Friday, 16 March 2018

HIJRAH (436) INDAH BILA SEMUANYA KERANA ALLAH


HIJRAH (436) INDAH BILA SEMUANYA KERANA ALLAH
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI

INDAH JIKA SEMUA-NYA KARENA ALLAH
BILA KERANA ALLAH

YA ALLAH BERKATILAH ILMU YANG KAMI PELAJARI DAN SAMPAIKAN AAMIIN
Azmal Sabri
Yesterday at 5:41am
WAHYU, ILMU LADUNI, FIRASAT DAN KASYAF ?...
Teruskan Membaca
Kenangan Anda di Facebook
Ratu Rimba Niagara, kami prihatin tentang anda dan kenangan yang anda kongsi di sini. Kami fikir anda ingin melihat kembali selepas ini dari 6 tahun lalu.
6 Setahun yang lepas
Ini tidak akan ditunjukkan dalam Suapan Berita orang lain melainkan anda mengongsinya





MARI KITA TERBANG BERSAMA MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH
INDAH JIKA SEMUA-NYA KARENA ALLAH
BILA KERANA ALLAH
Bila semua-Nya karena Allah
dilupakan segala
kasih dilarakan
dilarutkan di lautan gelombang asid bergelora
yang ada rindu dan kasih yang membara-bara
segala keretakan hati menghampakan
dicuci dengan iman semua parut kekecewaan hilang sama sekali
dendam kesumat untuk membalas kekecewaan
tak akan terujud walaupun sebesar zarrah
karena Allah...
tak akan ada arti kecewa bila dikecewakan
karena tahu
memang sifatnya manusia
selalu berubah
hari ini bilang suka
esok bilang benci
berjanji mahu setiakawan selamanya
disangkakan panas sampai ke petang
tapi hujan di tengah hari
itulah manusia
jadi apa hendak dikisahkan
dengan manusia
yang penting kita tidak berdendam kesumat dengannya
tetap mengganggap saudara seislam sampai mati
dengan harapan di Syurga dapat ketemu
walaupun di dunia maya apa tah lagi di dunia nyata
tak ketemua tak mengapa
karena kita tahu
kita ditemukan di alammaya
bukan rancangan kita
semua-Nya atas kehendak Allah...
jika atas kehendak Allah...
pasti akhirnya kita ditemukan juga di Syurga
walaupun di dunia maya atau di dunia nyata
kita tidak sefahaman
atas sesuatu hal remeh temeh dunia...
ku amat yakin bila ditemukan Allah
semuanya ada hikmah di sebalik-Nya...
kita ambil yang hikmah
kita padam yang ketidaksempurnaan kita...
pasti kita akan terpujuk hati
untuk saling menghargai
untuk saling memahami
untuk saling memaafkan walaupun sekadar di dalam hati..
segala umpat keji kepada yang dibenci tak akan ada
karena kita tahu selagi kita mengumpat
pahala kita yang sedikit akan diberi percuma kepada yang diumpat
walaupun cuma alammaya
tetap juga dicatat sebagai si pengumpat si penista nauzubillah
begitulah manisnya iman
kita akan selalu berfikir
ke mana penghujung hayat kita
berakhir kita di mana...
pasti kubur menanti
sebelum kubur menanti pasti
jasadku akan menjadi kenduri jutaan ulat-ulat di kuburan
maka sebelum mati biarlah aku kendurikan
karya-karyaku di alammaya ini
dengan saling berkirim salam kasih sayang silaturrahmi
pada semua yang bergelar saudara seislamku yang
mengenali sastera yang kutulis , yang paling mustahak
dan teramat penting ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika sastraku
membuat kalian membenciku, mendendamiku dan membuatkan sastraku luka sampai ke alam kubur diseksa akibat sastera yang kutulis...jika begitulah aku ...aku rela tidak bersastera selamanya...sedangkan aku bersastra adalah untuk mendapat Nur Hidayah Kasih-Nya tanpa henti sehingga akhir hayatku...itulah aku...Allahu Akbar
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
SEKADAR NAMA PENA
HAKIKATNYA AKU CUMA SEORANG HAMBA-NYA
YANG DATANG KE DUNIA TANPA APA-APA
TAPI BILA PULANG MAHUKAN MEMBAWA BEKALAN
YANG ADA NILAIAN DI SISI-NYA ALLAHU AKBAR AAMIIN
28 REJAB 1435H
28 MEI 2014
RAJA DAN RAKYAT HIDUP DAN MATI DALAM IMAN
Allahu Akbar Syukur kami Ya Allah,
Kau kurniakan kami raja beriman,
Raja dan rakyat mahu bertakwa pada-Mu Ya Allah,
Agar mati kami membawa bekalan takwa dan iman.
Raja kami raja soleh lagi beriman,
Memupuk jiwa rakyat menjadi hamba bertakwa,
Negara kami berkat adanya iman,
Hidup mati kami sentiasa dalam bertakwa.
Raja dan rakyat saling sehati,
Tiada rasa berdengki hati,
Yang ada saling menghormati,
Agar Allah sentiasa berkati.
Sultan Brunei kesayangan rakyat,
Raja bertakwa lagi beriman,
Sentiasa utamakan kebajikan rakyat,
Agar rakyat aman bahagia dalam iman.
Perintah Tuhan diutamakan,
Larangan Tuhan dijauhkan,
Itu yang mahu dipatuhkan,
Kerana-Mu Tuhan kami akurkan.
Kami mahu hidup dan mati dalam redha-Mu Tuhan,
Setiap Perintah-Mu kami patuh dalam iman,
Berilah kami Nur Hidayah kasih-Mu Tuhan,
Azam kami mahu menjadi hamba-Mu yang beriman.
Subhanallah indah bunga di taman,
Lagi dilihat terpancar iman,
Allah jadikan aku hamba-Mu beriman,
Agar hidup matiku dalam iman.
Raja adil raja disanjung,
Memerintah Brunei penuh saksama,
Raja dan rakyat saling menyanjung,
Berbudi pekerti mulia di Syurga kita bersama.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA NUSANTARA
CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
26 REJAB 1435H
26 MEI 2014
May 26 at 11:25am · Like
Khairuddin Al-Young Riau II luar biasa ratu. .
INDAH JIKA SEMUA-NYA KERANA ALLAH


SAHABAT KE SYURGA
Sahabat...
kau adalah anugerahNya
yang terindah kusyukuri dunia hingga Akhirat.
Sahabat...
di dunia maya Allah SWT
takdirkan kita bersahabat
moga Allah takdirkan kita
bersahabat di Syurga juga
Insya-Allah Aamiin
itulah hikmah kenapa DIA
aturkan pertemuan kita di alam maya
takdirNya selalu tepat dan terindah.
Sahabat...
jika kita bersahabat mencari kesempurnaan
tiada siapapun yang sempurna di dunia ini
kecuali Nabi Muhammad SAW
sebab itu kita bersahabat
bukan mencari kesempurnaan
kita bersahabat untuk sama-sama
muhasabah diri agar sama-sama sehati sejiwa
bergandingan menuju jalan ke SyurgaNya .
Sahabat...
amat rugi apabila kita telah bersahabat
tapi saling menyakiti hati
saling mengecewakan hati
saling melukakan hati
akhirnya kita menjauhkan diri terpisah
andai kita begitu
terlebih dahulu
kuhulurkan salam memohon maaf
dan akan sentiasa maafkan kamu walaupun tak diucapkan
saling memaafkan
tanpa dendam di hati
membuatkan jiwa kita tenang sahabat...
Sahabat...
kita tidak tahu siapa yang pergi dulu di antara kita
kematian sedia menanti kita
andai aku yang pergi dulu
maafkan aku sahabat
maafkan atas segala kesalahanku tanpa sedarnya aku
andai engkau yang pergi dulu
kita saling menanti
di Pintu Syurga Insya-Allah Aamiin.
Sahabat...
indah jika kita bersahabat
atas dasar kerana Allah SWT
segalanya akan menjanjikan bahagia
jika bersahabat kerana Allah SWT
kerana Allah kita bertemu
kerana Allah kita berpisah
Sahabat...
bersama kita berazam
menjadi sahabat sehati sejiwa
sahabat Dunia Akhirat
di dunia maya kita bersahabat
di Syurga kita meneruskan persahabatan
kita bersahabat hingga ke Syurga...
Sahabat...
di Akhirat nanti
andai ada di antara sahabat kita
yang tidak dapat masuk ke Syurga
menjadi penghuni neraka
kita memohon kepada Allah SWT
masukkan sahabat kita ke Syurga
Dengan Rahmat KasihNya Allah
sahabat kita dibenarkan masuk ke Syurga
kitalah yang menjemput sahabat kita masuk ke Syurga
penghuni neraka yang lain
akan merasa menyesal kerana ketika di dunia dahulu
tidak terdetik di hatinya bersahabat dengan sahabat soleh dan soleha
Sahabat...
Syurga adalah rahsia Allah kerana milik Allah
tiada siapapun yang tahu di mana tempatnya setelah mati
tapi kita sebagai hambaNya yang kerdil
bercita-cita menjadi penghuni Syurga
manalah tahu menjadi penghuni Syurga Insya-Allah Aamiin.
Sahabat...
Adam bapa kita berasal dari Syurga
Hawa ibu kita berasal dari Syurga
Moga kita mematrikan kasih bapa dan ibu kita
sampai ke Syurga
"Sahabat Ke Syurga,"
itulah Qada dan Qadar yang sama kita imani
Insya-Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
18 JamadilAkhir 1438H
17 Mac 2017
SAHABAT AKU MAHU MENJADI SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA.
Putra Qaseh dan Maynard James menyukai siaran anda dalam 💖💖BILA RINDU BERBICARA💓💓: "PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI..."
beberapa saat lalu
Putra Qaseh, Maynard James dan Nur Kasih menyukai siaran anda dalam 💖💖BILA RINDU BERBICARA💓💓: "Kebahagiaan terletak di hati Jika hati..."
beberapa saat lalu
Putra Qaseh menyukai kiriman anda dalam 💖💖BILA RINDU BERBICARA💓💓.: "TAKDIR-NYA SENTIASA INDAH hidup sepi..."
beberapa saat lalu
Putra Qaseh dan Mohamad Amri menyukai siaran anda dalam 💖💖BILA RINDU BERBICARA💓💓: "ALLAHU AKBAR MOGA CINTA SEJATIMU..."
beberapa saat lalu
Hanif Muqri,Jamsari Abdul dan 25 yang lain menyukai kiriman anda di SAHABAT HATI BERBICARA: "SOLAT DAN AMAL KEBAJIKAN HANYA KERANA..."


