Saturday, 16 May 2020

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (381) SELAMAT HARI GURU


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (381)  SELAMAT HARI GURU

PANTUN SELAMAT HARI GURU
Selamat menyambut Hari Guru,
Ucapan daripada muridmu untuk guruku;
Hingga kini terkenang budi baikmu,
Ilmu diajar rasa tak jemu.
Guru penyayang murid disayang,
Baik hatimu hingga kini kukenang;
Dikau mengajar terkenang-kenang,
Dalam peperiksaan jawapan terbayang-bayang.
Kuberi hadiah untuk guruku tersayang,
Bila mengajar penuh kasih dan sayang;
Budi baikmu takkan hilang,
Akan kubuktikan menjadi murid cemerlang.
Hari guru disambut penuh keceriaan,
Telatah guru murid terhibur;
Hadiah istimewa untukmu kuberikan,
Acara penyampaian semua teratur.
Guru kreatif murid tak bosan,
Apa diajar didengar difaham;
Pulang ke rumah mengulangkaji pelajaran,
Ibubapa melihat teramat kagum.
Suasana bilik darjah penuh ceria,
Dihias dengan lukisan kreatif;
Murid belajar berlumba-lumba,
Kerana semuanya berminda positif.
Suasana belajar amat menyeronokkan,
Guru kreatif murid positif;
Apa diajar semua difokuskan,
Impak pembelajaran guru kreatif.
Murid diajar beradap sopan,
Saling hormat menghormati asas perpaduan;
Tiada tercicir dalam pembelajaran,
Kerana itu satu kebanggaan.
Guru cemerlang murid terbilang,
Itulah cita-cita Menteri Pelajaran;
Apa diajar takkan hilang,
Kecemerlangan murid jadi tumpuan.
Murid bermasalah guru pening kepala,
Guru bermasalah murid yang rugi;
Kehidupan baru kini bermula,
Murid berjaya berpelajaran tinggi.
Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.
Pergi ke sekolah menuntut ilmu,
Ilmu itu pelita hati;
Menuntut ilmu janganlah jemu,
Masa depanmu bersinar nanti.
Apabila belajar bersungguh-sungguh,
Kerana itu amalan mulia;
Banyak ilmu janganlah megah,
Sifat riak membawa binasa.
Murid berdisplin guru gembira,
Sekolah lahirkan murid cemerlang;
Sukanya hati tidak terkira,
Kerana muridku terus gemilang.
Murid ponteng amatlah rugi,
Pelajaran tercicir masa depan gelap;
Suka ponteng jangan diulangi,
Dalam peperiksaan tidak tersilap.
Indah sungguh suasana sekolah,
Burung berkicauan di waktu pagi;
Suasana sekolah sungguh meriah,
Keceriaan sekolah patut dipuji.
Guru besar kreatif sekolah cemerlang,
Murid ke sekolah penuh keazaman;
Setiap tahun sekolah cemerlang,
Gemilang murid itulah idaman.
Persatuan Ibu Bapa Guru bersatu hati,
Usaha melahirkan pelajar cemerlang;
Setiap cadangan akan direalisasi,
Agar murid terus gemilang.
Sekolah pencetus ilhamku,
Galakan guru pembakar semangatku;
Akan tersemat nasihat di hatiku,
Moga bahagia hidupmu hidupku.
Guru Pembina Negara Bangsa,
Murid pencetus ilham guru;
Jasamu guru kuingat setiap masa,
Perpisahan nanti buat kuterharu.
Guruku sayang muridku sayang,
Ku di sini mengajar penuh kasih sayang;
Moga dikau menjadi pelajar cemerlang,
Impaknya nanti Negara terus gemilang.
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Mei 2020
(Bersempena Sambutan Hari Guru)
PUISI GURU PENYAYANG MURID DISAYANG
Guruku sayang…
Aku amat terhutang budi padamu,
Kau mengajar aku tentang…
Kehidupan…
Kehidupan yang semuanya
berpaksikan ilmu.
Tanpa tunjuk ajarmu…
Aku bagaikan burung patah sayapnya…
Kapal hilang nakhodanya…
Hidup bagaikan gelap-gelita.
Guruku sayang…
Ajarlah aku…
Nasihatkanlah aku…
Pimpinlah aku ke jalan benar …
Agar aku tidak terkapai-kapai
lemas di atas kejahilanku sendiri
tidak berminat menuntut ilmu.
Mulai hari ini aku berazam
menjadi murid cemerlang dan terbilang!
Itulah janji aku! Itu sumpah aku padamu guru!
Terima kasih guru…
Di atas segalanya!
Tanpa mu siapalah aku!
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Mei 2020
(Bersempena Sambutan Hari Guru)

