Tuesday, 21 November 2017

HIJRAH (163) RINDU HANYA PADA-NYA


HIJRAH (163) RINDU HANYA PADA-NYA

ALLAH AL-KHOLIQ YANG MAHA PENCIPTA

YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini...

GUGURNYA PARA SYUHADA DI BUMI GAZA
Duhai… Rakyat Gaza tersayang
sabarlah dengan dugaan Allah ini
kami di sini dapat merasakan
penderitaan kalian di sana,
kalian tentu dalam keadaan sangat getir
menghadapi dugaan yang amat berat ini!
Kelaparan…! Kesakitan…!
Kezaliman rejim zionis ke atas
kalian dan kematian keluarga
tersayang ada di mana-mana…!
Ya Allah…
Selamatkan rakyat Gaza…
Selamatkan bumi Gaza...
daripada kekejaman Israel.
Kami percaya…
Kalian dapat
menghadapi dugaan ini
dengan tenang kerana pasti
kalian gugur sebagai para syuhada!
Syuga adalah tempat yang layak untuk kalian!
Subhanallah!
Karya: Ratu Rimba Niagara
4 Muharram 1434H
18 November 2012M
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Muharram 1434H
TERIMALAH SYAHIDKU
Hari ini
di kala kita di sini
diulit mimpi
mimpi indah-indah tapi tak pernah bermimpi
ada di luar sana di sebuah negeri
sedang diuji
diuji
terus diuji Ilahi
tanpa henti
tak tahu bila akan berhenti
tapi
mereka tabah dalam redha takdir Kaseh Ilahi
tapi sadarkah kita saudaraku yang dikasihi?
kita pun sedang diuji
sebenarNya diberi mata hati
masih tak punya hati
masih tak wujud ehsani
tiada sedikit pun ehsan simpati
untuk membantu saudara kita yang dizalimi
mereka zionis Israel laknatullah sesuka hati
melancarkan serangan bertubi-tubi
kepada saudara kita di bumi Gaza yang dikasihi
di langit Gaza berdentam berdentum sana sini
bagaikan indahnya cahaya api
sambil bergelak ketawa mereka zionis israel tika membedil
mereka di angkasa raya gelak ketawa
sedangkan di bumi Gaza
berteriakan rakyat Gaza yang tak berdosa terkena bedilan
yang digugurkan bagaikan salji...
lautan tangisan
lautan darah
lautan jenazah para syuhada
ada di mana-mana
darah mereka yang tak berdosa
atas kerakusan zionis laknatullah
menjadi sungai darah para syuhada
sungguh pun merah pekat di pandang mata
aliran sungai darah para syuhada di Gaza
itu adalah lambang cinta mereka pada Allah Azzawajallah
wangian sungai darah para Syuhada
dapat dihidu oleh penghuni Syurga
tak terfikirkah kita...
adakah kita masih bermimpi
atau saja tak mahu memikirkan
gimana kita boleh membantu
saudara kita yang masih selamat di sana
tidakkah kita mahu membantu mereka
termampu daya kita
percayalah kepekaan kita
kepada saudara kita di bumi Gaza
ada Niaaian di sisiNya
mari bersama kita fikirkan
gimana mahu membantu mereka
agar mereka selamat dari kekejaman
zionis yahudi laknatullah itu...
jika kita masih berleka lagi
tidak memperdulikan saudara kita di Gaza
tidak mustahil negara yang kita cintai ini
akan ditakluki oleh zionis laknatullah itu
kerana itu janji mereka
tidak akan membiarkan
seincipun bumi Islam di muka bumi ini
dan masa itu baru kita tahu
gimana penderitaan rakyat Gaza
tanpa dibela saudara seislamnya
menyesal pun tak berguna
mungkin tika itu kita sudah pun
berada di alam barzah
mereka dikira mati syahid
tapi kita gimana?
dulu ada kesempatan berjuang fisabilillah
alasan takut mati
alasan takut habis harta
tapi takut mati akhirnya mati juga
kalau masa hidup ada kesempatan mati syahid
tapi bila dah mati tak tertebus syahid
syahidku di mana?
Allahu Akbar...
aku hambaMu
aku mahu pulang kepadaMu
terimalah syahidku
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Ratu Rimba Niagara
6 Muharram 1434H
20 November 2012M
Like ·
Yesterday at 1:21pm · Like · 1
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
GAZA SYURGA MENANTIMU

