Thursday, 18 November 2021

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (164) SAHABAT JIWA PAHLAWAN


SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (164) SAHABAT JIWA PAHLAWAN

Allahu Akbar
Tiada huraian foto disediakan.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.
بســــــم الله الرحمن الرحيــــــم.
Sesungguhnya tiap-tiap orang ada pengawasnya(malaikat).
(Surat Ath-Thaariq: Ayat 4)
--------------------------------------
Keterangan ayat 4 hal. 897.
Sebenarnya tiap-tiap manusia itu ada yang mengintipnya, yaitu Allah yang Maha Esa. Sebab itu janganlah ia berani mencuri dalam gelap gulita atau menggelapkan hak orang dengan bersembunyi, karena Allah selalu melihatnya. Meskipun ia bisa terlepas dari tangkapan polisi, tetapi tiada akan terlepas dari siksaan Allah, baik diatas dunia ataupun diakhirat.
Kongsi
2 tahun yang lepas
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
2 Perkongsian
Kongsi
Duhai Roh Serulah Jasadku
Duhai roh
serulah jasadku
untuk sentiasa taat
akan perintah
Tuhanku
Tuhanmu jua
Jasadku ini tak
mahu menjadi
derhaka
kepada
Tuhanku
Tuhanmu juga
Aku ingin jasadku
nalurinya seiring
kehendakmu
yang sentiasa
mencintai dan
merinduiNya
di setiap
helaan nafasku
di setiap masa
dan seketika
Serulah namaku
biar sentiasa
beringat
tentang
Hari Pembalasan
Yang tiada siapa
dapat membantu
kecuali amal ibadat
ketika di dunia
Serulah namaku
biar menjadi
sebati dalam
keselarian
cintaku cintamu
kepada
Tuhanku Tuhanmu
Yang Maha Agong
Lagi Maha Perkasa
Segala Puji-Pujian
Hanya untukNya
Yang diharapkan
selagi hayat di kandung badan
jangan kau jemu untuk
membimbing dan menasihatiku
jika aku alpa dan terlalai
Di penghujung nyawaku
ajarkan aku mengucapkan
Kalimah Syurga
LaaillaahailAllah
Syukur AlhamdulillahMuhammadarRasullulAllah
jika itu yang kuucapkan nanti
Syukur Alhamdulillah kerana
kau tidak jemu bersamaku
melakukan kebaikan hingga
ke akhir hayatku
wajahku tenang
melihat kau pergi
meninggalkan aku
dengan aman dan
tenteram.
Amin Ya Rabbal A’lamin.
Karya: Rha NS
2 Febuari 2011
2


KAMI NANTIKAN YM SRI PEMANGKU ADAT
Assalamualaikum wr wb...
Sudah lama rasanya YM Sri Pemangku Adat tidak mengunjungi grup Sri Pemangku Adat...agaknya apa khabarnya moga sentiasa berada dalam rahmat kasihNya.
Sejujurnya kami sebagai ahli senantiasa nantikan kemunculan YM Sri Pemangku Adat untuk menghidupkan semula grup ini sepertimana awalnya ditubuhkan.
Kami terlalu rindukan YM Sri Pemangku Adat. Maka jangan dibiarkan rindu kami tenggelam dalam lautan asid bergelora...
ayuh YM Sri Pemangku Adat bersama semua ahli untuk membela agama, bangsa dan negara melalui grup SRI PEMANGKU ADAT....
Seluruh Nusantara menantikan YM Sri Pemangku Adat...
dalam rindu yang membara...
Moga kita tidak sama-sama terlewat dalam merealisasikan segala cita-cita anak bangsa ibu pertiwi Nusantara.
Wassalam.
Kita sama-sama berbakti demiNya,
Yang benar,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI,
@ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN
@ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
10 RABIUL AWAL 1440H
18 NOVEMBER 2018
2

