BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYUYRGA (219) BERSAMA MENEBAR KEBAIKAN
Allahu Akbar
SELAMAT MENUNAIKAN
SOLAT ZOHOR...
اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.
بســــــم الله الرحمن الرحيــــــم.
Lihat Terjemahan
Allahu Akbar
SELAMAT MENUNAIKAN
SOLAT SUBUH...
اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.
بســــــم الله الرحمن الرحيــــــم.
Lihat Terjemahan
Bilamana telah kuserahkan takdirku pada DIA hanya DIA memberikan jawapan segala takdirku yang tersurat...
Naskah Qolbu sedang bersama Ayahanda Chik dan 28 yang lain.
Bismillahirrahmaanirrahiim
DIA-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."
(Surah al-Mulk ayat 23)
CERIA DAN DUKA DIGABUNGKAN MENJADI PELANGI CINTA
Duhai Kerabat diRaja...
Duhai Laksamana Mas ...
Duhai anak bangsa Rumpun Melayu
Berpisah dengan kalian aku nggak tega
Kalian adalah sebahagian daripada hidupku
Ceriamu cerialah aku
Dukamu dukalah aku
Adakalanya ceria menjadi penawar
Setelah adanya duka
Ceria...ceria...ceria...bak pelangi hati
Duka...duka...duka.. bak gerhana hati
Ceria dan duka digabungkan menjadi pelangi cinta
Cinta demi negaraku negaramu dan
Demi senyuman anak cucu Rumpun Melayu
Karya: Putri Rimba Niagara
4 April 2012
ALLAH SENTIASA DI HATI KITA
Sepanjang dua minggu tinggal di sini...biarpun tak mengarang tapi banyak bahan-bahan untuk dijadikan sumber karya.
Semuanya mencabar...
Semua perasaan terkumpul di situ
Sedih...hiba...marah, emosi,
Semua perasaan itu kupanjatkan dengan rasa syukur
Yang tak terhingga.
"Wak..wak nak ambil papan di rumah akak tu ambillah...lagipun
nak diruntuhkan...Buatlah apa yang hendak wak nak buat. Boleh tak Kak bie minta tolong....wak tebang buluh kuning di depan rumah tu...wak simpan..bila pondok pengajian agama kak bie siap nanti bolehlah mengindahkan seni taman pondok impian kak bie."
"Cantik tu kak bie...."
"Kak bie nak di setiap penjuru pondok tersebut seperti berada di taman-taman Syurga...bila mereka masuk ke pondok tersebut tak akan ada cerita-cerita hal-hal dunia...semuanya cerita-cerita akhirat...cerita-cerita memuji Allah memuja Allah....Allah ...Allah tiada lain melainkan Allah....Allah...Alllah....Allah... itu yang kak bie nak...."
"Bercerita tentang Allah, saya beritahu pada kak bie ye..nak dengar tak...pasti kak bie suka..."
"Apa dia lekas beritahu kak bie..."
"Semalam saya dengar ceramah dari seorang yang bergelar sheikh dia beritahu...tarik nafas tahan...mata tertumpu ke pada hati kita yang terletak di dada sebelah kiri...masa tahan nafas itu kita sebut Allah banyak-banyak kali. Pasti hati kita akan terasa getaran dan berdegup dengan kencang....dengan tak henti kalimah Allah....Allah sentiasa ada di hati kita kak bie.Tak percaya cuba kak bie amalkan..."
"Terima kasih atas ilmu yang berguna ini wak..."
HIDUP BERKASIH SAYANG ITULAH KEKUATANKU!
Ya Allah
Berilah aku kekuatan
Aku terlalu lemah tika ini
Di kala aku mengharapkan insan-insan tersayang menyokongku
Mereka sepikan aku
Aku sandarkan kasih yang tidak berbelah bahagi kepada mereka
Tak tahu lagi hendak kubuktikan kasihku pada mereka
Sejuta kasih mewangi kuberikan
Tapi tetap juga dibalas dengan kata-kata yang menghancurkan hati
Hatiku remuk redam
Rasa aku mahu saja melenyap dari situ
Kerana tak tertanggung lagi segala penghinaan mereka yang kukasih
Ku pertaruhkan kasihku dengan nyawaku sebagai meraih kasih yang terkasih
Tapi mereka tetap juga hina dan kutuk aku
Aku bukan menagih harta yang bertimbun
Cuma sebuah kasih sayang sesuci embunan pagi
Dan aku penuh yakin jikalah mereka tahu menilai kasihku
Pasti mereka tidak sanggup berpisah denganku
Dengan kasih itu akan kuikat dengan tali cinta jalan-jalan ke SyurgaNya
Tapi demi sebuah kasih untuk mereka yang terkasih
Kupertahankan juga biarpun sudah tak berdaya...
