Tuesday 25 July 2017

JIWA PATRIOTIK NUSANTARA (352) RABIATUL ADAWIYAH CAHAYANYA BAGAIKAN SINAR REMBULAN


JIWA PATRIOTIK NUSANTARA (352) RABIATUL ADAWIYAH CAHAYANYA BAGAIKAN SINAR REMBULAN



RABIATUL ADAWIYAH CAHAYANYA BAGAIKAN SINAR REMBULAN
Aku bukan Rabiatul Adawiyah
walaupun namaku seakan sama dengan Rabiatul Adawiyah
biarpun cintanya pada TuhanNya tak dapat kutandingi
tapi hajat di hatiku ingin menjadi sepertinya
walaupun tidak seratus peratus
Allah meredhai hidup matiku dan membalas cintaku Alhamdulillah
Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
Pradita Fia Sungguh betapa indahnya di bumi Allah ini bila ada Rabiatul Adawiyah yang lain dimanapun dia berada cahyanya kalahkan sinar rembulan...andai nafas masih berhembus semoga dinda dipertemukan dengan akhlak semulia beliau...
Rabeah Mohd Ali Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Moga diaaminkan oleh seluruh penghuni bumi dan langit
Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
Saturday, 6 August 2011
ALLAH MAHA INDAH
Allah Maha Indah
Seindah 99 namaNya
Semerdu KalamNya
tak jemu dibaca berulang kali
Apabila menyebut namaNya
bergetar hati meruntun jiwa
Apabila tidak menyebut namaNya
hati pilu seperti ditusuk sembilu pilu
Apabila membaca KalamNya
wangian cintaNya meresap dalam
roh dan jasad terus merinduiNya
menanti dan menunggu untuk
bertemu denganNya
Moga terpilih menjadi kekasihNya
Aamin. Ya Rabbal A’Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
26 Mac 2011
Kau Yang Kucinta
Kali pertama jatuh cinta denganMu
hati rasa terharu!
Terasa damai! Tenang! Aman
Hari-hari dilalui disinari dengan cahaya
cahaya yang dipercayai
dalam sanubari dalam lubuk hati
MenyanyangiMu… MencintaiMu
adalah satu anugerah dariMu
yang paling berharga dalam hidup ini
Syukur Alhamdulillah
Karya Ratu Rimba Niagara,
25 Januari 2011
Duhai Kekasih Hatiku!
Kekasihku…
Bila aku alpa
memujiMu
terasa terhenti nafasku!
Bila aku menyebut NamaMu
segala jiwaku hidup!
jantungku berdegup kencang!
terasa Kau hampir denganku.
Tika aku membaca KalamMu
terasa damainya hati
rinduku membuak-buak
untuk bertemu denganMu
Tika aku sujud padaMu
jasad dan rohku syahdu dalam
linangan air mata keinsafan atas
ketaksupan aku pada dunia
yang melalaikan
aku daripada…
MengingatiMu
MemujiMu
MengagungkanMu.
Terimalah aku menjadi
kekasih setiaMu
di dunia ini! Juga di akhirat!
Amin Ya Rabbal A’lamin
Karya Ratu Rimba Niagara,
26 Mac 2011
Cinta Oh! Cinta
Cinta…
Tak perlu kau hadir
jika sengaja membuatku
terluka dan berduka
Cinta…
tak perlu kau hadir
sekadar cuma singgah
di hati lalu pergi
mencari cinta lain
Cinta …
Hadirlah dikau
menyinari hatiku yang
mendung ditutupi awan kelabu
membuatkan aku tersenyum
kupandang langit bulan pun
senyum padaku
Cinta...
kau hanya perlu hadir
untuk aku
mengingatiNya
bersujud padaNya
mensyukuriNya
menyintaimu keranaNya
mencintaiNya mengatasi segala
di bumi di langit
Cinta Oh! Cinta
Mencari cinta Allah
adalah cinta yang diburu
mendapat cinta Allah
adalah cinta yang dinanti
kekasih awal dan akhir
adalah Tuhanku
Syurga bukti cintaNya!
Karya Ratu Rimba Niagara,
21 Januari 2011
Sumpah Setiaku Di Alam Roh
Aku tafakur sejenak
untuk apa aku dilahirkan ke dunia ini?
Di alam kandungan sebelum roh
ditiup ke jasad
aku telah bersumpah setia untuk
patuh kepada Yang Maha Esa
dengan sumpah setia itulah aku
dihidupkan ke dunia ini
Masya-Allah malunya aku
jika aku tidak tepati sumpah setia itu
bumi mana hendak kudiami
selain daripada bumi ini!
Andai kata planet lain boleh
didiami tapi milik-Nya juga!
Mana mungkin aku
menjadi penderhaka
kepada Maha Penciptaku
Duhai Pencipta Sekalian Alam
aku perlukan hidayah-Mu
tunjukkan aku ke jalan yang lurus
agar aku dapat menepati
sumpah setiaku pada-Mu
jadikan aku khalifah di muka bumi ini
yang sentiasa Di Bawah Lindungan Kasih
dan Rahmat-Mu.
Hidupkan aku dalam suasana
yang sentiasa ingat akan
sumpah setiaku pada-Mu
dan pilihlah aku sebagai khalifah
yang sentiasa berbakti pada-Mu dan
sekalian manusia di muka bumi ini
Aamin. Ya Rabbal A'lamiin .
Karya Ratu Rimba Niagara,
18 Januari 2011
Pilihlah Aku Menjadi Calon SyurgaMu
Ya Allah
Aku tak layak masuk SyurgaMu
tapi aku tak mahu masuk nerakaMu
Ya Allah...
aku ingin sangat mengecapi nikmat SyurgaMu
tapi aku ngeri azab nerakaMu
Ya Allah
pilihlah aku menjadi calon SyurgaMu
justeru berilah aku hidayah
agar aku sentiasa beramal
yang Kau terima amalanku
yang membolehkan menjadi
calon SyurgaMu
Ya Allah
jauhkan aku perkara
yang menyebabkan aku
masuk nerakaMu
belas kasihanlah padaku
Ya Allah
aku hamba yang hina
yang selalu alpa dan terlalai
dengan keasyikkan dunia
tolong ingatkan aku Ya Allah
agar lidahku sentiasa berzikir
mengingati saat-saat sakaratulmaut
izinkan rohku bertemu denganMu
dalam keadaan tenang dan
Kau redhai ketika
hidup matiku
pilihlah aku menjadi
calon SyurgaMu
Aamin Ya Rabbal A’lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara,
25 Januari 2011
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
21 Syawal 1437H
26 Julai 2016
TULISLAH KARYA SUFI
Tulislah sayangku
karya bertema kesufian
moga karyamu nanti 
menjadi kemudi
kala tsunami rasa
mula mencuit amarah
menternak mazmumah.
Tulislah sayangku
karya bertema kesufian
kelak karyamu
bersapaan nama-nama besar
kesufian
Hasan al-Basri akan meninggal jejak padamu
Dzun Nun al-Misri akan menghibur kala gundahmu
dan Rabiatul Adawiyah akan mengajar menenun gelora cintamu.
Dan tulislah sayangku
karya bertema kesufian
semoga karyamu
dan dirimu
menjadi satu.
SANG GELANDANGAN
Kuala Lumpur.
MOGA ALLAH SWT MENJODOHKAN JODOH YANG MEMBAWA KE SYURGA KEPADA SEMUA YANG MENCINTAI ALLAH DAN RASULULLAH MELEBIHI DARIPADA SEGALA-NYA AAMAIIN
Hairul Nizam Ijam ke Menuju Jalan PULANG
Carilah Jodoh Kalian Dengan Memilih Pasangan Yang Soleh Atau Solehah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Jodoh itu salah satu bentuk rezeki dan seperti rezeki yang lain, ia boleh diperolehi melalui jalan halal atau jalan haram, yang berbeza di antara keduanya adalah keberkahan dalam kehidupan dan sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.
Untuk mencari pasangan yang soleh seorang wanita hendaklah memilih calon suaminya yang faham dan menjalankan perintah agama. Jangan terlalu mementingkan perkara yang bersifat kebendaan atau meterialistik, sebab harta, kecantikan, kedudukan dan pangkat tidak akan bertahan lama. Seandainya calon suami seorang yang soleh, Insya Allah rumahtangga akan bahagia dan diberkati Allah SWT.
Walaupun begitu mulailah dari diri sendiri, hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia agar nanti kita akan dianugerahkan Allah pasangan yang mulia pula. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah An Nuur ayat 26 maksudnya: "Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk, dan lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk; sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik".
Sesungguhnya segala perbuatan yang dilakukan oleh orang yang memiliki akal sihat jelas dia lakukan atas dasar pilihannya sendiri sebagaimana firman Allah SWT maksudnya : "Maka barangsiapa menghendaki, maka dia mengambil jalan menuju Rabb-Nya" (Surah an-Naba ayat 39)
Dan firman Allah SWT maksudnya : "Sebagian dari kamu ada orang yang menghendaki dunia dan sebagian dari kamu ada orang yang menghendaki akhirat" (Surah Ali-Imran ayat 152)
Begitu juga lelaki apabila ingin menyunting seorang wanita untuk dijadikan isterinya maka utamakanlah agamanya atau kesolehahnya, kerana sesungguhnya wanita yang beragama , miskin dan kurang kecantikannya adalah lebih baik daripada wanita kaya, cantik tetapi buruk akhlaknya.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda: "Wanita dinikahi karena empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.” (Hadis Riwayat Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Mengenai jodoh, rezeki dan maut merupakan takdir yang ditentukan Allah dalam diri seseorang. Sebagai seorang insan, kita dituntut supaya bersabar dan berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang sesuai dan diberkati Allah. Jika terputus perhubungan sebelum proses perkahwinan berlaku maka janganlah cepat merasa putus asa dan kecewa dengan perkara yang telah terjadi, mungkin disebalik keputusan Allah itu ada hikmah yang sangat besar terkandung didalamnya sedangkan kita tidak mampu untuk menjangkaunya.
Jika kita bersabar, insya Allah pada suatu ketika nanti akan mendapat seorang pasangan yang baik dan soleh. Disamping itu jangan lupa berdoa kepada Allah setiap kali selesai solat lima waktu. Bermohon kepada-Nya agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang soleh dan dapat membimbing keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah SWT. Utamakan agama dalam memilih pasangan hidup daripada faktor-faktor lain seperti harta, pangkat dan sebagainya tanpa was-was. Hiasilah peribadi dengan akhlak yang mulia, bersopan santun serta menjalankan perintah agama. Hanya dengan keperiabdian yang luhur dan mulia disenangi dan disukai oleh orang lain.
Memang diakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan. Bagamanapun kata-kata ini tidak boleh difahami secara umum begini, sebaliknya ia memerlukan huraian yang jelas, kerana ia mempunyai hubungan erat dengan qada dan qadar Allah SWT. Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan.
Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada kaedah ini. Jangan hendaknya kerana jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan maka mereka tidak berusaha untuk mencari jodoh, sebaliknya mengambil sikap menunggu sahaja. Ini jelas satu prinsip hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kita dikehendaki berusaha selaras dengan ajaran-ajaran Islam yang Maha Suci, tetapi kita juga hendaklah menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah SW. Setelah berusaha tetapi jodoh tidak ditemui juga barulah boleh kita mengatakan jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.
Dengan lain perkataan jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum itu boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tidak tidak seorangpun yang dilahirkan sudah mengetahui jodoh dan pertemuannya. Sehubungan dengan usaha yang berterusan selaras dengan syariat mesti dilakukan. Sebolehnya diusahakan mendapatkan pasangan yang baik
Sahabat yang dimuliakan,
Islam melarang hidup membujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan maksud untuk tekun ibadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan takwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur dan aku juga mengawini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam Surah Al Maidah ayat 87 dijelaskan: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melewati batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas".
Jadi orang yang suka hidup membujang bererti mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagi dirinya.
Hukum perkahwinan itu asalnya mubah, tetapi akan berubah menurut hukum yang lima menurut perubahan keadaan.
1. Wajib
Kahwin diwajibkan bagi orang yang telah mampu, yang akan menambahkan takwa dan dikhuatirkan akan berbuat zina. Kerana menjaga jiwa dan menyelamatkannya dari perbuatan haram adalah wajib. Kewajiban ini tidak akan dapat terlaksana kecuali dengan berkahwin.
2. Haram
Kahwin diharamkan bagi orang yang tahu bahawa dirinya tidak mampu melaksanakan hibup berumahtangga, melaksanakan kewajipan lahir seperti memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal dan kewajipan batin seperti menggauli isteri (berahi terhadap wanita)
3. Sunat
Kahwin disunatkan bagi orang yang sudah mampu, tetapi ia masih sanggup mengendalikan dirinya dari perbuatan haram, dalam hal ini maka kahwin lebih baik daripada membujang, kerana membujang tidak ada dalam syariat Islam.
4. Mubah
Iaitu bagi orang yang tidak ada halangan untuk kahwin dan dorongan untuk kahwin belum membahayakan dirinya, ia belum wajib kahwin dan tidak haram bila tidak kahwin. Jelaslah jika anda tidak ada keinginan untuk berkahwin kerana tidak ada nafsu terhadap wanita maka tidak berdosa, malah haram berkahwin jika tidak ada keupayaan untuk menggauli isteri.
Sahabat yang dihormati,
Terdapat beberapa amalan yang baik yang boleh diamalkan semoga dipermudahkan bertemu pasangan yang soleh atau solehah. Di harapkan pasangan tersebut bukan sahaja untuk kebaikan di dunia sahaja tetapi dia juga baik di hari akhirat iaitu yang akan bersama-sama di syurga.
1. Berdoa semoga dikurniakan zurait yang baik.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa." (Surah al-Furqan ayat 74)
Jika wanita berdoa : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh suami yang soleh dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah suami kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa."

2. Berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat dan dibebaskan daripada api neraka.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :“Dan di antara mereka ada yang berdoa ; ‘Ya Tuhan kami kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api Neraka.” (Surah al-Baqarah ayat 201)
3. Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan "Yaa Rahim" sebanyak 100 kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.
4. Solat Istikharah.
Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengajarkan kami cara melakukan istikharah (memohon kepada Allah untuk menunjuki cara yang benar mengenai sesuatu kerja atau amalan), dalam segala hal sebagaimana baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Quran.
Baginda SAW bersabda: Jikalau salah seorang daripada kamu berniat melakukan sesuatu pekerjaan, maka kerjakanlah dua rakaat solat sunat dan berdoa:
” Ya Allah, Aku meminta pilihan kepadaMu dengan pengetahuanMu dan aku memohon keputusan dengan kekuasaanMu dan aku memohon kepada-Mu dari keutamaanMu yang besar, sesungguhnya Engkau mampu sedangkan aku tidak mampu dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui urusan-urusan yang ghaib.
Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' baik bagiku dalam
(agamaku dan kehidupanku serta akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang) maka takdirkanlah bagiku dan mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku di dalamnya.

