Sunday, 11 March 2018

HIJRAH (424) SEPANJANG AKU JADI PENULIS



HIJRAH (424) SEPANJANG AKU JADI PENULIS
MELAYANI KETAGIHAN MENULIS
Siapa sangka bahawa kerja-kerja menulis atau menjadi seorang penulis adalah ibarat dadah yang mampu mengundang ketagihan. Bagi orang yang tidak suka menulis (atau jarang-jarang menulis) atau tidak berminat untuk menjadi penulis hal-hal seperti ini tidak akan pernah dapat dirasakan. Hanya orang yang suka menulis dan ingin menjadi penulis sahaja yang mempunyai perasaan sedemikian.
Menulis ada banyak medium sebenarnya. Menulis novel, buku, berita, rencana, skrip, puisi adalah di antaranya. Menjadi seorang penulis bukanlah cara mudah untuk seseorang itu menjadi kaya. Jika ingin cepat menjadi kaya maka janganlah jadi seorang penulis sebaliknya jadilah seorang peniaga.
Risiko menjadi seorang penulis ini pun besar sebenarnya. Selain tidak dibayar oleh penerbit (bagi penulis buku dan penulis kolum), menulis juga boleh menyebabkan seseorang itu boleh disumbat ke dalam penjara. Itu belum lagi mendapat cemuhan daripada masyarakat sekeliling yang tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan yang dilontarkan oleh seseorang penulis itu lewat tulisan-tulisannya.
Meskipun kerja-kerja menulis itu (kadang kala) tidak berupaya memberikan seseorang penulis itu pulangan apa-apa (seperti wang misalnya), atau berupaya mengheret seseorang penulis itu ke penjara, namun seseorang penulis itu akan tetap menulis sampai bila-bila. Ini semua gara-gara rasa ketagihan yang telah merasuk ke dalam dirinya. Tiada apa yang dapat menghalang seseorang penulis itu untuk terus menulis dengan sebanyaknya.
Tidak ramai orang yang memahami diri seorang penulis termasuklah ahli keluarga dan kawan-kawan. Hal ini kerana, penulis ialah orang yang banyak berfikir daripada membuat lain-lain pekerjaan (dia kelihatan terasing daripada masyarakat di sekelilingnya). Menulis bagi seorang penulis adalah suatu keindahan dan kepuasan. Menulis juga bagi seseorang penulis adalah suatu hiburan dan keseronokan.
Menulis bukanlah suatu kerja yang boleh dipaksa-paksa. Menulis ialah kerja yang minatnya tumbuh sejak di awal usia. Menjadi seorang penulis pun mestilah banyak membaca. Apabila banyak membaca barulah akan ada banyak idea (untuk menulis). Orang yang banyak membaca barulah layak untuk menjadi seorang penulis. Penulis yang kurang membaca ialah penulis yang muflis!
Siapa sangka ada orang yang boleh menyara hidupnya dengan hanya bergelar seorang penulis sahaja. Penulis sebegini tidak ramai sebenarnya. Subky Latif – penulis utama parti PAS adalah di antaranya. Namun begitu, penulis yang kaya raya dan menjadi jutawan pun tetap ada juga (seperti J.K.Rowling misalnya).
Penulis (bagi sebilangan orang yang bukan penulis) ialah orang yang suka bermimpi. Penulis juga dianggap sebagai orang yang tidak berpijak kepada realiti (terutama kepada penulis puisi). Namun begitu, penulis yang bermimpi dan tidak berpijak kepada realiti ini tetap juga disukai. Tidak hairanlah novel Harry Potter dan Twilight itu ramai juga orang yang beli.
Setiap penulis pastilah mempunyai sesuatu tujuan ketika dia menghasilkan sesebuah penulisan. Sesebuah penulisan itu mungkin bertujuan untuk menyampaikan maklumat, menghasut, menuduh, didaktik, mengumpan sokongan, atau memberi penerangan. Setiap tujuan itu pastilah untuk mendapatkan sesuatu imbalan. Hanya penulis itu sahaja yang tahu apa tujuan sebenar dia menghasilkan sesebuah penulisan.
Penulis terbahagi kepada tiga golongan. Golongan pertama ialah golongan yang suka menulis. Golongan kedua ialah golongan yang perlu menulis dan golongan ketiga ialah golongan yang terpaksa menulis.
Golongan yang suka menulis ialah golongan yang menulis kerana dilanda ketagihan. Golongan yang perlu menulis ialah seperti ahli politik yang merasakan perlu menggunakan penulisan untuk mengumpan sokongan rakyat setelah sekian banyak menggunakan ucapan (lisan). Dan golongan yang terpaksa menulis ialah seperti golongan mahasiswa dan pelajar – terpaksa menulis untuk menyiapkan tugasan (assignment) dan menjawab soalan peperiksaan. (Nota : belum pernah lagi saya jumpa pelajar atau mahasiswa yang suka menyiapkan tugasan dan menjawab soalan peperiksaan!)
Negara yang ingin maju mestilah memerlukan ramai penulis di dalamnya. Hal ini kerana, golongan penulislah yang akan menghasilkan penulisan yang mampu menyelesaikan masalah, merakam sejarah, dan memberi pencerahan sebagai pedoman untuk seluruh rakyat jelata. Oleh sebab tidak ramai yang mahu menjadi penulis suatu ketika dahulu, orang Melayu hari ini menjadi bangsa yang kurang maju dan sering keliru. Hal ini kerana, banyak sejarah dan ilmu-ilmu penting yang dipunyai oleh bangsa Melayu tidak berada dalam genggaman orang Melayu. Akibatnya orang Melayu menjadi bangsa yang sering ditipu. Sekiranya ramai penulis dahulu aktif menulis (baca : mendokumentasikan) sejarah dan ilmu-ilmu penting yang dipunyai oleh orang Melayu, pasti bangsa Melayu hari ini boleh menjadi bangsa yang maju.
Penulis, selain banyak melontarkan pertanyaan dan mengadakan perbincangan, ialah orang yang sanggup menghambakan dirinya kepada kerja-kerja menulis tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ramai orang tidak faham dengan diri seorang penulis. Hanya penulis yang memahami diri seorang penulis. Kawan bagi seorang penulis ialah pena. Penulis ialah pekerjaan yang bukan untuk mencari nama.