Tahukah kalian yang terkasih...
Aku ke sini bukanlah memburu harta
Seperti yang kalian sangkakan
Sudah takdirkan aku sudah terikat dengan urusan harta
Yang telah lama pergi ke alam baqa
Mungkin ada hikmah di sebaliknya
Aku akan cuba
Menghadapi segala onak dan duri ini
Di sepanjang aku diamanahkan untuk
Menguruskan harta moyangku yang telah lama pergi meninggalkan dunia ini
Aku yakin mereka pasti gembira jika aku berjaya menyelesaikannya
Titik peluh mereka meninggalkan harta tidak kulupakan untuk bahagian mereka
Dimasukkan ke akaun mereka sebagai harta sedekah jariah..Insya-Allah Aameen.
Sudah selesai tugasku nanti...aku akan pulang ke Istana Rimba semula
Penghuni rimba pasti rindukan aku...
Mereka tak pernah hina aku
Mereka tak pernah kutuk aku
Mereka menghargai kasih sayangku
Biarpun aku tak punya apa untuk disandarkan cinta
Di rimba niagara ini harta tak penting
Yang penting kasih setulus hati
Itu yang lebih penting dari segalanya
Hidup saling berkasih sayang
Itulah kekuatan aku
Untuk lama tinggal di Istana rimba niagara ini...
Jika aku disuruh beri pilihan
Kasih atau harta
Kan kupilih kasih
Kerana kupilih kasih
Makanya aku
Terpaut kasih di Rimba Niagara ini
Di Rimba Niagara inilah duniaku
Dunia yang kudambakan kerana-Nya
PANTUN KISAH PERSAHABATAN PALSU
Assalamualaikum duhai semua sahabat fbku,
Apa kabarmu di sana;
Moga bahagia selalu,
Salam kasih salam sayang untuk semua.
Di sini aku mula nak bercerita,
Bukan nak mengumpat bukan nak mengata;
Tentang sebuah kisah untuk dikongsi bersama,
Kalau ada pandangan aku ingin mendengarnya.
Bermula dengan seorang jiranku satu ketika dulu,
Namanya Siti Rohani kawan baikku;
Sikapnya buatkan aku bercelaru,
Manis di depan di belakang mengumpat mengejiku.
Kami selalu bergelak ketawa bersama,
Hingga dikenali sebagai kawan hati sejiwa;
Tapi rupanya sekadar topeng belaka,
Tak sangkaku kenapa sampai hatinya.
Memang sifatku bertegur sapa dengan jiran di sekelililngku,
Bila bertemu bersalaman bertanya kabar;
Bercerita tentang ceramah di surau,
Bila cerita gembiranya hati tidak dapat digambar.
Kak Leha jiran yang sama ke surau,
Minta aku ajarkan mengaji untuknya;
Tanpa berfikir aku setuju kerana itu minatku,
Belajar bersungguh bersemangatnya Kak Leha.
Tepat masanya ku nantikan Kak Leha,
Kak Leha tak juga kunjung tiba;
Hatiku bimbang dengan tiba-tiba,
Mungkin Kak Leha sakit agaknya.
Tiba-tiba hatiku terasa pilu,
Kawan baik jiranku semuanya menjauhkan diri;
Tertanya-tanya aku kenapa mereka begitu,
Apa salahku kenapa aku dihukum begini.
Aku mengadu kepada Siti Rohani,
Siti Rohani memujukku agar bertabah hati;
Pujukan Rohani esakkanku terhenti,
Syukurku punyai kawan sebaik Siti Rohani.
Kemesraanku dengan jiran-jiranku tidak seperti dulu,
Mereka telah menjauhkan diri dariku;
Mujurlah ada Siti Rohani yang sudi berkawanku,
Selalu memujukku dan menasihatikan aku.
Kutanya Siti Rohani kenapa mereka begitu,
Jahat sangatkah aku hingga mereka menjauhkan diri;
Yang peliknya Kak Leha pun begitu,
Rohani katakan adatlah manusia begini.
