Wednesday, 12 August 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (171) MADAH PUJANGGA LUAHAN RASA

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (171) MADAH PUJANGGA LUAHAN RASA
PADA HARI INI
2 tahun yang lepas
Tiada penerangan foto disediakan.
Buongiorno 😘
Lihat Terjemahan
Kongsi
PADA HARI INI
3 tahun yang lepas
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Jika saya tak bangkit dari kejatuhan pasti pelangi indah yang saya impikan hanyalah tinggal mimpi yang tak akan jadi kenyataan.




PADA HARI INI
8 tahun yang lepas
2
3 Komen
Kongsi

Komen

  • amin n amin mohon maaf bila silaturahmi secara terbuka taklah sampai tp dgn keihklasan hati kusampaikan diantara kata ampun didunia maya mat aidil fitri buat kanda n kel disana
    1
    • Suka
    • Balas
    • Lihat Terjemahan
    • 8t

  • SALAM AIDILFITRI DARIPADA PUTRI RIMBA NIAGARA
    WALAUPUN CUMA ALAM MAYA AMAT BERARTI PADA HAMBA DI RIMBA INI...TERLALU BERHARGA LEBIH BERHARGA DARIPADA PERMATA BERHARGA. SETIAP RAKAN ALAM MAYA ADALAH PERMATA HATIKU. PERMATA ANUGERAH ALLAH SWT UNTUK AKU SYUKURI. DITEMUKAN BUKAN UNTUK BERPISAH TAPI UNTUK SALING
    BERBAGI ILMU DAN BERKOMUNIKASI YANG INDAH-INDAH MENGUNDANG NUR HIDAYAH KASIH-NYA
    ITULAH HIKMAH DI SEBALIK PERTEMUAN INI. MAKANYA YANG SEPI DAN TERUS MENYEPI HAMBA TAK TEGA
    MAAFKAN HAMBA JIKA DITAKDIRKAN SEPI TAPI HATI MASIH MEWANGI SEBAGAI RAKAN ALAM MAYA..
    "SALAM AIDILFITRI MOGA RAHMAT KASIH-NYA DIRINGI BERSAMA UCAPAN MAAF DARIKU.AAMIIN"
    SALAM AIDIL FITRI
    MAAF ZAHIR BATHIN
    DARIPADA PUTRI RIMBA NIAGARA
    12 Ogos 2012
    23 Ramadan 1433H
    1
    • Suka
    • Balas
    • 8t
    • Suka
    • Balas
    • 8t
PADA HARI INI
8 tahun yang lepas
Tiada penerangan foto disediakan.
tu lah kuat sangat jelous ;-))
==>KJ
2
2 Komen
Kongsi

Komen

  • i ya n ya
    1
    • Suka
    • Balas
    • 8t
  • Hamba akan jelous jika pahlawan hamba tak kotakan janji-janji
    pada Putri Rimba....terus sepi menyepi tanpa kabar berita...hehehe
SALAM AIDILFITRI DARIPADA PUTRI RIMBA NIAGARA
WALAUPUN CUMA ALAM MAYA AMAT BERARTI PADA HAMBA DI RIMBA INI...TERLALU BERHARGA LEBIH BERHARGA DARIPADA PERMATA BERHARGA. SETIAP RAKAN ALAM MAYA ADALAH PERMATA HATIKU. PERMATA ANUGERAH ALLAH SWT UNTUK AKU SYUKURI. DITEMUKAN BUKAN UNTUK BERPISAH TAPI UNTUK SALING
BERBAGI ILMU DAN BERKOMUNIKASI YANG INDAH-INDAH MENGUNDANG NUR HIDAYAH KASIH-NYA ITULAH HIKMAH DI SEBALIK PERTEMUAN INI. MAKANYA YANG SEPI DAN TERUS MENYEPI HAMBA TAK TEGA MAAFKAN HAMBA JIKA DITAKDIRKAN SEPI TAPI HATI MASIH MEWANGI SEBAGAI RAKAN ALAM MAYA..
"SALAM AIDILFITRI MOGA RAHMAT KASIH-NYA DIIRINGI BERSAMA UCAPAN MAAF DARIKU.AAMIIN"
SALAM AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATHIN
DARIPADA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Ogos 2012
23 Ramadan 1433H
2
2 Komen
Kongsi

Komen

  • ~ salam lebaran..
    2
    • Suka
    • Balas
    • 8t
  • Salam lebaran untuk mu pahlawan rimbaku
    Ahmad Tajuddin & Laskar muda 
    Adel Fadel
    Moga dapat menjaga keamana Rimba Niagara
    Denga penuh tanggungjawab....
    Segala yang telah dijanjikan untuk menjadi
    Seperti semangat si kunta si kunte harap
    Jangan tega dimungkiri dong...heheheh
IZINKAN AKAR-AKAR RINDUKU KULILITKAN DI HATIMU
Seandainya kekhilafanku dalam berpuisi bernada suara kalbu tanpa suara tapi masih melukakan hatimu dan hati semua yang membacanya makanya itu adalah kelemahanku untuk memahami dirimu diri semua makanya maafkanlah aku dari lubuk jiwa yang dalam sejujurnya semua saudara seIslamku tetap kusayang biarpun kasih telah ditelan ombak rindu tapi di hati masih rindu dan berwangikan kasih dan sayang demi-Nya. Makanya kita cantumkan kasih sayang atas kealpaanku demi-Nya agar di akhirat nanti dengan izin-Nya kita jadi sahabat di Syurga-Nya. Insya-Allah Aamiin.
Izinkan akar-akar rinduku kulilitkan di hatimu agar kasihmu kasihku sebati dalam lilitan ukhuwah persaudaran sesama Islam dalam jalinan kasih puisi yang sentiasa mewangi di hatimu di hatiku dan di hati semua. Andai kata aku pergi dulu sebelummu barulah mataku terpejam rapat kerana lilitan akar-akar rindumu kubawa pergi dalam jiwa yang tenang..damai sedamai kasih dan sayang yang pernah kita jalinkan di awal perkenalan kita biarpun cuma di alam maya tapi membekas di hati bawa ke mati.
Makanya jikalah kau sudi dan sesiapa yang mengenali karyaku maafkan daku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kumohon maaf.
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL,
HARI KEMENANGAN YANG BERPUASA;
MAAF ZAHIR BATHIN DIBULAN SYAWAL,
KASIHMU KASIHKU MEWANGI SENTIASA.
INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:
PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Ogos 2012
23 Ramadan 1433H