Teks Ucapan Hari Guru 2020

TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA
HARI GURU 2020
“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
1. Apa khabar semua? Saya harap saudara saudari sihat wal afiat.
2. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan rahmat-Nya kita dapat meraikan sambutan Hari Guru pada hari ini. Saya ingin merakamkan ucapan setulus penghargaan kepada semua warga pendidik di seluruh Negara atas segala jasa dan pengorbanan anda semua mendidik anak bangsa dan menyumbang kepada kemajuan Negara.
3. Tema hari guru pada tahun ini ialah “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”. Tema ini memberi penekanan terhadap peranan penting guru dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4. Sedar atau tidak, kita telah melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama dua bulan. Ini bermakna dua bulan jugalah cikgu tidak dapat ke sekolah berjumpa dengan murid. Saya percaya sekarang ini ramai cikgu yang rindu untuk kembali semula ke sekolah dan bersua muka dengan anak murid masing-masing.

5. Biasanya, hari ini sekolah akan meriah dengan pelbagai aktiviti sambutan Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat yang amat besar maknanya kepada semua yang bergelar guru. Saya pasti whatsapp, twitter atau instagram cikgu dihujani dengan mesej ucapan Selamat Hari Guru.
6. Namun, pada tahun ini suasana sambutan Hari Guru jauh berbeza. Ini kerana kita masih lagi menangani penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna hari istimewa untuk guru tidak dapat diraikan. Sumbangan, jasa, bakti dan pengorbanan para guru selama ini tidak akan pernah dilupakan, bahkan akan terus dihargai dan tetap subur dalam hati sanubari kita semua.
Saudara saudari yang saya kasihi,
7. Penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah amalan pendidikan di negara kita. Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dijalankan secara bersemuka. Sebaliknya, guru menggunakan pelbagai kaedah lain untuk berhubung dengan pelajar.
8. Ramai yang menggunakan aplikasi dalam talian seperti Google Classroom, cikgooTUBE dan Zoom untuk melaksanakan pembelajaran di rumah atau home- based learning. Tidak kurang juga cikgu yang menggunakan Whatsapp dan Telegram. Saya diberitahu, ada juga cikgu yang menyampaikan latihan sukan secara online.
9. Namun saya sedar bahawa masih ada kekangan dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian di rumah kerana tidak semua murid mempunyai akses internet yang baik. Ramai juga yang tidak memiliki peranti yang sesuai. Untuk pelajar dalam kumpulan ini, saya tahu cikgu telah menggunakan pelbagai kaedah lain. Sebagai contoh, ada yang mencetak soalan untuk kerja rumah murid dan bekerjasama dengan PIBG bagi menghantar soalan ke rumah murid. Saya amat terharu dan sangat menghargai kesungguhan para guru dan ibu-bapa kita.
10. Setelah dua bulan sekolah ditutup, saya percaya ramai yang bertanya, bila sekolah akan dibuka? Sepertimana yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka. Ini bergantung kepada nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
11. Apabila sekolah dibuka nanti, untuk permulaan, kita berikan keutamaan kepada murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM untuk ke sekolah dahulu. Ini untuk memastikan SOP mengenai penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi. SOP ini meliputi prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, sususan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain.
12. Selain itu, proses pendigitalan dengan menggunakan platform dalam talian atau pembelajaran maya akan terus diperkasa. Saya percaya pembelajaran maya adalah masa depan dalam pendidikan. Jadi, saya menyeru kepada guru-guru supaya mendalami kemahiran pengajaran secara atas talian dan home-based learning yang merupakan kebiasaan baharu dalam bidang perguruan.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
13. Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada guru- guru yang telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
14. Tahniah saya ucapkan kepada Cikgu Abd Rahman bin Ali dari SMK Jenjarom. Beliau merupakan Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kebangsaan 2017, Ikon STEM Kebangsaan 2018, MIE Expert Malaysia, Global Minecraft Mentor dan peserta Global Education Exchange Microsoft Sydney Australia 2020. Beliau mencapai kedudukan kelima teratas Cikgu Juara Digital Mydigitalmaker Kebangsaan 2020.
15. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Lee Saw Im, guru mata pelajaran Kimia dari SMK Seri Bintang Utara yang telah berkhidmat selama 30 tahun. Beliau telah menerima Global Teacher Award 2019 dan pernah dinobatkan sebagai pemenang “Best Science Teacher in South East Asia.” Tahniah Cikgu Lee.

