Monday 3 December 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (435) KAMI REDHA ALLAH TUHAN KAMI


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (435)  KAMI REDHA ALLAH 
TUHAN KAMI

ALLAH MAHA INDAH
Norhaza Manda Conai ke 🌼🌷Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah🍁🌴
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
ALLAH MAHA HEBAT ALLAH MAHA KUASA. SIAPALAH. KITA TANPA ALLAH
ALHAMDULILLAH QU KEPADA MU. YA ALLAH QU MASIH LAGI BERNAFAS. QU MASIH MELIHAT KEBESARAN MU YA ALLAH. YA QARIM...............HIT LIKE AND TYPE SUBAHANALLAH
Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,,
hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ.
اللّهُ
لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ
لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُِ
أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ اَلَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْه
لَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِمِ
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرَُ
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيم


YA ALLAH KAMI HAMBAMU, HIDUPKAN DAN MATIKAN KAMI DALAM KALIMAH SYURGAMU
La Ilaha Illallah
Awali dengan bismillah
(kalimat tauhid yakni La Ilaha Illallah) 
(La Ilaha Illallah) merupakan Kunci Syurga
ALLAH ENGKAU RAJAKU ALLAH ENGKAU KEKUATANKU
Allah Kau Penciptaku
Allah Kau Rajaku
Raja Yang Menguasai Kerajaan Langit dan Bumi
Raja Yang Menguasai Di Hari Pembalasan Hari Akhirat
kusembahMu kerana Kau Tuhanku
kusembahMu kerana Kau Rajaku
hanya Engkau saja yang layak disembah
hanya Engkau saja yang layak memakai pakaian kesombongan kerana segala yang hidup di muka bumi ini Engkaulah yang ciptakan seindah kejadian dan Engkaulah yang berkuasa mematikan yang hidup
sehebat manapun manusia tidak layak disembah kerana manusia tidak berupaya mencipta walaupun seekor nyamuk dan manusia akan mati.
Segala takdir manusia dalam genggamanMu
sebab itu Engkau Pengurus takdir hidup matiku
yang terbaik, takdirkan hidup matiku ke jalan yang Kau redhai agar hidup matiku dalam kebaikan, beramal dalam redhaMu
mencurahkan bakti kepada manusia seikhlas hati keranaMu bukan untuk dibanggakan dan mendapat pujian manusia.
Allah hanya Engkau tempat aku meminta pertolongan
Allah hanya Engkau tempat aku meminta segala hajat, sebelum aku dijemputMu abadi di alam akhirat, berilah aku kesempatan menjadi hambaMu sepertimana sumpah setiaku ketika aku berada di alam kandungan ibuku
mengaku Engkau Tuhanku
hanya Engkau saja yang layak disembah
Tiada Tuhan lain kecuali Engkau
apa saja yang Engkau takdirkan padaku aku redha dengan harapan Engkau redhai hidup matiku,
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
aku hambaMu Allah Engkau Tuhanku
Engkau Rajaku
9 Syawal 1435H
5 Ogos 2014

ATAS NAMA CINTAMU
Allah Kau kucinta
Allah Kau kurindu
cinta dan rindu
syahdu di perdu rindu
aku teruja meraih cintaMu
kuberjalan mendapatkan cintaMu
Kau berlari membalas cintaku
aku hampiriMu Kau telah ada di hatiku
Allahu Akbar Maha HebatNya cintaMu
Kau tak pernah hampakan aku
Kau tak pernah menolak cintaku
malah Kau lebih membalas cintaku
sedangkan amalanku tidaklah banyak mana
hanya sedikit dibandingkan para kekasihMu
siapalah aku untuk mendapatkan cintaMu Yang Maha Agung tapi itu tidak menghalang Engkau membalas cintaku, Allahu Akbar memanglah Engkau Maha Penyayang daripada segala yang Penyayang
memanglah Engkau Kekasih Sejati Yang Setia
tidak hairanlah kenapa para kekasihMu
berkorban apa saja demi meraih
cintaMu Yang Maha Agung
mereka terpana dalam Zat cintaMu
mereka rela tinggalkan pesona duniawi demi meraih cintaMu sedangkan aku tidak mampu berkorban sehebat mereka, dengan namaMu Ya Allah
Yang Maha Agung
Atas nama cintaMu
Kau berilah peluang dan kekuatan
padaku untuk terus mencintaiMu
dalam keadaan apa sekalipun
mahukan hidup matiku
hanya Engkau matlamatku
apa yang aku usahakan
bukan untuk mendapat
pandangan manusia
hanya mahukan pandanganMu
andai apa yang aku usahakan
boleh mendekatkan diriku padaMu
dan yang membaca karyaku juga mendekatiMu
berilah kejayaan dunia akhirat
aku mahu hidup matiku
dan saudara seislamku jua
hanyalah keranaMu
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Muharram 1435H
18 November 2013
ALLAH MATLAMATKU
Allah di hati
Allah di kalbu
Allah matlamatku
Allah hidup matiku
Allah kucinta
Allah kukasih
Allah kurindu
Allah segalaNya bagiku
Allah menentukan takdirku.
Allah segala keputusanMu kuakur
Allah kuredha jika itu takdirNya
Allah kumahu hidup matiku dalam redhaMu
Allah demiMu kurela lupakan kepentingan sendiri
Allah demiMu kurela pertaruhkan nyawaku
Allah kerana aku cintakanMu balaslah cintaku
Allah balaslah cintaku dengan syahidku ke jalanMu
Allah syahidku adalah lambang cintaku padaMu
Allah berilah aku peluang mati syahid
Allah syahidku syahid rakan seperjuanganku
Allah makbulkan segala cita-citaku sebelum syahid
Allah perjuanganku adalah Syurgaku di dunia
Allah syukurku Kau pilih aku kekasihMu
Allah syukurku Kau pilih aku syahid ke jalanMu
Allah syukurku sebanyak-banyakNya
Allah Maha Besar
Allah KuasaMu Mengatasi SegalaNya
Allah BagiMu Segala Puji-Pujian
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Bersujud semua hambaMu
Tanda rindu kasih dan cinta padaMu Allah
Balaslah cinta para pejuang syahidMu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
20 RabiulAkhir 1434H
2 Mac 2013