RINDU DAN CINTA HANYALAH UNTUK-NYA
Yang baik itu hati
Yang indah itu bahasa
Bahasamu selalu meruntun jiwa
Bagaikan pungguk mendayu-dayu sayu pada rang bulan
Rang bulan menyinarkan sinarnya pada pungguk
Pungguk menangis syahdu pilu
Kerana rang bulan masih rindu dan setia
Pada rindu berbalas rindu
Rindu bukan disepikan tapi muhasabah diri
Mahu pulang ke Pangkuan Ilahi
Persiapan amalan ke Syurga-Nya
Moga pungguk begitu juga
Sentiasa rindu dan cinta hanyalah untuk-Nya
Bukan pada cinta sementara
Kerana KETENTUAN TAKDIR CINTA ADALAH MILIK-NYA
Karya Ratu Rimba Niagara.
5 Ramadhan 1433H
25 Julai 2012
PERSIAPAN KITA KE SYURGA
Allahu Akhbar...jangan bilang gitu rakan sasteraku...
Allah SWT Maha Adil pada semua hamba-Nya
Jangan sesekali berasa begitu
Kurniaan bakat padamu sama juga padaku
Sama juga pada rakan yang lain...
Bersangka baiklah pada-Nya ...
Dan jadilah seorang yang pemaaf dan sentiasa meminta maaf
Samada kita bersalah atau tidak
Namun kita tetap bersalah dalam keadaan apapun ..
Kalau tidak masakan kita sama-sama terguris hati...
Bila itu kita dapat lakukan ....masalah kita dengan manusia...
Insya-Allah selesai Aamiin
Bila hati sudah bersih ...pesona dunia ini hanyalah sekadar apa adanya
Jika ada lebih adanya semuanya kita fikirkan untuk infak ke jalan-Nya
Biarlah kita tidak dikenali oleh penghuni bumi
Asalkan kita dikenali penghuni langit dan
DiRedhai Alllah SWT hidup dan mati kita Aamiin
Maka dari itu rakan sastera...
Jangan rasa kau tak setandingku tak setanding kawan-kawan sastera
Semuanya sama ..
Tiada tinta yang hebat selain dari Kalam-Nya Al-Quran dan Hadis...
Matlamat kita bertinta hanyalah untuk meng-Agungkan-Nya
Dan sebagai bekalan di Alam Abadi...
Menulis bukan untuk
Menunjuk kehebatan
Kebijaksanaan ilmu yang dimiliki
Merasa ujub kerana kesempurnaan kita berbahasa puitis
Bukan...bukan...bukan...
Tapi untuk persiapan kita ke Syurga
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Sahabatmu yang mengasihimu dunia akhirat,
Ratu Rimba Niagara.
5 Ramadhan 1433H
24 Julai 2012
PERMATA-PERMATA DARI SYURGA
Apa kabarmu duhai rakan sasteraku ...
Lama sudah tak dengar puisi darimu
Lastas kau sepikan rinduku...hehehe
Makanya kuhanyutkan rindu hatiku yang berlilitkan akar-akar rindumu
Di ombak rindu....jangan marah beb....hehehe
Sejujurnya aku rindu padamu...
Jika kau tak sudi membalas rinduku tak apalah
Aku faham kerana siapalah aku di hatimu ...
Apapun di bulan yang mulia ini kuhulurkan sepuluh jari
Memohon maaf jika ada canda puisiku yang mengguris hatimu
Hampir dua tahun perkenalan kita di alam maya
Banyak kisah sedih duka kita
Namun wangian cinta kita
Masih abadi di hatiku di hatimu
Kusayang kamu
Kurindu kamu
Kusayang ukhuwah kasih ini
Kerana-Nya
Kita diketemukan-Nya biarpun cuma di alam maya
Bukan untuk berpisah
Tapi ada hikmah sebalik-Nya
Biarpun ada rasa terluka dilukai
Kita lupakan itu kerana
Sememangnya kita manusia yang tak pernah sempurna
Yang kita fikirkan
Misi dan visi kita
Apa matlamat kita bersastera
Kurniaan bakat dari Ilahi
Yang patut kita syukuri
Yang setiap baris tinta yang kita lakarkan
Di kanvas dunia ini bukanlah sia-sia
Semuanya akan dihitung
Jika hitungan itu dikira sebagai saham akhirat
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLLAHU AKHBAR
Pasti sebelum bertinta kita sudah fikirkan
Inilah syair puisi pantun gurindam
Yang kupersembahkan kepada Tuhanku
Dan didengari oleh para malaikat dan seluruh penghuni bumi
Jika sekiranya
Allah SWT memakbulkan
Para malaikat mengaminkan
Penghuni bumi mengaminkan
SUBHANAL ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Tiada apa lebih membahagiakan di kala itu
Kerana
tinta-tintamu
tinta-tintaku
tinta-tinta rakan-rakan sastera semua
bagaikan titisan permata dari Syurga
kita dihujani permata-permata dari Syurga
kita kutip bersama
kita kongsi bersama
permata-permata yang kita perolehi
kita kongsi bersama dengan
seluruh penghuni bumi
Ahhh bahagia gitu...
Saling dapat berbagi permata Syurga
Tanpa jemu sehingga nafas terakhir
Moga kau, aku dan semua rakan sastera
Sentiasa DiKurniakan Permata-Permata dari Syurga
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Julai 2012
5 Ramadhan 1433H
KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?
Engkau ni keturunan puteri ke?
Engkau suka berlagak kan?
Meluat aku...
Weeii kau cermin sikit muka kau tu
Harap mekap je lebih
Buang mekap
Tengok...
Hodoh....
Maka dari itu cermin sikit
Engkau tu siapa...
Aku sentiasa sedar diri
Aku siapa
Yang tak secantikmu
Yang tak semudamu
Aku memang tak setandingmu
Ha sedar pun
Habis tu kenapa
Kau berlagak macam
Seorang puteri raja
Tak malu ke
Perasan?
Salah ke aku
Menghargai kecantikan
Kurniaan dari Allah
Kalau kau nak tahu
Jika aku tak bermekap
Wajahku hodoh
Kalau ditarik lapisan kulit
Wajahku ini lagi hodoh
Seperti tengkorak berjalan
Termasuk juga wajah
Engkau tanpa kulit di wajah
Engkau boleh bayangkan
Jadi apa nak dikesahkan
Pada kecantikan yang
Sementara ini...
Habis tu kenapa kau
Berwatak seperti puteri diRaja
Kau perasan nak jadi puteri ke
Putera mana yang hendak
Kau pikat dan
Putera mana yang akan terpikat
Denganmu
Lainlah aku cantik dan masih muda
Tak perlu mekap pun dah cantik
Sekali aku senyum 10 yang terpikat
Tapi aku tak semudah itu terpikat
Selagi dia itu bukan bergelar jutawan atau kerabat diRaja
Yelah kau cantik dan muda
Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...
Tak perlu kau doakan sudah ada pun
Cinta gila-gila dengan aku
Kerana kecantikan aku
Aku pun anak orang berada
Makanya kenalah setaraf denganku
Syukur Alhamdulillah
Moga kau bahagia sahabatku
Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku
Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia
Yang diimpikan oleh semua orang....
Habis yang kau berlagak macam puteri tu
Tak pesona dunia ke tu...
Teman...aku ini cuma
Menghayati watakku
Sebagai seorang puteri rimba
Yang tinggal bersama dengan
Penghuni rimba niagara
Takkanlah memegang watak
Sebagai puteri rimba pun
Nak cemburu....
Lainlah puteri untuk manusia
Bolehlah kau cemburu
Nasib baik puteri rimba
Kalau puteri istana memang aku cemburu
Dengan haiwan apa nak dicemburukan
Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan
Tak nak aku....
Tahu tak apa...
Mulai hari ini kau jangan cemburu ye
Kau beri saja sokongan/dukungan padaku
dunia sastraku agar aku dapat berpena
Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati
Keikhlasan sokonganmu dalam karya
SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012
PUTRI RIMBA DENGAN DAYANGNYA SI KUNTA SI KUNTE
Kuperkenalkan diriku untuk perkenalan ini...
Gambar yang kau lihat itu tak dirancang..
Aku memegang watak Putri Rimba untuk
Teater Bangsawan diRaja yang aku impikan
Satu masa nanti dipentaskan....
Yang mekapkan aku pun
Si kunta si kunte dayang Istana Rimba
Mereka berdua sebagai penasihat aku juga...
Itu yang jadi macam tu...comot...entah arang
Mana diambilnya...ha itu yang jadi macam tu
Aku pun takut nak tengok muka aku sendiri
Aku mahulah padam tapi si kunta si kunte marah
Kalau selagi tak ambil gambar untuk disiarkan
Kepada pembaca setia karya-karya aku
Katanya apa nak dimalukan...
Mereka faham puteri rimba apabila dimekapkan oleh haiwan
Hantam ajelah asalkan ada rupa puteri sikit ...
Itula kisah serba sedikit yang dapat aku beritahumu
Agar kau tak salah faham ye...
Aku kalau tak bermekap...tidaklah rupa macam itu
Seorang yang sudah ditarik kecantikan...
Cuma yang berbaki ini saya yang ingin dihargai...itu saja...
Makanya jangan salah anggap padaku lagi ok...
Nanti bila habis skrip puteri rimba
Kutukar gambar lain...
Moga si kunta si kunte benarkan....
Moga kau gembira mendengar cerita aku ini...
Salam kemaafan untuk kalian ...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012
ASAL USUL KISAH PUTRI RIMBA NIAGARA
Maka tersebutlah kisahnya
Di mana bermulanya kisah
Putri Rimba Niagara
Disebuah pantai yang terpencil
Sekujur tubuh terdampar
Dibawa arus ombak
Lautan asid bergelora
Seluruh tubuh
Melecur tiada berkulit
Tiada bergerak
Tapi masih bernyawa
Sekumpulan penghuni rimba
Yang ketika itu sedang bernyanyi-nyanyi
Terjumpa si Putri Rimba...
Dibawa ke rimba
Dirawat Putri Rimba
Menggunakan sumber-sumber asli
Yang diperolehi dari rimba
Sudah hampir
Tiga purnama koma
Barulah putri rimba sedar
Dari koma dan pulih seperti sediakala
Seluruh tubuhnya tiada kesan lecur lagi
"Di manakah hamba?"
"Syukur Alhamdulillah Tuanku Putri sudah sedar
Setelah tiga purnama Tuanku Putri koma
Kami adalah penghuni Rimba Niagara
Menjumpai tuanku putri
Terdampar di pantai dengan lecuran
Keseluruhan tubuh
Kami bergotong royong merawat
Dan mengobati Tuanku Putri
Di samping berusaha kami
Membuat sembahyang hajat bermunajat
Kepada Ilahi agar Allah menyembuhkan
Kecederaan Tuanku Putri
Dengan izin Allah
Tuanku Putri sembuh dan sedar dari koma
Mendengar cerita penghuni rimba yang baik budi itu
Putri Rimba menangis hiba
Lama putri rimba menangis
Penghuni rimba juga menangis
"Tuanku Putri hiba benar kami semua
Mendengar tangisan hiba Tuanku Putri
Pasti perjalanan kehidupan tuanku putri
Diselubungi dengan gerhana mendung
Pasti hati tuanku putri luka berdarah....darah...
Di sini gerhana akan bertukar menjadi pelangi cinta
Agar tuanku putri ceria dan bahagia penuh
Kasih dan sayang daripada kami setulus ikhlas
Luka di hati tuanku putri
Kami jahit dengan benang cinta
Agar sesudah ini tuanku putri tidak bersedih lagi
Buat selamanya Insya-Allah Aamin"
Putri rimba menangis hiba
Setelah mendengar pengakuan penghuni rimba
Betapa sayangnya penghuni rimba kepadanya
Hatinya bagaikan disayat-sayat
Seolah tidak percaya
Seolah berada di alam fantasi tapi realiti
"Kami suka melihat tuanku purtri menangis hiba
Tapi kalau tanpa henti sejak tadi kami pun tak tega...
Izinkan kami sapukan air mata tuanku putri dengan
Daunan kasih."
Setelah disapu air mata tuanku putri rimba dengan
Daunan kasih...tuanku putri tidak menangis lagi
Dan senyum meleret
"Ha macam itulah...Syukur Alhamdulillah kali pertama
Melihat senyuman tuanku putri...tenang rasa hati kami....
Istana rimba ini kami bina isimewa untuk tuanku putri
Suka tak?"
"Suka banget...unik dan fantastik!
Hamba amat hargai seumur hidup hamba."
Hari-hari yang dilalui bersama dengan penghuni rimba
Amat membahagiakan...
Saling menyayangi
Saling menghormati
Saling memahami
Saling berkorban
Berkata-kata dalam bahasa nan indah-indah
Tiada rasa disakiti dan menyakiti hati
Tiada rasa sedikitpun cemburu
Cuma yang ada
Sayang....sayang...sayang...
Kasih...kasih...kasih....
Kasih demi-Nya
Inilah dunia yang diimpikan putri rimba
Tuhan memakbulkan doa putri rimba
Tinggal bahagia selamanya bersama penghuni rimba yang penyayang
Karena telalu bersyukurnya putri rimba kepada Tuhan Yang Maha Esa
Setiap kata-kata yang diluahkan adalah
Suara-suara hati semurni kasih
Bicaranya adalah bait-bait syair ,puisi, gurindam dan pantun
Setiap kali putri rimba berkarya
Penghuni rimba akan terharu
Mereka sama-sama menangis hiba
Bersama Putri Rimba ....
Putri Rimba menulis menggunakan
Bulu burung garuda diRaja
Tinta pula adalah campuran
Darah penghuni rimba dengan Putri Rimba
Setiap kali berkarya
Putri Rimba menulis dengan
Sepenuh jiwa sepenuh kasih sayang
Menulis diiringi dengan tangisan hiba
Ukiran karya-karya Putri Rimba di daunan kasih
Setelah dibaca penghuni rimba
Disimpan rapi serapinya
Agar satupun tidak terbuang dalam simpanan
Khazanah Rimba Niagara
Begitulah bermulanya kisah asal usul hamba
Bergelar Putri Rimba Niagara
Karya Putri Rimba Niagara.
11 Mei 2012
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
6 Jun 2012
PENGHUNI RIMBA SELALU MENGHARGAI KARYA TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA
Duhai sahabatku...
Di Istana Rimba sekarang semuanya sedang berduka
Segerhana cuaca yang gelap gulita menunggu hujan turun
Ribut petir tidak henti-henti menyabar kiri dan kanan.
Sudah jutaan kali penghuni rimba pesan jangan Tuan Puteri
menyumbangkan karya pada mereka...mereka bukan hargai pun malah satu kesalahan pula...membuat mereka sakit hati...
meluahkan dendam kesumat...
Kami si penghuni rimba ni...yang sentiasa menghargai
karya Tuan Puteri...sentiasa teruja dan ternanti karya tuan puteri apa nak dihiraukan dengan mereka...biarpun kami cumalah haiwan
tapi kami faham apa itu kasih sayang semurni hati...
sebab itu di akhirat nanti kami tidak diseksa di neraka....
manusia ni tak habis-habis....dengki.....dengki...dengki...
dengki khianat...Tuan Putri berkarya tak henti-henti pun nak sakit hati...apatah dia orang ni ...ada otak letak kat lutut apa....tak nak baca dan like sudahlah ini kutuk dan hina Tuan Puteri habis-habis...
macam nak bunuh karya Tuan Puteri....duhai manusia di luar sana sebelum kalian mahu bunuh karya Tuan Puteri kami...langkah mayat kami dulu....Tuan Puteri kami rela pertaruhkan air mata dan darahnya untuk berkarya...kalian senang-senang saja nak hapuskan karya Tuan Puteri kami...tidak...tidakkk..kami pastikan tak akan terjadi!!!!!
Tuan Puteri bangunlah tuan Puteri...janganlah seksa kami begini...
Kami jumpa tuan puteri dihanyut di lautan asid bergelora dan selamatkan tuan puteri...tuan puteri gembira dan ceria pelangi cinta bersama kami...tapi semenjak bercampur dengan mereka-mereka yang berhati busuk itu...tuan puteri koma semula...kejamnya mereka...madu yang diberi racun yang dibalas...tunggulah...
tunggulah pembalasan dari Tuhan kerana doa orang yang teraniaya tanpa hijab....
Tuan...Puteri...bangun....bangun.... syair ombak rindu...yang tuan puteri karangkan ...kami bacakan ye....
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
28 Jun 2012
MOGA ALLAH SWT MEREDHAI HIDUP MATIMU USTAZ
Redha perlu dicari
Bukan dinanti
Inilah kisah yang ingin kukongsikan bersama pembaca alam maya
Sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang ustaz kepadaku
Ceritanya bermula begini.
Ini pengalaman ustaz itu sendiri yang kerjayanya sebagai pendakwah mahu menyebarkan agama Allah Azzawajallah...apa yang dilakukan hanyalah mahu memcari Redha Allah SWT di kala dia hidup dan mati.
Pengalamannya bersama Mat Rempit.
Ustaz rela dirinya dipukul
Disepak terajang dengan besi
Hingga berdarah-darah
Bengkak-bengkak urat sarafnya
Semata ingin menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT
Berkat kesabaran ustaz
Mat rempit itu diberi Allah SWT
Nur Hidayah Kasih-Nya
Mat rempit tersebut kini menjadi
Seorang Hafiz Al-Quran
Atas bimbingan ustaz
Pengalamannya bersama
Ketua Babi Hutan
Ustaz bersama dua tiga orang
Ingin pergi berdakwah
Disebuah perkampungan orang asli
Yang semuanya bukan menganuti agama Islam
Dalam perjalanan ke sana
Di petengahan jalan
Kenderaan mereka dihadang oleh
Sekumpulan babi hutan
Ustaz keluar dari kenderaan
Bertemu dengan ketua babi hutan
Kerana dia sudah letakkan
Hanya Allah sahaja yang ditakuti
Dengan berani dia
Berkata dengan ketua babi hutan itu
Mata bertentangan mata
Ketua babi hutan merenung mata ustaz
"Duhai babi hutan sungguh pun engkau babi
Tapi kau redha dengan asal kejadianmu
Menjadi haiwan yang dilarang dimakan dan disentuh
Oleh Pencipta-Mu...mulianya kamu biarpun kamu
Bergelar babi...sifat redhamu amat tinggi...aku salut padamu babi..."
Ketua babi hutan itu menganggukkan kepalany tanda bersyukurnya
Dia pada Penciptanya yang mentakdirkan dia menjadi babi dan dia redha. Tergenang air mata ustaz penuh mengharu birukan jiwanya di kala itu.
"Babi...kau redha dengan hidupmu yang selamanya haram
Aku mahu ke seberang sana...untuk mencari redha Allah maka berilah
aku laluan agar aku dapat menyebarkan agama Allah..."
Ketua babi hutan menganggukkan kepalanya dan memberikan isyarat kepada semua sekumpulan babi hutan yang mengerumuni kenderaan
ustaz ..agar pergi dari situ.
Ustaz selamat pergi ke perkampungan orang asli dan berjaya mengislamkan sekampung orang asil tersebut.
Syukur Alhamdulillah kepada Allah sebanyak-banyak-Nya
Kepada ustaz pendakwah yang hidupmu penuh fisabilillah
Kami doakan moga Allah SWT meredhai hidup dan matimu nanti
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012
TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT
Kaya macam mana manusia itu
Dia tetap miskin
Apa maksudmu?
Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya
Kau lahir ke dunia ini kosong...
Lagi aku tak faham?
Apa maksud kosong
Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
Apa pulak kosong...
Kau silap...
Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...
Apa maksudmu?
Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
Sebab aku ni pencinta harta
Bagiku harta adalah segala-galanya
Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
Inikan hendak bersedekah
Kirim salamlah
Kalau nak kaya usaha sendirilah
Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
Ramai suka berkawan dengan aku
Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
Dan hormat gila-gila dengan aku...
Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
Pelik kan manusia ini..
Cuba aku papa kedana...
Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
Manusia ini sukakan harta
Sebab itu aku sukakan harta
Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
Dan sanjungi aku ...
Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...
Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
Ha...sebab itulah aku katakan tadi
Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
Nak di kebumikan juga...
Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
Yelah nak ikut wasiat tuannya...
Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...
Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
Dibeli boleh pocong-pocong
Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
Berminat ke nak beli...buntu aku ni...
Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...
Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
Menyesal sebelum aku bergelar pocong
Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
Harta kau yang banyak-banyak ni
Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
Biarpun kau sudah berada di alam barzah
Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
Kau lafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
Ke jalan-jalan Syurga-Nya
Masya-Allah aku tak terfikir
Sebagaimana yang kau fikir
Terima kasih suara akhirat
Kaulah sahabat dunia akhiratku
Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012
SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERIMAN
Sahabat...
Biarpun nyawamu sudah habis
Tapi rohmu masih hidup
Hidup dan terus hidup
Tika jasadmu hidup...
Kita tahu wujudnya roh
Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita
Selama kita hidup
Pabila kita solat bertemu Tuhan
Allah nampak kita
Dan kita rasakan kehadiran Tuhan
Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat
Bila kita sudah bergelar roh
Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku
Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan
Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh
Bukan manusia lagi yang hidup
Mereka yang hidup tak nampak kita
Tapi kita nampak mereka
Sedang meratapi kematian kita
Kita ...bercakap-cakap dengan mereka
Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan
Semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...
Yang bermakna sekarang...
Bekalan yang di bawa...
Ye bekalan...
Allahu Akhbar ....
Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku
Yang menciptakan aku...
Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia
Ya Allah berkat aku bersangka baik dengaMu Ya Allah
Terimalah segala bekalan yang kubawa ini
Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan padaMu
Serasa mahu aku dihidupkan semula
Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan
Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar
Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula
Masa untukku sudah tamat
Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku
Berhidup di bumi Tuhan.
Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku
Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redho kerna redho itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja.
Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia....
Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa
Kau sentiasa mengikut prasangka hambaNya...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makaNya terimalah rohku ini
Sebagai roh-roh di kalangan hambaMu yang beramal soleh.
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Putri Rimba Niagara
28 Mei 2012
TUHAN BALASLAH CINTA HAMBA-MU INI
Tuhan balaslah cinta hamba-Mu ini
Hamba adalah hamba-Mu yang hina
Tapi semampu daya ingin muhasabah diri
Ingin pulang ke Pangkuan-Mu
Dalam Redha lagi di Redhai
Aammin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012

