Friday, 6 April 2018

HIJRAH (471) JAGALAH WARISAN MOYANG


HIJRAH (471)  JAGALAH WARISAN MOYANG

SELAMAT PENGANTIN BAHARU BUAT PRINCE ABDUL MALIK &
YANG MULIA DAYANGKU RABIATUL ADAWIYAH
Selamat pengantin baharu buat Prince Abdul Malik & Yang Mulia Dayangku Rabiatul Adawiyah moga bahagia sampai Syurga
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
' SEMOGA MAHLIGAI YANG DIBINA MAWADDAH WARRAHMAH AAMIIN'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
5 JAMADIL'AKHIR 1436H
5 APRIL 2015

HIS Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei…
YOUTUBE.COM
Subhanallah indah menenangkan jiwa
Scienze Fanpage menambah 4 foto baharu
Cascate triple, sono solo 3 delle circa 200 cascate che si possono trovare sul sorprendente Glacier National Park in Montana, USA.
Un posto magico.
6 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
AYUH ANAK JANTAN!
Ayuh...ayuh anak jantan seluruh rumpun melayu
Bangun...bangunlah dari lekamu yang panjang
Masa terlalu cepat berlalu pergi meninggalkan kita
Makanya gunakan segala kodrat yang ada membela pertiwi
Membela anak bangsa agar dapat diwariskan kepada
Selayaknya menerajui pertiwi tercinta ....
Demi sebuah senyuman anak cucu rumpun melayu....
Bahagia anak cucu...bahagialah pertiwi ...
bahagialah semua anak jantan melayu di bumi rumpun melayu...
kerna tak sia-sialah perjuangan anak jantan melayu...
jika ditakdirkan mati di gelanggang matilah sebagai pahlawan diingati anak cucu sepanjang zaman!
Karya Putri Rimba
6 April 2012
Wahai jasad andai kau tahu aku teramat rindukan semua teman-teman yang baik denganku satukan hati-hatiku sentiasa sayang dan mesra dengan mereka walaupun tak di alam realiti...di alam maya ini pun sudah memadai walaupun tak di alam maya atau realiti hatiku masih sayang dan rindukan mereka semua...moga roh-roh mereka semua bertemu dengan rohku di Syurga nanti. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
TERPATRI KASIH DI OMBAK RINDU
Ombak rindu...
Kau hadir tanpa dugaku
Kau teman baikku yang sentiasa kurindu
Bicaramu penuh sopan buat hatiku syahdu
Sehari tidak berkomunikasi denganmu aku rindu
Rindu serindu rindu
Merindu selalu
Aku sayang padamu ombak rindu
Kau suka bercanda denganku
Kau suka berlawak denganku
Hilang fikiranku yang bercerlaru
Hilang masalah yang buntu
Suka tengok gelakmu yang tak bergigi itu
Suka tengok gambar-gambar kirimanmu itu
Suka baca karya-karya mu
Suko Gahar Gilah yang gila-gila habis
Suke dengan Putra Rudy yang setia
Suke dengan Putra Rimba yang macho habis
