Wednesday, 13 May 2020

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (371) TAKDIR-MU LEBIH BAIK DARI SEMUA YANG AKU INGINKAN


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (371) TAKDIR-MU LEBIH BAIK DARI SEMUA YANG AKU INGINKAN


1 tahun lepas
BILAMANA ALLAH YANG PERTEMUKAN PASTINYA SEINDAH SYURGA
Allah yang mempertemukan untuk satu alasan
Entah untuk belajar atau mengajarkan
Entah akan menjadi bahagian terpenting
atau hanya sekadarnya
Akan tetapi tetaplah menjadi yang terbaik
di waktu tersebut
Lakukan dengan tulus
Meski tidak menjadi seperti yang diinginkan
Tidak ada yang sia~sia!
Kerana Allah yang mempertemukan!
Bilamana DIA yang aturkan pertemuan kita
pastinya DIA juga ingin mempertemukan kita di SyurgaNya
Allah SWT menurut prasangka hambaNya
Moga pertemuan kita berakhir di Syurga
Itulah hikmah disebalikNya kenapa kita dipertemukan sekalipun cuma di alam maya.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Kepada semua sahabat alam mayaku...
aku ingin menjadi sahabat yang terbaik untukmu
andainya di sepanjang ku bersiaran karya
ada susunan kata-kata yang kutulis telah mengguriskan hatimu
ku menyusun sepuluh jari memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana aku akui aku adalah insan yang tak sempurna...
untuk menjadi sahabatmu yang sempurna di hatimu
sudilah memaafkan apa jua kesalahanku
kerana aku rela menjadi si pungguk mendayu-dayu merayu
di balik mega awan senja alam maya
agar aku tak menyesal di hari Akhirat nanti mencarimu
untuk dimaafkan kesalahanku kerana di hari itu
penyesalan sudah tidak berguna lagi...
semasa ada peluang dipinjamkan nyawa
aku memohon kemaafan darimu ...
Salam sejuta kemaafan
Salam kasih sayang semurni hati
Salam Sya'ban
Salam Menyambut Ramadan 1438H
Salam silaturahim sampai Syurga
Sahabatmu yang suka berpujangga,
Ratu Rimba Niagara,
16 Sya'ban 1438H
13 Mei 2017
PUISI TERAKHIR BUAT SAHABAT
Sahabat...
terima kasih atas
sepanjang persahabatan kita
dibajai dengan bunga-bunga cinta kasih sayang
setulus hatimu
menyayangiku tanpa syarat
bila kuberduka terluka
kau jahit lukaku dengan benang cintamu
sehingga hidupku yang bergerhana
bertukar menjadi pelangi nan indah
sepanjang hari sepanjang malam setiap hari
terlalu indah persahabatan kita hanya Tuhan yang tahu
Syukurku pada Tuhan dikurniakan sahabat sebaik semuliamu.
Sahabat ...
kau melengkapi hidupku
kita bersahabat atas dasar kerana Allah
sungguh indah bila semuaNya keranaNya
kita saling sayang menyayangi
bantu membantu
susah senang kita bersama
Sahabat...
sesungguhnya kurasa bahagia punyai sahabat sepertimu
sehingga saat-saat terakhirku
kau sentiasa di sisiku
menemaniku
biarpun ku tak dapat berkomunikasi denganmu
atas sakitku kian nazak
kudengar dengan jelas
esakan tangismu dalam doa
mendoakan agar Allah swt meminjamkan usiaku
untukmu supaya dapat menumpang teduh kasihku lagi
ingin kusapu air mata mu yang mengalir deras
tapi apakan dayaku
siapa aku untuk menolak takdir
telah ditakdirkan nyawaku hingga setakat ini
namun kuredha.
Sahabat ...
sabarlah
jangan ditangisi pemergianku
kerana kematian hanyalah perpisahan sementara saja
doakanku bertemu denganNya dalam redha lagi diredhaiNya...
doakanku berjaya menjawab semua soalan kubur
berkat persahabatan kita yang saling ingat mengingat tentang
hari kematian dan hari kebangkitan setelah mati Syurga dan neraka.
Sahabat...
mengertilah dikau bahawa ku tak akan pernah melupakanmu
kerana kita pernah berjanji untuk saling menunggu di Pintu Syurga,masih kuingat kata-katamu kita bersahabat sampai ke Syurga, moga Allah makbulkan janji kita berdua Aamiin.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada Sahabat Dunia Akhiratmu,
........................................................
15 Rejab 1437H
23 April 2016
Karya Ratu Rimba Niagara,
15 Rejab 1437H
23 April 2016
(Karya diilhamkan istimewa untuk Norimah Zakaria dan sahabat baiknya yang telah pulang kerahmatullah , moga Allahyarhamah di tempatkan ke dalam roh-roh yang beriman dalam Syurga Firdausi Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin)
