKU NAFAS CINTA-MU
nafas cintaku
tiada kekal
sampai masanya
akan layu
melainkan
cinta yang Satu
harum
walau matiku
By: Lisa Arif
Parit Buntar Perak Malaysia
NAFAS CINTA-MU
Nafas cinta-Mu
Sentiasa hidup di setiap
Semua hamba-Mu
Yang mahu pulang ke Pangkuan-Mu
Dalam Redha lagi DiRedhai
Maka terimalah cinta kami ini
Duhai Kekasih roh dan jasad
Limpahkan Nur Hidayah Kasih-Mu
Sehingga akhir kalam kami
Menyebut kalimah Syurga-Mu
LAAILLAHAILLAHMUHAMMADARRASULLALLAH
Kerana itu Ya Allah kami mahu berhidup di muka bumi
Gengan menggunakan bahasa-bahasa Syurga yang mengundang Rahmat Kasih-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
1 Julai 2012
KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
1 Julai 2012
BEGINILAH...
Hanya begini
ada angin yang berlalu
mencuri buih-buih rindu
tika resah ombak memegang desir
di pantai berpasir
Hanya begini
bila awanku menyapu langit
saat titisan airmata menitik kata
layu di puin-puin bicara
merona galur guratan rasa
Hanya begini
kerana kita begini
biarlah begini....
Beginilah aku...
Lezaihasra Lm©Jul 2016
1.7.2016 / 1.48 pagi
K.Terngganu.
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
SETELAH MATI TIADA AMALAN SOLEH LAGI
Kenapa semasa kita hidup Allah swt memerintahkan kita melakukan amalan soleh dan melarang hamba-Nya berbuat mungkar
Kenapa sesudah mati kita beristirahat daripada melakukan amalan soleh walaupun mendirikan solat, membaca Al-Quran, bersedekah dan segala amalan soleh.
Sedangkan semasa hidup tidak nampak balasan setiap amalan soleh yang dilakukan...tidak semua hamba-Nya yang yakin akan adanya balasan akhirat, jika yakin pasti akan memenuhi hidup dengan bekalan amalan soleh.
Sedangkan sesudah mati baru tahu apa yang Allah swt perintahkan itu adalah benar, balasan Syurga adalah benar balasan neraka adalah benar. Tika itu menyesal sudah tidak berguna lagi, menangis air mata darah sekalipun tidak dihidupkan kembali agar dapat beramal soleh. Sudah terlambat semuanya untuk dikesali.
Setiap yang bergelar hamba-Nya status apa sekali pun akan menerima ujian tidak seorangpun terlepas daripada ujian.
Allah swt menduga tanda Allah cintakan hamba-Nya, Allah menduga mengikut kemampuan hamba-Nya untuk melalui segala ujian. Jika sabar Syurgalah balasan-Nya jika tidak sabar nerakalah tempatnya.
Segala amalan soleh dikira dengan niat, jika niat ikhlas kerana Allah Taala walaupun amalan itu belum dilakukan akan dicatatkan pahala yang berlipat kali ganda.
Jika niat jahat selagi tidak dilakukan tidak dicatatkan dosa bila dilakukan barulah dicatat dosa yang dilakukan.
Jika niat baik tidak dapat dilakukan kerana kematian tapi niat itu tetap dikira Allah swt. Allahu Akbar Maha Pemurah-Nya Allah Maha Pengasih Penyayang-Nya Allah kepada hamba-Nya yang suka berbuat kebaikan bukan mahukan pujian manusia tapi mahukan pandangan Allah swt.
Bagi mereka yang beramal soleh mati adalah suatu hadiah yang terbesar daripada Allah swt kerana dapat bertemu Allah , kubur hamba Allah tersebut diluaskan, beradu bagaikan di taman-taman Syurga dan dinampakkan Syurga...senyum dalam tenang sampai ke Syurga. Allahu Akbar indahya di kala itu.
Bagi mereka yang tidak ada bekalan, datang dengan kosong semasa hidup tak kenal pahala , kuburnya adalah lubang api neraka menerima azab seazabnya. Nauzubillah
"JIKA KITA BERAMAL INGINKAN SYURGA SIA-SIA,
BERAMAL KERANA ALLAH SYURGALAH BALASAN-NYA"
Moga kita beristirahat setelah mati dalam redha lagi diredha-Nya sehingga HARI KEBANGKIT. AAMIIN.
..............................................................
aku dan kamu cumalah hamba Allah
yang mendambakan mati dalam redha lagi diredhai-Nya AAmiin.
19 Ramadan 1436H
6 Julai 2015.
WAHAI JIWA YANG TENANG
surah Al-Fajr 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
6 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
          
Kupersembahkan syair ini sebagai nasehat bagimu, wahai wanita sholehah dambaan ummat...
YOUTUBE.COM
                     
          
          
          
ADA HIKMAH DI SEBALIK KEGAGALAN.
KEJAR AKHIRAT TAK AKAN KECEWAKAN KITA,
KEJAR DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA.
ITULAH HIKMAH-NYA BERJAYA DUNIA AKHIRAT.
INSYA-ALLAH AAMIIN..

