Tuesday 8 September 2020

SASTERAKU ASNUGERAH-NYA TERINDAH (308) JIWA PATRIOTIK RAJA DAN RAKYAT MALAYSIA

SASTERAKU ASNUGERAH-NYA TERINDAH (308) JIWA PATRIOTIK RAJA DAN RAKYAT MALAYSIA




Anda dan 8.5K yang lain
238 Komen
198 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan


31 Ogos 2020 - Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2020
Imej mungkin mengandungi: ‎2 orang, ‎orang berdiri, ‎teks yang berkata '‎MALAYSIA PRIHATIN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2020 DARIPADA KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG dan KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG نكلر w.istananegara.gov.my istana_negara IstanaNegaraOfficial‎'‎‎‎
Anda dan 13K yang lain
401 Komen
1.9K Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

  • Peminat Utama
    HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
    Salam Kemerdekaan dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini!
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
    "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN
    Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
    di serata pelosok bumi Malaysia.
    Biarpun kumengerti menempuh gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!
    Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
    “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila
    untuk anak cucu kita menumpang teduh!"
    Terima kasih Bapa Kemerdekaan
    akan kuingat pesananmu itu
    akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
    di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!
    Demi cintaku pada Malaysia
    akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu
    hingga ke titisan darah terakhir!
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
    Merdeka! Merdeka! Merdeka!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    PERJUANGANKU!
    Aku bukanlah seorang perwira…
    Yang gagah perkasa bersenjata.
    Aku bukanlah hartawan untuk
    membeli keperwiraan!
    Aku tak punya apa-apa…
    cuma wanita lemah tapi
    bangkit dengan satu semangat
    juang yang tak pernah padam!
    Aku dihujani penghinaan di setiap penjuru
    hinggakan aku lemah untuk terus bangun
    dalam serba tidak berkeupayaan aku bangun
    sendiri dek terpanggil semangat juang yang tinggi.
    Suara-suara yang tidak dikenalilah yang membuatkan
    aku terus berjuang! Merekalah yang telah meyakinkan
    Aku… Aku boleh! Aku boleh!
    Terima kasih suara-suara! Aku amat menghargainya
    yang aku korbankan bukan untuk diriku tapi untuk negaraku
    untuk pewarisku yang akan mewarisi negaraku yang tercinta ini!
    Yang aku mahu,bila ketiadaanku nanti
    suara-suaraku masih lagi kedengaran di setiap pelosok negaraku yang tercinta ini!
    Aku pesankan kata-kata azimat buat pewarisku tercinta,
    Hargailah Kemerdekaan!
    Akan Merdeka Selamanya!
    Aku Sayang Negaraku!
    Aku Sayang Pewarisku!
    Aku tidak maafkan diriku jika negara ini dijajah semula!
    Selagi ada bulan dan matahari
    Negaraku akan terus mengibarkan Jalur Gemilang!
    Berkibarlah! Terus Berkibar!
    Dengan Megah! Gagah! Bangga!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    GAGAH SETIA
    Kau pahlawan Allah
    Kau pahlawanku
    Kau pahlawan semua
    Kau pahlawan rakyat Malaysia
    Kau pahlawan gagah perkasa
    Kau pahlawan setia
    Kau rela korbankan dirimu
    Demi mempertahankan Ibu Pertiwi
    Kami hargai
    Kami sanjungi
    Kami berbangga punyai pahlawan
    Sepertimu
    yang gagah
    yang setia
    kepada agama bangsa dan negara
    ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
    Jasamu pahlawan
    Akan kami letak di taman hati
    Taman hati berbunga Kebangsaan Negara
    Bunga Raya berkelopak Lima:
    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
    Dengan segala prinsip Rukun Negara itulah
    Maka hidup seluruh rakyat Malaysia
    Dalam kesejahteraan dan kerahmatan dari Ilahi
    Moga Malaysia
    CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
    Berkat kesetiaan gagah perkasa
    Semua pahlawan negara
    ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
    Syukur kami pada-Mu Tuhan
    Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
    Sentiasa bersiap sedia membela Ibu Peritiwi
    Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
    Yang berjasa pada Ibu Pertiwi
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    RAJA PRIHATIN RAKYAT BAHAGIA NEGARA SEJAHTERA
    PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16
    Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
    Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
    Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
    Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
    Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
    Agong kami Raja penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
    Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    JIWA PATRIOTIK MALAYSIA!
    PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.
    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    i) Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa saling memahami;
    Negara aman tanpa sengketa,
    Cintakan negara kasih bersemi.
    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Rela berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    Seluruh rakyat sayangkan negaraku.
    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
    Jiwa tenang setenang air di kali ;
    Seruan yang indah kata yang santun,
    Pasti membaca berulang kali.
    ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!