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
SEPANJANG AKU JADI PENULIS

sepanjang aku jadi penulis
tak pernah ada untung 
yang ada rugi...rugi...rugi pada pandangan manusia
moga pada pandangan Allah 
semuanya untung...untung...untung...
itulah yang aku dambakan

sepanjang aku jadi penulis
aku rela bergolok bergadai
berhabis-habisan 
semata-mata memberi kepuasanku
menyempurnakan impianku
agar cita-citaku
karyaku 
berada di dunia realiti

sepanjang aku jadi penulis...
berapa ramai rayuan yang kubuat
mencari insan untuk menjadi rakan niagaku
ramai yang berjanji akan realitikan
tapi hingga kini
hampa...hampa...hampa
menabur janji manis
tapi janji tinggal janji
yang tak pasti
janji palsu
namun sama sekali tak akan mematikan
semangatku untuk teruskan perjuanganku
sehingga ke titisan darah terakhir

sepanjang aku jadi penulis
ramai membunuh anganku
agar penaku terhenti lalu mati
dihina oleh penulis sendiri
apa tah lagi yang bukan penulis
ada yang bilang
menulis macam orang kemabukan arak
menulis macam tak ada hari esok
menulis banyak tapi bagaikan 
pasir dan kaca yang tak berharga
semua penulisan hampas!
menulis salin karya orang lain
dan macam-macam lagi
pedih...luka bernanah 
bila mendengar kata-kata nista dari mereka

sepanjang aku jadi penulis
aku berada di dunia keterasingan
mereka tak akan faham duniaku
andai karya sasteraku jadi realiti
barulah mereka faham 
kenapa aku perjuangkan sepenuh jiwaku

sepanjang aku jadi penulis
banyak nama pena kuguna
semata tak mahu dikenali
sekalipun ahli keluargaku sendiri
di alam maya ada juga yang pertikaikan
jika tak mahu dikenali
kenapa guna nama sendiri dan paparkan gambar sendiri
kelu aku menjawabnya
kukatakan
biar aje di alam maya di kenali 
tapi di luar sana mereka tahulah sendiri...