KEJAYAAN FISABILILLAH ABANG & ADEK PENDEKAR TEMASEK
ADEK DI TEMASEK TAK SIAPA YANG NAK AMBIL TAHU
JANGAN BILANG GITU WAHAI ADEKKU
ABANG DI SINI SENTIASA AMBIL TAHU
DIAMNYA ABANG BUKAN MEMBISU DI KALBU
TAHUKAH DIKAU ADEKKU...
KALIAN SENTIASA ADA DI INGATANKU
DIAM BUKAN SEBARANG DIAM
DIAM BERISI SEPERTI UBI KAYU
KARNA ABANG BUKAN TUNGGUL KAYU
ABANG ADALAH PAHLAWAN MELAYU
ADEK PUN PAHLAWAN MELAYU
PAHLAWAN MELAYU TAKKAN BIARKAN ADEKNYA LAYU
DARAH PERJUANGAN KITA ADALAH SAMA
DARAH MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
SAKIT ADEK SAKITLAH ABANG
KITA AKAN SEHATI SEJIWA
KITA AKAN SENADA SEIRAMA
TUNGGULAH DI SANA ADEKKU
TUNGGULAH KABAR BERITA GEMBIRA DARI ABANG
KITA AKAN BERSATU KEPAHLAWANAN
BIARPUN NYAWA ABANG JADI TARUHAN
LAMBANG CINTA ABANG PADA ADEK YANG TERANIAYA
KITA GEGARKAN
KITA LAUANGKAN
BANGSA MELAYU
JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA
TAK AKAN DIBIARKAN
DIINJAK-INJAK SESUKA HATI
INILAH SUMPAH ABANG PADA ADEK TERCINTA
PADA SEMUA GENERASI NUSANTARA TERSAYANG
KITA BERPADU SEMANGAT JUANG
KITA BERSATU HATI
BAGI MEREALISASIKAN
SEBUAH IMPIAN MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
BAHAWA MELAYU TAK AKAN HILANG DI DUNIA
BARULAH KITA
BUKTIKAN KATA KERAMAT MOYANG KITA
ITULAH JIWA ADEK
ITULAH JIWA ABANG
DEMI CINTA ABANG PADA ADEK
NYAWA ABANG JADI TARUHAN
KARNA HATI KITA SENTIASA BERBUNGA CINTA SYURGA
MAHU MATI SYAHID KE JALAN-NYA
KITA ADALAH PENDEKAR ALLAH
KITA ADALAH PENDEKAR SENUSANTARA
JIWA KITA SENTIASA BERGELORA MEMBARA
MENYATU DI ALAM ROH MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
DEMI AGAMA DAN ANAK CUCU SENUSANTARA
ABANG BERSUMPAH
DEMI CINTA KARNA-NYA
DEMI KASEH PADA SEMUA RAKYAT SENUSANTARA
AKAN ABANG PERJUANGKAN UNTUK MENYELAMATKAN ADEK
DI BUMI TEMASEK
ADEK TUNGGULAH ABANG DI SANA
DOAKAN ABANG MOGA SEGALA STRATEGI ABANG
DIPERMUDAHKAN DAN DIMAKBULKAN ALLAH
TUNGGULAH DALAM SABAR
PENUH KETAWAKALAN
DEMI MEMBUKTIKAN CINTA KITA
ADALAH CINTA PAHLAWAN NUSANTARA
TAK TAKUT MATI DI MEDAN JUANG
ANDAINYA KITA MATI DALAM PERJUANGAN
PERCAYALAH AKAN BANGUN SEMUA RAKYAT SENUSANTARA
MENEBUS KEMATIAN KITA NANTI
KEMATIAN KITA BERERTI
DI SISI-NYA
SAMPAI SYURGA KITA BERSAMA MERAIKAN
KEJAYAAN FISABILILLAH
IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Karya Ratu Rimba Niagara
7 Rabiulakhir 1434H
17 Februari 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PENDEKAR TEMASEK & SEMUA PENDEKAR SENUSANTARA & ANAK CUCU SENUSANTARA YANG DIKASIHI DEMI-NYA)
Kongsi
REVOLUSI BERTANJAK
Revolusi bertanjak
Raja bertanjak
Pemimpin bertanjak
Tak akan berlaku revolusi
jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak
Suka tak suka
akan berlaku revolusi
jika sekiranya
seluruh rakyat bertanjak
dan memahkotakan
tanjak yang
terbaik
bertahtakan
kekuasaan rakyat memilih
siapakah pemimpin yang
terbaik
untuk mereka
dan memartabatkan Raja
untuk mengukuhkan lagi
sesebuah negara
yang sentiasa mengutamakan rakyat
daripada kepentingan sendiri
kerana kekuasaan rakyat
sentiasa dijunjung pada
tanjak anugerah rakyat
untuk pemimpin dan Raja
itulah revolusi yang sebenarnya!
jika itu terealiti
makanya
antara rakyat pemerintah dan Raja
berpisah tiada
kerana senada seirama
memajukan negara
dalam suasana
aman harmoni
tanpa
mengundang
ketidakadilan
dalam memegang tampuk kekuasaan
kekuasaan adalah milik semua
dan semua berhak
untuk hidup dalam
negara sendiri yang merdeka!
Revolusilah rakyat
Revolusilah pemerintah
Revolusilah Raja
Revolusilah negara
Barulah negaraku akan terus merdeka
Dalam ertikata yang sebenarnya
Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Febuari 2013
2