Setiap hari aku tertanya-tanya,
Kenapa semua jiranku terus menyepi;
Kepada Tuhan aku berdoa,
Supaya diberi kesabaran ujian yang kuhadapi.
Lama-lama aku sudah menjadi lali,
Tidak mempunyai ramai kawan seperti dulu;
Cuma ada kawan baikku Siti Rohani,
Namun kurindukan semua kemesraan seperti dulu.
Suatu hari aku berkenalan dengan jiran baru,
Dia buta punyai anak dua;
Berkawan dengannya sukanya hatiku,
Lauk-pauk yang kumasak kuberikan padanya.
Biarpun Ros buta aku suka berkawan dengannya,
Anak-anaknya selalu kubelikan coklat;
Berkawan dengan Ros hari-hari berbunga-bunga cinta,
Kuberdoa supaya hubungan persahabatan tidak menjadi kelat.
Tengah hari itu aku pergi ke rumah Ros,
Pergi bersama dengan Siti Rohani;
Menghantar lauk kegemaran Ros,
Ros menyambutku dengan suka hati.
Terperanjatku apabila Ros beritahuku,
Supaya jangan berkawan dengan Siti Rohani;
Kutanya Ros kenapa dia kata begitu,
Katanya Siti Rohani tidak ikhlas hati.
Aku tergelak-gelak untuk menahan sabar,
Kerana Siti Rohani ada di sebelahku;
Ros bercerita tidak sabar-sabar,
Siti Rohani mengatakan padanya keburukanku.
Kata Rohani padanya... jangan makan makanan yang kuberi,
Kerana makanan yang kuberi makanan yang sudah basi;
Elok terus dibuangkan saja jangan disimpan lagi,
Kusenyum dalam duka melihat Siti Rohani.
Siti Rohani tidak terkata apa,
Membisu dia seribu bahasa;
Kupujuk hati supaya tidak mengapa,
Setidaknya ku tahu Siti Rohani itu siapa.
Barulah ku tahu siapakah yang empunya angkara,
Hinggakan kawan-kawanku menjauhkan diri;
Rupanya kawan baikku sendiri empunya angkara,
Aku tak tahu kenapa busuknya hati Siti Rohani.
Syukurku kepada Tuhan Yang Maha Tahu,
Menunjukku siapakah Siti Rohani sebenarnya;
Di depan manis di belakang menikamku,
Tidak sangkaku kenapa sampai hatinya.
Selama ini aku amat menghargai persahabatan dengannya,
Kenapa dia setega itu denganku;
Kujalinkan persahabatan seikhlas hati dengannya,
Tapi apakah ini balasannya keikhlasan persahabatanku.
Aku terlalu kecewa dengan sikap Siti Rohani,
Menangisku pabila kenangkannya;
Moga aku tidak diketemukan kawan seperti Siti Rohani,
Mulut manis tapi amat busuk hatinya.
Moga Allah jauhkan aku dari persahabatan yang palsu,
Kata-kata manis tapi hati penuh beracun;
Persahabatan palsu buat hatiku pilu,
Moga persahabatan palsu ku ini menjadi pengajaran.
Kepada semua teman FB yang dihormati,
Terima kasih atas segala sapaanku;
Sampai sini pena terhenti,
Salam ceria dariku untuk semua teman fbku.
Karya Ratu Rimba Niagara.
21 November 2011
BERERTINYA KEJUJURAN
Sesiapa saja boleh melafazkan jujur,
Mulut berkata lain hati bicara lain;
Jadi mana letaknya jujur,
Sejujurnya tanya hati tanyalah iman.
Kejujuran terletak pada hati,
Hati yang ikhlas tersirna kejujuran;
Orang yang jujur sentiasa dihormati,
Sahabat sejati selalu memberi sokongan.
Hati tak nampak kerana terselindung,
Perselindungan yang penuh teka teki;
Orang yang ikhlas tak perlu bimbang,
Kerana mata batin nampak di hati.
Kejujuran terserlah di hati,
Bila berkata lahir dari sanubari;
Mata berkaca sejernih air di kali,
Senyuman terukir wajah berseri.
Bila kejujuran nampak di hati,
Semua janji akan ditepati;
Bukan seindah menabur janji,
Memakan diri tak tertunai nanti.
Orang jujur ramai yang menyukai,
Bila bercakap seikhlas hati;
Bukan kejujuran sampai memakan diri,
Diperkotak katikkan sesuka hati.
