Friday, 9 October 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (441) TUAN PUTRI


SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (441) TUAN PUTRI



PANTUN ISTIADAT BERSANDING PENGANTIN DIRAJA BRUNEI
DI BALAI SINGGAHSANA INDERA BUANA ISTANA NURUL IMAN
Cantiknya Puteri bagaikan bidadari,
Berpakaian pengantin berseri-seri;
Senyuman menyambut tetamu disayangi,
Ayahanda bonda rasa syukuri.
Pernikahan pengantin mendapat restu,
Mendapat restu ayahanda bonda;
Ikatan pengantin sentiasa direstu,
Mengundang keberkatan puteri diRaja.
Sama cantik sama padan,
Sama bijak sama pandai;
Sama soleh sama beriman,
Sama-sama mencintai Ilahi.
Pengiran Muhammad Ruzaini putera beriman,
Menjalani upacara pernikahan penuh debaran;
Dinikahkan dengan Puteri Sururul cantik rupawan,
Dengan sekali lafaz disambut dengan kesyukuran.
Selepas dinikahkan semuanya berdoa,
Mendoakan moga Allah memberkati;
Ikatan pasangan pengantin diRaja,
Bahagia abadi hingga ke Syurgawi.
Kacaknya Pengiran Muhammad Ruzaini,
Menjadi pilihan si puteri rupawan;
Beriman beramal soleh itu diingini,
Diterima lamaran penuh kesyukuran.
Di balai Singgahsana Indera Buana Istana,
Dijalankan istiadat berbedak pengantin diRaja,
Semua tetamu melihat rasa terpesona,
Adat istiadat melayu dibanggai kerabat diRaja.
Puteri Hafizah Sururul bagaikan bidadari,
Berbudi bahasa bersopan santun;
Pengiran Muhammad Ruzaini jatuh hati,
Pada Puteri Sururul bidadari kesayangan.
Pengiran Muhammad Ruzaini beriman orangnya.
Menjalani istiadat berbedak pengantin diRaja;
Upacara di Balai Singgahsana Indera Buana Istana,
Memartabatkan adat istiadat kerabat diRaja.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
25 September 2012
(PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PUTERI HAFIZAH SURURUL & PENGIRAN MUHAMAMD RUZAINI MOGA CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN)
(PETIKAN DARIPADA WALL PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
4 Oktober 2012
UCAPAN SELAMAT PENGANTIN BARU
Selamat Pengantin Baru
Buat pasangan mempelai diRaja Brunei
Sama cantik sama padan
Bagaikan pinang dibelah dua
Sehati sejiwa
Saling cinta mencintai
Moga bahagia dunia akhirat
Mematrikan cinta hingga ke Syurgawi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Ingatan tulis ikhlas daripada:
Ratu Rimba Niagara
Admin Group Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
9 Oktober 2012
DISIARKAN DI WALL SULTAN BRUNEI SULTAN HASSANAL BOLKIAH, PRINCE ABDUL MALIK, PERKUMPULAN KARATON NUSANTARA, KARATON NUSANTARA, YM KEDATON KRATON
WAHYU UTAMA, TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH,
TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & GRUP PUJANGGA RATU
RIMBA CINTA 5 BENUA & SASTERA MUZIKA SENUSANTARA (SMS)
@ RAMLEE WAHAB @ DJ RAMZ)
9 Oktober 2012
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA
BAHAGIA BILAMANA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA BERPADU SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA SEPERTI KUNTUMAN BUNGA-BUNGA DI TAMAN SYURGA MEWANGI DI HATIMU DI HATIKU DI HATI DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA MENEROBOS KE ANGKASARAYA MENYATAKAN INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
BERTABURAN PERMATA-MATA SYURGA
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
DI DARAT MENJADI BUNGA-BUNGA SYURGA
DI LAUTAN MENJADI PULAU DAMBAAN HAMBA
YANG MENCINTAI-NYA
CINTA- NYA MENJADI BURUAN PENCINTA-NYA
CINTA-NYA MENJADI DAMBAAN PENCINTA-NYA
JIKA SYURGA MENJADI DAMBAAN
MAKA RUGILAH MATLAMAT HIDUP SEBENAR
SYURGA TANDA CINTA YANG DICINTAI DIBALAS-NYA
KERANA ITU PASTI
KERANA JANJI-NYA ADALAH PASTI
TAPI YANG PASTI KITA SALING SAYANG DAN KASIH DEMI-NYA
KITA BERSAMA MENUJU KE JALAN-NYA
DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT BERTEMU DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
MERENTANG BUMI MERENTANG LANGIT YANG TERBENTANG LUAS
SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA...
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
KASIHKU KASIH LIMA BENUA
SENTIASA MEWANGI
SEWANGI SETULUS CINTA LIMA BENUA
SEWANGI KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SYURGA
SYUKUR YA ALLAH KAMI MAHU PULANG KEPADA-MU
DALAM HATI YANG SUCI BERSIH
SALING SAYANG MENYAYANGI KERANA-MU
TIADA YANG LAIN DIFIKIRKAN HANYALAH
MAHUKAN RAHMAT DAN NUR KASIH-MU
YANG ABADI HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
9 Oktober 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & WALL KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & WALL H.H. SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL PRINCE ABDUL MALIK)
9 Oktober 2012