    Salam kemerdekaan Malaysia tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilang megah berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu berkobar-kobar.
    Kau tak pernah kenal erti kalah,
    Apapun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi kekalkan kemerdekaan rakyat mesti berubah.
    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian rakyat Malaysia.
    Salam Prihatin untuk Perdana Menteri,
    Semoga hidupmu membawa keberkatan;
    Jasamu sentiasa mewangi di hati,
    Perjuangan terdahulu masih diteruskan.
    Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    Malaysia Prihatin itu yang dimahu.
    Malaysia Prihatin itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Terpancar kegembiraan Perdana Menteri.
    Terpancar kegembiraan Perdana Menteri.
    Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
    Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dijaga,
    Rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Pertahankan negara daripada musuh durjana,
    Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
    Mendapatkan Kemerdekaan negaraku yang tercinta.
    Selamat Menyambut Hari Kelahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta;
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
    Ulang Tahun Kemerdekaanmu kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
    Salam Kemerdekaan buat negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibar megah tanpa jemu.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.
    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.
    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.
    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.
    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.
    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.
    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.
    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.
    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.
    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.
    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.
    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.
    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.
    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.
    Tunku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.
    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVI
    Tersebutlah kisah Agong tersohor,
    Sultan Abdullah Raja penyabar;
    Biarpun tugas penuh mencabar,
    Agar rakyat tidak terbiar.
    Permaisuri Azizah yang bijaksana,
    Cantik rupawan bagai bulan purnama;
    Memberi sokongan kepada baginda,
    Agar rakyat terus terbela.
    Bahagia hidup keluarga diRaja,
    Dikurniakan puteri dan juga putera;
    Dibesarkan dalam adat istana,
    Ayahanda dan bonda jadi idola.
    Sultan Abdullah diputerakan,
    Disambut keputeraan penuh kesyukuran;
    Semua rakyat gembira meraikan,
    Gembira rakyat dalam perhatian.
    Pahang negeri keputeraan baginda,
    Mempunyai ilmu penuh di dada;
    Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
    Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Berbudi bahasa berhemah tinggi,
    Baginda bertitah rakyat dengari;
    Semua jemputan baginda hadiri,
    Asalkan rakyat rasa dihargai.
    Sultan Abdullah mencemar duli,
    Menziarahi rakyat bantuan diberi;
    Rakyat gembira tiada terperi,
    Kebaikan baginda lekat di hati.
    Sultan bertitah lalu memuji,
    Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
    Memerintah negara amanlah damai,
    Rakyat terbela itulah dihajati.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Rakyat mengangkat Institusi diRaja,
    Raja dan rakyat rasa bahagia.
    Sultan Abdullah selalu menyeru,
    Inginkan rakyat bersatu padu;
    Buat keputusan tidak terburu,
    Aslkan rakyat terus maju.
    Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,
    Mampu dinikmati segenap lapisan;
    Rakyat bersatu dalam perpaduan,
    Negara makmur dalam perpaduan.
    Raja dan rakyat amat rapat,
    Ke mana pergi rakyat diingat;
    Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
    Tuanku datang disambut hormat.
    Sultan Abdullah Agong ke enam belas,
    Dengan rakyat berkasihan belas,
    Tidak pernah rasa malas,
    Rakyat terbela dalam keikhlasan.
    Istana Agong tersergam indah,
    Apabila tertitah penuh bermadah;
    Pangkat yang tinggi tiada diendah,
    Bersama rakyat tetap merendah.
    Bersemayam baginda dalam istana,
    Rakyat diundang pergi ke sana;
    Raja kami yang bijaksana,
    Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
    Masalah rakyat sama dikongsi,
    Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
    Ikatan terus jadi serasi,
    Tercipta sejarah untuk generasi.
    Sukacita Agong negara maju,
    Pemerintahan Agong terus dipacu;
    Warkah dihantar Agong dituju,
    Mendoakan Agong terus di mercu.
    Putera kesayang ayahanda dan boda,
    Cemerlang negara amat sukacita;
    Raja dan rakyat berbipsah tiada,
    Bijaksana memerintah negara tercinta.
    Sejarah kesultanan patut dihayati,
    Dipelajari oleh generasi terkini;
    Personaliti Raja amat dikagumi,
    Ke mana pergi tetap dihormati.
    Pemerintahan Agong adil saksama,
    Cadangan rakyat semua diterima;
    Minta Perdana Menteri beri kerjasama,
    Agar negara jadi ternama.
    Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,
    Ke mana pergi pentingkan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Sultan Abdullah Agong ternama,
    Berjiwa rakyat adil dan saksama;
    Pentingkan rakyat walau di mana,
