SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (28) MA'AL HIJRAH MENUJU CINTA-MU
MA'AL HIJRAH MENUJU CINTA-MU
Ya Allah ...
Aku sepi tanpa perhatian-Mu
Aku pilu tanpa hidayah-Mu
Amalanku pasti tak bersinar
Sepertimana mahu-Mu
Malanglah aku jika begitu
Kerana terpedaya
Dengan diri sendiri
Betapa taksubnya aku dengan amalan tak bererti
Kerana kebanggaan memakan amalanku
Ya Allah...
Pakaian kebanggaan
Pakaian kesombongan
Hanyalah layak untuk-Mu
Bukan untukku
Hinanya aku Ya Allah...
Menjadi hamba-Mu
Yang baru diberi
Setitis ilmu sudah sombong
Diberi kekayaan sudah bongkak
Diberi darjat lagilah aku sombong bongkak
Ya Allah...
Aku hamba-Mu
Yang tak sempurna Ya Allah...
Pesona dunia
Darjat...
Kekayaan...
Kebijaksanaan..
Telah memperdayakan imanku yang tandus...
Ya Allah...
Aku datang kepada-Mu Ya Allah..
Merayu pada-Mu
Agar Kau ampunkan
Segala kekhilafanku pada-Mu
Jika Kau tak ampunkan
Tiadalah bererti lagi hidupku ini
Kerana
Darjatku kekayaanku kebijaksanaanku
Telah menzalimi diriku sendiri
Sedangkan darjat kekayaan kebijaksanaan
Adalah untuk bertambah zuhudku pada-Mu
Ya Allah...
Aku sudah sedar kekhilafanku
Menjadi seorang hamba-Mu
Sepertimana mahu-Mu
Makanya ampunkan segala
Kekhilafanku
Ya Allah...
Sempena Maal Hijrah 1435H..
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas...
Kau bersihkan catatan buku amalanku
Yang akan diangkat ke langit ke tujuh
Disimpan menjadi saksi di Neraca Timbangan nanti
Di hari itu segala darjat kekayaan kebijaksanaan
Sudah tidak bererti dan membantu walau sebesar zahrahpun
Yang ada amalan yang Kau terima walaupun sebesar zahrah
Makanya dengan amalanku yang sebesar zahrah ini
Kau pandanglah dengan Belas Kasihan dan Rahmat Kasih-Mu
Ampunkan aku
Ampunkan keluargaku
Ampunkan sahabat-sahabatku
Ampunkan pembaca karya-karyaku
Ampunkan semua saudara seislamku
Samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia
Semoga kami semua diberi buku amalan diterima dengan tangan kanan
Dan ringan timbangan buku amalan kami
Insya-Allah Aamiin
Ya Allah...
Sempena Maal Hijrah 1435H
Sinarkan Nur Hidayah Kasih-Mu
Sehingga akhir hayat kami
Satukan hati-hati kami
Untuk kembali
Ke jalan-jalan sebenar
Menuju cinta-Mu
Maal Hijrah Menuju Cinta-Mu
Doa hamba-Mu yang kerdil..
Dengan Belas Kasihan Dan Rahmat Kasih-Mu
Makbulkanlah doaku dan doa semua yang
Membaca karya doaku ini
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
30 Zulhijjah 1434H
4 November 2013M
BUKAKAN KHASHAF DZAT CINTA MU PADAKU YA ALLAH
Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
Beruntunglah para pencintaNya,
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
Degupan jantung seiring zikir padaNya;
Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
Hidup dan mati hanyalah untukNya.
Hidup dan mati hanyalah untukNya,
Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
Bertahta di hati hanya cintaNya.
Bertahta di hati hanya cintaNya,
MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.
Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
Apalah erti hidup ini,
Jika Kau menolak cinta sedihnya,
Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.
Sedihnya aku mehasabah diri sendiri,
Aku hambamu yang banyak kelalaian;
Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan,
Kan kuperbaiki segala yang kurang;
Kulakukan demimu Ya Tuhan,
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang.
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu;
Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang,
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu.
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu,
Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.
Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
Mulianya kalimah SyurgaMu:
LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Muharram 1434H
15 November 2012M
PANTUN NUR HIDAYAH KASIH
Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
Di mana saja Kau tak kulupa,
CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.
Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
KuasaMu mengatasi segala yang ada;
Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.
Maha Suci Allah,
Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
Aku pasrah atas segala ketentuanNya.
Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
Dari lubuk hati bawa ke mati;
Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.
Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.
Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
Janji Allah semuanya benar;
Tetapi manusia melupakan Allah,
Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.
Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
Kurindumu terbawa dalam mimpi;
Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.
Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
Kasihmu pada kami akan terpatri,
Dunia dan akhirat menjadi saksi.
Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
Air wuduk disapukan ke wajahku:
Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
Aku bersyukur dalam sujudku.
Di bumi ini aku bersujud padaNya,
Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.
Tika aku bersujud padaMu,
Serasa Kau hampir denganku;
Kubersujud penuh kusyuk,
Moga Kau terima solatku.
Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Berzikir memujiMu mengundang rindu,
Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
Rohku syahdu dalam sendu,
Jasadku bersyukur dalam qalbu.
Membaca KalamMu hatiku pilu,
Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
Seolah berada di Taman SyurgaMU,
Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.
Setelah solat kuberdoa padaMu,
Mohon Kau perkenankan doaku;
Kuterus merayu dalam doaku,
Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Di pagi yang hening ini,
Munajatku dengan linangan air mata;
Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.
Al-Quran sentiasa di sampingnya,
Dibaca berulang kali tanpa jemu,
Setiap surah dihafal dalam mindanya,
Menjadi peguam bela di kuburmu.
Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.
Wajah berseri bak penghuni Syurga,
Senyuman ikhlas menawan iman;
Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.
Ceriakan hidupmu setiap hari,
Jadikan sahabat
terbaik
untuk sahabatmu;Setiap hari saling ingat mengingati,
Hingga ke mati dikenang jasamu.
Duhai yang dihormati sahabatku,
Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
Moga ilmumu mengusik qalbu,
Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.
Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Kasih sayangMu tidak terbatas;
Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.
Karya Ratu Rimba Niagara
30 Zulhijjah 1434H
4 November 2013M
﷽۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍﷺ۞
KEHEBATAN FADHILAT MEMBACA SURAH AL IKHLAS
#Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini.Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas yaitu merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surahini secara terusan.Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”
Ya اللّهُ
Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”
Ya اللّهُ
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.
'' Ya Allah Ya Mujib
"Robbi Yassir Wala Tu Assir", bukakanlah
pintu2 kebaikan, semoga sgala permintaan/doa/hajat dimakbulkan & urusan kami semua akan di permudahkan...
"Lahaulawala kuwwata illa billah"
''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minadzzalimin".