8 tahun yang lepas

Temul Amsal
 menambah foto baharu pada garis masa 
Ratu Rimba Niagara
 — di 
Jakarta, Indonesia
.

            




PUTRI RIMBA NIAGARA
di tasik nan tenang
langit biru
angin berhembus plan
bias bias pelangi merentang
membelah cakrawala
seuntai senyum terlukis di sana
putri alam rimba niagara
silembut wajah
penuh pesona
sinar matanya memancar
melancar menggetar sukma
banyak pengembara hilang pedoman
alun suaranya
bagaikan bayu buluh perindu
pelan berirama
melerai si jalak sedang berlaga
nilam purnama tasik nan tenang
ke sana seribu lelaki ingin berenang
nilam purnama rimba berbunga
di sana tersesat seribu penggawa
perempuan ayu
berantai tasbih
tafakur di atas sajadah
menatap bayang bayang senja
saat aku lalu di depannya
dia tersenyum
menatapku ramah
sambil berucap
menyebut nama tuhannya
Putri Rimba Niagara
ku bayar tunai sepimu
dengan sajak sajakku
-------------temul amsal--09102012-Indinesia..
Lihat Terjemahan
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Anda dan 1 yang lain
1 Komen
9 Perkongsian

Komen


  • TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH
    Tengku Mulya Amril Aman Saleh
    kaulah satu-satunya temanku
    memahami dunia sastera alam rimbaku
    sejak berkurun aku berada di rimba ini
    tiada seorang putra pun yang tersesat
    di rimba niagara ini kecuali kau
    kau memperkenalkan dirimu sebagai
    Habib MA Assaggaf
    bukan berdarah diraja
    bukan berketurunan diraja
    dan aku tidak tahu kenapa
    kau sembunyikan dariku
    kau kata kau mahu hapuskan
    keturunan diraja itu
    karna keturunan itu
    tidak memberi apa-apa arti
    di negaramu
    raja disepikan
    tidak dimartabatkan
    Tengku Mulya Amril Aman Saleh
    biarpun kau tidak mahu
    mengaku kau berdarah diRaja
    tahukah kau dengan siapa kau berurusan?
    kau berurusan
    dengan seorang hamba rakyat
    mahu memartabatkan
    Institusi diRaja SeNusantara
    biarpun perjuanganku ini
    tidak didukungi oleh seorangpun
    baik raja mahu pun rakyat
    tidak mengapa
    barangkali mereka ingat
    aku yang tergila-gilakan
    derajat diRaja itu
    dengan mendaulatkan diri sendiri
    menjadi Ratu
    aku tak kisah apa pandangan mereka
    asalkan aku tahu apa matlamat aku
    memperjuangkan Institusi diRaja
    agar dapat diterima rakyat SeNusantara
    suatu masa kelak
    biarpun aku diketawakan
    biarpun aku jadi bahan ejekan
    tidak mengapa
    aku sudah rela
    untuk dihina
    dikeji
    oleh mereka yang mendengki
    akan pangkat Ratu ku ini
    lagi pun pangkat Ratu ku ini
    didaulatkan oleh seluruh
    penghuni rimba Niagara ini
    untuk menjadi Ratu/Raja
    memerintah rimba niagara
    Tengku Mulya Amril Aman Saleh
    percayalah satu masa nanti
    Institusi diRaja SeNusantara
    akan berjaya dimartabatkan
    Insya-Allah Aamiin
    berkat dukungan yang padu
    daripada seluruh kerabat diRaja
    SeNusantara dan rakyat jelata SeNusantara
    Tengku Mulya Amril Aman Saleh
    jika mereka tidak mahu memartabatkan Institusi diRaja
    yang aku perjuangkan ini
    setidak-tidaknya mahkota kekuasaan yang kumiliki ini
    akan kuserahkan kepadamu
    dan ketika itu kau tidak akan menafikan lagi
    yang kau adalah berketurunan diRaja
    dan mahkota di Raja ini layak untukmu
    dinobatkan sebagai
    TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH
    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
    RATU RIMBA NIAGARA
    9 Oktober 2012



PADA HARI INI
8 tahun yang lepas
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
13 Perkongsian
PADA HARI INI
8 tahun yang lepas
9 Oktober 2012
 
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, rakaman dekat
10 Perkongsian
KENANGAN YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS
3 tahun yang lepas

'Kejayaanmu Kebahagiaanku.'