Bila berkata asyik membangga diri,
Kerana rasakan hidup serba sempurna;
Perasaan orang lain tidak diambil peduli,
Sahabat menjauhkan diri kerana hati terluka.
Kejujuran buat hati jadi tenang,
Segala urusan dipermudahkan Tuhan;
Ditempuhi segala dugaan yang datang,
Moga mendapat redhaNya Tuhan.
Berertinya kejujuran dalam setiap kehidupan,
Hidup dilalui bagaikan sinar ketenangan;
Wajah berseri-seri hati penuh keceriaan,
Tiada langsung berdengki-dengkian .
Teman menyelewang hati tak keharuan,
Bila berkata tiada kebenaran;
Perkataan yang sia-sia yang diluahkan,
Persahabatan hambar tiada berkekalan.
Hati terhiris bak sembilu pilu,
Kata-kata diluahkan bagaikan hirisan;
Hirisan hati penuh pilu,
Biarkan kuundur diri jangan aku dipersalahkan.
Jangan aku dipersalahkan,
Kesan dari ketidakjujuran;
Mulut mengiyakan hati menafikan,
Itu tandanya orang mempersendakan kejujuran.
Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.
Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.
Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.
Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Rabiulawwal 1434H
14 Januari 2013
DI BULAN IBU KIRIMKAN RINDU UNTUKMU NAK!
Jangan bersedih andai ibu tak mampu bersastera lagi....
bacalah karya sastera yang telah banyak ibu karangkan untukmu nak...
sastra yang ibu tinggalkan adalah tanda kasih sayang ibu
tanpa penghujungnya padamu nak....
jika rindu pada ibu lihatlah bulan
telah ibu kirimkan rindu pada bulan
bahawa kasih kita tak pernah terpadam buat selamanya...
di Syurga kasih kita berpadu Insya-Allah AAmiin
Ibu yang menyayangimu nak,
Ibu Ratu Rimba Niagara
23 Rejab 1436H
12 Mei 2015
Sociedad Argentina de Horticultura sedang bersama Elsa Amelia Ygich dan 26 yang lain.
Que descansen amigos de SAH...
KEINDAHAN BAHASA KEINDAHAN HATI BAGAIKAN MIMPI INGIN DIJADIKAN REALITI
"Berbahasa indah membuat jiwa jadi tenang moga dijauhkan dengan mereka berbahasa mengundang padah dunia akhirat .Aamiin"
Tak kenal maka tak cinta,
Dah cinta baru suka,
Jika salah maaf dipinta,
Asalkan sama tak terluka.
CINTA SEJATI ANGSA PUTIH
Keunikan angsa putih
bilamana menetas
angsa putih terus mencari pasangannya
bila bertemu itulah cinta sejatinya
tidak akan ada gantinya selepas itu
andai cinta sejatinya mati
dia juga akan mati
cinta sehidup semati
cinta sejati cinta abadi sehingga hujung nyawa
Masya Allah kelebihan yang Allah berikan kepada
Cinta Angsa Putih Cinta Sejati Hati
ke mana pergi bersama mengindahkan dunia cinta
bagi mereka yang menghargai Cinta Kurniaan Ilahi
Karya Ratu Rimba Niagara
8 Zulkaedah 1435H
3 September 2014
PENGHUNI SYURGA SALING MEMBERI SALAM SEJAHTERA
Saiful Bahari Waalaikumussalam
AsZie Nazie walikmslm..
Hira Bara Yg tk jwab tk islam ker..
Jgn tlalu cpt mnghukum..
Kmu dengar ker org jwb ker tk jwb..
Ratu Rimba Niagara Memberi salam sunat menjawab salam wajib
di Syurga penghuni-Nya saling memberi dan menjawab salam...Allahu Akbar indah-Nya hidup di Syurga. Aamiin
"Hira Bara maafkan Katsumi Suzika kerana menghukum orang yang tak jawab salam bukan Islam...sesama kita saling memaafkan kerana kita insan yang tak sempurna."
PETIKAN WALL GRUP MENGEJAR PELANGI RINDU, KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
4 RABI'UL AKHIR 1437H
14 JANUARI 2015
"ANDA BOLEH MEMILIH UNTUK BERKATA BAIK ATAU TIDAK
TAPI AKU MEMILIH UNTUK BERKATA BAIK KERANA SETIAP YANG BAIK ITU DATANG-NYA DARI ALLAH YANG LEMAH ITU ATAS KELEMAHAN DAN KEJAHILAN AKU SENDIRI."
