Monday, 12 March 2018

HIJRAH (427) SEBUTIR KASIH SEJUTA SAYANG


HIJRAH (427) SEBUTIR KASIH SEJUTA SAYANG
Kata-kata Memuji dan Meng-Agungkan Allah semua-Nya terbaik dunia akhirat. Allahu Akbar .
Hadith of the Day sedang bersama Rusnadi Muallaf dan 43 yang lain.
Thumbs up for the beautiful Kaaba 
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
Sekalipun ribut taufan datang melanda untuk memisahkan kasih di antara kita namun kesetiaan dan kejujuran di hatiku di hatimu menyebabkan kasih kita bertambah indah seindah pelangi di malam hari. Allahu Akbar indahnya kasih kita semuanya dengan izin-Nya jua.
Tyrese Gibson
Rare picture! A tornado sucks in a bright rainbow!!!
DO'AKU HARI INI
Ya Allah...
Lembutkan hatiku agar bisa jadi seorang yang pemaaf untuk orang lain, Jadikan jiwaku ladang kesabaran untuk segala cobaan dan ujianMu, Indahkan hatiku agar bisa selalu membuat bahagia orang-orang yang mengenalku.
Beri aku ketakutan akan kematian mereka, Agar ku bisa selalu hadir dan menjaga mereka dalam hidupku.
Ikhlaskan aku melewati jalan hidupku, Dengan sepenuh hati melewati takdir yang Engkau gariskan agar ku bisa selalu mengingatMu Menyebut namaMu dan selalu di jalanMu.
SEBUTIR KASIH SEJUTA SAYANG BHG 1
"Cintakan bunga...bunga akan layu,
Cintakan manusia...manusia akan mati,
Cintakan Allah kekal abadi selamaNya."
PERSIAPAN KE ALAM BARZAH
Setiap hari kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali:
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "بسم الله" sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"لا إلاه إلا الله محمد رسول الله", supaya kamu dapat jawab soalan mereka.
Alhamdulillah... Silalah tag diri masingmasing dan rakan-rakan kalian di gambar ini... Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat serta redha Ilahi... InsyaAllah... Amiin ya rabal alaminnn.... ^____^
By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang
KEMATIAN ADALAH PASTI
Perjalanan ini...
pasti menemukan satu tujuan pasti
kematian adalah pasti
kehidupan terlalu bermakna
tutur kata bermakna
amalan bermakna
barulah semuanya terlaksana
untuk ke negeri Sana
yang pastinya kekal abadi
Negeri Akhirat
kepunyaan Maha Pencipta Semesta Alam
untuk hambaNya
dinilai untung nasib
samada Syurga atau Neraka!
Balasan setiap hambaNya
adalah pasti!
Karya Ratu Rimba Niagara,
16 Jun 2011
"Semoga kita yang bakal bergelar roh dan roh-roh sahabat, juga roh keluarga kita dimasukkan Allah ke dalam roh-roh hambaNya yang mendapat balasan SyurgaNya berkat amalan yang diterimaNya. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin."
PANTUN MUHASABAH DIRI
Orang bijak ingat mati,
Setiap amalan fikirkan akhirat;
Keikhlasan beramal itu dihajati,
Tiada bererti melainkan saham akhirat.
Upah dari manusia untuk dunia,
Upah dari Allah untuk dunia akhirat;
Orang dunia memburu upah hingga hujung dunia,
Orang beriman memburu saham akhirat.
Hati panas semua akan menjauhimu,
Justeru sejukkan hatimu dengan wuduk;
Akan terpancar ketenangan di wajahmu,
Biasakan dirimu menjadi tawaduk.
Biar miskin harta,
Jangan miskin iman dan budi;
Miskin harta orang tak kata,
Kaya budi bawa ke mati.
Bumi musnah angkara manusia,
Kerana tidak menghargai bumi;
Apabila bumi berbicara,
Bencana datang menyembah bumi.
Hidup adalah suatu pengambaraan,
Pabila mati pengembaraan baru bermula;
Amalan diredhai menjadi bekalan,
Roh dan jasadmu tenang di alam Syurga.
Rohmu tidur lena di kuburan,
Lenamu tidur bagaikan ahli Syurga;
Permandangan Syurga dilihat penuh kesyukuran,
Berbahagialah dikau tidur dalam bauan Syurga.
Ya Tuhan kucintamu bukan kerana SyurgaMu,
Tapi ingin mendapat keredhaanMu;
Tabahkan hatiku tidaklah jemu,
MencintaiMu tika hidup hingga matiku.