    Galakan rakyat sentiasa bekerjasama.
    Selamat menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong,
    Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
    Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
    Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
    Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
    Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Ampun tuanku,
    Daulat tuanku,
    Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
    'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
    seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
    Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
    Ampun Tuanku
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah di dunia jua di akhirat
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!
    di sini tanah tumpahnya darahku
    tak akan kubiarkan
    biarpun seinci diceroboh musuh durjana
    akan aku pertahankan
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    di sini tanah tumpahnya darahku
    cintaku pada ibu pertiwi
    setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
    tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
    dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
    siapa yang berani menentang
    akan aku tentang
    akan aku lawan
    biarpun nyawa jadi taruhan
    di sini tanah tumpahnya darahku
    demi ibu pertiwi
    aku rela dihujani peluru
    bermandikan darah
    asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
    daripada segala ancaman musuh durjana
    di sini tanah tumpahnya darahku
    Angkatan Tentera Darat Malaysia...
    sentiasa bersiap siaga
    mempertahankan ibu pertiwi
    kami tak takut mati bila berada di medan juang
    kami berjuang...berjuang...berjuang....
    hingga ke titisan darah terakhir
    untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
    sekali kami melangkah ...langkah kami adalah langkah seorang pejuang
    Duhai rakyat Malaysia di luar sana
    Jangan bimbang
    Jangan takut
    Keselamatan negara masih terkawal
    Angkatan Tentera Malaysia...
    Sentiasa berjaga-jaga ..memantau...
    Di setiap inci bumi Malaysia
    Masuh datang kami tentang
    Kami lawan
    Kami perang habis-habisan
    Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
    Kami pasukan tentera yang berani mati
    Demi kerana agama bangsa dan negara
    Kami Angkatan Tentera Malaysia
    Semuanya terlatih mahir dalam berperang
    Kami dilatih untuk berani mati
    Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
    Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
    Andainya kami gugur di medan juang...
    Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
    Dan kirimi doa restu
    Agar kami aman di Sana...
    Duhai musuh durjana
    Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
    Ketahuilah kamu ...
    Sekali benderaku berkibar dengan laungan
    Merdeka!Merdeka!Merdeka! Oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
    Selamanyalah kekal merdeka...
    Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
    Jika kamu berani silakan....
    Angkatan Tentera Malaysia
    Tak akan biarkan....
    Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
    Tak akan kami biarkan....
    Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
    Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
    Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
    Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
    Berada di medan juang
    Kami mahu mati dalam perjuangan
    Perjuangan demi cintakan-Nya
    Matlamat kami mati syahid di medan perang...
    Moga Allah makbulkan doa kami
    Aamiin Ya Rabbal Lamin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    TERIMA KASIH PM KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
    Sekalung tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perlantikan
    sebagai Perdana Menteri ke-8.
    Kehadiranmu tepat pada masanya di kala rakyat amat memerlukan
    seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat.
    "Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan
    melantik saya sebagai Perdana Menteri.
    Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia
    Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan
    fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan
    Persekutuan.
    Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah
    melalui pilihanraya. Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat
    sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
    Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat
    Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.
    Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina,
    saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun,
    Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik,
    saya adalah Perdana Menteri saudara.
    Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk rakyat
    dan negara.
    Terus mencurah bakti kepada rakyat, walaupun saya
    bukan pilihan rakyat tapi saya dan semua jemaah menteri
    di bawah pemerintahan saya, akan cuba sedaya mampu membantu rakyat
    tanpa seorang pun dipinggirkan semuanya akan mendapat perhatian!"
    Baharu saja menyandang jawatan Perdana Menteri
    tanpa diduga berlakunya penularan wabak COVID-19 justeru kerajaan mewajibkan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian COVID -19. Jika perintah ini tidak dipatuhi, segala tindakan akan menjadi sia- sia. Setiap nyawa rakyat Malaysia terlalu berharga justeru kerajaan melindungi daripada terkena jangkitan wabak COVID-19.Kerana memahami kesusahan rakyat akibat
