Friday, 16 February 2018

HIJRAH (360) KAWAN KE SYURGA


HIJRAH (360) KAWAN KE SYURGA

KAWAN SEJATI BERSAMA KE SYURGA
Kawan setia dinanti
kawan jadi lawan dijauhi
Kawan membimbing ke Syurga itulah kawan sejati...
Teruskan Membaca
Bukan senang nak cari shbt yg setia setiap musim. Ramai kwn yg setia ikut musim. Bila senang dia dtg, bila susah dia hilang.
KAWAN SEJATI BERSAMA KE SYURGA
Kawan setia dinanti
kawan jadi lawan dijauhi
Kawan membimbing ke Syurga itulah kawan sejati...
Teruskan Membaca
Bukan senang nak cari shbt yg setia setiap musim. Ramai kwn yg setia ikut musim. Bila senang dia dtg, bila susah dia hilang.

Ratu Rimba Niagara berkongsi kenangan.
KAWAN SEJATI BERSAMA KE SYURGA
Kawan setia dinanti
kawan jadi lawan dijauhi
kawan membimbing ke Syurga itulah kawan sejati
serasi bersama hingga ke Syurga
Insya-Allah Aamiin
MENJADI SAHABAT SETIANYA TAKKAN RUGI-RUGI
Teman sejati tiada harga mati
Dialah amal peneman di kala mati
Menjadi sahabat setianya takkan rugi-rugi
Tak rugi dunia tak rugi akhirat
Semuanya untung...untung ...tak rugi-rugi..
Asalkan ikhlas semata keranaNya
Insya-Allah Syurga menanti. Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Februari 2012
TIADA APA YANG DAPAT DIUNGKAPKAN MELAINKAN
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat...
Kau muncul bagaikan indahnya pelangi di waktu malam
kau menyerikan lagi malam yang berbulan berbintang
bercahaya-cahaya membuatkan alam berpesta cahaya
bergemerlapan di angkasa raya...
penghuni alam dan semesta alam berzikir memuji
Kebesaran Tuhan betapa indahnya malam yang
berpelangi
berbulan
berbintang
Bintang pelbagai warna dan bentuk
diserikan cahaya bulan bercahaya-cahaya
adanya pelangi lagi mengindahkan malam
tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat....
pada lojik akal mana bisa mungkin kukenalmu
kerana
kau di benua sana
aku di benua sini
dan kita tidak pernah ketemu
di alam realiti atau fantasi
tapi bilamana
Allah sudah aturkan pertemuan
kita bisa kenal
walaupun cuma di alam maya
tapi besar ertinya
seperti kita sudah lama dikenalkan
sejak azali lagi
tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat...
Allah mengurniakan darjat padamu yang tinggi
di muka muka ini ...pastinya untuk menyebarluaskan
kesucian Islam di muka bumi ini dan kau telah buktikan
sedaya upayamu biarpun nyawa jadi taruhan...
darahmu untuk rakyat...
harta benda untuk membela rakyat yang tertindas
sanjungan bukan kau letak tempat utama
yang ada di fikiranmu
rakyat....rakyat...rakyat...
Berjuang demi rakyat tersayang
Berjuang demi negara tercinta
Berjuang demi Agama Allah dicintai
tiada apa yang dapat dilungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Sahabat...
biarpun dirimu berketurunan Raja Yang Mulia
hamba cumalah insan biasa yang tak punya apa-apa
ibarat langit dengan bumi
ibarat enggang dengan pipit
dan tidak pernah tefikirpun hamba akan hadir dalam
hidup hamba seorang sahabat yang berdarah diRaja yang
bakal menjadi pewaris tahta diRaja Jambi
sudi menjadi sahabat hamba yang kerdil ini
terkedu!
terharu!
syahdu!
lalu syukur hamba dalam sujud padaNya
PadaNya tiada yang tak lojik jika Dia perkenankan
tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya Ratu Rimba Niaga
17 Februari 2012
BERBAKTI SESAMA INSAN DAN SAYANG DEMINYA
Duhai sahabat yang kunanti,
Bersahabat sepenuh jiwa sepenuh hati;
Kita berkongsi ilmu berkongsi isi hati,
Moga kita menjadi sahabat paling sejati.