امين يارب العاالمينِِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
RINDU PADAMU YA RASULULLAH
Aku ingin terus melafazkan shalawat untukMu, “Allahumma Sholli ‘Ala Sayyidinaa Muhammad,wa ‘Ala Sholli ‘Ala Sayyidinaa Muhammad ! “ Tak henti-hentinya pula ku berucap “Asyhadu Anlaa Ilaha Illa Allah,Wa Asyhdu Anna Muhammad Rasulullah”.
Sekarang aku mengerti tentang apa yang kurasakan selama ini. Cinta bukan lagi tentang pertemuan di alam nyata. Cinta adalah meresapi apa yang kau titipkan kepada Ummat. Cinta adalah memaknai cintaMu yang tak lekang dimakan zaman. Cinta adalah menjadikanMu cinta setelah Allah. Cinta adalah menghidupkan sunnahMu. Cinta adalah istiqomah di jalanMu. Cinta padaMu adalah berharap, nanti, di suatu massa, aku menjadi satu dari mereka yang diizinkan Allah bertemu denganMu.
Drp Abi Hurairah r.a menceritakan kepada kami (perawi) drp Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt berfirman: "Jika hamba-Ku mendekat (menghampirkan dirinya/datang) kepada-Ku satu jengkal, Aku akan mendekat padanya satu hasta, dan jika dia mendekat kepada-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekat kepadanya satu depa, jika dia mendekat kepada-Ku dengan satu depa maka Aku akan mendekat kepadanya lebih cepat lagi".
(Muslim : 2677, Ahmad :27410)
Selamat beramal....
Indahnya hidup ini...
KETIKA NABI MUHAMMAD SAW BERTEMU TUHAN DI SIDRATUL MUNTAHA , ALLAH SWT BERTANYA KEPADA NABI, 'SIAPAKAH YANG MENJADIKAN ALAM SEMESTA INI,' RASULULLAH MEJAWAB,'KAU YA ALLAH , AKU INI SIAPA PADAMU, NABI TERSIPU MALU LALU ALLAH MEMJAWAB,''HAMBAKU YANG MENCINTAIMU ADALAH KEKASIHKU,' .
hamba Allah yang mencintai Nabi Muhammad Rasulullah adalah kekasih Allah...Allahu Akbar AAmiin.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)
Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW.
YA RASULULLAH KEKASIH ALLAH BERILAH SYAFAATMU KEPADAKU AKAN AKU TERUSKAN PERJUANGANMU SEKALIPUN NYAWA JADI TARUHAN!
CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Kau dilahirkan
untuk memberi
Rahmat Sekalian Alam
Berpekerti mulia
menempuh segala cabaran
dan dugaan semata-mata
untuk menyebar
Agama Suci Allah
berkorban apa saja
demi umat sezamannya
dan akhir zaman
Sambil berdiri, duduk dan
berbaring sentiasa
mengingati umatnya
mencintai umatnya
sepenuh hati
sepenuh jiwa
Masya-Allah!
sentiasa berdoa pada Tuhan
agar umatnya mati dalam
ucapan kalimah
LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah
Risaunya Nabi terhadap umatnya
hingga nafas terakhir
menyebut-nyebut umatnya
‘Umatku! Umatku! Umatku!
Duhai Kekasih Allah
Nabi Muhammad S.A.W
Biarpun telah tiada jasadmu
Budimu…
Pengorbananmu…
Cintamu kepada umatmu
akan dikenang…
dihargai dan
disanjung tinggi hingga
ke akhir hayat kami
Kami tahu kau mencintai kami
ketika berdiri… duduk dan berbaring
hingga ke akhir hayatmu
Amatlah rugi dunia akhirat!
malang dunia akhirat!
Jika kami tidak membalas cintamu
Wahai Nabi Allah
Kekasih Allah
sebagai balasan cintamu
pada kami umatmu
kami akan menjadi
pewaris setiamu
menyebarkan dakwahmu
Al-Quran dan Hadis
yang kau tinggalkan
untuk kami umatmu
Selawat untukmu
“Allahumma Sholli ‘Ala Sayyidinaa Muhammad,wa ‘Ala Sholli ‘Ala Sayyidinaa Muhammad!"
Wahai kekasih Allah
terimalah kami
menjadi kekasihmu
sebagaimana kau
menjadi Kekasih Allah
Moga dengan cinta kami ini
dapatlah kami keberkatan
cintamu di dunia …
di Padang Masyar
mendapat Syafaatmu
Aamiin Ya Rabbal A’lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Rabiulawwal 1434H
24 Januari 2013M
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
12hb. Rabiul Awwal hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul).
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul AwalTahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
Di malam hari bintang-bintang bertaburan bergemerlapan
cahaya purnama berseri-seri hingga ke subuh
meraikan kelahiran Muhammad Rasulullah
Subhanallah seluruh alam
penghuni langit dan bumi
mengucapkan kesyukuran
Di subuh Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah
bumi Makkah Al-Mukarramah
lahir seorang khalifah Allah kekasih Allah,
Muhammad Rasulullah
Di hari kelahiran Muhammad Rasulullah
di ufuk barat cahaya
di ufuk timur cahaya
di ufuk utara cahaya
di ufuk selatan cahaya
bercahaya- cahaya di langit
kanan cahaya
kiri cahaya
segenap penjuru bercahaya
Subhanallah terlalulah indah cahaya-Nya,
meraikan kelahiran Muhammad Rasulullah Kekasih Allah.
Di usia 6 tahun telah menjadi yatim piatu
dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib
seorang hartawan menyayangi sepenuh jiwa raga
sanggup membatalkan urus niaganya di Syam bagi
melindungi Nabi Muhammad saw dibunuh oleh musuh Allah,
Abu Talib diberitahu tanda yang ada di tubuh
Nabi Muhammad saw,'Muhammad Rasulullah,'
ada diceritakan dalam kitab Taurat dan Injil.
Ini membuatkan musuh-musuh Allah akan membunuh Muhammad maka Abu Talib sentiasa berwaspada di setiap masa bagi mempastikan keselamatan anak saudara kesayangannya selamat.
Kelahiran Muhammad
membawa rahmat sekalian alam
budi pekertinya
akhlaknya semuanya
memberi
ketenangan
kedamaian
kerahmatan
Allahu Akbar
betapa besarnya perjuangan
Nabi Muhammad kepada semua ummat Islam...
kerana pengorbanannya yang tidak pernah putus asa Islam berkembang di serata dunia...
Syukur sebanyak-banyak-Nya Ya Allah...
di Kurniakan Muhammad Rasulullah...
membawa Rahmat Sekalian Alam
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...
kami mencintai kekasih-Mu
Muhammad Rasulullah
dengan izin-Mu...
kami mahu memandang Wajah-Mu di Syurgawi
berdekatan dengan Muhammad Rasulullah
Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
,
Perkenankanlah doa kami Ya Allah,
hamba-Mu yang kerdil,
................................................
