Saturday, 14 October 2017

HIJRAH (83) MOGA PERSAHABATAN INDAH SEINDAH SYURGA AAMIIN


HIJRAH (83) MOGA PERSAHABATAN INDAH SEINDAH SYURGA AAMIIN


Ya Allah pautkan hatiku mendengar zikir munajat memujaMu memujiMu
dan bahasa Engkau redhai Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

MOGA PERSAHABATAN INDAH SEINDAH SYURGA AAMIIN
MOGA KITA DAPAT BERPUISI DI TAMAN-TAMAN SYURGA
Terima kasih atas sokongan tuan hamba ke hamba......
Continue Reading

News Feed

Like
Comment
Comments
Ratu Rimba Niagara Sama-sama sahabatku. Moga persahabatan kita indah seindah Jannah. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.


MOGA PERSAHABATAN INDAH SEINDAH SYURGA AAMIIN
MOGA KITA DAPAT BERPUISI DI TAMAN-TAMAN SYURGA
Terima kasih atas sokongan tuan hamba ke hamba...
hamba tunggu puisi indahmu ....
buatlah apa pun tema asalkan ada Nilaian di Sisi Allah SWT
Insya-Allah Aamin.
Biarpun pendek asal kamu tahu apa mahu puisimu sebenarnya untuk di dengari para Malaikat Pencatat amalanmu.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
18 Sept 2012
HADIAH KITA UNTUK GENARASI SENUSANTARA
Allah SWT temukan kita di sini pasti ada hikmah-Nya.
Inilah hikmahnya
saling berbagi ilmu...
saling berpuisi saling bantu
membantu sesama rakan sastra
agar berjaya apa yang diperjuangkan.
rugi kita lepaskan peluang yang amat berharga ini.
Kita bersastra apa yang terdaya oleh kita...
dan malang bagi kita jika kita saing sepi menyepi
hingga sepi itu di bawa ke mati sampai matipun orang
tak tahu yang kita punyai bakat menulis dan lebih malang lagi
jika ditanya Allah SWT di mana bakat menulis kamu yang
Aku Kurniakan padamu duhai hamba-Ku...
apa yang hendak kita jawabkan nanti...sahabat sastraku...
biarlah kita jadikan diri kita sebutir pasir kerana
tanpa sebutir pasir tiada jadilah pantai
dan jadikan kita seperti setetes air tanpa setetes air tiada jadinya tasik.
Makanya kita saling lengkap melengkapi saling memerlukan untuk menjayakan misi dan visi sastra kita sebagai hadiah untuk generasi kita
Senusantara pada masa hadapan.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Sept 2012
MOGA KITA DAPAT BERPUISI BERSAMA-SAMA DI SYURGA
Moga puisi-puisi kita menuju ke Jalan-Jalan-Nya dengan
rasa hamba-Nya yang amat kerdil dengan menggunakan
bahasa-bahasa berbunga-bunga Syurga...
Insya-Allah kita bertemu di Taman-Taman Syurga
dan berpuisi bersama-sama SUBHANALLAH indahnya
jika dapat berpuisi bersama rakan-rakan sastra kita di dunia dulu ...
Hanya Allah saja yang tahu betapa bahagia kita di kala itu...
Insya-Allah Aamiin selagi kita bersangka baik pada
Allah Azzawajallah. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Sept 2012
Abdul Majid Baharom Syabas ... cantik lagi menarik ... bahasa yg tersusun indah serta puitis ...
Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah...terima kasih sahabatku...walaupun kamu tak bisa bersastera puitis namun komentarmu cukup puitis....teruslah komentar yang puitis Insya-Allah kan bisa menulis ayat-ayat puitis dengan harapan ada Nilaian di SisiNya .Aamiin.
İsmail Can berkongsi kiriman Ratu Rimba Niagara.
KITA PATRIKAN PERSAHABATAN HINGGA KE SYURGA AAMIIN
'Anda Santun Kami Segan,'
INDAHNYA BUDI BAHASA
Ratu Rimba Niagara:
Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada rakan yang berbudi bahasa;
Marilah kita sama-sama bicara,
Bicara soal indahnya berbudi bahasa.
Yahya Isa ...
Keli di lumpur dilantun kelisa,
haruan di paya memakan umpan;
berbudi luhur santun berbahasa,
warisan budaya zaman berzaman.
Ratu Rimba Niagara:
Berbudi luhur santun berbahasa,
Tenang hati bahasa tersusun;
Dijaga rapi bila berbahasa,
Agar didengar penuh santun.
Yahya Isa ....
Berbunga corak busana Melayu,
diambil selembar diberi teman;
suara lunak terasa mendayu,
sekali terdengar hati tertawan.
Ratu Rimba Niagara:
Budi bahasa indah ditutur,
Didengar hati tertawan;
Berfikir dahulu sebelum ditutur,
Agar lebih menjadi hati tertawan.
Yahya Isa ....
Bersimpuh dara sambil berpantun,
kemas lancar melontar madah,
luruh di jiwa melihat santun,
biar dipagar sanggup kuredah.
Ratu Rimba Niagara:
luruh jiwa melihat santun,
itulah bahasa pengikat jiwa,
merana badan hilang santun,
hilang kasih hilang jiwa.