sepanjang aku jadi penulis
aku telah berjaya 
adakan galeri sasteraku
walaupun taklah se gah mana
tapi segala hasil penulisanku
kusimpan di galeri
mana tahu galeriku
menjadi muzium 
untuk peminat karyaku di seluruh dunia akan hadir
galeri menjadi , "KOTA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA,'
itu cita-citaku itu impianku 
sekalipun tak tercapai semasa aku hidup
mana tahu setelah ku tiada menjadi realiti citaku
hanya DIA Yang Maha Tahu...
aku berusaha, doa dan tawakal 

sepanjang aku jadi penulis...
ribuan puisi telah kutulis pelbagai tema
itulah kepuasanku
itulah kebahagiaanku
syukur padaNya
kurniakan aku ilham tanpa had
moga ada nilaian di sisiNya
insya-Allah Aamiin 

Karya Ratu Rimba Niagara,
24 Jamadilakhir 1439H
12 Mac 2018


ANDAI BULAN RETAK SERIBU PERJUANGAN SASTRA
TAK AKAN TERHENTI
Andainya bulan retak seribu...... Bayangmu ada dimana mana..... Tidak setanding paras.... Wajahmu itu menjadi rindu..... (pantun bebas )
Sejambak mawar cinta,
Dikirimkan buatmu,
Bukan kerana paras kucinta,
Keimanan kusuka padamu.
CINTA DALAM RESTU-NYA
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Mawar merah diserikan dengan bunga-bunga cinta;
Salam silaturrahim disambut dengan kasih dan sayang,
Tersyahduku Maha Agongnya Cinta.
Sejambak mawar putih untuk persahabatan,
Terjalin persahabatan setulus ikhlas;
Moga persahabatan terus berpanjangan,
Budi baikmu hanya Allah membalas.
Sejambak ros merah penyeri cinta,
Cinta mewangi sewangi ros merah;
Cinta sejati iman tercipta,
Hanya kedamaian di hati tiada pun marah.
Mawar kuning sehening pagi,
Wangian semerbak di tepian pantai;
Ceria hidupmu seceria pagi,
Moga bahagia hidupmu sentiasa menanti.
Cantiknya mawar tapi berduri,
Melindungi diri dari dicuri;
Dicurinya cinta takutnya rugi,
Ruginya nanti tersalah cari.
Kehidupan ini adalah satu kenikmatan,
Kenikmatan hidup adanya perasaan;
Perasaan disayangi dicintai berterusan,
Barulah hidup rasa tak bosan.
Kehidupan adalah sesuatu yang indah,
Indah apabila dipenuhi dengan cinta;
Disukai manusia dicintai Allah,
Segalanya bermula dengan rasa cinta.
Kehidupan adalah satu perjuangan,
Hidup diteruskan walaupun dikalahi;
Perjuangan mesti diteruskan,
Biarpun tsunami datang membadai.
Wangi sungguh si bunga cempaka,
Menjadi pujaan idaman hati;
Sandarkan hidupmu hanya kepadaNya,
Nescaya dikau bersenang hati.
Kehidupan adalah satu ketenangan,
Ketenangan diburu oleh orang beriman;
Di hati ada takwa dan iman,
Disebatikan dengan cintakan Allah berpanjangan.
Kehidupan adalah satu pengembaraan,
Pengembaraan perlu ada bekalan;
Sampai ke destinasi tiada sesalan,
Bekalan penuh berisi amalan.
Gemersik alunan daunan pepohon mendayu-dayu,
Diiringi petikan gitar berirama seni;
Irama sentimental diminati melayu,
Diciptakan lagu irama berseni.
Jangan dikesali jika itu takdirnya,
Syukurlah apa yang dimiiki;
Segala terjadi ada hikmahnya,
Yang sudah tercatat sejak Azali.
Terbenamnya matahari cinta pun hilang,
Ketidakjujuran jadinya dusta;
Cuma cinta yang kekal takkan hilang,
Cintakan Allah itu dipinta.
Di malam hari diserikan bulan,