MOGA HATI KITA TAK SEKERAS BATU SELEMBUT SALJU DI PERGUNUNGAN HIMALAYA SENTIASA MERASAKAN HATIKU DALAM GENGGAMAN ALLAH KEPADA-NYA AKU BERSERAH PASRAH SEGALA-NYA HANYA PADA-NYA
Assalamualaikum buat teman fb yang dikasihi lagi dirindui,
Sudah agak lama kita tidak bersuara di muka buku yang bisu ini.
Biarpun bisu tapi amat bermakna setiap kata-kata teman-teman fbku.
Sesungguhnya kurindu pada rakan-rakan fb semua.
Biarpun hati terluka tapi menghiburkan
Biarpun hati remuk tapi menginsafkan
Biarpun hati sepi disepikan tapi tetap mengharapkan
Biarpun cuma sebuah sapaan tetap terubat segala lara terpendam
Ye kurindu pada teman-teman fb semua
Jika rinduku tak terbalas rindu...
Kuanggap rinduku rindumu telah hilang ditelan mega senja
Maka pergilah sepi pergilan rindu
Izinkan kusimpan rindumu rinduku di hati si pungguk berlagu rindu...
Salam kemaafan dariku
Salam rindu dariku
Salam silaturrahim dariku yang merindumu
Mohon doakan apa yang kuusahakan ketika ini
Dimakbulkan Allah swt. Aameen.
INDAHNYA TERMASUK DALAM GOLONGAN AHLI SYURGA ALLAHU AKBAR AAMIIN
KITA BERSAMA MENEBARKAN KEBAIKAN MOGA MENDAPAT RAHMAT KASIH-NYA TUHAN AAMIIN
Dinda Alia Maisarah cantik menawan hati,
Wajahmu indah bagaikan purnama,
Ahli grup semuanya baik hati,
Moga di Syurga kita bersama.
(AAmiin)
Grup pantun madah puisi cinta,
Ahlinya sentiasa berlembut hati,
Berkasih sayang tanpa dipinta,
Agar sesama insan sentiasa menghormati.
Bila sekali lafazkan kasih,
Tak akan dipisahkan kasih,
Ucapan jutaan terima kasih,
Buat admin yang terkasih.
Dalam hati ada taman,
Taman hati berbunga iman,
Hajat hati mencari teman,
Teman dunia akhirat yang beriman.
Ismail Bin Samat Assalamualaikum kak Ratu Rimba Niagara..
Jari yg lembut ke alam maya ada dua.. Pilih yg mana ...contoh yg pernah saya dgr dulu dulu.. Umpamanya satu kertas ada dua muka... Cari lah ya...
Ratu Rimba Niagara Waalaikumussalam buat Ismail Bin Samat , biarlah ku mencari mereka yang berwajah untuk dijadikan sahabat bukan wajah kucing ya...sebab bahasa kucing gak faham dech...hehehe
Ratu Rimba Niagara Indah wajahmu bak bulan purnama,
Adakah wajah sebenarmu dinda Alia Maisarah,
Bagaikan bidadari turun dari Syurga,
Moga kita bersama menjadi bidadari dinda Alia Maisarah.
(Aamiin)
Alia Maisarah wahai kandaku ratu rimba bistari,
Gamat digengam gamat asli,
Elok rupanya penawar kaki,
Inilah wajah rupaku yg asli,
Ciptaan anugerah dari ilahi.
Ratu Rimba Niagara Subhanallah dinda Alia Maisarah wajahmu indah anugerah Ilahi...bagaikan bidadari turun dari Syurga dipinjamkan Allah ke bumi untuk bersama menebarkan kebaikan dalam penuh jiwa berbelas kasihan dan berkasih sayang sesama insan. Insya-Allah moga Allah swt perkenankan segala niat kita yang murni membantu yang memerlukan. Aamiin.
Alia Maisarah kanda rabeah ku sayang.
Gamat digengam gamat asli,
Elok rupanya merawat kaki,
Bagaikan guru nasihat diberi,
Hadirnya tuan bagaikan penyeri,
Terima kasih tiada berbelah bagi,
Alia ucapkan tiada terhenti,
Carilah teman sahabat di pmpc,
Sama memerlukan bimbingan diberi,
Curahlah kanda jangan terhenti.