budi bahasa pengikat kasih
kasih mengasihi sesama insan
saling membantu penyeri kasih
senyuman terukir di hati insan
Budi bahasa lambang jiwa,
Hati nurani seputih salju;
Indah bahasamu penenang jiwa,
Membuatkan hatiku terus merindu.
Yahya Isa ...
Teruna dara pulang berkebun,
disambut ibu tengah halaman;
merana jiwa hilang santun,
lembut ayu berubah jangan.
Ratu Rimba Niagara:
lembut ayu berubah jangan,
itu lambang kesopanan melayu;
sesama kita bergaduh jangan,
memaafi buang dendam di hatimu
Saling bermaafan sesama kita,
Kerana kita insan tak sempurna,
Jangan dikenang kekhilafan lama,
Barulah lengkap iman sempurna.
(GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
18 Sept 2012
PANTUN ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa;
Indahnya budi kerana bahasa,
Bahasa jelek hati terasa.
Budi dibalas racun berbisa,
Lagi berbahasa lagi berbisa;
Berkatalah pada reti bahasa,
Nggak faham bisulah bahasa.
Sejambak budi sejambak bahasa,
Indahnya budi meresap ke hati;
Tiada kata seindah bahasa,
Bahasa indah harum di hati.
Bahasa kukait dengan cinta,
Budi kuhargai hingga ke mati;
Indahnya bahasa kerana cinta,
Indahnya cinta setulus hati.
Hari-hari berbahasa indah,
Serasa berada di taman Syurga;
Semua temanku bermadah-madah,
Madah pujangga bak penghuni Syurga.
Bahasa mu indah menguntum senyuman,
Senyuman berseri bak bulan purnama;
Dalam hati kau teman idaman,
Terpatri cinta di Syurga bersama.
Hari-hari ku petik bunga bahasa,
Lalu kukarang sejambak bahasa;
Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
Teman istimewa tahu bahasa.
Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
Bahasa indah hadirlah di hati;
Kuungkapkan indahnya bahasa,
Bahasa hati pada yang mengerti,
Duniaku dunia bahasa,
Karyaku karya bahasa;
Indahnya karya bahasa,
Berartinya karya bahasa.
Bahasa indah terkuntum senyuman,
Setiap bahasa sentiasa dijaga;
Kata-kata indah terukir senyuman,
Pahala dibawa hingga ke Syurga.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Oktober 2012
BERERTINYA KEJUJURAN
Sesiapa saja boleh melafazkan jujur,
Mulut berkata lain hati bicara lain;
Jadi mana letaknya jujur,
Sejujurnya tanya hati tanyalah iman.
Kejujuran terletak pada hati,
Hati yang ikhlas tersirna kejujuran;
Orang yang jujur sentiasa dihormati,
Sahabat sejati selalu memberi sokongan.
Hati tak nampak kerana terselindung,
Perselindungan yang penuh teka teki;
Orang yang ikhlas tak perlu bimbang,
Kerana mata batin nampak di hati.
Kejujuran terserlah di hati,
Bila berkata lahir dari sanubari;
Mata berkaca sejernih air di kali,
Senyuman terukir wajah berseri.
Bila kejujuran nampak di hati,
Semua janji akan ditepati;
Bukan seindah menabur janji,
Memakan diri tak tertunai nanti.
Orang jujur ramai yang menyukai,
Bila bercakap seikhlas hati;
Bukan kejujuran sampai memakan diri,
Diperkotak katikkan sesuka hati.
Bila berkata asyik membangga diri,
Kerana rasakan hidup serba sempurna;
Perasaan orang lain tidak diambil peduli,
Sahabat menjauhkan diri kerana hati terluka.
Kejujuran buat hati jadi tenang,
Segala urusan dipermudahkan Tuhan;
Ditempuhi segala dugaan yang datang,
Moga mendapat redhaNya Tuhan.
Berertinya kejujuran dalam setiap kehidupan,
Hidup dilalui bagaikan sinar ketenangan;
Wajah berseri-seri hati penuh keceriaan,
Tiada langsung berdengki-dengkian .
Teman menyelewang hati tak keharuan,
Bila berkata tiada kebenaran;
Perkataan yang sia-sia yang diluahkan,
Persahabatan hambar tiada kekekalan.
Hati terhiris bak sembilu pilu,
Kata-kata diluahkan bagaikan hirisan;
Hirisan hati penuh pilu,
Biarkan kuundur diri jangan aku dipersalahkan.
Jangan aku dipersalahkan,
Kesan dari ketidakjujuran;
Mulut mengiyakan hati menafikan,
Itu tandanya orang mempersendakan kejujuran.
Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.
Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.
Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.
Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
20 Julai 2011
PANTUN TIGA SAHABAT DI HATI BERBUNGA CINTA SYURGA
Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.
Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.
Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.
Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.
Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.
Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.
Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.
Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.
Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.
Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.
Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.
Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.
Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.
Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.
Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.
Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.
Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.
Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.
Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.
Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.
Karya: PUTRI RIMBA NIAGARA
26 April 2012
(PANTUN IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF INI ISTIMEWA UNTUK PERI KECIL PALING CANTIK DEWI SEKAR TANJUNG TERSAYANG)
İsmail Can
Sahabat sejati itu ibarat berlian, sangat berharga dan jarang dimiliki; Sedang sahabat palsu itu ibarat dedaunan; yang bisa ditemukan di mana saja.
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM RAMADHAN 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
18 Ramadan 1437H
23 Jun 2016
Drp Abi Hurairah r.a menceritakan kepada kami (perawi) drp Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt berfirman: "Jika hamba-Ku mendekat (menghampirkan dirinya/datang) kepada-Ku satu jengkal, Aku akan mendekat padanya satu hasta, dan jika dia mendekat kepada-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekat kepadanya satu depa, jika dia mendekat kepada-Ku dengan satu depa maka Aku akan mendekat kepadanya lebih cepat lagi".
(Muslim : 2677, Ahmad :27410)
Selamat beramal....
Indahnya hidup ini...
YA ALLAH IZINKAN AMALANKU YANG TAK SEBERAPA INI MENJADI PENEMAN DI ALAM BARZAHKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
YA ALLAH JADIKAN KAMI PENCINTA AL-QURAN AGAR HIDUP KAMI BAHAGIA DUNIA AKHIRAT AKHIRAT. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
KEPADA SELURUH PENGHUNI BUMI YANG TERCINTA WALAUPUN JASADKU BERADA DI PERUT BUMI NAMUN KARYA-KARYAKU TETAP HIDUP DI JIWAMU ITULAH LAMBANG CINTA DAN KASIHKU . KARYA-KARYA SASTERA YANG KUTINGGALKAN MENANDAKAN AKU PERNAH BERHIDUP DI MUKA BUMI ALLAH SWT, MENYATAKAN BETAPA AKU KASIH DAN SAYANGKAN SELURUH PENGHUNI BUMI WALAUPUN KITA SALING TAK MENGENALI TAPI KASIH SILATURRAHIM MENYATUKAN KASIH KITA DI SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN.
PERTEMUAN KITA DI ALAMMAYA ATAS KEHENDAK-NYA PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK TAKDIR PERTEMUAN INI UNTUK MENDAPAT MANFAAT DAN MEMBERI MANFAAT DUNIA AKHIRAT KEPADA SEMUA. INSYA-ALLAH AAMIIN
YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTERAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU
AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU
AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA
ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH
TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA
YA ALLAH KERANA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH DARI-MU
JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHO ATAS TAKDIR-MU
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA
YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU
JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI
RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURATYANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA
RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.
NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA, BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS-TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP ,
MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
7 Rabiulakhir 1435H
7 Februari 2014M
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterimakasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA, TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
24 Muharram 1439H
15 Oktober 2017

0 comments:

Post a Comment

 
;