SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (373) ATAS NAMA CINTA-MU
Subhanallah
SELAMAT MENUNAIKAN
SOLAT ASAR...
اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.
ALLAH ENGKAU RAJAKU ALLAH ENGKAU KEKUATANKU
Allah Kau Penciptaku
Allah Kau Rajaku
Raja Yang Menguasai Kerajaan Langit dan Bumi
Raja Yang Menguasai Di Hari Pembalasan Hari Akhirat
kusembah-Mu kerana Kau Tuhanku
kusembah-Mu kerana Kau Rajaku
hanya Engkau saja yang layak disembah
hanya Engkau saja yang layak memakai pakaian kesombongan
kerana segala yang hidup di muka bumi ini Engkaulah yang ciptakan seindah kejadian dan Engkaulah yang berkuasa mematikan yang hidup
sehebat manapun manusia tidak layak disembah kerana manusia
tidak berupaya mencipta walaupun seekor nyamuk
dan manusia akan mati
Segala takdir manusia dalam genggaman-Mu
sebab itu Engkau Pengurus takdir hidup matiku
yang terbaik ...
takdirkan hidup matiku ke jalan yang Kau redhai
agar hidup matiku dalam kebaikan
beramal dalam redha-Mu...
mencurahkan bakti kepada manusia ikhlas hati kerana-Mu...
bukan untuk dibanggakan bukan untuk mendapat pujian manusia...
Allah hanya Engkau tempat aku meminta pertolongan
Allah hanya Engkau tempat aku meminta segala hajat
sebelum aku dijemput-Mu abadi di alam akhirat...
berilah aku kesempatan menjadi hamba-Mu...
sepertimana sumpah setiaku ketika aku berada
di alam rahim ibuku
mengaku Engkau Tuhanku
hanya Engkau saja yang layak disembah
Tiada Tuhan lain kecuali Engkau
apa saja yang Engkau takdirkan padaku aku redha
dengan harapan Engkau redhai hidup matiku
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
...................................................................
aku hamba-Mu Allah Engkau Tuhanku Engkau Rajaku
9 Syawal 1435H
5 Ogos 2014
'aku ummatmu yang mencintaimu demi-Nya Ya Rasulullah Kekasih Allah,'
ATAS NAMA CINTA-MU
Duhai Kekasih hati yang Maha Penyayang izinkan kuukir cinta-Mu rindu Rasulullah Kekasih-Mu di hatiku dan di hati semua yang membaca karyaku agar dapat dibawa cinta dan rindu yang Maha Indah sampai di Langit Ke tujuh di saat roh bertemu-Mu Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
ALLAH KAU KUCINTA
ALLAH KAU KUCINTA
ALLAH KAU KURINDU
CINTA DAN RINDU
SYAHDU DI PERDU RINDU
AKU TERUJA MERAIH CINTA-MU
KU BERJALAN MENDAPATKAN CINTA-MU
KAU BERLARI MEMBALAS CINTAKU
AKU HAMPIRI-MU KAU TELAH ADA DI HATIKU
ALLAHU AKBAR HEBAT-NYA CINTA-MU
KAU TAK PERNAH HAMPAKAN AKU
KAU TAK PERNAH MENOLAK CINTAKU
MALAH KAU LEBIH MEMBALAS CINTAKU
SEDANGKAN AMALANKU TIDAKLAH BANYAK MANA
HANYA SEDIKIT DIBANDINGKAN PARA KEKASIH-MU
SIAPALAH AKU UNTUK MENDAPAT CINTA-MU YANG MAHA AGUNG
TAPI ITU TIDAK MENGHALANG ENGKAU MEMBALAS CINTAKU
ALLAHU AKBAR
MEMANGLAH ENGKAU MAHA PENYAYANG
DARIPADA SEGALA YANG PENYAYANG
MEMANGLAH ENGKAU KEKASIH
TIDAK HAIRANLAHLAH KENAPA
PARA KEKASIH-MU
BERKORBAN APA SAJA DEMI MERAIH CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
MEREKA TERPANA DALAM DZAT CINTA-MU
MEREKA RELA TINGGALKAN PESONA DUNIA DEMI CINTA-MU
SEDANGKAN AKU TIDAK MAMPU BERKORBAN SEHEBAT MEREKA
DENGAN NAMA-MU YA ALLAH
YANG MAHA AGUNG
ATAS NAMA CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
KAU BERILAH AKU
KEKUATAN
UNTUK TERUS MENCINTAI-MU
DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN
MAHUKAN HIDUP DAN MATIKU
HANYA ENGKAU MATLAMATKU
APA YANG AKU USAHAKAN
BUKAN UNTUK MENDAPAT
PANDANGAN MANUSIA
HANYA MAHUKAN PANDANGAN-MU
ANDAI APA YANG AKU USAHAKAN
BOLEH MENDEKATKAN DIRIKU PADA-MU
DAN YANG MEMBACA KARYAKU JUGA MENDEKATI-MU
BERILAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT
AKU MAHU HIDUP MATIKU
DAN SAUDARA SEISALAMKU JUA
HIDUP DAN MATI
HANYALAH KERANA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Muharram 1435H
18 November 2013M
KUGENGGAM ERAT CINTA-MU ALLAH.