Ratu Rimba Dinda alia maisarah terima kasih daun keladi,
izinkan kanda berkarya di grup ini tanpa henti selagi mampu...rasa terharu dalam syukur ditemukan-Nya denganmu di sini..syukur tanpa henti...sehingga terhenti nafas terhentilah pena...insya-Allah Aamiin.
KITA DITEMUKAN BUKAN UNTUK BERPISAH TAPI UNTUK SALING MENYATUKAN UKHUWAH AGAR HATI SENTIASA MUHASABAH DIRI DENGAN HARAPAN ALLAH SWT MEREDHAI HIDUP MATI KITA DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG SETENANG AIR DI KALI SYURGA. AAMIIN.
Alia Maisarah Gamat digengam gamat asli,
Eloknya rupanya penawar kaki,
Mohon lia mengundurkan diri,
Mata berat mengantuk sekali.
jom beradu bertemankan syahadah.
Rabeah Binti Mohd Ali Silalah beradu dinda alia maisarah...moga Allah swt merahmati hidup matimu Aamiin.
PETIKAN WALL GRUP PANTUN MADAH PUISI CINTA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI
KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
4 RABI'UL AKHIR 1437H
14 JANUARI 2016
KITA SEHATI SEJIWA DEMI-NYA
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Assalamualaikum wrt wbkt..
Gamat digemgam gamat asli,
Ubat mujarab patah kaki,
Selamat malam sahabat hati,
Esok menjelama berjumpa lagi,
moga mimpi indah indah...
SIAPALAH AKU DI HATIMU!
Kau pinta aku menjadi bidadari hatimu...
Tapi bilamana aku pinta kau menjadi bidadara hatiku
Kau menolak dengan alasan kau sudah memiliki cinta lain
Setelah kehilanganku ....
Selama ini aku setia sama kamu
Dan setega itu kau memutuskan
Bilang sama aku kau sudah tidak punya cinta
Dan kau kini bahagia bersama bidadari mu yang
Lebih membahagiakan mu...
Moga kamu bahagia di samping dia kau cinta
Ku biarkan rindu ini
Hanyut dibawa ombak rindu hingga ke penghujung dunia...
Pergilah sepi...
Pergilah rindu...
Dan aku tak akan menunggumu lagi...
Pada hati yang tak pernah setia pada
Sebuah ikrar janji suci
Bersaksikan
Bulan... bintang...
Yang sedang berzikir memuji Allah...
Tanpa henti...
Hanya Allah yang tahu
Siapalah aku di hatimu...
Karya
Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2013
TERUS LAYARKAN AKU KE DESTINASI YANG SELAMAT
Bahteraku belayar di tengah samudra
Tak henti diipukul ombak membadai
Hingga aku kepenatan untuk setia pada ombak
Hingga aku kelemasan untuk setia mendengar deruan ombak
Duhai ombak membadai...
Pukullah aku semahumu jika itu boleh membahagiakanmu
Duhai angin ribut taufan
Terus layarkan aku ke destinasi yang selamat
Agar aku tenang pabila sampai waktunya nanti
Duhai kelompok-kelompok awan aktif
Tolong beri sokongan padaku
Untuk aku
tak mudah mengalah
Pada ombak membadai
Pada angin ribut taufan
Yang tak pernah faham
Betapa aku sayangkan kalian
Biarpun kalian tak pernah menghargai kasihku ...
Aku menanti di garisan penamat
Agar kita bersama di SyurgaNya
Inshaa Allah Aameen.
Karya Ratu Rimba Niagara,
14 Januari 2013
PANDANGAN MEMBAWA ERTI KE AKHIRAT
Hidup ini ada dua pandangan
Pandangan mengikut mata hati
Pandangan mengikut perasaan
Pandangan mengikut mata hati jika tersalah sering meminta maaf
Pandangan mengikut perasaan merasakan diri sempurna hebat
Makanya ikutlah pandangan mata hati akan sentiasa muhasabah diri
Jika mengikut pandangan perasaan akan membuatkan hati lebih keras dan tidak akan mahu mengalah malah lebih menjadikan kita sombong dan bongkak, nauzubillah.
Muhasabah diri untuk hati yang lalai dengan pandangan tanpa membawa arti sebuah kehidupan dunia membawa ke akhirat
moga kehidupan ini membawa arti ke akhirat nanti. Aameen.