SAHABAT SEPERJUANGANKU KAU TELAH PERGI MENDAHULUI KAMI
Moga ditempatkan rohnya di kalangan hamba-hamba Allah yang beramal soleh dimasukkan ke Jannah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Sahabat seperjuanganku kau telah pergi mendahului kami,
kami juga akan menyusul kemudian kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Moga kau tenang dan bahagia berada di alam Syurga. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
SAHABAT AKHIRAT
Aku cuma mahu tahu kau mengerti aku...aku mengerti kamu..
sentiasa jujur dalam berkata
sentiasa setia dalam persahabatan
sentiasa berkomunikasi
sentiasa berkata seiring hati
sentiasa muhasabah diri
sentiasa mahu membuat kebaikan
sentiasa berkata yang baik di SisiNya
sentiasa bekerjasama dalam meraih cinta dan redhaNya
jika itu ada pada kamu ...
kamulah rakan seperjuangan
dunia akhirat yang kucari
biarpun sekadar di alam maya
itu sudah memadai
dalam meneruskan
sebuah persahabatan suci
demi alam
akhiratmu akhiratku
sebuah alam
yang pasti kita tempuhi
di kala itu tiada sahabat atau sanak saudara
yang ada sahabat akhirat yang setia menemani kita
sahabat akhirat itulah amalan kita
yang dilakukan ikhlas semata keranaNya
moga kau dan aku dan semua
berjaya membawa sahabat akhirat
tika kita berada di alam akhirat
negeri yang kekal abadi
tempat balasan
segala kebaikan dan kejahatan
moga kita terpilih
mati dalam membuatkan kebajikan
yang diterimaNya
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A 'Lamin
'Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu
moga kita mati dalam kebajikan Aamiin
Allah Azzawajallah mengikut prasangka hambaNya
Jika kamu mengejar dunia
dunia akan tinggalkan kamu
Jika kamu mengejar akhirat
dunia tidak tinggalkan kamu
amalan duniamu bawa ke akhirat
serahkan saja urusan hidup mati
kepada Allah kerana DIA lah
yang menguruskan hidup mati
hambaNya
Usaha Doa Tawakal Pasrah
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
jalan ke akhirat
matlamat sebenar kita
itulah perjuangan kita
yang mahu pulang ke pangkuanNya
moga sahabat akhirat yang kita dambakan
tersimpul kasih suci murni di SyurgaNya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Ya Allah aku ingin pulang ke pangkuanMu
kau hadirkanlah sahabat akhiratku
yang selalu mendorongku
beramal soleh keranaMu
Kami mahu ke jalan-jalan SyurgaMu
permudahkanlah Ya Allah
berkat kami bersahabat dengan sahabat akhirat
kami aman di alam barzah
tidak dipukul dipalu sehingga Hari Kiamat
kerana sahabat akhirat kami
sentiasa membela kami
melindungi kami
dan dengan Rahmat KasihMu
di alam barzah roh kami tenang
setenang Air di Kali Syurga
maka dari itu Ya Allah
kurniakanlah kami sahabat akhirat
bersahabat di dunia
selamat dunia akhirat
tersimpul kasih suci murni di SyurgaMu
itu janjiMu
janjiMu benar
pasti benar!
aku yakin
seyakinNya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
HambaMu Yang Mahu Pulang Ke PangkuanMu,
16 Sya'ban 1438H
13 Mei 2017
(YA ALLAH JIKA ADA PAHALA KARYA YANG KUTULIS INI SAMPAIKANLAH PAHALANYA KEPADA KEDUA ORANG TUAKU DAN ROH SAHABATKU YANG MENINGGAL DUNIA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam Syurga-Ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
KITA BERSAHABAT UNTUK BERSAMA MENCARI JALAN-JALAN PULANG KE PANGKUAN-NYA
Wajahmu wajahku bersama memandang Wajah Allah Azzawajallah di Syurga Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin berkat persahabatan atas niat suci murni kerana -Nya.
Aamin YRA. Allahu Akbar..
Ya Allah ...redhakan persahabatan kami ini
Moga persahabatan kami seperti persahabatan ahli-ahli Syurga
Tiada akan ada kerapuhan kasih dan sayang
Semakin hari semakin sayang
Bukan semakin hari semakin rapuh
Tiada apa yang ingin kami fokuskan dalam persahabatan yang suci ini
Melainkan ingin mencari jalan-jalan pulang bertemu-Mu
