Monday, 2 July 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (259) SEKALUNG TAHNIAH BUAT YB SYED SADDIQ DILANTIK SEBAGAI MENTERI BELIA & SUKAN



BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (259) SEKALUNG TAHNIAH BUAT YB SYED SADDIQ DILANTIK SEBAGAI MENTERI BELIA & SUKAN
Tahniah YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,Menteri Belia & Sukan yang baru.
Komen
Tanavanthan Sinnakannu Tahniah. Teruskan usaha murni YB. Semoga pelantikan membawa kemakmuran kepada Belia tanpa kira agama bangsa dan negara. Perlantikan YB menjadi tanda mercu kepada golongan belia.
Uruskan
Balasan2j
Semut Merah Tahniah YB...
Uruskan
Balasan2j
Mario Oz Dasyat juga dia nih..
Uruskan
Balasan2j

Zulkarnain Zanil Org muda semangat membara..tahniah en saddiq👍👍👍
Uruskan
Balasan1j
Mohd Afifi Awang Tahniah YB..
Uruskan
Balasan1j
Hayati Jamaluddin Assalamualaikum YB usahawan ada cadangan untuk membantu pinjaman
Uruskan
Balasan41m
Azmi Daik Tahniah Yb
Uruskan
Balasan28m
Ratu Rimba Niagara Syukur Alhamdulillah dan sekalung tahniah buat YB Syed Saddiq dilantik memegang amanah menyandang jawatan Menteri Belia & Sukan. Berita gembira buat semua belia di seluruh Malaysia kerana mereka akan dibela oleh seorang menteri anak muda yang memahami sehati sejiwa dengan jiwa belia. 
Moga YB dapat hayati bait-bait pantun yang ditujukan kepada YB sebagai mewakili suara hati seluruh belia Malaysia untuk dibela kehidupan mereka.

PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA

Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,
Menganjurkan program pelbagai aktiviti;
Maju negara kerana belia positif,
Belia cemerlang itulah yang dihajati.

Hari belia disambut penuh gemilang,
Belia gembira pergi ke sana;
Pergi ke sana merebut peluang,
Masa depan tercerna negara terbina.

Program diatur mengikut citarasa belia.
Asalkan belia jadi cemerlang;
Program diatur dikawal selia,
Agar belia terus gemilang.

Setiap 15 Mei Hari Belia Negara.
Untuk memperingati belia berjasa;
Sayangkan belia sayangkan negara,
Pemimpin hargai setiap belia.

Hari ini belia diraikan,
Dalam suasana penuh ceria;
Jasamu belia tidak dilupakan,
Kerana dirimu harapan negara.

Pelbagai program di hari belia,
Hingga belia rasa teruja;
Tiada belia rasa kecewa,
Kerana minat belia semuanya ada.

Wajah belia berseri-seri,
Belia negara raikan hari belia;
Usaha belia tetap dihargai,
Kerana dirimu harapan negara.

Di hari belia mendapat ilham,
Mendapat ilham menjadi ahli belia;
Di usia muda melabur saham,
Agar tak rugi di hari tua.

Bila menjadi ahli belia,
Hidup berubah merebut peluang;
Belia kreatif majulah negara,
Belia cemerlang negara terbilang.

Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
Ingin membangunkan belia Malaysia;
Program dianjurkan dengan jaya,
Cemerlang belia untuk negara.

Belia produktif negara cemerlang,
Usaha dibina atas keringat;
Jasamu menteri takkan hilang,
Ke mana kau pergi terus diingat.

Bertuahnya hidup belia Malaysia,
Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
Rebutlah peluang selagi ada,
Pastinya dikau menempa kejayaan.

Negara lahirkan ahli sukan,
Ramai sudah menjadi ternama;
Di mata dunia mengharumkan nama negara,
Pingat dirangkul negara berbangga.

Belia bersukan belia cergas,
Segala aktiviti berjalan lancar;
Belia lemah patut bertegas,
Wajah berseri terus terpancar.

Belia digalak aktif bersukan,
Badan sihat minda cergas;
Mahu berjaya tiada alasan,
Tetapkan matlamat biar jelas.