INDAH JIKA SEMUA-NYA KERANA ALLAH
NEGERI LANCANG KUNING SEDAMAI HATI MENUJU SYURGA ABADI
ALLAHU AKBAR AAMIIN
PAHLAWAN MELAYU
entah mengapa
semua yang bergelar pahlawan
aku amat menyanjungi jasa baktinya
ilmu kepahlawanannya
untuk membela agama bangsa dan negara
sehingga rela pertaruhkan nyawa
aku tabik
aku sanjung
aku junjung
kerana terlalu menyanjungimu pahlawan melayu
serasa darah kepahlawananmu
hidup dalam jiwaku
segala ilmu kependekaranmu
ada di jiwaku
sedangkan aku bukanlah siapa-siapa
cuma wanita lemah yang tak berdaya
andai saat ini kau cabar aku bertarung
aku pasti kalah
tapi kau mesti pelik
kenapa aku bisa
mengarangkan puisi, pantun, syair dan gurindam
tentang kepahlawananmu
bila aku berkarya sastera
seolah akulah pahlawan itu
walaupun aku bukan pahlawan
segagahmu
setidak-tidaknya
aku sudah memperkenalkan
ilmu kepahlawanan Laksamana Hang Tuah
di jiwa anak muda
agar bila mereka baca dan hayati
mereka terpanggil untuk menjadi pahlawan melayu
bagaikan roh perjuangan laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat
ada di jiwa mereka
itulah di sebalik yang tersurat dan tersirat
kenapa Allah swt memilihku menjadi pengarang sastra di muka bumi-Nya...makanya aku bersyukur dapat berjasa kepada semua anak bangsa ibu pertiwi di Lima Benua Tercinta.
Allahu Akbar Aamiin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
28 Rejab 1435H
28 Mei 2014

CINTA ALLAH ABADI SELAMA-NYA
HIDUP INI PENUH DENGAN CINTA
TANPA CINTA HIDUP JADI TANDUS
KITA CEMBURU ORANG YANG ADA CINTA
SEBAB KITA TAK PUNYAI CINTA
ORANG YANG PUNYA CINTA PULA
AMAT TAKUT JIKA CINTANYA BERUBAH
BILA BERUBAH PASTI DIA AKAN DITINGGALKAN CINTA
PASTI HIDUPNYA PENUH KESUNYIAN
JUSTRU DENGAN APA PUN
AKAN DIUSAHAKAN SEHABIS DAYA
UNTUK MENDAPATKAN CINTA
WALAUPUN TERPAKSA MENJADI SI PENGABDI CINTA
BAGINYA CINTA ITU MILIKNYA
TIADA SIAPA YANG BOLEH MERAMPASNYA
TAPI SAYANG SERIBU KALI SAYANG
CINTA YANG DIABDIKAN
DICINTAI SEPENUH MATI
CINTA HATINYA DIJEMPUT TUHAN
DIA HILANG PUNCA
DIA HILANG AKAL
KARENA DIA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA CINTA
DIA TAK KISAH WALAUPUN DIA TERPAKSA BERBAGI CINTA
JIKA DULU DIA TAK SUKA BERBAGI CINTA
TAPI KINI DIA SANGGUP MENJADI PERAMPAS CINTA
ASALKAN DIA PUNYA CINTA
DENGAN ALASAN DIA TAK BOLEH HIDUP TANPA CINTA
JADI DI MANA LETAKNYA KESETIAAN CINTA?
YANG MATI TERUS DILUPAKAN CINTA
CINTA BARU YANG DIABDIKAN
ITULAH SI PENGABDI CINTA
JIKA KITA BERFIKIR SEJENAK....
CINTA SESAMA MANUSIA
TIKA HIDUP SAJA
BILA SUDAH MATI CINTAPUN MATI
SEBAB ITU CINTA YANG DIKURNIAKAN ALLAH
YANG BERSTATUS SUAMI, ISTRI DAN ANAK
ADALAH PINJAMAN ALLAH SWT
MENUMPANG KASIH SAYANG
DAN MENJADI ASET UNTUK MENAMBAH SAHAM AKHIRAT
DI AKHIRAT PULA
SEKASIH SESAYANG MANA PUN KITA
PADA SUAMI, ISTRI DAN ANAK
TIKA ITU SALING TAK MENGENALI
KARENA SETIAP YANG AMPUNYA DIRI SIBUK
DENGAN URUSAN MASING-MASING
UNTUK DI BICARAKAN
DI MAHKAMAH ROBBUL IDZATI
MASING-MASING AMAT PENTINGKAN PAHALA
WALAUPUN SEBESAR ZAHRRAH
SEBESAR ZAHRRAH ITULAH
JIKA DIKUMPUL-KUMPUL BOLEH MEMBERATKAN TIMBANGAN
ITULAH YANG MEMBUATKAN YANG AMPUNYA DIRI
MASUK KE SYURGA
TAPI MALANG JIKA PAHALA YANG SEDIKIT ATAU YANG BANYAK
DIBERI KEPADA ORANG YANG KITA UMPAT DAN KEJI
KITA JADI MUFLIS AKHIRAT
GARA-GARA SEMASA HIDUP KITA SUKA MENGUMPAT DAN MENGEJI ORANG
ALLAHU AKBAR JAUHKAN AKU , KELUARGAKU, ANAK CUCUKU DAN SEMUA SAUDARA SEISLAMKU YANG MEMBUATKAN KAMI KECEWA DAN HAMPA DI AKHIRAT NANTI.
DI AKHIRAT NANTI AKU MAHU BERKUMPUL BERSAMA SEMUA MEREKA YANG TERSAYANG UNTUK MENATAP WAJAH-MU DI SYURGAWI BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
28 REJAB 1435H
28 MEI 2014
Ratu Rimba Niagara shared Herty Borngreat Music's photo.
WALAUPUN KULIT HITAM DARAH TETAP SAMA DARAH MERAH
BEGITU JUGA WALAU APA PUN DARJAT DAN STATUS KITA TETAP SAMA DARAH TAK PERNAH MEMBEzAKAN SAMAADA KITA LAYAK MASUK SYURGA ATAU TIDAK , BAGI ALLAH SWT MENILAIKAN HAMBA-NYA
BUKAN PADA STATUS, BUKAN PADA DARJAT BUKAN PADA WARNA KULIT...TAPI KETAKWAAN YANG MEMBEzAKAN ANTARA HAMBA DAN PENCIPTA-NYA...MOGA KITA DITERIMA SEBAGAI HAMBA-NYA YANG BERTAKWA. IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
PUISI OH! PUISI
Selamat siang yang terkasih...
Janganlah kasih mu tersisih dariku yang jauh ini....
Maklumlah aku berada di dasar lautan sendirian ....
Namun masih mendoakan agar dirimu sentiasa diRahmatiNya.Aamin
Yayuk Baskoro Adi ........sayang....aku ga bisa nuls puisi.....hehehe
PUISI OH! PUISI
hehehe
selamat siang mas....sayang...
aku nggak bisa nulis puisi...
tapi aku suka baca puisi...
puisi bikin hati ku senang
aku ketawa bila baca puisi
puisi bikin aku kenal diriku
puisi bikin aku kenal Tuhanku
puisi bikin aku sayang pada semua
puisi bikin aku sayang pada penulis puisi
hehehe aku suka...suka...suka banget...
hehehe
puisi....puisi...oh puisi ku sayang...
aku sayang kamu...
aku akan baca mu selalu
aku akan doakan si penulis puisi
diRahmati Allah dikala hidup dan matinya
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
28 Mac 2012
(Istimewa buat Yayuk Baskoro Adi moga gembira selalu)
Yayuk Baskoro Adi terima kasih.....aku merasa sangat tersanjung dengan puisi anda.....sekali lagi terimakasih...selamat siang......
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sayang...adikku manjaku...senyumanmu yang manja itu terus meresap dalam kalbuku...makanya terlahirlah puisi spontan ini sayang....moga kau menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tua mu di kala hidup dan matinya sayang....
Yayuk Baskoro Adi amin...amin....ya robbal'alamin......
GELOMBANG ILHAM PELANGI NAN INDAH AGAR TERCETUSNYA IDEA KREATIF ANUGERAH DARI-NYA ALLAHU AKBAR AAMIIN
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman @
Toh Puan Ratu Kencana Sari,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
26 JAMADIL'AWAL 1436H
17 MAC 2015
drtuah sedang bersama Kak Yang dan 2 yang lain.