Menyebarluaskan ilmu dunia akhirat agar hanya Engkaulah
Menjadi tumpuan semua hambaMu
Untuk Meng-AgungkanMu
Di sebilang masa dan ketika...
Ya Allah...Jauhkan kami...
Daripada segala yang membuatkan
Hatiku terluka
Hatinya terluka
Suburkan hati kami
Saling bekerjasama dalam
Melakukan segala kerja kebajikan
Yang Kau redhai tanpa ada niat sebesar zarahpun atas
Kerja kebajikan dilakukan
Biarlah kami tidak dikenali di dunia ini
Asalkan hanya Engkau sajahalah yang tahu
Biarlah sampai kami mati pun tidak diketahui
Kerana bukan nama untuk mempopularkan kami
Biarlah kami melenyap di bumi ini tanpa dikesan
Asalkan cita-cita kami untuk menjayakan perjuangan suci ini
Kau makbulkan...
Kami sepenuh yakin pertemuan kami ini adalah atas KehendakMu
Maka kami Syukuri dan hargai sehingga akhir nafas kami...
Kami tak mahu berpisah hanya kematian yang memisahkan kami
Andainya salah seorang di antara kami yang pergi dulu bertemuMu
Kami sebagai kumpulan persahabatan ini akan terus menerus
Menyambungkan perjuangan suci murni ini tanpa henti
Agar dapat diwariskan kepada generasi pelapis
Sehingga dunia ini sampai waktunya tamat
Ya Allah dengan niat persahabatan ini hanyalah keranaMu
Kerana mahu menuju jalan-jalan pulang bertemuMu
Kau simpulmatikan persahabatan ini
Dengan wangian cinta dari SyurgaMu
Agar sentiasa mewangi di hati kami
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Aamin YRA. Illahi anta maqsudi waredho kamatlubi.. Ya Tuhan hanya Engkaulah tujuanku dan hanya keredhaanMu yang sentiasa menjadi cita-citaku. Berkatilah persahabatan ini wahai kekasihku Yang Satu lindungilah kami didunia dan diakhirat.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Hakikatnya dengan persahabatan ini kita telah ditemukan sejak Azali lagi.
Sahabat Dunia Akhiratmu,
Ratu Rimba Niagara
16 Sya'ban 1438H
13 Mei 2017
AKU DICIPTAKAN UNTUKMU
Allah ciptakan aku untuk kamu syukuri
Allah ciptakan kamu untuk aku syukuri
sama-sama menghargai.
KurniaanNya persahabatan yang indah ini
sama-sama harumkan hati
semurni hati Syurgawi
sama-sama berjanji
merealisasikan
hasrat murni
mahu hidup dan mati
sentiasa Allah redhai
agar bila sampai saatnya nanti
dijemputi Ilahi
dalam jiwa dan roh yang tenang diredhai Ilahi
Aamiin moga Allah kabuli
doa ini
Subhanallah indahnya persahabatan ini
semuanya suci ikhlas kerana Ilahi.
Aku diciptakan untukmu,
Ratu Rimba Niagara
16 Sya'ban 1438H
13 Mei 2017
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam Syurga-Ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
8 tahun yang lepas
BIARLAH AKU BERALAH DALAM PERJUANGAN
Terima kasih rakan sastraku kerana sudi memahami
percayalah kita kan sentiasa bertemu karya di sini atau di mana-mana
yang Allah izinkan kerna kita bertemu karya bukanlah untuk berpisah karya...
kalau berpisah karya lebih baik kita tidak perlu berkenalan dari awal...
perkara yang paling kubimbang apabila berkawan dalam berkarya...
mulanya sama suka berkarya akhirnya sepi menyepi...
akhirnya bisu membisu seribu bahasa ...
sebelum aku terdera rindu...
biarlah aku beralah dalam perjuangan demi memberi laluan kebahagian rakanku berkarya....berkaryalah...berkaryalah semahumu...
kerna aku sentiasa sedar diriku siapa...
pujangga yang tak pandai berpuisi seperti rakan-rakan sastra yang hebat-hebat...
Karya Putri Rimba Niagara
13 Mei 2012
8 tahun yang lepas
KALAU BACA GURINDAM PUISIKU JANGAN DIHAYATI
Duhai kanda...
Napa tak nyenyak tidur...
Bukankah kanda berjanji pada dinda
Bahawa kanda akan nyenyak tidur
Bila udah baca gurindam puisi dinda
Kenapa dong nggak dipatuhi janjimu
Sekarang jangan salahkan dinda
Kerna dinda udah terus terang dari awal
Kalau baca gurindam jangan dihayatinya dong
Nanti terlebih faham jadi bingung kanda...
Sekarang ini siapa yang susah...
Maafkan dinda kerna udah menyesakkan jiwa kanda
Tolong fahami daku
Kumenulis berpandukan suara hatimu yang galau itu...
Karya Putri Rimba Niagara
13 Mei 2012
Komen
  • DITERIMA DALAM RAHMAT KASIH-NYA