Belia aktif kerana mendapat sokongan,
Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
Belia yang lemah terus ada kemajuan,
Diberi galakan juga bantuan.

Belia dan kerajaan saling memerlukan,
Kerana belia tiang negara;
Belia berkualiti lagi berwawasan,
Pastinya cemerlang belia 1Malaysia.

Tanpamu menteri siapalah belia,
Harapan belia terpikul di bahumu;
Jasamu menteri tidak dilupa,
Akan dihargai bila bertemu.

Belia kreatif penentu pembangunan negara,
Negara terus gilang gemilang;
Majulah belia majulah negara,
Tercipta sudah belia cemerlang.

Sukanya hati belia berjaya,
Keluarga tersayang turut gembira;
Semuanya gembira tidak terkira,
Kerana belia harapan negara.

Karya Ratu Rimba Niagara
15 Mei 2010
(Pantun ditulis sempena meraikan Hari Belia Negara)

Puisi Belia Harapan Negara

Beliaku…
Negara perlukanmu…
Justeru… Bangunlah dari lenamu…
Sedarlah dari lekamu…
Sedarlah dari lalaimu..
Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan!

Jangan ada rasa rendah diri…
Jangan ada rasa kecewa…
Berubahlah demi…
Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu nanti.

Aku percaya kau boleh berjaya…
Jika semangat kentalmu datang…
Aku menantimu di sini…
Bersama azammu untuk berjaya…
Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia.
Segalanya akan berubah! Percayalah!
Kerana kau adalah harapan negara!

Karya Ratu Rimba Niagara
15 Mei 2010
(Puisi ditulis sempena meraikan Hari Belia Negara )
August 23 at 10:46am · 

Yantzen Peace,, Datuk Mohd Jeffry Rosman
and 11 others like this.

Alex Dennis on paper jee.
adakah ia tersirat di Daerah Tawau.

Ratu Rimba Niagara Boleh juga direalisasikan di Daerah Tawau...
cuba minta pandangan Datuk Jeffry mengenai yang tersirat..
terima kasih atas perhatiaanmu sahabatku dari Tawau...

Alex Dennis yes saya tau dapat rasakan Tanggungjawab Datuk
Mohd Jeffry Rosman tetapi pihak Kementerian yang bertanggungjawab ......?

Ratu Rimba Niagara Kalau gitu saya cadangkan elok sangatllah pihak
kementerian bergabung idea dengan Datuk Jeffry dan Saudara
Alex Dennis bagi merealisasikan pada belia Sabah ...
apa yang tersirat pada pantun di atas.
Apa pendapatmu duhai sahabatku yang baru kukenali?

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam Ratu Rimba Niagara, saya rasa pantun di atas adalah terbaik sepanjang yang aku pernah baca..inilah satu pantun belia yang harus diikuti..satu pedoman sejuta kebaikan..

Ratu Rimba Niagara

Waalaikummussalam Warahmatullahhiwabarakatuh, terharu saya mendengar komen daripada datuk...mengenai pantun belia yang dikarangkan. Ketika saya mengarang pantun tersebut...perasaan saya yang selama ini terlalu sayangkan generasi pasca merdeka tidak dapat dibendung lagi, lebih-lebih lagi semua belia Malaysia. Alangkah bahagianya setiap naluri belia difahami oleh pihak kerajaan dan pemimpin di Malaysia kerana mereka semua adalah permata-permata negara yang terlalu amat bernilai.
Jika mereka tidak diberi sokongan, galakkan dan perhatian sepenuhnya oleh pihak kerajaan mahupun pemimpin...aduhai kasihan mereka...kasihan negara...
jika belia aktif dan berfikiran positif makan walau apa jua keadaan
sekalipun mereka tetap mengutamakan negara daripada kepentingan 
sendiri kerana negara telah mengutamakan mereka. Pemikiran mereka telah terpasak ilmu yang terasuh untuk mencintai negara!

"HARGAI BELIA...HARGAI RAKYAT...HARGAI PEMIMPIN...HARGAI NEGARA...KEMERDEKAAN PASTI MILIK KITA SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI!