    penularan wabak COVID-19 pelbagai pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat dilancarkan di mana semua golongan rakyat dibantu tanpa tanpa seorangpun dipinggirkan.
    Subhanallah baru menyandang jawatan Perdana Menteri sudah membuktikan kemampuan membantu dan memperjuangkan nasib rakyat.
    Dalam ujian ada rahmat, rakyat menerima bantuan dalam rasa syukur dan gembira.
    Syukur Alhamdulillah dikurniakan seorang Perdana Menteri pemurah, bertangggungjawab, mengasihi dan mementingkan rakyat daripada kepentingan sendiri.
    Rakyat terpegun dengan keluhuran budi dan pengorbananmu.
    Kaulah Perdana Menteri yang didambakan rakyat.
    Moga dipanjangkan usia untuk terus menerajui tampuk pemerintahan
    kini dan akan datang.
    Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadi
    Perdana Menteri kami, menabur bakti bersama
    Jemaah Menterimu.
    Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiap masalah rakyat kami
    juga menyayangimu.
    Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggi
    sebaris para nabi kekasih Allah kerana pemimpin
    yang adil dan amanah. Insya-Allah Aamiin.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 April 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat Malaysia tercinta)
    "Moga semua usahawan yang telah menerima bantuan kerajaan bagi merancakkan ekonomi rakyat apabila berjaya nanti dapat membantu kerajaan pula agar Malaysia terus Cemerlang! Gemilang! Terbilang! Dalam negara dan antarabangsa itulah matlamat Kerajaan Perikatan Nasional memberi bantuan kepada rakyat. Terima kasih Perdana Menteri, terima kasih Menteri Kewangan dan terima kasih para Jemaah Menteri yang bertungkus lumus menggalas tanggungjawab membela nasib rakyat dengan jayanya. Tahniah semuanya."
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
    Sultan Abdullah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
    Institusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.
    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.
    Sultan Selangor raja dihormati,
    Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
    Seluruh rakyat menyayangi Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja suka kebajikan.
    Sultan Nazrin Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjung rakyat Perak.
    Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.
    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat bekerjasama.
    Negeri Terengganu pesat membangun,
    Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
    Sultan Mizan bersopan santun,
    Rakyat Terengganu amat terpesona.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    YA ALLAH PERKENANKAN DOA KAMI
    Ya Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.
    Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....
    Doa rakyat membawa rahmat... insy-Allah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara..
    MERCU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.
    Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”
    Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
    Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.
    Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.
    Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.
    (Disiarkan bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Skesejahteraan hah Al-Musta'in Billah)
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    KULAUNGKAN MERDEKA SENDIRIAN
    Setiap kali merdeka
    kulaungkan merdeka sendirian
    kulaungkan di teratakku
    di kelilingi gambar semua Perdana Menteri Malaysia
    di seluruh dinding teratakku
    di penuhi Jalur Gemilang
    Setiap kali detik 12 malam 31 Ogos setiap tahun
    kulaungkan merdeka sebanyak 7 kali
    Jalur Gemilang di dinding teratakku berkibar megah
    apabila kulaungkan merdeka
    kulaungkan sepenuh hati penuh syahdu
    kubayangkan ketika kulaungkan
    ke semua Perdana Menteri
    yang telah berjasa pada Malaysia
    melaungkan bersamaku...
    mereka bergandingan tangan
    sambil menitiskan air mata syahdu
    Terima kasih Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman
    Terima kasih Bapa Perpaduan Tun Abdul Razak
    Terima kasih Bapa Patriotisme Tun Hussein Onn
    Terima kasih Bapa Pemodenan Tun Mahathir Muhammad
    Terima kasih Bapa Minda Kelas Pertama Tun Abdullah
    Terima kasih Bapa 1Malaysia Dato' Seri Najib
    Terima kasih Tun Mahathir Perdana Menteri ke- 7
    Terima kasih Bapa Kebajikan Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin
    Syukur Alhamdulillah dengan Izin-Nya jua ku telah berjaya
    mengarangkan buku teristimewa ke semua Perdana Menteri
    Malaysia untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.
    Jasamu duhai ke semua Perdana Menteri Malaysia
    tak dapat kami balas
    moga Allah SWT saja yang dapat membalas
    dengan balasan Syurga Insya-Allah Aamiin.
    Walaupun sendirian kulaungkan merdeka
    tapi kurasakan
    aku paling bahagia
    kerana aku tak kesendirian
    setiap kali kulaungkan merdeka
    teratakku yang berdekatan dengan persisir pantai
    bergema di seluruh pantai
    Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka! Merdeka!
    Ahh! Bahagia tanpa penghujung
    Syukur Alhamdulillah
    Negaraku telah merdeka 63 tahun!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2020
    (Disiarkan Bersempena Hari Kebangsaan ke - 63
    bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat Tuanku
    Salam Kemerdekaan ke 63
    Kacak n cantik Ketua Negara Malaysia
    Saya bangga sgt2