Jantung berdegup seratus ribu kali sehari,
Kutangisi apabila tidak mengingatiMu;
Ya Allah sinarkan hidayahmu kepada kami,
Berzikir dalam senyap itu yang dimahu.
Berzikir dalam senyap itu mahuku,
Agar jantung berdegup seiring roh memujiMU;
HambaMu yang hina ini merayu padaMu,
Di akhirat nanti terimalah rayuanku.
Ya Allah berilah aku peluang dan ruang,
Untuk melakukan kebaikan yang Kau redhai;
Jangan biarkan syaitan mengambil peluang,
Mempengaruhi aku hingga ke mati.
Aku cemburu orang mengingati Allah,
Kenapa aku tidak begitu;
Hati tenang mengingati Allah,
Justeru aku mahukan begitu.
Hidup memang menyilaukan,
Kerana kita memerlukan kilauan iman;
Balasan Syurga atas kesabaran,
Itulah yang diharapkan orang beriman.
Duhai kekasih Allah di cintai,
Balaslah cinta kami ini;
Pilihlah kami mendapat Syafaatmu nanti,
Perjuanganmu sentiasa kami ingati.
Betapa tulus cintamu kepada kami,
Seharusnya kami balasi;
Perjuanganmu kami tangisi,
Shafaatmu di Mahsyar perkenankan nanti.
Aku terpegun alam ciptaanMu,
Kesyahduan pemandanganNya hatiku sayu;
Subhanallah Maha KebesaranMu,
Kekuasaan!Kebanggaan! Hanya milikMu.
Allah Maha indah seindah 99 namaNya,
Seindah dan semerdu KalamNya;
Apabila menyebut namaNya bergetar jiwa,
Pabila lupakanNya roh merintah jasad merana.
Jiwaku meruntun membaca KalamNya,
Wangian cintaNya meresap dalam roh dan jasadku;
Terus menangis kerinduan padaNya,
Balasan cintaNya amat kutunggu.
Pandanglah aku di dunia ini itu mahuku,
Wahai Tuhan Semesta Alam;
Kutakut di akhirat Kau tidak memandangku,
Tiada berguna tangisan seisi alam.
Ya Allah berkatilah hidup kami,
Berilah peluang dan ruang beramal keranaMu;
Kami mahu bertemu denganMu dalam Kau redhai,
Moga di akhirat nanti mendapat ihsanMu.
Karya: Putri Rimba Niagara
21 Mei 2012
PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi yang mulia dan penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-Ehsan-Mu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah Kasih-Mu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.
Karya Putri Rimba Niagara
22 Mei 2012
TENTANG MATI
Kenapa takut mati?
takut mati... mati
hindari mati... mati
sihat mati
sakit pun mati
tua muda mati
kaya miskin mati
semuanya akan mati
mati milik semua
bersedia atau tidak mati
mati tak kira siapa
tak kira di mana
di mana-mana boleh mati
bersedia atau tidak mati
yang penting mati dalam husnul khotimah
mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Ilahi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT
Kaya macam mana manusia itu
dia tetap miskin
Apa maksudmu?
sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya
Kau lahir ke dunia ini kosong...
Lagi aku tak faham?
apa maksud kosong
aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
apa pulak kosong...
Kau silap...
kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
kalau mati membawa semua hartamu yang ada
jenuh juga orang nak menggali kuburmu
satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...
Apa maksudmu?
katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
sebab aku ni pencinta harta
bagiku harta adalah segala-galanya
untuk diri aku sendiri pun aku berkira
inikan hendak bersedekah
kirim salamlah
kalau nak kaya usaha sendirilah
kau tahu kerana aku banyak hartalah
ramai suka berkawan dengan aku
aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
dan hormat gila-gila dengan aku...
aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
pelik kan manusia ini..
cuba aku papa kedana...
seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
manusia ini sukakan harta
sebab itu aku sukakan harta
kerana harta aku dihormati dan disanjungi
ke mana saja aku pergi semua hormat aku
dan sanjungi aku ...
sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
harta yang banyak inilah Syurga duniaku...
Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
ha...sebab itulah aku katakan tadi
sebulan hendak menggali kuburmu pun tak siap-siap
sebab segala aset yang kau miliki mahu ditanam sama
kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
nak di kebumikan juga...
itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
yelah nak ikut wasiat tuannya...
dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...
Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
macam mana ye rupanya pembeli produk aku
dibeli boleh pocong-pocong
hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
berminat ke nak beli...buntu aku ni...
Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...
Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak menyesal sebelum aku bergelar pocong
Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
harta kau yang banyak-banyak ni
banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
biarpun kau sudah berada di alam barzah
kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
kau lafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
ke jalan-jalan Syurga-Nya
Masya-Allah aku tak terfikir
sebagaimana yang kau fikir
terima kasih suara akhirat
kaulah sahabat dunia akhiratku
Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
diLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
SEMUA JASAD BAKAL DIMAKAN CACING DAN ULAT
Secantik dan setampan apa-pun wajah kita. sesexi dan segagah apa-pun tubuh kita. Sekaya dan setinggi apa-pun jabatan kita. Jangan-lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!! Sesungguhnya semua itu akan HANCUR kelak termakan CACING dan ULAT...!!!
(PETIKAN DARIPADA SUARA AKHIRAT)
16 Jun 2012
ULAT ROH
Semua orang pasti mati
tak tahu bila masanya
akan mati
mahu tak mahu pasti tempuhi juga
muda atau tua
pasti mati
aku tak terkecuali
pasti mati
adakah aku takut?
Ya ...aku takut
kalau matinya aku
tanpa bekalan
kalau aku yakin ada bekalan
tapi aku tetap takut
takut bekalan yang kubawa
tidak diterimaNya
lalu aku dicampakkan ke Neraka
itulah yang kutakuti
bukan aku takut mati
aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.
Apabila mati...
Jasadku tentu membusuk
dimakan jutaan ulat
jika itu hukum alam
aku redha
tapi jika amalanku
dimakan ulat-ulat rohku
macam mana?
Allahu Akbar
merana rohku
merana yang tak tertebus!
Nak menangis pun tak berguna
jasad dah hancur dimakan ulat
tangisan roh percuma saja.
Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
agar ianya menjadi
bekalan yang Kau terima
dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
MOGA KITA DAPAT MENENUN KAIN KAFAN KITA DENGAN HATI SEMURNI SYURGA SEHINGGA MENJADI TAKWA
BILA SAMPAI SAATNYA NANTI KAIN KAFAN YANG DITENUN KITA SENDIRI DIBALUT KE JASAD KITA DENGAN MUDAH DAN SENANG
WAJAH JENAZAH KITA BERSERI SERI
SESERI IMAN YANG KITA BAWA BERTEMU ALLAH AZZAWAJALLAH IN SHAA ALLAH AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Rashid Kocai
Assalamualaikum Warahmatullaahi
Wabarakaatuh ..
SALAM PAGI SAHABAT
SubhaanAllaah,Walhamdulillaah
..Maha Suci Allah.......Alhamdulilah.....Segala Puji Bagi Allah....Aamiin. .


Kasih di antara kita seputih salji di pergunungan Himalaya
sesuci embun di waktu pagi
kasih kita tak terpisah tak tersisih
kita akan saling menyayangi sehingga ke akhir hayat
demi kasih yang suci ini 
nyawaku jadi taruhan demimu sayang....
kita selamanya saling setia saling menyayangi...
indahnya kasih sayang kita walaupun di antara dua alam...
sayang kamu sampai kapan pun itu...hehehe


CIPTAAN ALLAH SEMUANYA INDAH
BEGITU INDAHNYA KASIH SAYANG IBU KEPADA ANAKNYA
& KASIH SAYANG ANAK KEPADA IBUNYA
Veterinaria sedang bersama Indra Utama Nasution dan 35 yang lain.
Mama
TUAH MANUSIA HANYA ALLAH YANG TAHU
Semua orang inginkan menjadi insan yang bertuah
dan semua orang tidak mahu menjadi insan yang malang
tapi takdir mengatasi segala-Nya,
namun tuah ayam nampak di kaki
tuah manusia hanya Allah SWT saja yang tahu
cuma kita berharap dan berusaha sepenuh daya
untuk menjadi insan yang bertuah dunia akhirat
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara,
22 Jamadil'Awal 1436H
13 Mac 2015

Pradita Fia SYAFIQAH NAMAMU INDAH 
Duhai kekasih pelipur hati dalam deburan ombak kuterpaut janji
Bila esok kan menjelang percayalah aku selalu menanti

Dalam kisi-kisi hatiku kan terpatri namamu
Yang membangkitkan semangat ketika diriku terluka
Yang membuat karang dilautan tak mampu kuterjang
Karena senyummu telah luluhkan hatiku
Hingga aku ingin terus hidup seribu tahun lagi
Walau kusadar itu tak mungkin
Namun dalam senyummu
Kutemukan semangat seorang Ibu yang bijaksana
Yang mampu memberikan penerang bagi penjuru benua
Dan itu semua mengalir kedalam hati yang suci
Hingga diri tak mampu berpaling
Biarkan saja badai dan tsunami menerjang
Dalam bait-bait doa ibunda tercinta
Syafiqah telah menjadi makhluk manis 
Yang selalu dirindu …..