Suka dengan Aini Ali selalu beri respon
Suka dengan Sazalee Sulaiman pandai perayat cintan-cintan gile tu
Suka dengan semua teman ombak rindu
Suka....suka...suka...suka....kalian buat ku rindu selalu
Tanpa canda kalian sepilah aku
Sudilah terima apa adanya aku
Aku sayang kalian sudahlah tentu
Cumanya jangan kecewakan aku
Terima aku keranaNya itulah yang kumahu
Jika itu ada di hatimu
Aku takkan jemu merinduimu
Menyayangimu
Justru
Jangan sakiti hatiku
Jangan sepikan aku
Kita takkan terputus kasih ombak rindu
Kita senada serima selalu
Hargailah kasihku duhai ombak rindu
Aku tak tega berpisah denganmu
Kerna kau sentiasa di hatiku
Senyumanmu senyumanku
Berpadu
Dalam redhaNya itu yang kumahu
Selamanya terpatri kasih denganmu
Duhai yang terkasih semua di ombak rinduuuuu!!!!!!
Karya Putri Putra Rimba
Istana Rimba Niagara
6 April 2012
Duhai Roh Serulah Jasadku
Duhai roh
serulah jasadku
untuk sentiasa taat
akan perintah
Tuhanku
Tuhanmu jua.
Jasadku ini tak
mahu menjadi
derhaka
kepada
Tuhanku
Tuhanmu juga.
Aku ingin jasadku
nalurinya seiring
kehendakmu
yang sentiasa
mencintai dan
merinduiNya
di setiap
helaan nafasku
di setiap masa
dan seketika.
Serulah namaku
biar sentiasa
beringat
tentang
Hari Pembalasan
yang tiada siapa
dapat membantu
kecuali amal ibadat
ketika di dunia.
Serulah namaku
biar menjadi
sebati dalam
keselarian
cintaku cintamu
kepada
Tuhanku Tuhanmu
Yang Maha Agong
Lagi Maha Perkasa
segala Puji-Pujian
hanya untukNya.
Yang diharapkan
selagi hayat di kandung badan
jangan kau jemu untuk
membimbing dan menasihatiku
jika aku alpa dan terlalai.
Di penghujung nyawaku
ajarkan aku mengucapkan
Kalimah Syurga
Laillahaillah
Syukur Alhamdulillah
jika itu yang kuucapkan nanti
Syukur Alhamdulillah kerana
kau tidak jemu bersamaku
melakukan kebaikan hingga
ke akhir hayatku
wajahku tenang
melihat kau pergi
meninggalkan aku
dengan aman dan
tenteram.
Amin Ya Rabbal A’lamin.
Karya: Rha NS
2.2.2011
SEKALUNG TAHNIAH!
Sekalung tahniah!
Kepada Tg Pengeran Assyariff atas penganugerahan ,
KHAS DIRAJA MAHKOTA AGUNG BINTANG PELANGI 
Daripada Persatuan Silat Seni Gayong Nusantara
Moga darah kepahlawananmu sebagai bukti
Jiwamu tak akan terhenti membela nasib rakyat Rumpun Melayu dan
Pewaris diRaja Rumpun Melayu hingga ke titisan darah terakhir!
Putri Rimba Niagara
5 April 2012
7 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
Maka tinggallah kenangan sahaja........Gudang Ubat Kg Sijangkang.......
Itu sahaja untuk 6hb April.
Berikut adalah beberapa lagi kenangan yang kami harap anda sukai.
JAGAILAH WARISAN MOYANGMU