  • DAULAT TUANKU ! DYMM SPB YDP AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE 63 DAN SEMOGA TUANKU SERTA RAJA PERMAISURI DIRAHMATI ALLAH SWT, RAKYAT BERSATU PADU DAN NEGARA TERUS MAKMUR DI BAWAH PEMERINTAHAN TUANKU. AMPUN TUANKU ! ❤️🇲🇾❤️… 
    Lihat Lagi
    • Suka
    • Balas
    • 1m
    • Telah disunting
  • DAULAT TUANKU 🙏terbaik. semoga tuanku dikurniakan keredhaan allah dan dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang hayat Aamiin ya rabbal alamiin.. Alhamdulillah selamat hari merdeka ke 63.merdeka!merdeka!merdeka!🇲🇾💖💖💖💖💖
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • DAULAT TUANKU...
    MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA...
    ALLAHUAKBAR... SAYA MEWAKILI SELURUH RAKYAT MALAYSIA MENDOAKAN, SEMOGA TUANKU DAN PERMAISURI DI PANJANGKAN UMUR... DI MURAHKAN REZEKI DAN SENTIASA SEHAT WALA'FIAT... Aamiinnnn...SEMOGA NEGARA MALAYSIA DI LIMPAHI NIKMAT DAN RAHMAT OLEH ALLAH SWT... Aamiinnnn...
    • Suka
    • Balas
    • 1m
    • Telah disunting
  • Daulat tuanku..selamat menyambut hari kebangsaan..moga Tuanku, Tuanku Permaisuri & insititusi diraja di payungi rahmat Allah, sejahtera sentosa dunia akhirat..Tuanku telah menyelamatkan Negara..junjung kasih tuanku
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Ampun tuanku!sembah patik harap diampun..tanah rizab melayu telah bnyak terjual kepada bangsa asing,semoga tuanku sentiasa didalam lindungan Allah S,w,t...
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Patik ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke- 63 kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan sekeluarga MERDEKA MERDEKA MERDEKA Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku
    7
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • DAULAT TUANKU
    DAULAT TUANKU
    Selamat Hari
    Kebangsaan ke 63 #merdeka 31 /8/2020
    Play GIF
    Tenor
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    DAULAT TUANKU 🇲🇾 Selamat Hari kemerdekaan negara Malaysia ke 63.#merdeka
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat tuanku semoga tuanku sehat selalu dan di panjangkan umur nya insyaallah sempena hari merdeka semoga tahun ini malaysia cemerlang gemilang dan terbilang membawa tuah Barakoh insyaallah tuang ku allahu Akbar allahu Akbar allahu Akbar Aamiin Daulat tuanku Assalamualaikum tuanku
    • Suka
    • Balas
    • 1m


