Thursday, 13 August 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (175) KU BIDADARIMU KAU BIDADARIKU!

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (175) KU BIDADARIMU KAU BIDADARIKU!

KU BIDADARIMU KAU BIDADARIKU!KU BIDADARIMU KAU BIDADARIKU!
Moga Allah makbulkan doamu sahabatku Aamiin.
Syukur ke hadrat Allah menemukan kita untuk menjadi sahabat dunia akhirat.
Dengan izinNya kita bersahabat hingga sekarang syukur Alhamdulillah.
Hampir dua puluh tahun kita bersahabat, terlalu lama sahabatku.
Berpisah denganmu hatiku bergerhana bertemu semula denganmu setiap hari berpelangi indah. Susah senang kita telah lalui bersama gelak ketawa bersama menangis bersama.
Suraya kau sahabatku anugerahNya yang terindah syukur Alhamdulillah. Di kesempatan ini ku memohon maaf sekiranya di sepanjang menjalinkan tali persahabatan kita jika ada tutur kata dan perbuatan tanpa sedarku telah mengguriskan hatimu sahabatku.
Sejujurnya kehadiranmu dalam hidupku amat membahagiakanku ,
kita sentiasa sehati sejiwa dalam keadaan apa jua pun.
Melihat wajahmu yang ayu dan tutur katamu boleh dikatakan ada saja yang membuatkan kita ceria dan tersenyum hingga matahari, bulan dan bintang juga dapat rasakan keceriaan kita.
Sahabatku sayang seandainya ku pergi sebelummu jangan bersedih yer, kenang daku dalam doamu, jika nak sedih ingat kenangan indah kita pasti kau tak jadi sedih,barangkali sambil senyum air mata berguguran.
Sahabatku indahnya persahabatan kita di dunia ini berganda-ganda lebih indah persahabatan kita di Syurga, kita tak akan terpisah lagi. Setiap kali kau memandang wajahku bertambah cantik dan begitu juga dirimu, kita sama-sama bergelar bidadari Syuga Subhanallah cita-cita yang sama kita dambakan menjadi ahli SyurgaNya. Moga persahabatan kita yang indah ini kekal indah sampai Syurga. Aamiin.
Sahabat dunia akhiratmu,
Ratu Rimba Niagara
13 Ogos 2020
5 Tahun yang Lalu
Hanya yang tak henti-henti berdoa akan merasakan nikmat sebenar apabila doanya di kabulkan Allah.
Tiada penerangan foto disediakan.
Suka
Komen
Komen

PERSAHABATAN SEWANGI KASTURI
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Kepada rakan Fbku Datuk Jem yang setia
Terima kasih kerana sudi memberi ucapan Hari Jadi
Kesudianmu menjadi sahabat Fbku sejak dari mula berkenalan
Di fb ...kau terima aku apa adanya aku
Biarpun di kala aku disepikan
Perlukan para sahabatku untuk menyokongku
Kau hadir di kala aku susah dan senang
Bila kau sepikan aku kerana kesibukanmu
Ada juga terdetik ingin menyepikan mu
Di ombak rindu kerana terdera rindu
Tapi mengenangkan kau sibuk selalu
Dengan kerjayamu yang perlukan komitmen tinggi
Ku sabar saja
Dan ku tahu rinduku ada selalu di hatimu
Sebab itulah berat rasa hati untuk menyepikanmu
Terdera rindu tak apalah ku tahankan juga...
Yang terharunya aku biar sibuk bagaimanapun
Kau tetap ada luangkan masa untuk membaca
Karya-karyaku yang ada di blog atau di fb
Terima kasih kerana sudi menghargai karya-karyaku
Biarpun kau bukanlah orang sastera
Tapi minat juga menghayati dunia sasteraku
Yang kudambakan sejak di alam kanak-kanak lagi
Hinggakan mereka kata aku hidup
Di dunia fantasi dan angan-angan
Yang tak akan menjadi realiti
Tapi aku yakin jika
Allah SWT mengatakan KUN FAYAKUN
Yang fantasi boleh jadi realiti Aamiin
Dan aku yakin setiap apa yang
Kukaryakan itu yang baik-baik
Semua-Nya dari Allah Azzawajallah
Dan yang lemah itu
Dari kelemahanku sendiri
Rakan fbku Datuk Jem Yang DiSanjungi
Sepanjang kita ber fb
Banyak juga kisah suka dukamu
Kubingkaikan di blogku
Tanda ku sanjungi persahabatan kita
Walaupun cuma di alam maya
Mana tahu kisahmu
Yang kuhidangkan di alam maya
Untuk pembaca alam maya
Memberi manfaat pada semua pembaca
Mana tahu ada nilaian di Sisi-Nya Aamiin
Moga saham akhirat itu dikreditkan pahala-Nya
Juga dalam akauan akhiratmu akauan akhiratku Aamin
Rakan fbku Datuk Jem Dikasihi sepenuh
Roh dan jasad
Kau juga pencetus inspirasiku untuk berkarya
Karya-karya mengenai perniagaan mu dan
Kisah-kisah mu dengan rakan-rakan fbmu
Telah menarik hatiku... sungguh menghiburkan hati tapi
Masih lagi menjaga adap sopan persahabatan
Aku amat suka caramu melayani
Semua rakan-rakan fbmu
Saling hormat menghormati
Biarpun kau dan mereka
Berdarjat, berpangkat
Bergelar Raja, Tan Sri, Datuk Sri, Dato' , Datin
Tapi itu tidak menghalang yang berpangkat
Saling hormat menghormati di antara satu sama lain
Dengan orang kebanyakan di hargai dan dikasihi
Dengan orang atasan dihormati lagi disanjungi
Berkata beradap sopan melayu sejati
Tiada makan hati
Yang ada mahu
Bertalisiraturrahim
Dalam jalinan ukhuwah
Kasih mengasihi kerana-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Laman fbmu seperti
LAMAN FB TAMAN-TAMAN SYURGA
Sekalung tahniah untukmu sahabatku
Kerana memiliki laman fb seperti
TAMAN-TAMAN SYURGA
Moga berkat menjalinkan jalinan ukhuwah kerana-Nya
Biarpun di laman FB
Allah Azzawajallah membalas dengan persabatan dipatrikan
Sehingga Di Syurga-Nya kelak
Aamin Aamin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
DATUK JEM SAHABATKU,
KAWAN SETIA SEHIDUP SEMATI;
BERSAHABATAN TANPA JEMU,
PERSAHABATAN SEWANGI KASTURI'
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI,
HARI KEMENANGAN YANG BERPUASA;
MAAF ZAHIR BAHTIN DATUK SERI.
PERSAHABATAN DIINGATI SENTIASA.
'MENYANJUNGIMU MENYAYANGIMU DEMI-NYA'
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,
SAHABATMU DARI RIMBA NIAGARA,
RABEAH MOHD ALI
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
9 hours ago · Edited · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H



DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Yang DiPuja dan DiPuji oleh semua yang ada langit dan di bumi
Yang mengaturkan hidup dan matiku
Yang mendengar segala rintihan kalbuku
Hanya pada-Mu aku mengadu segala isi hati
Hanya Kau yang faham isi hatiku
Hanya Kau penyembuh segala dukaku
Bukan pesona dunia yang menjadi tumpuanku Ya Allah
Tapi kadang kala aku terleka juga dengan pesona dunia
Yang sentiasa melalaikan aku dan melekakan aku
Makanya Ya Allah ....aku perlukan sangat
Nur Hidayah Kasih dari-Mu
Sentiasa memimpin aku ke jalan-jalan yang Kau Redhai
Hingga akhir hayat hidupku
Moga berkat segala yang Kau Redhai dalam sepanjang
Aku berhidup ...
Kau membalas cinta dan kasih-Mu padaku
Dan kalimah cintaku pada-Mu
Menjadi saksi di akhir kalamku nanti
Itulah yang kudambakan pada-Mu Ya Allah
Maka Kau Perkenankanlah segala doaku Ya Allah
Pabila bertemu dengan-Mu nanti
Aku tersenyum penuh syukur seorang hamba pada Pencipta-Nya
Yang sudi dan sentiasa sudi membalas cintaku tanpa ada syarat
Yang ada cinta dibalas cinta
Jasad dan roh terasa damai
Sedamai air di Kali Syurga
Dan indahnya di saat Pertemuan dengan-Mu
Melepasi hingga ke langit ke tujuh
Cinta Kau dan aku
Menjadi saksi tika cinta di dunia
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indah....indah...indah.. .
Bahagia rohku di kala itu
Hanya Kau yang memahami bahagianya aku di kala itu
Airmata lambang cintaku pada-Mu tika di dunia dulu
Kau balas cinta-Mu tika itu
Mahu rasanya aku menangis penuh terharu
Terharu betapa Kau
Memanglah Kekasih
Yang menepati janji
Janji-Mu pasti
Aku yakin itu
Tika berhidup di dunia dulu
Bukan Syurga-Mu yang menjadi tumpuanku
Yang kumahukan adalah Cinta-Mu dan Rahmat Kasih-Mu
Maka-Nya sebelum Kau menjemputku untuk bertemu-Mu
Berilah aku peluang membawa bekalan yang
Kau Redhai dan ada Nilaian di Sisi-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Ya Allah di bulan Ramadhan Yang Penuh
Dengan Keberkatan dan segala pintu-pintu
Syurga terbuka seluas-luas-Nya Kau makbulkan doaku ini
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN
RABEAH MOHD ALI
24 Ramadhan 1433H
13 Ogos 2012
Anda dan 1 yang lain
2 Komen
1 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIRKU
    Ramadhan Ya Ramadhan
    Sudilah menjadi sahabatku
    Sudilah menjadi temanku
    Sudilah menjadi menyokongku
    Jika kau sudi menjadi
    Sahabatku
    Penemanku
    Penyokongku
    Pasti aku bersyukur
    Dan tersungkur di sejadah cinta-Nya
    Kerana aku mahu
    Kau terus menerus
    Menyubur suburkan untuk aku
    Terus-terus beribadah ikhlas
    Semata kerana-NYa
    Bukan untuk pandangan manusia
    Tapi untuk padangan Alllah Azzawajallah
    Usiaku yang tersisa ini masih tak dapat
    Menampung amalan yang ingin aku
    Persembahakan pada Tuhanku...
    Aku malu...malu...malu...
    Untuk membawa bekalan yang
    Terlalu sedikit ini...sedangkan usiaku
    Sudah pun melewati senja
    ALLAHU AKHBAR!
    Mana tahu berkat sokonganmu Ramadhan
    Urat sarafku dan tulang belulangku dan semua
    Pacainderaku menjadi segagah pahlawan
    Fisabilillah yang hidup mati-Nya hanya
    Ke jalan-jalan Allah SWT
    Allahu Akhbar bertuahnya aku jika
    Tuah itu menyebelahiku Aamin
    Andai-Nya ini adalah ramadhan terakhirku
    Dapatlah aku membawa bekalan yang telah
    Dilipat ganjaran pahalanya berganda-ganda
    Banyak-NYa semua-Nya dalam pengetahuan
    Allah dan semua pintu-pintu ke Syurga
    Di buka seluas-Nya untuk para hamba-Nya
    Yang beribadat ikhlas kerana-Nya..
    Ramadhan Ya Ramadhan
    Berkat kami berkasih sayang ukhuwah kasih
    Dan saling memaafkan semua teman-teman kami
    Kau sudilah senyum padaku
    Agar hidupku sentiasa berada di dalam
    Rahmat Kasih-Nya yang berpanjangan
    Seumur hidupku seumur hidup kawan-kawanku
    Ramadhan Ya Ramadhan
    Yang kudambakan dalam hidup ini
    Menjadi hamba Allah yang disayangi
    Allah SWT dan di sayangi semua penghuni
    Di bumi jua di langit Aamiin
    Ramadhan Ya Ramadhan
    Ketemukan aku agar aku
    Dan semua pembaca karyaku
    Dapat beramal di malam Lailatul Qadar
    Kerana di malam itu lebih baik daripada
    Seribu bulan Aamiin
    Ramadhan Ya Ramadhan
    Jika ini Ramadhan terakhirku
    Bukakanlah hati-hati
    Kawan-Kawanku yang telah aku sakiti
    Hatinya secara sengaja atau tidak
    Memaafkan aku kerna
    Aku takut Allah SWT murka padaku
    Kerana selagi aku tidak dimaafkan oleh
    Teman-temanku pasti malanglah aku
    Tika aku berhidup di muka bumi ini
    Kerana sengaja bermusuh-musuhan dengan
    Kawan-kawanku biarpun cuma di alam maya
    Sedangkan tiada terniat di hatiku untuk
    Membuatkan mereka membenciku kerana
    Nawaitu asalkau semua yang hadir dalam
    Hidupku bagaikan
    Permata-permata dari Syurga
    Kiriman Allah SWT padaku untuk aku
    Syukuri
    Ramadhan Ya Ramdhan...
    Moga Allah SWT menerima
    Segala amalan dan niat baikku
    Kerana Alllah SWT menerima
    Semua niat-niat yang baik-baik
    Belum melakukan sudah diberi pahala
    Dilakukan lagilah pahala
    Begitulah Maha Penyayang-NYa Allah SWT
    Pada semua hamba-Nya tiada terkecuali
    Ramadhan Ya Ramadhan
    Moga aku dan semua pembaca karyaku
    Dapat beramal di bulan Ramadhan
    Dengan ikhlas kerana-Nya
    Mana tahu ini adalah Ramadhan terakhir
    Yang akan kami persembahkan kepada
    Allah SWT dan diterima dalam redha-Nya
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
    Putri Rimba Niagara
    13 Ogos 2012
    24 Ramadan 1433H
    • Suka
    • Balas
    • 8t
  • JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI
    Bismillahirrahmanirrahim
    Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
    Kau terimalah taubatku
    Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
    Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
    Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
    Kerana niatku berhidup di bumi-Mu ini ingin berbuat baik dengan-Mu dan hamba-Mu
    Tiada niat untuk berlaku zalim pada-Mu dan pada sekalian hamba-hamba-Mu
    Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
    Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumi-Mu ini
    Matikan aku dalam keadaan
    bersujud pada-Mu
    membaca Qalam-Mu
    berzikir pada-Mu
    berkata yang baik-baik
    menulis yang ada nilaian di Sisi-Mu
    berbuat kebaikan
    bersangka baik dengan-Mu dan manusia
    Ya Allah Tuhan yang kucinta
    Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
    Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
    LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
    Jika itulah yang dapat kulafazkan
    Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
    Akulah hamba-Mu yang bertuah
    Kerna aku mahu mati dalam redha-Mu
    Ya Allah Aku HambaiMu yang terlalu hina
    Kerana amalan tak seberapa ingin masuk Syurga-Mu
    Amalan tak setimpal dengan balasan Syurga-Mu
    Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
    Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
    Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
    Tapi semuanya kerana-Mu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
    Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan Syurga-Mu tapi semata kerana mendapat redha-Mu ...mendapat balasan cinta dari-Mu
    Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
    Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
    Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
    untuk mendapat redha-Mu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaan-Mu ini
    Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redha-Mu
    Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumi-Mu ini
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    Karya Putri Rimba Niagara
    24 Ramadan 1433H
    13 Ogos 2012
    • Suka
    • Balas
    • 8t
PADA HARI INI
8 tahun yang lepas
CINTA SURATAN KETENTUAN-NYA
Sudah suratan takdir cinta tercatat di Lauhmahfuz
Pertemuan antara dua hati Adam dan Hawa
Seia sekata mengikat janji terpatri
DiRedhai Allah Dalam Cinta Suratan Ketentuan-Nya.
PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
1
3 Perkongsian
Kongsi
PADA HARI INI
8 tahun yang lepas
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
BUDI BAHASA YANG SANTUN SENTIASA MENJADI BUDAYA MURNI PARA KSATRIA MELAYU.
BERSAMA OMBAK RINDU YANG MENDERU-DERU
Ya Rab
Syukur aku Kau Kurniakan padaku seorang hamba-Mu
Yang terlalu memahami dalam keadaan apa jua pun aku
Sudi berkawan denganku dan terima aku apa adanya
Hingga kadang kala yang aku tak kuat mempertahankan keikhlasannya padaku
Hinggakan aku malu pada diriku sendiri dengan kesetiaan persahabatannya denganku
Ya Rab
Aku ingin menjadi kawan yang
Sesetia pantai pada ombak
Dia adalah Kurniaan-Mu padaku
Yang terlalu amat berharga daripada permata
Begitu juga dengan rakan-rakan sastraku yang lain
Ampunkanlah aku Ya Rabb
Jika ada rakan-rakan sastraku di grup ini
Telah aku sakiti hatinya
Telah aku lukai hatinya
Tapi percayalah duhai rakan-rakan sastra semua
Tali ikatan ukhuwah kita tak pernah terputus
Malah telah kusimpul matikan sejak kita ditemukan oleh-Nya
Dan sentiasa mewangi di hati ini
Biarpun kau tak tahu aku terlalu rindukan ketika mula kita berkenalan di alam maya
Cumanya bila di fb aku tak dapat kekalkan jika kalian terus-terusan menyepi dariku
Sejujurnya sejak perpisahan itu aku terdera rindu pada kalian
Maka di bulan Ramadhan yang mulia ini aku mengirimkan maafku di angin lalu
Agar kalian berlembut hati dan sudi memaafkan aku...
Maafkan aku ye rakan-rakan yang mengenali diriku melalui karyaku-karyaku
Percayalah sekali tangan berjabat tersimpul mati dan sentiasa mewangi di hatiku
Kepada rakan fbku...
Aku merayu padamu janganlah sepikan aku
Kerana aku tak tega disepikan
Kalau seminggu bisa kok
Jangan sampai berbulan-bulan
Ku tak tega terdera rindu...
Nanti ombak rindu menderu-deru
Bagaikan pungguk rindukan bulan
Memanggil-manggil namamu
Dan bila dah jemu memanggil namamu
Tanpa balasan sahutan rinduku ke kamu
Jangan salahkan ombak rindu...
Cuma yang dapat diucapkan nanti
Rinduku rindumu telah dibawa pergi
Bersama ombak rindu yang menderu-deru....
Cuma tinggal nostalgia kasih dan sayangku padamu ...
Jangan sampai jadi begitu rakan fbku...
Jika sampai jadi begitu makanya akan terpadamlah api lilinku yang malap ini...
Adakah kau tega ???
LUAHAN HATI DARIPADA PUTRI RIMBA NIAGARA UNTUK RAKAN-RAKAN
YANG MENGENALIKU DI ALAM MAYA
MAAF AKAN KULAFAZKAN SAMPAI KAPANPUN!
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
1
5 Perkongsian
Kongsi
PADA HARI INI
8 tahun yang lepas
BUDI BAHASA YANG SANTUN SENTIASA MENJADI BUDAYA MURNI PARA KSATRIA MELAYU.
IZINKAN LILINKU BERCAHAYA BIARPUN TERLUKA
Lilin...
kau adalah aku
aku sedia berbakti dengan karyaku demi-Nya
tanpa menghiraukan diriku kian malap dimamah usia
jika api lilinku
bertambah malap izinkan lilinku bercahaya
Duhai angin...ku merayu padamu
jangan kau tega menuipnya bagi padam
aku ingin terus bercahaya
biarpun dalam keadaan terseksa
tapi aku ingin berjuang juga
untuk menerangi diriku sendiri
dan menerangi mereka yang sudi dengan cahaya
yang cuma tinggal berbaki ini
Duhai angin jika kau tiup
kerana marahmu padaku
apalah salahku....
apalah dosaku padamu
kerana aku cumalah lilin
yang berjuang bersedirian
ingin mencari jalan-jalan pulang
biarpun hati terluka
diitupmu tanpa henti
kucuba pertahankan juga
agar terus menyala..menyala apinya
menerangi diriku sendiri dan di sekelilingku yang sudi
dengan harapan hadirlah
Cahaya dari segala Cahaya
Cahaya dari segenap penjuru
Cahaya Nur Hidayah Kasih dari Ilahi
Cahaya yang terus menerus meresap
ke kalbu roh dan jasad
inilah Cahaya yang kudambakan seumur hidupku
Maka dari itu duhai angin...
aku tahu aku tak sehebatmu
aku tak sesempurna imanmu
aku cumalah hamba
yang hanya ingin
menghabiskan usiaku
bersama-sama mereka
yang ingin pulang ke Pangkuan Ilahi
Dan dengan belas ehsanmu
izinkan aku menjadi lilin
biarpun masih malap apinya dan terseksa
jangan diseksa aku lagi dengan tiupanmu yang menyakitkan aku
kerana sepanjang kau bertiup kencang tak pernah pun aku
menghalangmu kerana aku sentiasa cerminkan diriku tak sesempurnamu...
dan aku mengalah pada kesempurnaamu itu
kerana jika aku menghalangmu berdosalah aku pada Allah SWT
kerana apa yang kau miliki itu adalah kurniaan dari-Nya
makanya bertiuplah bertiuplah hingga kau tenang
tapi janganlah sesekali kau tiupkankan api lilinku
yang malap ini..izinkanlah api malapnya bercahaya
biarpun dalam keadaan derita dan terseksa
tanda kau juga menghargai Kurniaan Allah Azzawajallah padaku
Karya Putri Rimba Niagara
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
FANTASI AKAN MENJADI REALITI
Di belantara rimba niagara ini
Semua penghuni rimba
Saling berkorban
Demi sebuah perjuangan suci
Demi sebuah kedamaian dan keharmonian
Seluruh penghuni rimba
Pada Ratu Rimba Niagara
Disandarkan segala harapan
Hasrat suci murni
Teruskan perjuanganmu duhai Ratu Rimba yang disayangi
Sepenuh jiwa raga kami
Kami sentiasa menyokongmu
Di sebilang waktu dan masa
Perjuanganmu suci murni
Kau rela pertaruhkan nyawamu untuk kami
Dan kami rela pertaruhkan nyawa kami untukmu
Itu sumpahmu
Itu sumpah kami
Tinta-tintamu yang Ratu Rimba
Curahkan di kanvas alam maya
Untuk dibaca oleh semua penghuni alam maya
Kami bingkaikan indah dan dipamerkan
Di Galeri Istana Rimba Niagara
Agar menjadi khazanah
Warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara
Kami bangga dengan perjuanganmu Ratu Rimba Niagara
Kau lupakan kepentinganmu sendiri
Kau berbakti tak kira masa
Berbahasa penuh santun penuh kasih sayang
Tapi kau tetap juga dihina oleh mereka yang durjana
Kau senyum dalam duka
Kau menyambut penghinaan itu dalam redha
Dan kami terseksa
Dan kami bersumpah
Dan tak akan izinkan sesiapa melukakan hatimu lagi
Duhai Ratu Rimba Niagara Yang Dikasihi
Di Rimba Niagara inilah
Tempat bertunasnya
Cinta kasih dan sayang setulus hati
Tak akan ada kepalsuan cinta kasih dan sayang
Semuanya setulus hati
Tak akan ada cemburu
Dan dendam membara
Dan tak akan ada bahasa-bahasa yang menyakitkan hati
Semuanya berkata seiring hati
Bertutur dalam bahasa nan indah-indah
Pabila mendengarnya
Pasti tenang roh dan jasad
Seakan kita berada di Taman-Taman Syurgawi
Maka dari itu Ratu Rimba Niagara
Berpenalah semahumu
Kami sentiasa akan menyokong/memberi dukungan padamu
Dan apa yang Ratu Rimba cita-citakan
Akan kami realitikan dengan izin-Nya jua
Percayalah Ratu Rimba Niagara
Bilamana Allah Azzawajallah mengatakan
KUN FAYAKUN
Yang fantasi akan menjadi realiti
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H