Apabila Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' buruk bagiku (dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang)maka singkirkanlah ia daripadaku dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana pun jua kemudian jadikanlah aku redha dengannya."
5. Berdoa seperti di dalam Surah Qasas ayat 24.
Maksudnya : "Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.."
Ketika Nabi Musa a.s. berdoa dengan ayat ini,baginda adalah seorang yang fakir dan amat memerlukan pertolongan daripada Allah SWT pada ketika itu. Di dalam sejarah ada menceritakan selepas itu Nabi Musa telah mendapat perkerjaan dan berkahwin dengan salah seorang puteri kepada Nabi Shuib a.s. pada ketika dia berada dalam kesusahan. Allah SWT telah memudahkan urusan baginda. Oleh itu kita seharusnya berdoa dan meminta hanya kepada Allah dan biarlah keadaan dimana jiwa kita dalam keadaan yakin sepenuhnya kepada Allah SWT.
Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita hayati cara-cara yang dibenarkan oleh syarak ketika memilih atau mencari pasangan hidup supaya berbahagia di dunia dan akhirat.
DARI SYURGA ADAM DAN HAWA BERCINTA
Sebenarnya jika kita tahu hakikat cinta...
Pasti kita akan tenang
Kerana CINTA-Nya Maha Agung
Dia mengurniakan cinta pada setiap kalbu hati hamba-Nya
Agar bersama untuk terus-terusan untuk Mengagungkan Cinta-Nya
Maha Agung-Nya Cinta-Nya pada mereka yang bercinta kerana-NYa
DiRedhai cinta itu dan diberi balasan kepada mereka berdua untuk
Mematrikan cinta hingga ke Syurga-Nya
Kerana Maha Agung-Nya Allah SWT
DiKurniakan Hawa untuk Adam cintai seumur hidup Adam
Adam dan Hawa terpisah dan dikeluarkan dari Syurga
Gara-gara hasutan iblis yang cemburu dengan kebahagiaan mereka
Semasa berpisah Adam mencari Hawa hinga ke hujung dunia
Kerana kesungguhan dan keikhlasan cinta Adam pada Hawa
Akhirnya Allah SWT temukan mereka di Jabbar Rahmah
Dari Syurga Adam & Hawa bercinta...
Di Syurga juga Adam dan Hawa mematrikan cinta
Ini kerana Adam percaya Hawa adalah Kurniaan dari Allah SWT yang Patut disyukuri dengan sepenuh keimanan.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
6 Ramadhan 1433H
26 Julai 2012
YA ALLAH TEMUKAN AKU ORANG YANG BAIK MENGAJAR AKU BERIMAN KEPADA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
SEMUA IMPIKAN KELUARGA SAKINAH
Semua impikan keluarga sakinah
tapi pasti banyak dugaannya
hanya mereka yang memahami takdir dan sabar
mendapat keluarga sakinah
keluarga sakinah
meletakkan cinta Allah dan Rasulullah tempat yang utama
dan sentiasa redha qada dan qadar
layaklah memiliki keluarga sakinah
moga kita semua dapat membina keluarga sakinah
kasih sayang keluarga terpatri sehingga ke Jannah AAmiin
Karya Ratu Rimba Niagara,
10 Syawal 1436H
26 Julai 2015
BAHAGIA JIKA DAPAT BINA PAHALA DI DUNIA NYATA DAN DI DUNIA MAYA MELATA BINA PAHALA ALLAHU AKBAR AAMIIN.
Ini bukan anak kampung ini hero kampung dan bandar...sebab itu melata bina pahala di alam nyata dan alam maya...hehehe
drtuah
"Raya bukan untuk syok mengata, tapi raya syok untuk melata bina pahala." – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436 Hijrah, maaf zahir & batin.
AKU CUMA HAMBA-NYA , TANPA IZINN-NYA AKU TAK BISA TULIS WALAUPUN SEBARIS AYAT. BEGITU HEBAT-NYA ALLAH BEGITU KERDILNYA AKU.
fications
Bob Mpip, Ujang Basar and 5 others like your post in Melayu bani jawi: "TERIMALAH SENYUMAN SULTAN HASSANAL...".
...Teruskan Membaca
drtuah
Redha ALLAH kepada hamba-NYA adalah berupa tambahan kenikmatan dan ditinggikan darjat kemuliaannya.
Sedangkan redha seorang hamba kepada ALLAH mempunyai erti menerima dengan sepenuh hati segala ketetapan dari ALLAH.
Menerima ketetapan-NYA adalah dengan cara bersyukur ketika mendapat nikmat dan bersabar ketika ditimpa musibah.
Namun, sesetengah orang memang mengalami komplikasi pada jiwanya, sedang dia seorang yang dilihat teguh lagi kukuh di kalangan masyarakatnya.
Mengapa? Jawapannya dalam KOMPLIKASI JIWA MUSLIM.

ALAM ADALAH GURU PUISIKU
Kalau nak pandai puisi selalulah bicara dengan alam
berkata-katalah dengan alam ciptaaan-Nya Yang Maha Indah ini
Alam kalau kita bicara dengannya dia bisa faham 
Tandanya kita dapat berbahasa indah-indah
Bahasa-bahasa indah itulah puisi
Tak caya boleh dicuba ...selamat mencuba ...
Alam adalah guru puisiku....
PUTRI RIMBA NIAGARA
26 Julai 2012
Komen
Ratu Rimba Niagara Selalulah tatap bulan
Nescaya bulan akan senyum padamu...
Urus
Lisa Arif setiap sesuatu
di depan mataku
asal terlintas

itulah guruku
Assalamualaikum akak cintaku
Keluarkan
DINDA SUMBER INSPIRASI KANDA BERKARYA

Waalaikummussalam dindaku yang kucinta sepenuh iman

Dinda adalah sumber inspirasi kanda berkarya
Dan juga salah seorang guru puisiku yang mantap sekali
Walau pun dinda kata cuma sekadar luahan hati
Tapi masih juga dapat
Mencetuskan inspirasiku berkarya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Dalam membalas puisinya
Aku memuji Tuhanku
Meng-Esa-kan Tuhanku
Aku jatuh cinta pada Tuhanku
ALLAHU AKHBAR 
Sebab itu aku jatuh kasih padamu dinda
Makanya menulislah tanpa jemu dinda
Tulisanmu boleh menyentap kalbuku yang berjerubu
Mahu melakukan transformasi ke arah ke akhiratan 
Sebagai persiapan sebelum dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi
Moga Allah Robbul Idzati Menyinarkan Nur Hidayah Kasih-Nya padamu, padaku 
Dan pada semua yang membaca karyamu karyaku karya sahabatmu sahabatku
Aamiin Ya Rabal A'Lamin

PUTRI RIMBA NIAGARA
7 Ramadhan 1433H
27 Julai 2012
Urus
Lisa Arif Amin
luahan hatiku
hanya untuk aku

aku suka
aku lakukannya
tapi aku sedar
aku hidup di dunia
segalanya yang aku punya
hanya sementara
hiasan dunia semata
kembali kepadaNYA
hanya aku dan amalanku
maaf dindamu
hentamjer segalanya
jika akaku saynag suka
lagilah lisa suka
salam ramadan ke 7 hari buat kita
Keluarkan
Ratu Rimba Niagara
SEPI ITU BAHAGIAMU RINDU ITU DERITAKU
MAKA KUSEPIKANMU DI OMBAK RINDU MAAFKAN AKU

Dinda yang terkasih dan tercinta
Kanda sayangmu dan kasihkanmu kerana -Nya
Adakalanya kanda rasa disepikan dinda
Kerana dinda tak sudi bacapun karya kanda
Apatah lagi dinda tak sudi nak like dan memberi komen
Sedih kanda dinda...
Mahu rasanya retak kasih kanda ke dinda
Mulalah kanda mahu hanyutkan kasih kanda ke dinda ke ombak rindu
Tapi bila memikirkan dinda sibuk dengan teman-teman dinda yang ramai itu
Makanya kanda bersabar ajelah
Memang patulah dinda sibuk kerana dinda ramai teman fb
Teman fb kanda semua yang seperti si Kunta si Kunte
Terharu hati kanda apabila mereka sanggup mengambil alih tempat
Si kunta si kunte yang telah mati ditelan ombak rindu
Si kunta si kuntelah yang selama ini menjadi nadi kanda berkarya
Menyokong tanpa jemu pada dunia karya kanda
Sebab itu rakan kanda cuma ada boleh dibilang dengan jari saja termasuk dinda
Bukan kanda tak terima rakan yang lain
Tapi kanda sejujurnya tidak mampu
Untuk menjaga hati kawan-kawan fb bila sudah ramai
Maklumlah kanda ni buat masa ini
Pagi petang siap malam berkarya
Makanya menyusahkan kawan-kawan pula nanti
Terpaksa menjadi pengganti si kunta si kunte
Makanya kanda cuma terima mereka yang sentiasa sudi
Berkomunikasi dengan kanda dan menyokong sedaya mampu dunia karya kanda
Jika tiada seperti semangat kunta kunte 
Sejujurnya kanda minta maaf pada kawan-kawan semua
Tapi percayalah biarpun berpisah kasih dan sayang sebagai teman fb
Tetap mewangi di hati ..tiada berdendam hati dan maafkan jika mengecewakan teman fb
Moga mereka yang bakal menjadi teman fb memahami dan yang bekas teman fb memaafkan kanda
Dan moga dinda dan teman-teman fb kanda yang ada juga harap memahami
Andai kata sibuk beritahu ke inbox kanda kerana tak tega kanda menyepikan dinda di ombak rindu...

DINDA TOLONG FAHAMI KANDA
DINDA TOLONG MAAFKAN KANDA
RAKAN FB TOLONG FAHAMIKU
RAKAN FB TOLONG MAAFKANKU
JIKA AKU SEPIKANMU DI OMBAK RINDU
KERANA SEPI ITU BAHAGIAMU
TAPI SEPIMU ITU DERITAKU
DEMI KEBAHAGIAAN KITA BERDUA
AGAR KU TAK TERNANTI-NANTI RINDUMU LAGI
MAKANYA AKU SEPIKANMU DI OMBAK RINDU
MAAFKANKU RAKAN FB YANG KUKASIHI SAMPAI KAPANPUN!
SALAM IKATAN UKHUWAH KASIH WALAUPUN SUDAH TIDAK BERGELAR RAKAN FB LAGI

KARYA; PUTRI RIMBA NIAGARA
7 Ramadhan 1433H
27 Julai 2012
BIARKAN KUJAHIT LUKAMU DENGAN BENANG CINTAKU
Benang-benang emas itu nggak sakit
Kerana benang emas mu itu adalah sakti
Benang emas saktimu itu melafazkan padaku,
"Biarkan Kujahit Lukamu Dengan Benang Cintaku,"
Salam sastra dariku untukmu yang sentiasa tersanjung di hati...
Selamat Berkarya....
PUTRI RIMBA NIAGARA
26 Julai 2012
6 Ramadhan 1433H
KAU DAN AKU DITEMUKAN BUKAN UNTUK BERPISAH
Dari dulu hingga kini kuhargai pertemuan dua hati ..
Biarpun pernah retak tapi dilupakan kerana
Kau dan aku ditemukan bukan untuk berpisah
Tapi untuk sama-sama kekal berpuisi nan indah-indah
Seindah bunga-bunga Syurga menyerikan
Tasik Syurga Yang sememang-Nya indah...
PUTRI RIMBA NIAGARA
6 Ramadhan 1433H
26 Julai 2012
DARI SYURGA ADAM DAN HAWA BERCINTA
Sebenarnya jika kita tahu hakikat cinta...
Pasti kita akan tenang
Kerana CINTA-Nya Maha Agung
Dia mengurniakan cinta pada setiap kalbu hati hamba-Nya
Agar bersama untuk terus-terusan untuk Mengagungkan Cinta-Nya
Maha Agung-Nya Cinta-Nya pada mereka yang bercinta kerana-NYa
DiRedhai cinta itu dan diberi balasan kepada mereka berdua untuk
Mematrikan cinta hingga ke Syurga-Nya
Kerana Maha Agung-Nya Allah SWT
DiKurniakan Hawa untuk Adam cintai seumur hidup Adam
Adam dan Hawa terpisah dan dikeluarkan dari Syurga
Gara-gara hasutan iblis yang cemburu dengan kebahagiaan mereka
Semasa berpisah Adam mencari Hawa hinga ke hujung dunia
Kerana kesungguhan dan keikhlasan cinta Adam pada Hawa
Akhirnya Allah SWT temukan mereka di Jabbar Rahmah
Dari Syurga Adam & Hawa bercinta...
Di Syurga juga Adam dan Hawa mematrikan cinta
Ini kerana Adam percaya Hawa adalah Kurniaan dari Allah SWT yang Patut disyukuri dengan sepenuh keimanan.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
6 Ramadhan 1433H
26 Julai 2012