Menjadi sahabat sehati sejiwa,
Itu yang kuidami sejak dulu lagi;
Kasih sayang sentiasa di jiwa,
Ingin kujauhi persahabatan yang rugi.
Suka duka kita bersama,
Gelak ketawa penawar duka;
Diizinkan Allah kita keluar bersama,
Mengeratkan talisiraturahim hatiku pun suka.
Jangan ada dengki di antara kita,
Kerana itu meretakkan hubungan kita;
Sayang menyayang sesama kita,
Bawa ke mati kasih sayang kita.
Kita saling percaya mempercayai,
Tidak mudah mengalah mempertahankan ikatan suci;
Apapun dugaan kita akan lalui,
Demi hubungan suci yang sejati.
Air matamu air mataku penawar duka,
Gelakmu gelakku menceriakan suasana;
Kita sama-sama suka,
Menjalani hidup bahagia selamanya.
Jika ada salahku segeralah maafkan,
Kerana aku cuma insan biasa;
Atas segala salah kesilapan,
Akan kuperbaiki asalkan kau bahagia.
Kita sama-sama suka sama-sama sayang,
Hidup dalam berkasih sayang demiNya;
Ikatan suci jangan mudah melayang,
Penyesalan menyusul alangkah ruginya.
Hidup di dunia bagaikan di Syurga,
Tiada lain difikirkan melainkan cuma satu;
Berbakti sesama insan dan sayang demiNya,
Moga kasih kita terpatri di hatiku di hatimu.
Andai kata ku pergi dulu sebelummu,
Janganlah kau bersedih kasihku;
Di pintu Syurga kunantimu tanpa jemu,
Jangan lupa kirimkan doa untukku.
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Februari 2012
KECUALI DIA MEMISAHKAN
Kita memang berbeda
Namun hati telah tertaut kasih
Kasih suci nan abadi
Tiada siapa yang dapat pisahkan
Kecuali Dia memisahkan
Biarpun perpisahan amat memeritkan antara dua hati
Kerana Dia Maha Menemukan Dia Maha Memisahkan
Namun yang kupohon Belas EhsanNya agar tidak memisahkan kita
kecuali kematian!
Moga kasihku kasihmu terpatri hingga ke Syurgawi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Februari 2012
BARULAH KASIH JADI SEJATI
SEJATI DI DUNIA BAWA KE AKHIRAT INSYA-ALLAH
Prinsip aku senang jer...
Jika kau menerima aku apa adanya
aku jua menerimamu apa adanya jua
kita saling tidak sempurna
justeru adanya kamu menyempurnakan yang tak sempurna
tapi jika kehadiranmu masih tidak memahami aku dan aku
saja yang beralah untuk menadapatkan kasih sucimu itu
mana bisa mungkin kita bersama untuk teruskan
ikatan suci dalam pertemanan ini...
biarlah kita derita sekarang
sebelum hatiku terlara buat selamanya
hingga dibawa mati...
hidup sudahlah singkat
kenapa harus menyingkatkan pemikran yang remeh temeh tentang dunia yang bakal kita tinggalkan
kalau boleh biarlah pertemanan ini seikhlas keranaNya
mengecapi bahagia di dunia bawa ke SyurgaNya Insya-Allah
Justeru kita harus
berbaik sangka
saling memahami
saling bertolak ansur
saling sokong menyokong
saling mempercayai
saling memberi dan menerima
saling bermuhabah diri
saling menghormati
saling bermaafan
berkorban apa saja demi menuju jalan RedhaNya dan CintaNya
barulah kasih jadi sejati
sejati di dunia bawa ke akhirat! Insya-Allah
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Februari 2012
IKATAN KITA MEMBAWA BAHAGIA!