"SALAM KEMERDEKAAN KE-61 MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA! DI BAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN!"
“Setiap rakyat sentiasa ada harapan untuk direalitikan impian kerana Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7 dan Barisan Menteri Kabinetnya sedia menabur bakti dan khidmat kepada seluruh rakyat Malaysia.”)


JALINAN PUISI CINTA BAWA KE SYURGA-NYA
Duhai sahabat yang kusayang dari dulu hingga kini...
Air matamu air mataku
Kita sama-sama ketawa dalam duka
Kita sama-sama berpuisi
Menyulam kata-kata indah
Ada kalanya kita terluka hati dek tersalah berbicara puisi
Kerna kita insan yang tak sempurna
Makanya maafkan aku
Sepanjang persahabatan kita
Buatkan mu terluka
Aku amat percaya
Luka didunia ini masih bisa dirawat kok
Dengan saling memaafkan
Justru salam damai sampai mati kita damai
Salam rindu yang telah lama terpendam
Salam sayang...
Sayang...sayang...sayang
Padamu...
Pada semua sahabat puisi tersayang
Biar di wall grup ini
Kita berkumpul semula
Berpuisi seperti
Di taman-taman Syurga
Berpuisi seolah esok akan mati
Mana tahu kita bisa senyum
Tika hari mati
Kerna masalah remeh-temeh dunia kita udah selesaikan
Sebelum mati
Dan Insya-Allah di akhirat nanti
Kita tidak akan ditanya
Segalanya sudah bersih hati tika di dunia
Kerna di Syurga diterima cuma amalan yang bersih
Kirim salam sayang aku pada semua sahabat
Puisi kita di sini yang pernah mengenaliku
Dan sahabat baikmu vra bella
Katakan aku minta maaf pada mereka semua
Kerna aku terdera rindu pada kawan-kawanku
Kawan-kawan puisiku
Mana tahu puisi kita yang lahir dari kalbu nan suci
Ini bisa dierima-Nya sebagai bekalan di Sana nanti
Dan sama-sama berpuisi di Di-Syurga-Nya juga
Alangkah bahagia...kekal abadi bersahabat
Berkat berkasih sayang atas nama jalinan
Puisi Cinta Bawa Ke Syurga-Nya
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
Berkat kasih yang tulus ikhlas kerna-Nya
Kita bersama mematri kasih persahabatan
Hingga ke Syurga-Nya
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Putri Rimba Niagara
17 Mei 2012
SENYUMMU PENGUBAT DI KALA DUKAKU
Duhai teman...
Mahalnya nilai senyummu
Mahalnya seperti berjuta ringgit
Wow...macam itu mahalnya
Aku tak mampu membeli senyum mu
Kerana aku cuma ada daunan kasih
Sebagai pengganti wang ringgit
Sampai kapan pun aku tak bisa memiliki senyummu
Sedangkan aku ingin sangat kau senyum padaku
Mujurlah gambarmu yang tersenyum manja itu
Pengobat dukaku di kala aku rindu padamu
Itulah mahalnya senyummu
Senyumanmu ikhlas
Seikhlas hatimu
Mengukirkan senyuman
Senyummu mahal daripada jutaan ringgit
Kerana
Senyum itu satu sedekah
Karya Putri Rimba Niagara
17 Mei 2012
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
TANPA KITA SEDARI BUMI INI BERPUTAR SEDAR TAK SEDAR USIA KITA MENINGKAT SETIAP TAHUN SAMPAI SUATU SAATNYA PASTI AKAN MENINGGALKAN BUMI INI MAHU TIDAK MAHU BERSIAP ATAU TIDAK KEMATIAN PASTI MENJEMPUT KITA.MOGA KITA MENINGGALKA DUNIA DI KALA ALLAH REDHA AKAN KITA DAN SEMUA MANUSIA YANG MENGENALI KITA REDHA ATAS KEMATIAN KITA. BARULAH TENANG ROH DI KALA ITU. AAMIIN
Foto Kami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan.

PETIKAN PERPUSTAKAAN ALAM MAYA RATU RIMBA NIAGARA,

17 SYAWAL 1439H
2 JULAI 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;