Ratu Rimba Niagara
JAGAILAH WARISAN MOYANGMU
Batang jerami diberi madu
Rebung seiris dimakan kuda
Kalau kami diberi malu
Ujung keris menikam dada
By: Zairi Erie
Putri Rimba:
Hujung keris menikam dada,
Rela kumati jika itu mahumu;
Niatku kepahlawananmu terus di persada.
Tapi api cemburumu memakan diriku.
"Silakan ...bunuhku segera...asal damai hatimu!!!!! i
" Pendekar yang gagah perkasa tak akan lari dari medan perjuangan...makanya aku akan cari kau sampai dapat agar kau tidak boleh lari lagi ke mana-mana!"
Orang tua jangan disanggah,
Budi baik jadi sanjungan;
Kepahlawananmu aku bermegah,
Matimu dalam kenangan.
Jika dibiarkan keris bicara,
Makanya akal fikiran ditolak tepi;
Adat pahlawan membara-bara,
Pantang dimalu terbakarlah hati.
Pantang dimalu terbakar hati,
Sebelum menfitnah berfikir dulu;
Jangan diikut marah di hati,
Apapun masalah berbincanglah dahulu.
Bukankah kita sama se guru,
Tapi perbedaan fahaman buatku celaru;
Kau sentiasa perkasa selalu,
Rendah diriku tak setandingmu.
Merendahnya aku bukan bererti aku kalah,
Mahu kufikirkan dulu apa bicara Si Tuah;
Pahlawan Hang Tuah patut dimegah,
Kernanya Melayu aman di bumi bertuah.
Tanam pisang rapat-rapat,
Air diteguk di tepi kali;
Bersatu hati disetiap pendapat,
Kebalnya pahlawan menjadi lali.
Kepahlawan melayu sudah terbilang,
Tiada tandingan di serata dunia;
Pewaris melayu takkan hilang,
Nenek moyang menyayangimu sentiasa.
Makanya duhai pahlawan melayu,
Bangkitlah dengan semangat juang yang tinggi;
Jangan berleka dengan fikiran bercelaru,
Perjuangan membela anak bangsa jangan terhenti.
Biarpun tsunami datang membadai,
Teruskan segala niat yang murni;
Jiwa pejuang takkan terhenti,
Selagi ada denyutan nadi.
Malulah pahlawan jiwanya mati,
Semangatnya lemah pabila dikeji;
Apapun dihina tetap berjiwa pertiwi,
Demi anak bangsa tak pernah terhenti.
Pandainya kamu membalas pantun,
Buat hatiku rasa terpegun;
Budi bahasa mu penuh bersantun,
Marilah kita berbalas pantun.
Hari ini kata semangat,
Esok hilang segala semangat;
Budaya pantun harus diingat,
Kerna pantun lambang semangat.
Melayu juga bergurindam jiwa,
Hinggakan jiwa melayang-layang;
Gurindam jiwa mengusik jiwa,
Mengundang rindu mengundang sayang.
Bergurindam jiwa menyambung ukhwah,
Ukhwah kepahlawanan semangat melayu;
Keperkasaan pahlawan sentiasa dimegah,
Berperasangka baiklah itu dimahu.
Kenapa perlu kata begitu,
Kail sejengkal jangan diduga laut yang dalam;
Orang melayu selalu begitu,
Yang kuperlukan sokongan mendalam.
Tak kenal maka tak cinta,
Dah cinta baru tahu;
Bangsa melayu sentiasa kucinta,
Dalamnya cintaku kau tak tahu.
Aku berkarya berpantun sepenuh hati,
Berkarya bukan sesuka hati;
Jangan dipersendakan sama sekali,
Rela kujauhkan dirimu jika diulangi.
Kerna kurindu aku menulis,
Kerna kusayang aku berkarya;
Sayangku pada anak cucu setulus ikhlas,
Makanya fahami aku bila aku berkarya.
Jika benar kau pejuang bahasa melayu,
Ayuh mari kita turun ke gelanggang;
Gelanggang pantun budaya melayu,
Bersama mempertabatkan agar tak hilang.
Bahasa melayu tak akan hilang,
Jika bersatu hati mempertabatkannya:
Ditutur dan ditullis jangan ikut senang,
Moga menghasilkan kejayaan akhirnya.
Duhai rakan seperjuanganku kita ke sini,
Sekadar teman sehati sejiwa;
Bagi menyokong segala yang murni,
Bersama jalinkan ukhuwah sehati sejiwa.
Duhai sahabat yang bijak berpantun,
Jadilah dikau budayawan bangsa;
Bakat yang ada jangan dipendamkan,
Taburlah bakti pada anak bangsa.
Terima kasih rakan seperjuanganku,
Kerna sudi berkongsi karyamu;
Syukur kau sudi berjuang bersamaku,
Moga ikatan ukhuwah harum di kalbu.
Tak akan sumbang langkah kakimu,
Kerna kepahlawananmu sudah terbilang;
Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.
Tenaga sikit bisa menang,
Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
Biar berputih mata jangan berputih tulang,
Bersatu hatilah demi perjuangan.
Melayu tak mudah layu,
Jangan iri sesama melayu;
Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.
Dari pagi hingga ke petang,
Mencari ilmu dibawa pulang;