KARYAKU DIBACA PENGHUNI RIMBA ITU MENDAMAIKAN
berkarya jangan kejar populariti
tapi mereka kata namaku tiada
dalam senarai nama penulis di malaysia
mahupun di Indonesia
mereka kata aku berlagak...
berlagak apanya namaku pun
mereka kata tak ada dalam senarai
dan kerana aku menulis bukan kerana populariti
kugunakan nama samaran
agar mereka tak terkesan di mana aku berada
biarlah aku berada di kalangan orang
yang benar -benar ikhas
terima karyaku
dan sudi menghargai karyaku
di lubuk hatinya
bukan untuk menjadi sanjungan
semua orang...
dan kucermin diri
karyaku
hanyalah karya picisan
tak sehebat mereka
makanya aku lebih suka
menyendiri di rimba ini
berkarya seorang-seorang
dan karyaku hanya
dibaca oleh penghuni rimba
itu lebih memberikan kedamaian hatiku
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
9 Oktober 2012



9 Oktober 2012 
Dikongsi dengan Hanya saya
Hanya saya
Tiada penerangan foto disediakan.

Chuckles
 bersama 
Karen Aves
 dan 21 yang lain — bersama 
Karen Aves
 dan 21 yang lain.

8 Oktober 2012
 

Kongsi

Komen


  • Tengok....ayam pun pandai menyambut tetamu...
    Bertuahnya jadi tetamu ayam kan3 hehehe





























