PUISI OH! PUISI
Selamat siang yang terkasih...
Janganlah kasih mu tersisih dariku yang jauh ini....
Maklumlah aku berada di dasar lautan sendirian ....
Namun masih mendoakan agar dirimu sentiasa diRahmatiNya.Aamin
Yayuk Baskoro Adi ........sayang....aku ga bisa nuls puisi.....hehehe
PUISI OH! PUISI
hehehe
selamat siang mas....sayang...
aku nggak bisa nulis puisi...
tapi aku suka baca puisi...
puisi bikin hati ku senang
aku ketawa bila baca puisi
puisi bikin aku kenal diriku
puisi bikin aku kenal Tuhanku
puisi bikin aku sayang pada semua
puisi bikin aku sayang pada penulis puisi
hehehe aku suka...suka...suka banget...
hehehe
puisi....puisi...oh puisi ku sayang...
aku sayang kamu...
aku akan baca mu selalu
aku akan doakan si penulis puisi
diRahmati Allah dikala hidup dan matinya
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
28 Mac 2012
(Istimewa buat Yayuk Baskoro Adi moga gembira selalu)
Yayuk Baskoro Adi terima kasih.....aku merasa sangat tersanjung dengan puisi anda.....sekali lagi terimakasih...selamat siang......
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sayang...adikku manjaku...senyumanmu yang manja itu terus meresap dalam kalbuku...makanya terlahirlah puisi spontan ini sayang....moga kau menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tua mu di kala hidup dan matinya sayang....
Yayuk Baskoro Adi amin...amin....ya robbal'alamin......
GELOMBANG ILHAM PELANGI NAN INDAH AGAR TERCETUSNYA IDEA KREATIF ANUGERAH DARI-NYA ALLAHU AKBAR AAMIIN


6 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
CINTAILAH AKU SEBAGAIMANA SETIANYA OMBAK MENGHEMPAS PANTAI!
Komen
 CINTAILAH AKU SEPERTI SETIANYA OMBAK PADA PANTAI

Kasih yang terkasih

Aku tak tahu bagaimana hendak kuluah hatiku ini
Sejujurnya kukatakan aku amat-amat mengasihimu
Biarpun kutahu terlalu amat payah untuk kau membalas kasihku
Mungkin kau masih tercari-cari cinta yang sebenar siapakah yang layak
Bertahta di hatimu ...dan begitu lama aku menanti jawapanmu itu

Ombak rindulah yang menyaksikan penantian yang amat menyeksakan!
Aku cemburu pada pantai
Aku cemburu pada ombak
Biarpun ombak mendera pantai
Tapi pantai masih setia pada ombak
Pantai bilang....
Duhai ombak....
Seksalah aku semahumu! Kalau itu boleh membahagiakan mu...
Percayalah aku tetap setia padamu....
Selagi kau mendera aku
Selagiku itulah kau heret rinduku bersamamu
Dan aku terharu apabila mendengar deruanmu ombak
Aku tahu kau membalas cintaku
Kalau tak masakan kau membawa rinduku sekali bersamamu...
Biarpun kita terpisah alam
Namun deruan rindumu rinduku
Tak akan terpisah selamanya
Tahulah aku yang kau kasih dan sayangkan aku
Makanya terimalah senyuman ku untukmu duhai ombak yang kucinta..

Justeru duhai kasih
Berjanjilah padaku yang kau akan cintai aku 
Seperti setianya ombak pada pantai...
Ke mana kau pergi bawalah rindku bersamamu
Biarpun aku sudah tiada di dunia ini...
Kenang daku dalam doamu.

Karya Rha NS
17 Mac 2012
Urus
6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Kedaton Kraton Wahyu Utama Puisi cinta mu amt indah dan aku kagumi.....aku pernah hanyut begitu dalam dan kubiarkan diriku terbuai baui ..... dengan kisaih cinta diaalam puisimu nan indah.....hingga pada suatu saat pernah aku terungkap ... dan menagjakmu......kerjasama.... dalam program 22 impian impian iandah lukisana lukisan.. cinta ku nan agung untuk mensertakan dirimu dalam kisah ku membangun Pesona Kerajaana Ku Nan Agung.....selintas ...aku merasa ... besar perhatianmu .....pada awal nya.... tapi kemudian akau merasakan ......engkau tiada .... sambut untuk kuajak terbang lebih jauh kedunia lukisan cita ctaku nan maha karya agung...... aku melihat selalu membaca setia puisi puisimu......memang indah ..... agung.... tapi .... bukan ... ditujukan .... untuka berperan membantu membangun negeriku.....padahal dinegeriku aku telah berkisah banyak tentang keindahan karya karyamu....dan impianku untuk menjadikan dirimu sumber inspirasiku untuk ku membuka perwakilan cabang kantor Duta Budaya Medoa Publikasia Kraton pesona Wisata Nusantara KEDATON KRATAON WAHYU UTAMA LABORATORIUM PESOANA WISATA DUNIA . WAHYU UTAMA Filosofi center genius Program...Central Kehihidupan Alam Pesona Wisata Pesona Komonitas Kehidupan Perdamaian Dunia/ ahlkirat ... pewsona Kehidupan Alam ;;''PESONA WISATA PERADAPAN AGUNG KEBUDAYAAN ZAMAN DAMAI KEKAL ABADI ' SERU SELURUH UMAT UMAT RAKYAT RAKYAT BANGSA BANGSA NEGARA NEGARA SELURUH PENJURU DUBIA -SERU SELURUH UAMA RAKYAT SEMESTA ALAM RAYA ( nan memepesona nan menak jubkan disegala bidang ) ... Era membangung pesona central Kiblat Kehidupan Fi;psofi fondamental menjadikan predikat kota Yogyakarta Menjadi Kiblat Filosofi Fondamental Pesoan Kehidupan Perdamaian Dunia Terciptanya Kota Yogya karta Sebagao '' KOTA AGUNG KEBUDAYAAN ZAMAN DAMAI KEKAL ABADI SERU SELURUH UMAT RAKYAT SEMESTA ALAM RAYA '' (nan mempesona nan menakjubkan ).....sekaligus sebagai media pubkasi saya meraih Gelar DOKTOR HC dan sekaliGus Hadiah NOBEL sebagai pencipta filosofis fondamental sepiritual pesoan Budaya Peona kehidupan alam pesona wisata komonitas jaringan pesona kehidupan alam pesona wisata perdamaian Dunia ....melalui jejaringan pesona dunia maya ini saya ... Pelukis Wahyu Utama Seniman Maestro filosofi genius program ''pimpinana pencipa pendiri Kedaton Kraton Wahyu Utama Laboratorium Pesona Wisata Dunia central Kehidupan Pesona Kehidupan Alam Pesona wisata Perdamaian Dunia ...central Kehidupan Alam Pesona wisata Peradapan Agung Kebudayaan Zaman Dami Kekal Abadi Seru Seluruh Uamat Rakyat Semesta Alam Raya..'' denganini mengajak mengundang dan mencari mitra kerja sama untuk para sidang pembaca siap menjadi Agreng Agenga jaringan Pesona Kehidupan PERADABAN KEBUDAYAAN ZAMAN DAMAI KEKAL ABADI SERU SELURUH UMAT EAKYAT SEMESTA ALAM RAYA...DI Rumah Masing masing daerah masing masing nan tersebar diseluruh penjuru dunia .... bila berkenan segara hubungi lang sung sebagai pemcipta pimpinan tertinggi KEDATON KRATON WAHYU UTAMA ' LABORATORIUM PESONA WISATA DUNIA ...WAHYU UTAMA FILOSOFI CENTER GENIUS PROGRAM. BEREKEDUDUKAN DI PUSAT CENTRAL KEGIATAN dI kOTA yOGYAKARTA bsebagai KOTA AGUNG KEBUDAYAAN ZAMAN DAMAI KEKAL ABAI '' Seru seluruh Umat Rakyat Sejagat.....
Urus
6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Kedaton Kraton Wahyu Utama tetapi ketika aku rasakan responmu menurun ....hingga semangatpun jadi menurun seperti pantai ombak lautan dipasang surut.....dan kini aku sedang mencari dan mencari.... dari semua sidang pembaca... yang berkenan aku tunjuk dan menerima mandatku untuk ku angkat sebagai duta duta Budaya Kerajaan Ku Central Filosofi Kehidupan Alam Pesona Wisata Pesona Pedamaian Dunia Diseluruh penjuru Darerah diseluruh penjuru Negeri Hingga Keseluruh Penjuru Dunia......tapi tak apalah bila adainda Rabeah M Ali tak berminat.... sampai kanlah salam kehendaku kepada teman temanmu saudara saudara mu atau siapa saja yang telah mendengar pesona berita Maha Gema Maha Cahaya Wahyu Utama Pusat Kerajaan Surga Alampesona wisata Kehidupan Perdamaian Dunia KEDATON KRATON WAHYU UTAMA LABORATORIUM PESONA WISATA DUNIA ,Wahyu Utama Fi;osofis Center Genius Program ... Kini Melalu i Berita ini dalam kiprahnya berkehendak membangun kAntor AGEN AGEM Jaringang Kedutaan Kedutaan Perwakilan Pesona Budaya Perdamaian Dunia Kedaton Kraton Wahyu Utama Diseluruh Pejuru Daerah diseluruh Penjuru Dunia.... KUN FAYA KUN SEGRA ALLAH AL AMIN.........terimakasih upaya adik walau sekecil kecil naya untuk memuali meng himbua teman teman disekeliling komonitasmu.....
Urus
6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Norma aku juga kagum dengan bunda....
Urus
5y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagarai Sahabatku Wahyu Utama....
Aku amat terharu... begitu sekali kau menyanjungi dan menghargai karyaku.
Sehingga aku tersungkur di sejadah cinta Illahi memohon segeralah , KUN FAYAKUN Aamin agar segala yang kau citakan dan aku citakan dalam dunia seni luk
ismu seni sastraku dapat bergabung dan berkerjasama seutuhnya tanpa ada rasa kebanggaan sebesar zarrahpun melainkan ingin mendapat redho Illahi . Sabarlah menantiku duhai sahabat seperjuanganku...selagi kau sabar Insya-Allah kejayaan pasti milik kita dan milik semua maha Karya Cinta KeranaNya. 