CEMBURU SEORANG WANITA
Kanda... bagi dinda cinta kanda hanya untuk dinda tidak boleh dikongsi sama sesiapa
Jika bidadari adalah takdir cinta kanda gimana tak kan nak cemburu dengan bidadari
Walaupun dengan bidadari dinda tetap akan cemburu....
Kerana dinda cemburu dengan bidadari makanya dinda tak layak miliki cinta kanda
Kenapa kanda bilang begitu ya...
Dinda ini tamak tak bertempat cemburu dinda tak bawa ke Syurga
Salah ke dinda cemburu tanda cinta dinda pada kanda
Sampai kapanpun salah
Habis tu selama ini kanda tidak mencintai dinda
Tahu tak karena dinda Cinta Tuhan makanya kanda lamar dinda menjadi istri kanda
Apa kena mengena dengan Cinta Tuhan dan cemburukan bidadari?
Jika kita Cinta Tuhan kita adalah hamba-Nya yang mesti akur dengan takdir dari-Nya.
Maksud kanda dinda tak redholah kanda mahu bermadu?
Iya begitulah...Penghuni Syurga tak akan ada cemburu tak bertempat kerana baginya
cinta dan redho Allah yang diutamakan dalam hidup...cintakan suami kerana mahukan redho Allah ...dinda boleh faham apa maksud kanda?
Habis dah dinda nak cemburu nak buat macam mana?
Dinda nak cemburu dengan wanita lain tak apa ye tapi jangan dengan bidadari ok..
Dinda cemburu juga sebab dinda terlalu cintakan kanda seorang je di dunia ini sampai akhir nafas dinda mencintai kanda....itukan sumpah setia kita masa bercinta dulu tak ingat ke kanda?
Ingat dinda tapikan dinda cemburukan dengan diri dinda sendiri ya...?
Maksud kanda?
Bidadari itu adalah dinda ye....hehehehe
Masya-Allah kanda bercanda dengan dinda ye....
Heheheh kita bercinta sampai Syurga ya dinda....
Cinta kita bagaikan Adam dan Hawa ya kanda...
In Shaa Allah kerana kita tidak tahu apa takdir Cinta kita semuanya dalam Ketentuan Allah kita sebagai hamba-Nya akur saja ya dinda...
Iya kanda siapalah kita hendak melawan takdir dari Allah untuk kita...
Barulah kanda yakin bahawa cinta dinda pada kanda kerana Allah Taala
Di dunia dinda bidadari kanda sampai Syurga menjadi bidadari kanda ya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara.
4 Muharram 1435H
8 November 2013
Kongsi
PADA HARI INI
3 tahun yang lepas