saat kupejam mata

apakah yang berlaku di bumi Gaza?
air mataku berderai tanpa henti
jiwaku meronta
sesak nafasku
seakan terhenti detak jantungku
seakan dendamku membara kepada
rejim Zionis dan sekutunya Amerika
yang zalim lagi keji terkutuk itu?

kamu....kamu...kamu....
adalah syaitan yang mempertopengkan manusia?
mata letaknya mata hati kamu?
kamulah ahli neraka paling bawah sekali
itu doa kami paling layak untuk kalian
yang bermaharajakan syaitan dan iblis
segala syaitan kamulah
segala iblis kamulah
laknatulah!
kamu manusia paling terkutuk!
aku benci...aku benci...aku benci....
hilang sabar aku gara-gara kalian
apabila melihat keganasan dan kezaliman
yang tidak berperikemanusiaan
kepada saudara seislamku di bumi Gaza

Langit yang aman damai
kamu ledakkan dengan
dentuman peluru maut
merentap nyawa
ribuan saudara seislamku

Dentuman peluru
Kau gugurkan dari langit
bagaikan hujan salji
tanpa henti memusnahkan
segala yang ada di bumi Gaza
ranap dalam sekelip mata
mereka saudara seislamku
bertempiaran lari
mencari tempat perlindungan
tapi tiada tempat yang selamat
hanya menadah tangan
menunggu bantuan Ilahi
menyelamatkan
datuk nenek, ibu ayah. suami isteri anak, adik kakak, saudara mara
yang kini bergelimpangan mayat di sisinya
mayat-mayat yang tersayang terburai daging sana sini
paling dahsyat!
memilukan menyayatkan hati!
dendamku padamu kian membara
akan aku pastikan suara dendamku ini
akan sampai ke seluruh benua alam
akan bangkit para tentera fisabilillah pejuang syuhada
membantu saudara seislamku di bumi Gaza
kerna di sana Syurga menanti...