Urus
5y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara Pasti Syafiqah tertunduk malu...syahdu punya bunda di seberang sana yang ambil peduli tentang cinta...tentang kasih tentang rindu...
Cinta yang sudah terpatri
Kasih yang tak tersisih

Rindu di ombak rindu
Selalu kupujuk Syafiqah
Senyum selalu nak...
Biarpun kita tak henti diduga
Sambutlah dugaan itu dengan hati nan ikhlas
Percayalah bilamana Tuhan menduga kita
Berarti Tuhan menyayangi kita...
Makanya kami tetap senyum...
Biar badai datang membadai
Kerna kami tahu
Tuhan sentiasa sayangkan kami
Tuhan sentiasa sayangkan kamu
Makanya senyuman ini kami
hadiahkan ikhlas untukmu
Nanda kesayanganku
PRADITA FIA
Moga senyuman kami anak beranak
bisa merentap tangkai jantungmu
untuk bersama kami
memperjuangan cinta keranaNya!
Urus


Khai Noor
Khai Noor SENYUMAN INDAH PUTERI SRI NILAM ALAM PURNAMA...BERSMA PUTERI PENYAMBUNG PERJUANGAN SENI KEAMANAN NUSANTRA

MOGA KAU DAN AKU SESETIA OMBAK RINDU!
Dengan adanya kamu di sisiku sayang
Moga kelemahan kudrat ku yang kian ketara ini
Dapat kau tiupkan roh perjuanganku 
Agar terus menulis dan menulis
Apa maknanya erti rindu pada:
Tuhanmu Tuhanku Tuhan semua hambaNya
Untuk belajar. mengajar, membaca Al-Quran
Para Nabi
Para Ambiya
Para Hamba Allah SWT
Para makhluk Ciptaan Allah SWT
Sokonganmu dan doaku amatlah aku harapkan.
Apapun Syukur aku pada Tuhan kerana hadirkan kau dalam hidupku
biarpun cuma di alam maya. Syukur Ya Allah.
Moga kau dan aku sentiasa ikhlas berkasih sayang selagi hayat dikandung badan.
Kenang daku dalam doamu.
Moga kau dan aku setia ...
sesetia ombak rindu!
Ratu Rimba Niagara
13312

BIARPUN OMBAK RINDU DATANG MEMBADAI
Terima kasih sayang...
kerana sudi terimaku apa adanya...
biarpun ombak rindu datang membadai...
kasih kita takkan pernah terpisah...Insya- Alllah
jika ada tutur kataku yang nggak enak didengar
segeralah maafkan aku...
anggaplah aku insan yang tak sempurna dan
aku akui aku insan yang tak pernah sempurna
untuk menawan hati insan yang kukasihi....
yang kupinta darimu sayang....
jangan kau sekali hanyutkan cintaku di ombak rindu
jika kau hayutkan juga
akan hanyutlah ombak rindu dalam hatiku
yang kecewa keranamu
percayalah aku kasih dan sayang padamu
jika kau begitu juga
dengarlah deruan ombak rindu
di situlah nyanyian rinduku padamu sayang...
Karya Ratu Rimba Nuiagara
13312


SOLUT KU PADA PAHLAWAN JAMHURI & PAHLAWAN ZULKAFLI
Negara kita aman...tapi yang membuatkan tak aman apabila adanya manusia yang berhatikan syaitan tiada ehsan sedikit pun...sedangkan haiwan pun masih hidup berkasih sayang. Manusia yang diberi fikiran membakar hutan belantara hingga mati semua haiwan-haiwan yang aman damai di rimba. Kadang kala haiwan lebih berakal daripada manusia yang diberi akal.
Apapun solut ku pada pahlawan Jamhuri & Pahlawan Zulkafli kerana mempunyai sikap ambil peduli apa itu erti kemanusiaan. Bolehlah kalau sudi terima tawaran untuk belajar di Universitas Kehidupan....
Karya Rha NS
13 Mac 2012
JADILAH ANAK YANG BERBAKTI!
Dunia mereka adalah dunia fantasi
Makanya dengan dunia fantasilah
Kita pasakkan tauhid di kalbunya
Agar bila mereka dewasa nanti
Jadilah anak yang berbakti
Kepada Agama Bangsa dan Negara..