KUASA RAKYAT MENENTUKAN PEMIMPIN
Pemimpin oh! pemimpin
rakyat perlukan kamu
rakyat mahu kamu
prihatin dengan masalah mereka
ambil peduli kesusahan mereka
kamu duduk di kerusi empuk
kamu bersidang di parlimen
apa yang kamu sidangkan
rakyat mahu tahu semuanya
tapi rakyat hampa
amanah yang diberikan kepada kamu
sejuta harapan yang disandarkan kepada kamu
di parlimen bersidang
bukan tempat bersidangnya
suara suara rakyat
yang ada suara suara
menteri yang gagal bersuara
jika menteri lantang bersuara
pastilah rakyat di luar sana
tidak hampa
pasti rakyat tersenyum sampai ke bintang
pasti rakyat bersyukur sebanyak-banyak-Nya
ini tidak
rakyat masih lagi derita
masih lagi hidup dalam kemiskinan
puas sudah di bantingkan tulang empat kerat
puas sudah dijimatkan wang
tapi masih tidak mencukupi untuk menampung kehidupan
sudahlah hidup dalam kesusahan
dibebani
taraf hidup yang terlalu tinggi
untuk membayar segala bil
waima untuk membeli makanan pun rakyat tak mampu
ini mahal itu mahal
gaji tetap juga rendah
hendak berniaga modal tak ada
untung tak dapat malah
terpaksa menanggung hutang
hutang keliling pinggang
hutang itu hutang ini
pemimpin mana tahu
yang pemimpin tahu
gajinya berapa
elaunnya berapa
nak makan apa
tinggal di istana mewah
semuanya dibiayai wang rakyat
sedangkan yang memberi
KEMEWAHAN DAN KEKUASAAN KEPADA PEMIMPIN ADALAH RAKYAT
tapi adilkah ini
KEKUASAAN yang diberi langsung tidak dapat membantu rakyat miskin
yang miskin lagi terhimpit
sudah jatuh ditimpa tangga
Pemimpin ...oh! pemimpin....oh! pemimpin...
kamu selalu kata
rakyat pemalas
rakyat tak mahu berusaha
semua nak percuma
kalau semua nak percuma
kalau semua hendak dibantu
boleh jadi muflis negara
kepala jadi pening
mana lagi mahu fikirkan negara
mana lagi mahu fikirkan seluruh rakyat
hari...hari..hari telan panadol
rakyat apa tahu ...
yang rakyat tahu...
kerja pemimpin senang senang
rakyat mengadu kesusahan
bantu...bantu...bantu...
sampai bila mahu dibantu?
pemimpin yang pening kepala memikirkan hasil negara
rakyat mana tahu....
Pemimpin...oh! pemimpin...oh! pemimpin....
kami rakyat memang faham dengan tugasmu yang berat itu
tapi kamu sendiri yang janji sama kami
sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin
pilihlah kamu
nasib kami akan terbela itu sumpah kamu
tapi sampai sekarang kamu tidak dapat membela nasib kami
kamu gagal memenuhi sumpah kamu
kamu yang berjanji
kamulah yang mesti tepati
bagaimana kamu nak tepati kamu fikirlah sendiri
tak akan kami mahu ajar pula
kami pilih kamu untuk menjadi pemimpin kami
yang kami tahu kamu memegang amanah kami
untuk membela nasib kami
tapi kamu gagal...gagal...gagal....
kerana kamu gagal memimpin
maka maaf! kami tidak akan mahu memilih kamu lagi
cuba kamu pejamkan mata
jika kamu sudah menjadi rakyat biasa
tidak menjadi pemimpin lagi
apa yang kamu mahu daripada pemimpin
tika itu baru kamu faham
tapi sudah terlambat
kerana kamu tidak lagi
menebus kekhilafanmu pada rakyat yang pernah kamu pimpin
Pemimpin oh ! pemimpin
kamu bukan tak layak jadi pemimpin
cuma kesilapan kamu
gagal membela rakyat miskin yang memilih kamu
kamu berjaya memajukan negara
tapi kamu gagal membela nasib rakyat yang susah
apapun kami hargai jasamu membangunkan negara
kami hargai sehingga akhir hayat kami
kerana kami harus teruskan kehidupan
bersama dengan bakal generasi kami
kami tak mahu generasi kami mewarisi kemiskinan kami
pembangunan negara itu memang penting
tapi biarlah seiring dengan pembangunan manusia
itulah pemimpin yang bakal kami nobatkan
sebagai PEMIMPIN DI ABAD KE-21
JIWA PEMIMPIN DI ABAD KE-21 INILAH
yang akan diserapkan di jiwa anak bangsa ibu pertiwi
bahawa bila dinobatkan menjadi pemimpin
seharusnya
PEMBANGUNAN MANUSIA SEIRING DENGAN PEMBANGUNAN NEGARA
JADI PEMIMPIN KERANA MAHU MEMBELA AGAMA BANGSA DAN NEGARA
ITULAH PEMIMPIN YANG KAMI MAHU NOBATKAN
KUASA PEMIMPIN , KAMI YANG TENTUKAN
BERERTI KAMI LEBIH BERKUASA DARIPADA PEMIMPIN
MOGA KAMI TIDAK TERSALAH MEMILIH PEMIMPIN AAMIIN
Karya Ratu Rimba Niagara
22 Rabiulawal 1435H
24 Januari 2014
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA YANG BERGELAR PEMIMPIN, BAKAL PEMIMPIN DAN SELURUH RAKYAT YANG BERKUASA MENENTUKAN PEMIMPIN PILIHAN MEREKA)
Kongsi
SISA-SISA KASIHKU
sisa-sisa kasihku
dibiarkan sepi
tanpa siapa
yang sudi mengutip
dibiarkan hanyut
lalu hanyutlah
sisa-sisa kasihku
di ombak rindu
yang tak berbekas lagi
bertapak di hatimu
kerana aku sadar
siapalah aku
di matamu
yang hebat berpuisi
aku hanya mengukaikan
kata-kata yang tak sepuitismu
sisa-sisa kasihku ini
terlara dalam sepi...
Karya Ratu Rimba Niagara
4 Muharram 1434H
18 Disember 2012
Michanel Az dan 3 yang lain



