SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (423) GRUP PUJANGGA
RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
Dikongsi dengan Hanya saya
GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
Terima kasih Habib MA Assaggaf
Duhai Habib
Yang berbintang Leo
Kau memang cerdik
Kau memang pandai
Kau memang kreatif
Apa yang kumahukan
Apa yang kuimaginasikan
Semuanya kau laksanakan
Dengan begitu baik sekali
Setiap yang kau lakarkan
Ada makna yang tersurat dan tersirat
Grup yang ada di mindaku
Sejak berkurun lamanya
Kau jelmakan dalam realiti
Hebat kamu!
Imaginasi yang tinggi
Kau realitikan dengan imaginasimu
Pemikiran tahap minda mu
Kuberikan taraf 5 bintang 5 benua
Kerana apa yang kumahu
Kau lakarkan di kanvas
Grup PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
Kau lakarkan dengan jelas
Tanpa satu pun tercicir
Biarlah grup
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
yang di bina
Atas dasar mencintai
Sastra Sampai Mati
Menjadi wadah perjuangan
Semua pencinta-pencinta
Sastra SeNusantara
5 Benua 5 Samudra
Dapat dipadukan
Dengan jayanya
Dengan rasa jiwa
Yang terlalu hamba
Tiada mahu mendabik dada
Akulah yang terhebat bersastra
Yang ada di Grup
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 Benua
Adalah menjadi moyang yang
Pengasih Pengayang
Kepada Anak Cucu
SeNunsantara
Kerana
Sastra SeNusantara
Moyang tinggalkan
Untukmu duhai
Cucunda tersayang!
Kenangilah moyang-moyangmu
Di grup
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
Dalam doamu...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Sept 2012
(ADMIN GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
SURAT JAWAPAN DARIPADA ADMIN GRUP KEPADA RATU RIMBA NIAGARA
& SURAT RAYUAN RATU RIMBA NIAGARA KEPADA ADMIN GRUP PONDOK
PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA.
Temul Amsal .
Menjawab pertanyaan anda :
1. Admin grup adalah dua orang, yaitu saya dan Wak Pantun Nusantara
2. Admin selalu memantau kegiatan di wall grup
3. Gambar dan nama asli merupakan syarat wajib bagi anggota, setidak2nya anggota melaporkan nama dan gambar aslinya kepada Admin.
4. visi = memasyarakatkan budaya melayu ke segenap nusantara.
misi = membiasakan diri untuk mahir berpantun secara spontan.
5. Bagi yang berpantun menyalahi aturan yang telah ditentukan, seperti mengejek, memperselisihkan unsur sara, politik dan asusila, akan di blokir oleh admin isi pantun tersebut, apabila dianggap perlu langsung dengan pemantunnya.
6. Karena halaman ini adalah halaman dikhususkan untuk berpantun, maka muatan tulisan sajak, syair, cerpen, berita dan sejenisnya tidak di benarkan.
WARKAH RAYUAN UNTUK ADMIN GRUP PONDOK PANTUN
PERSAHABATAN NUSANTARA
Duhai admin saudara Temul Amsal & Wak Pantun ...
Saya ini peminat sastera puisi, pantun, syair, gurindam dan apa saja
yang berbentuk sastera...boleh tak saya beri cadangan ..mengizinkan saya menyiarkan sajak pantun gurindam syair di sini...dan jika ada yang berminat membalas apa yang saya siarkan..membalas cara pantun berpandukan tema yang ada ...ini bertujuan memperkembangkan karya-karya saya di kupas cara pantun. Apakah boleh dipertimbangkan? Jika tiada yang sudi memjawab puisi dan gurindam pantun saya admin berhak melupuskan apa yang saya siarkan.. kerana di mana-mana grup saya siarkan karya saya tanpa syarat ...bertujuan untuk saling berbagi ilmu dan itu adalah salah satu minat saya yang tak dapat dielakkan dan itu salah satu mengapa saya bertahan di grup bersebut. Dan saya tidak akan kecil hati jika karya saya dilupuskan pihak admin. Harap admin boleh pertimbangkan rayuan saya ini.
Jika tak boleh tak apa
Jika boleh saya suka
Jika tak boleh juga
Siapalah saya untuk bersuara.
Maaf ye kerana taksub dengan dunia sastera makanya saya
sudi menjadi grup ini....ini sekadar rayuan saya kepada
dua admin yang budiman
Duhai admin yang budiman
Sudilah pertimbangkan rayuan
Rayuan saya jangan disepikan
Hati ini pasti dalam kekecewaan
Ada ubi ada batas
Ada hari boleh dibalas
Budi baik tuan tak dapat dibalas
Moga Allah juga dapat membalas
Saya memang suka berpantun
Syair puisi gurindam saya suka juga
Dapat ilham dalam berpantun
Syair puisi gurindam cerpen tak dapat dipisahkan.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
5 Oktober 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA &
GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA )
Ratu Rimba Niagara shared Prince Abdul Malik's photo.
September 25
ISTIADAT BERSANDING PENGANTIN DIRAJA DI BALAI SINGGAHSANA INDERA BUANA ISTANA NURUL IMAN
Cantiknya Puteri bagaikan bidadari,
Berpakaian pengantin berseri-seri;
Senyuman menyambut tetamu disayangi,
Ayahanda bonda rasa syukuri.