Salam diberi salam disambut,
Terima kasih padamu disanjungi;
Tarikh lahirmu bila disambut,
Agar boleh kucatat didalam diari.
Cantik namamu secantik orangnya,
Berbudi bahasa berbudi pekerti tinggi;
Kita menyukai orang yang sama,
Tersenyumlah dia hingga nampak gigi.
Baru kenal macam dah lama kenal,
Kita bergelak ketawa tak kisahkan orang;
Di alam maya saling kenal mengenal,
Tak kenal maka tak cinta orangnya.
Gelak kita sampai ke telinga,
Walaupun tak nampak kawan ketawa;
Bergelak ketawa sampai sakit perutnya,
Aku mengarang pantun dengan gelak ketawa.
Yang baca apa tah lagi,
Kelakar gila-gila punya pantun;
Rasa tak jemu nak dengar lagi,
Aku di sini naik gila mengarang pantun.
Yang dengar sukalah hati,
Gelak...gelak...tak habis...habis;
Dah nak ketawa kerna geli hati,
Ketawalah tak habis-habis.
Gelak kita membawa bahagia,
Hilang segala stress sehari bekerja;
Ikatan kita membawa bahagia,
Semakin hari semakin sayang antara kita.
Karya Ratu Rimba Niagara,
6 Februari 2012
CINTA ADAM DAN HAWA,' IDOLA CINTA'
Hidup di Syurga terasa sunyi,
Sedangkan semuanya ada pasangan;
Kesunyian Adam Allah memahami,
Dijadikan Hawa sebagai pasangan.
Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.
Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.
Demi cinta Adam kepada Hawa,
Terpengaruh dengan hasutan iblis;
Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.
Setelah sekian lama mereka terpisah,
Masing-masing tercari-cari;
Cinta di hati tidak berubah,
Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.
Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
Menjadi idola pasangan bahagia;
Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
Takdir cinta bahagia selamanya.
Justeru hargailah cinta Adam,
Adam pula menghargai cinta Hawa;
Allah merestui cinta yang terpendam,
Biarpun dipisahkan angkara alpa.
Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
Terima kasih sahabatku:
Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
Moga Allah berkati hidup matimu.
Adam dan Hawa 'Idola Cinta,'
Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Ramadhan 1432H
9 Ogos 2011
PANTUN BERSAHABAT BERCINTA KERANA ALLAH
Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
Bersahabat mereka impikan Syurga,
Moga terpilih menjadi ahli Syurga.
Tiada lebih berharga di dunia ini,
Mendapat sahabat beroleh hidayahNya;
Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
Saling ingat mengingat dalam Nur KasihNya.
Tiada diduga perkenalan kita,
Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
Moga saling berbaik sangka sesama kita,
Mengeratkan silaturahim mendapat redhaNya.
Bersahabat atas dasar kerana Allah,
Saling berkorban untuk redhaNya;
Berkorban biar dipandang Allah,
Kupanjatkan syukur mendapat restuNya,
Seorang sahabat hatinya tulus,
Sentiasa ingat mengingati;
Demi persahabatan suci ikhlas,
Apabila tiada akan diingati.
Duhai sahabatku bernama Siti,
Hidupmu seperti pelangi;
Apabila bertutur setulus hati,
Moga dikau menjadi sahabat sejati.
Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
Perkenalan kita tidak disengajakan;
Moga persahabatan berkekalan,
Dibalas Allah dengan keberkatan.
Jangan dipendam segala perasaan,
Sahabatmu ini sedia dengari;
Pasti hidupmu tiada kesepian,
Agar ceria hidupmu setiap hari.
Ibumu sakit hatimu bimbang,
Hatimu pilu bukan kepalang;
Jasa ibumu takkan hilang,
Kau jaganya dengan kasih dan sayang.
Siti kalau itu bagai dikata,
Akulah sahabat paling bertuah;
Gembira hati tidak terkata,
Ikatan persahabatan jangan mengalah.
Kuucapkan salam perkenalan,
Untukmu Mas Iman nanda angkatku;
Di alam maya kita disatukan,
Senyumanmu menghiburkan hatiku.