Berkorban demi generasi mendatang,
Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.
Moyang kita selalu berpesan,
Sesama melayu seperti ikatan lidi;
Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.
Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
Agar tak tersilap di kesani musuh ;
Pantang pahlawan melayu bermusuh,
Musuh dalam selimut itu yang susah.
Duri dalam daging.
Api dalam sekam;
Ada masalah kita berunding,
Menjadi indah tidak terakam.
Melayu jangan suka membanding.
Di depan manis di belakang menikam;
Melayu sedarah sedaging,
Sakit melayu semua mencengkam.
Tiada masa untuk menunggu,
Pada yang leka teruslah leka;
Perjuangan jangan mudah terganggu,
Masa berlalu pergi tak menunggu kita.
Jangan hari ini semangat besok dah layu,
Jiwa perjuangan tak pernah layu;
Makanya bangunlah bangsa melayuku,
Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.
Sudah jauh perjalanan melayu,
Bangunlah demi anak bangsa;
Saling sokong menyokong demi melayu,
Agar terbinanya budaya bangsa.
Putra putriku kau pewaris bangsa,
Usia kami beransur senja kini,
Kelemahan kodrat kian terasa,
Kalianlah sandarkan harapan kami.
Ketiadaan kami jangan ditangisi,
Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
Kalian sentiasa kami sayangi,
Dalam doamu kenangilah kami.
Moyang mu ingin berpesan.
Kami tinggalkan warisan bangsa ;
Untuk kalian teruskan perjuangan,
Agar berkekalan sepanjang masa.
Hargailah peninggalan moyangmu ini,
Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.
Senyuman anak cucu,
Kebahagian moyangmu;
Jagailah warisan moyangmu,
Itulah lambang cinta berpadu.
Karya Putri Rimba
5 April 2012
KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:
SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.
SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI:
1. PUISI CINTA ILLAHI
2. MELAYU ISLAM BERSATU
3. PERSATUAN AHLI MAJLIS DATO-DATO SULU
4. KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA
5. KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
6. PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
7. KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA
8. DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
9. JARINGAN SASTRA INDONESIA (JAS INDONESIA) KALBAR
10. OMBAK RINDU
DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:
KERABAT DIRAJA MALAYSIA
KERABAT DIRAJA INDONESIA
PEMIMPIN MALAYSIA
PEMERINTAH INDONESIA
RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT INDONESIA
BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
PECINTA BAHASA MELAYU
PECINTA SASTRA MELAYU
PECINTA SASTERAKU DUNIAKU
WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA
RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN
UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...
MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.
SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,
RABEAH MOHD ALI
PUTRI RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA
5 APRIL 2012
KERENAH RAKAN FBKU
Assalamualaikum wr wb
Duhai semua teman fb yang terkasih di hatiku...
Terima kasih kerana sudi menjadi teman fbku
Walaupun cuma di alam maya tapi kita
Saling faham dan saling mengerti
Kau sibuk kufaham
Kalau ku tak faham...faham-faham ajelah jawablah sendiri
Ku sibuk kau tak faham tak apalah! Nanti kau faham...
Kita saling berbagi ilmu
Saling memberi pendapat dalam santai
Tiada saling memberi tekanan
Saling memahami dan
Bertolak ansur itu yang penting
Rasanya semua rakan fb nak kuhasilkan
Sebuah buku untuk setiap teman fbku
Kalau Allah izinkan bisa boleh kan...
Moga Allah SWT izinkan....
Rakanku yang paling lama di alam maya ini yang masih bertahan
hingga kini Datuk Jem...tak tahu kenapa dengan dia masih bertahan...
mungkin dia sempoy kot...candanya buat aku tak kering gusi...
lawak dia bukan lawak bodoh...kalau bodoh pun bodoh-bodoh
sempoy...rugi kalau tak jadi kawan dia...tapi aku geram juga dengan
dia ni...di wall dia aku selalu like dan berkomunikasi dengan teman-temannya
tapi dia di wallku senyap je...kadang kala je like...rasa nak remove tak sampai