3 Rabiulawwal 1434H
5 Januari 2013
MENANTI TIBA MAHKOTA JIWA
Hilang roh hilanglah jiwa,
Hilang jiwa tak punya hati;
Adanya hati hiduplah jiwa,
Roh tenang bila miliki mata hati.
Menanti tiba mahkota jiwa,
Wajah berseri bak purnama malam;
Alangkah indah sehati sejiwa,
Merealisasikan cita yang tak pernah padam.
Karya
Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2013
BERERTINYA KEJUJURAN
Sesiapa saja boleh melafazkan jujur,
Mulut berkata lain hati bicara lain;
Jadi mana letaknya jujur,
Sejujurnya tanya hati tanyalah iman.
Kejujuran terletak pada hati,
Hati yang ikhlas tersirna kejujuran;
Orang yang jujur sentiasa dihormati,
Sahabat sejati selalu memberi sokongan.
Hati tak nampak kerana terselindung,
Perselindungan yang penuh teka teki;
Orang yang ikhlas tak perlu bimbang,
Kerana mata batin nampak di hati.
Kejujuran terserlah di hati,
Bila berkata lahir dari sanubari;
Mata berkaca sejernih air di kali,
Senyuman terukir wajah berseri.
Bila kejujuran nampak di hati,
Semua janji akan ditepati;
Bukan seindah menabur janji,
Memakan diri tak tertunai nanti.
Orang jujur ramai yang menyukai,
Bila bercakap seikhlas hati;
Bukan kejujuran sampai memakan diri,
Diperkotak katikkan sesuka hati.
Bila berkata asyik membangga diri,
Kerana rasakan hidup serba sempurna;
Perasaan orang lain tidak diambil peduli,
Sahabat menjauhkan diri kerana hati terluka.
Kejujuran buat hati jadi tenang,
Segala urusan dipermudahkan Tuhan;
Ditempuhi segala dugaan yang datang,
Moga mendapat redhaNya Tuhan.
Berertinya kejujuran dalam setiap kehidupan,
Hidup dilalui bagaikan sinar ketenangan;
Wajah berseri-seri hati penuh keceriaan,
Tiada langsung berdengki-dengkian .
Teman menyelewang hati tak keharuan,
Bila berkata tiada kebenaran;
Perkataan yang sia-sia yang diluahkan,
Persahabatan hambar tiada berkekalan.
Hati terhiris bak sembilu pilu,
Kata-kata diluahkan bagaikan hirisan;
Hirisan hati penuh pilu,
Biarkan kuundur diri jangan aku dipersalahkan.
Jangan aku dipersalahkan,
Kesan dari ketidakjujuran;
Mulut mengiyakan hati menafikan,
Itu tandanya orang mempersendakan kejujuran.
Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.
Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.
Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.
Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Rabiulawwal 1434H
14 Januari 2013
Janji apa lagi hendak kusandarkan,
Pada mereka yang tak tepati janji;
Ingin aku lupakan,
Ikatan sebuah janji.
dalam hati ada benci,
kuharap bunga dibalas racun;
kubuang segala benci,
moga berbunga budi yang santun.
apa diharap kasihnya orang,
kusemai padi tumbuhnya lalang;
apa diharap budinya orang,
kasihku terpadam terus menghilang.
SEBAKUL BUNGA BUDI KASEH UNTUK SEMUA YANG DIKASIHI RAKAN FB DAN GRUP RATU RIMBA NIAGARA YANG SUDI LIKE DAN KOMEN KARYA RATU RIMBA NIAGARA MOGA ALLAH SWT MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN KALIAN AMEEN.
ALAM DIKIRIM DI ANGIN BAYU,
SALAM DIJAWAB PENUH SYAHDU,
DI ALAM MAYA KITA BERTEMU,
SILATURAHIM MEWANGI KASIH BERPADU.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
15 RABI'UL AWWAL 1437H
27 DISEMBER 2015
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Rabbi najjinii minal qaumazhzhaalimiin.( QS:28/21)
ARTINYA;
Wahai Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang2 yg zhalim
Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir. (QS: 28/24)
ARTINYA :
Ya Tuhanku ,sesungguhnya ǎku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yg Engkau turunkan kepadaku.