KITA SALING MEMERLUKAN KAWAN!
DUHAI KAWAN ALAMMAYAKU
YANG HATINYA INDAH
SEINDAH TASIK CIPTAAN TUHAN
SEINDAH PANTAI CIPTAAN TUHAN
JIKA TIDAK ADA SETETES AIR TIDAK JADILAH TASIK
JIKA TIDAK ADA SEBUTIR PASIR TIDAK SEMPURNALAH PANTAI
MAKA KITA SALING MENGHARGAI
BAHAWA KEWUJUDAN KITA DI DUNIA INI SALING MEMERLUKAN
KERANA TUHAN TIDAK MENJADIKAN SEMUA MANUSIA PUNYAI KEPANDAIAN YANG SAMA
SEMUANYA BERBEDA
JUSTRU KITA SALING MEMERLUKAN SALING MELENGKAPI
UNTUK MENGINDAHKAN DAN MEMAKMURKAN BUMI NAN INDAH INI
INDAHKAN DI SEBALIK CIPTAAN TUHAN
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
SEMUANYA MEMERLUKAN KITA BERFIKIR BETAPA INDAHNYA HIDUP INI
JIKA KITA SALING MENGHARGAI KELEBIHAN YANG ADA PADA SETIAP INSAN
RATU RIMBA NIAGARA
6 JAMADILAKHIR 1435H
6 APRIL 2014
Siti Hafsah Asmaul husna.........diresapi dan dijabarkan membuat kita luluh di dlm nya......kita tidak siapa siapa di alam ini.....bagai debu di antara ciptaan Allah yg lainnya.......apakah masih ada sombong di hati......semoga tidak....
PERGINYA AKU
Andai aku ada kesempatan ingin aku ketemui kamu tapi adakah masanya untuk kita dipertemukan........
By: Norm Norman Mohd Yusoff
Almaklum aku disambar kesukaan pada bicara nuasa akan bahasa petesku dari saudara Abang Haji Domeng dengan ucapan terima kasehku.
Norm Norman Mohd Yusoff terima kasehku buat saudara Naga Pamungkas kerna terbiasa memberi kesukaan pada bicara hati ini...
Norm Norman Mohd Yusoff Rabeah oh Rabeah terima kaseh kerna maseh ada ruang untuk menerca buah bicara ujudku dari mentelaah huraian bicara kerapmu...
Rabeah Mohd Ali Kau sentiasa ada di hatiku
Cumanya aku rasa malu
Untuk bertandang di hatimu
Manalah tahu...ada yang marah gitu...hehehe
Aku tak tega jadi bahan kemaraan api cemburu...hehehehe
Norm Norman Mohd Yusoff Syukur alhamdulillah kerna iklas menjalin adab kesempadanan diri sesungguhnya kita bersaudara dimata Allah!
BIARPUN KITA CUMA SEBUTIR PASIR SETETES AIR
Kelemahan kita apabila ....
Berkata tak seiring hati...
Kita mudah melatah...
Seolah-olah kita yang paling sempurna
Sedangkan di mata Allah kita cumalah
Sebutir pasir
Dan sebutir pasir
Akan bermakna
Jika dia tahu tanpanya
Tak akan jadinya pantai
Dan di mata Allah
Kita cumalah setetes air
Jika tanpa setetes air
Tiadalah jadinya tasik
Makanya
Yakinlah tanpa sebutir pasir tanpa setetes air
Tiada akan jadinya pantai dan tasik
Biarpun kita cuma sebutir pasir dan setetes air
Tapi amat bermakna pada pandangan Allah Azzawajallah
Insya-Allah Aamiin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Ogos 2012
7 Syawal 1433H
Norm Norman Mohd Yusoff Rentetan garapanmu membuahkan alunan bicara naufal yang terserlah tingginya dan aku terkesima bersama jenata katakata akhirmu bahawa kita amat bermakna pada pandangan Allah
Rabeah Mohd Ali Makanya kita saling menghargai demi-Nya.
Norm Norman Mohd Yusoff Makanya kita saling berukhwah demi-Nya.
Rabeah Mohd Ali Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Norm Norman Mohd Yusoff .... Salam Syawal Minal Aidil Wal Faidzin maaf zahir batin penama Ratu Rimba Niagara sutradara Rabeah Mohd Ali ....
Rabeah Mohd Ali Salam syawal buat Pahlawan Singa
Kerana kepahlawananmu yang macho tulus
Sudikah kau kulantik sebagai
Panglima antara panglima Rimba Niagara
Kalau sudi kata sudi kalau tak tak sudi
Nggak apa-apa tak akan kecil hati...hehehehe
Norm Norman Mohd Yusoff Aku dah lama dirimba namun andai itu hajatmu maka akulah Panglima diantara Panglima....
Ratu Rimba Niagara:
Syukur Alhamdulillah moga Allah SWT membalas budi baikmu...
Selain daripada tugas panglima ...tugas mu juga setiap kali masuk waktu solat hendaklah kau mengaum semerdu suaramu agar mereka tahu sudah masuk waktu solat...kalau kau bukan singa mahu kulantikmu sebagai bilal atau imam yang mengimani seluruh penghuni rimba niagara agar semua penghuni rimba niagara mendapat keberkatan dari Ilahi.
MASIH ADAKAH PUISI CINTA?
Kadang2 aku bertanya?
Masih adakah madah cinta?
Masih adakah puisi cinta?
Masih adakah puisi terbaik?
Masih adakah cerpen terbaik?
Masih adakah cinta, kasih dan sayang?
Masih adakah ketulusan hati?
Masih adakah keluhuran jiwa?
Masih adakah...??????
Atau...
Yang tinggal hanyalah hati duit!?
Hati batu?
busuk hati?
Hati pedengki?
Jiwa kebendaan?
Pengikut hawa-nafsu setan?
Atau...atau...atau....!!!
By: Zetty Endless Love
25 Ogos 2012
BERCINTA DI SYURGA
TERPATRI DI SYURGA
Kadang2 aku tertanya-tanya?
Adakah kekasih sesetiamu?
Adakah kekasih sejujurmu?
Adakah kekasih mencintaimu kerana-Nya?
Adakah kau idola cinta Hawa dan Adam?
Makanya kudoakan moga kau
DiKurniakan cinta sesuci Adam & Hawa...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Diciptakan Hawa untuk Adam...
Untuk Adam cintai
Untuk Hawa syukuri
DiKurniakan cinta Adam...
Saling cinta mencintai
Ditemukan bukan untuk berpisah
Tapi menyatukan hati