12 Ogos 2017
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
SALAM SANTUN SEINDAH BUDI,
BUDI BAHASA DIBAWA MATI,
BUKAN HARTA PENGIKAT HATI,
TEGUH IMANMU KUJATUH HATI.
HANYA-MU KUTEMU KEDAMAIAN
DIRIMU AKU TEMUKAN KEDAMAIAN
Dikala aku hilang arah
Dimana aku terombang-ambing
Sewaktu aku tersesat dan hanya fatamorgana di sekitarku
Hilang dan tenggelam dalam riam jeram kehidupan..
Adalah kau bintang terangku
Pemandu pengelana yang telah hilang arah
Adalah kau telaga bening di kaldera kalbu
Adalah kau tempat teduh di kerontang hari..
Hanya dirimu tempatku kembali
Kepada dirimu ku temukan tempat berlabuh
Melepas jangkar perahuku yang lelah
Pada dirimu lah aku temukan kedamaian..
Hanya dirimulah kekasih jiwa
Seribu sanjung tercurah padamu
Hanya dirimulah belahan hati
Hanya dirimu sejati ku temukan kedamaian..
By Nizman Ahmad
12 Agustus 2012
HANYA-MU KUTEMU KEDAMAIAN
Fikiranku kusut
Tak menentu
Jiwaku kegalauan
Ke mana aku selepas mati
Apa matlamat hidupku?
Aku bimbang sangat dengan hidup ini
Takut kalau-kalau
Di penghujung usiaku aku lalai..
ALLAHU AKBAR malu aku pada-Nya
Aku pergi ke rumah-Nya..
Segala kekusutan hilang
Hatiku yang galau
Jiwaku yang sempit
Menjadi tenang
Lapang rasa jiwa
Seluas-luasnya
Aman damai fikiranku
Rumah-Mu ini
Mengundang damai...
Kedamaian abadi
Baru aku tahu
Hanya-Mu kutemu kedamaian
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Ogos 2012
23 Ramadan 1433H
KARYA NIZMAN AHMAD & PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Ogos 2012
23 Ramadan 1433H
(PETIKAN DARIPADA GROUP PUISI LOVERS)