Keindahan bulan dibuai dalam mimpi;
Indahnya persahabatan seperti cahaya bulan,
Berseri-seri keesokan pagi.
Selamat malam duhai sahabat,
Tidurlah moga esok bernafas semula;
Bersyukurlah dapat menambah bekalan akhirat,
Apabila mati kehidupan baru bermula.
Selamat tidur kesayangan ibu,
Tidurlah nyenyak dibuai mimpimu;
Sudah besar nanti jadi orang berilmu,
Menuntut ilmu janganlah jemu.
Tersergam indah kota Mekah,
dikunjungi mereka mencintai Allah;
Kepada Allah mereka menyembah,
Tiada Tuhan layak disembah kecuali Allah.
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Jun 2012
JIKA KAU PUNGUT PUISIKU
Jika kau pungut puisiku
Bererti kau pungut cintaku
Jika kau pungut cintaku
Di situlah cintaku mula bertapak di hatimu
Lalu aku terlena dalam dakapan mimpi
Mimpikanmu untuk bersama ke Syurgawi
Menyulam rindu menyulam cinta
Yang abadi selamanya
Tiada cinta terluka lagi...
Itulah hikmah di sebalik pertemuan ini...
Segalanya atas Ketentuan-Nya
Karya Ratu Rimba Niagara,
3 Jun 2012
RINDU KARYA RAJENDRA NATH TAGORE
& RATU RIMBA NIAGARA
Melabuh rindu
di tirai kasih yg meruap
menjalar anggur-rasa
hangat darah melimpah
cermin hati terpecah,
warna-warna menyerlah..
menyatu menjadi SATU
AKU!
Ooh jalaran rindu di pori-pori
merentap nafas HU
kalau Dia bukan cinta
lalu siapa Diri
bergema dgn puisi Rumi
syam dari tibriz menari
dlm pusaran rindu
sayu dan dungu
AH Hassan al-Basri
sarbat buat Rabiah ada di pintu
kenapa manisnya di langit
bergetar di arasy mimpi
Jgn turun dulu Engkau
Aku masih di sini menyulam rindu,
pada cindai cinta dgn derai airmata
kerena kaabahku blm pulang,
tawafku hilang
aku sendirian,
dlm DIRI!
Rajendra Nath Tagore
BAYANGANMU DITELAN OMBAK RINDU
Jika kau masih menyulam rindu
Aku di sini menyulam cinta berbunga rindu
Rindukan bayangan mu entah di mana ku tak tahu
Yang ku tahu bayanganmu hilang ditelan ombak rindu
Teganya kau begitu
Menyepikan cintaku
Lalu aku kecewa dengan semua janjimu
Yang cuma manis diikrar palsu
Kukecewa di mana letaknya hakikat kebenaran cinta suci
Namun kutabahkan hatiku
Teruskan perjuangan tanpamu
Kerana kutahu Allah sentiasa bersamaku
Moga kau bahagia di samping dia pujaan hatimu..
Apa kabarmu rajendra nath tagore sahabatku
Yang sentiasa tersanjung di hatiku
Atau tak sudi mengingatiku
PUTRI RIMBA NIAGARA & RAJENDRA NATH TAGORE
3 Jun 2012
SASTRAMU SASTERAKU
Pahlawan Sasteraku Yang Sentiasa Tersanjung Di Hatiku...
Terima kasih rakan seperjuanganku...
Adakalanya aku rasakan bagaikan mimpi
Dengan kehadiranmu dan rakan-rakan seperjuangan yang lain
Kerana :
minat yang sama dalam dunia sastra
matlamat yang sama pada sastra
Makanya kita ditemukan di alam maya
yang skripnya tiada terfikir oleh kita
Semuanya telah diaturkan oleh Tuhanku Yang Maha Berkuasa
Tiada Yang Mustahil BagiNya Jika Dia menghendaki Sesuatu Terjadi
Dengan berkata "Kun Fayakun" maka terjadilah!
Karyamu karyaku dan karya rakan yang lain
Sentiasa berbaur kasih sayang kemanusiaan
Mencintai kemanusiaan sudah sebati dalam karya
Itu kerana kita telah dipilih menyebar luaskan kasih sayang