    Sahabat napa ku terima kamu rakan fbku...

    kerna bahasamu bak penghuni Syurga
    hatimu mendatangkan iman
    mendekatkan aku pada Ilahi
    membuatkan aku tak terlalai dengan pesona dunia
    biarpun dunia menjanjikan keindahan
    tapi jalan-jalan ke Syurga-Nya
    yang kita dambakan
    moga bekalan kita
    ke destinasi pasti nanti
    tidak menghampakan kita
    diterima dalam Rahmat Kasih-Nya
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    Syukur Ya Allah Kau Kurniakan aku
    rakan fb sudi berkawan denganku kerana-Mu.

    Karya Putri Rimba Niagara
    13 Mei 2012
Tuliskan komen...

8 tahun yang lepas
SIMPONI NUR HIDAYAH KASIH-MU
Kasih...
Kau kata
Cintamu ke aku
Seperti simponi terindah
Lalu aku senyum
Senyumku berpelangi cinta
Hatiku yang mendung terus berpelangi cinta
Di mana-mana
Cinta...cinta....cinta...
Suatu ungkapan
Yang boleh menghidupkan segala yang suram
Hidup yang sepi... muram....suram
Terus ceria seperti bunga kembang pagi
Hari-hari ceria...ceria...ceria...
Seceria pelangi cinta
Indah dipandang mata
Indah di kalbu
Hari-hari berlagu rindu
Hari-hari berlagu kasih
Agar kasih tak tersisih
Saling cinta
Saling sayang
Saling memahami
Saling mengerti
Saling berbaik sangka
Tiada rasa terluka
Tiada rasa disakiti hati
Melainkan bahasa-bahasa Syurga
Yang membuatkan semua mendengar terasa
Tenang roh dan jasad
Hidup di dunia dirasakan di Syurga
Sedangkan Syurga adalah teramat indah
Daripada dirasakan di dunia ini
ALLAHU AKBAR
Syurga idaman semua yang mencintai-Nya
Cintakan-Nya mudah dilafazkan
Untuk buktikan...
Ramai yang gagal
Kerna ujian untuk buktikan cinta seikhlas-Nya
Terlalu hebat
Sehebat cinta-Nya
Jika kita jatuh cinta pada-Nya sekali
DIA akan balas bekali-kali tak terkira banyak-Nya
ALLAHU AKHBAR
Bila cinta-Mu wujud takkan hilang
Hingga KAU bawa ke Syurga-Mu
Memang benarlah KAU Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Kasihku dan amalanku yang terlalu sedikit
KAU balas dengan berganda-ganda banyak-Nya Ya Allah
ALLAHU AKHBAR
Malu aku Ya Allah
Syahdu hatiku
Betapa Kau
Maha Pengasih
Maha Penyayang
Tanpa Batas
Tanpa Had
Cinta-Mu pada hamba-Mu
Yang mencintai-Mu
Tanpa syarat siapakah status hamba-Mu itu
Asalkan ikhlas mencinta-Mu
Sanggup berkorban apa saja demi meraih cinta-Mu
Apa yang dibuat bukan mahu pandangan manusia
Tapi hanya mahu pandangan-Mu Ya Allah
Ya Allah kami semua mengaku sebagai hamba-Mu
Kami mahu taat pada semua perintah-Mu
Kami mahu kasih pada-Mu
Kami mahu cinta-Mu
Maka-Nya balaslah kasih dan cinta kami
Agar kasih kami tak KAU sisih
Agar kami tak menyesal setelah kami mati
Di dunia kami bertemu-Mu tika solat
Tika nafas terhenti roh kami diangkat bertemu-Mu
ALLAHU AKBAR
Saat betapa indahnya pertemuan di kala itu
Pasti hanya KAU dan HAMBA-MU saja yang tahu
Betapa indah-Nya Pertemuan di kala itu
Maka-Nya sebelum kami
Bertemu-Mu
Limpahkan Nur Hidayah Kasih-Mu
Pada kami hamba-Mu
Simponi Nur Hidayah Kasih-Mu
Mengajak
Semua hamba-Mu
Meng-Agungkan-Mu
Di sebilang masa dan ketika
Agar roh dan jasad
Kami tertabiyah
Untuk menuju jalan-jalan
Nur Hidayah Kasih-Mu
Selagi hayat di kandung badan
Perkenankanlah Ya Allah
Perkenankan hajat-hajat kami
Untuk menuju jalan-jalan ke Syurga-Mu
Aaamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Mei 2012
8 tahun yang lepas
BUKAN KU TAK SUDI MEMBALAS RINDUMU
Terima kasih temanku kerna
Sudi membaca karyaku
Di kala tiada yang sudi membaca karyaku
Ditulis sepenuh kasih sayang setulus ikhlas di jiwaku ini
Sejujurnya kukatakan padamu
Bukan ku tak sudi terima rindumu itu
Tapi sudah menjadi satu kesumpahan dalam hidupku
Jika aku membalas rindu
Pastinya rinduku akan disepikan
Di ombak rindu buat selamanya
Makanya menangislah aku
Dalam penantian penuh hampa dalam duka
Makanya aku tak tega begitu
Disepikan tanpa relaku...
Nanti sudahlah disepikan
Malah menjadi beban rinduku pula
Makanya aku tak mahu menanggung beban rindu yang tak tertanggung...
Kerna bila hatiku sudah kasih dan sayang kerana-Nya
Hanya maut memisahkan rinduku...
Harap kau mengerti kenapa aku tak membalas rindumu
Duahai temanku...
Aku tak tega kehilanganmu
Aku tak tega kehilangan puisi-puisimu yang menyegarkan imanku