SANTUN BAHASAMU MENAMBAHKAN IMANKU IMANMU
LEBIH BAIK TIDAK PUNYAI TEMAN
DARIPADA DIAMNYA MENYAKITKAN HATIKU
MEMBUATKAN AKU TERTANYA-TANYA
APA TUJUAN DIA MENJADI TEMANKU
DIAMNYA BERMAKNA DIA TELAH MENGHANCURKAN HARAPANKU
AKU NGGAK SUKA BERTEMAN YANG MEMBUATKAN
HATIKU MENJADI TEKA TEKI BERTEMAN DENGANNYA
LEBIH BAIK BERTEMAN DENGAN BATU
DARIPADA MEREKA YANG BERHATI BATU
MAKANYA JIKA MAHU BERTEMAN DENGANKU
JANGAN JADI HATI BATU
JADILAH HATI SESEJUK SALJU
SANTUN BAHASAMU
MENAMBAHKAN IMANKU IMANMU
ITULAH TEMAN SEJATI YANG KUNANTI
DALAM INGAUAN MIMPIKU
AGAR ALLAH MAKBULKAN MENJADI REALITI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
RATU RIMBA NIAGARA
4 Muharram 1435H
8 November 2013
Kongsi
CINTA DIKONGSI/DIBAGI BERSAMA DALAM REDHO ILAHI.
Duhai kaum sejenisku yang bergelar hawa
bagaimana rasa di hatimu begitulah aku
wanita memang banyak keinginannya
jika boleh dia ingin hidup sempurna semuanya
semuanya ingin dimiliki
sebab itu keinginan wanita melebihi 9 daripada 10 keinginannya
manakala kaum Adam keinginannya hanya 1 daripada sepuluh
kerana keinginan wanita 9 untuk kesempurnaan hidupnya
lelaki cuma 1 keinginannya iaitu mahukan memiliki cinta wanita
wanita pula lebih ramai daripada lelaki di akhir zaman
dibuat bancian nisbah seratus wanita lelaki seorang
bayangkan 1: 100
pasti ramai persaingan merebut cinta lelaki
mana yang berjaya memiliki cinta lelaki syukurlah
tapi dalam bersyukur pastikan bersiap sedia untuk redha jika
ditakdirkan berkongsiberbagi kasih
kerana matlamat hidup wanita bukan hanya untuk cinta pada lelaki
jika ditakdirkan hidup bermadu
Tuhan mahu menguiji samada cinta pada manusia melebihi cinta pada Tuhan
jika cinta manusia lebih daripada cinta Tuhan...
amatlah rugi sama sekali
kerana bila mati anak Adam terputuslah daripada segala kecuali 3 perkara
lelaki pula tak mahu berpoligami kerana takutkan isteri sedangkan dia mampu ini bererti dia lebih takutkan isteri dariapda Tuhan...
sedangkan isterinya akan mati
andai istri mati
adakah masih setia pada istri yang udah mati itu?
istri juga begitu andainya suami sudah mati dia pula rela menjadi madu
tapi ketika suaminya ada tak mahu dimadu
tidak akan ada jalan penyelesaikan sekiranya tidak faham apa itu arti
'TAKDIR CINTA'
Tuhan itu Maha Pengasih Lagi Maha Memahami
setiap hamba-Nya yang bergelar Adam dan Hawa
sebab itu dicatatkan dalam Al-Quran
lelaki dibenarkan berkahwin empat sekiranya mampu
dan sanggup berlaku adil
jika Adam dan Hawa faham akan makna ayat ini
sudah pastilah tiada apa yang hendak dicemburukan dan ditakutkan
yang penting sama-sama redha akan setiap apa yang ditakdirkan
apabila diuji dengan CINTA DIKONGSI/DIBAGI BERSAMA DALAM REDHO ILAHI.
KARYA RIMBA NIAGARA
4 Muharram 1435H
8 November 2013M
(PUISI INI DIILHAMKAN UNTUK SEMUA YANG BERGELAR HAWA DAN ADAM
MOGA JANGAN DISALAH ARTIKAN SAMALAH AMBIL IKTIBAR DEMI JALAN-JALAN KE SYURGA-NYA)