Jika karya syair pantun dan gurindamku menjadi sumber inspirasimu....lagi aku amat terharu...kerana selama ini tiada seorang pelukis pun membuat pengakuan begitu padaku makanya aku izinkan apa saja karyaku yang mencetuskan inspirasimu berkarya...sila kan lah dan jadikan lah koleksi galeri mu itu..dan jika kau mahu hayati seluruh karya-karyaku lagi sudilah layari blogku: sasterakuduniaku.blogspot.com

Mana tahu kita akan menjadi rakan kerjasama yang baik ....tunggulah....tunggulah...KUN FAYAKUN

Percayalah selagi mana kau menyanjungi dan menghargai karyaku
Di situ jugalah aku menghargai karya lukisanmu dan menyanjungi bakat Kurniaan Illahi padamu
kerna dunia senimu dunia seniku telah diaturkan oleh Allah SWT untuk saling memberi kerjasama antara dua benua Aaamin Insya-Allah
Urus
5y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara Terima kasih Norma Minan...kau antara sahabatku di benua sana menyokong dan meniup bara perjuanganku ...moga kita bisa ketemu di alam realiti untuk saling mengeratkan kasih sayang di antara kia ...tiadalah aku melemparkan senyuman di ombak rindu senja...huhuhu
Sejambak mawar cinta,
Dikirimkan buatmu,
Bukan kerana paras kucinta,
Keimanan kusuka padamu.
CINTA DALAM RESTU-NYA
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Mawar merah diserikan dengan bunga-bunga cinta;
Salam silaturrahim disambut dengan kasih dan sayang,
Tersyahduku Maha Agongnya Cinta.
Sejambak mawar putih untuk persahabatan,
Terjalin persahabatan setulus ikhlas;
Moga persahabatan terus berpanjangan,
Budi baikmu hanya Allah membalas.
Sejambak ros merah penyeri cinta,
Cinta mewangi sewangi ros merah;
Cinta sejati iman tercipta,
Hanya kedamaian di hati tiada pun marah.
Mawar kuning sehening pagi,
Wangian semerbak di tepian pantai;
Ceria hidupmu seceria pagi,
Moga bahagia hidupmu sentiasa menanti.
Cantiknya mawar tapi berduri,
Melindungi diri dari dicuri;
Dicurinya cinta takutnya rugi,
Ruginya nanti tersalah cari.
Kehidupan ini adalah satu kenikmatan,
Kenikmatan hidup adanya perasaan;
Perasaan disayangi dicintai berterusan,
Barulah hidup rasa tak bosan.
Kehidupan adalah sesuatu yang indah,
Indah apabila dipenuhi dengan cinta;
Disukai manusia dicintai Allah,
Segalanya bermula dengan rasa cinta.
Kehidupan adalah satu perjuangan,
Hidup diteruskan walaupun dikalahi;
Perjuangan mesti diteruskan,
Biarpun tsunami datang membadai.
Wangi sungguh si bunga cempaka,
Menjadi pujaan idaman hati;
Sandarkan hidupmu hanya kepadaNya,
Nescaya dikau bersenang hati.
Kehidupan adalah satu ketenangan,
Ketenangan diburu oleh orang beriman;
Di hati ada takwa dan iman,
Disebatikan dengan cintakan Allah berpanjangan.
Kehidupan adalah satu pengembaraan,
Pengembaraan perlu ada bekalan;
Sampai ke destinasi tiada sesalan,
Bekalan penuh berisi amalan.
Gemersik alunan daunan pepohon mendayu-dayu,
Diiringi petikan gitar berirama seni;
Irama sentimental diminati melayu,
Diciptakan lagu irama berseni.
Jangan dikesali jika itu takdirnya,
Syukurlah apa yang dimiiki;
Segala terjadi ada hikmahnya,
Yang sudah tercatat sejak Azali.
Terbenamnya matahari cinta pun hilang,
Ketidakjujuran jadinya dusta;
Cuma cinta yang kekal takkan hilang,
Cintakan Allah itu dipinta.
Di malam hari diserikan bulan,
Keindahan bulan dibuai dalam mimpi;
Indahnya persahabatan seperti cahaya bulan,
Berseri-seri keesokan pagi.
Selamat malam duhai sahabat,
Tidurlah moga esok bernafas semula;
Bersyukurlah dapat menambah bekalan akhirat,
Apabila mati kehidupan baru bermula.
Selamat tidur kesayangan ibu,
Tidurlah nyenyak dibuai mimpimu;
Sudah besar nanti jadi orang berilmu,
Menuntut ilmu janganlah jemu.
Tersergam indah kota Mekah,
dikunjungi mereka mencintai Allah;
Kepada Allah mereka menyembah,
Tiada Tuhan layak disembah kecuali Allah.
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Jun 2012
JIKA KAU PUNGUT PUISIKU
Jika kau pungut puisiku
Bererti kau pungut cintaku
Jika kau pungut cintaku
Di situlah cintaku mula bertapak di hatimu
Lalu aku terlena dalam dakapan mimpi
Mimpikanmu untuk bersama ke Syurgawi
Menyulam rindu menyulam cinta
Yang abadi selamanya
Tiada cinta terluka lagi...
Itulah hikmah di sebalik pertemuan ini...
Segalanya atas Ketentuan-Nya
Karya Ratu Rimba Niagara,
3 Jun 2012
RINDU KARYA RAJENDRA NATH TAGORE
& RATU RIMBA NIAGARA
Melabuh rindu
di tirai kasih yg meruap
menjalar anggur-rasa
hangat darah melimpah
cermin hati terpecah,
warna-warna menyerlah..
menyatu menjadi SATU
AKU!
Ooh jalaran rindu di pori-pori
merentap nafas HU
kalau Dia bukan cinta
lalu siapa Diri
bergema dgn puisi Rumi
syam dari tibriz menari
dlm pusaran rindu
sayu dan dungu
AH Hassan al-Basri
sarbat buat Rabiah ada di pintu
kenapa manisnya di langit
bergetar di arasy mimpi
Jgn turun dulu Engkau
Aku masih di sini menyulam rindu,
pada cindai cinta dgn derai airmata
kerena kaabahku blm pulang,
tawafku hilang
aku sendirian,
dlm DIRI!
Rajendra Nath Tagore
BAYANGANMU DITELAN OMBAK RINDU
Jika kau masih menyulam rindu
Aku di sini menyulam cinta berbunga rindu
Rindukan bayangan mu entah di mana ku tak tahu
Yang ku tahu bayanganmu hilang ditelan ombak rindu
Teganya kau begitu
Menyepikan cintaku
Lalu aku kecewa dengan semua janjimu
Yang cuma manis diikrar palsu
Kukecewa di mana letaknya hakikat kebenaran cinta suci
Namun kutabahkan hatiku
Teruskan perjuangan tanpamu
Kerana kutahu Allah sentiasa bersamaku
Moga kau bahagia di samping dia pujaan hatimu..
Apa kabarmu rajendra nath tagore sahabatku
Yang sentiasa tersanjung di hatiku
Atau tak sudi mengingatiku
PUTRI RIMBA NIAGARA & RAJENDRA NATH TAGORE
3 Jun 2012
SASTRAMU SASTERAKU
Pahlawan Sasteraku Yang Sentiasa Tersanjung Di Hatiku...
Terima kasih rakan seperjuanganku...
Adakalanya aku rasakan bagaikan mimpi
Dengan kehadiranmu dan rakan-rakan seperjuangan yang lain
Kerana :
minat yang sama dalam dunia sastra
matlamat yang sama pada sastra
Makanya kita ditemukan di alam maya
yang skripnya tiada terfikir oleh kita
Semuanya telah diaturkan oleh Tuhanku Yang Maha Berkuasa
Tiada Yang Mustahil BagiNya Jika Dia menghendaki Sesuatu Terjadi
Dengan berkata "Kun Fayakun" maka terjadilah!
Karyamu karyaku dan karya rakan yang lain
Sentiasa berbaur kasih sayang kemanusiaan
Mencintai kemanusiaan sudah sebati dalam karya
Itu kerana kita telah dipilih menyebar luaskan kasih sayang
Kemanusiaan semurni hati-hati mereka yang ingin dimengertikan
Pengkarya-pengkarya seperti kau, aku dan rakan lain
Justeru tak kira di mana kita berada di benua mana
Kita terus berkarya terus terusan
Samada mereka sudi mendengar atau tidak biarkan....
Berkarya terus berkarya...
Mana tahu suatu masa nanti karya kita akan bertebaran
di seluruh benua bumi ini untuk mengubat rasa derita penghuninya
Yang ingin dibela penderitaan penghidupannya
Melalui karya kita setidak-tidaknya dapat menyapu
Air mata penderitaan penghuni bumi ini
Senyuman mereka itulah sebenarnya kebahagian kita.
Karya kita menyatukan kita
Karya kita menyatukan hati-hati terluka penghuni bumi
Kerana Sastramu Sasteraku!
Karya Ratu Rimba Niagara,
4 Jun 2012
SAMBUTLAH SALAM KASIH TERAMAT SAYANG KEPADA SEMUA ANAK CUCU DI BUMI INI DARIPADA SEMUA MOYANGMU BERJIWA PEJUANG SASTRA MELAYU RUMPUN NUSANTARA
Keindahan Kasih Sayang Di Syurga
Duhai kanda peniup roh untuk dinda terus berkarya
Sentiasa memahami dan menghargai karya-karyaku
Di kala semangatku hilang ditelan kabus malam
Di kala airmata sentiasa menjadi tintaku berpena
Menulis sepenuh hati sepenuh jiwa
Hanya yang mengerti bahasa hati bahasa jiwa
Betapa hidup ini didambakan kedamaian hati nurani nan suci indah
Moga Allah memakbulkan segala usaha kita
Dan ada Nilaian Di Sisi-Nya
Pabila kita sampai ke Pangkuan Ilahi
Insya-Allah Aamin
Bila tiada kita nanti
Karya-karya yang ditinggalkan
Adalah lambang cinta kita
Pada semua anak cucu
Yang tercinta di muka bumi ini
Berkat menghayati karya-karya kita
Mereka sentiasa menghargai
Cinta sesama atas dasar
CINTA DAN SAYANG KARENA-NYA
Pasti hidup bagaikan ahli Syurga
Sayang menyayangi
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi mengharap redha Ilahi