TEATER KOMEDI BANGSAWAN DIRAJA SENUSANTARA
Leftenan Adam Sakeenah:
Assalamualaikum dan salam sejahtera
tidak mengerti akan apa yang berlaku
Unlike · · Unfollow Post · October 3 at 1:11am
You and Panglima Daek like this.
Ratu Rimba Niagara:
Walaikummussalam duhai pejuang fisabililllah
kita tak akan mengerti apa yang berlaku
kecuali sudah berlaku
kerana apa saja yang berlaku atas kita
adalah ketentuan dari-Nya
yang penting jangan sampai
tau-tau saja kita sudah berada di alam barzah
sudah terlambat kita untuk membaiki
segala kekhilafan diri yang lalai
sama-samalah kita muhasabah diri
setiap yang baik dari-Nya
yakinlah itu...
manusia memang tak sempurna
maka Maha Penyayang-Nya Allah
pada hamba-Nya sentiasa
memberi peluang pada kita
membetulkan kekhilafan
selagi nyawa belum sampai
di kerongkong
October 3 at 2:03pm · Like · 2
Leftenan Adam Sakeenah :
rumantik nya pujangga Ratu Rimba Niagara ,
boleh la kanda jadi raja rimba nanti.hihihi
October 3 at 11:43pm · Unlike · 2
Ratu Rimba Niagara :
Jika kanda jadi Raja Rimba Niagara nanti akan
adinda serahkan semua kuasa adinda sebagai ratu
yang memerintah rimba niagara ini kepada kanda...
semua rakyat rimba niagara ini akan patuh kepada
perintah kanda...bukan dinda lagi...
sebab masa tu adinda cumalah sebagai pemaisuri
saja kanda...hehehe
October 3 at 11:52pm · Like · 2
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara bak kata sutun bandar..
AMBOI AMBOI AMBOI....hehehehe..
bila la kamu hendak membuat sajak untuk
menaikkan semangat pahlawan2 melayu.
sajak itu biarlah kritis dan tajam bahasa nya.hehehe
October 3 at 11:54pm · Unlike · 2
Ratu Rimba Niagara:
kang kalau disiarkan tak terbaca pulak...panjang berjela...jela...
nanti juling mato ...den tak tahu...hehehee
October 4 at 12:00am · Like · 1
Panglima Daek:
Alhamdu 'lillah...Ini yang hamba nak dengar..
Bergurau senda....Ratu Rimba Niagara dan Leftenan Adam
Sakeenah adinda-adinda semua buat hamba tersenyum dari tadi...
Terimakasih kerana menceriakan grup ini....
October 4 at 12:01am · Unlike · 2
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara,raja rimba nak tiga rangkap saja.
sajak sajak pemangkin semangat,almaklumah.hamba ini
raja rimba kecil berbanding yang lain-lain di dalam ini.hehehe
October 4 at 12:02am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Panglima Daek,hamba pun nak gurau senda dengan tuan hamba...
jap ye....cot..cot...O POCOT...terkejut tak tuan?hihihi
October 4 at 12:02am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara hamba tak boleh jadi RATU..
nanti orang panggil hamba ni raja sotong pulak.apa dah.hihihi
October 4 at 12:03am · Unlike · 1
Panglima Daek Hahaaaa...sekarang hamba ketawa pulak bila di cuit
oleh Tuan hamba...Hahaaaa...
October 4 at 12:04am · Like
Leftenan Adam Sakeenah:
hehehehe..sesekali kena geletek tuan hamba Panglima Daek,
bagi senyum sokmo deh.hihihi.tuan hamba di temasek
bagaimana keadaanya.keluarga mu sihat belaka?
October 4 at 12:05am · Like · 1
Ratu Rimba Niagara:
Hei Raja Rimba bukan adinda suruh tukar jadi ratu...
cuma ambil tempat ratu ye...faham betuii2i lain kali kanda...
dah berapa lama pendengaran tak jelas ye...hehehe
October 4 at 12:05am · Like · 2
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara,maaf,hamba baca sekilas.
mungkin telinga hamba RABUN agak nye.hihihi...
cuit sikit ye..cak..cak.hihi
October 4 at 12:06am · Unlike · 1
Panglima Daek:
Tuan hamba Leftenan Adam Sakeenah dalam hidup hamba
42thn pertama kali hamba dengar telinga rabun...setahu hamba telinga pekak...hahaaaa
October 4 at 12:09am · Like · 1
Panglima Daek :
Tuan Puteri Ratu Rimba Niagara...Tak oleh oleh salahkan ia tak
dengar kerana ia tutup semua macam ninja....
October 4 at 12:12am · Like · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Panglima Daek,hamba nak bagi tuan hamba tersenyum saja.
almaklum.bergurau senda boleh menceriakan hari kehidupan anda.hehehe
October 4 at 12:12am · Unlike · 2
Ratu Rimba Niagara:
kalau kita selalu senyum rasa muda jadi muda....
sentiasa jernih tak perlu stress kan fikiran... pabila fikiran jernih...
barulah idea sudi bertandang ...Insya-Allah..senyum tak perlu apa-apa ye...
kerna senyum adalah satu sedekah...
October 4 at 12:15am · Like · 2
Panglima Daek Betul betul betul....Lebih baik bergurau senda dari berselisihan faham antara satu sama lain....Ikutlah sifat2 Allah yg Penyayang....