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Semasa hidup sebesar zarrah kebaikan tiada apa-apa makna kepada kita tetapi di hari akhirat sebesar zarrah kebaikan didambakan dengan harapan kebaikan itu dapat meringankan azab sengsara di Padang Mahsyar.
Ahli kubur memohon kepada Allah untuk dihidupkan kembali agar dapat membuat kebaikan yang Allah redhai walaupun dengan hanya menyebut SUBHANALLAH .
Menyesal sebelum mati bahagia dunia akhirat
Menyesal sesudah mati merana sendiri menghadapi azab sengsara akhirat
Kehidupan di dunia adalah bayangan kehidupan kita setelah mati
KEHIDUPAN CUMALAH MIMPI
MATI ADALAH REALITI
Jika kita tahu pengakhiran hidup kita di mana
Kita akan membuat persiapan ke Alam Sana
TIADA YANG INDAH MELAINKAN MENDENGAR NAMA-MU ALLAH.
ALLAH SENTIASA DI SISI KITA LEBIH DEKAT DARI URAT LEHER .
ALLAHU AKBAR INDAH-NYA SENTIASA BERADA DI SISI ALLAH AZZAWAJALLAH.
Allah menduga tanda Allah cintakan hamba-Nya
Sehebat bagaimanapun dugaan-Nya kita mampu hadapi kerana Allah menduga mengikut kemampuan hamba-Nya melalui setiap dugaan-Nya.
Setiap dugaan pasti ada hikmah-Nya
untuk kebaikan dunia akhirat kepada hamba-Nya
Allahu Akbar Maha Penyayang-Nya Allah.
PENAWAR IMAN
1. Ingat Allah SWT
2. Baca Al-Quran, hayati dan amalkan dalam kehidupan.
3. Ingat mati.
Menangis kerana Allah bahagia dunia akhirat
Menangis kerana manusia rugi kerana tersakiti hati hingga mati.
TIADA SIAPAPUN TAHU NASIB SI MATI DI ALAM BARZAH
Jalan tunduk melihat tanah kerana kita akan dikebumikan
Jalan mendongak ke langit melihat keindahan cahaya Ilahi
Tanah menginsafkan
Cahaya Ilahi didambakan untuk mendapat hidayah-Nya
Agar bila dikebumikan nanti menjadi tempat istirahat yang indah
Bagaikan bidadara bidadari Syurga tidur di Taman Syurgawi..
Insya-Allah Aamiin
Setelah mati tiada siapapun tahu nasib si mati di alam barzah
Hanya si mati dengan Penciptanya saja yang tahu...
Rashid Kocai Allhamdulillah
Ratu Rimba Niagara Aamiin. Terima kasih atas persahabatan ini kerana kata-kata sahabat telah banyak mencetuskan inspirasi yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama peminat sastera ratu rimba niagara di nusantara terima kasih sahabat. Moga Allah swt merahmati hidup matimu. Aamiin.