Hingga ke hujung nyawa
Dari Syurga Adam dan Hawa bercinta
Hingga ke Syurga Adam dan Hawa ..
Mematrikan cinta
Sungguh suci cinta Adam & Hawa...
Sungguh indah....indah...indah...
Mungkin ini skrip Adam kepada Hawa...
"Hawa kau bidadariku...
Untuk aku cintai seumur hidupku"
"Adam kau bidadaraku...
Untuk aku syukuri pada-Nya seumur hidupku,"
SUBHANALLAH
Indah....indah...indah...
Cinta Adam & Hawa ...
Cinta Idola....
Bagi semua pasangan
Yang bercinta kerana-Nya
Bercinta di Syurga
Berakhir di Syurga
Cinta abadi selamanya
Istimewa kukarang madah cinta ini untukmu Zetty Endless Love
Inilah madah cinta
Inilah puisi cinta
Inilah cerpen cinta
Yang dinanti-nanti abad ini
Moga memberi manfaat
Dunia akhirat untuk semua
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
7 Syawal 1433H
25 Ogos 2012
Karya Zetty Endless Love & Ratu Rimba Niagara
25 Ogos 2012
7 Syawal 1433H
"selagi ada perempuan selagi itulah lelaki akan memberi cinta.... dan selagi ada lelaki akan pasti ada yang mendamba kesumat janji setia buat kekasih...." Zetty Endless Love
Ratu Rimba Niagara Duhai singa...
Bilakah kau sudi menjelmakan wajahmu yang sebenar...
Aku nggak tega menatap wajah garangmu itu
Kerana aku trauma yang garang-garang...hehehehe
Norm Norman Mohd Yusoff biarlah aku dengan singaku kerna tiada apa perlu untuk aku pamerkan wajahku duhai puteri rimba niagara kerna garangku bertenang tapi bicara nuasaku terpahat...
Ratu Rimba Niagara Kalau garangmu bertenang dan bicaramu nuasa terpahat
makanya beruntunglah siapa-siapa yang berbicara denganmu
pasti tiada hati-hati yang terluka atau disakiti....
Ciri-ciri calun Syurga...Insya-Allah Aamiin.
Norm Norman Mohd Yusoff ... siapalah aku untuk mengiakan telahanmu namun adakah saudari Rabeah Mohd Ali merasa ada beruntung berbicara dengan insan jolos ini... maka siapalah aku nak meluka jua menyakiti hati sesiapa sedangkan itu semuanya bidaah kehidupan!
Ratu Rimba Niagara Bagiku sesiapa saja yang sudi berkomunikasi denganku biarpun di alam maya...aku amat hargai...kerana setiap kata-katanya adalah sumber inspirasiku berkarya...kata-kata nya biarpun perih luka tetap ada nilai seni sastra untuk di bingkaikan dalam kalbu hati lalu dikongsikan kepada semua pembaca alam maya....
Kata-kata indah bermadah iman adalah mutiara
Kata-kata luka melukai adalah muhasabah diri
Kata-kata sindiran adalah pertunjuk dari-Nya
Kata-kata yang dilafaz dan ditulis akan ada malaikat mencatatnya
Dan di akhirat nanti akan diperlihatkan
Makanya kita sebagai penulis mana satu yang hendak kita pilih
Dan sesungguhnya aku takut
Jika penulisanku mewujudkan berbalahan
Kerana niat sebenar aku menulis
Mahu meraih kasih sayang-Nya
Dan berkasih sayang pada semua manusia demi-Nya
Dan berkasih sayang pada semua manusia demi-Nya
Norm Norman Mohd Yusoff Aku dah terbiasa menatap butiran terperinci hela panjang luahanmu, cakap apa saja pasti dikau dapat mendeklamasikan dari segenap aspek rujukanmu kerna disitu anugerah Allah kepadamu dan disitu jua dikau letakkan damba kesukaanmu yakni menyusun segala ayatayat pintal lagi puites untuk tatapan umum kerana niat sebenarmu hanyalah untuk meraih kasih sayangNya demi sesama insan... semoga ada keberkatan dan barokah dari niat murnimu duhai Ratu Rimba Niagara
PUISI ADALAH DUNIAKU!
Itulah namanya puisi...
Jika ada sejuta pemuisi di dunia ini
Maka sejutalah gaya penyampaian puisi
Ngak bisa sama
Yang penting difahami dan diminati oleh si pembaca
Tak kira apa juga taraf pendidikan dan kerjaya mereka
Jika puisi yang dihasilkan
Semua peringkat dapat menghayati dan memahami
Itulah kepuasan sebenar si pengkarya puisi
Bagiku puisi adalah duniaku
Semenjak rakan sastra kubilang
Setiap kata-kataku adalah puisi
Makanya aku teruja dalam dunia puisiku
Aku tenggelam dalam kata-kata puisiku
Aku taksub dengan kata-kata puisi semua rakan puisiku
Dunia yang kudambakan
Kerana terlalu taksub
Aku bingkaikan
Puisiku
Puisi rakan puisiku
Biarpun berbeda bahasa dan berbeda benua
Itu lagi kusuka
Kerana tertaksub dengan dua puisi yang berbeda
Aku campurkan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia
Biarpun ada yang akan kaget
Aku nggak kisah
Yang penting aku
Adalah aku
Cara aku berpuisi caraku
Itulah duniaku
Asalkan ada yang sudi membaca puisiku
Itu pun sudah memadai
Tak like dan tak komen pun tak apa...
Kalau sebagai teman fb
Pastinya mesti...
Kerana aku tak tega
Punyai teman fb
Yang sepi
Dalam kelu
Maka dari itu faham-faham ajelah
Jika aku sepi terus ....
Sekarang ada kah kamu faham....?
Jimmy S. Mudya?
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Ogos 2012
7 Syawal 1433H
(PETIKAN WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
25 Ogos 2012
7 Syawal 1433H
JIKA TIDAK ADA SETETES AIR TIDAK JADILAH TASIK
JIKA TIDAK ADA SEBUTIR PASIR TIDAK SEMPURNALAH PANTAI
MAKA KITA SALING MENGHARGAI