Kemanusiaan semurni hati-hati mereka yang ingin dimengertikan
Pengkarya-pengkarya seperti kau, aku dan rakan lain
Justeru tak kira di mana kita berada di benua mana
Kita terus berkarya terus terusan
Samada mereka sudi mendengar atau tidak biarkan....
Berkarya terus berkarya...
Mana tahu suatu masa nanti karya kita akan bertebaran
di seluruh benua bumi ini untuk mengubat rasa derita penghuninya
Yang ingin dibela penderitaan penghidupannya
Melalui karya kita setidak-tidaknya dapat menyapu
Air mata penderitaan penghuni bumi ini
Senyuman mereka itulah sebenarnya kebahagian kita.
Karya kita menyatukan kita
Karya kita menyatukan hati-hati terluka penghuni bumi
Kerana Sastramu Sasteraku!
Karya Ratu Rimba Niagara,
4 Jun 2012
SAMBUTLAH SALAM KASIH TERAMAT SAYANG KEPADA SEMUA ANAK CUCU DI BUMI INI DARIPADA SEMUA MOYANGMU BERJIWA PEJUANG SASTRA MELAYU RUMPUN NUSANTARA
Keindahan Kasih Sayang Di Syurga
Duhai kanda peniup roh untuk dinda terus berkarya
Sentiasa memahami dan menghargai karya-karyaku
Di kala semangatku hilang ditelan kabus malam
Di kala airmata sentiasa menjadi tintaku berpena
Menulis sepenuh hati sepenuh jiwa
Hanya yang mengerti bahasa hati bahasa jiwa
Betapa hidup ini didambakan kedamaian hati nurani nan suci indah
Moga Allah memakbulkan segala usaha kita
Dan ada Nilaian Di Sisi-Nya
Pabila kita sampai ke Pangkuan Ilahi
Insya-Allah Aamin
Bila tiada kita nanti
Karya-karya yang ditinggalkan
Adalah lambang cinta kita
Pada semua anak cucu
Yang tercinta di muka bumi ini
Berkat menghayati karya-karya kita
Mereka sentiasa menghargai
Cinta sesama atas dasar
CINTA DAN SAYANG KARENA-NYA
Pasti hidup bagaikan ahli Syurga
Sayang menyayangi
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi mengharap redha Ilahi
Tika hidup dan mati
Itulah dunia yang kita dambakan di kala hidup
Kini dihayati dan dialami oleh
Anak cucu dunia yang tercinta!
Syukur Ya Allah...
Di kala usiaku yang tersisa ini
Kau masih memberi aku peluang
Untuk mengukirkan puisi gurindam syair pantun
Mengenai betapa agungnya cinta kasih dan sayang
Kepada sesama makhluk-Mu setulus ikhlas
Hanyalah Kerana-Mu...
Dengan Kuasa-Mu Yang Maha Berkuasa
Dengan Nama-Mu Yang Maha Agung
Dengan Sifat Pemurah-Mu Yang Tak Terbatas
Dengan Sifat-Mu Yang Maha Penyayang Pada Semua Hamba-Mu
Dengan Limpahan Nur Hidayah Kasih-Mu
Kau kumpulkan kami dan anak cucu kami
Di Syurgawi bersama menikmati
Keindahan kasih sayang di Syurga
Yang abadi selama-Nya
Seabadi Cinta-Mu pada hamba-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
DOA MOYANG UNTUK SELURUH ANAK CUCU PENGHUNI BUMI TERCINTA! KENANG MOYANG DALAM DOAMU SAYANG...
MOYANG YANG SENTIASA MENYAYANGIMU KARENA-NYA
MOYANG RABEAH MOHD ALI & SEMUA MOYANGMU PEJUANG SASTRA
Karya Ratu Rimba Niagara,
4 Jun 2012
SASTRAMU SASTERAKU PENEMAN SEPI DI ALAM BARZAH
Salam di sambut dengan kasih dan sayang,
Kehadiranmu putra arjunaku pengobat rindu;
Bila hati sudah terpatri kasih dan sayang,
Biar sesaat berpisah ku tahan menanggung rindu.
Kau jauh namun dekat di hati kurasakan,
Siang dan malam menanggung rindu tak tertahan;