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Muharram 1434H
RINDU SERINDUNYA PADA AHLI GRUP OMBAK RINDU
Zariah Zaidon mgalah...untuk mcari kbahgiaan yg lbh bahagia untukhari ini...esok...dan seterusnye.....
Ratu Rimba Niagara Aamiin. Ya Rabbal A'Lamin.
WARKAH UNTUK DINDA ZARIAH ZAIDON
Terima kasih dinda Zariah Zaidon...
kata-katamu meredakan ledakan rinduku
yang telah dicampakkan ke bara gelombang ombak mengganas2...
kau saja yang sudi menarikku dalam bara gelombang ombak
mengganas itu dan meletakkan aku di tempat yang aman ...damai..
daripada pekikan dan lolongan puisi melenyap lumatkan
puisi-puisiku di sini....
ketiadaan ku di sini nanti...
berkukuhlah kau di sini
memerhatikan bunga-bunga puisi nan indah-indah
mekar mewangi di taman hati...
biarlah aku bawa hatiku yang lara ini
namun kudoakan
semuanya sukses di sini
sukses di dunia sukses di akhirat Aamiiin
tak apalah di maya ini kita tak ketemu
Insya-Allah kita ketemu di Syurga Aamiin
Biarpun di alam maya ini kita tak saling kenal mengenal
cuma kenal bahasa maya
ada kalanya bahasa maya
biarpun tak kenal orangnya
tambahan pula
yang menyerupai
pelbagai wajah
bukan wajah sendiri
agar senang
untuk menggunakan bahasa maya gua punya suka
lagilah penyamaran bahasanya amatlah menikam kalbu
seolah setiap perkataan yang ditulis tidak ada dinilai
oleh malaikat pencatat ...
serasa dirilah yang sempurna...
Apapun terima kasih kepada semuanya
kerana sudi membaca karya hamba
sepanjangan 8 bulan bersiaran di sini
tanpa henti secara percuma...
moga apa yang dikaryakan ada Nialian
di SisiNya. Aamiin.
Akhir sekali jika ada karya-karya hamba
yang melukakan hati rakan-rakan di grup ini
hamba menyusun sepuluh jari memohon maaf
sudilah maafkan kerana di akhirat nanti kita
tak saling menuntut pahala...biarlah kita
merendahkan diri memohon maaf pada
mereka asalkan kita tak hina di akhirat nanti...
sudi maafkan ye...
Rakan mayamu dari rimba....
Ratu Rimba Niagara..
7 Muharram 1434H
21 November 2012 M
Zariah Zaidon  sama2...dan terima kasih....jugak...pada kanda Ratu Rimba Niagara........
Ratu Rimba Niagara Terima kasih dinda Zariah Zaidon...doakan kanda dapat menulis sehingga terhenti nafas terhentilah pena...
Zariah Zaidon insyaAllah......kanda Ratu Rimba Niagara...sesungguhnye..berbincang dgn teman dapat menghilangkan kesedihan,,bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai...membaca nukilan dari kanda
Ratu Rimba Niagara....dapat menenangkan hati.......
RINDU SERINDU-RINDUNYA PADA AHLI GRUP OMBAK RINDU
Duhai dinda...
alangkah bahagia tika
hati kanda terlara luka
dinda ada tika itu
sudi merawat luka kanda
tahukah dinda...
kanda tak tahu apa sebab dia
begitu khianat dengan kanda
sedangkan tujuan kanda cuma berkarya
salah ke kanda berkarya
yang peliknya di mana-mana
ada kanda menyertai grup
dia pasti ada
akan menyamar
pelbagai wajah haiwan atau bunga atau gunung
senang dia hendak mencantas karya kanda
gara-gara dia sudah banyak
grup kanda lepaskan
kerana kanda tak mahu
tengok wajahnya walaupun berupakan haiwan
siapa yang masukkan dia ke grup ini pun kanda
tak tahu...
cuma kanda pesan pada dinda
jika mahu
berpuisi ...berpuisilah yang indah-indah
jangan menimbulkan pergaduhan
nauzubillah
janji sama kanda
jagalah grup ini sebaik mungkin
percayalah semua ahli grup ini
biarpun kanda tak kenal
namun kehadiran dalam sepi
amat kanda rasakan
biarpun kanda disepikan
kanda rasakan juga kerna
kasih dan sayang kanda
berkarya di sini
hingga kebas-kebas jejari kanda
menulis tanpa jemu
tentang betapa indahNya
saling sayang menyayangi kerana-Nya
percayalah
jika dinda lihat ombak
menderu-deru
itulah deruan rindu kanda pada grup ombak rindu
jika dinda lihat bulan
di situ ada wajah kanda
melemparkan senyuman rindu untuk dinda
jika dinda dengar pungguk berlagu
di situlah kanda berlagu rindu
rindu serindunya pada grup ombak rindu
salam sayang dunia akhirat daripada kanda...
Kanda Ratu Rimba Niagara...
7 Muharram 1434H
21 November 2012 M
BERUNDUR BUKAN BERARTI KALAH
APALAH SALAHNYA MENGAKU KALAH DEMI AKHIRAT