12 Rabiulawal 1436H
SALAM ISRAK MIKRAJ
Salam Israk Mikraj
27 Rejab perjalanan Kekasih Allah Nabi Muhammad saw ke Sidratil Muntaha di langit ke tujuh
Dengan Kudrat dan Iradat Allah Azzawajallah
Salam Israk Mikraj
Perjalanan di malam hari bagaikan kilat
Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha
Menembusi tujuh lapisan langit
Sampai ke Bawah Arasy Allah Azzawajallah
Salam Israk Mikraj
Diperlihatkan indahnya Syurga
Yang tak terjangkau oleh pemikiran manusia memikirkannya
Diperlihatkan juga azab seksa ahli neraka amat dahsyat menginsafkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
ALLAH MENUNJUKKAN KEKUASAAN-NYA MENGATASI SEGALA-NYA
Salam Israk Mikraj
Syukur Ya Allah
Dengan izin-Mu
Kau izinkan Nabi Muhammad Kekasih-Mu
Memperlihatkan Kekuasaan-Mu Mengatasi Segala-Nya
Peristiwa Israk Mikraj
Menambahkan keyakinan ummat Nabi Muhammad saw untuk yakin seyakinnya akan Kebesaran Kekuasaan-Mu
Nabi Muhammad Pesuruh-Mu
Menceritakan apa yang disaksikan kepada ummatnya
Bertambah kasih sayangnya kepada kami
Mendoakan kami agar dimasukkan semua ummatnya ke Syurga
Diselamatkan dari azab api neraka yang mengerikan...
Kerana terlalulah azab menjadi ahli neraka
Nabi Muhammad menangis pagi petang siang dan malam berdoa terus berdoa hingga ke akhir hayatnya agar semua ummatnya diselamatkan daripada menjadi ahli neraka
'UMMATKU UMMATKU UMMATKU'
Itulah di akhir nafasnya
Yang diucapkan
Itulah doanya yang terakhir
Betapa kasih sayangnya Kekasih-Mu kepada semua ummatnya tanpa terkecuali
Walhal Kekasih-Mu sudah dijamin masuk Syurga
Tapi masih mendoakan semua ummatnya masuk ke Syurga sampai akhir hayat Pesuruh-Mu Kekasih-Mu menyayangi kami
Tak terbalas kasih sayangnya kepada kami sebagai ummatnya, makbulkan doa kekasih-Mu itu Ya Allah
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Salam Israk Mikraj
Telah terbukti
Kebesaran Kuasa Allah Azzawajallah Mengatasi Segala yang ada di langit dan di bumi
Telah terbukti
Nabi Muhammad saw
Mencintai semua ummatnya tanpa terkecuali
Moga bersamalah kita
Sentiasa berjiwa hamba-Nya kerana kita berstatus milik-Nya selama-Nya
Sentiasa menghargai kasih sayang Nabi Muhammad saw hingga nafas terakhir
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
27 Rejab 1435H
27 Mei 2014
SUBHANALLAH INDAH-NYA MENJADI KEKASIH-MU ALLAH KAU UKIR NAMA-MU DI WAJAHKU DI HATIKU SYUKURKU SEPENUH LANGIT DAN BUMI , MOGA WAJAHKU INI DAPAT MEMANDANG WAJAH-MU DI SYURGAWI BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH, SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
"hamba Allah yang mencintai Nabi Muhammad Rasulullah adalah kekasih Allah...Allahu Akbar AAmiin."
Manda Conai SAHABAT KU INDAH SEKALI KATA HINGGA MENITIS AIR MATA NI MARI LAH KITA SELAWAT KE ATAS NABI KITA SEMUGA KITA MENDAPAT KEBERKATAN DUNIA AKHIRAT TERKENANG KEMBALI SEWAKTU SAYA PERGI UMRAH SELEPAS TU SAYA BERKUJUNG KE MADINAH SEWAKTU SAYA KE MADINAH SAYA AMBIL PELUANG PERGI KE MAKAM RASULULLAH. SESAMPAI SAYA DIPINTU RAUDAH BERHADAPAN DI MAKAM RASULULLAH SITU AIR MATA BERDERAI. TERINGAT PERJUNGAN NABI. .DIMUKA BUMI ALLAH YA QARIM
ATAS NAMA CINTA-MU
ALLAH KAU KUCINTA
ALLAH KAU KURINDU
CINTA DAN RINDU
SYAHDU DI PERDU RINDU
AKU TERUJA MERAIH CINTA-MU
KU BERJALAN MENDAPATKAN CINTA-MU
KAU BERLARI MEMBALAS CINTAKU
AKU HAMPIRI-MU KAU TELAH ADA DI HATIKU
ALLAHU AKBAR HEBAT-NYA CINTA-MU
KAU TAK PERNAH HAMPAKAN AKU
KAU TAK PERNAH MENOLAK CINTAKU
MALAH KAU LEBIH MEMBALAS CINTAKU
SEDANGKAN AMALANKU TIDAKLAH BANYAK MANA
HANYA SEDIKIT DIBANDINGKAN PARA KEKASIH-MU
SIAPALAH AKU UNTUK MENDAPAT CINTA-MU YANG MAHA AGUNG
TAPI ITU TIDAK MENGHALANG ENGKAU MEMBALAS CINTAKU
ALLAHU AKBAR
MEMANGLAH ENGKAU MAHA PENYAYANG
DARIPADA SEGALA YANG PENYAYANG
MEMANGLAH ENGKAU KEKASIH
TIDAK HAIRANLAHLAH KENAPA
PARA KEKASIH-MU
BERKORBAN APA SAJA DEMI MERAIH CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
MEREKA TERPANA DALAM DZAT CINTA-MU
MEREKA RELA TINGGALKAN PESONA DUNIA DEMI CINTA-MU
SEDANGKAN AKU TIDAK MAMPU BERKORBAN SEHEBAT MEREKA
DENGAN NAMA-MU YA ALLAH
YANG MAHA AGUNG
ATAS NAMA CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
KAU BERILAH AKU
KEKUATAN
UNTUK TERUS MENCINTAI-MU
DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN
MAHUKAN HIDUP DAN MATIKU
HANYA ENGKAU MATLAMATKU
APA YANG AKU USAHAKAN
BUKAN UNTUK MENDAPAT
PANDANGAN MANUSIA
HANYA MAHUKAN PANDANGAN-MU
ANDAI APA YANG AKU USAHAKAN
BOLEH MENDEKATKAN DIRIKU PADA-MU
DAN YANG MEMBACA KARYAKU JUGA MENDEKATI-MU
BERILAH KEJAYAAN
KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT
AKU MAHU HIDUP MATIKU
DAN SAUDARA SEISALAMKU JUA
HIDUP DAN MATI
HANYALAH KERANA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Muharram 1435H
18 November 2013M
JIKA CAHAYA SUDAH MENERANGI HATI...ITULAH CAHAYA IMAN DARI ILAHI AAMIIN.