SISA-SISA KASIHKU
sisa-sisa kasihku
dibiarkan sepi
tanpa siapa
yang sudi mengutip
dibiarkan hanyut
lalu hanyutlah
sisa-sisa kasihku
di ombak rindu
yang tak berbekas lagi
bertapak di hatimu
kerana aku sadar
siapalah aku
di matamu
yang hebat berpuisi
aku hanya mengukaikan
kata-kata yang tak sepuitismu
sisa-sisa kasihku ini
terlara dalam sepi...
Karya Ratu Rimba Niagara
4 Muharram 1434H
18 Disember 2012

SAHABATKU KU SAYANG KAMU KERANANYA
Sahabatku...
Persahabatan yang terjalin kerana Allah
Amat indah
Tutur kata indah
Bahasa kalbu adalah doa kita
Tiada akan terasa hati
Di antara kita
Kerana kita saling memahami
Bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
Itulah kemesraan persahabatan kita
Saling :
Ingat mengingati
Sokong menyokong
Pesan memesan
Berkasih sayang
Demi keranaNya
Andai kata sepanjang persahabatan kita
Ada kata-kataku yang membuatmu terguris hati
Segera kuhulurkan tangan memohon maaf padamu
Agar dengan terguris hatimu
Akan menggugat tali persahabatan kita
Biarlah kita bermaafan segera
Kerana ku takut tidak berkesempatan nanti
Umur kitakan dalam pengetahuanNya
Itu antara alam ghaib yang mesti kita imani di hati
Sekiranya kita sudah bermaafan di dunia
InsyaAllah di akhirat nanti
Tiadalah akan berlaku salah menyalah
Aku tidak mahu itu terjadi
Biarlah kita selesaikan apa yang kusut di dunia
Sebelum kita diperhitungkan di akhirat nanti
Salam kasih sayang setulusnya dariku
Untukmu sahabat yang kusayang dunia akhirat.
Karya: Rha NS
5 Ramadhan 1432H
5 Ogos 2011
1
15 Komen
Kongsi