Nanda Mas Iman kau bagaikan anakku,
Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
Justeru sentiasa doakan ibumu,
Budinya membawamu ke alam Syurga.
Anakku Mas Iman yang dikasihi,
Balaslah cintanya kerana Allah;
Kerana itu kau akan dihormati,
Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.
Kita tidak boleh menilai diri sendiri,
Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
Moga dikau menjadi insan terbaik.
Tiga sahabat wajah berseri,
Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.
Alhamdulilah syukur tidak terucap,
Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
Kehadiranmu penyeri hidup,
Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.
Semua orang berhak jatuh cinta,
Kerana itu lumrah manusia;
Cintamu ditolak jangan terasa,
Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.
Cintailah dia kerana Allah,
Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
Membalas cintamu kerana Allah,
Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.
Rupamu menawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hatiku;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.
Jika cinta telah tertulis di Sana,
Itulah cinta seutuhnya;
Kehadirannya membawamu ke Sana,
Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restuNya.
Cintailah pilihanmu kerana Allah,
Jangan seiring kehendakmu;
Biarlah seiring kehendak Allah.
Pasti cintamu tiada rasa jemu.
Jangan ada benci di antara kita,
Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
Tutur katamu seperti di Syurga,
Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.
Yang baik itu dari Allah,
Yang kurang dari diriku sendiri;
Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
Tiada langsung perasaan iri.
Bersahabat bercinta kerana Allah,
Serasa hidup di alam Syurga;
Berkasih sayang kerana Allah,
Nikmat kehidupan seperti di Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Februari 2012
DALAM HATI ADA TAMAN
Tadi malam ku bermimpi,
Sha Izani hadiah sebakul bunga;
Atuk Zul tersenyum hingga ke pagi,
Ikatan silaturrahim seindah bunga.
Dalam hati ada taman,
Indah bagaikan di Syurga;
Pabila bicara berasa aman,
Terpatri kasih hingga di Syurga.
Indah sungguh sebuah taman,
Hasil rekaan sahabat sejati;
Bunga-bungaan memenuhi taman,
Bakal dihadiahkan kepada teman sejati.
Taman indah saujana mata memandang,
Wangian bunga-bungaan menusuk kalbu;
Keindahan taman tak jemu dipandang,
Siapa yang melihat pasti terpukau.
Ikan-ikan di kolam berenang-renang,
Pelbagai bentuk bermacam warna;
Pabila memandang hati menjadi tenang,
Renangan ikan di kolam amat mempesona.
Suasana pagi di taman menyegarkan minda,
Rerama datang bermain di taman bunga;
Itulah taman idaman jutawan berada,
Untuk dinikmati bersama teman teristimewa.
Hasil rekaan landskap Tuan Zulkafli.
Tema Taman Dalam Hati Ada Taman;
Taman bunga si buah hati,
Jutawan berada untuk si puteri idaman.
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Februari 2012
MERAH PUTIH SASTRA KAU TETAP KUCINTA
merah putih sastraku
telah lama kau kucinta
telah lama kau kurindu
sejak azali lagi telah tercatat
kaulah yang kucinta
itu hakikat takdir
yang mesti aku terima dengan redho
sekalipun semua bangsamu sendiri
memandang rendah cintaku padamu merah putih
adakah atas kemahuanku
untuk mencintai negaramu merah putih
sedangkan aku bukan rakyat negaramu
tidak logik aku dari rakyat asing
mahu menulis tentang
para Raja-Rajamu merah putih
para ksatria diRajamu merah putih
para pemimpinmu yang banyak berjasa
derita lara rakyatmu yang perlu dibela
emangnya di luar kotak pemikiran
untuk menulis sebaris ayat pun
tentang sejarawan negaramu
yang hidup atau yang telah mati
semuanya ada yang tersurat di sebalik yang tersirat
sekalipun para ksatriamu yang pertahankan kemerdekaanmu merah putih
telah beratus tahun gugur di medan juang tapi dengan Kuasa Allah swt
nampakkan Khashaf-Nya akan peristiwa berdarah penuh luka padaku
dan tahukah kamu merah putih tika aku menulis peristiwa berdarah ksatria diRajamu
senduku , tangisku beriringan dengan perjuangan mereka , jiwa mereka yang terlalu kasih akan semua rakyatnya tanpa menghiraukan akan nyawanya sendiri...