Isnya-Allah Amin
Karya Rha NS
13 Mac 2012
MOGA KITA SEMUA SELAMAT NANTI DI PADANG MAHSYAR
Saat berada di Padang Mahsyar
Tiada siapa mengenal siapa
Biarpun semasa di dunia
Saling kenal mengenal
Masing-masing dengan urusan masing-masing
Saat terlalu genting tika itu
Tiada lagi gelak ketawa
Cuma yang ada ....
Mengharap terlepas dari Neraca Timbangan
Dan jika ada tuah di badan
Berkat ikhlas beramal keranaNya
Dan amalan diterimaNya
Maka terselamatlah diri dari
Azab mengazabkan
Sengsara mengsengsarakan!
Justeru jika hari ini
Hari terakhir aku di bumiMU ini
Ya Tuhanku
Ampunlah segala kesalahanku
Kerna selagi ada dosaku yang tak terampun
Selagi itulah aku tak terlepas dari bakaran api neraka...!
Kepada semua yang kenal denganku...
Maafkan aku jika aku tersalah bicara
Mengungkapkan kata yang ngak enak didengar...
Kepada mereka yang pernah menjadi rakan fbku
Maafkanlah aku kerna membuatkan kalian terluka...
Maaf...maaf...ku pinta...
Di alam maya tak bertemu
Di hati ini kalian tetap kusayang....
Justru jangan pernah ada prasangka padaku
Selepas ini...dan maafkanlah daku....
Moga kita semua selamat nanti di Padang Mahsyar
Dan mendapat Syafaat Nabi Muhammad SAW
Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
13 Mac 2012
BAHASA RIMBA BAHASA ALAM
Tanyalah berulang-ulang kali ...
Siapakah akan mendengar soalanmu itu?
Dan siapa pula yang akan menjawab soalan itu?
Takkan siapa yang mendengar ...
Takkan siapa yang menjawab...
Sia-sia ajalah kau bertanya...
Kerana tak siapa berani mahu
Kemukakan di dewan rakyat
Biarpun kau seorang penulis
Biarpun kau seorang wakil rakyat
Biarpun kau seorang menteri
Biarpun kau seorang pecinta alam
Biarlah Si Kunta Si Kunte
Yang kemukan masalah mereka di rimba
Pada Dewan Rimba Penghuni Rimba
Yang didengari oleh Raja Segala Di Rimba
Raja Harimau
Apabila Raja Harimau mengaum
Dengan ngauman yang dahsyat sekali
Maka keluarlah segala bala tentera di rimba
Menyerang manusia yang
Kaku dan membatu...
Masa itu dunia manusia ngak aman lagi
Gara-gara nggak ambil peduli
Bahasa Rimba
Bahasa Alam
Karya Rha NS
13 Mac 2012
KAMU ADALAH RAKYAK BETA KERANA MU BETA SANGGUP PERTARUHKAN NYAWA
TANDA KASIH SAYANG BETA PADA SEKALIAN RAKYAT BETA!
Kiriman 4 budak itu padaku:
"jangan digoreng si coki"
"jangan dibakar si cika"
"aku rela makan telur ceplok"
Sudah cukup mengenyangkan aku
Bukan mengeyangkan makannya
Tapi gema ketawaku disahut seluruh penghuni rimba niagara
Kami pun kenyang kerna tak henti ketawa lalu mereka tanya
"Tuan puteri...coba tuan puteri terangkan pada kami apa maknanya
si coki...si cika...dan kami nggak penah makan telur ceplok....apa rasanya tuanku puteri....????
Aku pun termanggu-manggu untuk menjawabnya kerna aku pun ngaak faham bagaimana aku hendak memahamkan nya?
tapi walaupujn ngak faham kami sama-sama tergelak sampai ada yang terpelanting gigi palsu...si kunta dan si kunte monyet kesayanganku...melihat gelak si kunta kinte itu lagi kami tergelak-gelak hingga bergegarlah istana rimba niagara...dan untuk menghentikan gelak itu aku pun segera mengutip gigi palsu si kunta si kunte dan memasangkan semula ke gigi mereka yang tak bergigi...lalu mereka berkata penuh manja..." terima kasih tuan puteri...dosa tuan puteri dan semua penghuni rimba yang gelakkan patik berdua telah patik ampunkan setelah tuan puteri merendahkan diri untuk mengambil gigi palsu patik yang terpelanting jauh dalam gaung...pertaruh nyawa tu...solut patik pada tuanku puteri..."
"duhai kunta kunte kamu adalah rakyat beta...keranamu beta sanggup pertaruh nyawa tanda kasih sayang beta pada sekalian rakyat beta ..."
"DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!"