apa hendak diharapkan pada kesenangan yang tak pasti
yang kuharapkan kawan sejati
berkata selari dengan hati
bukan membuat kita makan hati
dendam yang ingin kupadam
api yang dinyalakan
makanya berapi-api jadinya
dan api yang paling aku takutkan api neraka
apabila dendam tak padam
sabar yang diharapkan
melebur dalam dendam
aduhai malangnya aku jika
dendam berapi ada di mana-mana
aku berada
apa yang disakitkan aku pun tak tahu
makanya demi ketenangan hati
agar selalu sabar tertanam di hati
pergi melenyap
dari pandangannya
walaupun dia berada di sini
kerana di mana aku berada
dendamnya pasti akan
memakan sabarku
berundur bukan berarti kalah
apalah salahnya mengaku kalah
demi akhirat
demi ketenangan roh dan jasad...
RATU RIMBA NIAGARA
1 Muharram 1434H
14 November 2012
LIHATLAH OMBAK BULAN PUNGGUK
DI SITU ADA RINDUKU KE KAMU
percayalah
jika kamu lihat ombak
menderu-deru
itulah deruan rinduku ke kamu
jika kamu lihat bulan
di situ ada wajahku
melemparkan senyuman rindu untuk mu
jika kamu dengar pungguk berlagu
di situlah aku berlagu rindu
rindu serindunya pada mu
lirik lagu bila kurindu
kuseru namamu
di ombak rindu
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
GERHANA CINTAKU
PELANGI CINTAMU
DALAM RESTU-NYA
Setangkai mawar yang kau kirimkan
Telah menceriakan hatiku yang gundah gulana
Yang tak pernah senyum dek karna gerhana
Setangkai mawar merah kiriman ikhlas darimu
Ternyata membuatkan aku tersenyum pelangi cinta
Harumnya setangkai mawar merah kiriman mu itu
Seharum hatimu berbunga cinta suci
Kudupnya telah membuka
Gerhana cintaku sejak sekian lama bergerhana
Makanya sekarang
Kubisa menerima cinta suci murni
Hanya semata kerana-Nya...
Kerana-Nya kucinta kamu
Kerana-Nya kuterima apa adanya kamu
Moga Allah merestui
Ikatan kasih cinta suci kita
Abadi selamanya hingga ke Syurgawi
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA
Cinta dan rindu
Bagaikan irama dan lagu
Kerana cintalah datangnya sayang
Sayang pada Tuhan
Sayang pada diri sendiri
Sayang semua yang ada di langit dan di bumi
Itulah rindu kasih dan cinta
Yang perlu ada pada kita semua
Barulah kedamaian ada di kalbu
Dan kita saling mengerti
Kenapa kita di wujudkan di dunia ini
Saling menghargai
Saling berkasih sayang kerana-NYa
Insya-Allah Syurga milik semua
Yang berkasih sayang kerana-Nya
Bertemu dan berpisah kerana-Nya
Di Mahsyar Insya-Allah kitakan bertemu
Atas ikatan ikhlas setulus hati kerana-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
MEMILIKI CINTA REDHA-NYA ILAHI
Jika kau mahu berlari ke pangkuanku
berarti kita sama-sama bersumpah setia
sehidup semati berusaha bersungguh-sungguh
seikhlas hati mencari jalan-jalan redha Ilahi
sebagai bekalan ke negeri Abadi ...
itulah pegangan tauhid yang perlu ada padmu padaku
sebelum di jemput pulang ke pangkuan Ilahi.
Jika itu ada terpasak di jiwamu di jiwaku...
Insya-Allah segala yang ada di langit dan di bumi mendoakan
hajatmu hajatku dalam memiliki cinta redha-Nya Ilahi.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
PELANGI CINTA BERBUNGA SYURGA
Pabila rindu dendam
sudah terpadam
hilang segala cinta terpendam
yang ada derita di tungku hati remuk redam
api cinta terus terpadam
Keyakinan menghidupkan cinta
terlalu menyeksakan
ketabahan perlu
dengan adanya ketulusan hati
bercinta karena-Nya
pasti pelangi cinta
berbunga Syurga
terkuntum di kalbu
serinya dipelukan rindu
syahdu dalam gaun pengantin
bersuterakan
kiriman dari Syurga Ilahi
bahagia dinanti
di perdu rindu Syurga
bagaikan pengantin diRaja
dari Merak Kayangan
cantik jelita
rupawan tertawan
di sejadah cinta
Syukurlah pada Ilahi
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
DIPAYUNGI NUR KASIH ILAHI
Dalam bicara kata yang bisu
Masih tercari-cari jawaban yang pasti
Menuju ke destinasi cinta berbunga rindu
Disulami cinta pasakan tauhid
Di kalbu pasrah dalam
Ketentuan takdir
Yang telah tercatat di Lauhmahfuz
Itulah jawapan yang pasti
Kuimani dalam lubuk hati
Dipayungi Nur Kasih Ilahi
RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012