Kau di benua sana rasa berjauhan,
Tapi bayangan mu sentiasa di ingatan.
Gurindam puisimu berlagu rindu,
Mengingat aku tentang Tuhan;
Itu menyebabkan aku bertambah rindu,
Rindu serindunya pada Tuhan.
Syukurku mendapat teman sesolehmu,
DIA mengizinkan aku berteduh di rusuk kirimu;
Di kala aku berduka kau memberi sokongan padaku,
Tanpa jemu meniupkan roh perjuanganku.
Tanpa sokongan dari semua teman yang kukasihi,
Aku bagaikan burung patah sayap kiri;
Maka dari itu tolong kasihani aku ini,
Jangan sepikan aku jika aku disayangi.
Hingga kini kita berteman,
Membicarakan hal dunia dan akhirat;
Agar menjadi hamba-Nya yang beriman,
Sebagai bekalan dibawa ke negeri akhirat.
Setiap kemunculan teman ku ,
Kusambut dengan sesuci hatinya hatiku;
Jika dalam hati berjerubu aku tak tahu,
Cuma yang aku tahu aku tidak disepikan selalu.
Sekejap ada sekejap tak ada tak apa,
Ini terus tak ada-ada;
Habis tu salah siapa,
Bukan aku sengaja nak mengada-ngada.
Dalam sebuah ikatan murni,
Yang penting mesti saling faham memahami;
Saling bertolak ansur mengeratkan hati,
Takkan ada sepi menyepi.
Sepi itu menyakitkan
Sepi itu ada kala menenangkan
Sepi itu ada kala merunsingkan
Yang penting di kuburan tidak sepi
Kerana amalan yang dibawa peneman sepi
Justeru apa hendak diherankan sepi di dunia ini
Amalanlah peneman sepi dunia akhirat
Karya Ratu Rimba Niagara,
18 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA ANTOLOGI BUKU PENYAIR 5 NEGARA)
4 Jun 2012
AMALAN PENEMAN SEPI
Sepi itu indah
Sepi banyak hikmahnya
Sepi yang menyepikan lagi perlu kesabaran
Tanpamu kusepi
Tanpa dia kurindu
Di musim tengkujuh
Bila sepi dihunjam terjangan tsunami
Amat menyeksakan
Amat dahsyat!
Amat menakutkan
Lalu kubuang sepi di ombak rindu
Kerana kutahu
Jika ku tak buang sepi itu
Sepi yang bersedia menantiku
Apabila sampai waktunya nanti
Pasti aku akan merana
Yang tak tertebus!
Sepi di alam barzah
Kerana amalan bukan penemanku
Di kala aku benar-benar
Perlukannya di saat itu
Menjadi peneman setiaku
Telah lari dariku
Itulah sepi
Yang menakutkan
Yang bisa aku
Gagal menjawab soalan kubur
Bila gagal
Pasti tempat aku
Nauzulbillah...
Makanya apalah
Ada ertinya sepi di dunia ini
Jika dibandingkan apabila
Sepi di alam barzah
Amalan bukan peneman sepiku lagi
Makanya selagi ada peluang
Hargailah sepi ini
Dengan amalan
Peneman setia
Di alam barzah!
Moga amalan sudi menjadi
Peneman sepiku tika
Masa tersisa dan setia
Jua di alam barzah
Aamiiun Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Noagara
30 Mei 2012
RAKAN SASTRAKU KALIAN TELAH DITAKDIRKAN MENJADI RAKAN SEPERJUANGANKU SEJAK AZALI LAGI
MOGA TAKDIR YANG TERCATAT DI LAUHMAHFUZ
MENJANJIKAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT UNTUKMU
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wr wb
Nanda Pradita Fia...
Buah hatiku pengarang jantungku
Penawar dukaku...
Pertemuan tanpa dirancang
Untuk menjadi rakan fbmu
Ku bersyukur kepada-Nya
Kau selalu memahamiku...
Menyokongku tak kira masa
Amat mengharu-birukan emosiku
Pelbagai gelodak emosi bergabung
Tapi emosi yang mengabungkan