Karya Rha NS
13 Mac 2012
Komen
Ratu Rimba Niagara Kemanakah dinda menghilang....? 
Adakah dinda sibuk memerintah negara?
Katakan pada kanda ye...?
APABILA JEMPUTAN ITU DATANG...
Apabila Redha Allah yang paling diutamakan
Biarpun badai datang membadai
Takkan kita herankan lagi
Pujian dan sanjungan manusia
Takkan kita herankan lagi
Rindu dan cinta manusia
Yang kita herankan
RinduNya dan cintaNya
Rindu dan cinta manusia
Hanya perlu jika dia pun sama
Merindui dan mencintai kita keranaNya
Semuanya rindu merindui
Kerna ingin mendapat redhaNya
Jika perjuangan kita ini
Disalah anggapkan
Jadi bahan penghinaan
Biarkan....biarkan...biarkan...
Itulah dugaan bagi kita untuk meneruskan
Perjuangan suci ini
Tabah....sabar...
Itulah yang dipasakkan
Dalam kalbu agar tak kelabu
Dengan pesona dunia
Yang melalaikan fokus kita
Untuk ke jalanNya
Merealisasikan impian
Moga kita tetap bertabah hati
Biarpun badai tak henti
Menghalang perjuangan suci kita
Membawa bekalan ke negeri pasti...
Pasti...pasti...pasti...
Menjemput kita
Moga di kala jemputan itu datang
Biarlah dalam redhaNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
13 Mac 2012
BERGANDINGAN BERKARYA BERSAMA-SAMA
Galaumu adalah juga deritaku
tapi nggak kubiarkan rinai hujan
bersemayam di kalbumu
kan ku seru kelompok-kelompok
awan putih menghalang
rinai hujan datang bertamu
biarpun cuma sebentar
Yakinlah tak akan ada kepalsuan
cinta dan kasihku padamu
kerna cinta kita telah wujud
sejak azali lagi
kalau tidak
manakan bisa
kita DiKetemukan
olehNya
sedangkan kita
nggak pernah
merancang
untuk saling mengenali
untuk saling jatuh cinta
untuk saling mengasihi
pasti ada hikmahNya
yang kita tidak tahu
di sebalik pertemuan
suci murni ini
Justeru jangan kau bersedih hati
duhai kesayanganku
buah hatiku pengarang jantungku
Demi perjuangan suci
Kita sama menjaga
Cinta dan kasih sayang ini
Agar tak terlerai
Hingga menjadi belulang
Yang tak dapat dikesan
Sampai kapan pun!
Makanya rugilah aku
Rugilah engkau
Kerna terlepas peluang
Untuk sama berbakti
Pada diri sendiri sebagai bekalan
Ke negeri abadi
Yang pasti kita
Tak dapat bisa bersama
Mematri kasih
Yang pernah
Kita sumpah setia
Untuk sama memadu kasih
Di Syurgawi
Gara-gara tika di dunia
Alpa saling tidak
menghargai
berkorban harta dan nyawa
ke jalanNya
sebagai bekalan di negeri abadi
kekal abadi
dalam penyesalan
yang tiada tertebus!
Ayuhlah sayangku....
Tika masih ada peluang yang tersisa ini
Kita saling berbagi ilmu
Kita saling berkorban idea
Kita saling berbagi pendapat
Kita saling bertolak ansur
Kita saling memahami
Kita saling menyayangi
Kita saling berbakti sesama insan
Pada semua penghuni bumi
Agar mereka tahu kita sayangkannya demiNya!
Kita gunakan tinta
Dan segala kudrat pemikiran ini
Yang dipinjamkan ini
Untuk ke jalanNya
Mana tahu usaha kita
Bergandingan berkarya bersama-sama
Ada nilaian di SisiNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
13 Mac 2012
DALAM REDHONYA KITA BERJALAN
Dalam redhoNya kita berjalan
Serasa dunia ini kita yang punya
Masalah remeh temeh menyerabutkan otak
Tak perlu kita fikirkan lagi...
Yang ada bahagia...bahagia...bahagia
Yang kita fikirkan
Mencari ilmu dan menyebar ilmu
Tanpa jemu tanpa bosan
Empat budak tu akan kita sama-sama
fisabilillahkan agar terpasak segala
ilmu redha pasrah dan tawakal
Merekalah yang bakal mewarnai
dunia sasteraku sastramu
niatkan mereka adalah pewaris kita
setelah ketiadaan kita nanti di dunia ini
Tarian gelek 4 bocah bersama gendangan penghuni rimba
diiringi kalimat jenaka bunda akan menyemarakkan lagi
dunia sastra kita menjadi diminati ramai kanak-kanak di dunia ini
kerana hilang segala galau di hati kanak-kanak dan ibubapa kanak-kanak juga...pabila 4 budak sudah menjadi produk berjenama....makanya bermulalah berjuangan kita untuk memasukkan segala karyaku karyamu sasteraku sastramu agar diminati di seluruh dunia...