Tika hidup dan mati
Itulah dunia yang kita dambakan di kala hidup
Kini dihayati dan dialami oleh
Anak cucu dunia yang tercinta!
Syukur Ya Allah...
Di kala usiaku yang tersisa ini
Kau masih memberi aku peluang
Untuk mengukirkan puisi gurindam syair pantun
Mengenai betapa agungnya cinta kasih dan sayang
Kepada sesama makhluk-Mu setulus ikhlas
Hanyalah Kerana-Mu...
Dengan Kuasa-Mu Yang Maha Berkuasa
Dengan Nama-Mu Yang Maha Agung
Dengan Sifat Pemurah-Mu Yang Tak Terbatas
Dengan Sifat-Mu Yang Maha Penyayang Pada Semua Hamba-Mu
Dengan Limpahan Nur Hidayah Kasih-Mu
Kau kumpulkan kami dan anak cucu kami
Di Syurgawi bersama menikmati
Keindahan kasih sayang di Syurga
Yang abadi selama-Nya
Seabadi Cinta-Mu pada hamba-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
DOA MOYANG UNTUK SELURUH ANAK CUCU PENGHUNI BUMI TERCINTA! KENANG MOYANG DALAM DOAMU SAYANG...
MOYANG YANG SENTIASA MENYAYANGIMU KARENA-NYA
MOYANG RABEAH MOHD ALI & SEMUA MOYANGMU PEJUANG SASTRA
Karya Ratu Rimba Niagara,
4 Jun 2012
SASTRAMU SASTERAKU PENEMAN SEPI DI ALAM BARZAH
Salam di sambut dengan kasih dan sayang,
Kehadiranmu putra arjunaku pengobat rindu;
Bila hati sudah terpatri kasih dan sayang,
Biar sesaat berpisah ku tahan menanggung rindu.
Kau jauh namun dekat di hati kurasakan,
Siang dan malam menanggung rindu tak tertahan;
Kau di benua sana rasa berjauhan,
Tapi bayangan mu sentiasa di ingatan.
Gurindam puisimu berlagu rindu,
Mengingat aku tentang Tuhan;
Itu menyebabkan aku bertambah rindu,
Rindu serindunya pada Tuhan.
Syukurku mendapat teman sesolehmu,
DIA mengizinkan aku berteduh di rusuk kirimu;
Di kala aku berduka kau memberi sokongan padaku,
Tanpa jemu meniupkan roh perjuanganku.
Tanpa sokongan dari semua teman yang kukasihi,
Aku bagaikan burung patah sayap kiri;
Maka dari itu tolong kasihani aku ini,
Jangan sepikan aku jika aku disayangi.
Hingga kini kita berteman,
Membicarakan hal dunia dan akhirat;
Agar menjadi hamba-Nya yang beriman,
Sebagai bekalan dibawa ke negeri akhirat.
Setiap kemunculan teman ku ,
Kusambut dengan sesuci hatinya hatiku;
Jika dalam hati berjerubu aku tak tahu,
Cuma yang aku tahu aku tidak disepikan selalu.
Sekejap ada sekejap tak ada tak apa,
Ini terus tak ada-ada;
Habis tu salah siapa,
Bukan aku sengaja nak mengada-ngada.
Dalam sebuah ikatan murni,
Yang penting mesti saling faham memahami;
Saling bertolak ansur mengeratkan hati,
Takkan ada sepi menyepi.
Sepi itu menyakitkan
Sepi itu ada kala menenangkan
Sepi itu ada kala merunsingkan
Yang penting di kuburan tidak sepi
Kerana amalan yang dibawa peneman sepi
Justeru apa hendak diherankan sepi di dunia ini
Amalanlah peneman sepi dunia akhirat
Karya Ratu Rimba Niagara,
18 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA ANTOLOGI BUKU PENYAIR 5 NEGARA)
4 Jun 2012
AMALAN PENEMAN SEPI
Sepi itu indah
Sepi banyak hikmahnya
Sepi yang menyepikan lagi perlu kesabaran
Tanpamu kusepi
Tanpa dia kurindu
Di musim tengkujuh
Bila sepi dihunjam terjangan tsunami
Amat menyeksakan
Amat dahsyat!
Amat menakutkan
Lalu kubuang sepi di ombak rindu
Kerana kutahu
Jika ku tak buang sepi itu
Sepi yang bersedia menantiku
Apabila sampai waktunya nanti
Pasti aku akan merana
Yang tak tertebus!
Sepi di alam barzah
Kerana amalan bukan penemanku
Di kala aku benar-benar
Perlukannya di saat itu
Menjadi peneman setiaku
Telah lari dariku
Itulah sepi
Yang menakutkan
Yang bisa aku
Gagal menjawab soalan kubur
Bila gagal
Pasti tempat aku
Nauzulbillah...
Makanya apalah
Ada ertinya sepi di dunia ini
Jika dibandingkan apabila
Sepi di alam barzah
Amalan bukan peneman sepiku lagi
Makanya selagi ada peluang
Hargailah sepi ini
Dengan amalan
Peneman setia
Di alam barzah!
Moga amalan sudi menjadi
Peneman sepiku tika
Masa tersisa dan setia
Jua di alam barzah
Aamiiun Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Noagara
30 Mei 2012
RAKAN SASTRAKU KALIAN TELAH DITAKDIRKAN MENJADI RAKAN SEPERJUANGANKU SEJAK AZALI LAGI
MOGA TAKDIR YANG TERCATAT DI LAUHMAHFUZ
MENJANJIKAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT UNTUKMU
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wr wb
Nanda Pradita Fia...
Buah hatiku pengarang jantungku
Penawar dukaku...
Pertemuan tanpa dirancang
Untuk menjadi rakan fbmu
Ku bersyukur kepada-Nya
Kau selalu memahamiku...
Menyokongku tak kira masa
Amat mengharu-birukan emosiku
Pelbagai gelodak emosi bergabung
Tapi emosi yang mengabungkan
Pelbagai aroma citarasa
Citarasa dalam berpenamu
Sama dengan penaku
Pabila kita bergandingan
Perpuisi bersama
Amat membahagia
Serasa segala urat saraf
Puisiku yang lemah longlai
Terus bersemangat
Ide datang mencurah
Lalu tercurah di kanvas
Muka buku
Kau membaca puisiku
Aku membaca puisimu
Pastinya kau akan tertawa
Dan pastinya aku jua akan tertawa
Pabila kau ceritakan
4 budakmu ingin datang
Ke istana rimba
Untuk bergendang menari
Dengan penghuni rimbaku
Sambil melagukan
Puisi dan gurindam
Yang kutulis
Si Kunta Si Kunte
Apa lagi terkinja-kinja
Sukanya mereka
Apabila 4 budak mu hendak datang
Ke istana rimba untuk meriuhkan
Lagi suasana rimba
Ahhh bahagia di kala itu
Sambil memerhatikan
Mereka membuat persembahan
Kita berdua makan coklat
Yang kau bawa dari Indonesia
Makanan kegemaranmu kegemaranku
Ahhh bahagia di saat itu
Dari pagi hingga ke petang
Hingga ke malam
Kita bercanda
Penuh dengan aktiviti
Yang mengembirakan
Tiada yang tak gembira
Melainkan gembira
Ahhh duniamu duniaku
Senada seirama
Bahagia membahagia
Tiada akan terluka melukai
Yang hanya ada bahagia
Penuh dengan baja-baja
Kasih sayang
Kasih setulus hati
Kasih kerana-Nya
Ahhh tak sabar menanti saat
Imaginasi menjadi realiti
Sempena dengan
Hari yang indah ini
Hari kelahiranmu ke dunia
Yang telah dicatatkan
Segala takdirmu di Lauhmahfuz
Moga takdir yang ada
Di Lauhmahfuz-Nya
Menjanjikan bahagia
Dunia Akhirat
Untukmu...Aamiin
Perjuanganmu untuk membela
Ibu pertiwimu dengan tinta
Yang mahu kau curahkan
Di kanvas muka buku
Amat aku kagumi
Aku tabik hormat padamu
Akan kukalungkan
Selendang Merah Putih
Tanda penghargaan
Betapa terharunya hatiku
Pada perjuangan sucimu
Yang tak pernah terhenti
Membela anak bangsamu
Tanda kau kasih pada mereka...
Aku sebagai sahabat
Dua negara berjiran bersahabat baik
Akan menyokongmu selagi terdaya
Bergandingan berpena tanpa jemu
Bersamamu...bagi meniup roh
Perjuangan suci para kesatria
Mengekalkan kemerdekaan
Negaramu Negaraku!
Inilah bukti kasih sayang kita
Antara dua negara berjiran
Sehati sejiwa
Senada seirama
Dalam Restu Ilahi
SELAMAT MERAIKAN HARI KELAHIRAN BUAT NANDA
PRADITA FIA TERSAYANG HINGGA KE UJUNG NYAWA
KENANG BUNDA DALAM DOAMU SAYANG
Ingatan tulus ikhlas daripada bunda
Ratu Rimba Niagara,
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA
17 Agustus 2012
RANNA MEILITA
Duhai bunda Kebangkitan Nasional Indonesia....
Kukagumi mu....
Melahirkan putra-purtrimu
Semata untuk kau tiupkan
Ruh perjuangan suci
Kebangkitan Indonesia
Makanya dengan semangatmu
Yang tak kenal arti takut atau tewas
Makanya Indonesia meraih kemerdekaan!
Kau tersenyum bangga...
Darah perjuanganmu yang gak pernah mati itu
Kini pergi ke darah...darah putra putri mu
Yang kau namakan ."RANNA MEILITA'
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Agustus 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN RAKAN SEPERJUANGANKU PRADITA FIA)
 

Tunjukkan lagi reaksi
 
MELAINKAN SUMPAH SETIA SEJAK AZALI LAGI PADANYA

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar

Dengan izinNya dinda dapat berkarya
Dengan izinNya jua kanda dapat berkarya
Berpuisi menyatakan hasrat hati
Betapa kita sama cintakan Allah
Betapa kita sama cintakan Raja negaramu Raja negaraku
Betapa kita sama cintakan rakyat negaramu negaraku
Betapa kita sama cintakan negaramu negaraku
Saling harga menghargai
Saling hormat menghormati
Saling sayang menyayangi
Sehati sejiwa 
Senada seirama
Bersatu hati ingin mengekalkan kemerdekaan 
Negaraku negaramu
Jika negaramu diceroboh musuh durjana
Negaraku lah yang akan datang turut mempertahankan!
Jika negaraku diceroboh musuh durjana
Negaramu lah yang akan datang turut mempertahankan!