Pernikahan pengantin mendapat restu,
Mendapat restu ayahanda bonda;
Ikatan pengantin sentiasa direstu,
Mengundang keberkatan puteri diRaja.
Sama cantik sama padan,
Sama bijak sama pandai;
Sama soleh sama beriman,
Sama-sama mencintai Ilahi.
Pengiran Muhammad Ruzaini putera beriman,
Menjalani upacara pernikahan penuh debaran;
Dinikahkan dengan Puteri Sururul cantik rupawan,
Dengan sekali lafaz disambut dengan kesyukuran.
Selepas dinikahkan semuanya berdoa,
Mendoakan moga Allah memberkati;
Ikatan pasangan pengantin diRaja,
Bahagia abadi hingga ke Syurgawi.
Kacaknya Pengiran Muhammad Ruzaini,
Menjadi pilihan si puteri rupawan;
Beriman beramal soleh itu diingini,
Diterima lamaran penuh kesyukuran.
Di balai Singgahsana Indera Buana Istana,
Dijalankan istiadat berbedak pengantin diRaja,
Semua tetamu melihat rasa terpesona,
Adat istiadat melayu dibanggai kerabat diRaja.
Puteri Hafizah Sururul bagaikan bidadari,
Berbudi bahasa bersopan santun;
Pengiran Muhammad Ruzaini jatuh hati,
Pada Puteri Sururul bidadari kesayangan.
Pengiran Muhammad Ruzaini beriman orangnya.
Menjalani istiadat berbedak pengantin diRaja;
Upacara di Balai Singgahsana Indera Buana Istana,
Memartabatkan adat istiadat kerabat diRaja.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
25 September 2012
(PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PUTERI HAFIZAH SURURUL & PENGIRAN MUHAMAMD RUZAINI MOGA CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN)
(PETIKAN DARIPADA WALL PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
4 Oktober 2012
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA
BAHAGIA BILAMANA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA BERPADU SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA SEPERTI KUNTUMAN BUNGA-BUNGA DI TAMAN SYURGA MEWANGI DI HATIMU DI HATIKU DI HATI DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA MENEROBOS KE ANGKASARAYA MENYATAKAN INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
BERTABURAN PERMATA-MATA SYURGA
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
DI DARAT MENJADI BUNGA-BUNGA SYURGA
DI LAUTAN MENJADI PULAU DAMBAAN HAMBA YANG MENCINTAI-NYA
CINTA- NYA MENJADI BURUAN PENCINTA-NYA
CINTA-NYA MENJADI DAMBAAN PENCINTA-NYA
JIKA SYURGA MENJADI DAMBAAN
MAKA RUGILAH MATLAMAT HIDUP SEBENAR
SYURGA TANDA CINTA YANG DICINTAI DIBALAS-NYA
KERANA ITU PASTI
KERANA JANJI-NYA ADALAH PASTI
TAPI YANG PASTI KITA SALING SAYANG DAN KASIH DEMI-NYA
KITA BERSAMA MENUJU KE JALAN-NYA
DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT BERTEMU DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
MERENTANG BUMI MERENTANG LANGIT YANG TERBENTANG LUAS
SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA...
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
KASIHKU KASIH LIMA BENUA
SENTIASA MEWANGI
SEWANGI SETULUS CINTA LIMA BENUA
SEWANGI KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SYURGA
SYUKUR YA ALLAH KAMI MAHU PULANG KEPADA-MU
DALAM HATI YANG SUCI BERSIH
SALING SAYANG MENYAYANGI KERANA-MU
TIADA YANG LAIN DIFIKIRKAN HANYALAH
MAHUKAN RAHMAT DAN NUR KASIH-MU
YANG ABADI HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Okt 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & WALL KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & WALL H.H. SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL PRINCE ABDUL MALIK)
WWW
WARKAH ISTIMEWA UNTUK YMA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA
YM Kedaton Kraton Wahyu Utama yang sentiasa disanjungi...
Sejak di awal perkenalan lagi YM sudah menghargai karya-karya Ratu Rimba Niagara
hingga dirasakan terharu penuh syukur.
Di kala Ratu Rimba Niagara hampir berputus asa YM lah yang sudi meniupkan semangat
untuk hamba berkarya terus berkarya tanpa jemu tanpa bosan...
terima kasih YM...moga Allah Azzawajalla sahaja yang dapat membalas
segala budi baik YM Aamiin.
Percayalah pertemuan kita sudah diaturkan oleh-Nya sejak azali lagi
untuk sama-sama menjayakan cita-cita kita,
biarpun terlalu banyak onak dan duri perlu ditempuhi kita teruskan juga
perjuangan ini demi bersama memartabatkan warisan seni budaya bangsa
SeNusantara untuk disebarluaskan hingga seluruh penjuru dunia. Inilah
KAWASAN ALAM PESONA WISATA BUDAYA AGUNG NUSANTARA CAHAYA
BUDAYA PERDAMAIAN DUNIA.
Didoakan moga segala apa yang YM usahakan bersama-sama
kumpulan YM untuk menjayakan cita-cita yang murni ini berjaya
menggapai bintang di langit ke tujuh dan bintang itu untuk dihadiahkan
kepada anak cucu SeNusantara Insya-Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamin.
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada :
Ratu Rimba Niagara
5 Oktober 2012
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTERA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
5 Oktober 2020
www
0 comments:
Post a Comment