TEDUHAN KASIH IBU RUPAWAN
Mona Lisa...
Wajahmu anggun
ayu menawan kalbu
siapa memandang pasti terpegun
keayuanmu mempesonakan
Lirikan matanya
sesejuk salju
Redupan matamu
membuatkan hati jatuh kasih dan sayang
ribuan kasih ingin berteduh di di hatimu
mengharapkan kasih sayangmu
tidak hairanlah biarpun
sudah ribuan tahun kau tiada di dunia ini
kau tetap menjadi pujaan semua
idola wanita yang tercantik di dunia
Keayuan wajahmu
seiring santun bicaramu
penuh kelembutan bahasa nan indah
seindah hatimu
penuh bunga-bunga cinta kasih sayang
tanpa penghujung kepada semua
semasa kau hidup dan sesudah kau tiada di dunia ini
Mona Lisa
gambar mu di abadikan
di hati semua
menjadi sumber inspirasi
mereka yang mahukan ketenangan
teduhan kasih seorang ibu rupawan
bernama Mona Lisa....
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Muharram 1435H
16 November 2013


CINTA DALAM REDHA ILAHI ITULAH CINTA SEJATI
Jika sayang kata sayang
jika rindu katakan rindu
jika cinta katakan cinta
tidak aku ternanti-nanti
jangan hari ini bilang cinta
esok hilang sayang
sayang bertukar benci
benci jadi dendam
rindu dipadamkan
makanya cinta sejati
cumalah igauan dalam mimpi
yang tak akan jadi nyata
iznkan aku kesendiriaan
menantikan pelangi cinta
membawakan kabar bahagia
cinta sejati kirimanNya
melamar cintaku demiNya...
kunantikan diperdu rindu
rindu berbunga-bunga cinta
biarpun di musim tengkujuh
tetap tak akan sepikan rindu
masih kasih dan sayang
melamar untuk merealitikan
cinta dalam redha Ilahi
itulah cinta sejati yang ditunggu
moga Allah makbulkan
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
12 Muharram 1435H
16 November 2013
Kongsi
KASIHMU KASIHKU TERSIMPUL MATI
SAYANG DISAYANG BUAH KEPAYANG,
GUGUR DARI POHONAN JATI;
IMAN DI DIBALAS KASIH DAN SAYANG,
ITU TANDANYA CINTA SEJATI.
CANTIK SUNGGUH SI BUNGA MELATI,
SANTUN BERBAHASA SENTIASA DIJAGA;
CINTA SEJATI SAMPAI KE MATI,
DITERUSKAN CINTA SAMPAI KE SYURGA.
BANYAK KHASIATNYA BUAH KELAPA,
DALAM MASAKAN ENAK DIRASA;
INDAH BUDI SETAMPAN RUPA,
SANTUN BERBAHASA SETIAP MASA.
PERGI KE BENDANG MENITI TITI,
UNTUK MEMETIK SE BUNGA KEKWA;
KASIHMU KASIHKU TERSIMPUL MATI,
KUBAWA KASIH KE HUJUNG NYAWA.
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
8 Muharram 1435H
12 November 2013