AKU REDHA ALLAH TUHANKU
Daripada Abi Hurairah r.a menceritakan kepada kami (perawi) daripada Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT berfirman: "Jika hambaKu mendekat (menghampirkan dirinya/datang) kepadaKu satu jengkal, Aku akan mendekat padanya satu hasta, dan jika dia mendekat kepadaKu satu hasta, maka Aku akan mendekat kepadanya satu depa, jika dia mendekat kepadaKu dengan satu depa maka Aku akan mendekat kepadanya lebih cepat lagi".
Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa'asy-hadu anna Muhammadar Rasulullah
Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah
Aku redha Allah Tuhanku
Aku redha Muhammad Nabi dan Rasulku
Aku redha Islam Agamaku
CAHAYA HIDAYAH ILAHI
"Cukuplah Al-Quran Dan As-sunnah peganganku."


YA ALLAH IZINKAN AKU WUJUDKAN NEGERI
MURNI SEMURNI HATI SYURGA
DI DUNIA INI AAMIIN
Allah jangan Kau ambil nyawaku
di saat aku belum bersedia bertemu-Mu,
berilah aku peluang
wujudkan negeri murni semurni
hati Syurga di dunia ini...
bahagia hidup tanpa dosa
bahagia hidup tanpa peperangan
bahagia hidup tanpa kebencian
bahagia hidup tanpa mengundang hati jadi neraka
kami mahu hidup
hanya kerana-Mu
hanya untuk-Mu...
kami mahu apa yang kami
sumpahkan di alam roh-roh
bahawa kami mengaku
KAU LAH TUHAN KAMI...
KAMI KHALIFAH-MU DI MUKA BUMI INI
kerana sumpah itulah ...
KAU hidupkan kami ke dunia ini...
atas dasar sumpah yang telah kami ikrarkan di hadapan-Mu,
kami mahu menjadi khalifah-Mu di muka bumi ini
yang KAU redhai tika hidup dan mati...
kerana mahu menjadi khalifah-Mu...
berilah aku peluang mengujudkan negeri murni
semurni hati Syurga sebelum aku
dijemput pulang ke pangkuan-Mu...
selagi tak wujud negeri murni yang aku citakan itu menjadi realiti
seakan aku tak layak menjadi hamba-Mu jauh sekali menjadi
penghuni Syurga-Mu...
aku malu...malu...malu...
bertemu-Mu dalam aku tak bersedia lagi....
maka kasihanilah aku Ya Allah....
walaupun amalanku tidak sehebat Rabiatul Adawiyah Kekasih-Mu...
bagaikan langit dengan bumi...
tapi dengan belas kasihan-Mu...
dengan Rahmat Kasih-Mu...
Kau perkenankan cita-citaku...
aku terlalu takut aku tak sempat mencapainya
sebelum aku terpejam mata buat selamanya...
Kau Maha Tahu
segala isi hatiku
aku pasrah kalau itu takdir-Nya...
dari-Mu aku datang kepada-Mu aku dikembalikan...
moga aku dikembalikan ke Pangkuan-Mu...
dalam roh dan jiwa yang tenang
redha lagi diredhai-Mu...
Aaamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Andai negeri murni yang aku citakan Kau perkenankan
semua hamba-Mu akan Memuja Memuji-Mu...
di sebilang masa menjadi khalifah di muka bumi-Mu..
agar hidup dan mati dalam redha-Mu...
di saat aku dijemput pulang ke Pangkuan-Mu...
semua manusia meredhai kematianku
tiada akan ada tangisan perpisahan
yang ada tangisan syahdu untuk sama bertemuku di Syurgawi
kerana akulah saudara seislamnya dunia akhirat
menyayanginya kerana-Mu...
indah di kala kasih sejati terpatri sampai Syurga
itulah negeri murni semurni hati Syurga yang aku citakan Ya Allah.
moga Kau makbulkan Ya Allah...
Tiada daya upayaku melainkan dengan izin-Mu jua...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
..........................................................................
sampai kapan pun aku hamba-Mu Allah
30 Safar 1436H
23 Disember 2014