PUISI PEPOHON IMAN
Ingin kusemai bunga-bunga cinta
agar apabila bertunas nanti
segar disinari cahaya iman
akarnya menjadi pasakkan
iman yang kukuh bercambah
akarnya merata tempat.
Merimbunlah dikau tunas-tunas
cinta keimanan
menjadi pepohon rendang
dewasa dalam keindahan iman
rimbunan dedaun menghijau
saujana mata memandang
dedaunanmu merimbun
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
melentok-lentok sambil mengalunkan
zikir munajat memuji Tuhannya.
Alunan zikirmu padaNya
membuatkan aku terkesima
dalam rindu mendalam padaNya
dan aku mencemburuimu
kerana hidupmu...
tiada lain kecuali
berbakti kepada Tuhanmu
dan menabur jasa kepada
penghuni bumi.
Bertambah mengindahkan lagi
pepohon iman itu berbunga
gugusan kuntum bunga
memukau panorama...
Wangian bunga pepohon iman
dapat dihidu di seluruh benua
tiada apa yang dapat diucapkan
melainkan SUBHANALLAH.
Setelah habis musim bunga
tiba masanya pepohon iman berbuah
gugusan buah melebat
memenuhi pepohon iman
terkesima mata memandangnya.
Apabila gugusan buah pepohon iman
sudah ranum daripada tangkainya
sedia dipetik penghuni bumi
lalu berkata, ”Makanlah buah pepohon imanku ini...
Moga... Cahaya keimanan meresap
dalam roh dan jasadmu, itu doaku.”
Setelah penghuni bumi
makan buah pepohon iman itu...
Sisa buah pepohon iman tersebut
dilemparkan ke sungai deras mengikut
kederasan air terjun
lalu terdampar ke hutan belantara
di situlah bermulanya penghidupan
baru kepada pepohon iman
meneruskan kelangsungan hidup baru
pasrah dan redha
dengan asal kejadiannya!
Karya Ratu Rimba Niagara
1.1.2013
Bukti kekuasaan Allah S.W.T .Kejadian air terjun dari langit yang dirakamkan di Tampa Florida.SubhanaAllah kuasa Allah mencakupi segalanya...
KUASA-MU MENGATASI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
TERHANYUT AKU BETAPA INDAHNYA
KEJADIAN YANG DI LUAR PEMIKIRAN MANUSIA UNTUK MEMIKIRKANNYA AKAN TERJADI KEJADIAN YANG KAU TUNJUKKAN DENGAN JELAS DAN NYATA BAHAWA KUASA-MU MENGATASI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI.
SIMBAHAN AIR TERJUNAN TURUN DARI LANGIT
DEBURAN AIR TERJUNAN DARI LANGIT NAN INDAH ITU BERDEBUR MENCICAH LAUT...
DI SEBELAH AIR TERJUNAN DARI LANGIT KAU PERLIHATKAN
BULAN BERADA DI PARAS LAUT...
MEMANG INDAH DI PANDANG MATA HATI
LALU AKU TAK HENTI MEMUJA-MU BETAPA BUKTI KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI...
BETAPA KAU SAHAJALAH YANG LAYAK DISEMBAH DAN DI-AGUNGKAN DI SEBILANG MASA DAN KETIKA.
MEMANG BENARLAH KATA-MU TIDAK KAU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA ITU MELAINKAN UNTUK MENYEMBAH-MU
SEBAB ITU PAGI PETANG SIANG DAN MALAM SELURUH PENGHUNI BUMI INI MENG- AGUNGKAN-MU DI SEBILANG MASA DAN KETIKA...SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH
ALLAHU AKBAR
KUASA-MU MENGATASI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Ramdhan 1434H
21 Julai 2013
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
19 Ogos 2020
SASTERA KREATIF ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR RAKYAT MALAYSIA TERCINTA!
PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF
KIKI
Kiki suka berada di bulan.
Di bulan Kiki main sorok-sorok dengan awan.
Kiki ada sayap.
Kiki terbang ke sana ke mari
bermain dengan bintang.
Di kepulan awan biru Kiki meniup seruling
sambil menyanyi lagu, ‘Ibu Oh! Ibu’.
BULAN DAN BINTANG
Bulan tersenyum melihat anak burung
berbulu biru terbang mencari rezeki.
Bulan suka lihat gelagat tiga ekor
kucing yang suka bermain dengan bintang,
duduk di pelangi dan seekor lagi
duduk di tunggul kayu berangan bermain
sorok-sorok dengan bintang dan bulan.
HARI JADI JOHN
Setiap tahun John meraikan hari jadi.
Hari ini hari jadi John yang kesembilan.
Ayah John membeli kek tiga tingkat.
Hari jadi John sungguh meriah kerana
diadakan di sebuah taman bunga
di kelilingi rama-rama pelbagai warna.
TIKAR AJAIB
Puteri Aliya dengan Putera Aliba
sangat gembira kerana dapat terbang
dengan ‘Tikar Ajaib’.
Mereka dapat terbang setelah terjumpa
dengan ‘Pelita Ajaib’ yang boleh memberi
kesaktian kepada si pemiliknya.
Apabila penat mereka pulang berehat
di Istana Kayangan yang indah
lagi permai.
NINA SAYANGKAN BAYI DINOSAUR
Nina tinggal di sebuah pulau bersama
bayi Dinosaur. Mereka berdua
berkawan baik.
Nina sangat sayangkan bayi
Dinosaur.
Bayi Dinosaur sangat comel.
Telinganya panjang seperti arnab.
Kukunya tajam seperti harimau.
Nina suka cium Bayi Dinosaur.
Bayi Didosaur tersenyum malu.
Bayi Dinosaur sangat gembira.
Hidupnya hari-hari ceria.
Dia gembira kerana keluarganya
sangat baik dengan keluarga
angkatnya.
Walaupun dia cumalah haiwan
dan keluarga angkatnya manusia
tetapi mereka saling hormat
menghormati dan sayang
menyanyangi di antara satu
sama lain.
Nina adalah kakak angkat yang
sangat sayangkan ‘Bayi Dinosaur’.
BERMIMPI JADI ANAK GERGASI
Pada suatu hari Ramasamy pergi
berkelah di sebuah pulau.
Dia membawa bekalan.
Ramasamy tertidur kekenyangan.
Dia tidur dengan nyenyaknya,
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Ketika tidur Ramasamy bermimpi
menjadi anak gergasi.
CITA-CITA SAYA
Cita-cita saya hendak menjadi
seorang doktor.
Saya mesti belajar bersungguh-
sungguh.
Apabila sudah menjadi doktor
nanti, saya boleh nasihatkan
pesakit saya supaya amalkan
makan makanan sihat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan.
TAMAN BUNGA IBU SAYA
Ibu saya suka tanam pokok bunga.