BERKARYA KERANA-MU ALLAH
"Ya Allah bukan kerana banyaknya kebaikan dalam beramal soleh yang menyebabkan seseorang hamba-Mu Kau masukkan Syurga tapi dengan Rahmat Kasih-Mu Kau masukkan hamba-Mu ke Syurga atas kebaikan yang hamba-Mu lakukan dengan seikhlas hati. Terimalah kebaikan kami dengan pandangan Rahmat Kasih-Mu duhai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin"
JALAN HIDUP PENUH BERLIKU TAPI KITA TETAP MENUJU JALAN YANG SATU JALAN MENUJU SYURGA-NYA ALLAHU AKBAR AAMIIN
'MINDA YANG SIHAT TIADA SEMPADAN MASA ATAU USIA'
"Tuhan tidak merubah nasibnya sesuatu kaum sebelum kaum itu merubah nasibnya”
Maharaja Kutai Mulawarman.
Mustahil ada kemajuan tanpa perubahan. Orang yg tdk dapat mengubah cara berpikirnya tdk akan bisa mengubah apa-apa.
WAWASAN & TINDAKAN
WAWASAN Tanpa TINDAKAN
Hanyalah satu Igauan
TINDAKAN Tanpa WAWASAN
Berlalu begitu sahaja
WAWASAN Dengan TINDAKAN
Akan Mengubah Dunia!
Memed Stikom
Tidak Terlepas Kekhilafan Sebagai Insan Manusia Dalam Melakukan Interaksi Sesama Insan janganlah Merasa Terhina untuk minta maaf! Yang demikian itu adalah perbuatan mulia di hadapan alloh
'TUHAN TIDAK MERUBAH NASIB SESUATU KAUM SEBELUM KAUM ITU MERUBAH NASIBNYA,'
Assalamualaikum Warahmatullaahi
Wabarakaatuh ..
SALAM PAGI SAHABAT
SubhaanAllaah,Walhamdulillaah
..Maha Suci Allah.......Alhamdulilah.....Segala Puji Bagi Allah....Aamiin. .
DOA KETIKA MENDAPAT ILMU
"Ya Allah, ya Tuhan kami, tambahlah bagi kami dan jangan Engkau kurangi, muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami, berilah kami dan jangan Engkau halangi-halangi kami, pilihlah kami dan janganlah Engkau biarkan kami, redhailah kami dan redhailah pada semua usaha kami,"
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
MATLAMAT KITA SAMA MENUJU JALAN-JALAN KETUHANAN MEMBAWA KE SYURGA ALLAH INSYA-ALLAH AAMIIN
SAHABAT BERBICARA DENGANMU SEOLAH AKU BICARA DENGAN BULAN MAKIN AKU BICARA SEMAKIN BULAN BALAS DENGAN BAHASA YANG INDAH MENYEJUKKAN IMAN ALLAHU AKBAR INDAHNYA MENJADI SAHABATMU.
TUHAN MENJADIKAN SEGALANYA INDAH PADA WAKTUNYA TIADA YANG DIFIKIRKAN LAGI MELAINKAN KEBESARAN KEKUASAAN-NYA MENGATASI SEGALA-NYA KERANA DIALAH YANG MAHA MENENTUKAN SEGALA QADA & QADAR SETIAP HAMBA-NYA.
ALLAH TUNJUKKANLAH KAMI JALAN KE SYURGA-MU
CINTAILAH AKU KERANA ALLAH KERANA ITULAH CINTA YANG TELAH TERCATAT DI LAUHMAHFUZ-NYA YANG KITA SAMA IMANI DALAM KALBU IMAN.BERSYUKURLAH KEPADA-NYA KERANA DIALAH PENCIPTA CINTA DAN RINDU AGAR KITA BERSAMA MENCINTAI-NYA DAN MERINDUI-NYA SAMPAI SYURGA . INSYA-ALLAH AAMIIN.
"KITA MERANCANG ALLAH JUA MERANCANG TAPI PERANCANGAN ALLAH YANG KITA TERIMA DALAM REDHA BARULAH TENANG JIWAMU JIWAKU,"
Degupan Jantung Adakah Aku Bersyukur?
Ya Allah …
Baru kini aku tahu
betapa besarnya kuasa-MU
menjadikan setiap jantung
manusia berdegup sebanyak
seratus ribu kali degupan sehari.