hati ...nanti tak dapat dengar lawak sempoynya itu dan tak dapat rasa makan nasi minyaknya....sabar ajelah....moga persahabatan kami berlanjutan hingga ke akhir hayat.
Si Nabila pula lama juga bertahan...dia pun suka bercanda...tapi bila aku
merajuk cepat-cepat dia pujuk takut aku diremovekan dari senarai...katanya dia tak tega berpisah denganku...kalau boleh nak jumpa aku bertemu empat mata...canda....canda...dari pagi hingga ke petang...dari petang hingga ke malam....
tak habis...habis canda....canda...canda...
Si Fradita Fia ....kalau dia tak sibuk...mulalah cerita lucunya dengan 4 budak bersama penghuni rimba Putri Rimba menari gelek rimba....katanya kalau jumpa aku...dia nak ke ombak rindu menghirup udara segar sambil makan coklat kegemarannya kegemaranku sambil bercanda dari pagi hingga petang....pasti indah tika itu....
moga jadi realiti
Dinda Teungku Syayyid kalau hantar madah gurindamnya rasa aku dialun-alun
ke zaman percintaan raja-raja dahulu....aku yang tak pandai bahasa istana terus pandai...lagilah aku berjiwang-jiwang dibuatnya.
Putra Kayangan lagi pula ...rasakan aku berada di kayangan...aku seperti seorang
putri kayangan menaiki kuda putih bersamanya...aduhai lagi dibuai-buai terkesima dengan alam fantasiku berada di kayangan yang indah itu....
Tg Pengeran Assyariff biarpun tak berkomunikasi dengan nya tapi dia seakan berkomunikasi denganku dalam bisu tapi memahami...tak apalah sekurang-kurangnya dia menyokong karya-karyaku yang bertema di Raja.
Laksamana Mas...he...dia tu....semangat pahlawannya aku salut habis...cintanya pada moyang dan cucunya melebihi darpada kepentingan sendiri....samalah macam aku...katanya nak menyokong karya-karyaku....hanya Tuhan saja yang tahu akan hal ini...yang penting dia sudi menyokong karyaku sudah memadai agar aku terus menulis dan menulis.
Ki Mada Si Burung Rontok ....lagilah terus senyap tanpa kabar berita...tak apa...
kalau dia sepikan aku sampai tamat tempoh....tahulah dia... .dah jangan nak mengada-ngada nak rindu-rindu lagi...kalau ada rindu tu...hanyutkan aje di rombak rindu....aku dah malas nak menunggu mereka yang sepi menyepi....
Pak Andi Medan...banyak juga dapat informasi darinya tentang kehidpun ini...kata-katanya bak mutiara turun dari langit...aku apa lagi kutiplah selagi mampu...dapat juga aku ilmu berguna dan aku sebar luaskan pada yang lain....kongsi ilmu tak rugi....
Naga Pamungkas ...rakan seperjuangan sastra...ikut sukahati dia je...bukan senang nak berkomunikasi denganku...sibuk memanjang....kalau aku tak fikirkan dia itu yang suka like karyaku...he dah lama aku sepikan dia....tapi tak tega aku lepaskan dia yang telah banyak mencetuskan inspirasiku berkarya....dia sabar dengan aku...aku sabar dengan dia.....
Zairi Erie...pantun pahlawannya banyak mencetuskan inspirasiku tentang kepahlawan melayu....hinggakan aku rasakan aku seorang pahlawan yang gagah perkasa tapi pahlawan dalam berpantun....tiba-tiba aje dapat idea kepahlawanan melayu....amat mengujakan amat melucukan bagi aku yang tak tahu apa bendanya dunia pahlawan.
Wahyu Yudi ...terus senyap....dulu nak juga berkomunikasi...sekarang terus sepi...tak apalah aku sabar aje....dia sepi aku sepilah...
Kepada rakan-rakan fbku yang tak kusebukan namanya di sini mungkin ada masa kan kusebut jika kalian selalu berkomunikasi denganku.
Kepada semua rak fbku dan bukan lagi rakan fbku di pagi Jumaat yang mulia ini aku memohon kemaafan atas semua kesalahanku pada kalian semua. Percayalah kita tetap bersahabat selamanya selagi nyawa di kandung badan....jangan bimbang...kalian semua pun aku telah maafkan....kita saling bermaafan demiNya.
Kudoakan semuga kalian semua berjaya dan bahagia dunia akhirat.
Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Dengan ingatan setulus ikhlas daripada,
Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Malaysia
6 April 2012
Alam Pren Adni Mpn likes your post: "Ciptaan-Nya tiada yang tak indah...".
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
10 JAMADIL'AKHIR 1436H
31 MAC 2015