Puisi-puisimu adalah bunga-bunga cinta Syurga untukku menuju
Jalan-jalan ke Syurga-Nya
Karya Putri Rimba Niagara
13 Mei 2012
8 tahun yang lepas
IBU WANGIAN CINTAMU BAGAIKAN BAUAN SYURGA
Diucapkan selamat hari ibu ,
Kepada ibuku tersayang;
Kami adik beradik menyayangimu,
Dunia akhirat tetap di sayang.
Dalam kandungan ibu berdoa,
Agar dikurniakan anak soleh soleha;
Bersyukur ibu melahirkan cahaya mata,
Seorang bayi yang amat sempurna.
Ibu berkorban nyawa membesarkan anak,
Besarkan anak tanpa harapkan balasan;
Kecilkan hati ibu berdosanya anak,
Di akhirat nanti mendapat balasan.
Anak dipelihara bersama ibu dan bapa,
Dididik dijaga dengan penuh kasih sayang;
Jerih payah ibu pelbagai rupa,
Namun sabar demi kasih dan sayang.
Biarpun penat tidak mengapa,
Asalkan anak semuanya terjaga;
Kebahagian anak ibu berdoa,
Moga ibu tempatnya di Syurga.
Derhakaku ibu kejamnya aku,
Kecilkan hatimu bukan kusengaja;
Sudah lumrah manusia begitu,
Moga Allah memberi hidayah sentiasa.
Bukan mahuku jadi anak derhaka,
Pengaruh kawan buatku begini;
Menagih mengedar dadah buatku celaka,
Lupakan nasihat ibu penjaraku di sini.
Kekhilafanku buat ibuku berair mata,
Berdoa ibu agar aku dilepaskan;
Menangis aku hingga bengkak mata,
Tapi kesalahanku tak akan dilepaskan.
Malunya aku berdepan dengan ibu,
Ke mana pergi tanganku bergari;
Sedihnya aku mencium dahi ibu,
Maafkan aku ibu membuatmu begini.
Biarpun aku jadi begini,
Namun ibu tetap kasihkan aku,
Ku salahkan diriku sendiri,
Kerana tak menghargai kasih ibuku.
Hidup di penjara amat memilukan,
Terkenang-kenangkan ibu dalam kerinduan;
Lukakan hatimu kutangis dalam sendan,
Penyesalan yang tak sudah aku kesalkan.
Kalau diulangkan masa mahu aku berubah,
Menjadi anak soleh sukakan hatimu ibu;
Tentu aman bahagia iman yang teguh,
Seteguh kasih sayangmu kasih sayangku.
Apa nak buat masa tak boleh diulang,
Aku tidak boleh membetulkan masa;
Moga anak di luar sana cari jalan pulang,
Pulang ke pangkal jalan demi hidup bahagia.
Hidup bahagia bersama ibu tercinta,
Balaslah kasih sucinya ibu;
Peluk ciumnya sebagai balasan cinta,
Pasti pilu dalam bahagia hati ibumu.
Apabila sudah jadi begini salah diriku,
Bukan salah ibu mengandung;
Aku yang khilaf mengikut nafsu,
Kejamnya aku membuat ibuku malang.
Bilamana ibuku berkunjung melawatku,
Aku dipeluk cium melepas rindu;
Kumenangis dalam syahdu,
Kutatap wajah ibu teramat pilu.
Aku menangis dalam sendu,
Ibu menangis dalam pilu;
Maafkan aku wahai ibuku,
Moga Tuhan merahmati hidupmu.
Ibu mengelap air mataku mengalir deras,
Ibu pujukku supaya bersabar;
Tabahnya hati ibu ku diambil tindakan tegas,
Ibuku tetap terimaku dengan sabar.
Masa berpisah amat memeritkan perasaan,
Bagaikan tersayat hatiku dalam luka;
Ibuku menangis penuh ihsan,
Dua beranak berpisah dalam cinta terluka.
Ibu oh! Ibu kusayang ibu,
Halalkan makan minumku;
Biarpun setitis air susumu ,
Doakan Allah terima taubatku.
Ibu oh! Ibuku tercinta,
Kasih sayangmu kuingat hingga ke mati;
Wangian cintamu bagaikan bauan Syurga,
Hingga hujung nyawa cintamu tetap diingati.
Karya: Putri Rimba Niagara
13 Mei 2012
(DIILHAMKAN BERSEMPENA HARI IBU )
8 tahun yang lepas
MOGA ADA NILAIAN CINTA DI SISI-NYA
Salam ukhuwah puisi untuk mu sahabatku yang disanjungi
Terima kasih kerana sudi membaca karya hamba
Moga tak jemu membaca dan sudi berpuisi bersamaku
Mana tahu berkat sama-sama berbagi ilmu pujangga ini
Semua di grup ini berpujangga bersama berbahasa
Nan indah-indah
Dirasakan seperti di alam pelangi cinta
Dan di wajah kalbu akan sentiasa ceria
Ceria dalam bahagia
Ceria dalam nikmat syukur yang diKurniakan-Nya
Tidak hentinya idea-idea
Selagi ada nafas selagi itulah ada idea
Selagi ada idea selagi itulah ada karya pujangga....
Biarlah orang kata pujangga perasan sendiri asalkan
DIA tahu nawaitu kita....
Bukan untuk berbangga diri...memburu nama...
Memburu habuan dunia...
Yang ada mohon Allah Azzawajallah
Meredhai dan Merahmati hidup dan mati kita nanti...
Moga karya pujangga kita ada Nilaian Cinta Di Sisi-Nya...
Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Mei 2012
Komen
  • Irma Sri Kabulatirin Wahai sahabat ku...
    Aku yg sedang dirundung duka selalu...
    Tak pelak lagi...