Halaman rumah saya penuh dengan
pokok-pokok bunga.
Setiap petang saya menyiram pokok-
pokok bunga.
Halaman rumah saya seperti taman
bunga yang sangat indah di pandang
mata.
Ibu dan ayah saya suka hati melihat
pokok-pokok bunga yang segar dan
cantik.
Ibu saya kata,‘Taman bunga
membuatkan hatinya berasa aman
dan tenang.’
KERETA TERBANG
Pagi Ahad itu Ah Chong bangun pagi.
Dia sangat gembira sambil menghirup
udara segar di jendela.
Setelah mendapat kebenaran ibu dan
ayahnya, dia terbang ke awan biru.
Ah Chong sangat gembira kerana
tanpa sokongan kedua orang tuanya
Ah Chong tidak akan dapat terbang
di awan biru bersama dengan kereta
terbang ciptaannya.
KEINDAHAN TAMAN BUNGA
Sungguh indah taman bunga yang
menghijau ini.
Menghidu bauan bunga-bungaan
yang mewangi setiap pagi.
Dihiburkan dengan kicauan burung-
burung seolah-olah sedang menyanyi-
nyanyi lagu merdu.
Diindahkan lagi dengan Sang Rama-Rama
yang berwarna-warni.
Sungguh indah!
Sungguh aman!
Buat hati rasa tenang!
KAMBING GURUN AJAIB
Ini Kambing Gurun Ajaib.
Kambing Gurun Ajaib ini namanya Lito.
Lito boleh terbang ke mana dia suka.
Lito suka bermain dengan bintang-bintang
yang bergemerlapan di langit malam.
Kadang-kadang dia menanduk bintang.
Bintang suka berkawan dengan Lito.
Lito baik hati dan tidak pandai bercakap
bohong.
HARIMAU KEMBAR SIAM
Ini Harimau Kembar Siam.
Mereka telah selamat menjalani
pembedahan pemisahan semasa
bayi lagi.
Kini Harimau Kembar Siam telah
dewasa.
Ke mana pergi mereka selalu
bersama.
Setiap petang, Harimau
Kembar Siam pergi ke sebuah
tasik untuk menghilangkan
dahaga.
Harimau Kembar Siam sayang
menyayangi di antara satu sama lain.
KELUARGA ZIRAFAH
Ini sekumpulan keluarga zirafah.
Keluarga zirafah ini sangat bahagia.
Ke mana pergi mereka berkumpulan
bersama.
Ibubapa mereka penyayang dan
bertanggungjawab.
Anak-anak dididik supaya hormat
menghormati di antara satu
sama lain.
Mereka hidup aman damai dan
berkasih sayang selamanya!
KUDA BELANG
Kasihan sungguh dengan sekumpulan
kuda belang ini.
Mereka berlari sekuat hati daripada
ditembak oleh manusia yang tiada
perasaan belas kasihan.
Manusia kejam itu hanya mahu
mengaut keuntungan sahaja.
Mereka akan menjual kulit kuda
belang dengan harga yang tinggi.
Kuda belang akan pupus di muka
bumi ini jika tidak dibanteras
jenayah membunuh kuda belang.
ZOO NEGARA
Saya suka pergi ke Zoo Negara.
Di Zoo Negara ada pelbagai
haiwan hidupan liar.
Singa senyum kepada saya.
Anak zirafah sangat comel.
Saya suka tengok anak gajah
pakai topi. Sungguh comel!
Anak gajah senyum kepada saya.
Saya sangat sayang semua haiwan
yang ada di Zoo Negara.
Nanti ada peluang saya akan
datang lagi ke Zoo Negara.
IKAN LUMBA-LUMBA
Ikan Lumba-Lumba sangat cerdik.
Perangainya suka melompat-lompat
sambil menyumpit air.
Sungguh melucukan!
Saya suka sangat dengan ikan lumba-lumba.
Saya pernah bermimpi, saya duduk
di belakang ikan lumba-lumba.
Dalam mimpi tersebut ikan lumba-
lumba membawa saya mengembara
ke dasar laut yang indah lagi permai.
Ibu kata saya tidur sambil tersenyum.
Saya ceritakan mimpi saya kepada ibu
saya. Ibu pun tersenyum geli hati.
Sungguh indah permandangan di dasar aut.
Di penuhi dengan batu karang, ikan pelbagai
jenis dan warna, tapak sulaiman, siput dan
bermacam-macam lagi.
Mereka hidup bersatupadu tanpa ada
pergaduhan. Masing-masing mencari
rezeki tanpa mengambil hak penghuni
lain.
Saya suka dengan kehidupan penghuni
laut yang aman, damai dan permai.
HADIAH WAU
Ayah membeli wau untuk saya.
Wau saya cantik.
Saya suka melihat wau saya terbang tinggi.
Wau saya terbang tinggi ditiup angin.
Saya gembira.
Ayah suka hati.
Ibu senang hati.
Wau! Sukanya hati saya hari ini.
Hendaknya kegembiraan saya ini
dapat dikongsi bersama dengan
rakan-rakan yang seusia dengan saya.
Ibu-ibu …Bapa-bapa…Di luar sana
hadiahkan wau untuk anak kesayangan
anda!
Mereka pasti gembira.
Percayalah cakap saya.
Tak percaya cubalah!
Anak anda pasti gembira seperti saya.
SAYA WARGANEGARA MALAYSIA
Saya warganegara Malaysia.
Rakyat negara saya terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India. Walaupun berbeza agama,
bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
aman damai tanpa sebarang sengketa.
Kami hidup bersatupadu, tolong
menolong dan hormat menghormati.
Perdana Menteri saya yang ke-8
namanya YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Saya menghargai Perdana Menteri saya
kerana membantu dan membela nasib
seluruh rakyat Malaysia dalam sebarang
situasi.
Terima kasih Perdana Menteri,
kami rakyat Malaysia rasa bertuah
mempunyai seorang Perdana Menteri
yang baik hati dan penyayang
sayangkan rakyatnya melebihi
nyawa sendiri.
Moga Malaysia berjaya
rakyat sihat, aman makmur
selamanya!
Karya Ratu Rimba Niagara
26 April 2020
Puisi Cakarawala Sumber Inspirasi Saya
Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum pada saya.
Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar.
Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.
Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya.
Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya memberi inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!
Saya Bahagia
Hidup saya indah
seindah bulan di langit.
Hidup saya terang
Seterang bintang bergemerlapan.
Hidup saya ceria
seceria pelangi yang berwarna-warni.
Hidup saya bahagia
sebahagia matahari yang memancarkan
sinar untuk penghuni bumi.
Hidup saya setia
sesetia pengedaran bumi berputar
mengikut paksinya.
Hidup saya aman
seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit masing-masing.
Jika planet tidak mengikut orbit masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala, akan musnahlah segalanya.