Kita pedulikan apa cercaan mereka kepada impian kita ini...
kerna kita sudah kenal siapa diri kita...
biarpun mereka tidak sudi menyokong tak apalah
kita yakin setiap yang baik itu Allah SWT pasti menyokongNya
mana tahu dengan kehendakNya
Allah SWT mengizinkan
Cuma yang perlu kita usaha berdoa tawakal pasrah
Itulah dunia yang kita sama dambakan
Apa yang dilakukan bukan mengharap pandangan manusia
Cuma yang kita mahukan pandangan Allah SWT
Mana tahu berkat usaha kita bersama
Allah SWT membalas redhoNya
Pada kita berdua
Tika di kala hidup dan mati kita
dan semua rakan yang menyokong usaha kita ini
Kalau itulah yang kita dapat
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
13 Mac 2012
Kusayangmu kusayang penghuni rimba dan sayang semuanya yang sudi menyayangiku keranaNya...Insya-Allah Amin
Komen
Norliza Liza Nordin
Norliza Liza Nordin Aku pun sayang kamu Ratu Rimba Niagara....
Urus
6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sayang...kerana sudi terimaku apa adanya. 
Biarpun ombak tsunami datang membadai kasih kita takkan pernah terpisah...insya Alllah. Jika ada tutur kataku yang ngak enak didengar segeralah maafkan aku...anggaplah aku insan yang tak sempurna dan aku akui aku insan yang tak pernah sempurna bagaimana hendak menawan hati insan yang kukasihi....
Urus
6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Norliza Liza Nordin
Norliza Liza Nordin sama2 sahabtku....kita semuanya tak sempurna...
Urus
KAMI KHALIFAH-MU DI MUKA BUMI INI
karena sumpah itulah ...
KAU hidupkan kami ke dunia ini...
atas dasar sumpah yang telah kami ikrarkan di hadapan-Mu,
kami mahu menjadi khalifah-Mu di muka bumi ini
yang KAU redhoi tika hidup dan mati...
kerana mahu menjadi khalifah-Mu...
berilah aku peluang mengujudkan negeri murni
semurni hati Syurga sebelum aku
dijemput pulang ke pangkuan-Mu...
selagi tak wujud negeri murni yang aku citakan itu menjadi realiti
seakan aku tak layak menjadi hamba-Mu jauh sekali menjadi
penghuni Syurga-Mu...
aku malu...malu...malu...
bertemu-Mu dalam aku tak bersedia lagi....
maka kasihanilah aku Ya Allah....
walaupun amalanku tidak sehebat Rabiatul Adawiyah Kekasih-Mu...
bagaikan langit dengan bumi...
tapi dengan belas kasihan-Mu...
dengan Rahmat Kasih-Mu...
Kau perkenankan cita-citaku...
aku terlalu takut aku tak sempat mencapainya
sebelum aku terpejam mata buat selamanya...
Kau Maha Tahu
segala isi hatiku
aku pasrah kalau itu takdir-Nya...
dari-Mu aku datang dari-Mu aku dikembalikan...
moga aku dikembalikan ke Pangkuan-Mu...
dalam roh dan jiwa yang tenang
redho lagi diredhai-Mu...
Aaamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Andai negeri murni yang aku citakan Kau perkenankan
semua hamba-Mu akan Memuja Memuji-Mu...
di sebilang masa menjadi khalifah di muka bumi-Mu..
agar hidup dan mati dalam redha-Mu...
di saat aku dijemput pulang ke Pangkuan-Mu...
semua manusia meredhai kematianku
tiada akan ada tangisan perpisahan
yang ada tangisan syahdu untuk sama bertemuku di Syurgawi
karena akulah saudara seislamnya dunia akhirat
menyayanginya kerana-Mu...
indah di kala kasih sejati terpatri sampai Syurga
itulah negeri murni semurni hati Syurga yang aku citakan Ya Allah.
moga Kau makbulkan Ya Allah...
Tiada daya upayaku melainkan dengan izin-Mu jua...
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
..........................................................................
sampai kapan pun aku hamba-Mu Allah
30 Safar 1436H
23 Disember 2014
PANTUN ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa;
Indahnya budi kerana bahasa,
Bahasa jelek hati terasa.