YA ALLAH JADIKAN KAMI HAMBA-MU YANG SABAR APABILA DIUJI-MU AAMIIN
KAMI PERLUKAN CAHAYA HIDAYAH-MU YA ALLAH
YA ALLAH ENGKAU TAK JEMU UNTUK MENYAKINKAN KEPADA SEMUA MANUSIA BUKTI KEWUJUDAN-MU AGAR BERIMAN KEPADA-MU. SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA SEJAK AZALI LAGI KAMI TERPILIH UNTUK BERIMAN KEPADA-MU , MOGA KEIMANAN KAMI INI DAPAT DIJAGA SEHINGGA KE NAFAS TERAKHIR KAMI. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.


Tuhan sentiasa ada untuk hambaNya DIA tidak pernah menolak cinta hambaNya. Berbual denganNya terasa tenang di jiwa. Tuhan tidak akan menampakan diriNya kecuali di Syurga nanti di mana semua ahli Syurga dapat melihat Allah Azzawajallah tanpa hijab ...melihat Allah seperti kita melihat bulan...begitu jelas sekali...dan tika ..itulah nikmat yang tak dapat digambarkan oleh ahli Syurga.Melihat Allah di Syurga itulah nikmat segala nikmat yang ada di Syurga. Moga kita terpilih untuk melihat Allah nanti. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin


MAKRIFAT CINTA

Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1438H MAAF ZAHIR & BATIN
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada ,
Sahabat alam mayamu yang suka berpujangga indah,
Ratu Rimba Niagara,
29 Ramadan 1438H
24 Jun 2017


     
Ratu Rimba Niagara kemas kini gambar profil beliau.

Foto Rabeah Binti Mohd Ali.
     
     
     
     
     

SukaTunjukkan lagi reaksi
                      Komen

CAHAYA HIDAYAH ILAHI
"Cukuplah Al-Quran Dan As-sunnah peganganku"
UNTUK MENDAPAT BALASAN SYURGA DARI ALLAH MESTI MENJADI HAMBA-NYA YANG BERIMAN DAN BERTAKWA. MOGA KITA TERGOLONG DI KALANGAN HAMBA-NYA YANG BERIMAN DAN BERTAKWA. AAMIIN.
Buen día amigos de SAH!
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad

Foto Sociedad Argentina de Horticultura.
       
       
       
       


SukaTunjukkan lagi reaksi
'PUISI-PUISIMU NILAINYA LEBIH BESAR DARI EMAS PERMATA', ASMIRA SUHADIS
SENYUM
BERSANGKA BAIK PADA ALLAH SWT SEJAK BERADA DALAM KANDUNGAN IBU LAGI
Norhamimal Ashraf Mngkin baby ni fikir dan berdoa.krn dia tau hidup di dunia teruk dr berada dlm perut.
Rabeah Binti Mohd Ali baby ini berdoa kerana dia selamat dilahirkan ke dunia agar dapat menjadi hamba Allah untuk menunaikan sumpah setianya ketika rohnya ditiupkan di usia tiga bulan didalam kandungan ibunya...Wallahualam.

Foto Husnul Khatimah.
Husnul KhatimahIkuti
Bayi baru lahir tangan mengangkat berdo'a.. ketik Subhanallah! Yg like n komen aamiin semoga dikasih anak soleh solehah aamiin..
#like n share..
#add/follow  Husnul Khatimah ya
YA ALLAH JIKA ADA PAHALA DI SETIAP PENULISANKU SAMPAIKANLAH PAHALA ITU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

>>>>>>MARILAH JADI ORANG BIJAKSANA DALAM SETIAP TINDAKAN<<<<<<
Semoga bermanfaat ,,aamiin,
BANGUNLAH SATU DUNIA DI MANA SEMUA BANGSA HIDUP DALAM DAMAI DAN PERSAUDARAAN' BUNG KARNO
PETIKAN PAGE PRINCE ABDUL MALIK , WALL RATU RIMBA NIAGARA &
GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
14 REJAB 1436H
3 MEI 2015
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 REJAB 1436H
3 MEI 2015



Lagu: Adai-Adaina Laila Cinta Pengantin Diraja Ciptaan: Pg Hj Mohd Khairul Amilin bin Pg Hj Yahya Senikata: Hajah Aminah binti Haji Momin Susunan muzik: Pg H...
YOUTUBE.COM
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
22 JAMADIL'AKHIR 1436H
12 APRIL 2015



Now this is how you do a wedding, you guys. The Sultan of Brunei's youngest son, Prince Abdul Mal...
EONLINE.COM

SukaTunjukkan lagi reaksi
                                                                                                                           Komen
AKU CINTA KAMU MERAH PUTIH  BHG 4
                         
                                         
Ratu  Rimba Niagara mengirim dalam 5 kumpulan.