Justeru saya tidak mahu begitu
yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia
dan sentiasa bersyukur kepada
Tuhan saya Pencipta semesta alam!
Karya Ratu Rimba Niagara
26 April 2010
PANTUN TIGA SAHABAT
Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.
Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.
Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.
Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.
Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.
Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.
Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.
Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.
Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.
Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.
Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.
Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.
Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.
Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.
Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.
Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.
Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.
Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.
Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.
Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara
26 April 2020
TERIMA KASIH PM KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Sekalung tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-8.
Kehadiranmu tepat pada masanya di kala rakyat amat
memerlukan seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat.
"Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan
melantik saya sebagai Perdana Menteri.
Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia
Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan
fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan.
Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah
melalui pilihanraya.
Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat
sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat
Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.
Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina,
saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun,
Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik,
saya adalah Perdana Menteri saudara.
Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk rakyat
dan negara.
Terus mencurah bakti kepada rakyat, walaupun saya
bukan pilihan rakyat tapi saya dan semua jemaah menteri
di bawah pemerintahan saya, akan cuba sedaya mampu
membantu rakyat tanpa seorang pun dipinggirkan semuanya
akan mendapat perhatian!"
Baharu saja menyandang jawatan Perdana Menteri
tanpa diduga berlakunya penularan wabak COVID-19
justeru kerajaan mewajibkan rakyat mematuhi Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan
rantaian COVID -19. Jika perintah ini tidak dipatuhi,
segala tindakan akan menjadi sia- sia.
Setiap nyawa rakyat Malaysia terlalu berharga justeru
kerajaan melindungi daripada terkena jangkitan wabak
COVID-19.Kerana memahami kesusahan rakyat akibat
penularan wabak COVID-19 pelbagai pakej Ransangan
Ekonomi Prihatin Rakyat dilancarkan di mana semua
golongan rakyat dibantu tanpa tanpa seorangpun dipinggirkan.
Subhanallah baru menyandang jawatan Perdana Menteri
sudah membuktikan kemampuan membantu dan
memperjuangkan nasib rakyat.
Dalam ujian ada rahmat, rakyat menerima bantuan dalam
rasa syukur dan gembira.
Syukur Alhamdulillah dikurniakan seorang Perdana Menteri
pemurah, bertangggungjawab, mengasihi dan mementingkan
rakyat daripada kepentingan sendiri.
Rakyat terpegun dengan keluhuran budi dan pengorbananmu.
Kaulah Perdana Menteri yang didambakan rakyat.
Moga dipanjangkan usia untuk terus menerajui tampuk
pemerintahan kini dan akan datang.
Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadi
Perdana Menteri kami, menabur bakti bersama
Jemaah Menterimu.
Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiap
masalah rakyat kami juga menyayangimu.
Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggi
sebaris para nabi kekasih Allah kerana pemimpin
yang adil dan amanah. Insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
18 April 2020
(Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat
Malaysia tercinta)
PANTUN KKM PENYAYANG PESAKIT DISAYANG
Hospital kerajaan rakyat banggai,
Diberi perhatian kerajaan Malaysia;
Menabur budi bukan untuk dipuji,
Demi semata rakyat tercinta.
Kerajaan utamakan kesihatan rakyat Malaysia,
Asalkan rakyat hidup sejahtera;
Hospital kerajaan ada di mana-mana,
Diberi rawatan amat sempurna.
Kementerian Kesihatan Malaysia patut dipuji,
Utamakan kesihatan rakyat Malaysia;
Pelbagai kaum semua dirawati,
Asalkan rakyat sihat sentiasa.
Kami sedia membantu anda,
Kedatangan anda kami nantikan;
Kami utamakan kesihatan anda,
Kesembuhan anda kami doakan.
Warga KKM kerja secara profesional,
Bekerja berpasukan bersungguh-sungguh;
Pesakit datang saling kenal mengenal,
Sayang menyayang sakit pun sembuh.
Dijangkiti COVID-19 cepatlah bertindak,
Dapatkan rawatan sebelum terlambat;
Itu tandanya orang yang bijak,
Segera sembuh penyakit berjangkit.
Apabila sakit berjumpa doktor,
Pergi farmasi mengambil ubat;
Terima kasih kerana bersabar,
Kerana sabar menantikan ubat.
Pesakit sakit doktor rawat,
Pesakit sembuh doktor gembira;
Semua sakit boleh dirawat,
Asalkan usaha tawakal dan doa.
Wad kecemasan sentiasa kesibukan,
Doktor bekerja penuh komitmen;
Dugaan datang penuh kesabaran,
Kesabaran anda mendapat ganjaran.
Bilik pembedahan sunyi sepi,
Pakar bedah bekerja penuh teliti;
Menjalankan pembedahan berhati-hati,
Pesakit sembuh senang hati.
Sabarlah pesakit atas dugaan,
Ku doakan dikau segera sembuh;
Warga KKM penuh sopan,
Penyayang mereka buat mu sembuh.
Cucilah tangan sebelum makan,
Jaga kebersihan mesti diutamakan;
Segala penyakit dapat dijauhkan,
Anda sihat terukir senyuman.
Doktor bekerja tak tentu masa,
Nyawa pesakit amat diutamakan;
Apabila bekerja tidak tergesa-gesa,
Agar pesakit dapat disembuhkan.
Terhibur hati terima senyuman,
Senyuman warga KKM hati terhibur;
Kurangnya sakit bila tersenyum,
Bicaramu sopan lagi teratur.
Tiada langsung bersikap sombong,
Biarpun berjawatan Ketua Pengarah;
Warga KKM dihormati kerana penyayang,
Mereka bekerja tanpa diarah.
Ketua Jururawat seorang berpersonaliti,
Menggalakkan jururawat berpekerti tinggi;
Melayani pesakit seperti keluarga sendiri,
Kesembuhan pesakit itu dihajati.
Sabarlah duhai pesakitku,
Sakitmu sakitku juga;
Kudoakan segera sembuh untukmu,
Moga Allah perkenankan semua doa.
Gembiranya hati dapat layanan,
Warga KKM baik budi;
Semua pesakit mendapat rawatan,
Sakit COVID-19 dapat diubati.
Ucapan terima kasih warga hospital,
Merawat pesakit dalam kesabaran;
Datang ke sini saling kenal-mengenal,
Moga Tuhan membalas segala kebaikan.
Rajinlah makan ubat duhai pesakitku,
Segera sembuh itu doaku;
Sembuhmu kebahagiaanku,
Kesihatanmu keutamaanku.
Karya Ratu Rimba Niagara
21 April 2020
(Pantun dikarangkan istimewa untuk Ketua Pengarah Kesihatan, Doktor, Jururawat,dan semua warga KKM yang bekerja di barisan hadapan bertungkus lumus untuk kami, moga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan duhai wira dan wirawati KKM tersayang)
PUISI WARGA KKM PENYAYANG
Duhai warga KKM kusayang
Kusanjung setiap budimu.