RATU RIMBA BERSAMA PANGLIMA-PANGLIMA RIMBA YANG BERJASA
Karya : Putri Rimba Niagara
Pada suatu hari si Monggel merayap-rayap di lereng bukit.
Si Monggel hendak ke kemuncak bukit. Dia ingin membuktikan
kepada kawan-kawannya bahawa dia akan berjaya mendaki bukit
yang tinggi walaupun dia cuma seekor kura-kura yang hodoh.
sampai di pertengahan bukit si Monggelterjatuh.
Nasibnya sungguh malang kerana cita-citanya untuk sampai ke
kemuncak bukit gagal.
Si Monggel tidak dapat bangun. Dia cedera parah. Cengkerangnya pecah.
“Tolong! Tolong!” jeritnya dalam kesakitan.
Secara kebetulan Noni dan Mona sedang bersiar-siar di situ
menghirup udara nyaman.
“Eh! Engkau dengar tak suara meminta tolong?” tanya Noni kepada Mona.
“Iyelah… suara itu di bukit sana!” jawab Mona.
“Mari kita pergi tengok?”
“Aku tak mahulah, kalau engkau nak… kau pergilah,” kata Mona lalu
beredar dari situ.
Noni pergi mencari-cari di manakah arah suara yang meminta tolong.
Alangkah terperanjatnya dia apabila didapati seekor kura-kura cedera
parah.
“Kasihannya… baik aku tolong rawat lukanya,” kata hati kecil Noni.
“Aduh! Sakitnya!” jerit Monggel apabila Noni mencabut cengkerangnya.
“Maafkan aku cengkerang kau ni dah pecah, aku terpaksa menanggalkannya,”
kata Noni sambil mengambil sehelai daun lalu ditutup luka yang terdedah.
Noni membawa Monggel di sebuah gua. Noni tinggal bersama rakannya Mona.
“Siapa yang kau bawa ni Noni? Eh! Gelinya aku tengok lukanya tu,
nak loya aku,” kata Mona dengan sombongnya.
“Dia perlukan bantuan kita. Biarlah dia berehat di sini sementara
lukanya sembuh. Kau jaga dia sekejap ya… aku nak panggil doktor.”
“Eh! Engkau ni buang masa aku aje. Lebih baik aku bersiar-siar
daripada menjaga si hodoh ni,” kata Mona.
“Engkau ni… memang tak boleh tolong sikit. Ini hari dia mlang…
esok mana tahu kita pulak? Jadi kita harus tolong menolong,”
nasihat Noni.
“Engkau ni memang dari dulu lagi suka tolong kawan.
Engkau susah ada ke kawan-kawan tolong?”
“Aku menolong kawan bukanlah harapkan balasan. Tak macam engkau,
ada ubi ada batas,ada hari pasti dibalas.”
“Zaman sekarang ni… kalau tak harap balasan…hai sampai bilapun
menanggung rugi.”
“Malas aku nak layan kau ni! Dari dulu lagi asyik dengan ego
kau aje. Baik aku pergi panggil doktor.”
Noni pergi memanggil doktor untuk merawat Monggel.
“Lukanya parah… kalau tidak dirawat, dia akan lumpuh buat selamanya.”
“Habis macam mana untuk meyelamatkannya?” tanya Noni.
“Untuk tumbuhkan semula kulit cengkerangnya, sedikit bulu biri-biri
kau tu hendaklah ditampalkan ke kulit yang luka,” jelas doktor
Marina seekor monyet betina yang mempunyai ijazah kedoktoran.
“Berilah saya tempuh dua hari untuk saya berbincang dengan
kawan saya.”
“Kalau kamu sudah buat keputusan datanglah ke klinik saya.
Saya harap jangan terlalu lama,dikhuatiri kura-kura ini akan
mati nanti.”
“Baiklah doktor.”
Malam itu Noni berbincang dengan Mona.
“Mona aku nak minta tolong dengan kau sikit boleh tak?”
“Cakap ajelah!” kata Mona.
“Begini… aku sebenarnya hendak mendermakan bulu aku kepada kawan
kita yang malang ni, tapi aku tak boleh berikan kerana bulu-buluku
tidak akan tumbuh semula malah akan mengidap sakit kulit yang
berpanjangan. Apa kata kau derma sedikit bulu kau tu kepadanya?”
“Kau sedar ke apa yang kau cakap ni?” tengking Mona.
“Tak boleh ke kau berkorban sedikit demi seorang kawan?
Kau takkan rugi kalau kau berbuat baik sesama kita.”
“Walau apa pun yang kau kata, aku tetap dengan keputusan aku,
jangan haraplah aku nak derma, walau sehelai bulu pun,”
kata Mona dengan sombongnya.
Noni kecewa dengan sikap tamak sahabatnya Mona yang sedikitpun
tidak rasa belas kasihan terhadap si Monggel yang malang itu.
Walaupun terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat dan terpaksa
menanggung sakit kulit yang berpanjangan, Noni mendermakan sedikit
bulunya kepada si Monggel.
Setelah luka yang ditampal dengan bulu biri-biri, si Monggel kian
hari kian sembuh. Dia boleh berjalan semula. Cengkerangnya
tumbuh semula tetapi lebih cantik daripada dahulu. Kalau dahulu
warnanya kehitaman tetapi sekarang berwarna kelabu seperti warna
bulu si Noni.
“Wah! Sekarang kau dan sihat dan cengkerang kau pun dah tumbuh
semula. Bertambah cantik dari dulu,” kata Noni dengan penuh gembira.
“Kalau tak kerana engkau, aku tak sesihat dan secantik ini Noni,”
kata Monggel mengingatkan tragedi malang yang menimpanya dahulu.
Semenjak Monggel sihat dan cantik barulah Mona ingin berkawan
dengan Monggel.
“Monggel mari kita pergi bersiar-siar di rimba sana.
Hari ni ada pesta besar-besaran. Semua penghuni rimba bersuka ria,”
kata Mona dengan suara yang lembut.
“Tak boleh aku dah janji dengan Noni, nan temankan Noni pergi
menziarahi saudaranya yang sakit,” kata Monggel.
“Ala… biarlah dia pergi sendiri. Pergi tengok keluarganya sakit
bukannya seronok… pergi pesta lagi seronok dapat bersuka ria.”
“Betul juga kata kau tu.”
“Jom kita pergi.” Mereka berdua pergi tanpa memberitahu Noni.
Semua yang hadir di pesta memuji Mona kerana bertuah memiliki
Monggel yang cantik. Pujian yang melimpah ruah membuatkan Mona
dan Monggel lupa daratan.
Mereka berdua hendak berpindah ke gua lain kerana tidak mahu
tinggal bersama Noni yang mengidap sakit kulit.
“Kau juga nak pindah Monggel?”Tanya Noni menahan sebak di dadanya.
“Siapa nak tinggal dengan engkau? Nanti penyakit kulit kau tu
menjangkit dengan kami pulak!” kata Monggel penuh angkuh.
“Betul kata engkau tu Monggel.”
“Engkau tahu tak Monggel kenapa aku jadi macam ni? Kerana nak
menyelamatkan nyawa engkau. Aku sedih! Kecewa! Ini rupanya
balasan engkau terhadap aku akhirnya. Kau tahu masa kau sakit dulu,
adakah si Mona yang cantik ni menolong engkau? Aku tak sangka,
begini rupanya budi kau terhadap aku!” Noni menangis semahunya.
“Ah! Jangan layan si gila ni, mari kita pergi!” kata Mona.
Mereka berdua pergi meninggalkan Noni yang dalam kesedihan dan
kesakitan.
• * * ************
Tersebutlah kisah seekor biri-biri berbulu emas tersesat di sebuah gua.
Gua itu tempat tinggal Noni.
“Hai kawan… boleh aku tumpang berteduh di sini?”
“Boleh apa salahnya.”
“Kau ni macam tak sihat je? Kau sakit ke?” Tanya biri-biri berbulu
emas sambil mendekati Noni.
“Jangan dekati aku! Nanti kau menjangkit,” kata Noni dengan nada lemah.
“O…rupanya kau sakit kulit. Sakit kau ni dah teruk? Kenapa kau biarkan?”
“Aku ubat macam mana pun tak akan sembuh.”
“Bukankah setiap penyakit itu ada penawarnya? Kau ni terlalu cepat
putus asa…belum usaha lagi sudah mengalah.”
“Engkau fak faham kawan, sakit kulitku ini disebabkan aku langgar
pantang larang nenek moyangku iaitu bulu biri-biriku tidak bbelasoleh
di potong tapi kerana hendak menyelamatkan nyawa kawanku,
aku korbankan sedikit buluku untuk menyembuhkan penyakitnya.”
“Sungguh baik hati engkau… mana perginya kawan engkau yang bertuah tu?”
“Dia dah pindah dari sini.” Noni menangis tidak dapat menahan sedih
yang bukan kepalang.
“Tak patut dia buat kau macam tu… sepatutnya dialah yang menjaga
dalam keadaan engkau yang sakit macam ni? Engkau ni nampak kurus…
kau tak makan ke?”
“Aku terpaksa berlapar kerana aku tidak dapat mencari rezeki.
Aku tak boleh terkena pancaran cahaya matahari. Nasib baiklah ada
sahabatku sang tupai dialah yang bermurah hati memberiku makanan,
biarpun dia sendiri juga susah. Apabila dia dapat rezeki lebih…
dia beri lebih, budinya tak dapat hendak kubalas.”
“Beruntung kau dapat kawan sebaik Sang Tupai. Zaman sekarang ni…
susah hendak cari kawan macam dia. Dah berapa lama kau menanggung
sakit ni?”
“Baru enam tahun.”
“Enam tahun kau kata baru?”
“Iyelah hidup aku di gua, apa terjadi di luar rimba sana aku tak tahu.”
“Kasihan kau kerana nak menolong kawan, kau yang menanggung derita.”
“Salah kah aku berbuat baik sesama kita?”
“Salah tak salah tapi sampai diri sendiri merana susahlah,
lagipun sahabat yang kau tolong tu tak mengenang budi.
Kawan… kerana kejujuranmu sudikah kau menjadi sahabatku?
Aku suka berkawan macam kau ni. Dah lama aku mencari kawan
yang jujur dan berhati mulia,”
“Aku tak sangka…aku yang berpenyakit ni, ada yang sudi nak
berkawan denganku,” kata Noni terharu dengan pengakuan kawan
yang baru dikenalinya.
Mulai hari itu biri-biri berbulu emas bersahabat baik dengan Noni.
Biri-biri emas bermurah hati mendermakan sedikit bulu emasnya
kepada Noni yang mengidap sakit kulit akibat melanggar sumpah.
“Kau tak rasa rugi ke menderma bulu mu yang cantik?”
“Aku suka menderma kerana semakin aku menderma semakin cantik buluku.”
Semenjak menerima bulu sahabatnya itu penyakit yang dihidapi oleh
Noni beransur sembuh. Yang anehnya bulu Noni turut bertukar
menjadi warna emas seperti warna sahabatnya.
“Marilah kita bersiar-siar, lagi pun kau dah lama tak keluar dari
gua ni tentu sekali kau rindukan kehijauan rimba dengan cahaya
matahari,” kata biri-biri emas.
Ketika mereka hendak keluar, datang Sang tupai membawa makan
untuk Noni.
“Sugi… kau tak kenal aku lagi ke?” Tanya Noni.
“Kau siapa?”
“Takkanlah sahabat baikmu kau tak kenal?”
“Aku manalah ada sahabat secantik dan sewangi engkau? Setahu aku
sahabat setiaku hanyalah Noni. Ha… ini makanan yang aku bawakan
untuknya. Dah empat hari aku tak datang… kasihan dia.”
“Kenapa kau tak datang?”
“Tempat biasa yang aku cari makan telah terbakar disebabkan kelalaian
manusia membuang putung rokok ke rimba. Mujurlah semua penghuni
rimba bergotong royong memadamkan api,kalau tidak habislah rimba
ini terbakar dan penghuni rimba mati terbakar, kelaparan dan tak
ada tempat mencari makan. Sungguh kejam manusia ni. Mereka tidak
langsung mempunyai perasaan kasihan belas kepada penghuni rimba.
Mereka tak tahu ke yang kita ni sebahagian daripada hidup mereka.
Tanpa kehadiran kita tidak lengkaplah hidup mereka.
Kalaulah kita bermuafakat untuk membuat serangan kepada mereka tak
sampai satu hari matilah mereka,” kata Sang tupai panjang lebar.
“Tak sangka saya awak ni mempunyai pemikiran yang tinggi tapi
bagaimana penghuni rimba nak serang manusia dalam masa satu hari?”
sampuk biri-biri emas.
“Senang saja kitakan mempunyai pelbagai jenis. Ada yang ganas, besar,
kecil, berbisa waima sebesar hama pun.”
“Bagaimana mereka nak buat?”
“Si Harimau boleh menerkam, si ular mematuk, si monyet boleh membaling,
si gajah boleh memijak … itu belum termasuk jenis kecil,” jelas tupai
sungguh-sungguh.
“Manusia mempunyai senjata canggih… boleh ke kamu melawan mereka,
aku rasa kita yang musnah,” kata Noni ingin menduga sejauh mana
kepintaran sahabatnya Sang Tupai.
“Sebelum senjata canggih mereka meusnahkan kita, kawan-kawan
kita si tebuan,unggas, kumbang kecil masuk ke lubang telinga manusia.
Aku yakin kalau kita muafakat kepada semua penghuni rimba tidak
terkecualipun dalam sekelip mata saja manusia akan mati.
Tapi kita ada rasa pertimbangan dan kita tidaklah sezalim mereka.”
“Yelah kau ni memang bijak tak sangka aku selama ini sang tupai
sebijiak ini. Bertuah aku mempunyai sahabat seperti kau. Idea kau tu
memang boleh diguna pakai dan jika manusia masih lagi tidak mahu
mengubah sikapnya untuk memusnahkan kita, kita akan bertindak.
Mereka ingat mereka bijak tapi kita lebih bijak daripada mereka,”
kata Noni penuh semangat.
“Cuba kau terus terang dengan aku kau ni siapa sebenarnya?