October 4 at 12:15am · Like · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara...hamba kalau nak muda.hamba makan tempe banyak banyak.paginya pula,hamba minum air raja garam sejam sebelum sarapan.baru sihat.hehehe
October 4 at 12:20am · Unlike · 2
Leftenan Adam Sakeenah:
Panglima Daek bergurau senda,.hari ini hidup anda pasti bahagia
dengan kehadiran ratu rimba
October 4 at 12:20am · Unlike · 2
Ratu Rimba Niagara:
ooo gitu ye kanda...patutlah kanda nampak muda dari dinda 20 tahun ye...
hehehe kenapa tak bilang dari dulu ...boleh juga adinda makan tempe...
dirimba ini tak ada tempe kanda yang ada buah-buahan rimba...
nanti kanda bawakanlah tempe sebagai hantaran untuk ratu ye...hehehe
October 4 at 12:22am · Like
Leftenan Adam Sakeenah:
heheh.ni la resipi turun temurun Ratu Rimba Niagara,tak mengapa,
jika hamba menjadi raja rimba.hamba akan usahakan tanaman tempe keliling istana.satu hari,40 pinggan tempe hamba bagi makan,hihihi
October 4 at 12:24am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara,buah buahan rimba juga buat mu awet muda.
seolah2 ratu rimba ni seperti anak gadis berusia 9 tahun.hihihi
October 4 at 12:25am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
sekarang ini ratu ceriakan semua ahli grup di sini ye...
lepas tu bila sudah datang idea barulah boleh didebatkan mana
yang hendak didebatkan dengan cara berhikmah dan harmonis
pasti dengan izin-Nya ada jalan penyelesaian...Insya-Allah AAmiin.
October 4 at 12:25am · Like · 2
Ratu Rimba Niagara:
Ala...kanda...kalau nak bagi umur patut-patutlah ye...hehehe tapi tak apa
asalkan kanda gumbira tak jadi masalah itu ye...sebab kanda ni agak-agak
belum matang lagi maka dinda terpaksa menolak pinangan kanda ye....hehehe
October 4 at 12:28am · Like · 1
Ratu Rimba Niagara:
Maafkan dinda kanda...macam mana kanda hendak dilantik menjadi raja untuk menggantikan tempat ratu jika kanda tak matang lagi ye...maafkan dinda ye kanda kerana terpaksa tolak pinangan..tak dapat hantaran tempe dari kanda tak apalah ye....hehehe
October 4 at 12:30am · Like · 2
Ratu Rimba Niagara:
Dinda mahu seorang Raja yang matang dalam segala aspek kehidupan
barulah dia layak memerintah rakyat rimba niagara...kanda sendiri
maklumkan yang hendak diperintah dan dikuasai bukan manusia ...
rakyat haiwan yang hendak dimanusiakan pemikirannya...bukan senangkan????
hehehe
October 4 at 12:32am · Like · 2
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara,sesekali kena juga humor.hamba tak reti untuk
menjadi batu bata.hihihi
October 4 at 12:33am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara filem liong kings haiwan dan manusia berkasih sayang memerintah bersama.hihihihi..Panglima Daek udah tidur yuk?
October 4 at 12:34am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
Dengan adanya batu bata lengkaplah istana batu rimba niagara dari
jadi membatukan hati kanda...hehehe
October 4 at 12:35am · Like
Panglima Daek:
Hamba belum tidur ...Selepas hamba bercucuk tanam hamba baca
comment2 adinda berdua...Sungguh lucu mcm Bangsawan Komidi....
October 4 at 12:37am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
hehehehe..pandai ye ratu ni menceriakan grup ini.hamba senyum
kambing sorang2 ni.hihihi
October 4 at 12:39am · Like
Ratu Rimba Niagara:
Skrip yang ada di sini akan difilemkan diayar perak dengan tajuk,
'RAKYAT RIMBA DENGAN RAJA YANG TAK MATANG ' hehehe pasti panggung bangsawan diRaja dihilai dengan gelak ketawa sampai tak nampak gigi..
kalau pakei gigi palsu pastikan jangan sampai terpelanting ye...
hehehe puas pulak pekerja panggung wayang hendak mengutipnya...hehehe
October 4 at 12:40am · Like · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Panglima Daek,tuan hamba bercucuk tanam tempe ke di sekitar istana.hihi
October 4 at 12:40am · Like
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara kasihan tuan hamba.kena perli terang terang
bersuluh ni.hihihihiihi
October 4 at 12:41am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara,jangan risau.pakej gigi palsu tidak akan
tercabut jika ketawa dengan selamat.hihihi.ikut peraturan pemakaian.hihihihi
October 4 at 12:42am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