Pelbagai aroma citarasa
Citarasa dalam berpenamu
Sama dengan penaku
Pabila kita bergandingan
Perpuisi bersama
Amat membahagia
Serasa segala urat saraf
Puisiku yang lemah longlai
Terus bersemangat
Ide datang mencurah
Lalu tercurah di kanvas
Muka buku
Kau membaca puisiku
Aku membaca puisimu
Pastinya kau akan tertawa
Dan pastinya aku jua akan tertawa
Pabila kau ceritakan
4 budakmu ingin datang
Ke istana rimba
Untuk bergendang menari
Dengan penghuni rimbaku
Sambil melagukan
Puisi dan gurindam
Yang kutulis
Si Kunta Si Kunte
Apa lagi terkinja-kinja
Sukanya mereka
Apabila 4 budak mu hendak datang
Ke istana rimba untuk meriuhkan
Lagi suasana rimba
Ahhh bahagia di kala itu
Sambil memerhatikan
Mereka membuat persembahan
Kita berdua makan coklat
Yang kau bawa dari Indonesia
Makanan kegemaranmu kegemaranku
Ahhh bahagia di saat itu
Dari pagi hingga ke petang
Hingga ke malam
Kita bercanda
Penuh dengan aktiviti
Yang mengembirakan
Tiada yang tak gembira
Melainkan gembira
Ahhh duniamu duniaku
Senada seirama
Bahagia membahagia
Tiada akan terluka melukai
Yang hanya ada bahagia
Penuh dengan baja-baja
Kasih sayang
Kasih setulus hati
Kasih kerana-Nya
Ahhh tak sabar menanti saat
Imaginasi menjadi realiti
Sempena dengan
Hari yang indah ini
Hari kelahiranmu ke dunia
Yang telah dicatatkan
Segala takdirmu di Lauhmahfuz
Moga takdir yang ada
Di Lauhmahfuz-Nya
Menjanjikan bahagia
Dunia Akhirat
Untukmu...Aamiin
Perjuanganmu untuk membela
Ibu pertiwimu dengan tinta
Yang mahu kau curahkan
Di kanvas muka buku
Amat aku kagumi
Aku tabik hormat padamu
Akan kukalungkan
Selendang Merah Putih
Tanda penghargaan
Betapa terharunya hatiku
Pada perjuangan sucimu
Yang tak pernah terhenti
Membela anak bangsamu
Tanda kau kasih pada mereka...
Aku sebagai sahabat
Dua negara berjiran bersahabat baik
Akan menyokongmu selagi terdaya
Bergandingan berpena tanpa jemu
Bersamamu...bagi meniup roh
Perjuangan suci para kesatria
Mengekalkan kemerdekaan
Negaramu Negaraku!
Inilah bukti kasih sayang kita
Antara dua negara berjiran
Sehati sejiwa
Senada seirama
Dalam Restu Ilahi
SELAMAT MERAIKAN HARI KELAHIRAN BUAT NANDA
PRADITA FIA TERSAYANG HINGGA KE UJUNG NYAWA
KENANG BUNDA DALAM DOAMU SAYANG
Ingatan tulus ikhlas daripada bunda
Ratu Rimba Niagara,
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA
17 Agustus 2012
RANNA MEILITA
Duhai bunda Kebangkitan Nasional Indonesia....
Kukagumi mu....
Melahirkan putra-purtrimu
Semata untuk kau tiupkan
Ruh perjuangan suci
Kebangkitan Indonesia
Makanya dengan semangatmu
Yang tak kenal arti takut atau tewas
Makanya Indonesia meraih kemerdekaan!
Kau tersenyum bangga...
Darah perjuanganmu yang gak pernah mati itu
Kini pergi ke darah...darah putra putri mu
Yang kau namakan ."RANNA MEILITA'
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Agustus 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN RAKAN SEPERJUANGANKU PRADITA FIA)
Adidah Anyang ke Kumpulan Karya Sastera sahabatku
Andainya bulan retak seribu...... Bayangmu ada dimana mana..... Tidak setanding paras.... Wajahmu itu menjadi rindu..... ( pantun bebas )