    Puisi2 hatiku tenggelam....
    Tenggelam dalam laut duka nestapa....
    Ingin rasanya kurobek2 kitab suratan takdirku.....
    Andai aku tak takut masuk neraka....
    Kusudahi semuaaa....
    Lelah aku Rabeah....
    1
  • Allahu Akhbar!
    Ya Allah Kau selamatkanlah sobatku ini
    Terlalu terseksa dia hinggakan dia

    Sanggup merobek kitab suratan takdirnya
    Allahu Akhbar
    Ya Allah selamatkan
    Sobatku kerna dia berani masuk neraka-Mu
    Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!
    Ya Allah...kumerayu pada-Mu
    Tolong selamatkan sobatku...tolonglahkan sobatku Ya Allah
    Begitu berani dia mahu masuk neraka-Mu
    Kerna dia mahu sudahi semua penderitaan yang tak tertanggung
    Katanya dia bukanlah hamba-Mu yang durhaka pada-Mu
    Hingga Kau uji sebegini hebat
    Lagi dia mahu membuat kebaikan lagi Kau uji...
    Hinggakan dia Kau uji hingga dia tak bertaan lagi dengan
    Ujian-Mu itu Ya Allah

    Duhai sobatku yang tersanjung di hati
    Sabarlah Irma...
    Mungkin aku tak dapat merasai derita ujian dari-Nya
    Yang kau alami saat ini
    Tapi percayalah Tuhan sayangkan kau
    Dari hamba-Nya yang lain maka kau
    Diuji sebegini hebat

    Tahukah kau Allah tidak akan menguji hamba-Nya
    Melainkan dengan kemampuan hamba-Nya
    Menanggung ujiaan tersebut
    Dialah Tuhan Yang Maha Bijaksana Irma Sri Kabulatirin
    Makanya janganlah dipertikaikan Kebijaksanaan-Nya

    Jika kau sabar dan tidak mengeluh kesah
    Insya-Allah Syurga sebagai balasan dari-Nya Irma...

    Tapi jika kau begitu berani
    Untuk masuk neraka-Nya...
    Kerana tak tahan diuji
    Matilah kau dalam penuh kehinaan
    Apa yang kau alami itu itulah
    Bunga-bunga azab neraka-Nya
    Nauzubillah !
    Dan jika kau sabar ...itulah bunga-bunga Syurga

    Sobat ....
    Istifar banyak-banyak
    Moga rahmat Allah datang padamu
    Agar dapat menenangkan
    Roh dan jasadmu di kala ini
    Boleh tak kau berjanji denganku
    Kau bersabar dengan dugaan ini
    Katakan pada dirimu banyak-banyak kali,
    "Allah sayangkan aku...Allah cintakan aku
    Kerna itu Allah uji aku...Allah uji aku kerna
    Dia tahu aku boleh menghadapi ujian ini..."
    Katakan ulang...ulang...kali Irma...
    Biar jadi sebati dalam imanmu
    Agar tak bisa dirobek-robek lagi imanmu
    Agar bila kau hidup dalam keredhoan Allah
    Bila kau mati pun dalam keredhoan Allah
  • Irma Sri Kabulatirin Bagaimana aku akan bersabar wahai sahabatku.
    Sekian banyak bagian tubuhku sakit berbulan bulan...
    Kini syaraf dikepalaku...menekan syaraf mataku....

    Hingga mataku buram karenanya...
    Dokter bilang tak ada masalah dengan mataku...
    Hanya ketegangan syaraf mengganggu bola mataku....
    Aku takut butaaaa....sahabat....
    Aku takut butaaaa....
    Kau dengarkah jeritanku....
    Allah singkirkan...anak...menantu...cucuku....saudara2 ibu bapaku....saudara almarhum suamiku.....
    Lalu apalagi yg bisa kupertahankan....
    Wahai Rabeaaaaahhhh....
    1
  • Kau cuma mempertahankan imanmu saja Irma...
    Biarlah semua dunia ini menyingkirkan mu
    Asalkan Allah tidak menyingkirkan mu Irma Sri Kabulatirin

    Allah mengikut prasangka hamba-Nya
    Makanya berperasangkalah yang baik-baik
    Moga Syurga menunggumu
    Berkat kau berperasangka baik pada-Nya
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin
  • Irma Sri Kabulatirin Kadang kuraih mati...namun mati malah lari meninggalkan aku...
    Hidup dan matiku...menjadi saksi kebesaran Nya...
    Sedetik aku Islam, kadang sedetik aku kafir...

    Hanya dua kalimat syahadat selalu ku ulang2....
    1
  • Moga kalimat syahadat itulah yang disebut hingga kehujung nyawamu nyawaku dan nyawa semua
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    1
  • Irma Sri Kabulatirin Bagaimana aku bisa menjadi muslim yg pantas...
    Padahal tiap hari kuminta syafa'at Nabi jungjunan...
    Bagaimana aku bisa selama ini aku mendholimi diriku sendiri...