telah berulang kali aku katakan padamu merah putih
aku bukan seorang ratu
aku bukan seorang ksatria
aku bukan rakyat Indonesia
yang layak untuk menulis puisi tentangmu merah putih
tapi tidakkah kau terfikir merah putih
siapa yang memberikan aku ilham
untuk menuliskan puisi tentangmu merah putih
adakah atas kemahuanku?
pastinya tidak
itu semua adalah atas KEMAHUAN ALLAH
aku sebagai hamba-Nya
menulis apa yang diilhamkan ke mindaku
Allah tahu aku suka menulis
Allah tahu sejak dulu lagi aku cintakan merah putih
walaupun aku tidak mengenalimu merah putih
apabila aku sudah mengenalimu
Allah swt tidak pernah menghampakan aku
apa saja tema tentangmu
dihadirkan ilham dengan jelas
aku bersyukur sebanyak-banyak-Nya
berkat kesungguhan aku mencintaimu merah putih
telah beribu karya kuhasilkan Allahu Akbar Aamiin
tapi sayang seribu kali sayang merah putih
cintaku padamu
tidak kau hargai sama sekali
malah kau injak-injak
macamlah aku ini
si perayu cinta
si perayu kasih
kasih dibiarkan terlara dalam sepi
lalu dengan egonya engkau
mencanangkan pada seluruh bangsamu
agar memulaukan aku
agar membenciku
mengatakan aku gila kuasa
tidak dapat menjadi ratu aku jadi gila
ALLAHU AKBAR
kebaikan yang diberi
dibalas dengan racun berbisa-bisa
agar segera mati
dan tidak lagi menulis tentangmu merah putih
walaupun sebegitu hina penghinaan bangsamu ke aku merah putih
karena cinta kita telah tersurat sejak Azali lagi
aku yakin takdir-Nya Allah swt padaku
aku tetap mencintaimu merah putih
walaupun terluka parah membarah oleh bangsamu sendiri
dan aku yakin pasti
akan datang hamba Allah
membalut luka bernanah di hatiku
mengatakan cintaku padamu merah putih
bukanlah omongan kosong
tapi adalah satu Anugerah Ilahi
yang lebih berharga dari alam dan seisi-Nya
disyukuri sebanyak-banyak-Nya
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'KU TETAP SETIA MENCINTAIMU MERAH PUTIH SEKALIPUN AKU DIBENCI'
Aku Yang Mencintaimu Demi-Nya Merah Putih,
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI /SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
12 Rejab 1435H
12 Mei 2014
KENANGAN SEKUNTUM MAWAR MERAH UNTUK RATU RIMBA NIAGARA.
Kunta Kunte setiap pagi memberi sekuntum bunga kepada Ratu Rimba Niagara agar sentiasa semangat untuk berkarya. "
setiap pagi hulubalangku
si kunta si kunte
memetik mawar merah
di taman istana
Ratu Rimba Niagara
mereka berdua berebut-rebut
memberikan mawar merah padaku
katanya
"Ratu....kami akan setiap pagi
memberikan mawar merah untuk ratu...
sebagaimana wanginya mawar merah ini
begitu jugalah ikatan rakyat rimba dan ratu
sentiasa mewangi di hati
bahasa yang wangi
hati yang wangi
sewangi Syurgawi
andai suatu saat nanti kami tidak dapat
memberikan mawar merah lagi
ratu tetap juga sayangkan kami ya
jangan lupakan kami ya...
kenapa tuan hamba kata begitu
duhai hulubalangku
kunta kunte yang sentiasa menyayangi beta...
tidakkah ratu tahu
setiap yang hidup pasti akan mati
hari ini kita hidup
besok belum tentu hidup
mati itu pasti
tapi tak tahu bila
bila-bila boleh mati
mati itu seperti di balik tabir
begitu dekatnya kematian bagi kita yang berhidup
andai kami tiada lagi di dunia ini
ratu jangan bersedih ya...
percayalah kasih sayang dan rindu ratu pada kami
akan kami bawa bersama....