  • SELAMAT HARI MERDEKA KE 63, SEMOGA MALAYSIA AMAN DAMAI DI BAWAH PEMERINTAHAN TUANKU RAJA DAN PERMAISURI AGONG..SIHAT SEJAHTERA DI LINDUNGI ALLAH SWT..
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Selamat hari KeMerdekaan.. DAULAT Tuanku.. moga rahmat untuk semua.. amen.. 👍👍👌
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat Tuanku..Selamat Hari Kemerdekaan ke-63..
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    Daulat Tuanku...semoga negara terus aman dan sentosa dibawah pemerintahan DYMM Tuanku..aamiin ya Allah...Merdeka.
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat tuanku smoga sihat selalu slamat hari kbangsaan y ke 63
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. selamat menyambut hari kebangsaan.
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Segak Tuanku bersama pemaisuri tersayang.semoga semua sehat2 n dipnjngkan usia.amin2
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat tuanku
    Didalam nanguan tuanku
    Allah telah memberi keamanan Dan keselamatan untuk kita semua dapat menyambut hari kemerdekaan negara ke 63 . Semoga kemerdekaan kekal untuk selama lama nya.
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • DAULAT TUANKU...
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Ampun tuanku selamat menyambut hari kebangsaan Merdeka MALAYSIA.
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    Happy 63 independence day buat Tuanku berdua..
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 63 untuk seluruh rakyat malaysia... MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!!!!!!!!!!....... 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat Tuanku
    Salam Kemerdekaan yg ke 63
    Dirgahayu Tuanku
    Allahuakbar
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat Tuanku! Selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara ke-63.
    Semoga Malaysia aman dan makmur di bawah teraju Tuanku.
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA YANG KE-63
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Selamat Hari Kebangsaan 2020 🇲🇾 . Semoga Malaysia Terus Maju Jaya Dibawah Pemerintahan Tuanku 🙏🏼👑
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat tuanku...semoga panjang umur ..terima kasih berjiwa rakyat
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat Tuanku...Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2020 yg ke 63
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat tuanku...slmt myambut hari kebangsaan 2020 yg ke 63 buat tuanku serta semua rakyat malaysia
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yg Ke - 63
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 63......merdeka 7 x.....
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat Tuanku
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat Tuanku selamat hari kemerdekaan Negara ke63. ALLAH kurniakn lh keredaan dn rahmat ny kaseh sayang selama ny pda Tuanku berdua
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Daulat Tuanku
    • Suka
    • Balas
    • 1m



Alhamdulillah


TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah...dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!

SELAGI ADA USAHA
SELAGI ADA KEYAKINAN
SELAGI ADA KEPERCAYAAN
SELAGI ADA KESETIAAN
MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
UNTUK DIHADIAHKAN
KEMERDEKAAN INI
PADA ANAK BANGSA
SAMPAI BILA-BILA Ratu Rimba Niagara
19 Ogos 2020

HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
9 September 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;