Kau bekerja tanpa
mengenal penat dan lelah
Kau tetap tabah melayani kerenah pesakit
kau layani mereka dengan penuh
tanggungjawab,
prihatin dan
kasih sayang.
Ikhlas kerjamu!
suci kerjamu!
sopan santun tutur katamu!
terubat hati terima senyuman iklasmu.
sakitku kau ambil peduli
kau ubati sehingga sembuh
Syukur Alhamdulillah
kudoakan moga segala kebaikanmu
dibalas Syurga Firdaus oleh Yang Maha Esa
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
21 April 2020
(Puisi dikarangkan istimewa untuk Ketua Pengarah Kesihatan, Doktor, Jururawat, dan semua warga KKM yang bekerja di barisan hadapan bertungkus lumus untuk kami,moga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan duhai wira dan wirawati KKM tersayang)
PANTUN COVID-19
Malaysia kini sedang diuji,
Covid-19 penyakit berjangkit;
Penyakit berjangkit amat digeruni,
Perintah dikeluarkan agar tidak berjangkit.
Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan,
Duduk di rumah satu arahan;
Bagi menghentikan covid-19 tak berpanjangan,
Kesihatan rakyat sentiasa diutamakan.
Rakyat yang engkar diambil tindakan,
Agar covid-19 dapat diputuskan;
Musnah negara jika tak diendahkan,
Justeru rakyat bersama hentikan.
Covid-19 merebak tanpa disedari
Bagaikan tsunami datang melanda;
Ramai sudah dijangkiti ada yang mati,
Itu yang merisaukan rakyat jelata.
Ramai pesakit membuat saringan,
Bagi memastikan tidak dijangkiti;
Apabila dijangkiti meranalah badan,
Menentukan antara hidup dan mati.
Rakyat dikehendaki patuhi arahan kerajaan,
Duduk di rumah agar tak dijangkiti;
Rataian covid-19 dapat diputuskan,
Rakyat sihat hidup dalam kesejahteraan.
Covid -19 penyakit berjangkit,
Bila dijangkiti merana badan,
Mesti dijauhi agar tak menjangkit,
Keselamatan rakyat diutamakan.
Rakyat diseru jaga kesihatan,
Kebersihan diri mesti diutamakan,
Covid-19 tidak kelihatan ,
Ada wujudnya jika tak diendahkan.
Bahaya Covid -19 memakan diri,
Bila dijangkiti sakit tak terperi,
Rakyatku kamu tak sendiri,
Sokongan padu sentiasa diberi,
Duhai rakyat patuhi arahan,
PKP untuk keselamatan anda,
Anda selamat sukalah kerajaan,
Begitu berharganya nyawa anda.
Anda adalah permata negara,
Covid-19 boleh kehilangan nyawa,
Kematian anda hilanglah permata negara,
Kerajaan berkorban hingga hujung nyawa.
Barisan hadapan berkorban demi anda,
KKM PDRM ATM BOMBA bersatu tenaga,
Bekerja tak kira masa demi anda,
Duduk di rumah tanda setia.
Pesakit Covid -19 kian meningkat,
Dijangkiti begitu mudah dan cepat,
Wujudnya Covid-19 tidak bertempat,
Covid -19 dijangkiti begitu cepat.
Covid -19 tidak mengenal siapa,
Sesiapa saja boleh dijangkiti,
Justeru semua mesti berwaspada,
Agar terselamat dari dijangkiti.
KKM paling sibuk merawat pesakit,
Pesakit Covid-19 bertarung nyawa,
Berharganya nyawa setiap pesakit,
Diselamatkan hingga hujung nyawa.
Setiap yang hidup pasti mati,
Pesakit Covid-19 ada yang mati,
Jenazah diasingkan agar tak dijangkiti,
Dari jauh didoakan tanda diingati.
Pergilah dengan aman duhai yang disayangi,
Kasih sayang tetap dikenangi,
Di dunia kasih tersimpul mati,
Di Syurga selamanya kasih abadi.
Terima kasih kerajaan penyayang,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri,
Jasamu sentiasa dikenang,
Moga Allah SWT merahmati.
Agong penyayang PM penyayang,
Bertuah sungguh rakyat Malaysia,
Covid-19 berterusan nyawa melayang,
PKP dipatuhi demi cinta Malaysia.
Agong dan PM sehati sejiwa,
Siang dan malam fikirkan rakyat,
PKP diarahkan selamatkan jiwa,
Kekal duduk di rumah duhai rakyat.
Pantun Covid-19 dikarangi,
Buat semua rakyat Malaysia,
Yang sentiasa disayangi,
Moga rantaian Covid-19 dapat diputuskan.
Aamiin
Terima kasih Agong
Terima kasih PM
Terima kasih Jemaah Menteri Perikatan Nasional
Terima kasih KKM
Terima kasih PDRM
Terima kasih ATM
Terima kasih BOMBA
Terima kasih PARA SUKARELAWAN
Terima kasih semua rakyat Malaysia
Atas pengorbanan diberikan demi Malaysia tercinta!
Syukur Alhamdulillah
Karya Ratu Rimba Niagara
10 April 2020
(Pantun dikarangkan istimewa untuk Agong, PM, Semua Warga KKM.
PDRM, ATM, BOMBA dan para sukarelawan dan semua rakyat
Malaysia yang mematuhi ,'Perintah Kawalan Pergerakan')
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN HERO MALAYSIA
DATUK DR NOOR HISHAM
Selamat ulangtahun kelahiran
buat insan teristimewa
Datuk Dr Noor Hisham
dilahirkan ke dunia
untuk berbakti
terus berbakti
kepada rakyat Malaysia
Kau hero Malaysia
menyandang jawatan
Ketua Pengarah
Kementerian Kesihatan Malaysia
Sebagai ketua
kau menjalankan tugas
penuh tanggungjawab
menberi komitmen
yang tinggi
sehingga dinobatkan antara
3 doktor terbaikdalam mengendalikan
wabak COVID-19 di dunia
sekalung tahniah untukmu!
Berganding bahu bersama
Perdana Menteri Kesayangan
Rakyat Malaysia
bagi menghentikan segera
penularan wabak COVID-19
justeru rakyat juga mesti
memberi kerjasama mematuhi
Perintah Kawalan Pergerakan
hanya duduk di rumah
Mereka yang sakit dirawati
yang sihat berwaspada
agar tidak dijangkiti
bila dijangkiti
kematian menanti
begitu merbahayanya COVID-19
Nyawa setiap rakyat Malaysia
terlalu berharga untuk negara
justeru rakyat harus
bersyukur dikurniakan
seorang Perdana Menteri Penyayang
dan Ketua Pengarah Kesihatan
yang prihatin setiap nyawa
rakyat Malaysia
Jutaan terima kasih
kepada Datuk Dr Noor Hisham
dan semua barisan hadapan
yang sanggup pertaruhkan nyawa
untuk menyelamatkan nyawa
rakyat Malaysia
Moga Allah SWT saja yang
dapat membalas segala kebaikan
dengan balasan Syurga yang tertinggi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
21 April 2020
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Datuk Dr Noor Hisham dan
semua barisan hadapan yang terlibat bagi memutuskan
rantaian COVID-19).