Dengan tangisan hiba Ratu Rimba Niagara berkata...
Duhai hulubalangku yang kukasihi dunia akhirat...
kasih sayang kita tak akan berpisah
hanya kematian memisahkan kita
andai disuruh buat pilihan
kekayaan dan kuasa dengan kasih sayang kalian
kan kupilih kasih sayang kalian
kerana kasih sayang kalian
tak dapat dibandingkan dengan harta, kuasa atau darjat
kasih sayang kalian setulus ikhlas
tanpa ada pendustaan dalam berkasih sayang...
kerana teralalu kasih dan sayang
pada kalian berdua
biarlah beta yang mati dulu
agar beta tak terseksa
menanggung rindu atas
kehilangan kalian berdua nanti...
andai itu takdirnya beta redha
moga Allah memberikan kekuataan untuk menerima
kenyataan ketiadaan kalian ...
Si kunta si kunte tidak tahan sebak di hati...
Ratu...hidup kita ini semuanya sudah ditentukan...
sudah ditentukan kita ditemukan
walaupun kita berlainan takdir
tapi bila Allah Kehendaki
Allah tentukan kita bertemu
walaupun Ratu manusia kami haiwan
Atas Rahmat Kasih-Nya Allah
kita ditemukan ratu....
pasti ada hikmah-Nya...
maka dengan rasa saling mensyukuri
Kurniaan Allah ...kita hidup dalam berkasih sayang sejati
seluhur ketinggian budi
seindah bahasa-bahasa
yang menenangkan roh dan jiwa
komunikasi yang indah
membuatkan kita sentiasa hidup
dalam bersemangat
untuk saling berkorban
menabur bakti kepada semua rakyat rimba niagara ini
tanpa tiada sesiapa pun yang dilupakan
semuanya dihargai dan disanjungi setulus hati
saling berkasih sayang
saling berkorban untuk membalas kebaikan
sentiasa berbakti seolah esok hendak mati
itulah yang membuatkan hati kita sentiasa hidup ratu...
itulah falsafah membuatkan
sentiasa menjaga hati
agar tak terlara hati
yang ada
sayang...sayang...sayang...
kasih...kasih...kasih...
sayang dan kasih sepenuh hati sampai ke mati
dengan niat dan harapan
kasih nan suci murni ini
ingin di bawa sampai ke Syurga...
doakan kami ya ratu
moga kita dapat bertemu di Syurga...
kami yakin di Syurga nanti
apa-apa saja bisa
walaupun di dunia ini kami haiwan
atas kehendak Tuhan kami boleh menjadi
bidadara atas fisabilillah kami membantu ratu tika di dunia dulu...
kami yakin itu ratu...
ratu juga yang ajar kami
ilmu fasakkan tauhid kepada-Nya
terima kasih ya ratuku
ratu pujangga dunia akhiratku
yang dikasiihi dunia akhirat...
Mendengar kata-kata si kunta si kunte
serasa terkunci mulutku
hujahannya dalam ilmu tauhid
begitu tinggi hingga aku terkedu
andai benarlah mereka yang akan pergi dulu
daripadaku...moga Allah berikan kekuatan aku
menerima takdir dengan redha atas kematian mereka nanti...