Tak apa yang hamba tahu mana ada pokok tempe ye...tak pernah dengar hamba pokok tempe kalau ada senanglah tak payah proses ...terus dimasak....hehehe
October 4 at 12:43am · Like · 2
Panglima Daek:
Maaf tempe tak boleh bercucuk tanam kalau kacang tempe oleh....heheee....Kalau di beri cangkul pada hamba..Hamba akan jadi Panglima Kebun....
October 4 at 12:44am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
wakakakakakakaka.kenapalah hari ni hamba kena pukulan K.O
dari Ratu Rimba Niagara,mungkin agaknya hamba belum makan
ubat gamak nya.hihihi
October 4 at 12:45am · Unlike · 2
Leftenan Adam Sakeenah Panglima Daek,hamba terlupa.
tempe tak boleh bercucuk tanam.kenapa la hamba masuk
air hari ni.hihihi
October 4 at 12:45am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
Bagus itu panglima kebun...nampaknya panglima tak payahlah pergi berperang ye...asyik berkebun saja...ye...jenuh pulak hamba nak cari panglima lain untuk pergi berperang pulak...apa betul nak tukar jawatan? Katakan pada hamba sejujurnya panglima daek...tak menyesal ke tukar jawatan ni...
October 4 at 12:47am · Like · 1
Panglima Daek Walaupun hamba juga bergelar Raja Macan tapi hamba
lebih suka jadi Raja Macam2 (ada2 saja)...
October 4 at 12:48am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara srikandi ni pandai juga bermadah ye.
malam ni mood hamba baik.hehehehe
October 4 at 12:48am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Panglima Daek.,bak kata pak ASTRO..macam macam ada...
October 4 at 12:49am · Unlike · 2
Panglima Daek:
Leftenan Adam Sakeenah:
kalau makan ubat gamat lagi gamat lagi....
October 4 at 12:49am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
Panglima Daek...baru hamba perasan...ketajaman taring
tuan hamba boleh dicabut untuk dijadikan cangkul...tajam tu...
dan jika taring tuan hamba sudah dicabut sudah tiadalah kekuatan lagi...
hehehe
October 4 at 12:50am · Like · 1
Panglima Daek :
Hahaaaa...sebenarnya itu gimik aja...Nak tunjukkan mancho...hahaaaa
October 4 at 12:51am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
alamak Panglima Daek,hamba makan raja garam saja.setia pada satu.hehehe
October 4 at 12:51am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Ratu Rimba Niagara,panglima daek boleh pakai taring klon nanti.hihih
October 4 at 12:51am · Unlike · 1
Leftenan Adam Sakeenah:
Panglima Daek seorang yang penyayang juga ye.hihihi
October 4 at 12:52am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
Pada pendapat hamba...tuan hamba panglima daek janganlah
jadi panglima kebun bagilah jawatan itu kepada panglima sotong kerana panglima sotong suka berkebun kerjanya tak lasak....makanya panglima daek dengan kejantanan dan keperkasaanmu teruslah jadi panglima angkatan perang rimba naigara ye...hehehe
October 4 at 12:53am · Like · 1
Panglima Daek Muka:
aja nampak garang mcm Macan tapi di dlm mcm kucing...heheee
October 4 at 12:53am · Unlike · 1
Panglima Daek
hahaaa...Tak baik Tuan Puteri Ratu Rimba Niagarakata begitu....
Panglima Sotong ada kelebihannya...Kelebihan tangannya yg mcm sotong...
heheee
October 4 at 12:55am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
hisss hiss jangan bilang gitu dong...kalau kucing adik beradik dengan sotong..
cumanya kucing...malu-malu kucing ...sotong tak bertulang ...adik beradik le tu...
mana layak jadi panglima perang rimba niagara...kalau macam tu jawatan panglima perang sudah terbatal untuk tuan hamba berdua ...sebab tak suka yang tak kuat seperti seorang pangliam perang yang asli ye...hehehe
October 4 at 12:57am · Like
Leftenan Adam Sakeenah:
hamba tersenyum sendirian ni.mencuit hari pula di malam ini.heheheh
October 4 at 12:58am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
sebeum hamba menutup skrip filem bangsawan komidi ini hamba siarkan
SKRIP HANG TUAH DAN HANG JEBAT ERA MODEN ...HAYATI YE..lepas itu beri pandangan yang bernas.
October 4 at 1:00am · Like · 2
Leftenan Adam Sakeenah:
hahahahahah..Ratu Rimba Niagara....hamba pasti akan menyorokkan wajah
di dalam ofis PUAN JAM nanti.hihi
October 4 at 1:01am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
SKRIP ANTARA JEBAT DAN TUAH ERA MODEN
MAHIZAN HUSAIN:
Nordin Ahmad Hang Jebat & M Amin Hang Tuah
(Mengisahkan Sultan mengarahkan Tuah untuk
membunuh Jebat)
RATU RIMBA NIAGARA
Setelah melihat filem di atas tersebut, saya mendapat