Maju negaraku maju jualah negaramu
Sakit negaramu sakit jualah negaraku
Jika negaramu ditimpa musibah
Negaraku lah yang akan datang membantu
Jika negaraku ditimpa musibah
Negaramu lah yang datang membantu

Kita saling faham memahami
Kita saling bantu membantu
Dalam jalinan ukhwah talisiraturrahimi yang padu
Di antara dua negara berjiran
Bagaikan saudara sedarah sedaging
Makanya
Takkan ada
Tikam menikam
Jatuh menjatuh
Dalam hati ada benci
Dalam hati ada cemburu
Dalam hati ada dendam membara-bara

Tak akan...tak akan ada...tak akan ada 
Cuma yang ada kasih dan sayang
Yang sudah terpatri 
Sejak azali
Betapa kita sudah bersumpah setia padaNya
Untuk sama memakmurkan bumi ini
Bumi ciptaan Tuhan
Tuhanmu Tuhanku juga
Tuhan Semesta Alam
Yang akan kita semua bertemuNya
Pabila ditakdirkan hari ini meninggalkan dunia ini...

Ayuh!
Sebelum maut menjemput pulang ke negeri pasti!
Kita tinggalkan kemakmuran bumi ini
Kepada pewaris bangsa kita
Bangsa melayu
Yang tak akan hilang di dunia
Itulah sumpah moyang kita
Laksama Hang Tuah
Dan itulah jua sumpah kita

Yang lebih utama sumpah kita 
Pada Pencipta kita
Menjadi hambaNya penuh kehambaan
Penuh tanggungjawab 
Tidak kira siapa kamu
Raja ke
Rakyat ke
Tiada berbedaan darjat...
Melainkan sumpah setia 
Sejak azali padaNya 
Semuanya akan dipertanggungjawabkan nanti!

Karya Rha NS
12 Mac 2012
Urus

6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
 
Pradita Fia NEGERI MELAYU SELALU KUDAMBA
By. Fia Pradita, 14 Maret 2012


Negeri Melayu 
Negeri yang Berjaya dimasa lalu kini dan akan datang
Bersatu bergandeng tangan dalam kemuliaan
Ketika rakyat, pemerintah, dan Raja bersatu 
Tak aka nada hati yang terluka

Karena semua memuliakan sesame
Mengagungkan Sang Khalik
Dan menjalankan kewajiban dengan benar

Negeri Melayu Negeri Semenanjung
Janji bersatu Negara menjadi utuh
Tak akan mampu sang durjana mengganggu
Karena hati telah berpadu

Negeri Melayu Negeri Penuh Pesona
Segala keindahan terhampar didalamnya
Sejarahpun membuktikan Atlantik yang hilang
Adalah Negeri Melayu

Negeri Melayu akan terus melaju
Tak akan karam oleh hempasan
Karena Sang Khalik adalah kemudi yang tangguh
Ditempatkannya hati-hati yang penuh kasih
Untuk menjaga Negeri Melayu agar tetap bersatu

Negeri Melayu bagai mutu manikam
Segala keindahan terbentang didalamnya
Semoga akhlak jadi sandaran
Karena kami selalu ingin tetap bersatu

Negeri Melayu Negerinya Para Pejuang
Walau kemungkaran mencoba melanda
Dengan kecintaan pada Rasul dan Allah
Rakyat sedia membela kebenaran
Hingga kemungkaran tak akan pernah bertahan

Negeri Melayu Negeri Yang selalu kurindu
Karena persahabatan sejatiku melekat didalamnya
Dan perjuangan kami tak akan pernah berhenti
Untuk menciptakan kedamaian
Walau hanya lewat pena dan tulisan 
Kami berjuang hingga titik darah penghabisan


1
Urus

6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
 
NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

KeranaNya aku jatuh cinta dengan Mataram

KeranaNya aku jatuh cinta dengan Indonesia
KeranaNya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
Moga cinta keranaNya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia
dua negara berjiran 
sehati sejiwa
senada seirama
berpadu kasihkan negara 
negaramu kukasih
negaraku kau sayang
bila kasih sudah terpatri
tak akan ada 
benci membenci
dengki mendengki
dendam mendendam
jatuh menjatuh
yang ada
saling mempertahan cinta bernegara
kau pertahan negaraku
aku pertahankan negaramu
saling mempertahankan 
itulah lambang cinta sejati
antara dua negara
bila cinta sejati terpatri 
di kalbu setiap rakyat
negaramu negaraku
kebudayaan negaramu disanjung
kebudayaan negaraku dijunjung

Apa saja perjuangan untuk mempertabatkan :

Institusi diRaja Melayu
Kepahlawanan Melayu
Bangsa Melayu

Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong 
tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat biasa yang penting dia ada semangat juang seperti kita...
kerna dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

Karya Rha NS
11 Mac 2012


2
Urus




Ratu Rimba Niagara Duhai dinda...
Habis tinta ku ...
Terunduk malu aku
Bilamana kau memahami apa yang bersarang di hatiku
Gundah gulanaku sepiku kau amat memahaminya
Di fikiran ku sekarang terbayangkan
Kau bersama rombongan diRaja datang berkunjung
Di Istana Rimba Niagara
Yang tak ada dalam peta
Namun tanpa berputus asa masih juga mahu mencarinya
Sampai dapat di manakah Istana Rimba Niagara tempat tinggal
kanda yang selama ini tiada seorang pun yang menjumpainya
orang kasih seikhlas hati aja akan menjumpai...
kanda percaya dengan semangat dinda yang kuat itu dinda akan
berjaya mengesan di manakah Istana Rimba Niagara itu berada...
Tapi masalahnya kanda tidak tahu apakah dinda akan sanggup menghadapi pelbagai dugaan tika berada di samudera yang ombaknya
tak mengenal ehsan! Akan tetap memusnahkan kapal dinda nanti...
cuma yang dapat kanda doakan moga dinda selamat sampai ...
kalau tidak jadilah kanda perindu ombak ...ombak rindu...
Monday at 11:48pm · Like
Teungku Sayyid Deqy Menepilah wahai para armada diraja,
Merapatlah ke dermaga cinta yang amat alami ini,
biarkan kuturun kelembah niagara ini,
kankucari seorang putri berhati emas namun berjiwa baja,
ialah pewaris kerajaan ini,
kerajaan yang hanya bisa dilihat oleh hati yang tulus dan jiwa yang ihsan,
inilah kerajaan hakiki,kerajaan niagara,
tempat dimana segala semedi menyembunyikan diri agar khusyuk dalam sembahyang,
tempat segala pertapa melambungkan segala lukanya,
dan tempat para ibunda melahirkan putra putrinya dengan penuh bahgia,
Inilah wahai para prajurit dan hulubalang, inilah istana niagara yang lebih terang dari kahyangan,dan lebih takzim dari pelangi.
Duhai kekandaku yang ku suritauladankan,
tiap malam pun berlalu,hari hari pun tampak sepi tanpa adanya dirimu oh kekandaku,
maka izinkan malam yang serunai ini,
Dinda haturkan rasa khidmad rindu yang terlalu haru ini ke atas mahkotamu.
Semoga malam ini,
Putri jelita ini akan tidur lena dengan indahnya,
dengan rendah diri,dinda mencuba tuk menjaga kekanda dari sini.
Dari benua yang tak akan pernah jauh,sebab hati telah bersauh...
Selamat tidur kekandaku...
Semoga mimpi indah senantiasa membuai tidur lelapmu...
Yesterday at 12:06am · Like

Ratu Rimba Niagara Terima kasih dindaku...yang jauh di benua sana
biarpun terpisah benua
namun terasa dinda dekat di hati kanda
sentiasa mengucapkan salam sejahtera...
salam bahagia
hingga segala luka kanda
terjahit dengan benang cinta dinda yang setulus ikhlas itu
dan dapatlah kanda tidur selenanya
mimpikan bahagia
bahagia mendapat kasih sayang sejati daripada dinda
yang terkasih keranaNya
moga dinda sentiasa dalam rahmat dan kasihNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
 


 

RINDUMU RINDUKU
Selamat sore kandaku...
Sudilah minum kopi cintaku
Agar rindumu rinduku
Sentiasa seperti ombak rindu
Deruannya memukau kalbu
Dan aku terus merindu...rindu serindunya padamu
Rha NS
14312

Min Suminah Subhanallah, semoga ucap kata adalah keluar dari lubuk hati sendu haru kurasakan , sampaikah kiranya harapan yang menyenangka untuk kehidupan nan " ABADI" walahu ' alam
Terima kasih untai an kata, bukan bagai kan untaian mutiara namun untai kata BERLIAN
Aamiin
Urus
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3h
Ratu Rimba Niagara SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.