16. Saya juga mengucapkan syabas kepada Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib dari SMK Jerlun, Ayer Hitam, Kedah. Beliau merupakan finalis untuk “Global Teacher Prize 2020.” Cikgu Norhailmi adalah seorang guru yang inovatif dalam menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan platform digital.
17. Tahniah juga saya ucapkan kepada Cikgu Samuel Isaiah dari SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang yang juga turut disenarai pendek untuk Global Teacher Prize 2020. Saya diberitahu pendekatan pengajaran Cikgu Samuel telah berjaya meningkatkan pencapaian murid di sekolah beliau yang terletak di luar bandar.
18. Hasil penat lelah para guru kita juga telah menghasilkan ramai anak murid yang Berjaya, seperti adik Izzah Amzan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil. Adik Izzah merupakan Gimnas Kebangsaan yang memenangi 2 pingat Emas dan 1 Perak di Temasya Sukan SEA 2019 di Filipina. Saya juga berbangga dengan pencapaian Pasukan Vincera dari SMK King George Kelima, Negeri Sembilan yang menjadi Naib Juara, Land Rover 4×4 in Schools Technology Challenge, World Finals 2019, di UK.
19. Saya juga gembira mengetahui kejayaan adik Nathanael Lim Yee Ning, Ling Guan Yee dan Ling Yan Ru dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kai Ming dan Sekolah Kebangsaan St. Anthony, Bintulu yang memenangi pingat emas pada pertandingan inovasi Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta, Harta Intelek Antarabangsa 2020. Tahniah saya ucapkan kepada anda semua.
20. Saya percaya ramai lagi anak-anak kita yang mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang yang tidak dapat saya sebutkan di sini satu persatu. Mereka adalah harapan kita semua. Saya doakan mereka diberikan kejayaan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
Saudara-saudari yang saya kasihi,
21. Saya ingin menyentuh sedikit mengenai pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Saya terlibat dalam merangka pelan ini ketika menjadi Menteri Pendidikan dahulu. Pada ketika itu kita amat bimbang dengan pencapaian pendidikan di negara kita yang dikatakan berada dalam kelompok satu pertiga terbawah atau the bottom third dalam penarafan sistem pendidikan di peringkat antarabangsa.
22. Hari ini saya berasa agak lega dan gembira kerana hasil kerja keras para guru melaksanakan pelbagai inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, negara kita telah berjaya melangkah keluar daripada kelompok satu pertiga terbawah. Pencapaian murid kita dalam ujian PISA bagi mata pelajaran Matematik telah meningkat daripada 421 mata pada tahun 2012 kepada 440 mata dalam tahun 2019. Pencapaian murid kita dalam mata pelajaran Sains juga telah meningkat daripada 420 mata pada tahun 2012 kepada 438 mata pada tahun 2019. Tahniah saya ucapkan kepada guru-guru kita semua.
23. Walau bagaimanapun, pencapaian negara kita secara keseluruhannya masih berada di bawah paras pencapaian purata negara-negara OECD. Ini menuntut guru- guru kita supaya melipat gandakan lagi usaha untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara kita agar setanding dengan kualiti pendidikan di peringkat antarabangsa. Saya tahu usaha ini akan memakan masa. Kerana itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dirangka untuk dilaksanakan dalam tempoh 12 tahun, iaitu bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Kita ada lima tahun lagi untuk melonjakkan kualiti pendidikan di negara kita supaya berada dalam kategori sepertiga teratas atau the top third dalam penarafan kualiti sistem pendidikan antarabangsa. Saya percaya dengan semangat, komitmen dan dedikasi para guru semua, kita akan berjaya mencapai matlamat ini.
24. Sepertimana biasa sempena sambutan Hari Guru pada setiap tahun kerajaan akan memberi penghargaan kepada tokoh guru. Pada hari ini, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan.
25. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Nor Hainei binti Abu Bakar mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor yang telah dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Aminudin bin Adam, mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi) yang telah dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan.
26. Anugerah ini merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa. Saya berharap anugerah ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua warga pendidik untuk terus bekerja keras dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita.
Emas merah dari Palembang
Empat penjuru cantik selia
Seluruh negara ilmu berkembang
Kerana guru kita mulia
Kasa bermutu tenunan benang
Pusaka moyang warisan bonda
Jasa guru sentiasa dikenang Menjulang
bangsa gemilang negara
27. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan anda semua dalam mendidik anak bangsa kita.
“Terima kasih cikgu!”
Wabillahi al-taufik wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Happy Birthday My Hero Tan Sri Muhyiddin Yassin🎂🎉💐🎊❤️🎈🎁🍫🍭

Sedaif ini pun mereka tahu bersyukur...jauh sekali tahap syukur kita pada Ilahi dengan berbagai alasan untuk tidak bersyukur. Allahu Akbar ampunkan kami Ya Allah.
1 tahun lepas

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri
Khalifah Media Networks sedang bersama Syukri Pondoklistrik.
Allahu sebak min tengok gambar ni... Semoga Allah jadikan kita umat yang bersyukur. Aamin.. 😢😢😢😢😢
HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                 
                                                              
23 Ramadan 1441H
16 Mei   2020 

0 comments:

Post a Comment

 
;