HIJRAH (428) EMBUNAN PELANGI CINTA SYURGA
Cinta...cinta...cinta...
Semua perlukan cinta
Di manakah dikau cinta?
Adakah di balik awan sana
Adakah di balik bintang sana
Adakah di balik bulan sana
Adakah di balik mentari sana
Atau pun sudah sedia menanti di SyurgaNya
Semuanya menjadi persoalan
Yang menjadi tanda tanya si pemburu cinta
Tanpa berputus asa
Terus mencari cinta
Terus memburu cinta
Yang didambakan itu
Bila kita berkata
Kaulah cinta yang kuburu
Kaulah cinta yang kudambakan
Gelombang alam ghaib kian terasa
Tapi DIA tetap dipasrahkan cinta
Cinta....cinta...cinta ...
Diuja dipuja mahu dimiliki cinta
Semata kerana-Nya
Cinta oh! cinta... aku memujamu
Bukan kerana cintamu
Yang belum pasti kumiliki
Tapi kerana gelombang alam ghaib
di Lauhmafuz seakan sampai
ke deria cintaku
mengatakan kaulah
cinta yang telah
tercatat di Lauh Mahfuz-Nya
Insya-Allah AAmiin
Cinta...cinta...cinta...
Yang kutahu
DIA Tuhanku Maha Pemberi Cinta...
Cinta kepada semua hamba-Nya
DIA Maha Memahami Cinta Hamba-NYa
Sejak Nabi Adam lagi...
Kerana terlalu memahami Adam ...
Merasa kesepian
Adam hanya melihat pasangan
Burung di Syurga sedang berkicauan
Melagukan Syair Cinta Menga-Agungkan Tuhan Di Syurga
Kerana terlalu memahami Adam yang kesunyian
Allah Azzawajallah mencipta Hawa
Bidadari Syurga untuk Adam cintai
Hawa bersyukur dan redho menjadi bidadari Adam
Hari...hari adalah cinta
Hari-hari mengucapkan syukur
Atas cinta Kurniaan dari-Nya
Hari-hari berbahasa indah-indah
Saling puji memuji
Saling puja memuja
Akulah kekasihmu Hawa
Aku cintakanmu Hawa
Kaulah bidadariku Hawa
Kaulah ratuku Hawa
Sepanjang hayat aku mencintaimu Hawa
Tiada duanya ...
Kau diciptakan untukku
Aku diciptakan untukmu
Untuk memadu cinta seutuhnya
Dan berjanjilah kau Hawa
Menjadi kekasihku selamanya
Kita bercinta selamanya di Syurga
Sambil memandang Adam
Penuh dengan cinta
Penuh dengan wangian cinta Syurga
Hawa menjawab,,,
Duhai Kanda Adam kekasihku yang kucintai kerana-Nya
dinda mencinitaimu keranaNya
DIA menciptakan dinda dariapda tulang rusuk kiri kanda
Makanya dinda terlalu lembut
Makanya layanilah dinda dengan lemah lembut
Selembut sutera Syurga
Andaikata kanda mengkasari dinda
Akan patahlah tulang rusuk ini kanda
Dinda bersyukur padaNya
Menciptakan dinda untuk kanda cintai
Dinda tertalu bahagia
Pabila kanda mencintai dinda sepenuh
Hati kanda yang ikhlas dan suci murni...
Kanda Adamku...
Lihatlah daunan Syurga itu
Bagaimana indahnya embunan pelangi cinta
Di daunan itu
Begitulah indahnya cinta kita ini kanda...
Kanda ...kandalah yang dinda cintai
Kerana telah tercatat di Lauh Mahfuz ..
Kandalah hamba-Nya
Yang dinda cintai
Selagi hayat di kandung badan
Ketahuilah kanda
Setiap kejadian yang Allah SWT jadikan
Semuanya ada sebab musabab
Hikmah di sebalik
Kita berpisah di Syurga
Tapi bertemu di Jabbal Rahmah
Kerana kita
Adalah ibubapa
Kewujudan seluruh manusia di bumi
Anak-anak kita terlalu ramai
Banyaknya tak terkata
Kanda Adam adalah bapa manusia
Dinda Hawa adalah ibu manusia
Makanya semuanya anak-anak kita
Anak yang kita sayangi biarpun kita
Sudah tiada...
Kanda...kita akan menunggu anak-anak kita.. kanda
Pasti hari pertemuan di kala itu...
Kita dengan anak-anak kita
Saling berpelukan rindu
Saling rindu rinduan
Dalam tangisan syahdu
Biarpun tak pernah bertemu
Tapi akhirnya bertemu dengan
IzinNya juga....
Duhai anak-anak ayahanda semua
Ayahanda sangat mencintai bunda Hawamu
Bunda Hawamu terlalu menyayangi ayahanda
Bunda Hawamu diciptakan untuk ayahanda cintai
Selagi hayat di kandung badan...
Bunda Hawamu sajalah yang ayahanda cinta
Berkat cinta yang tulus dan murni
Berkat saling cinta mencintai kerana-Nya
Berkat berbahasa-bahasa indah seindah Syurga
Lahirlah anakanda-anakanda
Yang lahir ke dunia bagaikan
Permata-permata Syurga
Yang indahnya seperti pelangi di malam hari
Sungguh mempesonakan seperti
Embunan pelangi cinta Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indahnya cinta kerana-NYa!
RATU RIMBA NIAGARA
091212
- BULAN OH! BULAN...
HADIRLAH DIKAU
MENAMPAKKAN WAJAHMU
YANG INDAH BERSER-SERI
CAHAYAMU BERKILAUAN
MENERANGI SELURUH ALAM
AKU TERPUKAU
KEINDAHAN BULAN
BULAN OH! BULAN
KAU PENAWAR DUKAKU
KAU PENYEJUK IMANKU
KAU TERUS BERSINAR
MENERANGI IMANKU YANG BERJERUBU
MAKANYA HADIRLAH DIKAU BULAN
KUTUNGGU DALAM JIWA PENUH RINDU DAN HARAP..
Jiwa ku mati di jiwamu
Aku rela menelan kepahitan..
Demi untuk setetes madu buatmu
Walau hati tersakiti
Walau bagai sembilu
Ku sembunyikan segala derita
Demi seulas senyum dibibirmu...
Tidak ingin ku melihat kau menderita
Tak ingin melihat kesedihan dari wajahmu...
Walau tak sedikit pun yang merosak niatku
Melukai perasaanku...
Aku ingin seperti mentari
Agar aku dapat menyapamu saban pagi
Ingin ku menghangatkan jiwamu
Walau kau tidak lagi menoleh kepadaku..
Penderitaan ini telah cukup
Buat meremukkan hati dan jiwa ku
Namun ku masih ada TUHAN
Yang sentiasa bersemayam penuh cinta
Doaku selalu menyertaimu...
Kekasih...
Love ...AG
0 comments:
Post a Comment