Sahabat kau diciptakan untukku aku diciptakan untukmu
persahabatan kita indah seindah pelangi di malam hari
moga persahabatan kita nan indah ini berterusan hingga ke Jannah. Aamiin.
CIPTAAN ALLAH SEMUANYA INDAH
BEGITU INDAHNYA KASIH SAYANG IBU KEPADA ANAKNYA
& KASIH SAYANG ANAK KEPADA IBUNYA
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
DARIPADA PEMBERITAHUAN
KASIH KITA SESUCI EMBUN
Kasih di antara kita seputih salji di pergunungan Himalaya
sesuci embun di waktu pagi
kasih kita tak terpisah tak tersisih
kita akan saling menyayangi sehingga ke akhir hayat
demi kasih yang suci ini
nyawaku jadi taruhan demimu sayang
kita selamanya saling setia saling menyayangi
indahnya kasih sayang kita walaupun di antara dua alam
sayang kamu sampai kapanpun itu!
Ratu Rimba Niagara
9 November 2012
Suka
Komen
Komen

TERIMA KASIH LELAKI KERANA MENYOKONG, MENGHARGAI DAN MERAIKAN HARI WANITA 2017
Maharaja Kutai Mulawarman Napasmu Menghembus di 5 Benua Mengukir untaian Kata Seribu Makna Kujulang Tinggi Rasa Terima Kasih Kepada Sang Ratu Rimba Niagara Yang Disanjung Sebagai Ibunda Pemilik Jiwa Yang Iklas Berjuang dengan Kasih Sayang Dan Cinta..........................................
Rusli Saleh lebat sungguh ceri di lembah
pulau pauh di tngah lautan
hebat sungguh Ratu Rimba Niagara
merantau jauh ke Kalimantan, ,(,salut,,dgn saudari)
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sahabatku Rusli Saleh yang tak jemu memberi sokongan kepada hamba untuk terus bersastera.
Rashid Kocai bersama Rashid Kocai.
*WANITA HEBAT*
🎀 Wanita hebat bukan karena dia cantik
🎀 Wanita hebat bukan karena dia kaya
🎀 Wanita hebat bukan karena dia pintar
🎀 Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
*Tapi wanita hebat adalah*:
🎀 Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
🎀 Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
🎀 Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
🎀 Bersabar saat tertekan
🎀 Tersenyum saat hati menangis
🎀 Diam saat terhina
🎀 Mempesona karena memaafkan
🎀 Mampu membalut luka hati dengan sabar
🎀 Mampu memadam amarah dengan istighfar
🎀 Mampu menghapus dendam dengan maaf.
🌸Slmt Hari Wanita🌸😃😃😃
Ratu Rimba Niagara LELAKI HEBAT
Bukan kerana dia kacak poket penuh
tapi hati semurni Syurga terhadap wanita
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN


       
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN


       
SETAHUN SUDAH BERLALU KAMI MASIH MERINDUIMU MH370
setahun sudah berlalu
kami masih merinduimu MH370
kehilanganmu entah di mana
puas kami mencarimu
hingga ke hujung dunia
namun masih tidak diketemui
setiap hari kenangan indah bersamamu
sentiasa terbayang-bayang
membuatkan kami bertambah rindu tak tertahan
kering air mata ini mengenangkanmu
lagi diingat lagi sebak hati ini
rindu serindu rindunya
kasih tak berbalas kasih
sepi berpanjangan
sesepi lautan hindi
hadirlah dalam mimpi kami
walaupun seketika
untuk mengubat rindu mencengkam jiwa
pasti indah pertemuan di kala itu
kita saling berpelukan menghilangkan rindu
tapi itu cuma igauan mimpi
mimpi ngeri kehilanganmu MH370
MH370 di manapun keberadaanmu
andai kamu sudah berada di alam sana
kami doakan kamu mengecapi bahagia di Syurga
kamu mendahului kami
tunggulah kami di pintu Syurga
moga Allah izinkan kita bertemu
indahnya pertemuan di kala itu
penantian berakhir dengan pertemuan yang abadi
Subhanallah pada-Mu aku berserah hidup matiku
dari-Mu aku datang kepada-Mu aku dikembalikan
kembalikan aku dalam jiwa dan roh yang tenang redha lagi diredhai-Mu,
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Jamadil'Awal 1436H
8 Mac 2015
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Semua Waris MH370 Yang Sentiasa Tersanjung Di Hati. Kami Sentiasa Memberi Sokongan Kepada Anda Kerana
Sedihmu Sedihku Jua Moga Puisi Yang Dikarangkan Terubat Rindu Di Hatimu Dan Dapat Merawat Luka Pedih Di Hatimu)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
25 Jamadilakhir 1439H
13 Mac 2018
RINDUMU RINDUKU
Selamat sore kandaku...
Sudilah minum kopi cintaku
Agar rindumu rinduku
Sentiasa seperti ombak rindu
Deruannya memukau kalbu
Dan aku terus merindu...rindu serindunya padamu
Rha NS
14312
KITA MENGULAM KASIH DI OMBAK RINDU!
Alangkah bahagianya jika ini jadi realiti kita sarapan pagi bersama sambil gelak ketawa betapa kita saling kasih mengasihi ...kerana selama ini kita cuma mengulam kasih di ombak rindu ....dan sekarang ombak rindu telah ada di hadapan mataku....lalu aku bahagia adanya kamu di sisi. Dan aku berjanji tak akan ada perpisahan cinta selepas ini... Moga Allah merestui cinta kita keranaNya.
Rha NS
14312
KOPI CINTA
Syukur Alhamdulillah dapat kopi cinta darimu,
Bikin aku terus jatuh cinta padamu;
Pasti malam terbayang wajahmu nan ayu,
Setiap saat dan detik merinduimu selalu.
Begitu power kopi cinta seikhlas hatimu...
Di ombak rindu
Kan kulaungkan
Aku rindu...rindu serindunya padamu
Pabila ombak rindu menderu
Aku terdera merinduimu...
(Hihihihi puisi ini sebagai balasan kopi cintamu yang power itu)
PABILA OMBAK RINDU MENDERU!
Di ombak rindu
Kan kulaungkan
Aku rindu...rindu serindunya padamu
Pabila ombak rindu menderu
Aku terdera merinduimu...
Rha NS
14312
RUMAH KASIH IBU HINGGA KE SYURGA FIRDAUS
Syukur ku mempunyai rakan fb semurni hatimu.
Tak terfikir olehku hatimu semurni itu kerana dari sudut pandangan negatif mesti menyatakan si Amir Omar anak lelaki yang tak guna...zalim kerana setega itu meninggalkan ibunya terkontang kanting bersendirian. Bukankah zalim namanya itu?
Semua orang fikir macam ku fikir....
Tapi dari sudut positif pula kerana tidak mampu untuk menyara kos ibunya dan keadaan hidup yang tertekan dia terpaksa tinggalkan ibunya di situ walaupun hatinya tidak mahu berbuat begitu.
Pengangguran menjadikan dia terpaksa bertindak sezalim itu...tapi nak buat macam mana....diri sendiripun tak lepas...justeru dia senekad itu....dan kau amat faham masalah yang si Amir Mohd Omar hadapi, dengan menawarkan dia berkerja dan mahu menanggung sara hidup Ibu kepada si Amir...agar kasih anak dan ibu dapat disatukan sampai ke Syurga. Allahu Akhbar mulia sungguh hatimu...moga niat ikhlas itu Allah SWT membalasmu dengan ganjaran Syurga Firdaus Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Makanya dicadangkan kepadamu duhai sahabatku Jamhuri Abd Rahman...binalah,' RUMAH KASIH IBU HINGGA KE SYURGA FIRDAUS'
untuk bekalan akhiratmu sahabatku...
Ini adalah sekadar cadangan saja dariku untukmu sahabatku.
Sahabatku seorang yang baik hati,
Membantu sesama insan bukan untuk dipuji;
Tapi mahukan redha Illahi,
Moga Alllah murahkan rezeki.
Karya Rha NS
14 Mac 2012
TUNGGULAH IBU DI PINTU SYURGA
Ibu...ibu sayang Dira Tak?
Sayang Dira tak ibu...?
Dira sayang ibu...sayang sangat-sangat ibu...
Nanti kita tinggal di Syurga bersama-sama ya ibu...
Itulah kata-kata yang terakhir yang kudengar dari anakku Adira.
Dia menciumku beberapa kali ....
Pertanyaan Dira tak kujawab ...tak tahu kenapa...lidahku kelu
untuk berkata-kata.
Sebelum pergi ke kedai Dira sempat makan berkeping-keping
roti kosong. Lapar barang kali...lagipun itu saja makanan yang
ada.
Ku berikan RM4.00 dan kertas yang kucatatkan
telor 5 biji dan 2 paket maggi sedap
Menu makanan tengah hari kami sekeluarga.
Kutunggu Dira tak juga pulang-pulang.
Hatiku mula bimbang bukan kepalang...
"Ke mana si Dira menghilang....dah ke petang...dah ke malam? Masih
tak pulang lagi..."
Malam itu aku dapat satu mesej ugutan,
"KALAU KAU HENDAK ANAK KAU HIDUP ....KAMI MAHUKAN RM 10,000.00 KALAU TIDAK ANAK KAU KAMI BAKAR HIDUP-HIDUP..."
Aku terperanjat! Menerima ugutan itu.
Mana pulak hendak kucari wang sebanyak itu. Aku bukan orang kaya raya, hidup pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Menu makanan harian kami maggi dan telor...kadang keputusan duit
Tak makan...apalah sangat kerja suamiku sebagai buruh kasar di salah
sebuah kilang . Duit simpanan dalam bank bukan nak kata ada RM10,000.00 sekupang duit pun tak ada. Mana bisa mungkin aku mampu nak bayar wang sebanyak itu.
Lainlah aku kenal hamba Allah yang bermurah hati seperti Jamhuri boleh juga dia datang membantu. Tapi aku tak kenal siapa-siapa yang bermurah hati. Lagipun sikapku tak suka meminta-minta....nanti dikatakan Ehsan Murahan...
Selang beberapa hari selepas itu aku mendapat tahu anakku sudah hangus dibakar oleh mereka yang berhatikan iblis dan syaitan. Haiwan pun tak sekejam itu! Masih ada sifat Ehsan...
"Ya Allah kau balaslah kekejaman mereka yang telah menganiaya anak aku...!"
Tak akan aku maafkan mereka yang zalim itu sampai akhirat.
Anak aku masih kecil lagi. Apalah salah anak aku.
Kalau duit itulah yang menjadi punca kau sezalim itu...
Memanglah kau bertuhankan duit hingga menjadi raja segala syaitan
Dan aku tak akan maafkan engkau...tak akan....! Sampai kapan pun!
Rasailah pembalasan engkau dari Tuhanku nanti....
Kepada Adira anakku....
Ibu sayang kamu nak...
Sayang sangat...sangat...
Sayang dunia akhirat....
Tunggulah ibu di pintu Syurga!
Karya Rha NS
14 Mac 2012