    * Do'a Nabi Yunus *
    Andai bukan Allah, lalu siapa yg akan menyelamatkan aku....
    1
  • Tiada siapa yang boleh menyelamatkan mu Melainkan Allah Azzawajalla
    Dialah yang menciptakan alam ini dan semua yang ada di alam semesta ini


    Janganlah kau tanya lagi soalan yang boleh memesongkan iman
    Kerana ku takut Alllah murka denganku atas jawapan yang kuberi tidak menepati kehendak-Nya
  • Irma Sri Kabulatirin * Hatiku masih kalut Rabeah...
    Biarkan aku menghela nafasku...
    Kadang nafasku tak terdengar di stetoskop dokterku...

    Sampai2 dia bilang jangan tahan nafas...
    Padahal aku sedang bernafas Rabeah....
    Semoga aku menjadi aku yg sebenar2 aku...
    Menyatu lahir dan bathin...
    1
  • Apabila Jasad Mendapat Nur Ilahi

    Roh salahkan

    jasad kerana
    tersasar dan tersesat
    daripada jalan lurus
    yang ada dalam
    surah Al-Fatihah.

    Sepanjang roh bersama
    hayat jasad di muka
    bumi ini jasad tidak
    mahu menuruti kehendak roh
    yang mahu jasad seiring
    dengan kehendaknya
    tapi
    ada saja pertentangan
    antara jasad dengan roh.

    Roh terpenjara dalam
    dosa yang diciptakan
    jasad
    lagi banyak dosa
    yang dilakukan jasad
    roh merintih dalam
    duka yang berpanjangan.

    Raja iblis mentertawakan roh
    kerana usaha roh gagal dalam
    mengawal jasad derhaka
    ‘Jasad itu cuma dalam
    perhatian aku saja
    dia akan sentiasa menuruti
    kehendakku, dia dalam
    genggaman aku!’
    Egonya raja iblis itu.

    Roh terbelenggu dalam
    kekakuan dan ketakutan
    yang amat sangat dengan
    azab dari Allah yang akan
    ditimpakan ke atasnya
    nanti pasti!
    Di dunia telah dirasai
    betapa azabnya!
    Inikan di akhirtat!

    Sekarang rasakan
    nyalaan api neraka ini?
    Teriakan suara yang amat menggerunkan jasad.
    Panas! Panas! Sakit! Sakit!
    jerit jasad ketika hendak dihumbankan
    ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

    Syukur Alhamdulillah bermimpi
    rupanya jasad.

    Jasad telah mendapat
    Nur Illahi
    Jasad tidak lagi menyeleweng
    dengan kehendak roh
    mereka seiring sekata
    menjadi sahabat yang paling
    akrab sebagai khalifah di muka
    bumi ini.

    Di pagi Jumaat
    yang syahdu itu
    jasad mengucapkan
    kalimah suci
    Laillahaillah.

    Roh tenang ketika
    meninggalkan jasad
    yang berwajah
    disinari
    Nur Illahi.

    Karya: Putri Rimba Niagara
    13 Mei 2012
  • Irma Sri Kabulatirin * Lailaha ila anta subhanaka ini kumtum minadhdholimiin *
    Semoga do'a itu menolongku Rabeah...
    Aku dengan jujur sdh mendholimi diriku sendiri.
    1
  • Penawar Roh

    Roh itu muram

    menangisi nasib diri
    menyesali yang empunya diri
    yang masih terleka dan terlalai
    tentang masa dan peluang
    yang dilepaskan tanpa
    menghitung usia berlalu pergi.

    Izrail mengintai-ngintai roh yang suram
    menunggu perintah dari Maha Pencipta
    roh dan jasad.

    Yang empunya diri masih tidak
    mahu merebut peluang
    untuk pulang ke pangkal jalan!

    Yang empunya diri ingatlah
    masa terlalu suntuk untukmu
    pintu taubat terbuka untukmu
    peluang sentiasa menantimu
    rebutlah peluang selagi
    nafasmu ada!

    Berazamlah merebut segala cahaya
    yang menerobos masuk ke tubuhmu
    tanpa ada halangan yang berpunca
    dari kejahilan yang empunya diri.

    Cahaya hidayah datanglah pada
    yang empunya diri yang sudah
    pulang ke pangkal jalan
    dan inilah penawar roh
    yang suram!

    Karya: Putri Rimba Niagara
    13 Mei 2012
  • Irma Sri Kabulatirin Aamiin, semoga para Malikat ridho membantuku..
    Membimbingku ke jalan Nya..atas ridho Nya jua.
    Aamiin...semoga saja Rabeah...
    1
  • Kita bertemu dan berpisah kerana Allah moga Allah merahmati kita dunia akhirat . Insya-Allah Aamiin.