Kau macam kenal aku je?” Tanya Sang tupai kehairanan.
“Kan aku dah kata tadi ….aku ni Noni sahabatmu.”
“Aku tak percayalah.”
“Iye Sugi… dialah Noni sahabat setiamu…” kata biri-biri emas lalu
menceritakan apa yang telah terjadi.
“Sekarang baru aku percaya, Noni syukurlah kau dah sembuh dan
secantik ini pulak. Tuhan sudah memakbulkan doaku,”
Sugi menangis kegembiraan.
Hari itu mereka bertiga bersiar-siar, menikmati kehijauan dan
kedamaian rimba hingga ke petang. Tiba-tiba mereka terdengar
suara meminta tolong.
“Sugi … kau dengar tak suara tu… aku rasa aku pernah dengar,”
kata Noni.
“Iyelah tak silap aku suara itu…. suara si Monggel. Kenapa dia ya…
macam suara menahan sakit aje… mari kita pergi tengok.”
Mereka terperanjat apabila mendapati Monggel mengalami cedera parah.
Cengkerangnya yang cantik itu pecah. Dia menangis kesakitan.
“Kau Sugi… tolonglah aku Sugi, aku tak boleh bergerak lagi.”
“Sekarang baru nak minta tolong? Mana kawan kau Mona?”
“Dia dah lari… dia tidak mahu berkawan dengan aku. Barulah aku tahu
siapa dia sebenarnya. Masa aku gagah dan cantik, dia sukakan aku
tapi bila aku dit mpa kesusahan dia lari. Inilah balasan yang aku
terima, aku bersikap zalim terhadap Noni. Aku biarkan dia hidup
dalam kesusahan sedangkan dia bersusah payah kerana hendak menyelamatkan
nyawaku,” rintih Monggel.
“Itulah kau tak tahu membalas budi… sekarang terimalah akibatnya,”
sampuk biri-biri emas.
“Kau ni sapa?”
“Akulah sahabat Noni.”
“Kau tahu tak kerana hendak menyelamatkan engkau, dia menderita
menanggung sakit selama enam tahun hanya mengurungkan diri di dalam gua.
Mujurlah ada Sugi, dialah mencari makanan untuk Noni. Kalau tidak… tak
tahulah apa akan jadi pada Noni. Tak sangka aku, kau sezalim itu.”
“Iye… aku memang zalim padanya sebab itulah aku dihempap batu besar
sebagai membalas kezalimanku.” Monggel menangis tersedu-sedu tanda
keinsafan.
“Noni yang sejak tadi mendengar perbualan mereka tidak dapat menahan
sebak di dadanya. Dia menangis sambil menghampiri Monggel.
“Monggel aku maafkan engkau.”
“Engkau siapa?”
“Aku Noni.”
“Noni?” Tanya Monggel terperanjat.
“Iye…aku sahabat setiamu… yang sudah… sudahlah, buang yang keruh ambil
yang jernih. Mari kurawat lukamu itu. Biarkan kujahit lukamu dengan
benang kasihku,” kata Noni dengan penuh kasih sayang.
“Aku tak mahu! Tak mahu! Budimu yang dulu pun belum aku balas.”
“Setiap budi yang kuberi bukanlah harap balasan, yang penting kau
dapat menerimaku sebagai sahabat dunia akhirat.
”Begitu tinggi budimu Noni.” Monggel menangis keinsafan.
Monggel dibawa ke gua. Luka Monggel dirawat. Noni mendermakan bulunya
kepada Monggel bagi menggantikan cengkerangnya yang pecah. Mereka bertiga
bergilir-gilir menjaga Monggel.
Hari demi hari luka Monggel sembuh dan cengkerangnya mula tumbuh
tetapi cengkerang yang tumbuh tidak secantik dulu , hodoh dan
menggerunkan sesiapa yang melihat.
“Maafkan aku Monggel, aku tak sangka cengkerang kau jadi
hodoh macam ni.”
“Tak apalah Noni, nanti kalau cantik aku lupa diri, ini pun aku
bersyukur kerana cengkerangku tumbuh semula, dapat juga aku
melindungi daripada bahaya yang datang.
“Baguslah kau dah sedar,” kata Sugi
“Sekarang kita berempat menjadi sahabat baik. Mulai hari ini …
kita akan tinggal di gua ini, kita akan mulakan hidup baru,”
kata biri-biri emas.
Hari yang cerah itu mereka berempat bersiar-siar meredah rimba
hinggalah sampai di sebuah istana.
“Itulah Istana Raja Rimba. Di istana itulah ada Puteri Arnab yang
bernasib malang.”
“Puteri Arnab? Bernasib malang… kenapa?”
“Ceritanya begini. Puteri Arnab merupakan puteri yang cantik jelita.
Bukan saja cantik …dia mempunyai sifat penyayang. Dia suka membantu
penghuni rima yang bernasib malang. Di atas kebaikannya semua
penghuni rimba sukakannya. Mereka menggelarkan Puteri Arnab,
“Ratu Rimba” tetapi malang sikapnya itu dicemburui oleh Raja Rimba,
dia menuduh Puteri Rimba ingin merampas kuasanya dengan menjadi
Ratu Rimba.
Untuk mengelakkan Puteri Arnab menjadi ratu segala gerak geri
Puteri Arnab disekat. Puteri Arnab menghadapi tekanan yang amat sangat…
dia bukanlah hendak menjadi ratu…memadailah menjadi ratu di hati
penghuni rimba,” cerita biri-biri emas.
“Kasihan aku mendengar cerita Puteri Arnab. Hatinya sungguh baik.
Biarpun Raja Rimba menghalangnya menjadi ratu tapi bagiku dialah
ratu yang dinanti-nantikan oleh penghuni rimba. Kau boleh tolong aku tak?”
“Boleh apa dia?” tanya biri-biri emas.
“Aku nak potong buluku ini dan jahitkan sehelai baju untuknya.
Baju ini nanti hendak kuhadiahkan kepadanya, aku tahu Puteri Arnab
perlukan semangat. Setidak-tidaknya baju ini nanti dapat memberikan
semangat kepadanya untuk berhadapan dengan penghuni rimba yang
sudah hilang keyakinan terhadapnya. Mungkin Raja Rimba telah
memburuk-burukkan nama Puteri Arnab.
“Kau tak menyesal?”
“Demi Puteri Arnab aku rela, kau carilah tukang jahit yang terkenal.”
“Baiklah,” kata biri-biri emas.
Tidak sampai satu minggu , baju yang hendak dihadiahkan kepada Puteri
Arnab siap .
“Monggel boleh kau tolong aku?” Tanya Noni.
“Boleh.”
“Kau tolong sampaikan hadiah ini kepada Puteri Arnab.”
“Tapi istana itu dikawal ketat.”
“Aku boleh bawakan kau Monggel,” jawab Sugi.
“Macam mana?”
“Sungguh pun aku kecil tapi aku kuat. Engkau janganlah takut.
Boleh kita berjumpa Puteri Arnab.
“Engkau agak Puteri Arnab tu… takut tak dengan aku? Iyelah siapa
yang tengok cengkarang aku ni…pasti cabut lari.”
“Aku agak Puteri Arnab tak macak tu, dia sayangkan semua penghuni
rimba, tidak kira siapapun mereka. Kau percayalah cakap aku.
“Bila kita nak pergi?”
“Malam nanti selamat sikit sebab pengawal-pengawal di istana mengantuk.”
Malam itu Sugi dan Monggel Berjaya masuk ke dalam istana.
“Puteri Arnab… Puteri Arnab… bangun patik datang ni,” bisik
sugi ke telinga Puteri Arnab yang sedang lena tidur.
“Kamu ni siapa?” tanya Puteri Arnab dengan nada yang lembut.
“ Patik Sugi, ini kawan patik Monggel.”
Puteri Arnab menyalam tangan Sugi dan Monggel sambil tersenyum.
“Selamat berkenalan, bertuah patik dapat berkenalan dengan ratu
kami Puteri Arnab,” kata Monggel dengan gembiranya.
“Silakan duduk… tentu kamu berdua penat.” Puteri Arnab menuangkan
air ke dalam cawan.
“Jemputlah minum.”
“Terima kasih ,” kata Monggel dan Sugi Serentak. Mereka meneguk air.
“Maafkan patik kerana mengganggu Puteri Arnab. Sebenarnya patik datang
ke sini mempunyai hajat yang besar,” kata Monggel.”
“Apa hajatnya tu?”
“Sahabat patik Noni minta sampaikan hadiah ini kepada Puteri Arnab.
Harap Puteri Arnab sudi menerimanya.”
“Terima kasih banyak-banyak, beta ucapkan terima kasih kepada sahabat
kamu tu. Tak sangka beta dalam saat-saat beta bersedih begini,
ada yang sudi memberi hadiah pada beta,” kata Puteri Arnab terharu
bercampur gembira yang amat sangat. Hadiah itu dibuka.
Alangkah terperanjat apabila didapati sehelai baju bulu biri-biri
emas yang sangat cantik.
“Cantiknya …siapa nama sahabat kamu?”
“Noni… kata Noni apabila Tuan Puteri pakai baju ni dapatlah
membangkitkan semula semangat Tuan Puteri kepada penghuni rimba.
Cubalah pakai.”
Sugi dan Monggel terperanjat apabila mendapati Puteri Arnab hilang
daripada pandangan setelah memakai baju hadiah daripada Noni.
“Di mana tuan Puteri?”
“Beta di sini? Kamu tak nampak beta tapi beta nampak kamu berdua.”
Puteri Arnab ketawa gembira. Dia menanggalkan semula baju ajaib itu.
“Ha… ini pun tuan Puteri!” jerit Monggel. “Ajaib sungguh Tuan Puteri.”
“Iyelah sekarang beta boleh keluar dari istana ini.”
“Kalau macam tu marilah kita pergi dari sini segera.”
Puteri Arnab memakai semula baju ajaib. Dengan serta merta dia hilang
daripada pandangan mata. Dia mengekori Sugi dan Monggel.
Tiba-tiba suatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Sugi dan Monggel telah berjaya ditangkap oleh pengawal istana.
Mereka dimasukkan ke penjara bawah tanah.
“Macam mana kita nak keluar ni?” kata Puteri Arnab cemas.
“Berdoalah semoga kita selamat,” kata Sugi sambil memandang Monggel.
“Esok pagi kita akan dihadapkan kepada Raja Rimba,” kata Puteri Arnab.
“Walau apapun terjadi Tuan Puteri jangan menampakkan diri.”
“Tapi beta tidak sanggup melihat kamu dianiayai.”
“Tuan Puteri jangan risaukan kami, yang pentingnya tuan Puteri selamat
dan dapat keluar dari sini. Di luar istana penghuni rimba di serata
pelosok dunia menantikan kedatangan ratu mereka.
Mereka rindukan Ratu Rimba mereka.”
Pagi itu Sugi dan Monggel dihadapkan ke Raja Rimba.
“Berani kamu menceroboh di istana beta?” tengking Raja Rimba.
Sugi dan Monggel hanya mendiamkan diri. “Kamu tahu tak apa hukumnya
penceroboh istana? Kamu berdua akan dipancung tapi beta akan lepaskan
kamu jika kamu beritahu apa sebenarnya tujuan kamu ke mari?”
Monggel dan Sugi saling berpandangan.
“Cakaplah nanti kamu akan dilepaskan,” bisik Puteri Arnab ke telinga
Sugi dan Monggel. Monggel dan Sugi menggelengkan kepala.
Kerana kedegilan mereka Sugi dan Monggel dihukum pancung.
Matilah Sugi dan Monggel.
Puteri Arnab menangis kesedihan kerana melihat pengorbanan
Sugi dan Monggel.
Mayat mereka berdua yang dicampakkan ke dalam gaung telah selamat
disemadikan. Puteri Arnab meminta kerjasama daripada ular sawa untuk
mengambil mayat Sugi dan Monggel.
Pusara mereka disemadikan di lereng bukit. Jasa mereka dikenang
sebagai Pahlawan Rimba. Bertaburan bunga-bunga di kubur mereka.
Kubur mereka sentiasa wangi.
“Kubur siapa di lereng bukit tu?” tanya Noni kepada Sang Kancil.
“Itulah kubur Pahlawan Rimba. Sudah seminggu dikebumikan.”
“Mari kita pergi tengok kubur Pahlawan Rimba. Bertuah mereka mati
sebagai pahlawan. Tentu jasa mereka besar terhadap warga rimba,”
kata Noni kepada sahabatnya biri-biri emas.
Alangkah terperanjatnya Noni apabila didapati kubur itu
adalah kubur Sugi dan Monggel.Berdekatan dengan batu nehsan
Puteri Arnab sedang bertafakur.
“Kenapa kamu menangis? Wahai arnab ?” tanya Noni.
“Macam mana beta tak menangis, mereka berdua sanggup menggadaikan
nyawa untuk menyelamatkan beta,” kata Puteri Arnab dengan nada
yang hiba.
“O… inilah Puteri Arnab?” tanya Noni.
“Iye… kamu siapa?”
“Patiklah Noni dan ini sahabat patik Saiful.”
“Jadi…kamulah Noni yang menghadiahkan pada beta baju ajaib itu?”
“Patik sungguh terhutang budi kepada mereka berdua kerana telah
berjya menyampaikan hasrat patik, walaupun nyawa mereka sendiri
tergadai,” kata Noni penuh terharu.
“Sebab keberanian mereka itulah semua penghuni rimba menggelar mereka,
Pahlawan Rimba.
Karya Putri Rimba Niagara
26 Julai 2012
6 Ramadhan 1433H
Itu sahaja untuk 26hb Julai.
Di sini ada lagi kenangan yang kami harap anda suka.
PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI KERANA KALIAN ADALAH ANUGERAH YANG TERINDAH DARI-NYA YANG KUSYUKURI DI SEPANJANG HAYATKU, TERIMA KASIH BUAT SEMUA RAKAN GRUP YANG TAK JEMU LIKE DAN KOMENTAR KARYAKU MOGA SETIAP LIKE DAN KOMENTAR ADA NILAIAN DI SISI-NYA AAMIIN.
SEBANYAK MANA PUN ILHAM KARYA YANG ADA INGIN KUKONGSIKAN KEPADA SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU SEMAMPU DAYAKU. MANA YANG TAK DAPAT KUKONGSIKAN MAAFKAN DAKU. AKU RASA TENANG TIKA BERBAGI-BAGIKAN KARYAKU DI GRUP Y...
Teruskan Membaca
National Geographic Asia
"jajaran yang sempurna bagi unsur cuaca"
Gambar oleh paul brooks