MOGA DOA RAKYAT DIMAKBULKAN TUHAN
Assalamualaikum kekanda-kekanda diRaja,
Darah Kepahlawananmu lambang kesatria diRaja;
Rakyat jelata pasti gembira menantikan gema diRaja,
Di seluruh pelosok bumi Nusantara bergemalah daulat diRaja.
Dari dulu ditunggu kabar berita,
Agar Institusi diRaja dimartabatkan;
Dimartabatkan seluruh bumi Nusantara,
Maka bergembiralah seluruh rakyat jelata.
Perjuangan kanda sentiasa dinda dukungi,
Agar kanda tak mudah berputus asa;
Percayalah kanda telah ditakdirkan sejak Azali,
Untuk memerintah rakyat di bumi Nusantara.
Allah melantik kekanda menjadi raja di bumi ini,
Pasti ada hikmah di sebalik takdir ini;
Agar sentiasa membela nasib rakyat dizalimi,
Maka itulah hikmah kenapa Allah memilih kanda terajui.
Jika sebenar suci bersih niat kanda membela rakyat jelata,
Dan kanda yakin ini adalah tanggungjawab kanda;
Pasti kanda tidak mudah berputus asa,
Akan memperjuangkan hingga berjaya.
Percayalah kanda di setiap langkah kanda,
Allah sentiasa menyertai niat suci kanda;
Untuk membela hamba-hamba-Nya,
Moga kanda selalu berada dalam Rahmat kasih-Nya.
Jangan sekali menjadi raja penakut,
Takut mengaku raja kerana tak mahu dipulaukan;
Dinda tak suka raja yang penakut,
Sedangkan kanda adalah kerabat yang dimuliakan.
Dinda ditakdirkan menjadi pejuang diRaja,
Jika kanda berputus asa memperjuangkan hak kanda;
Tak apalah biarlah dinda perjuangkan bagi pihak kanda,
Mungkin ada sebab tersendiri remuknya hati kanda.
Kepada kekanda-kekanda di Raja yang lain,
Adinda tabik dengan perjuangan kanda;
Biarpun remuk dilambung tsunami sekalipun,
Kekanda-kekanda tetap berjuang selagi hayat ada.
Perjuangan kekanda adalah perjuangan adinda,
Perjuangan adinda adalah perjuangan rakyat jelata;
Makanya matlamat yang jelas itu adinda menyokong kanda,
Harap kanda jangan sekali berundur demi harapan rakyat
jelata.
Kemenangan kekanda-kekanda adalah kebanggaan rakyat,
Rakyat pasti berbangga punyai raja sehebat kanda;
Matlamat kanda menjadi raja adalah untuk rakyat,
Makanya rakyat jelata akan menyokong perjuangan kanda.
Jangan kanda lupakan sejarah diRaja,
Mempertaruhkan nyawa demi rakyatnya;
Itulah jiwa kesatria sebenar diRaja,
Rela gugur di medan juang demi rakyatnya.
Inilah di sebalik hikmah takdir Ilahi,
Memilih kanda sebagai kerabat diRaja;
Untuk membela rakyat dizalimi,
Maka rakyat mensyukuri Kurniaan dari-Nya.
Moga doa rakyat dimakbulkan Tuhan,
Institusi diRaja dimartabatkan;
Maka bergemalah suara rakyat penuh kesyukuran,
Daulat diRaja & Ketinggian Islam dimartabatkan.
(Aamiin Ya Rabbal A'Lamin)
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
20 Muharram 1434H
4 Disember 2012M
PINTU TAUBAT SUDAH TERTUTUP UNTUKKU
PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA UNTUKMU
Duhai kawan
Beruntunglah kamu
Kamu masih hidup
Masih boleh
Mengumpulkan
Sebanyak-banyaknya amalan
Tidak sepertiku
Masaku sudah tamat
Aku sudah tidak boleh beramal lagi
Matiku dalam penyesalan kawan
Penyesalan tak tertebus!
Pintu taubat telah tertutup untukku
Hendak menyebut kalimah Allah biarpun sekali
Tak dapat kawan
Lidahku kelu dikelukan
Tempuhku sudah ditamat tempuhkan
Dulu masa aku hidup
Aku cakap yang sia-sia
Cakap suka
Mengumpat mengeji orang
Mencabar Allah
Aku rela masuk neraka
Aku mahu rasa seksa kubur
Kerana kesombongan aku dalam berkata-kata
Kini aku rasakan apa yang hendak aku rasakan
Sakit kawan...sakit sangat-sangat
Kerana terlalulah sakit aku tak dapat ceritakan
Barulah aku tahu kerana ketika di dunia aku tak
Pernah merasa sakit sebab itu aku cakap besar kawan
Ketika nyawa aku dicabut dari jasad
Dari jauh lagi malaikat maut
Dengan mukanya yang bengis
Dan wajahnya amat menakutkan sekali
Baunya tak boleh tahan
Aku menjerit semahunya meminta tolong
Tapi seorang pun tak pedulikan aku
Yang sedang bergelut dengan maut
Amat dahsyat sakitnya
Tika roh keluar dari jasadku
Ketika rohku di angkat ke langit
Oleh malaikat untuk bertemu Tuhan
Tak sampai ke langit ke tujuh
Tuhan tak sudi bertemu denganku
Kerana tika di dunia
Aku tak pernah hendak menyembah-Nya
Apa tah lagi hendak menyebut-nyebut nama-Nya
Amat berat sekali
Sekarang menyesal pun tak guna
Menangis air mata darah pun tak guna
Memang patut pun Tuhan tak mahu bertemuku
Kerana tika di dunia aku tak mahu bertemu Tuhan
Sekarang padan denganku
Aku merasai akan segala azab sengsara neraka
Masa hidup
Aku tak percaya alam barzah
Tak percaya akhirat
Yang lebih teruk lagi
Aku tak percaya Tuhan
Sekarang bilamana aku sudah masuk
Ke alam barzah baru aku percaya
Tapi sudah terlambat kawan
Nasi sudah menjadi bubur
Bukan aku tidak pernah dinasihatkan oleh
Kawanku mengatakan
Tika hidup kita beramal soleh
Adatlah penat
Semua kerja penat
Mana ada kerja yang tak penat
Nak tahu tak penat
Tika di alam barzah
Bersenang lenang
Amalan soleh tika hidup dibalas-Nya
Tidur di dunia tidaklah selazat tidur di alam barzah
Seperti tidur di Taman-Taman Syurga
Tempat berehat yang abadi di Taman-Taman Syurga
Itu semua aku tak percaya bilamana kawanku katakan padaku
Ketika aku hidup dulu
Menyesal....menyesal....menyesal....
Terlambat...terlambat...terlambat....
Makanya kawan
Dari apa yang aku ceritakan ini...
Ambillah iktibar dari penyesalanku ini
Jangan jadi seperti aku
Pintu taubat sudah tertutup untukku
Pintu taubat masih terbuka untukmu
Maka berlumba-lumbalah mengumpul
Amalan demi menghadapi alam barzahmu kawan
Keseorangan tiada berteman
Yang ada cuma amalan sebagai peneman setiamu kawan
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Sept 2012