HARAP SUDI MENJADI RAKAN SASTRAKU HINGGA TERHENTI
NAFAS TERHENTILAH PENA
Duhai sahabatku yang tersanjung di hati...
Saat aku ingin menjadi sahabat yang paling setia di dunia ini
Pada semua sahabat-sahabatku
Mereka dengan mudah menghancurkan harapanku
Aku kecewa bukan sekali ...terlalu banyak kali
Hinggakan aku tidak yakin adakah akan wujud sahabat
Yang memahami aku
Yang tak akan pernah membuat hatiku terguris luka
Kadang kala mahu saja aku bisukan tintaku ini...
Jika itu boleh membahagiakan hati sahabatku...
Tapi mana bisa mungkin aku bisukan pena ini...
Sastera adalah duniaku
Karya adalah anugerah yang tak ternilai harganya dari Tuhanku
Aku bersyukur dengan Kurniaan dari Tuhanku
Aku bersahabat dengan mereka
Yang hanya boleh terima karyaku
Jika kerna aku berkarya
Membuatkan mereka sakit hati....
Itu bukanlah matlamatku
Untuk berbangga diri
Itu pun bukan sikapku
Kerna aku bukan
Tergolong dalam orang yang bijak pandai
Kalau pandai daripada kaca mata mereka
Itu semua daripada Kurniaan Tuhanku
Jadinya tak perlu risau
Apa kelebihan yang Allah Kurniakan padaku
Ada juga pada mereka tapi dalam bentuk berbeda
Allah itu kan Maha Adil pada setiap hamba-NYa
Cuba kita fikir sedalam-dalamnya
Pasti kita akan dapat jawapannya
Dan kita tidak akan rasa cemburu
Malah saling menghargai
Yang penting kita bersahabat
Saling muhasabah diri
Sama-sama mencari
Bekalan untuk dibawa pulang ke negeri abadi
Mana tahu berkat usaha kita yang tidak pernah
Berputus asa percaya Kewujudan Allah SWT
Dan dengan kepercayaan itu kita berlumba-lumba
Mempersiapkan amalan seikhlas kerana-Nya
Hidup dan mati kita diredhoi Allah Aamin
Ikatan persahabatan kita dapat diteruskan
Hingga ke Syurga-Nya. Insya-Allah Aamin
Tapi hingga saat ini....aku kecewa sesangat
Dengan para sahabatku...
Mulanya bersumpah setia untuk setia
Akhirnya melupakan kesetiaan yang pernah dilafazkan
Aku tersiksa kini kenapa mereka setega itu padaku...
Sedangkan aku dan mereka tak pernah bertemu...
Mendengar suara di telefon pun tidak
Cuma sekadar rakan fb....
Itu pun sekadar karya saja yang bersiaran...
Sudah boleh membuatkan rakanku berjauh hati denganku
Kenapa ... aku benar kaget
Apakah salah aku selalu menyiarkan karya
Membuatkan rakan-rakanku sakit hati?
Aku menulis bukan
Mengata orang
Menfitnah orang
Merendah-rendahkan kebolehan mereka
Yang kutulis semuanya
Mengenai
Ketuhanan
Kerohanian
Kemanusiaan
Ketabahan
Berkasih sayang kerana-Nya
Kalau kerana aku berkarya membuatkan mereka sakit hati padaku
Terpulanglah...aku pun sudah redho dengan perpisahan ini dan
Aku sudah pun memaafkan mereka tentang apa yang mereka lakukan padaku.
Jika ada di antara mereka yang tidak dapat kuterima menjadi rakan fbku...bukan aku tidak mahu terima...tapi aku hanya terima mereka yang 100 pratus memberi kerjasama denganku dan menyokong dunia karyaku disamping berbagi ilmu dunia akhirat.
Rakan fbku terlalu terhad...jika mana yang tak aktif terlebih dahulu aku mohon dimaafkan....dunia akhirat...
Biarpun tidak menjadi rakan fb....kita masih lagi sahabat dan tidak akan terputus ikatan talisiraturrahim....jika sudi doakan aku duhai rakan yang pernah menjadi rakan fbku dan maafkan aku dan sudilah memahami dunia karyaku....Janji ye kita tetap sahabat...andai kata diizinkan Allah SWT jumpa di alam realiti ...kita akan berjabat tangan tanda talisiraturrahim kita tidak pernah terputus...
UNTUK MENJADI HAMBA-NYA YANG BAIK
AKAN DIDUGA-NYA MAKANYA KESABARAN PALING PENTING
SALING MEMAAFKAN ADALAH TERBAIK
AKAN TENANGLAH JIWA
Itulah kisah yang ingin kusampaikan padamu duhai sahabat sastraku...moga kau sudi menjadi rakan fbku yang setia dan sudi memberi sokonganku sedaya mampumu agar aku dapat berkarya sehingga terhenti nafas terhentilah pena.
Karya : Putri Rimba
12 Mei 2012
23 REJAB 1436H
12 MEI 2015
Sociedad Argentina de Horticultura sedang bersama Khalequzzaman Saikat dan 36 yang lain.
Buenos días amigos de SAH!
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
            
                                                              
20 Ramadan 1441H
  13 Mei   2020 

0 comments:

Post a Comment

 
;