BERSAMA OMBAK RINDU YANG MENDERU-DERU
Ya Rab
Syukur aku Kau Kurniakan padaku seorang hamba-Mu
Yang terlalu memahami dalam keadaan apa jua pun aku
Sudi berkawan denganku dan terima aku apa adanya
Hingga kadang kala yang aku tak kuat mempertahankan keikhlasannya padaku
Hinggakan aku malu pada diriku sendiri dengan kesetiaan persahabatannya denganku
Ya Rab
Aku ingin menjadi kawan yang
Sesetia pantai pada ombak
Dia adalah Kurniaan-Mu padaku
Yang terlalu amat berharga daripada permata
Begitu juga dengan rakan-rakan sastraku yang lain
Ampunkanlah aku Ya Rabb
Jika ada rakan-rakan sastraku di grup ini
Telah aku sakiti hatinya
Telah aku lukai hatinya
Tapi percayalah duhai rakan-rakan sastra semua
Tali ikatan ukhuwah kita tak pernah terputus
Malah telah kusimpul matikan sejak kita ditemukan oleh-Nya
Dan sentiasa mewangi di hati ini
Biarpun kau tak tahu aku terlalu rindukan ketika mula kita berkenalan di alam maya
Cumanya bila di fb aku tak dapat kekalkan jika kalian terus-terusan menyepi dariku
Sejujurnya sejak perpisahan itu aku terdera rindu pada kalian
Maka di bulan Ramadhan yang mulia ini aku mengirimkan maafku di angin lalu
Agar kalian berlembut hati dan sudi memaafkan aku...
Maafkan aku ye rakan-rakan yang mengenali diriku melalui karyaku-karyaku
Percayalah sekali tangan berjabat tersimpul mati dan sentiasa mewangi di hatiku
Kepada rakan fbku...
Aku merayu padamu janganlah sepikan aku
Kerana aku tak tega disepikan
Kalau seminggu bisa kok
Jangan sampai berbulan-bulan
Ku tak tega terdera rindu...
Nanti ombak rindu menderu-deru
Bagaikan pungguk rindukan bulan
Memanggil-manggil namamu
Dan bila dah jemu memanggil namamu
Tanpa balasan sahutan rinduku ke kamu
Jangan salahkan ombak rindu...
Cuma yang dapat diucapkan nanti
Rinduku rindumu telah dibawa pergi
Bersama ombak rindu yang menderu-deru....
Cuma tinggal nostalgia kasih dan sayangku padamu ...
Jangan sampai jadi begitu rakan fbku...
Jika sampai jadi begitu makanya akan terpadamlah api lilinku yang malap ini...
Adakah kau tega ???
LUAHAN HATI DARIPADA PUTRI RIMBA NIAGARA UNTUK RAKAN-RAKAN
YANG MENGENALIKU DI ALAM MAYA
MAAF AKAN KULAFAZKAN SAMPAI KAPANPUN!
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
2 Perkongsian
Kongsi
PADA HARI INI
3 tahun yang lepas
IZINKAN LILINKU BERCAHAYA BIARPUN TERLUKA
Lilin...
kau adalah aku
aku sedia berbakti dengan karyaku demi-Nya
tanpa menghiraukan diriku kian malap dimamah usia
jika api lilinku
bertambah malap izinkan lilinku bercahaya
Duhai angin...ku merayu padamu
jangan kau tega menuipnya bagi padam
aku ingin terus bercahaya
biarpun dalam keadaan terseksa
tapi aku ingin berjuang juga
untuk menerangi diriku sendiri
dan menerangi mereka yang sudi dengan cahaya
yang cuma tinggal berbaki ini
Duhai angin jika kau tiup
kerana marahmu padaku
apalah salahku....
apalah dosaku padamu
kerana aku cumalah lilin
yang berjuang bersedirian
ingin mencari jalan-jalan pulang
biarpun hati terluka
diitupmu tanpa henti
kucuba pertahankan juga
agar terus menyala..menyala apinya
menerangi diriku sendiri dan di sekelilingku yang sudi
dengan harapan hadirlah
Cahaya dari segala Cahaya
Cahaya dari segenap penjuru
Cahaya Nur Hidayah Kasih dari Ilahi
Cahaya yang terus menerus meresap
ke kalbu roh dan jasad
inilah Cahaya yang kudambakan seumur hidupku
Maka dari itu duhai angin...
aku tahu aku tak sehebatmu
aku tak sesempurna imanmu
aku cumalah hamba
yang hanya ingin
menghabiskan usiaku
bersama-sama mereka
yang ingin pulang ke Pangkuan Ilahi
Dan dengan belas ehsanmu
izinkan aku menjadi lilin
biarpun masih malap apinya dan terseksa
jangan diseksa aku lagi dengan tiupanmu yang menyakitkan aku
kerana sepanjang kau bertiup kencang tak pernah pun aku
menghalangmu kerana aku sentiasa cerminkan diriku tak sesempurnamu...
dan aku mengalah pada kesempurnaamu itu
kerana jika aku menghalangmu berdosalah aku pada Allah SWT kerana apa yang kau miliki itu adalah kurniaan dari-Nya
makanya bertiuplah bertiuplah hingga kau tenang
tapi janganlah sesekali kau tiupkankan api lilinku
yang malap ini..izinkanlah api malapnya bercahaya
biarpun dalam keadaan derita dan terseksa
tanda kau juga menghargai Kurniaan Allah Azzawajallah padaku
Karya Putri Rimba Niagara
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
AKU INGIN MENJADI LILIN YANG BISA MEMBAWAKU KE SYURGA NAMUN AKU TAK MAHU MENJADI LILIN MEMAKAN DIRI SENDIRI MENINGGALKAN KEBENCIAN DI HATI MEREKA.
Kembali Gelandangan
Kongsi
PADA HARI INI
3 tahun yang lepas
RAMADHAN SUDILAH MENJADI SAHABATKU
Ramadhan Ya Ramadhan
Sudilah menjadi sahabatku
Sudilah menjadi temanku
Sudilah menjadi menyokongku
Jika kau sudi menjadi
Sahabatku
Penemanku
Penyokongku
Pasti aku bersyukur
Dan tersungkur di sejadah cinta-Nya
Kerana aku mahu
Kau terus menerus
Menyubur suburkan untuk aku
Terus-terus beribadah ikhlas
Semata kerana-NYa
Bukan untuk pandangan manusia
Tapi untuk padangan Alllah Azzawajalla
Usiaku yang tersisa ini masih tak dapat
Menampung amalan yang ingin aku
Persembahakan pada Tuhanku...
Aku malu...malu...malu...
Untuk membawa bekalan yang
Terlalu sedikit ini...sedangkan usiaku
Sudah pun melewati senja
ALLAHU AKBAR!
Mana tahu berkat sokonganmu Ramadhan
Urat sarafku dan tulang belulangku dan semua
Pacainderaku menjadi segagah pahlawan
Fisabilillah yang hidup mati-Nya hanya
Ke jalan-jalan Allah SWT
Allahu Akhbar bertuahnya aku jika
Tuah itu menyebelahiku Aamin
Andai-Nya ini adalah ramadhan terakhirku
Dapatlah aku membawa bekalan yang telah
Dilipat ganjaran pahalanya berganda-ganda
Banyak-NYa semua-Nya dalam pengetahuan
Allah dan semua pintu-pintu ke Syurga
Di buka seluas-Nya untuk para hamba-Nya
Yang beribadat ikhlas kerana-Nya..
Ramadhan Ya Ramadhan
Berkat kami berkasih sayang ukhuwah kasih
Dan saling memaafkan semua teman-teman kami
Kau sudilah senyum padaku
Agar hidupku sentiasa berada di dalam
Rahmat Kasih-Nya yang berpanjangan
Seumur hidupku seumur hidup kawan-kawanku
Ramadhan Ya Ramadhan
Yang kudambakan dalam hidup ini
Menjadi hamba Allah yang disayangi
Allah SWT dan di sayangi semua penghuni
Di bumi jua di langit Aamiin
Ramadhan Ya Ramadhan
Ketemukan aku agar aku
Dan semua pembaca karyaku
Dapat beramal di malam Lailatul Qadar
Kerana di malam itu lebih baik daripada
Seribu bulan Aamiin
Ramadhan Ya Ramadhan
Jika ini Ramadhan terakhirku
Bukakanlah hati-hati
Kawan-Kawanku yang telah aku sakiti
Hatinya secara sengaja atau tidak
Memaafkan aku kerna
Aku takut Allah SWT murka padaku
Kerana selagi aku tidak dimaafkan oleh
Teman-temanku pasti malanglah aku
Tika aku berhidup di muka bumi ini
Kerana sengaja bermusuh-musuhan dengan
Kawan-kawanku biarpun cuma di alam maya
Sedangkan tiada terniat di hatiku untuk
Membuatkan mereka membenciku kerana
Nawaitu asalkau semua yang hadir dalam
Hidupku bagaikan
Permata-permata dari Syurga
Kiriman Allah SWT padaku untuk aku
Syukuri
Ramadhan Ya Ramdhan...
Moga Allah SWT menerima
Segala amalan dan niat baikku
Kerana Alllah SWT menerima
Semua niat-niat yang baik-baik
Belum melakukan sudah diberi pahala
Dilakukan lagilah pahala
Begitulah Maha Penyayang-NYa Allah SWT
Pada semua hamba-Nya tiada terkecuali
Ramadhan Ya Ramadhan
Moga aku dan semua pembaca karyaku
Dapat beramal di bulan Ramadhan
Dengan ikhlas kerana-Nya
Mana tahu ini adalah Ramadhan terakhir
Yang akan kami persembahkan kepada
Allah SWT dan diterima dalam redha-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Putri Rimba Niagara
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H


DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Yang DiPuja dan DiPuji oleh semua yang ada langit dan di bumi yang mengaturkan hidup dan matiku
yang mendengar segala rintihan kalbuku
hanya pada-Mu aku mengadu segala isi hati
hanya Kau yang faham isi hatiku
hanya Kau penyembuh segala dukaku
bukan pesona dunia yang menjadi tumpuanku Ya Allah
tapi kadang kala aku terleka juga dengan pesona dunia
yang sentiasa melalaikan aku dan melekakan aku
makanya Ya Allah ....aku perlukan sangat
Nur Hidayah Kasih dari-Mu
sentiasa memimpin aku ke jalan-jalan yang Kau Redhai
hingga akhir hayat hidupku
moga berkat segala yang Kau Redhai dalam sepanjang
aku berhidup ...
Kau membalas cinta dan kasih-Mu padaku
dan kalimah cintaku pada-Mu
menjadi saksi di akhir kalamku nanti
itulah yang kudambakan pada-Mu Ya Allah
maka Kau Perkenankanlah segala doaku Ya Allah
pabila bertemu dengan-Mu nanti
Aku tersenyum penuh syukur seorang hamba pada Pencipta-Nya yang sudi dan sentiasa sudi membalas cintaku tanpa ada syarat yang ada cinta dibalas cinta
jasad dan roh terasa damai
sedamai air di Kali Syurga
dan indahnya di saat Pertemuan dengan-Mu
melepasi hingga ke langit ke tujuh
cinta Kau dan aku
menjadi saksi tika cinta di dunia
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
indah....indah...indah.. .
bahagia rohku di kala itu
hanya Kau yang memahami bahagianya aku di kala itu
airmata lambang cintaku pada-Mu tika di dunia dulu
Kau balas cinta-Mu tika itu
mahu rasanya aku menangis penuh terharu
terharu betapa Kau
memanglah Kekasih
yang menepati janji
janji-Mu pasti
aku yakin itu
tika berhidup di dunia dulu
bukan Syurga-Mu yang menjadi tumpuanku
yang kumahukan adalah Cinta-Mu dan Rahmat Kasih-Mu
maka-Nya sebelum Kau menjemputku untuk bertemu-Mu
berilah aku peluang membawa bekalan yang
Kau Redhai dan ada Nilaian di Sisi-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Ya Allah di bulan Ramadhan Yang Penuh
dengan Keberkatan dan segala pintu-pintu
Syurga terbuka seluas-luas-Nya Kau makbulkan doaku ini
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN
24 Ramadhan 1433H
13 Ogos 2012
Kongsi
PADA HARI INI
3 tahun yang lepas