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Fahmi Doeb Mengenang pertalian puisi ratu tiga tahun yg lalu, indah tutur puisinya
Urus


SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan7j
Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah terima kasih sahabat seperjuanganku sentiasa memberi sokongan walaupun cuma di balik alam maya yang bisu tapi gak bisu...hihihi
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
10 JAMADIL'AKHIR 1436H
31 MAC 2015

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Syukur Alhamdullilah di pagi yang indah ini aku diberikanNya peluang untuk bernafas
Ya Allah jika nafas yang Kau pinjamkan padaku ini boleh memberikan manfaat
buat roh dan jasadku kau teruskan pernafasannya sehingga aku mampu juga memberi manfaat roh dan jasad kepada semua yang ada di muka bumiMu ini.
Yang aku mahu cuma jalan-jalan redhoMu Ya Allah .Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
YA ALLAH IZINKAN KAMI MELAFAZKAN SYAHADAH BERKAT KAMI PERCAYA AKAN KEWUJUDAN-MU DAN MENYEMBAH-MU. BERILAH KAMI KEJAYAAN MENJADI KHALIFAH-MU. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

Ya Allah Ya Tuhanku,,, jika Ajal kami sudah waktunya untuk tiba, berikanlah kesempatan untuk mengucap kalimat...!!! لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ ( Lailahaillallah ) There is no god but Allah آمــــــــــــــــــين آَمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِيْن ( Amin Amin Ya Rabbal Alamin ). Selamat Melaksanakan Shalat Tahajud.... — with Sapawi Amit.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI JADIKANLAH KALIMAH SYURGA INI PENYAMBUNG HATIKU HATINYA HATI SEMUA SAUDARA SEISLAMKU BERJUANG DEMI-MU SEHINGGA NAFAS TERAKHIR KAMI . BERSAMA MEREKA YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT DI SYURGAWI MEMANDANG WAJAH-MU .AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

4 ZULHIJJAH 1434H
9 OKTOBER 2013M
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
SETAHUN SUDAH BERLALU KAMI MASIH MERINDUIMU MH370
setahun sudah berlalu
kami masih merinduimu MH370
kehilanganmu entah di mana
puas kami mencarimu
hingga ke hujung dunia
namun masih tidak diketemui
setiap hari kenangan indah bersamamu
sentiasa terbayang-bayang
membuatkan kami bertambah rindu tak tertahan
kering air mata ini mengenangkanmu
lagi diingat lagi sebak hati ini
rindu serindu rindunya
kasih tak berbalas kasih
sepi berpanjangan
sesepi lautan hindi
hadirlah dalam mimpi kami
walaupun seketika
untuk mengubat rindu mencengkam jiwa
pasti indah pertemuan di kala itu
kita saling berpelukan menghilangkan rindu
tapi itu cuma igauan mimpi
mimpi ngeri kehilanganmu MH370
MH370 di manapun keberadaanmu
andai kamu sudah berada di alam sana
kami doakan kamu mengecapi bahagia di Syurga
kamu mendahului kami
tunggulah kami di pintu Syurga
moga Allah izinkan kita bertemu
indahnya pertemuan di kala itu
penantian berakhir dengan pertemuan yang abadi
Subhanallah pada-Mu aku berserah hidup matiku
dari-Mu aku datang kepada-Mu aku dikembalikan
kembalikan aku dalam jiwa dan roh yang tenang redha lagi diredhai-Mu,
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Jamadil'Awal 1436H
8 Mac 2015
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Semua Waris MH370 Yang Sentiasa Tersanjung Di Hati. Kami Sentiasa Memberi Sokongan Kepada Anda Kerana
Sedihmu Sedihku Jua Moga Puisi Yang Dikarangkan Terubat Rindu Di Hatimu Dan Dapat Merawat Luka Pedih Di Hatimu)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
19 Rejab 1439H
6 April  2018

0 comments:

Post a Comment

 
;