WARKAH UNTUK PEJUANG FISABIILILLAH
'BERJUANG MERAIH ANUGERAH DARI-NYA'
Berjuang untuk diri sendiri demi alam akhiratku
berjuang tanahair sendiri lambang cinta negaraku
berjuang negara jiran demi kasihku
berjuang berbakti pada semua kerana Tuhanku
kerana sayang aku berjuang
berbakti pada Tuhan
berbakti pada manusia
berbakti pada diri sendiri
berjuang bukan memburu penghargaan
berjuang bukan ingin mendapat sanjungan
tapi berjuang inginkan anugerah
anugerah dari Tuhanku
LaillaahaillAllah MuhammadarRasulullah
itulah anugerah
yang didambakan
yang diusahakan
moga DIA Ehsan
menganugerahkan-Nya
padaku
pada semua pejuang fisabilillah
yang ikhlas
ke jalan-jalan-Nya
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
'SALAM MAAL HIJRAH 1434H'
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
RATU RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
29 Zulhijjah 1433H
14 November 2012

'buruk dan hina pada pandanganmu
tapi mulia pada pandangan-Nya.'
'jahat dibalas kebaikan akan menerbitkan keinsafan'
'betapa pentingnya ada sebesar zarah kasih sayang'
'jangan padam sebesar zarah kasih sayang sesama insan,'
'orang yang kita pandang hina itulah yang menolong kita,'
'buangkan keegoaanmu pasti lembut hatimu selembut salju,'


SALAM MA'AL HIJRAH UNTUK SULTAN BROTOWIYOYO
Ratu Rimba Niagara shared Sultan Brotowijoyo Yosodipuro's photo.
November 15
Demi masa.........
Photo: Demi masa.........
Unlike · · Share
You like this.
Ratu Rimba Niagara
DEMI MASA
Demi masa...
sesungguhnya
manusia dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan
beramal soleh dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar
(Surah al-'Asr: 1-3)
Siri Peringatan Buat Diriku Yang Lupa
Salam Ma'al Hijrah ...
Daripada Insan Di Rimba..
Sahabat Setiamu
Ratu Rimba Niagara
Di Malaysia...
1 Muharram 1434H
15 November 2012M
November 15 at 10:30am · Like · 1
Sultan Brotowijoyo Yosodipuro Wow....very" nice ratu......hmmmmmmm
November 15 at 10:32am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Moga bersama menjadi hambaNya yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
November 15 at 10:35am · Like
Sultan Brotowijoyo Yosodipuro Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin ya rabbal alamin
November 15 at 11:19am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
November 15 at 1:55pm · Like
Tiara Indah Pawestri lebayyyy.....
November 15 at 6:27pm · Like
Sultan Brotowijoyo Yosodipuro Piye.......tir......
November 15 at 9:45pm · Like
(PETIKAN DARIPADA WALL SUTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURA )
6 Muharram 1434H
20 November 2012