Budi dibalas racun berbisa,
Lagi berbahasa lagi berbisa;
Berkatalah pada reti bahasa,
Nggak faham bisulah bahasa.
Sejambak budi sejambak bahasa,
Indahnya budi meresap ke hati;
Tiada kata seindah bahasa,
Bahasa indah harum di hati.
Bahasa kukait dengan cinta,
Budi kuhargai hingga ke mati;
Indahnya bahasa kerana cinta,
Indahnya cinta setulus hati.
Hari-hari berbahasa indah,
Serasa berada di taman Syurga;
Semua temanku bermadah-madah,
Madah pujangga bak penghuni Syurga.
Bahasa mu indah menguntum senyuman,
Senyuman berseri bak bulan purnama;
Dalam hati kau teman idaman,
Terpatri cinta di Syurga bersama.
Hari-hari ku petik bunga bahasa,
Lalu kukarang sejambak bahasa;
Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
Teman istimewa tahu bahasa.
Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
Bahasa indah hadirlah di hati;
Kuungkapkan indahnya bahasa,
Bahasa hati pada yang mengerti,
Duniaku dunia bahasa,
Karyaku karya bahasa;
Indahnya karya bahasa,
Berertinya karya bahasa.
Bahasa indah terkuntum senyuman,
Setiap bahasa sentiasa dijaga;
Kata-kata indah terukir senyuman,
Pahala dibawa hingga ke Syurga.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Oktober 2012
"MOGA KITA DAPAT MENENUN KAIN KAFAN KITA DENGAN HATI
SEMURNI SYURGA SEHINGGA MENJADI TAKWA
BILA SAMPAI SAATNYA NANTI KAIN KAFAN YANG DITENUN KITA SENDIRI DIBALUT KE JASAD KITA DENGAN MUDAH DAN SENANG
WAJAH JENAZAH KITA BERSERI SERI
SESERI IMAN YANG KITA BAWA BERTEMU ALLAH AZZAWAJALLAH
IN SHAA ALLAH AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN."
YA RASULULLAH KEKASIH ALLAH
Ya Rasululullah Kekasih Allah
berilah syafaatmu padaku
berkat aku menulis tentang perjuangan dakwahmu
tanda aku kasih dan sayang padamu Ya Rasulullah
aku mahu berdekatan denganmu di Syurgawi Ya Rasulullah
bersama memandang Wajah Allah Azzawajallah
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
.........................................................
24 Syawal 1435H
20 Ogos 2014
Assoc İsmail Can
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita rasa kecewa, sedih, dan terluka. Tapi jauh diatas sana Dia sedang mengatur yang terbaik untuk kita.
Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik untuk kita
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
         
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
         
SETAHUN SUDAH BERLALU KAMI MASIH MERINDUIMU MH370
setahun sudah berlalu
kami masih merinduimu MH370
kehilanganmu entah di mana
puas kami mencarimu
hingga ke hujung dunia
namun masih tidak diketemui
setiap hari kenangan indah bersamamu
sentiasa terbayang-bayang
membuatkan kami bertambah rindu tak tertahan
kering air mata ini mengenangkanmu
lagi diingat lagi sebak hati ini
rindu serindu rindunya
kasih tak berbalas kasih
sepi berpanjangan
sesepi lautan hindi
hadirlah dalam mimpi kami
walaupun seketika
untuk mengubat rindu mencengkam jiwa
pasti indah pertemuan di kala itu
kita saling berpelukan menghilangkan rindu
tapi itu cuma igauan mimpi
mimpi ngeri kehilanganmu MH370
MH370 di manapun keberadaanmu
andai kamu sudah berada di alam sana
kami doakan kamu mengecapi bahagia di Syurga
kamu mendahului kami
tunggulah kami di pintu Syurga
moga Allah izinkan kita bertemu
indahnya pertemuan di kala itu
penantian berakhir dengan pertemuan yang abadi
Subhanallah pada-Mu aku berserah hidup matiku
dari-Mu aku datang kepada-Mu aku dikembalikan
kembalikan aku dalam jiwa dan roh yang tenang redha lagi diredhai-Mu,
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Jamadil'Awal 1436H
8 Mac 2015
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Semua Waris MH370 Yang Sentiasa Tersanjung Di Hati. Kami Sentiasa Memberi Sokongan Kepada Anda Kerana
Sedihmu Sedihku Jua Moga Puisi Yang Dikarangkan Terubat Rindu Di Hatimu Dan Dapat Merawat Luka Pedih Di Hatimu)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
25 Jamadilakhir 1439H
13 Mac 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;