13 Ogos 2017
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
Kau terimalah taubatku
Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku kerana aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukaiku, aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku kerana niatku berhidup di bumi-Mu ini ingin berbuat baik dengan-Mu dan hamba-Mu
tiada niat untuk berlaku zalim pada-Mu dan pada sekalian hamba-hamba-Mu
Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
jika ini hari terakhir aku berhidup di bumi-Mu ini
matikan aku dalam keadaan
bersujud pada-Mu
membaca Kalam-Mu
berzikir pada-Mu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di Sisi-Mu
berbuat kebaikan
bersangka baik dengan-Mu dan manusia
Ya Allah Tuhan yang kucinta
jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
jika itulah yang dapat kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
akulah hamba-Mu yang bertuah
kerana aku mahu mati dalam redha-Mu
Ya Allah Aku HambaiMu yang terlalu hina
kerana amalan tak seberapa ingin masuk Syurga-Mu
amalan tak setimpal dengan balasan Syurga-Mu
justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai, jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia tapi semuanya kerana-Mu Ya Allah pandanganMu yang kumahukan
dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan Syurga-Mu tapi semata kerana mendapat redha-Mu mendapat balasan cinta dari-Mu
Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah untuk mendapat redha-Mu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaan-Mu ini
Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redha-Mu
Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumi-Mu ini
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba Niagara
24 Ramadan 1433H
13 Ogos 2012
SELAMAT HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA.
Pradita Fia & 3 yang lain telah menulis di Garis masa anda.
Penulis di Perkhidmatan Minda Kreatif
2,525 pengikut
‎Pradita Fia‎ ke Ratu Rimba Niagara.
pada 13hb Ogos 2012 jam 2.47 ptg ·
MILAD RATU RIMBA NIAGARA.
By. FIAPRADITA , 13 Agustus 2012
Ya Allah ….
Terima kasih telah kau berikan kebahagiaan
Bagi Sahabat tercinta
Hari ini dibulan Ramadhan yang mulia
Adalah hari jadinya
Betapa indah karya-karyanya
Betapa luhur budi pekertinya
Dalam alunan kata dan kalimat
Dia jalin silaturahim
Dia bangun persahabatan yang hakiki
Dia si’arkan segala kebaikan
Dia tenangkan hati yang gundah
Dia sebarkan kecerian embun pagi
Berikan dia perisai Ya Rab
Agar selalu tabah dalam deritanya
Berikan dia kekuatan Ya Rab
Agar tegar menghadapi guncangan
Karena kehadirannya selalu kami rindukan
Dalam setiap deburan ombak
Dalam cahaya purnama
“ Happy Milad Ratu Rimba Niagara”
NANDA PRADITA FIA
PERMATA SYURGA
Ya Allah...
Di kala aku tak berdaya
Dalam berpena
Melakarkan kata-kata di kanvas muka buku
Dia tak jemu meniupkan api lilin
Perjuanganku ...
Seolah semangatnya masuk
Ke dalam semangatku
Biarpun dia jauh di benua sana
Biarpun dia sibuk dengan kehidupannya
Yang dipertanggujawabkan ke atasnya
Tapi masih sudi meluangkan masa
Untuk membaca karyaku dan
Tak jemu memberi semangat padaku
Hinggakan tanganku yang longlai ini
Hinggakan dunia sasteraku yang hampir nazak
Menjadi lebih bertenaga dengani izin-Mu jua
Makanya Ya Allah atas kebaikannya itu
Padaku itu Ya Allah
Kau pandanglah
Usaku usaha dia dan usaha semua rakan sastraku
Dalam berpena untuk
Meng-Agungkan-Mu
Meng-Esa-kan-Mu
Meng-Cintai-Mu
Merindui-Mu
Berbuat baik pada manusia
Berbuat baik pada-Mu
Seperti yang Kau tuntut dalam agama-Mu
Moga apa yang kami tulis ada Nilaian di Sisi-Mu Ya Allah
Itulah matlamatnya kami menulis Ya Allah
Mahukan pandangan-Mu
Mahukan Kasihan Belas dari-Mu
Di bulan Yang Maha Berkat Ini
Di mana kesemua Pintu-Pintu Syurga
Terbuka seluasnya untuk para hamba-Mu
Maka catatkanlah namaku, ahli keluargaku,
Semua sahabatku dan pembaca setia karya-karyaku
Menyokong dunia karyaku ke Syurga-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Terima kasih nanda Pradita Fia
Kerana sudi menjad rakan fb bunda
Nandalah Permata Syurga
Kurniaan dari Allah SWT
Untuk bunda hargai dan syukuri
Tanda persahabatan kita yang suci murni ini
Karyamu karyaku ...
Kubingkaikan indah
Agar dapat dikongsikan bersama
Dengan pembaca alam maya
Agar mereka tahu
Betapa indahnya
Persahabatan kita
Atas dasar sayang menyayangi
Kerana-Nya
Moga persahabatan kita dapat
Di teruskan hingga ke Syurgawi
Aamin Ya Rabal A'Lamin
YANG MENYAYANGIMU DEMI-NYA
RATU RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
‎Garjito Gondokusumo‎ ke Ratu Rimba Niagara.
pada 13hb Ogos 2012 jam 12.38 ptg ·
SALAM.Sahabatku. Ratu Rimba Niagara. ku haturkankan kata Di hari yg Bersejarah Bagimu dan bagi alam ini Dgn kelahiran seorang Yang sangat inovative dan revolusioner...Selamat Berulang tahun sukses dan sehat wal alfiat dgn Berkah dari Allah swt. Terus,terus,terus berjuang utk Khitoh Manusia sejati..Mengabdi pada sesama untuk Mencapai Habul minalallah...Alfateha...Amien ya rob...
DEMI KASIHKU PADA NEGARAMU
GARIJITO GONDOKUSUMO
Aamiin moga Allah Azzawajallah makbulkan doa ikhlasmu untukku
Bersahabat denganmu
Bagaikan mimpi di alam fantasi
Mana mungkin kau di benua sana
Menjadi rakan alam mayaku
Malah menjadi rakan seperjuanganku
Kau selalu mendorong semangat revolusioner
Agar aku terus berjuang dan berjuang
Biarpun tsunami datang membadai
Kau meyakinkan aku
Apa maknanya persahabatan
Di kala aku sudah
Sangsi dengan persahabatan suci
Dan aku lupakan arti persahabatan sangsi
Mungkin ada sebab tersendiri
Kenapa ada kesangsian dalam persahabatan
Tapi bagaimanapun sangsi persahabatan itu
Aku mahu bersangka baik
Pasti ada hikmahnya
Bertemu dan berpisah kerana-Nya
Jika kita faham falsafah itu
Pasti akan tenang jiwa kita
Tanpa mempersoalkan
Biarpun tak berkekalan di alam maya
Moga kasih persahabatan terpatri Di Syurga Aamminn
Sahabatku Garijio Gondokusumo...
Hati ini terlalu terharu
Pabila mengenangkan perjuanganmu
Mengabdikan diri untuk rakyat negaramu
Kau lupakan kepentinganmu
Kau korbankan kehidupanmu untuk rakyat
Sedangkan hidupmu sengsara hanya DIA yang tahu
Kebahagiaan untukmu bukan matlamat hidupmu
Yang ada di hatimu
Kesejahteraan rakyat
Kesejahteraan anak cucu
Murni perjuanganmu
Andai kata ku mampu
Kan kubantu perjuangan sucimu itu
Insya-Allah Aamiin
Cuma yang dapat ku bantu
Melayangkan puisi-puisi karyaku bertemakan
Para Pejuang yang telah
Berjasa kepada negaramu
Itulah cagaran cintaku
Untuk negaramu
Moga kau dan rakyat di benua sana
Sudi menerima puisi-puisi yang kukarangkan
Siapalah aku untuk mengarang puisi
Yang hebat kerana aku
Bukanlah anak pertiwi Indonesia
Yang tahu sejarah nenek moyang mereka
Tapi demi kasihku pada negaramu
Itulah semampu daya yang kukarangkan
Jika ada ketidak sempurnaan pada
Puisi yang kukarangkan maafkan aku
Duhai rakyat Indonesia yang kukasihi
Moga persahabatan di antara dua benua ini
Maka terjalinlah juga persahabatan di antara dua negara
Yang saling bekerjasama dalam ikatan ukhuwah
Rumpun Melayu Nusantara
Abadi selama-Nya
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:
RATU RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
‎Adel Fadel‎ ke Ratu Rimba Niagara.
pada 13hb Ogos 2012 jam 12.10 ptg ·
alhamdullilah..di usia emas ini doa n perbuatan setiap insan kecil di mata insan lainnya besar dimata ilahi..semoga di hari yg bahagia ini di tambahkan lantunan nada2 kasih ilahi.dan pahala diakhir kisah didunia ini.terwujudkan di syurgawi nantinya..amin mat ulang tahun ya bu..


CINTA DALAM REDHA ILAHI ITULAH CINTA SEJATI
Jika sayang kata sayang
jika rindu katakan rindu
jika cinta katakan cinta
tidak aku ternanti-nanti
jangan hari ini bilang cinta
esok hilang sayang
sayang bertukar benci
benci jadi dendam
rindu dipadamkan
makanya cinta sejati
cumalah igauan dalam mimpi
yang tak akan jadi nyata
iznkan aku kesendiriaan
menantikan pelangi cinta
membawakan kabar bahagia
cinta sejati kirimanNya
melamar cintaku demiNya...
kunantikan diperdu rindu
rindu berbunga-bunga cinta
biarpun di musim tengkujuh
tetap tak akan sepikan rindu
masih kasih dan sayang
melamar untuk merealitikan
cinta dalam redha Ilahi
itulah cinta sejati yang ditunggu
moga Allah makbulkan
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
12 Muharram 1435H
16 November 2013

KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA

Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.

Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"


TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.


JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .

ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.

BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !

SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH

'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'


As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)


WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13  Ogos 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;