TERDAHULU
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, " KAPSUL 2020 REALITI & FANTASI" Karya Ratu Rimba Niagara,  Dewata Majnun, Megat Setia Panji Alam,Aura Maira & Izul Fitri
Foto Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad.



TEATER BANGSAWAN DIRAJA 'PENGANTIN RAJA RIMBA' Karya Ratu Rimba Niagara
SINOPSIS & SKRIP DRAMA PENTAS PENGANTIN RAJA RIMBA
SINOPSIS DRAMA PENTAS , ‘PENGANTIN RAJA RIMBA’
Mengisahkan perkahwinan harimau dengan monyet pada tahun 2020.
Betapa meriahnya hari tersebut kerana semua binatang di darat dan
di laut meraikannya. Tidak kira binatang buas, jinak, besar dan kecil
masing-masing membawa hadiah yang unik.
Pada sebelah malamnya pula berselerakan bintang-bintang di langit
di merata-rata tempat. Pelamin dihias dengan lampu-lampu berwarna-
warni. Di hadapan pelamin penuh dengan hantaran kedua-dua belah
pengantin. Sebelum monyet menyambut hari perkahwinan, monyet
menghadapi pelbagai cabaran.
Monyet mempunyai falsafah mengapa dia berkahwin dengan harimau.
Di antaranya:
1. Menyatupadukan binatang buas dengan jinak.
2. Mewujudkan keharmonian masyarakat seluruh jenis binatang.
3. Mewujudkan masyarakat yang kuat membantu yang lemah.
4. Yang berlebihan membantu yang kurang.
5. Saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.
6. Mewujudkan masyarakat bersatupadu.
7. Mewujudkan masyarakat yang berwawasan.
8. Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
9. Kerja berpasukan dan kepentingan diri sendiri dilupakan.
10. Sanggup berkorban demi keharmonian hutan yang didiami.
Pada malam yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni rimba dan
lautan iaitu menandakan masuknya tahun 12 April 2015 mereka
semua menyambut dengan sorakkan percikkan bunga api yang meng-
indahkan langit rimba meraikan ,’ Perkahwinan Raja Rimba’ yang
menjadi simbol penyatuan kaum semua penghuni rimba mengecapi
kehidupan aman damai selamanya.
Karya: Ratu Rimba Niagara
12 April 2015
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' PENGANTIN RAJA RIMBA' Karya Ratu Rimba Niagara
BABAK PERTAMA (PERTENTANGAN)
Dimulakan dengan syair:
Tersebutlah kisah satu cerita,
Puteri Monyet yang cantik jelita;
Berhemah tinggi tidak terkata,
Di mana saja berdukacita.
Puteri Singa : Tuan puteri rimba! Cermin sikit
muka tu… dahlah hodoh ada hati nakkan Raja Harimau kekasih hamba.
Puteri Rimba: Kenapa tuan puteri singa sakit hati dengan beta..
kenapa? Beta tak pernah pun hina puteri singa atau sesiapa
saja. Walaupun beta tak cantik tapi beta tak pernah susahkan sesiapa
Puteri Singa : Puteri Rimba ni perasan sangat. Raja Harimau tengok wajah puteri rimba pasti tak minat.
Puteri Rimba: Puteri Singa cemburu dengan beta kan?
sebab selama ini tak ada putera-putera raja rimba yang minat dengan puteri singa.
Puteri Singa : Untuk mengetahuan puteri rimba, Raja Harimau
tak layak dengan puteri rimba tapi…kalau dengan beta bagaikan
pinang dibelah dua.(GELAK).
BABAK KEDUA (SEMANGAT)
Raja harimau pilihan hati,
Mengadu hasrat pada merpati;
Agar cinta jadi sejati,
Jasa si burung tetap diingati.
Burung : Tuan Puteri… patik tahu tuan puteri sedang
memendam rasa cinta terhadap harimau. Kenapa tuan puteri
tak mahu terus terang aje pada Raja Harimau?
Puteri Monyet : Beta malulah… siapalah beta hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong.
Burung : Zaman sekarang ni… zaman terus terang,
siapa cepat dia dapat.
Puteri Monyet : Bukan semudah itu burung, kalau beta jatuh
cinta dengan kaum sejenis dengan beta tak apalah.
Ini dengan keturunan garang lagi ganas.
Silap… silap haribulan beta yang dibahamnya.
Burung: Dah tahu ganas dan garang kenapa jatuh cinta?
Puteri Monyet : Apa nak buat… hati dah terbekenan,
Asyik rindukannya dan terngigau-ngigau...
Burung : Begitu hebat sekali cinta tuan puteri sampai ngigau-ngigau tu..
weettt...weeet....(gelak)
Puteri Monyet : (Tersipu malu senyum)
Beta harap cinta yang tertanam di sanubari ini menjadi kenyataan.
Burung : Kasihan patik mendengarnya. Angan-angan puteri rimba
tinggi melangit. Kadang kala patik fikirkan puteri ni
dah tak siuman kerana membuat keputusan yang tak
masuk akal.
Puteri Monyet: Bukan tuan hamba je yang kata beta macam tu. Boleh dikatakan semua mengatakan beta dah gila.(MENGELUH) Manalah tahu satu hari nanti tuah menyebelahi beta. Masa tu baru tuan hamba tahu siapa beta.
Burung : Tak payah tuanku cerita, semua rakyat rimba tahu…
siapa puteri rimba. Puteri rimba yang pintar, suka menolong
kawan, bercita-cita tinggi, berwawasan, berjiwa murni dan kuat
berpegang kepada falsafah.
Puteri Monyet: Ke situ pulak tuan hamba. Beta tak mintak pun tuan hamba puji beta. Yang beta mahu tuan hamba berikan beta pendapat bagaimana tuan hamba dapat menolong beta dalam mengeratkan lagi percintaan beta dengan Raja Harimau.
Burung : (KETAWA) Puteri rimba...puteri rimba... tuanku ni tak kenal erti putus asa. Baiklah… Puteri Rimba karang satu warkah menyatakan hasrat hati tuanku puteri pada Raja Harimau… biarkan patik poskan surat tu pada Raja Harimau.
Puteri Monyet : (SENYUM) Ha… macam tulah kawan.Sanggup menolong beta.
1 · 17 February 2014 at 20:29 · Edited
BABAK KETIGA (PERTENTANGAN)
Puteri Monyet memendam rasa,
Dihina kawan tidak berasa;
Tidak mudah berputus asa,
Korban cinta untuk berjasa.
Putera Monyet Kenapa dinda tak sukakan kanda? Sedangkan
kanda boleh berikan segala-galanya pada dinda. Kitakan satu jenis,
satu hati.
Puteri Monyet : Kanda ingat,cinta boleh dibeli dengan sekelip mata?
Putera Monyet : Bukan kanda saja yang menentang percintaan dinda tu, malah semua rakyat rimba niagara ini.
Puteri Monyet : Dinda tak kisah kanda... Yang bercintanya dinda… bukan mereka.
Putera Monyet : Apa kelebihan Raja Harimau tu hinggakan dinda sanggup melupakan asal usul dinda ...keturunan yang lemah?
Puteri Monyet : Cinta itu unik, murni… memerlukan pengorbanan.
Apa salahnya dinda korbankan diri dinda untuk cinta demi semata-mata…
Putera Monyet : Kepentingan dinda! Dinda ingin mengejar
glamor. Biarlah semua rakyat rimba niagara mengatakan betapa hebatnya dinda dapat memikat raja segala yang ada di rimba ini... Yalah punya kuasa, tampan dan digeruni oleh semua rakyat rimba. Macam kanda ni apalah ada.
Puteri Monyet: Betul kata kanda tu, kerana Raja Harimau mempunyai kuasa dan digeruni oleh rakyat rimba maka dinda jatuh cinta dengan tuanku raja.
Putera Monyet : Memang kanda dah agak dari awal jadi dinda ni
gilakan kuasa hingga sanggup menggadai cinta. Kanda jijik! Jijik!
Mempunyai kaum yang sejenis macam dinda ni!
Puteri Monyet : Kanda nak pandang jijik ke atau apa saja yang
kanda nak kata… katalah. Dinda tak kisah. Asalkan cinta dinda tercapai akhirnya.
Putera Monyet : Kanda pelik bin ajaib dalam sekelip mata dinda dah berubah. Dulu dinda tak macam ni. Dinda terlalu pentingkan kaum dinda. Dinda bersikap perkauman.
Puteri Monyet : Kerana ingin mengikis sikap perkauman yang
menebal dalam diri dinda inilah dinda mengambil keputusan untuk
jatuh cinta dengan Raja Harimau.
Putera Monyet : Maksud dinda?
Puteri Monyet : Cuba kanda fikir di dalam hutan ini terdiri
daripada pelbagai jenis rakyat rimba (binatang). Kalau masing-masing asyik mementingkan kaumnya saja tanpa memikirkan kepentingan
rakyat rimba lain. Kalau macam tu bagaimana kita hendak bina
generasi kita yang berwawasan dalam keadaan huru hara.
Siapa yang susah? Anak cucu kita yang susah. Apa salahnya
kita merancang dari sekarang agar anak cucu kita mengecapi
kebahagiaan yang hakiki.
Putera Monyet : Kanda tak terfikir pun yang dinda berfikiran
sampai ke situ.
Puteri Monyet : Salahkah dinda… dinda korbankan cinta dinda untuk
anak cucu kita dan seterusnya kedamaian rimba ini. Jika kita
hidup dalam keadaan aman damai tak siapapun berani untuk
menceroboh rimba ini. Kita buktikan pada manusia, walaupun
kita haiwan tapi kita lebih mulia daripada mereka. Dinda ingin
memadamkan dalam kamus manusia kata istilah,
‘ Peragai seperti binatang.’
Putera Monyet : Sekarang baru kanda faham, mengapa dinda
jatuh cinta dengan Raja Harimau. Mulai sekarang kanda akan memberi
sokongan/dukungan agar cita-cita dinda tercapai.
1 · 17 February 2014 at 20:33 · Edited
BABAK KEEMPAT (JATUH CINTA)
Raja harimau termakan budi,
Sakitnya kekasih tidak terperi;
Menentang sawa kuat menjadi,
Cinta dibalas patut diberi.
Raja Harimau : Sedapnya buah durian tu… kalau beta dapat makan…
alangkah…
Puteri Monyet : Dinda faham kanda inginkan buah durian, biarlah dinda
tolong ambilkan.
Raja Harimau : Sungguh baik hati dinda… kanda kuat tapi kanda
tak boleh memanjat. Sungguhpun kanda binatang yang hebat tapi
kanda ada kekurangan.
Puteri Monyet : Tuhan itu Maha Adil. Semua makhluk yang
dijadikan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Justeru
apa salahnya kelebihan yang ada pada dinda ini dapat dinda
membantu binatang-binatang lain.
Raja Harimau : Kata-kata dinda tu menyedarkan kanda.
supaya kita jangan hidup sombong dan bongkak.
Tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.
Puteri Monyet : Ha… makanlah sepuas hatimu kanda harimau.
( MONYET MEMBERIKAN DURIAN)
Raja Harimau : (CUBA MENGOPEK DURIAN GAGAL LALU MENGELUH)
Puteri Monyet : Nanti luka … kanda harimau.
Raja Harimau : Selalunya kanda melukakan mangsa kanda tapi kopek
durian pun kanda tak boleh.
Puteri Monyet : Kali ni biarlah kuku kanda yang tajam tu hanya akan
berbisa bila hendak menyelamatkan penghuni rimba ini ye.
Biar dinda tolong kopekkan durian ni.
Raja Harimau : Hati-hati dinda… nanti luka tanganmu.
Puteri Monyet : Tak apa dinda sudah biasa terluka.
Raja Harimau : Lain macam bunyi nye tu. Mulai hari ini
tiada siapa akan berani melukakan hati dinda lagi. Kalau berani…
mari bertarung dengan kanda dulu.
Puteri Monyet : Ha… dah buka pun kulit durian ni …makan puas-puas kanda...Kalau tak cukup dinda ambilkan lagi.
(TERUS MEMANJAT POKOK TANPA MENYEDARI ADA
SEEKOR ULAR SAWA)
Puteri Monyet : Tolong lepaskan hamba! ( DIBELIT OLEH ULAR SAWA).
Raja Harimau : Hai ular sawa! Kalau tuan hamba benar-benar gagah
mari turun ke sini. Jangan dengan binatang yang lemah tuan hamba
nak tunjukkan kekuatan.
Ular Sawa: Tuanku hendak mencabar patik ya Raja Harimau.
Baiklah sekarang patik turun.
(HARIMAU BERLAWAN DENGAN ULAR SAWA AKHIRNYA
ULAR SAWA TEWAS)
Ular Sawa : Tuanku memang gagah. Ampunkan patik.
Patik mengaku kalah.
Raja Harimau: Tuan hamba tak salah dengan beta tapi dengan puteri rimba. Baik tuan hamba pergi minta maaf dengannya.
Ular Sawa : Puteri rimba maafkan patik kerana mengganggu puteri rimba.
Puteri Monyet : Beta maafkan . Lain kali jangan tunjuk kuat pada
binatang yang lemah. Sepatutnya binatang yang kuat membantu
yang lemah. Barulah aman. Sudahlah tu mari kita makan bersama-
sama.
(KETAWA BERSAMA-SAMA)
BABAK KELIMA (SURAT)
Raja Harimau menerima surat,
Surat dibaca menyatakan hasrat;
Cinta membara bertambah sarat,
Kalau jodoh telah tersurat.
Raja Harimau: Surat siapa yang tuan hamba bawa tu burung?
Burung : Surat istimewa ni untuk tuankulah.
Raja Harimau: Siapa ya… yang berani hantar surat istimewa
pada beta?
Burung : Surat cinta.
Harimau : Eh! Siapa pulak yang berani jatuh cinta dengan beta?
.
Burung : Kalau tak percaya … bacalah. (MEMBERI SURAT)
Selamat tinggal! Selamat membaca…
Raja Harimau : (Membuka surat lalu membaca)
Surat Puteri Monyet : Salam sejahtera buat kanda harimau,
janganlah terperanjat apabila membaca warkah
pertama dinda ini. Biarlah dinda berterus terang
pada kanda bahawa dinda telah jatuh cinta pada kanda
ketika pertemuan yang tidak disengajakan tempoh
hari. Maaf!Kerana jatuh cinta tanpa pengetahuan kanda.
Kegagahan kanda melawan ular sawa amat mengagumkan dinda.
Syabas! Kanda telah menggunakan kekuatan kanda untuk
menyelamatkan nyawa dinda. Dinda harap kegagahan kanda
berkekalan selamanya untuk menyelamatkan nyawa
beribu-ribu binatang di rimba ini tanpa mengira
siapa pun mereka. Iyalah kalau difikirkan siapalah
dinda untuk jatuh cinta pada kanda. Ah! Malunya dinda.
Dinda harap kanda tidak memarahi dinda setelah
mendengar pengakuan ikhlas dari dinda.
Sekiranya kanda balas cinta dinda betapa bahagianya dinda.
Secara tak lansung segala cita-cita dinda menjadi
kenyataan. Oleh itu agar dinda tidak ternanti-nanti
kanda balaslah warkah dinda ini.
Akhir kata sambutlah salam hormat dari dinda,
Yang perasan,
Puteri Rimba Niagara,
Raja Harimau : (SENYUM) Sambil melekapkan surat di dadanya.
Ya… Beda bedu….! ( GEMBIRA YANG BUKAN KEPALANG)
Puteri Harimau : Surat siapa tu? Sukanya kanda? Kenapa? (TERUS MERAMPAS SURAT DARI RAJA HARIMAU)
Oh! Surat cinta rupanya! Patutlah tersengih-sengih.
Habis tu kanda terima cintanya?
Raja Harimau : Diam.
Puteri Harimau Kalau kanda terima puteri rimba…
cinta dinda ni kanda nak campak mana?
Raja Harimau: Dinda jadi permaisuri kedua kandalah (GELAK).
Puteri Harimau : Kanda ingat dinda suka berkongsi suami? (MARAH)
Raja Harimau Kalau tak suka… diam-diam ajelah!
Puteri Harimau : Mana dinda boleh diam kekasih dinda diambil binatang lain .
Dinda akan tentang habis-habisan!
Raja Harimau : Hei! Sejak bila kanda jadi kekasih dinda ye! Setahu kanda dinda cuma teman biasa aje. Jangan lekas perasanlah.(GELAK)
Puteri Harimau : (SAKIT HATI LALU PERGI).
BABAK KEENAM (BALAS CINTA)
Raja Harimau membalas cinta,
Gembiranya hati Puteri Jelita;
Siang dan malam bertemankan tinta,
Agar cinta terus bertahta.
Raja Harimau : (MEMBALAS SURAT KEKASIH HATI)
Buat tatapan adinda puteri rimba.., warkah dinda telah kanda terima
dan diucapkan jutaan terima kasih di atas pengakuan ikhlas dinda itu.
Biarlah kanda katakana di sini niat dinda untuk menjadikan kanda
kekasih dinda ...kanda terima dengan rela hati. Biarpun kanda
tahu keputusan yang kanda ambil ini akan menggemparkan seluruh
binatang di darat mahupun di laut. Kanda sedar, betapa pentingnya