Sudah sepurnama mereka hilang
di lautan cinta ombak rindu
tika mencari mahkotaku yang hilang
di pukul ombak ....
hari-hari aku berendam air mata
seolah tidak menerima hakikat kehilangan mereka berdua
tanpa dikesan...
puas dicari namun tidak juga ketemu
duniaku yang dulunya berpelangi cinta
bertukar menjadi gerhana duka
hatiku pilu bagaikan kaca terhempas di batu
Kerana percaya ini semua atas Ketentuan-Nya...
kuterima dengan redha...
ini semua adalah qada dan qadar
Seluas mana dan sedalam mana lautan hindi
seluas itulah kasih sayangku pada mereka berdua
moga dengan Rahmat Kasih-Nya Allah...
aku dapat bertemu mereka Di Syurgawi...
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin...
Yang Sentiasa Menyayangi Hulubalang Sasteraku,
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 JAMADIL'AWAL 1436H
4 MAC 2015
APAPUN PERJUANGAN KITA TETAP SAMA!
Perpisahan tak diduga ...
Seperti rasa terhiris luka di qalbu...
Sumpah setia ikatan abadi terlerai sudah
Apalah ada pada janji
Apalah ada pada setia
Apalah ada pada ungkapan sayang
Apalah ada pada ungkapan cinta
Jika pertemuan di akhiri dengan perpisahan
Selamat tinggal sayang
Selamat tinggal ikatan suci
Biarpun kita tidak meneruskan ikatan suci
Namun jangan ada benci di antara kita
Salam silaturrahim masih terjaga
Masih bersalaman di qalbuku
Dan kemaafan kupinta
Kerna kita sudah ditakdirkan untuk
tidak meneruskan perjuangan bersama
biarlah aku berjuangan dengan mereka
yang terima aku apa adanya
kejayaan untukmu sentiasa kudoakan
moga kau terus berjuang dengan rakan seperjuanganmu
dan aku berjuang dengan rakan seperjuanganku
apapun perjuangan kita tetap sama
menuju ke negeri yang pasti
dan takkan kembali lagi!
Karya Ratu Rimba Niagara
15 Februari 2012 1
BIARPUN BERJUTA INGIN MEMBUNUH ANGAN PERJUANGANMU!
Biarpun berjuta ingin membunuh angan perjuanganmu...
Kau akan tetap di situ...
Tak akan berganjak walau seinci pun!
Kau takkan bergoyang semangat atau rebah menyembah bumi
Kau hanya layak rebah tika bersujud pada Ilahi
Kau berjuang matlamatnya bukan untuk dipuji atau disanjungi
Tapi yang ada di hati hanyalah DIA
Tuhan Yang Mecipta Semesta Alam...
Percayalah sesusah mana pun kau berada Allah sentiasa bersamamu...
bila mana kau fikirkan itu pasti jiwamu akan tenang....
setenang air di kali...aku di sini sentiasa menyokong perjuangan suci mu dalam keadaan apa jua pun Insya-Allah itu pun jika kau sudi menerima sokonganku
dari jauh ku doakan kau bertabah hati menempuh segala onak dan duri di dunia ini sebelum sampai ke negeri pasti!
Ratu Rimba Niagara
2 Februari 2012
"Team yang hebat adalah sehati sejiwa untuk menggapai SyurgaNya"
Bukan senang nak cari shbt yg setia setiap musim. Ramai kwn yg setia ikut musim. Bila senang dia dtg, bila susah dia hilang.
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen


"Team yang hebat adalah sehati sejiwa untuk menggapai SyurgaNya"
PELUANG FISABILILLLAH SEBELUM MATI
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Yang Berkasihan Belas Kepada Semua Hamba-Nya Tanpa Terkecuali
Menguji hamba-Nya tanda Dia cinta
Menguji mengikut kemampuan hamba-Nya
Kerana Dia Maha Tahu hamba-Nya boleh lalui segala ujian
Gaza diuji dari segenap sudut
Kiri kanan
Depan belakang
Tapi mereka tetap tabah
Harta benda mereka ranap sekelip mata redha
Keluarga mereka mati di hadapan mata redha
Jasad mereka cacat akibat keganasan yahudi redha
Redha ....redha...redha...
Mereka masih tersenyum
Biarpun tak punya
Kaki...tangan....buta...