BULAN PUN MENANGIS!
Aku tak mahu ombak yang merindu...
aku mahu kau yang merindu
ombak kalau merindu semakin aku jadi jemu
tapi kalau kau yang merindu aku tak jemu
Mana ada ombak kasih
mana ada ombak rindu
sekadar mulut bicara kasih
tapi hati tak merindu
Aku jemu dengan ombak kasih rindu
kata rindu...rindu serindunya
tapi rindu bertukar jadi perindu sepi
sepi...sepi...sepi...
padaku kamu bilang rindu
padaku kamu bilang kasih
tapi di hatimu ada kasih lain
yang kau puja dan rindu
lalu rindu mu bertukar jadi palsu
menikam luka rindu dan kasihku
lalu rindu dan kasihmu yang palsu itu
kusepikan di ombak rindu
agar aku tak terlara rindu
dalam rindu yang penuh teka teki
moga kau bahagia di samping dia
yang kau rindu dan kasih
maafkan aku kasih
aku tak tega menanti
rindu dan kasihmu
di ombak rindu
karna aku
jemu...jemu...jemu
dengan sandiwaramu
denganku kau kata rindu
di sudut hatimu
kamu lupakan aku
apapun izinkan aku
simpan rindumu
di hatiku
kerana
bila malam nanti
setiap bulan mengambang
aku akan menjadi
si pungguk
mendayu-dayu
pada bulan..
bulan...oh! bulan...
aku rindu sama kamu demi-Nya
bulan pun menangis...
mahu membalas rindu
tapi sudah terpisah alam...
terpisah alam maya....
tapi masih bersyukur
tak terpisah alam baqa
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Muharram 1434H
19 November 2012M
BEROMBAKKAN MANTERA RINDU DAN CINTA
ingin kugapai hatimu tapi hasrat tak sampai
kau semakin menjauh dariku
aku semakin rindu
hatiku galau
pilu
syahdu
terus berduka dalam rindu
berendam air mata rindu
di awan terpilu
bunga-bunga rindu
meyakinkan
bahawa hatimu bisa
kugapai
jika yakin
Kekuasaan-Nya mengatasi keinginanku
untuk memiliki hatimu
makanya izinkan kumiliki hatimu
agar bersatu di hatiku
merealisasikan cinta dalam redha Ilahi
tersenyumlah bunga-bunga rindu
damailah lautan rindu
berombakkan mantera rindu dan cinta
kasih dan cinta kerana-NYa
Syukur Allah
Karena kurniakan aku cinta
Sesuci cinta Adam pada Hawa
Syukur aku di sejadah cinta-Mu
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2013
YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015

Foto Norhaza Manda Conai.
Norhaza Manda Conai ke Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah..
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
HIDUP HANYA SEKALI MATI PASTI DATANG HANYA GAMBAR BERBICARA


INDAHNYA CINTA LIMA BENUA
BAHAGIA BILAMANA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA BERPADU SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA SEPERTI KUNTUMAN BUNGA-BUNGA DI TAMAN SYURGA MEWANGI DI HATIMU DI HATIKU DI HATI DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA MENEROBOS KE ANGKASARAYA MENYATAKAN INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
BERTABURAN PERMATA-MATA SYURGA
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
DI DARAT MENJADI BUNGA-BUNGA SYURGA
DI LAUTAN MENJADI PULAU DAMBAAN HAMBA YANG MENCINTAI-NYA
CINTA- NYA MENJADI BURUAN PENCINTA-NYA
CINTA-NYA MENJADI DAMBAAN PENCINTA-NYA
JIKA SYURGA MENJADI DAMBAAN
MAKA RUGILAH MATLAMAT HIDUP SEBENAR
SYURGA TANDA CINTA YANG DICINTAI DIBALAS-NYA
KERANA ITU PASTI
KERANA JANJI-NYA ADALAH PASTI
TAPI YANG PASTI KITA SALING SAYANG DAN KASIH DEMI-NYA
KITA BERSAMA MENUJU KE JALAN-NYA
DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT BERTEMU DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
MERENTANG BUMI MERENTANG LANGIT YANG TERBENTANG LUAS
SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA...
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
KASIHKU KASIH LIMA BENUA
SENTIASA MEWANGI
SEWANGI SETULUS CINTA LIMA BENUA
SEWANGI KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SYURGA
SYUKUR YA ALLAH KAMI MAHU PULANG KEPADA-MU
DALAM HATI YANG SUCI BERSIH
SALING SAYANG MENYAYANGI KERANA-MU
TIADA YANG LAIN DIFIKIRKAN HANYALAH
MAHUKAN RAHMAT DAN NUR KASIH-MU
YANG ABADI HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Okt 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL PRINCE ABDUL MALIK)
7 Oktober 2012


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
30 Safar 1439H
19 November 2017

        
                                                                 

Foto drtuah.


0 comments:

Post a Comment

 
;