USTAZ EBIT LEW
Ustaz Ebit Lew
kau insan pilihanNya
berbakti tanpa lelah
tidak kira di mana-mana
terus berbakti
menghulurkan bantuan
pada mereka tanpa
mengira agama dan bangsa
pelbagai bangsa kau bantu
Ustaz Ebit Lew
bagimu semuanya saudara
yang kau sayang
kerana Allah Taala
bakti yang diberikan
bukan untuk dipuji
jauh sekali untuk dibalas
Ustaz Ebit Lew
menyapa ramah
bertanya kabar
memberi makanan
dan wang
sebagai hadiah
tanpa rasa kerugian
memberi terus memberi
kesusahan dan kesulitan
saudaramu ingin kau bantu
semampu daya
mereka menangis sendu
terharu terima bantuan ikhlasmu
bagaikan mimpi di siang hari
dengan kehadiranmu
meringankan beban yang ditanggung
Subhnallah
akhlakmu
akhlak Rasulullah
menyayangi semua
ikhlas kerana Allah
Ustaz Ebit Lew
moga jerih perihmu
segala pengorbananmu
dalam berdakwah
dibalas Syurga Firdaus tertinggi
oleh Robbul Izati
bersama ibu, ayah,
seluruh keluargamu tercinta
dan bersama muslimin muslimat
yang kau anggap saudaramu
menjadi penghuni Syurga
itulah matlamatmu dalam berdakwah
Ustaz Ebit Lew
moga segala niat suci murnimu
indah akhlakmu
seindah akhlak Rasulullah
berdakwah penuh
rasa kasih sayang sejati
setiap kata-katamu
butiran hikmah
untuk dijadikan pedoman
hidup di dunia dibawa ke akhirat
agar bersama menuju Jannah
Insha Allah Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
18 April 2020
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Ustaz Ebit Lew
dan semua yang mengenali Ustaz Ebit Lew)
(KARYA DISIARKAN SEBAGAI BAHAN BACAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA LAPANG SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)
Walaupun cita-cita sastera yang kudambakan belum tercapai namun aku selalu gambarkan Allah swt sudah realitikan di Syurga...
Allahu Akbar keindahan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata hanya kumenangis dalam kesyukuran kerana apa yang kuusahakan tidak akan pernah dihampakan Allah swt.
Janji Allah pasti kerana kuyakin maka kuusahakan walaupun terpaksa berjuang kesendirian
SELAMAT
TINGGAL RAMADHANDALAM PENUH KEHIBAAN
AKU MENANGIS MERATAPI NASIB DIRI
ADAKAH AMALAN KU DITERIMA ATAU DITOLAK ALLAH SWT
JIKA DITERIMA BERBAHAGIALAH AKU DUNIA AKHIRAT
JIKA DITOLAK PASTILAH MERANA AKU
HIDUP DI DUNIA INI SERASA KOSONG...
KOSONG TANPA MAKNA
HENDAK KUTUNGGU RAMADHAN DI TAHUN HADAPAN
ENTAHKAN ADA
ENTAHKAN TIDAK
MANALAH TAHU INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIRKU
ALLAHU AKBAR MERANALAH AKU JIKA RAMADHANKU
TIDAK SUDI BERKAWAN DENGANKU LALU ALLAH MENOLAK AMALANKU...
ALLAHU AKBAR
SELALU KUBAYANGKAN AKU SEMPAT MELAKUKAN SEGALA KEBAIKAN WALAUPUN SEDIKIT ASALKAN ALLAH TERIMA
LEBIH-LEBIH LAGI DI MALAM LAILATUL QADAR
AKU MENULIS TERUS MENULIS
MUHASABAH DIRIKU MENGINSAFI DIRIKU
ADAKAH AMALANKU DITERIMA OLEH ALLAH SWT
ALLAHU AKBAR ALANGKAH BAHAGIANYA
JIKA AKU MENULIS DI KALA ITU ADALAH MALAM LAITUL QADAR
JIKA ALLAH TERIMA SEOLAH AKU MENULIS SERIBU BULAN BERSAMAAN 83 TAHUN ...DIKIRA BUKAN 83 TAHUN DI DUNIA 83 TAHUN DI AKHIRAT...SEDANGKAN 1 HARI DI AKHIRAT SAMA DENGAN JUMLAHNYA 1000 TAHUN DI DUNIA...ALLAHU AKBAR
YA ALLAH KERANA-MU AKU MENULIS
MENULIS TENTANG-MU AGAR AKU TERTABIYAH DENGAN AJARAN-MU DAN LAMBANG KASIH SAYANGKU PADA RASULULLAH KEKASIH-MU DAN PENULISANKU ITU AKU KONGSIKAN/BAGIKAN DENGAN RAKAN-RAKAN ALAMMAYAKU ...AGAR MEREKA JUGA SAMA SEPERTIKU MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU DALAM DOSA TERAMPUN DAN JIWA YANG TENANG LAGI KAU REDHAI ITULAH YANG AKU DAMBAKAN DAN SEMUA HAMBA-MU HARAPKAN YA ALLAH
MAKANYA TERIMALAH AMALANKU ...TERIMALAH AMALAN KELUARGAKU...TERIMALAH AMALAN SAUDARA SEISLAMKU DAN SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU...
JADIKANLAH KAMI SATU PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM YANG IKHLAS SALING BANTU MEMBANTU DEMI MERAIH RAHMAT KASIHMU SEHINGGA AKHIR NAFAS KAMI DAN SEHINGGA DI HARI PEMBALASAN NANTI AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
............................................................................
aku milik-Mu aku hamba-Mu balaslah cinta dan rinduku pada-Mu.
27 RAMADAN 1436H
14 JULAI 2015.
PERTEMANAN NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niaga tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Yang membuat kita rasa sempurna bilamana sahabat kita ikhlas bersahabat kerana Allah Taala dan setiap kali berkata-kata menenangkan roh dan jasad.
Itulah sahabat sejati berazam bersama mematrikan persahabatan hingga ke Syurgawi. Insya-Allah Aamiin.
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Di saat terakhir aku memandang wajahmu ibu... bagaikan memandang indahnya purnama...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga Syurga lah tempatmu ibu Aamiin.
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
18 Julai 2021
YA ALLAH JIKA ADA PAHALA DI SETIAP PENULISANKU SAMPAIKANLAH PAHALA ITU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
WWW
0 comments:
Post a Comment