Masya-Allah naifnya aku
tentang kejadian ini.
Aku terkesima dalam
ketaksupan aku tentang
Kebesaran-Mu ini
aku meratapi diriku
tentang berapa kali pula
aku bertasbih pada setiap
helaan nafasku pada-Mu
jika hendak dibandingkan dengan
seratus ribu kali degupan jantungku ini.
Ya Allah aku malu dengan diriku sendiri
kerana adakah aku tergolong hambaMU
yang mengucapkan syukur setiap nikmat
kehidupan yang Kau limpahkan padaku?
Tolonglah aku Ya Allah jadikanlah hamba-Mu
terpilih untuk mengucapkan syukur
dengan berzikir pada-Mu di sebilang masa
dan seketika selagi nafasku Kau pinjamkan!
Biar degupan jantungku ini bermanfaat
untuk roh dan jasadku ini selagi hayat
di kandung badan.
Aamin Ya Rabbal A’ lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara,
13 Mac 2011
Putra Rimba Bila bulan bicara...
Menyatakan Syukurnya Pada Ilahi....
GUBAHAN BUNGA-BUNGA SASTERAKU UNTUKMU PENGHUNI ALAMMAYA...
BUNGA-BUNGA SASTERAKU KUTERBANGKAN DI SUDUT HATIMU.
INGIN KUTEMPA SASTERAKU AGAR MENJADI SERPIHAN HATI LALU MENELUSURI JIWAMU , JIKA KAU MULA MEMAHAMI DAN MERASAINYA DI SITULAH BERMULANYA DUNIA SASTERAKU DALAM JIWAMU...... ANDAINYA ADA YANG TIDAK BERKENAN DI HATIMU DALAM DUNIA SASTERAKU TEGURLAH AKU DENGAN KATA-KATA NAN INDAH KERANA KATA-KATA NAN INDAH ITULAH YANG AKAN MENGHIDUPKAN DUNIA SASTERAKU. SETIAP HARI AKU DILIMPAHI ILHAM YANG TAK PUTUS-PUTUS DARI-NYA. KERANA KETERUJAAN ITU AKU INGIN BERKONGSI DENGAN SELURUH PENGHUNI ALAMMAYA...TIADA NIAT SEBESAR ZAHRAH PUN UNTUK BERBANGGGA DIRI.
SETIAP KALI AKU MENGARANG MENGENAI KETUHANAN, ROH, ALAM BARZAH DAN LAIN-LAIN BUKAN NIATKU UNTUK MENGAJAR SESIAPA, ITU ADALAH UNTUK MUHASABAH DIRIKU SENDIRI YANG SENTIASA LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH-NYA DI MUKA BUMI INI. JIKA KAU MASIH LAGI TIDAK MEMAHAMI DUNIA SASTERAKU MAKA JANGAN CEMUH DUNIA SASTERAKU BIARKAN SASTERAKU KESENDIRIAN BARANGKALI SASTERAKU TIDAK DAPAT BERTAHTA DI HATIMU. NAMUN BEGITU DUNIA SASTERAKU TIDAK AKAN MENGALAH AKAN TERUS BERSASTERA, AKAN KUBIARKAN CURAHAN ILHAMKU MENGALIR DI DUNIA SASTERAKU TANPA ADA SEKATAN DARIPADA MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMINYA KERANA ITU ADALAH DUNIA SASTERAKU. AKU YAKIN SATU SAAT NANTI AKAN HADIR PENGHUNI ALAMMAYA YANG MEMAHAMI DAN MERASAI KEINDAHAN DUNIA SASTERAKU....PENGAKHIRAN AKAN HANYA ADA SATU MATLAMAT KENAPA AKU BERSASTERA,,,,,, KERANA AKU MAHUKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARI-NYA AGAR BERSAMA MEMBINA JAMBATAN KE SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
18 Dzulhijjah 1437H
20 September 2016
SALAM MAAL HIJRAH 1439H MOGA AMAL SOLEH DAN KEBAJIKAN KITA DITERIMA-NYA AAMIIN
Ratu Rimba Niagara RAJA DAMBAAN RAKYAT ADALAH RAJA BERJIWA HAMBA ALLAH WALAUPUN BERDARAH RAJA TIDAK ADA RASA SOMBONG SEDIKITPUN KARENA PAKAIAN KESOMBONGAN HANYALAH UNTUK ALLAH SWT SAHAJA.