YA ALLAH SATUKAN HATI KAMI SALING MENYAYANGI KERANA-MU
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Ya Allah Kau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
semua hamba-Mu Kau kasih dan sayang
Kau memberikan ujian pada hamba- Mu
bukanlah berarti Kau tak kasih dan sayang
tapi itu semua lambang Kau kasih dan sayang pada hamba-Mu
itu pun mengikut kemampuan hamba-Mu mengatasi ujian
Kuatkanlah aku menjalani hidup ini untuk nebarkan cinta dan
kasih sayang demi-Mu
jika aku lemah lantaran penghinaan mereka ke aku
Kau kuatkanlah semangatku
Untuk terus dan terus menyebarkan benih-benih kasih sayang
Yang Kau Redhai...
Kau sukakan akan persaudaraan...
Jalinan tali ukhuwah kasih yang kukuh
Yang boleh membuatkan islam di dunia ini bersatu padu
Tanpa ada permusuhan sesama sendiri
Di kala aku kesedihan dalam segala bentuk penghinaan mereka
Kau kirimkan senyuman mentari ..senyuman bulan...senyuman bintang
Itu sudah cukup menyerikan senyumanku yang kelat ini
Aku tak mahu memperlihatkan senyuman yang
Kelat, perih. sendu
Kepada-Mu
Kepada mereka
Biarlah Kau saja yang tahu isi hatiku
Betapa aku sayangkan semua hamba-Mu
Yang mahu ke jalan-jalan-Mu
Dan aku yakin seyakin-Nya
Di hari di mana semua yang aku kasihi di dunia ini
Tidak dapat membantuku
Masing-masing sibuk urusan diri sendiri
Untuk mengetahui samada kaki langkah
Ke Syurga atau ke neraka
Allahu Akbar pastilah keputusan yang amat mendebarkan...
Pasti akan menyebut
Allahuma Salim..Salim...
Selamatkan saya...selamatkan saya...
Saat kacau bilau ...huru hara..penuh debaran
Dengan sejuta harapan agar mendapat syafaat
Nabi Muhammad SAW
Masing-masing mahukan syafaat Kekasih-Mu
Nabi Muhammad SAW
Yang dapat diketemui baginda Rasulullah
Di Titian Sirad...
Di Neraca Al-Mizan
Di Kolam Nabi Muhammad SAW
Yang panjang kolam itu sebulan perjalanan
Dan lebar kolam sebulan perjalanan juga
Inilah tiga tempat yang mesti kami cari
Nabi Muhammad SAW
Dan moga kami dapat bertemu Rasulullah
Di tempat tersebut dan dapat memohon syafaat
Baginda Rasulullah berkat selalu mengingatinya
Tika di dunia dulu...
Sebagaimana Rasulullah menyayangi kami
Sehingga di akhir kalamnya menyebut kami
'Umatku...Umatku...Umatku...
Sebagaimana Rasulullah sayangkan kami
Kami pun sayangkan Nabi Muhammad SAW
Syukur kami sebanyak-banyak-Nya
Kepada-Mu karna mengurniakan
Nabi Muhammad SAW Kekasih-Mu
Yang tak jemu berdakwah kepada umatnya
Berkat dakwahnya
Kami dapat memiliki ilmu Al-Quran & Hadis..
Kerana tidak akan sesat seorang hamba itu
Jika berpegang teguh kepada
Al-Quran & Hadis
Moga Al-Quran & Hadis...
Sebati dalam roh dan jasad kami
Itulah tauhid kami hingga nafas terakhir
Mogalah terlafaz kalimah Syurga
لا إله إلا الله محمدا رسول
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Kuatkan hati-hati kami
Beramal soleh hanya kerana-Mu
Bukan untuk menunjuk-nunjuk
Tapi hanyalah semata kerana-Mu
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Satukanlah hati-hati kami
Sentiasa bersatu hati
Untuk menyebarkan kasih sayang
Dengan bahasa-bahasa yang Kau Redhai
Dan setiap kata-kata kami
Adalah mutiara-mutiara Syurga
Yang ada nilaian di Sisi-Mu
Yang akan dikira tika ditimbang Di Neraca Al-Mizan
Dan dapat menyelamatkan ketika meniti Titian Sirad..
Yang mana menentukan ke Syurga atau ke neraka...
Moga berkat kami saling berkasih sayang kerana-Mu
Tika di dunia ini
Tika nafas masih ada...
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
Masukkan kami Ke Syurga-Mu
Syurga Firdaus...
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Hamba-Mu yang kerdil,
12 Muharram 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH &
WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
12 Muharram 1434H
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah.
Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU
IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 Januari 2021
0 comments:
Post a Comment