MEREKA YANG MENCERIAKAN DUNIA SASTERAKU ITULAH SAHABAT DUNIA AKHIRATKU IN SHAA ALLAH AAMEEN.
Sejujurnya ku bukanlah seorang yang bijak pandai
Tapi kurasakan setiap yang sudi hadir dalam laman
Sasteraku ini
Adalah bahan sasteraku yang amat berharga
Ku seolah bagaikan seorang pelajar universiti yang sedang
Menyiapkan kajiselidik tentang pelajaran sastera yang kuminati ini
Untuk dipersembahkan kepada Profesor Sastera
Begitulah kusetiap hari mencari bahan-bahan untuk
sastera yang kuminati ini...hehehe
Ratu Rimba Niagara Bahan-bahan sastera ku ini telah kusahakan menulis dan menggali sudah menjadi lautan sastera dengan mengasillah puluhan ribu bunga-bunga sastera pelbagai tema mana tidaknya aku teruja sendiri dengan sasteraku...orang nak komen kata sasteraku bukan sastera melayu...lantaklah asalkan aku suka dengan hidupku bersastera...sastera telah menceriakan hidupku setiap hari.hehehe
Ratu Rimba Niagara mereka yang menceriakan dunia sasteraku itulah sahabatku dunia akhirat. In Shaa Allah AAmeen.
RATU RIMBA NIAGARA
12 Muharram 1435H
16 November 2013
Kongsi
IZINKAN KAMI BERSAMA MENUJU CINTA-MU
ALLAH JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA
KERANA DIA TELAH MENCURI HATIKU
UNTUK AKU TERUS MENCINTAI-MU
SEHINGGA NAFAS TERAKHIRKU
KAU HADIRKAN DIA UNTUKKU
MENTARBIYAHKAN AKU
UNTUK MENGENAL CINTA-MU
LALU AKU JATUH CINTA PADA-MU
DAN KU INGIN MEMILIKI CINTA-MU
SEBAGAIMANA CINTA-MU DIMILIKI DIA
DIA MENCINTAI-MU
MENGAJAK SEMUA MENCINTAI-MU
TOLONG JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA
SATUKAN HATINYA HATIKU
AGAR CINTA-MU NAN INDAH ITU
TERUKIR DI HATIKU DI HATINYA
KAMI SALING MENCINTAI
DEMI BERSAMA MERAIH CINTA-MU
TOLONG JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA
KERANA CINTA-MU YANG MAHA AGUNG
KAMI MAHU BERSAMA AGUNGKAN CINTA-MU
DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
BAHAWA TIADA YANG LEBIH BERMAKNA DI DUNIA INI
MELAINKAN CINTA DAN REDHA-MU
REDHA-MU SEMASA HIDUP REDHA-MU TIKA KAMI MATI
ANDAI AKU PERGI DULU SEBELUM DIA
IZINKAN AKU TUNGGU DIA DI PINTU SYURGA-MU
PERPISAHAN DI DUNIA MEMBAWA PERTEMUAN DI SYURGA
MENYAMBUNG PERCINTAAN DI SYURGA
TIADA PERPISAHAN SELEPAS PERTEMUAN DI SYURGA
BERKAT KAMI PERCAYA CINTA-MU
ADALAH YANG MAHA AGUNG
TIADA SIAPA DAPAT MENANDINGI KEKUASAAN-MU
HANYA ENGKAU YANG MAHA BERKUASA ATAS SETIAP SESUATU
DENGAN BELAS KASIHAN-MU
IZINKAN KAMI BERSAMA MENUJU CINTA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
RATU RIMBA NIAGARA
12 Muharram 1435H
16 November 2013

BERERTINYA KEJUJURAN
Sesiapa saja boleh melafazkan jujur,
Mulut berkata lain hati bicara lain;
Jadi mana letaknya jujur,
Sejujurnya tanya hati tanyalah iman.
Kejujuran terletak pada hati,
Hati yang ikhlas tersirna kejujuran;
Orang yang jujur sentiasa dihormati,
Sahabat sejati selalu memberi sokongan.
Hati tak nampak kerana terselindung,
Perselindungan yang penuh teka teki;
Orang yang ikhlas tak perlu bimbang,
Kerana mata batin nampak di hati.
Kejujuran terserlah di hati,
Bila berkata lahir dari sanubari;
Mata berkaca sejernih air di kali,
Senyuman terukir wajah berseri.
Bila kejujuran nampak di hati,
Semua janji akan ditepati;
Bukan seindah menabur janji,
Memakan diri tak tertunai nanti.
Orang jujur ramai yang menyukai,
Bila bercakap seikhlas hati;
Bukan kejujuran sampai memakan diri,
Diperkotak katikkan sesuka hati.
Bila berkata asyik membangga diri,
Kerana rasakan hidup serba sempurna;
Perasaan orang lain tidak diambil peduli,
Sahabat menjauhkan diri kerana hati terluka.
Kejujuran buat hati jadi tenang,
Segala urusan dipermudahkan Tuhan;
Ditempuhi segala dugaan yang datang,
Moga mendapat redhaNya Tuhan.
Berertinya kejujuran dalam setiap kehidupan,
Hidup dilalui bagaikan sinar ketenangan;
Wajah berseri-seri hati penuh keceriaan,
Tiada langsung berdengki-dengkian .
Teman menyelewang hati tak keharuan,
Bila berkata tiada kebenaran;
Perkataan yang sia-sia yang diluahkan,
Persahabatan hambar tiada kekekalan.
Hati terhiris bak sembilu pilu,
Kata-kata diluahkan bagaikan hirisan;
Hirisan hati penuh pilu,
Biarkan kuundur diri jangan aku dipersalahkan.
Jangan aku dipersalahkan,
Kesan dari ketidakjujuran;
Mulut mengiyakan hati menafikan,
Itu tandanya orang mempersendakan kejujuran.
Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.
Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.
Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.
Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.
Karya Ratu Rimba Niagara
10 Muharram 1435H
14 November 2013