Sekali pun badan hancur
Sedang nyawa-nyawa ikan
Masih redha...masih redha...masih redha...
Allahu Akbar ....
Betapa tinggi darjat redhamu rakyat Gaza
Duhai rakyat Gaza...
Malu kami pada Tuhan...
Kerana kami tak seredha kalian
Memang patutlah Syurga tempat kamu
Kamu redha dengan Tuhan....
Tuhan pun redha dengan kamu
Redha meredhai
Tauhidmu begitu kukuh
Hingga kau bawa ke nafas terakhirmu
Tapi cuma satu kau tak redha
Negaramu dizalimi
Yahudi laknatullah
Tanpa ehsan
Biarpun sebesar zarah
Mahu dihancurkan negaramu
Dan berazam akan menghancurkan
Seluruh negara Islam
Yang ada dimuka bumi ini
Bilamana negara islam hancur
Akan hancurlah Islam ..
Itu matlamat
Yahudi Laknatullah
Dan ini sudah termaktub
Dalam Al-Quran ...
Duhai saudara Islam
Di luar sana
Hari ini
Kami diuji kami redha
Kerana kami tahu Allah cintakan kami
Maka kami diuji mengikut kemampuan kami
Tapi tahukah kamu
Apakah ujian kamu pula
Ujian kamu
Adakah kamu membiarkan saja
Negara kami hancur
Tanpa pembelaan
Daripada saudara seislam
Kamu boleh makan seenaknya
Kamu boleh tidur seamannya
Kamu miliki keluarga bahagia sesempurnanya
Kamu miliki harta setinggi gunung
Kamu miliki negara yang aman sentosa
Hidup kamu bahagia...
Hidup kamu sentosa...
Hidup kamu cuma
Canda...canda...canda...
Ketawa...ketawa..ketawa...
Makan...makan...makan...
Tidur...tidur...tidur...
Hiburan..hiburan...hiburan...
Tapi tahukah kamu jika
Apa yang kamu miliki itu
Direntap sekelip mata gimana?
Pasti kamu akan tergamam...
Menyesal pun tak berguna
Kerana kamu tak menghargai
Rebutlah lima perkara
Sebelum datang lima perkara
Sebelum kamu miskin
Bantulah kami dengan seikhlasmu
Kerana kami amat memerlukan
Untuk membangunkan semula negara
Kami yang hancur ini sehancur hati kami
Akibat kekejaman yahudi laknatullah
Sebelum kamu mati
Tanpa status hamba Allah fisabilillah
Rugilah kamu kerana tahukah kamu
Jika kamu mati fisabilillah
Syurga tempat kamu
Biarpun mereka sangka kamu mati
Sebenarnya kamu tak mati
Kamu hidup bahagia di Syurga
Dengan rezeki yang tak putus-putus
Segala nikmat Syurga kamu dapat
Kerana mendapat rezeki yang tak putus-putus
Hingga setiap saat kamu akan rasakan
Inilah Syurga yang Allah telah janjikan pada
Kami yang syahid ke jalan-Nya
Janji Allah pasti dikotakan
Allah Maha Menepati Janji
Kerana kami terlalu bersyukur pada-Nya
Kami mohon pada-Nya
"Ya Allah hidupkan kami semula
Kami mahu fisabilillah lagi Ya Allah...
kerana kami mahu membantu
saudara seislam kami ...kami
tahu Kau pasti tak perkenankan
kerana setiap hamba-Mu diberi peluang
tika waktu masa hidup saja...
jika sudah mati habis segala peluang..."
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya: Ratu Rimba Niagara
7 Safar 1434H
21 Disember 2012M
(DILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT GAZA & SELURUH UMAT ISLAM SEDUNIA)

YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015
YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015

Foto Norhaza Manda Conai.
Norhaza Manda Conai ke Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah..
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
HIDUP HANYA SEKALI MATI PASTI DATANG HANYA GAMBAR BERBICARA

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
1 Jamadilakhir 1439H
17 Februari 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;