Foto Garudaku, Garudamu, Garudakita.


  •                               
Ratu Rimba Niagara berkongsi Garudaku, Garudamu, Garudakita foto ke kumpulan: Sri Pemangku Adat
  • 1 min
    GARUDAKU, GARUDAMU,GARUDAKITA
    GARUDAKU
    GARUDAMU
    GARUDAKITA
    BIARPUN BERBEDA PENDAPAT
    CITA-CITA TETAP SAMA
    DISAMAKAN OLEH IKATAN
    JARINGAN LABA-LABA
    SALING BEKERJASAMA
    MENDUKUNGI CITA CITA ANAK BANGSA
    GENERASI DULU, KINI DAN AKAN DATANG
    DISATUKAN CITA-CITA DAN HASRAT MURNI
    MEMBINA JARINGAN LABA-LABA NAN INDAH
    PENUH STRATEGI DALAM KEINDAHAN
    KASIH SAYANG
    DIPADAMKAN SEGALA KEEGOAN
    SEKALIPUN PUNYA SEGALA
    BARULAH SEMPURNA JARINGAN
    LABA- LABA NAN INDAH
    BARULAH
    GARUDAKU
    GARUDAMU
    GARUDAKITA
    BISA TERBANG
    MENGGAPAI BINTANG
    DI LANGIT KE TUJUH
    INSYA-ALLAH AAMIIN
    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
    26 JAMADILAWAL 1435H
    28 MARET 2014

    SukaTunjukkan lagi reaksi
                                                                                                                   

Ratu Rimba Niagara mengirim dalam 5 kumpulan.

Foto Garudaku, Garudamu, Garudakita.

AKU CINTA KAMU MERAH PUTIH  BHG 3
                         
                                         
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE-71 TAHUN
KHAS UNTUK SAHABAT SEBERANG
Selamat hari merdeka. Selamat mencipta mimpi dan membuka jalan bagi harapan-harapan. 📷)Terima kasih


Foto Dinda Astri.
                                                                    
14 JAMADIL'AKHIR 1436H
4 APRIL 2015












Siti Hajar, Amnah Majid dan Saniah Masri menyukai siaran anda dalam Meja Ekspresi Puisi: "PERANCANGAN ALLAH YANG TERINDAH MOGA..."
pada 23hb Mac jam 4.02 pagi
Abe Lie Lie menyukai kiriman anda dalam 💓💞~BICARA HTI K€ HTI~💞💓.: "ALLAH DI KALA AKU DISEPIKAN KAU TAK..."
pada 23hb Mac jam 2.29 pagi
Aisha Jeanny menyukai kiriman anda dalam Sri Pemangku Adat.: "ALLAH DI KALA AKU DISEPIKAN KAU TAK..."
pada 23hb Mac jam 12.24 pagi
Amnah Majid menyukai kiriman anda dalam Meja Ekspresi Puisi.: "SAHABAT YANG SUDI LIKE DAN KOMENTAR..."
pada 23hb Mac jam 12.11 pagi
Bambang Ahmad telah menambah satu foto di Sahabat Setia Sehati Sejiwa pada hari Selasa: "Selamat malam".
pada 22hb Mac jam 11.09 ptg
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA. BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM MAAL HIJRAH 1438H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Maharaja Kutai Mulawarman with Muhammad Isma Asri and 5 others.
September 30, 2015
Napasmu Menghembus di 5 Benua Mengukir untaian Kata Seribu Makna Kujulang Tinggi Rasa Terima Kasih Kepada Sang Ratu Rimba Niagara Yang Disanjung Sebagai Ibunda Pemilik Jiwa Yang Iklas Berjuang dengan Kasih Sayang Dan Cinta..........................................
Rusli Saleh lebat sungguh ceri di lembah
pulau pauh di tngah lautan
hebat sungguh Ratu Rimba Niagara
merantau jauh ke Kalimantan, ,(,salut,,dgn saudari)
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sahabatku Rusli Saleh yang tak jemu memberi sokongan kepada hamba untuk terus bersastera.

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
12 Syawal  1438H
6 Julai 2017
      

0 comments:

Post a Comment

 
;