POKET KOSONG MENGAJAR ARTI SEJUTA KEHIDUPAN
UANG BANYAK DIPOKET HANYA KEPENTINGAN SENDIRI.
JIKA KITA TAHU HAKIKAT HIDUP
PANDANGAN MANUSIA PADA KITA , KITA SUDAH TIDAK HIRAUKAN
YANG PENTING PANDANGAN TUHAN PADA KITA ...ALLAH REDHO AKAN HIDUP MATI KITA ITU SUDAH LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISINYA.
BERSAMA KITA BERHIJRAH KE JALAN-JALAN CINTA ILAHI
WAALAIKUMMUSSALAM DIJAWAB SALAM,
MOGA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM,
BEGITU HEBATNYA BERKIRIM SALAM,
MENDAPAT RAHMAT DARI SIANG HINGGA KE MALAM.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
SESUNGGUH-NYA ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
SUKAKAN HAMBA-NYA BERKASIH SAYANG
PENTINGKAN SILATURRAHIM TANDA KASIH SAYANG
MEMUTUSKAN SILATURRAHIM HILANG KASIH SAYANG
HILANG JUGA RAHMAT KASIH SAYANG ALLAH
SEBARKAN ILMU BIARPUN SATU PERKATAAN
SEBAB ITU ORANG YANG MENYEBARKAN ILMU DIKIRA SAHAM AKHIRAT BERTERUSAN
SEBAB ITU SEBAIK-BAIK MANUSIA MEREKA YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MANUSIA
SEBAB ITU ORANG YANG KEDEKUT/PELIT ILMU DAN HARTA TIDAK DITERIMA SYURGA SEBAB ITU ORANG YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI HIDUPNYA TIADA DAMAI
JIKA ADA DAMAIPUN HANYA DI DUNIA DI AKHIRAT SENGSARA
MOGA KITA TERGOLONG DALAM HAMBA-NYA BERAMAL SOLEH KERANA-NYA BERUBAH DARIPADA TAK BAIK KEPADA BAIK YANG BAIK KEPADA YANG LEBIH BAIK
SETIAP HARI MENGUCAPKAN SYUKUR ALHAMDULILLAH
ALLAH MASIH PANJANGKAN USIAKU
UNTUKKU MENEBUS SYURGA YANG TELAH DIUNTUKKAN ALLAH UNTUKKU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
DI SYURGA NANTI
AHLI SYURGA SALING MEMBERI SALAM
MENERIMA SEGALA NIKMAT SYURGA DARI ALLAH TANPA PENGHUJUNG
SUBHANALLAH ALLAHDULILLAH INDAH-NYA SYURGA NIKMAT-NYA SYURGA SEMUA AHLI SYURGA SALING MEMBAHAGIAKAN
BERKATA TIDAK PERNAH MELUKAI HATI
SEBAB ITU TIKA DI DUNIA
KITA TIDAK DIBENARKAN BERKATA MENYAKITKAN HATI
SEBAB ITU DILARANG MENGUMPAT KEJI
SEBAB ITU DILARANG SEGALA YANG KEJI
SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI
AGAR HILANG SEMUA SEGALA YANG KEJI
YANG DATANG RAHMAT ILAHI
PADA HATIKU HATIMU HATI SEMUA
BERAZAM MENJADI HAMBA-NYA YANG BAIK DALAM REDHA-NYA
BERKORBAN APA SAJA DEMI JALAN-JALAN FISABILILLAH
SAYANGKAN MENUSIA TIDAK SAMPAI MELUPAKAN ALLAH
MENCINTAI ALLAH MELEBHI SEGALA-NYA
KERANA SELANGKAH KITA MENUJU CINTA-NYA
SEJENGKAL DIA HAMPIRI KITA
BILA KITA DEKAT DENGAN-NYA
DIA LEBIH DEKAT DENGAN KITA
KITA JATUH CINTA DENGAN-NYA SEKALI
DIBALAS CINTA TANPA PENHUJUNG-NYA
ALLAHU AKBAR MAHA AGUNG CINTA-NYA
ANDAI KITA BERHIDUP DIMUKA BUMI INI
TIADA TERLINTAS LANGSUNG UNTUK MENCINTAI-NYA
AMATLAH RUGI DUNIA AKHIRAT
KERANA ANDAINYA KITA MATI SEBELUM MENGINSAFI DIRI
CINTA ALLAH SUDAH TIADA LAGI UNTUK KITA
ALLAHU AKBAR
ALANGKAH RUGINYA KITA MENYESAL SUDAH TAK BERGUNA
ALAM AKHIRAT ADALAH ALAM BERSOAL JAWAB
APA YANG DILAKUKAN TIKA DI DUNIA
SEGALA PERBUATAN JAHAT AKAN DIBALAS NERAKA
SEGALA PERBUATAN BAIK AKAN DIBALAS SYURGA
SELAGI ADA HAYAT
KITA ADA PELUANG UNTUK MERAIH CINTA ALLAH
KITA ADA PELUANG UNTUK MENEBUS SYURGA
MOGA KITA BISA MEMUJUK HATI KITA
'AKU MAHU BERUBAH
AKU MAHU BERHIJRAH
MENUJU JALAN-JALAN CINTA ILAHI
SEHINGGA AKHIR HAYAT HIDUPKU'
MOGA ALLAH TERIMA PENGHIJRAHANKU INI'
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN'
RATU RIMBA NIAGARA
5 Muharrram 1435H
9 November 2013M
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
KASIHKU KASIHMU KASIH ANAK CUCU ABADI DI SYURGA'
SUBHANALLAH
KASIH SEJATI
KASIHMU
KASIHKU
KASIH ANAK CUCU
MENGHARUM DI HATI SEMUA
BAHAGIAMU
BAHAGIAKU
BAHAGIA ANAK CUCU
BAHAGIA DI DUNIA
BAHAGIA DI AKHIRAT
TAUTAN CINTA
TAUTAN KASIH SAYANG SEMURNI CINTA
SALING KASIH
SALING SAYANG
DEMI-NYA
ALLAHU AKBAR
INDAHNYA KASIH
SEMURNI HATI
SETULUS HATI
KARENA-NYA
RELA DIRI MENJADI LILIN
MENERANGI ORANG LAIN
MEMBAKAR DIRI SENDIRI
ANDAI LILIN TERHENTI
TRHENTILAH NAFAS
TERHENTILAH PENA
DISAMBUNGKAN
ANAK CUCU
YANG MENGHARGAI
KASIMU
KASIHKU
ABADI SELAMANYA BERSAMA DI ALAM SYURGA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Muharram 1435H
8 November 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SAHABATKU BUNDA RATU NEGARI 1 DAN ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA)
IZINKAN AKU MENIUPKAN OBOR API PERJUANGANMU
Duhai kesatriaku di 5 benua ...
Moga jangan jemu menyokong dunia karyaku
Biarpun tsunami datang membadai...
Perjuanganmu perjuanganku suci murni
Jangan pernah ada sesekali wujud bencimu padaku
Atas suatu hal yang remeh temeh
Karena adanya bencimu padaku
Akan turut melukakan renjisan darah tintaku bila berpena
Seolah busur saktimu itu tertusuk ke jantungku
Aku rela mati karena tidak tahan sakitnya
Apabila ksatria sendiri setega itu
Jika itu boleh membahagiakanmu
Dengan menyepikan aku turut serta
Dalam perjuanganmu aku Redho
Biarlah penaku terus terusan merenjiskan
Tinta-tinta dari darah dan air mata
Buat ke semua ksatria
Biarpun disepikan dalam dunia kesatriamu!
Karena bayanganmu adalah aku!
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
17 Agustus 2013
Kongsi
PADA HARI INI
3 tahun yang lepas

gos 2017

Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
KITA PERNAH DIKETEMUKAN SEJAK AZALI
KITA BELUM KETEMU
TAPI KENAPA BATHIN KITA MERASA DEKAT
SEBABNYA KITA PERNAH DIKETEMUKAN SEJAK DI AZALI
KETIKA KITA DI ALAM ROH-ROH
DI MANA JIKA ROH-ROH KITA SERASI BERSAMA
MAKANYA SERASILAH TIKA DI DUNIA INI
WALAUPUN CUMA DI ALAM MAYA
HANYA ALLAH YANG TAHU AKAN HAL INI
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
10 Muharram 1435H
14 November 2013
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA

Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.

Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"


TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.


JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .

ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.

BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !

SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH

'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'


As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)


WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
12  Ogos 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;