INDAH-NYA SYURGA ALLAH...SAHABATKU MENANTIMU
DI SYURGA , BERJIHADLAH SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU
PASTI....YAKINLAH...!!! SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU
 AKBAR.


Muhammad Jibriel Abdul Rahman sedang berasa disayangi.Ikuti
Subhanallah, Masyaa Allah.. Inilah bukti bahwa mati sebagai syuhada' itu
sangatlah Indah dan menggembirakan. Allahu Akbar!. Video ini adalah bukti salah seorangMujahidin Suriah yang terluka dan sedang dalam kondisi sakaratul maut. Masya Allah, apa yang keluar dari mulut beliau sebelum detik-detik kesyahidanya (insya Allah) sangatlah mengagumkan. Beliau berkata " Jika kau lihat apa yang aku lihat.... Surga itu seluas langit dan bumi..Allah..Allah.." ...sambil tersenyum manis dan bersyahadat, dan masih sempat meberi nasehat buat ikhwah-ikhwah yang lain agar berjihad membela Agama Allah..Ya Allah, Karuniakanlah kami keistiqomahan dan kesabaran dalam dakwah dan Jihad ini, sehingga syahid menjemput kami. Allahumma Aamin... keep Istiqomah wahai saudara-saudaraku... 
Terkenang adikku tercinta Ridwan Abdul Hayyi yang juga (Insyaa Allah) Syahid dibumi Syam yang penuh berkah. Subhanallah...


"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
26 RABIUL'AWAL  1440H
4 DISEMBER  2018

0 comments:

Post a Comment

 
;