TERIMA KASIH ATAS JEMPUTAN SERASA BERADA DI ZAMAN SEJARAH BUKU YANG HAMBA BACA DI MASA ANAK KECIL. HAMBA AMAT SUKAKAN BAHASA YANG DISAMPAIKAN.
BENTAN BETTAPUR(BEKAPUR), DESA BINTAN BUYU, KEC TELUK BINTAN, KAB BINTAN, KEPRI-INDONESIA
Hamba Di Wasiat kan Cerita, Hamba kajikan ia, Hamba tuliskan Jua, Hamba Sampaikan Haq nya.
Hamba Adalah Hambanya ... .
Sebelum Qalam di Pertajam,
Sebelum Dakwat di Perbuat,
Sebelum memPersurat yang Tersirat,
Sebelum yang lama tercipta
dan yang terakhir bermula ...
Itulah dahulu Kala,
Kata yang dahulu Kala ( Syahibul Hikayat )
Sejarah mencatat sebagai mana yang di ketahui tahun 1511M bahwa Runtuhnya Empayer Malaka akibat serangan peringgi-Portugis maka membuat sultan malaka pada zaman itu Beberapa kali berundur hingga sampailah di bintan tepatnya di negri kopak 1512M lalu hancur juga benteng kota kara Kopak1526 M maka berundurlah sultan malaka Ke Kampar.
maka dengan ini kami Tame Khazanah Bentan menjemput saudara/i untuk bersama menghadri Orasi sejarah 500 Tahun NEGRI KOPAK.
pada :
Tanggal : 16-MARET-2012
Tempat : Bintan Bettapur/ Bekapur , Kaki Gunung Bintan " TANAH BUNDA SULTAN MELAYU ".
Sudilah kiranya dapat hadir bersama sehingga mampu menperErat kembali tali persaudaran kita yang dulu pernah tebina di tanah Daulat Bunda Sultan Melayu Tanah Bintan.
TAME KHAZANAH BENTAN :
KEKERABATAN TUN TELANAI
PEMANGKU ADAT BENTAN
ZURIAT HANG TUAH
ANAK BENTAN
KHAIRUDIN ZURIAT BENTAN
N CHEK SIDDIK
Share:PostLinkPhotoVideo
Al Amiends
Bile Ni Ncek Acaranye.
Kalau sempat saye datang maklum lah..
Tapi ape betul kite2 orang melayu je Dari Zuriat kesultanan je yang di jempot.
Maklum saye tak ndak Adat Resam di campo adok kan.
Wasallam.
Encik Al amin Bin E M Naser
Like · · 58 minutes ago
Wanrashid Wanaziz
Mohon kemaafan dan berbanyak menjunjung kasih diatas undangan ini....Menengku wan tidak dapat hadir ke majlis berkenaan...Dan Menengku Wan doakan semoga perjalanan majlis tersebut diberkati ALLAH S.W.T.......Amin,
Like · · 15 hours ago
Ayahanda Agung Sendayu
Maaf lah saya ada majlis di kedah... Terima kasih atas undangannya...
Like · · 16 hours ago
Putera Bongsu Pjs
as salam.putra ucapkn ribuan trmksh krn sdi mymput ke majlis t'sbut.tp putra mnta maaf tdk dpt hdirkn dri sbb hr tu adalh hr bkerja.Insyaallah ada wktu kta ketemu.tq
Like · · 21 hours ago
Ku PutraRazeed Al-Muhammad Shah
semoga majlis nye berjalan dgn jaya nye..maaf dinda xdpt hadir berikutan bekerja pada hr tersebut..
Like · · 22 hours ago
Adi Nata Praja
♡̷̬̩̃̊˚˚MάKα§îîîîîĦ˚˚♡̷̬̩̃̊ ^___^
Like · · Yesterday at 4:54pm
Suhaimi Bin Nasrain
Waduhh sauadara.. Terlalu lewat notisnys....
Like · · Yesterday at 3:49pm
Wira Panji Putih
Terima kasih atas jemputan Tuan Hamba.Insyaallah jika tiada aral melintang,sampailah hamba ke destinasi seperti yang tersurat.
Like · · Yesterday at 2:49pm
N Chek Shiddiq likes this.
Moh Syahrier Daeng
Insya Allah, kalau tdk ada halangan saya akan hadir dan bertatap muka dengan ananda, khususnya N Chek Siddik yg selalu berdebat dalam fb. Sampaikan salam hormat saya kepada beliau jika ayahanda tdk sempat hadir.
Like · · Yesterday at 2:34pm
N Chek Shiddiq insyaallah pak daeng.. saya akan ada disana.. perdebatan adalah jalan mematangkan fikiran.
Yesterday at 3:51pm · Like · 1
Daeng Adong
salam... saudara ku, maaf saya tidak dpt hadir bg mengimarah majils. semoga segala urusan berjln dgn lancar dan di berkati Allah.
Like · · Yesterday at 1:51pm near Kempas, Johor
Kamarolzaman Othman
Terima kasih atas jemputan, tidak dapat hadir kerana meraikan hari lahir. Semuga semuanya berjalan lancar...Tahniah!
Like · · Yesterday at 1:18pm
N Chek Shiddiq likes this.
Rabeah Mohd Ali
Terima kasih atas jemputan...alangkah bahagia dapat datang seakan mimpi jadi nyata... serasa berada dalam dunia sejarah yang kubaca di zaman kanak-kanak tapi apa kan daya ...keadaan tidak mengizinkan . Apapun didoakan semuanya berjalan lancar sepertimana yang dicitakan. Amin Ya Rabbal A'Lmin.
Like · · Yesterday at 12:49pm
Dha Ni
ma'af kan patEk, patEk di pontianak (kalbar)
Like · · Yesterday at 11:42am
N Chek Shiddiq likes this.
Irwanto Hpd
Terimekaseh jemputannya, maaf bang tak bise hadir , kami tengah berada di Depok Jawa Barat. tabek
Like · · Yesterday at 11:21am
N Chek Shiddiq likes this.
Andre Moobu Bike
Tak bisa hdr krn kesibukan sy d jakarta
Like · · Yesterday at 11:11am
N Chek Shiddiq likes this.
Andre Moobu Bike Salam buat keluarga dan mak smoga sehat slalu ya
Yesterday at 11:25pm · Like · 1
N Chek Shiddiq ye bang, mekaseh..
Yesterday at 11:27pm ·
(PETIKAN DARIPADA WALL N CHEK SHIDDIQ )
13 Mac 2012
    
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN


       
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN


       
SETAHUN SUDAH BERLALU KAMI MASIH MERINDUIMU MH370
setahun sudah berlalu
kami masih merinduimu MH370
kehilanganmu entah di mana
puas kami mencarimu
hingga ke hujung dunia
namun masih tidak diketemui
setiap hari kenangan indah bersamamu
sentiasa terbayang-bayang
membuatkan kami bertambah rindu tak tertahan
kering air mata ini mengenangkanmu
lagi diingat lagi sebak hati ini
rindu serindu rindunya
kasih tak berbalas kasih
sepi berpanjangan
sesepi lautan hindi
hadirlah dalam mimpi kami
walaupun seketika
untuk mengubat rindu mencengkam jiwa
pasti indah pertemuan di kala itu
kita saling berpelukan menghilangkan rindu
tapi itu cuma igauan mimpi
mimpi ngeri kehilanganmu MH370
MH370 di manapun keberadaanmu
andai kamu sudah berada di alam sana
kami doakan kamu mengecapi bahagia di Syurga
kamu mendahului kami
tunggulah kami di pintu Syurga
moga Allah izinkan kita bertemu
indahnya pertemuan di kala itu
penantian berakhir dengan pertemuan yang abadi
Subhanallah pada-Mu aku berserah hidup matiku
dari-Mu aku datang kepada-Mu aku dikembalikan
kembalikan aku dalam jiwa dan roh yang tenang redha lagi diredhai-Mu,
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Jamadil'Awal 1436H
8 Mac 2015
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Semua Waris MH370 Yang Sentiasa Tersanjung Di Hati. Kami Sentiasa Memberi Sokongan Kepada Anda Kerana
Sedihmu Sedihku Jua Moga Puisi Yang Dikarangkan Terubat Rindu Di Hatimu Dan Dapat Merawat Luka Pedih Di Hatimu)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
29 Jamadilakhir 1439H
17 Mac 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;