kedamaian.
Memang kanda akui kanda bongkak, sombong dengan kekuatan
yang kanda miliki untuk membunuh mangsa-mangsa kanda tapi
setelah berkenalan dengan dinda tempuh hari segala
kebongkakkan kanda terpadam dengan tiba-tiba.
Kehadiran dinda pada hari itu telah melembutkan keganasan kanda.
Terima kasih dinda puteri rimba , semoga dinda tetap menjadi
kekasih kanda yang setia.
Akhirkata sambutlah salam hormat daripada kanda.
Yang Mencintaimu,
Kanda Harimau.
1 · 17 February 2014 at 20:22
BABAK KETUJUH (POS)
Jasa si burung tidak dilupa,
Terbang tinggi bertegur sapa;
Mengalir keringat tidak mengapa,
Tanda kasih sedemikian rupa.
Burung : Sudah siap ke surat balasan?
Raja Harimau : Sudah…bawa tu baik-baik ye… jangan sampai tercicir.
Burung : Tuanku tak percayakan patik ke?
Raja Harimau: Beta cuma beri ingatan je! Kan elok saling ingat
mengingati.
Burung : Terima kasih atas nasihat tuanku tu. Patik akan pastikan
surat ini selamat sampai kepada tuan puteri rimba .
(MENGAMBIL SURAT)
* * * * *
Burung : (MENGAH) Tuan puteri rimba… ini surat tuan puteri bacalah cepat.
Puteri Monyet : Terima kasih burung. Semoga Tuhan membalas budi baikmu, (MEMBACA KEMUDIAN SENYUM PANJANG)
Burung : Macam mana ada tindak balas tak?
Puteri Monyet: Syukur Alhamdulillah ! Cinta beta berbalas.
Burung : Tahniah tuan puteri ! Patik .. doakan cinta tuan puteri rimba berjaya.
Kalau makan nasi minyak tu jangan lupa jemput patik.
Puteri Monyet : Takkanlah beta nak lupakan tuan hamba. Beta
akan jemput semua binatang di darat mahupun di laut.
Burung : Dapat patik bayangkan betapa meriahnya perkahwinan
puteri rimba tu.... Urusan kad jemputan kahwin patik
yang uruskan. Patik minta kerjasama kawan-kawan patik untuk
kirimkan kad jemputan kahwin kepada semua jenis binatang
yang ada di darat mahu pun di laut.
BABAK KELAPAN (JEMPUTAN)
Kad jemputan terus diedar,
Semua terkejut tiadalah sedar;
Ada yang memandang terus tersandar,
Asalkan pengantin cinta tak pudar.
Siput : Surat siapa yang kau bawa tu burung?
Burung : Ini bukan surat… ini kad jemputan kahwin.
Siput : Siapa pulak yang nak kahwin?
Burung : Puteri Monyet dengan Raja Harimau.
Siput : (KETAWA)
Burung : Eh! Kenapa engkau ketawa?
Siput : Aku tak percaya.
Burung : Kalau engkau tak percaya… ha…
engkau baca kad jemputan kahwin ni!
(MENGHULURKAN KAD JEMPUTAN KAHWIN KEPADA SIPUT)
Siput : (TERPERANJAT) Iya betullah. Ini satu keajaiban!
Burung : Kalau dah jodoh tak ada siapa yang menghalangnya!
Itu namanya jodoh dah tersurat .
Siput : Siapa-siapa lagi yang dijemput?
Burung : Seluruh binatang di laut dan di darat.
Siput : Hebat!
Burung : Nanti, engkau jemputlah sanak saudara engkau datang ye.
Siput : Sampaikan salam aku pada Puteri Rimba. Katakan aku ucapkan tahniah dan terima kasih atas jemputannya.
Gajah : Bila ditetapkan tarikh perkahwinan monyet dengan harimau,
tu burung?
Burung : 12 April 2015.
Gajah : Tepat pada masanya. Satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh
semua binatang untuk meraikan satu kejayaan.
Burung : Kejayaan apa pulak tu?
Gajah : Iyalah dengan sahnya perkahwinan Raja Harimau dengan Puteri monyet secara tidak langsung pasangan pengantin tersebut telah menyatupadukan seluruh binatang.
Burung :Sungguh bijak engkau gajah.
Gajah : Terima kasih sudi hargai apa yang aku katakan.
Burung : Sama-sama. … aku pergi dulu…
jangan tak datang bawa saudara mara engkau ya gajah.
BABAK KESEMBILAN (GOTONG ROYONG)
Semua haiwan bergotong royong,
Sediakan pelamin pengantin tersayang;
Bergurau senda semakin matang,
Gembiranya hati semua yang datang.
Kucing : Macam mana dengan kain pelamin yang aku
buat ini cantik tak?
Itik : Apa yang engkau buat kucing semuanya cantik.
Singa : Siapa yang pilih warna?
Arnab : Siapa lagi pengatinlah. Katanya warna unggu adalah
lambang kedamaian. Penyatuan rasa cinta yang sukar dimengertikan.
Ayam : Romantik sungguh pengantin kita tu. Siapa pulak yang
mengantung lampu-lampu yang berwarna-warni itu? Sungguh cantik?
Kucing : Keluarga monyetlah. Mereka mahir dalam panjat memanjat.
Itik : Kamu semua terfikir tak bagaimana muka anak pengantin
kita nanti?
Singa : Rupa ibu dan bapak dialah!
Kucing : Rupa mounyetlah. Mau tu bapak dia dan nyet ibu dia.
(SEMUA TERGELAK BESAR)
1 · 17 February 2014 at 20:21
BABAK KESEPULUH (TETAMU DATANG)
Malam dinantikan penuh debaran,
Persandingan Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
Semua gembira menantikan tibanya perkahwinan,
Majlis perkahwinan yang dibanggakan.
Tetamu datang dari daratan dan lautan,
Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
Kerana pengantin idola perdamaian.
Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
Tetamu disambut dan dijamu;
Dijamu makanan pelbagai menu,
Sambil makan menantikan pengantin rasa tak jemu.
Itik : Cantiknya pasangan pengantin bagaikan pinang
di belah dua.
Burung : Engkau tengok tu… bintang-bintang di langit
bergemerlapan dan bertaburan di sana sini seolah-olah
menyerikan lagi majlis perkahwinan ini, mari kita
tengok barang-barang hantaran harimau kepada monyet.
Kucing : (MEMBELEK HANTARAN)
kasut Cinderella pun ada, hai… bertuah Puteri Rimba dapat
bersuamikan Raja Harimau.
Itik : Entah-entah satu hari nanti pulak, engkau
kahwin dengan aku.
Kucing : (KETAWA) Engkau ni mengarutlah.
Itik : (KETAWA) Dalam dunia sekarang tiada yang pelik.
BABAK KESEBELAS (SAMBUTAN MAJLIS PERKAHWINAN
Tepat Jam 12 Malam semua bersorakkan,
12 April 2015 diraikan majlis pengantin;
Di langit rimba bunga api berpercikkan ,
Meraikan Pengantin Raja Rimba yang budiman.
Pengantin diarak menuju pelamin,
Gajah membawa pasangan pengantin:
Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
Di malam itu penuh kemeriahan.
Duduk bersanding jeling menjeling,
Sambil menjeling tersenyum sayang;
Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
Dilemparkan senyuman mesra tanda kasih sayang.
Semua kumpulan tetamu membuat persembahan,
Dipersembahkan kepada pengantin kesayangan;
Pengantin gembira keterharuan,
Melihat persembahan yang mengasyikkan.
Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
Pelbagai kaum dapat disatukan,
Hidup aman damai dalam perpaduan.
Kancil (Wakil Haiwan): Terima kasih Pengantin Raja Rimba
yang kami sayangi. Tuanku telah menyatukan penghuni
rimba yang selama ini mementingkan kaum sendiri dan
hanya mementingkan diri sendiri. Dengan perkahwinan
ini penghuni rimba dan lautan menjalani hidup bersatupadu
tolong menolong dan aman damai selamanya. Terima kasih
Pengantin Raja Rimba.
Raja Harimau : (TERSENYUM SAMBIL MEMANDANG PERMAISURINYA)
Ucapkan terima kasih kepada permaisuri beta. Dialah yang telah
membuka hati beta untuk kedamaian rimba ini dan kedamaian
penghuni lautan juga.
Puteri Monyet : (TERSENYUM BANGGA SAMBIL MEMBALAS
SENYUMAN KEPADA SEMUA TETAMU HADIR YANG
BERSORAKKAN PENUH GEMBIRA YANG AMAT SANGAT
DAN DI TAMATKAN DENGAN PERCIKKAN BUNGA API)
TAMAT
Karya: RATU RIMBA NIAGARA
16 Muharram 1434H
30 November 2012M
·
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH)
15 Rabiulawwal 1434H
27 Januari 2013M
"TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRA SANG KURIANG BAHAGIAN (1) RENTETAN SKRIP TEATER BANGSAWAN DIRAJA PENGANTIN RAJA RIMBA Karya Ratu Rimba Niagara
Setelah berkahwin dengan Raja Rimba, Permaisuri Rimba mengikut
Raja Rimba tinggal di sebuah istana di Belantara Niagara.
Rumahtangga yang dibina atas dasar saling cinta menyintai
amat bahagia. Sehati sejiwa saling hormat menghormati,
Saling bertukar pandangan dan sentiasa memikirkan masalah
seluruh haiwan yang ada di Belantara Niagara.
Kebahagian rumahtangga Raja Rimba tidak lama apabila
seluruh kaum Raja Rimba tidak senang hati dengan perkahwinan
Raja Rimba dengan Permaisuri Rimba.
Terutama sekali Puteri Harimau yang sudah lama menaruh hati
dengan Raja Harimau.
Puteri Harimau telah membuat strategi untuk membunuh Permaisuri Rimba yang ketika itu sedang sarat mengandung Putera Sulungnya.
"Beta... tak akan lepaskan si bedebah itu yang telah merampas
kekasih beta...beta mesti membalas dendam. Dia mesti mati!!!"
"Tapi macam mana kita nak bunuh dia Tuan Puteri sebab Raja Rimba
selalu berada di sisinya."
"Tak apa beta tahulah nak buat macam mana..."
"Kamu tengoklah nanti... dia akan menyesal kerana merampas kekasih beta!"
Ketika perbualan Puteri Harimau dengan pengikut-pengikutnya, dayang Permaisuri Rimba telah terdengar.
Jantungnya berdetak kencang...Dayang menangis kerana dia tidak mahu kehilangan Permaisuri Rimba yang amat disayanginya. Kebaikan Permaisuri Rimba kepada seluruh Rimba Niagara telah sebati dalam semua haiwan-haiwan kecuali puak-puak Raja Rimba yang sememangnya berdengki hati dengan Prmaisuri Rimba .
"Walau apa yang terjadi hamba takkan biarkan Permaisuri Rimba dibunuh hamba akan lindungi Permaisuri biarpun nyawa hamba jadi taruhan!!.
Petang itu Puteri Harimau datang ke Istana Rimba Niagara dengan membawa mempelam muda.
"Permaisuri...beta ada bawakan mempelam muda untuk Permaisuri..."
"Hi...sedapnya...beta sudah lama mengidamkannya...sudah serata tempat Kekanda Rimba mencari mempelam muda tapi baru sekarang beta dapat merasai mempelam yang beta idamkan...Terima kasih Tuan Puteri kerana memahami buah mempelam muda yang beta idamkan," kata Permaisuri Rimba penuh gembira.
"Kalau macam ni setiap hari beta boleh bawakan.. mempelam muda untuk Permaisuri lagi ye... sehingga Permaisuri melahirkan cahayamata."
"Baik sungguh hatimu Tuan Puteri...Kebaikan Tuan Puteri Beta amat
hargai dan amat terharu."
"Permaisuri kesayangan seluruh haiwan di Rimba Niagara ini...
apalah salahnya beta berkorban demi Permaisuri tanda kasih
sayang beta kepada Permaisuri."
"Terima kasih dinda putri."
Raja Rimba pulang dari berburu.
"Mana dinda dapat buah mempelam muda ni dinda?"
"Adinda Puteri Rimba ada datang tadi dia yang memberi dinda buah
mempelam ini."
"Dinda...kanda sudah lama kenal dengan hati budi Puteri Rimba tu...
Mesti ada niat tak baik kepada dinda..."
"Kanda...kanda...tak baik berperasangka yang bukan...bukan...
kita bersangka baik ye.. Ha...lagi pun bukan dinda yang nak
makan buah mempelam ni....anakanda yang dalam kandungan ni kanda..."
Permaisuri Monyet tergelak.
"Mentang-mentanglah kanda tak dapat carikan mempelam muda untuk dinda..."
Kanda dengar dalam kandungan dinda ye" Raja Rimba meletakkan telinganya ke perut permaisuri kesayangannya .
"Anakanda...anakanda nak pelam ye ...tak pe....kejap lagi
bonda kesayangan anakanda makan ye...anakanda."
"Kanda ni ada-ada aje lah..." Mereka suami isteri tergelak geli hati
yang bukan kepalang.
Malam itu Permaisuri Rimba tidak dapat tidur kerana perutnya memulas- mulas kesakitan.
"Dinda...dinda..kenapa dinda...." Tanya Raja Rimba penuh cemas.
"Sakit...! Kanda....Sakit sangat perut dinda ni.....!" Permaisuri
Monyet menangis tidak dapat menahan sakit perut yang amat sangat.
"Sabar lah dinda...jangan ....jangan dinda sakit nak bersalin..."
Raja Rimba menitahkan dayang memanggilkan Mak Bidan untuk menyambut anakanda diRaja.
Permaisuri Rimba selamat melahirkan seorang Putera yang sangat tampan.
Bentuk saling tak tumpah seperti Bonda Permaisuri dan berbelang-belang seperti Ayahanda Raja Rimba.
"Tuanku... Syurkur Allhamdulillah Permaisuri selamat melahirkan Putera
amat sempurna sekali. Tengok ni...rupa macam Tuanku dan Permaisuri. Cantikkan ..." kata Mak Bidan sambil memberikan Putera diRaja yang baru dilahirkan kepada Raja Rimba.
"Syukur Alhamdulillah dengan Kurniaan Allah pada beta."
Raja Rimba mengazankan pada Putera Baginda yang tercinta. Setelah itu Baginda terus masuk ke kamar mendapatkan Permaisuri yang masih lemah.
"Dinda...Terima kasih dinda kerana melahirkan anakanda untuk kanda...he tengok ni...rupa macam dinda dan belang-belang macam kanda....cantikkan..." Raja Rimba mencium putera baginda yang baru dilahirkan berkali-kali penuh kasih.
"Ye...lah kanda... anakanda kita sempurna sekali cantiknya. Belang-belangnya lambang kemegahan Keperwiraan. Dinda sangat bersyukur pada Allah ..kanda.
"Kanda pun begitu juga dinda...Bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan ini."
Tiba-tiba kedengaran suara cemas dari hulubalang istana.
"Tuanku... Istana sudah dikepung Tuanku...ramai pendekar istana dibunuh."
"Siapa yang punya angkara hulubalang."
"Puteri Rimba...Tuanku."
"Bedabah!Beta dah agak dah...Puteri Rimba akan melakukan sesuatu."
"Tuanku... Tuanku larilah dari sini Tuanku...."
"Kanda...Kanda....kena pertahankan Takhta Kanda...biar dinda dan anakanda yang pergi dari Istana Niagara ini."
"Dinda....! Kita kan dah janji hendak sehidup semati....Tidak dinda....Kanda tak akan biarkan dinda dan anakanda berpisah dengan kanda."
"Kanda...kekallah tahta di Raja...Puteri Rimba cuma mahukan kanda..dinda sudah relakan kanda...demi keharmonian semua haiwan di Rimba Niagara ini."
"Dinda...kenapa dinda korbankan kebahagiaan sendiri demi keamanan rimba raya ini?"
"Kanda ...sebenarnya kebahagiaan dinda adalah keselamatan dan keamanan semua penghuni Rimba Niagara ini kanda."
"Maafkan segala kesalahan dinda kanda... Insya-Allah ada peluang kita berjumpa ...ya kanda...." Permaisuri tidak dapat menahan sebak lalu berjuraian air matanya hingga tertitis air matanya ke wajah putera yang baru dilahirkan."
"Dinda...jagalah anakanda baik-baik ya...nanti kanda akan cari juga dinda dan anakanda ...."
Dayang dan hulubalang menemani Permaisuri dan Putera baginda melarikan diri dari Istana Niagara. Mereka merendah hutan di malam yang gelap gulita.Rupanya mereka telah diburu oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.
"Permaisuri...lari....lari segera....biarkan patik di sini," kata dayang istana penuh cemas.
Permaisuri sempat melarikan diri meninggalkan dayang dan hulu balang