Faizal Sukemilong Ya Allah Ya Tuhan kami, Beri kami keikhlasan untuk menjalani setiap kegiatan yang kami lakukan Hari ini ϑαn berilah kesabaran yang tanpa batas. maafkan kami jika sering mengeluh . Bimbinglah kami untuk selalu bisa bersyukur atas rahmatMu.
Yaa Qudduus.
Jauhkan dari segala penyakit hati
Muliakan dan tinggikan derajat kami....
Aamin Ya Robbol Alamin.
2
- Suka
SASTERA YG INDAH AKU SUKA AKU JUGA PENULIS DAN SENIMAN MUSIK DAN PEMBUAT LAGU SENANG SAYA BERTEMU BUNDA KEMBALI 4 THN YG LALU KITA UDAH KENAL DGN ADIKKU AZMAN MALAYSIA KARNA ALLAH
MOGA KITA MATI DALAM REDHA LAGI DIREDHAI-NYA AAMIIN
salam hormat, dulu andika(saya) sering dinasihati almarhum nenek supaya sering membaca kalimat ini, tetapi waktu itu kurang faham maksudnya yang sebenar supaya sentiasa menunaikan solat, kerana bila, solat maka langsung membaca kalimat ini, mungkin waktu itu masih remaja, masa akan mengubah seseorang maka masa yang diberikan kita sama-sama menafaatkan, amin ya allah.
Ratu Rimba Niagara Moga semasa hidup kita mendapat keberkatan dari fahaman dan seiring amalan kalimah Syurga dan di akhir nafas nanti dapat melafazkan dengan lancar. Andai ratu tiada di saat nazakmu bayangkanlah ratu sedang mengajarkanmu dan begitu juga ratu membayangkan sahabat sedang mengajar kalimah Syurga barangkali inilah hikmah di sebalik kenapa kita semua ditemukan di alammaya. Allahu Akbar Aamiin.
Ratu Rimba Niagara DI SAAT NAZAK ADALAH SAAT YANG TERLALU GENTING MENENTUKAN KITA MATI DALAM REDHA-NYA ATAU MURKA-NYA
MOGA KITA MATI DALAM REDHA LAGI DIREDHAI-NYA. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA & SRI PEMANGKU ADAT
17 Sya'ban 1435H
15 Jun 2014
1
Selalu bersangka baik dengan takdir Allah jiwa jadi tenang!
Subhanallah
QALAM ILMU menambah foto 3D.
Mashaa’ALLAH , Antara Bunga Langka & Unik
Inilah the flower of patience, ia mekar setelah 7 tahun, dan bertahan selama 7 hari. Kemudian ia akan mati.
~~LaMan CinTa~~ sedang bersama Fatmawati Binti Akmal dan 36 yang lain.
Kebahagiaan selalunya tidak akan hadir sebegitu mudah. Seringkali ujian akan tiba untuk menguji kesabaran dan ketabahan di atas usaha yang dilakukan. Kerana kebahagiaan selepas ujian sudah pasti lebih manis daripada kebahagian yang dikecapi tanpa diuji….
SASTERA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
ITULAH YANG TERZAHIR
apa yang kau zahir
apa yang ku zahir
itulah ilham dari Allah
kerana setiap yang baik itu
datang dari-Nya
jika apa yang kau zahir
tak seiring apa yang ku zahir
pandangannya berbeda
tapi matlamatnya tetap sama
mahu menuju ke jalan-jalan-Nya
itulah yang terzahir...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
Alhamdulillah
TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah...dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!
SELAGI ADA USAHA
SELAGI ADA KEYAKINAN
SELAGI ADA KEPERCAYAAN
SELAGI ADA KESETIAAN
MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
UNTUK DIHADIAHKAN
KEMERDEKAAN INI
PADA ANAK BANGSA
SAMPAI BILA-BILA
Ratu Rimba Niagara
19 Ogos 2020
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTERA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
22 September 2020
0 comments:
Post a Comment