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Min Suminah Subhanallah, semoga ucap kata adalah keluar dari lubuk hati sendu haru kurasakan , sampaikah kiranya harapan yang menyenangka untuk kehidupan nan " ABADI" walahu ' alam
Terima kasih untai an kata, bukan bagai kan untaian mutiara namun untai kata BERLIAN
Aamiin

Urus


Suka
Balasan54juta
Ratu Rimba Niagara SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Sahabat kau diciptakan untukku aku diciptakan untukmu
persahabatan kita indah seindah pelangi di malam hari
moga persahabatan kita nan indah ini berterusan hingga ke Jannah. Aamiin.

(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN RAKAN SEPERJUANGANKU PRADITA FIA)
Adidah Anyang ke Kumpulan Karya Sastera sahabatku
Andainya bulan retak seribu...... Bayangmu ada dimana mana..... Tidak setanding paras.... Wajahmu itu menjadi rindu..... ( pantun bebas )

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen

Erlyndha AnandyantiErlyndha is a moderator in this group. Pantang menyerah...dan tetap semangat yaa sahbt penaku.....
😊😀,,,,♧♧♧♧♧**....££££££**...💪💪💪💪**...🌺🌺🌺🌺🌺***....👍👍👍👍,,,,,

Urus


SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan1h
Ratu Rimba Niagara Makasih sahabat atas dukunganmu love u...
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
SETAHUN SUDAH BERLALU KAMI MASIH MERINDUIMU MH370
setahun sudah berlalu
kami masih merinduimu MH370
kehilanganmu entah di mana
puas kami mencarimu
hingga ke hujung dunia
namun masih tidak diketemui
setiap hari kenangan indah bersamamu
sentiasa terbayang-bayang
membuatkan kami bertambah rindu tak tertahan
kering air mata ini mengenangkanmu
lagi diingat lagi sebak hati ini
rindu serindu rindunya
kasih tak berbalas kasih
sepi berpanjangan
sesepi lautan hindi
hadirlah dalam mimpi kami
walaupun seketika
untuk mengubat rindu mencengkam jiwa
pasti indah pertemuan di kala itu
kita saling berpelukan menghilangkan rindu
tapi itu cuma igauan mimpi
mimpi ngeri kehilanganmu MH370
MH370 di manapun keberadaanmu
andai kamu sudah berada di alam sana
kami doakan kamu mengecapi bahagia di Syurga
kamu mendahului kami
tunggulah kami di pintu Syurga
moga Allah izinkan kita bertemu
indahnya pertemuan di kala itu
penantian berakhir dengan pertemuan yang abadi
Subhanallah pada-Mu aku berserah hidup matiku
dari-Mu aku datang kepada-Mu aku dikembalikan
kembalikan aku dalam jiwa dan roh yang tenang redha lagi diredhai-Mu,
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Jamadil'Awal 1436H
8 Mac 2015
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Semua Waris MH370 Yang Sentiasa Tersanjung Di Hati. Kami Sentiasa Memberi Sokongan Kepada Anda Kerana
Sedihmu Sedihku Jua Moga Puisi Yang Dikarangkan Terubat Rindu Di Hatimu Dan Dapat Merawat Luka Pedih Di Hatimu)


       
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
HIDUP HANYA SEKALI MATI PASTI DATANG HANYA GAMBAR BERBICARA


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
24 Jamadilakhir 1439H
12 Mac 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;