yang telah berjaya dibunuh oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mac 2013
1 · 17 February 2014 at 21:16 ·
PUTERA SANG KURIANG BAHAGIAN (II)
Pagi yang hening itu terdengar satu das tembakan.
Permaisuri Rimba yang tidak bermaya sambil mengelek
puteranya sempat mengambil sehelai daun lalu daun
tersebut diperahkan susu untuk diberi minum kepada
puteranya yang sedang menangis kehausan.
Selepas itu Permaisuri Rimba rebah menyembah bumi.
Permaisuri Rimba mati terkena tembakan Pak Deli.
Tubuhnya berlumuran darah. Puteranya masih lagi
lagi dalam pelukan bunda tercintanya.
Pak Deli yang menyaksikan kejadian tersebut bagaikan
tersayat hatinya ditusuk sembilu. Timbul kekesalan
di hatinya yang amat sangat.
Dia mengambil putera dari dakapan bondanya yang telah
mati. Puas dia mengambil putera tapi putera masih tidak
mahu melepaskan pelukan bondanya. Akhirnya dia terpaksa
akur dengan kekuatan Pak Deli. Ketika Pak Deli meninggalkan
bondanya yang terbujur kaku dia sempat memandang bondanya
buat kali terakhirnya. Dan sempat dia memberi lambaian
terakhir kepada bondanya.
Sampai di rumah...Pak Deli menceritakan apa yang telah
berlaku ketika di hutan ketika dia sedang berburu.
"Abang...sampai hati abang tembak ibu monyet...dia
masih lagi menyusu....sampai hati abang memisahkan kasih
sayang ibu dengan anaknya.
"Abang pelik dengan anak monyet... ibunya hitam....anaknya
cantik...tengok tu bulunya berbelang-belang macam harimau."
"Apa pun alasan abang...abang tetap salah...tidak kasihan
ke abang pada nasib anak monyet ni nanti?"
"Kalau dijual anak monyet ni ...kita dah boleh jadi kaya...
tak perlu hidup sesusah ini lagi."
"Abang....biarpun berapa juta harga anak monyet ini...
saya takkan benarkan abang menjualnya? Saya nak belanya
kerana saya bertanggungjawab di atas kematian ibunya.
Saya dengar cerita abang pun saya telah jatuh kasih pada
anak monyet ini. Lagipun kita tidak punya anak..biarlah
anak monyet ini jadi anak kita..." kata Mak Limah sambil
memeluk putera dengan penuh kasih sayang. Putera dari
tadi memang Mak Limah dengan matanya yang kuyu seolah
minta dikasihani...kesedihan di atas kematian bondanya
masih dalam terbayang-bayang di ruangan matanya.
Sudah hampir dua bulan berita kehilangan Permaisuri Monyet
tidak dapat didengari oleh Raja Rimba . Puteri Monyet
memberi kata dua kepada Raja Rimba jika sekiranya Raja
Rimba tidak mahu mengawininya akan berlakulah peperangan
yang amat dahsyat di Rimba Niagara. Raja Rimba teringatkan
kata-kata Permaisuri Monyet.
"Kanda... apalah ada pada cinta kanda...biarlah dinda yang
terkorban asalkan penghuni rimba... aman bahagia selamanya.
Kanda mesti pertahankan kerajaan Rimba Niagara...biarpun
kanda terpaksa berkahwin dengan Puteri Harimau. Dinda sudah
relakan. Mesti diingat...penghuni Rimba Niagara adalah lebih
diutamakan daripada cinta kanda dengan dinda...ye...cinta
kanda kepada penghuni Rimba Niagara ...di situlah cinta
dinda pada kanda."
Majlis Perkahwinan di antara Raja Rimba dengan Puteri Harimau
dibuat secara besar-besaran..selama tujuh hari tujuh malam.
"Barulah bagaikan pinang di belah dua..." kata suku sakat
harimau."
Dengan termentrinya perkahwinan Raja Rimba dengan Puteri Harimau
maka tiadalah berlaku peperangan...dan terselamatlah penghuni
Rimba Niagara .
Putera yang dipelihara oleh Mak Limah diberi nama Sang Kuriang.
Sang Kuriang sangat cerdik dan pandai mengambil hati kedua orang
tua angkatnya.
Pak Deli yang pada awalnya ingin menjual Sang Kuriang tidak
jadi meneruskan hajatnya ....kerana tidak sampai hati melihat
isterinya Mak Limah berdukacita.
Sudah hampir Sepuluh tahun Sang Kuriang dipelihara oleh Pak
Deli dan Mak Limah.
Pada suatu hari, suatu peristiwa yang tidak disangka berlaku.
Apabila rumah Pak Deli terbakar. Pak Deli mati terbakar
hangus . Mak Limah dan Sang Kuriang sempat menyelamatkan diri.
Kini mereka ini tiada tempat berteduh . Mereka tinggal di sebuah
gua di dalam hutan.
"Emak...macam mana kita hendak teruskan kehidupan mak...dalam
hutan ni...apa yang kita nak makan nanti...."
"Kuriang anakku...kau dah besar panjang...kejadian asalmu kau
mahir panjat memanjat...usaha nak ye...mak dah tua ....dah
tak larat lagi hendak mencari rezeki untuk kita makan...inipun
nasib baik kita dapat tempat berteduh dari hujan ribut."
"Baiklah kalau itu yang emak kata...Kuriang akan cuba berusaha
mencari rezeki untuk kita meneruskan kehidupan."
"Bagus anakku...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...Yang
penting Kuriang mesti yakin dengan kebolehan Kuriang ye...nak."
"Ye mak..."
Pagi lagi di hutan belantara Kuriang memberanikan diri memanjat
dari satu pokok ke satu pokok. Pada awalnya tika mula mencuba
banyak kali dia gagal...tetapi kerana teringatkan kata ibu angkatnya
"Yakin dengan kebolehan sendiri" akhirnya Sang Kuriang berjaya
memanjat dan bergayut dari satu pokok ke satu pokok. Macam
Tarzan lagaknya. Kerana terlalu gembira yang amat sangat setelah
berjaya bergayut-gayutan ...hingga terlupa mahu pulang.
"Emak....emak...! Kuriang dah pandai memanjat....seronok emak...
tengoklah apa yang Kuriang bawa ni... emak makan... ye...air pun
Kuriang bawakan untuk emak. Ini semua berkat mendengar nasihat
emak...Percaya dengan kebolehan sendiri....:
Mak Limah merasa gembira...kerana Sang Kuriang sudah pandai
berdikari dan boleh menjaga makan minum Mak Limah.
Setelah setahun tinggal di gua tersebut...Mak Limah meninggal
dunia kerana sakit tua.
Sedihnya hati Sang Kuriang di kala itu Tuhan saja yang tahu.
Tapi kena tabah. Ibu angkatnya dikebumikan di atas sebuah
bukit di dalam hutan.
Kerana terlalu sedih Sang Kuriang tertidur di pusara ibu angkatnya
Mak Limah.
Dia bermimpi...
"Bonda sangat rindukan anakanda... carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah Rimba Niagara adalah ayahanda ...anakanda..."
Sang Kuriang tersedar dari mimpinya. Kata-kata....bonda rindukan
anakanda...carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah
Rimba Niagara adalah ayahanda anakanda..
Esoknya Sang Kuriang pergi ke Rimba Niagara mencari ayahandanya
yang dimaksudkan dalam mimpi tersebut.
Akhirnya dia sampai ke Istana Rimba Niagara. Dia meminta izin untuk
berjumpa dengan Raja Rimba Niagara.
"Ampun Tuanku sembah patik harap di ampun..ada rakyat ingin mengadap
Tuanku...ampun Tuanku,..." kata hulubalang.
Sang Kuriang dibenarkan masuk mengadap Raja Rimba.
"Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...."
"Apakah hajat tuan hamba mengadap beta?"
"Ampun Tuanku...sembah patik harap di ampun...adapun patik datang
ke Istana ini inginkan kepastian tentang maksud mimpi patik."
"Apa mimpi tuan hamba...ceritakanlah beta sudi mendengarnya."
"Adapun patik bermimpi ...bunyinya begini....bonda rindukan anakanda...
carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah Rimba Niagara adalah ayahanda anakanda....sebab mimpi itulah patik terpanggil untuk datang ke Istana Niaga berjumpa Tuanku."
"Oh tak syak lagi anakandalah...yang ayahanda cari-cari selama ini..
Oh! Anakanda ...ayahanda rindukan anakanda....ayahanda pun bermimpi yang sama." Raja Rimba memeluk puteranya yang selama ini dirindui.
"Bondamu telah pun mangkat dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan di-Raja....nanti ayahanda tunjukkan tempat. Bonda tirimu baru sebulan mangkat...Ya Allah syukur kerana dapat bertemu dengan anakanda hamba..
Syukur Ya Allah."
Putera Sang Kuriang telah ditabalkan menjadi Raja Rimba Niagara
yang baru menggantikan ayahanda baginda yang telah uzur.
"Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!"
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mac 2013
PANTUN PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)
Putera Abdul Malik empunya cerita,
Bergelar Raja Di Rimba Nilam Puri;
Telah berlaku perebutan kuasa,
Makanya ditumpangkan anak pada sahabat yang dipercayai.
Putera puterinya menjadi sahabat kepada Putera Sang Kuriang,
Diajar ilmu persilatan kepahlawanan DiRaja;
Agar menjadi Raja yang gagah perkasa penuh kasih sayang,
Mempertahankan rakyat di Rimba Niagara dan Nilam Puri tercinta.
Dalam perebutan kuasa Raja Abdul Malik menang,
Datang ke Rimba Niagara menjemput putera dan puterinya;
Terhutang budi dengan sahabat dan Putera Sang Kuriang,
Kebaikan dibalas dengan kebaikan penyambung ikatan hati dan jiwa.
Puteri Raja Abdul Malik dikahwinkan dengan Putera Sang Kuriang,
Disambut besar-besaran penuh gilang gemilang;
Semua rakyat meraikan perkahwinan diRaja berhati girang,
Makanya ikatan Raja dan rakyat bertambahlah kasih sayang.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 April 2015
PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)
Tersebutlah kisah di Rimba Nilam Puri telah berlaku
perebutan kuasa di antara Raja Abdul Malik dengan
Raja Ahmad Kamal. Raja Ahmad Kamal adalah sepupu
kepada Raja Abdul Malik.
Raja Abdul Malik berkahwin dengan Permaisuri Raabia'tul Adawiyyah.
Mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri.
Selama ini mereka hidup aman bahagia sekeluarga.
"Anakanda bertiga... sebentar tadi ayahada baru saja
menghantar pesanan kepada sahabat ayahanda Raja Badrul Hisyam
di Rimba Niagara untuk menumpangkan anakanda bertiga
di Istana Rimba Niagara. Anakanda selamat di sana...
Ayahanda dan bonda akan datang menjemput anakanda
setelah negari kita aman damai...sekarang dalam kucar
kacir...."
Mereka anak beranak saling berpelukan dan tangis pilu
menyelubungi Istana Rimba Nilam Puri. Permaisuri Atekah
mententeramkan tangisan anakanda putera dan puterinya.
"Anakanda puteri ...jangan nangis ye...nanti bonda
datang..." pujuk Permaisuri Raabiatul Adawiyyah sambil memeluk erat puterinya dengan tangisan pilu.
Ketika sampai di Istana Niagara...Raja Badrul Hisyam dan Putera Sang Kuriang menyambut kedatangan keluarga angkat mereka dari Istana Nilam Puri.
Sang Kuriang menjadi sahabat baik kepada putera-putera dan puteri .
Mereka 4 sahabat diajar ilmu persilatan . Setelah enam purnama
mempelajari ilmu persilatan mereka mahir ilmu persilatan , begitu juga puteri .
Sedang mereka duduk berehat...tanpa diduga kedatangan ayahanda Abdul Malik dan Permaisuri
Raabiatul Adawiyyah ke Istana Rimba Niagara.
Suasana sudah aman kembali. Raja Ahmad Kamal tewas dalam pertarungan dengan Raja Abdul Malik.
Upacara menyambut kedatangan Raja Abdul Malik bersama Permaisuri Raabi'atul Adawiyyah
disambut besar-besaran. Ketika itu juga diistiharkan pertunangan Puteri dengan Putera Sang Kuriang.
Genap tiga bulan mengikat tali pertunangan Puteri berkahwin dengan Putera Sang Kuriang. Majlis amat meriah sekali disambut dengan penuh gilang gemilang.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 April 2015
PERSEMBAHAN TEATER DIRAJA ,'PUTERA SANG KURIANG' DIADAKAN DI PANGGUNG BANGSAWAN MERAK KAYANGAN
ARAHAN PUTRA ARJUNA NEGERI ANTAH BERANTAH
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
TETAMU JEMPUTAN:
SELURUH KERABAT DIRAJA MELAYU
& RAKYAT YANG MEMPERTABATKAN INSTITUSI DIRAJA
PAKAIAN : TRADISIONAL MELAYU
HARGA TIKET: MENGIKUT ZAMAN
TIKET TERHAD
BAGI YANG TERLEPAS PELUANG
JANGAN GUNDAH GULANA JIKA MENDAPAT SAMBUTAN
TEATER DIRAJA,' PUTERA SANG KURIANG' AKAN DIADAKAN
BERTERUSAN HINGGA KE GENERASI MASA AKAN DATANG!
DATANG JANGAN TAK DATANG!
"RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA"
FESTIVAL FILEM BANGSAWAN DIRAJA,' PUTRA SANG KURIANG' KARYA RATU RIMBA NAGARA MOGA MENDAPAT SAMBUTAN DARIPADA SEMUA GOLONGAN GENERASI KINI DAN AKAN DATANG AAMIN.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013
(DISIARKAN DI WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & RATU RIMBA NIAGARA , RAJA NOR JAN SHAH, ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU, WARISAN KELANTAN , WANGSA MAHKOTA SELANGOR, KESULTANAN JOHOR, KESULTANAN KELANTAN, GRUP SRI PEMANGKU ADAT & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & PANGERAN KAMARUDDIN HAJI YUSOF SANI, KESULTANAN INDRAPURA, KESULTANAN MATARAM, KESULTANAN SIAK, PERKUMPULAN KRATON NUSANTARA, KRATON NUSANTARA, SULTAN BROTOWIJOYO YUSODIPURO, KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & KRATON KERAJAAN SURGA PESONA DUNIAMAYA, SASTRA MATARAM, KHAIRUDDIN AL YOUNG II GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA ,PANGERAN ITOE OELY'X , KHAI NOOR (KERABAT DIRAJA JEMBAL) , LT KOL AHMAD TAJUDDIN , LAKSAMANA PENDEKAR TEMASEK, LEFTENAN ADAM SAKEENAH, PANGLIMA PERANG, SANG HELANG, BADAR AL -AHMAD, ARJUNA AKMALIAH,ANDI ASPAR ARUNG DIDI, DEN MAT MANGKUBUMI)
15 April 2013
(PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
Like · · April 15, 2013 at 2:03pm near Kuala Lumpur ·
"SELAMAT HARI LAHIR KEPADA PUTERA MAHKOTA BILLAHI"
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN KEPADA PUTERA MAHKOTA BILLLAHI MOGA DIPANJANGKAN UMUR DALAM KEBERKATAN ILAHI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
MOGA IKATAN SILATURRAHIM NEGARA JIRAN ANTARA BRUNEI DAN MALAYSIA DIBERKATI ILAHI AAMIIIN
SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN PUTERA MAHKOTA BILLAHI DISIARKAN TEATER BANGSAWAN DIRAJA SEBAGAI CENDERA HATI DARIPADA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA TANDA KASIH SAYANG DUNIA AKHIRAT SESAMA SAUDARA SEISLAM DI ANTARA RAKYAT DAN RAJA.
UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
18 Rabiulakhir 1435H
18 Februari 2014
1 · 17 February 2014 at 21:09
TEATER BANGSAWAN DIRAJA KARYA RATU RIMBA NIAGARA
DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN PERKAHWINAN DIRAJA PUTERA SULTAN BRUNEI DARUSSALAM, ' PRINCE ABDUL MALIK DENGAN DK RAABI'ATUL ADAWIYYAH MOGA CINTA SAMPAI KE JANNAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
22 Jamadil' Akhir 1436H
12 April 2015
KARYA SASTERA DISIARKAN DI PAGE KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
26 JAMADIL'AKHIR 1436H
16 APRIL 2015