ilham untuk mereka skrip Jebat dan Tuah Era Moden
Bunyinya lebih kurang begini:
JEBAT : Apa salahnya kita bermaaf-maafan,
kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku
selama ini membela kau.
TUAH : Ya...betul katamu Jebat...
kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah
rakyat yang setia ...apa yang terjadi selama ini adalah
cuma salah faham saja angkara fitnah. Raja pasti boleh
terima apa yang kukatakan.
JEBAT : Betul ke Tuah.
TUAH : Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan
rakyat dan negara melebihi diri sendiri. Begitu juga rakyat
sayangkan Raja dan negara melebihi diri sendiri.
JEBAT : Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.
TUAH : Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati. Tiadalah
sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan datang
pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!
TUAH/JEBAT : DAULAT TUANKU!
SULTAN : SAYANG RAKYAT!
Karya: Ratu Rimba Niagara
30 Jun 2011
MAHIZAN HUSAIN:
Ayat Jebat dalam filem Hang Jebat yang saya ingat ialah,
"Kita yang tangguh-tangguh dia yang bersungguh-sungguh,"
RATU RIMBA NIAGARA:
Ayat di atas cuma imaginasi penulis apabila Hang Jebat
dan Hang Tuah diubah ke era moden jika hendak difilemkan
semula. Apa pendapatmu saudara Mahizan...Apakah boleh
diterima cadangan ini.
MAHIZAN HUSAIN:
Boleh saja demi perpaduan.
RATU RIMBA NIAGARA:
Kalau macam tu...diberi kesempatan kita boleh bincang
bagaimana nak jadikan skrip Jebat dan Tuah era moden
mahukah bekerjasama dengan saya nanti? Mana tahu ada
penerbit yang berminat dengan skrip tersebut demi
perpaduan, apa pendapatmu?
MAHIZAN HUSAIN:
Boleh saja.
RATU RIMBA NIAGARA:
Terima kasih kerana sudi terima idea ini, Insya-Allah
ada peluang kita bincang untuk menyediakan skrip filem
nak beri tajuk apa ye yang sesuai? Boleh beri pendapat?
MAHIZAN HUSAIN:
Insya-Allah nanti kita usahakan ya. Buat masa ini saya
memang tak boleh fikir apa-apa lagi sebab otak tengah
penuh fikirkan kerja yang tak habis-habis lagi.
RATU RIMBA NIAGARA:
Insya-Allah ...saya pun begitu juga...bila dah senang nanti sama-sama
kita fikirkan dan usahakan ya.... Insya-Allah.
Apapun terima kasih untuk segalanya!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA & MAHIZAN HUSAIN
4 Okt 2012
October 4 at 1:05am · Like · 1
Ratu Rimba Niagara
ESOK SAMBUNG YE...INSYA-ALLAH JUMPA LAGI. HARAP DAPAT
MENGUPAS SKRIP TUAH DAN JEBAT DENGAN FIKIRAN YANG BERNAS.
SELAMAT MEMERAH OTAK UNTUK MENGHANTAR PANDANGAN KALIAN
BERDUA DUHAI PANGLIMA KEBUN DAN PANGLIMA SOTONG... HEHEHE
October 4 at 1:08am · Like · 1
Panglima Daek :
Kalaulah Sutan kata begitu pada rakyat bila bertemu beliau sudah tentu
rakyat akan sayang dn taat pada Sultan dn Ke Daulatannya akan lebih berdaulat....
October 4 at 1:10am · Unlike · 1
Panglima Daek:
Moga sesiapa kerabat2 d sini membacanya dapat membuat mereka
tersenyum dgn gelagat2 adinda2 berdua seperti hamba sekarang.. 🙂
October 4 at 1:12am · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
Itu yang kita mahukan sebagai rakyat jelata
ANTARA RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
Kerana ingin menyelami hati nurani raja dan rakyat
Makanya hamba memegang watak Ratu Rimba Niagara
Konon-konon raja le tu....hehehe
Di akhir cerita ini rakyat akan melaungkan!
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
October 4 at 1:15am · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA )
(DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK SULTAN HASSANAL BOLKIAH , PRINCE ABDUL MALIK , TENGKU AMRIL, TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ, KEDATON KRATON WAHYU UTAMA, SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURO, PERKUMPULAN KARATON NUSANTARA, KARATON NUSANTARA, KESULTANAN INDRAPURA, KESULTANAN MATARAM, PANGLIMA DAEK,, LEFTENAN ADAM SAKEENAH, KHAIRUDDIN AL YOUNG,,MELAYU ISLAM BERSATU)
DISIARKAN JUGA :
KEPADA SEMUA
KERABAT DIRAJA SENUSANTARA
PEWARIS HANG TUAH
PEMIMPIN SENUSANTARA
GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
PEMBACA ALAM MAYA
9 Oktober 2012
4 Perkongsian
وَلاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ
اَللّهُ اَكْبَرُ
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِیْمُ
Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva. Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN
Ya Allah,,, Ampunilah dosa-dosa kami, dosa ke 2 Orang Tua kami, saudara2 kami, sahabat2 kami, jadikan kami orang-orang yang beriman, jadikan kami Hamba yang terpilih,
آمــــــــــــــــــين آَمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِيْن
Rabbana Atinna fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, wakina Adzabannar.....
"YA ALLAH SINARKAN NUR HIDAYAH KASIH-MU PADAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN'
Ya Allah,,, peliharalah kami dalam belaian kasihMu, jagalah kami di setiap langkah berIkhtiar mencari kebajikan untuk Dunia dan Akhirat, berikanlah kami ilham / petunjuk kebahagiaan dalam meraih Surga ( Jannah ). Hanya kepadamulah kami meminta, bersujud dan berserah diri.
Rabbighfirli.... War'hamni.... Waj'burni.... War'fani.... Warjukni.... Wah'dini.... Wa'afini.... Wa'fuanni......
آمــــــــــــــــــين آَمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِيْن
Selamat Menunaikan Shalat Dhuha.....
YA ALLAH DEMI-MU AKU RELA MENJADI SI PUNGGUK RINDUKAN BULAN
MENYERU MENDAYU-DAYU ROHKU DAN ROH-ROH YANG MEMBACA
KARYA-KARYAKU AGAR BERSAMA MENCINTAI-MU MELEBIHI SEGALA-NYA
SUBHNALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
'YA ALLAH DEMI-MU KURELA MENJADI SI PUNGGUK RINDUKAN BULAN
SEHINGGA TIADA SUARAKU MENYERU ROHKU DAN ROH PARA SAUDARA SEISLAMKU
AGAR SENTIASA INGAT AKAN HARI PEMBALASAN AKHIRAT NANTI MOGA KAMI MENDAPAT BALASAN RAHMAT KASIH-MU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT . BERSAMA MENATAP WAJAH-MU DI SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN'
YA ALLAH TERIMALAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYA-KARYAKU
MENJADI KEKASIH-MU KEKASIH NABI-MU MUHAMMAD SAW AAMIIN'
'HATIMU HATIKU ADA CINTA DIA'
YA ALLAH APA YANG KAU CIPTAKAN ALAM SEMESTA INI
SEMUA-NYA MEMBUATKAN BERASA KERDIL-NYA AKU
DI SISI-MU MAKANYA IZINKAN AKU MENUJU KE JALAN-JALAN
FISABILILLAH-MU TIADA YANG LEBIH BERHARGA DI DUNIA INI MELAINKAN
CINTA DAN REDHA-MU, JANGAN KAU AMBIL NYAWAKU SELAGI AKU
TIDAK FISABILILLAH KE JALAN-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN."
AKU SEDEKAHKAN FATEHAH INI
Yuk sahabat yang baik kita baca Al Faatihah ya ....
YA ALLAH AKU SEDEKAHKAN FATEHAH INI
KEPADA ROH YANG MENULIS DAN
YANG MENYOKONG PERJUANGAN
SI PENULIS SETIAP KALI BERSIARAN KARYA AAMIIN
TANDA KASIHNYA PADA KAMI DIA MENULIS YA ALLAH
TANDA KASIHNYA KAMI PADANYA KAMI MEMBALAS
DENGAN SEDEKAHKAN FATEHAH INI PADANYA
AGAR KAMI DAPAT BERSAMANYA DAN SEMUA YANG MENYOKONG
PERJUANGANNYA DI SYURGAWI MEMANDANG WAJAH-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
1 Muharram 1435H
5 November 2013M
IZINKAN AKU MENJADI KEKASIH-MU
'PABILA KUTERPANDANG KALIMAH-MU
NAMA-NAMA-MU YANG MAHA AGUNG
AKU TERPANA DALAM DZAT CINTA-MU
CINTA-MU MAHA AGUNG
TERLALU INDAH
HINGGA TAK TERLAFAZ DENGAN KATA-KATA
KAU MAHA PENGASIH
KAU MAHA PENYAYANG
SEKALI AKU JATUH CINTA PADA-MU
BERKALI-KALI KAU BALAS CINTA-MU PADAKU
SEKALI AKU MERINDU-MU
BERJUTA KALI KAU MEMBALAS RINDU-MU
BILAMANA KAU MEMBALAS CINTA DAN RINDUKU PADA-MU
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
ADALAH LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEIISI-NYA
HANYA ENGKAU YANG KUPUJA PAGI PETANG SIANG DAN MALAM
MEMANG BENARLAH CINTA-MU TIADA PENGHUJUNG-NYA
HANYA TERUNTUK PADA HAMBA-MU
YANG IKHLAS MENCINTAI-MU KERANA-MU
MOGA KAU SUDI MEMBERI NUR HIDAYAH KASIH-MU PADAKU
AGAR AKU TERUS MENERUS MENCINTAI-MU SAMPAI SYURGAWI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
HAMBA-MU YANG MENYINTAI-MU SAMPAI SYURGAWI,
...........................................................................
1 Muharram 1435H
CINTA ALLAH
"DI ANTARA CINTA ALLAH IALAH DIA MENJADIKAN HAMBA-NYA HAMBA YANG SOLEH
JIKA KITA DAPATI DIRI KITA MENUJU KEPADA KESOLEHAN, MESKI DI TITIK AWAL KESOLEHAN TETAPI KITA SETIAP HARI KITA SELANGKAH MAJU MENUJU KESOLEHAN ITU MAKA ITU ADALAH TANDA CINTA ALLAH SWT"
"DUNIA CUMA MIMPI
AKHIRAT ADALAH REALITI
MENGEJAR MIMPI SEAKAN MENGEJAR BAYANG-BAYANG
MEMILIKI AKHIRAT DI SITULAH CINTA ALLAH DIMILIKI SAMPAI SYURGA AAMIIN"
(PETIKAN GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
3 Muharram 1435H
7 November 2013M

HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTERA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
9 Oktober 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;