Tunjukkan lagi reaksi
 Komen



PUSTAKA ILMU BUYA HAMKA
Buya Hamka
Sudah 31 Tahun wafat mu
Hari ini genap 31 tahun pemergiaanmu ke alam baqa
Serasa baru semalam saja kita berpisah dunia
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Begitu hebatnya cintamu pada kami
Yang telah kau tinggalkan
Dengan segala ilmu dunia dan akhirat
Membaca karyamu
Kami kenal apa itu manusiawi
Kami kenal siapa diri kami
Cumalah seonggok daging
Yang tiada apa-apa arti jika tidak
Diselarikan dengan akal roh yang
Mahukan ke jalan-jalan Ilahi
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sepanjang hayat hidupmu
Adalah pengabdian seorang hamba kepada Pencipta-Nya
SUBHNALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Segala ilmu yang kau taburkan di muka bumi ini
Bagaikan permata-permata turun dari Syurga
Untuk kami mengutipnya
Agar dapat menyinari hati iman kami yang kelabu berjerubu
Yang terpesona dengan cinta dunia sementara ini
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukur kami Tuhan kerana Kau hadirkan seorang Ulama
Untuk kami mengutip segala ilmu dunia akhirat
Yang ditinggalkan di khazanah pustaka ilmu
Milik BUYA HAMKA MILIK SEMUA
Jadikanlah PUSTAKA ILMU BUYA HAMKA INI
Bagaikan PERMATA-PERMATA DARI SYURGA
Yang sesiapa membaca, mentelaah, menghayati,
Mengamalkannya adalah saham akhirat untuk
Buya Hamka sehingga Qiamat
Ammin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
4 Ramadhan 1433H
24 Julai 2012
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YANG DIKASIHI ALMARHUM BUYA HAMKA MOGA TENANG ROHMU DI SYURGAWI BERKAT ILMU DUNIA AKHIRAT YANG DITINGGALKAN AAMIIN)



Ratu Rimba Niagara kemas kini gambar profil beliau.

Foto Rabeah Binti Mohd Ali.



CAHAYA HIDAYAH ILAHI
"Cukuplah Al-Quran Dan As-sunnah peganganku"
UNTUK MENDAPAT BALASAN SYURGA DARI ALLAH MESTI MENJADI HAMBA-NYA YANG BERIMAN DAN BERTAKWA. MOGA KITA TERGOLONG DI KALANGAN HAMBA-NYA YANG BERIMAN DAN BERTAKWA. AAMIIN.

Foto Sociedad Argentina de Horticultura.

  


'PUISI-PUISIMU NILAINYA LEBIH BESAR DARI EMAS PERMATA', ASMIRA SUHADIS
SENYUM
BERSANGKA BAIK PADA ALLAH SWT SEJAK BERADA DALAM KANDUNGAN IBU LAGI
Norhamimal Ashraf Mngkin baby ni fikir dan berdoa.krn dia tau hidup di dunia teruk dr berada dlm perut.
Rabeah Binti Mohd Ali baby ini berdoa kerana dia selamat dilahirkan ke dunia agar dapat menjadi hamba Allah untuk menunaikan sumpah setianya ketika rohnya ditiupkan di usia tiga bulan didalam kandungan ibunya...Wallahualam.

Foto Husnul Khatimah.
Husnul KhatimahIkuti
Bayi baru lahir tangan mengangkat berdo'a.. ketik Subhanallah! Yg like n komen aamiin semoga dikasih anak soleh solehah aamiin..
#like n share..
#add/follow  Husnul Khatimah ya
YA ALLAH JIKA ADA PAHALA DI SETIAP PENULISANKU SAMPAIKANLAH PAHALA ITU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

>>>>>>MARILAH JADI ORANG BIJAKSANA DALAM SETIAP TINDAKAN<<<<<<
Semoga bermanfaat ,,aamiin,
BANGUNLAH SATU DUNIA DI MANA SEMUA BANGSA HIDUP DALAM DAMAI DAN PERSAUDARAAN' BUNG KARNO
PETIKAN PAGE PRINCE ABDUL MALIK , WALL RATU RIMBA NIAGARA &
GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
14 REJAB 1436H
3 MEI 2015
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 REJAB 1436H
3 MEI 2015



Lagu: Adai-Adaina Laila Cinta Pengantin Diraja Ciptaan: Pg Hj Mohd Khairul Amilin bin Pg Hj Yahya Senikata: Hajah Aminah binti Haji Momin Susunan muzik: Pg H...
YOUTUBE.COM
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
22 JAMADIL'AKHIR 1436H
12 APRIL 2015



Now this is how you do a wedding, you guys. The Sultan of Brunei's youngest son, Prince Abdul Mal...
EONLINE.COM

SukaTunjukkan lagi reaksi
                                                                                                                                  Komen
AKU CINTA KAMU MERAH PUTIH  BHG 4
                         
                                         
Ratu  Rimba Niagara mengirim dalam 5 kumpulan.

Foto Garudaku, Garudamu, Garudakita.


  •                                                           
Ratu Rimba Niagara berkongsi Garudaku, Garudamu, Garudakita foto ke kumpulan: Sri Pemangku Adat
  • 1 min
    GARUDAKU, GARUDAMU,GARUDAKITA
    GARUDAKU
    GARUDAMU
    GARUDAKITA
    BIARPUN BERBEDA PENDAPAT
    CITA-CITA TETAP SAMA
    DISAMAKAN OLEH IKATAN
    JARINGAN LABA-LABA
    SALING BEKERJASAMA
    MENDUKUNGI CITA CITA ANAK BANGSA
    GENERASI DULU, KINI DAN AKAN DATANG
    DISATUKAN CITA-CITA DAN HASRAT MURNI
    MEMBINA JARINGAN LABA-LABA NAN INDAH
    PENUH STRATEGI DALAM KEINDAHAN
    KASIH SAYANG
    DIPADAMKAN SEGALA KEEGOAN
    SEKALIPUN PUNYA SEGALA
    BARULAH SEMPURNA JARINGAN
    LABA- LABA NAN INDAH
    BARULAH
    GARUDAKU
    GARUDAMU
    GARUDAKITA
    BISA TERBANG
    MENGGAPAI BINTANG
    DI LANGIT KE TUJUH
    INSYA-ALLAH AAMIIN
    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
    26 JAMADILAWAL 1435H
    28 MARET 2014

    SukaTunjukkan lagi reaksi
                                                                                                                    

Ratu Rimba Niagara mengirim dalam 5 kumpulan.

Foto Garudaku, Garudamu, Garudakita.

AKU CINTA KAMU MERAH PUTIH  BHG 3
                         
                                         
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE-71 TAHUN
KHAS UNTUK SAHABAT SEBERANG
Selamat hari merdeka. Selamat mencipta mimpi dan membuka jalan bagi harapan-harapan. 📷)Terima kasih


Foto Dinda Astri.
                                                                    
14 JAMADIL'AKHIR 1436H
4 APRIL 2015






Siti Hajar, Amnah Majid dan Saniah Masri menyukai siaran anda dalam Meja Ekspresi Puisi: "PERANCANGAN ALLAH YANG TERINDAH MOGA..."
pada 23hb Mac jam 4.02 pagi
Abe Lie Lie menyukai kiriman anda dalam 💓💞~BICARA HTI K€ HTI~💞💓.: "ALLAH DI KALA AKU DISEPIKAN KAU TAK..."
pada 23hb Mac jam 2.29 pagi
Aisha Jeanny menyukai kiriman anda dalam Sri Pemangku Adat.: "ALLAH DI KALA AKU DISEPIKAN KAU TAK..."
pada 23hb Mac jam 12.24 pagi
Amnah Majid menyukai kiriman anda dalam Meja Ekspresi Puisi.: "SAHABAT YANG SUDI LIKE DAN KOMENTAR..."
pada 23hb Mac jam 12.11 pagi
Bambang Ahmad telah menambah satu foto di Sahabat Setia Sehati Sejiwa pada hari Selasa: "Selamat malam".
pada 22hb Mac jam 11.09 ptg
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA. BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM MAAL HIJRAH 1438H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Maharaja Kutai Mulawarman with Muhammad Isma Asri and 5 others.
September 30, 2015
Napasmu Menghembus di 5 Benua Mengukir untaian Kata Seribu Makna Kujulang Tinggi Rasa Terima Kasih Kepada Sang Ratu Rimba Niagara Yang Disanjung Sebagai Ibunda Pemilik Jiwa Yang Iklas Berjuang dengan Kasih Sayang Dan Cinta..........................................
Rusli Saleh lebat sungguh ceri di lembah
pulau pauh di tngah lautan
hebat sungguh Ratu Rimba Niagara
merantau jauh ke Kalimantan, ,(,salut,,dgn saudari)
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sahabatku Rusli Saleh yang tak jemu memberi sokongan kepada hamba untuk terus bersastera.

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
2 Zulkaedah 1438H
26 Julai 2017
     

0 comments:

Post a Comment

 
;