15 Komen

  • Nur Hidayati
    Terima kasih untuk uluran persahabatan yang bunda berikan,,terima kasih untuk selalu membawaku dan mengingatkanku akan keindahan persahabatan dan senantiasa mengajarkan ilmu untuk kebaikan di dunia dan untuk akhiratku,,,mengajarkan arti memaafkan,,mencintai dengan cinta luar biasa karena Nya,,
    1
  • Syukur kepada Tuhan diperkenalkan aku dengan mu...
    Kau di antara sahabat yang tak jemu berkomunikasi denganku. Bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu adalah bahasa yang kau faham aku faham dan kita berdua bahagia dengan dunia persahabatan yang terlalu indah diungkapkan dengan kata-kata...
    Biar pun kita berbicara tanpa empat mata tapi kata-kata kalbuku kalbumu bersatu menusuk di kalbu dan ada kalanya aku menangis terharu dalam sendu amat bahagia dan penuh keindahan seperti kkta sedang berbual-bual di sebuah taman-taman Syurga yang indah... aduhai...sememangnya sahabat beginilah yang kuidami untuk menjadi pendampingku...matlamat perbualan menginsafi diri yang serba tidak sempurna dan mengakui Kekuasaan Dan Kebesaran Tuhan mengatasi segalaNya dan kita sama-sama berazam menjadi hamba Allah dalam redhaNya hingga ke akhir nafas. Amin Ya Rabbal A'Lamin
    1
  • Nur Hidayati
    betapa indah nya kala nanda bisa bertemu dan berbincang langsung dengan bunda kan terasa teduh dan tenang berada disisi bunda,,rasa keluh yang sirna akan kenyakin apa yang menjadi janji janjiNya,,yang tertuang dalam catatac catatan bunda
    1
  • Bukan nanda seorang rasakan begitu...bunda pun rasakan...sejak dulu lagi...di imaginasi bunda sering bayangkan kita sama-sama bantu membantu mencari majlis ilmu kemudian mengajar. Perjuangan kita tak perlu diketahui orang hanya Allah saja yang tahu dan yang paling seronok sekali apabila kita menunaikan haji bersama! Ya Allah di hari Jumaat Penghulu Segala Hari..Kau kabulkan hajatku hajat sahabatku dalam menuju redhaMu dan CintaMu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
    1
  • Nur Hidayati
    Amin Ya Rabbal A'lamin betapa indahnya bunda bisa kerumah Allah,,bersama Bunda Ya Allah Kabulkan doa ini Amin
    1
  • Amin Ya Rabbal A'Lamin. Pasti kita menangis bersama betapa Allah sayangkan kita...kabulkan doa kita...di kala itu kista lafazkan bersama Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar!
    1
  • Nur Hidayati
    iya bunda Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
    1
  • Baru membayangkan aje sudah rasakan indahnya...inikan jika menjadi realiti nanda Nur Nabila ... Subhanallah Alhamdullillah Allahu Akhbar!
    1
  • Nur Hidayati
    iya bunda,,,tapi subhanallah kalau itu bener bener ,,karena rasa tak mungkin nanda bisa ke rumah Allah
    1
  • Bilamana Allah Kata Kun Fayakun Yang Tak Bisa Akan Jadi Bisa .kan nandaku...Yang penting kita usaha doa dan tawakal untuk ke arah itu...betul tak nandaku?
  • Nur Hidayati
    bener banget bunda andaikan nanda bisa kesana adalah memang mukzizat dri Allah..karunia yang luarbiasa...Amin
    1
  • Amin Ya Rabbal A'Lamin
    Nanda amalkan doa ini ye:
    ALLAAHUMMALTHUF BII FII TAISIIRII KULLI' ASIIR,
    FA-INNA TAISIIRO KULLI 'ASIIRIN 'ALAIKA YASIIR,
    WA-AS-ALUKAL-YUSRO WAL-MU'AAFAATA FIDDIINI WADDUN-YAA WAL AAKHIROH. YAA ARHAMAR RAAHIMIIIN.
    "Ya Allah! Berbuat lembutlah terhadap diriku dalam memudahkan segala yang sukar, kerana sesungguhnya memudahkan segala yang sukar adalah hal yang mudah bagiMu, dan aku mohon kepadaMu kemudahan dan kemaafan, sama ada dalam urusan agama, dunia ataupun akhirat. Wahai Tuhan Yang Maha Rohim"
    Diijazahkan oleh:
    - Kiyai Haji Abdus Somad Abi Junaidi
    1
  • DOA KEMUDAHAN DAN KEBERKATAN REZEKI
    ALLAAHUMMA INNII AS-ALUKA ANTARZUQANII RIZQAN
    HALAALAN WAASI'AN THAYYIBAN MUBAAROKAN
    FIIHI MIN GHAIRI NAQSHIN WALAA TA'ABIN WALAA
    NASHOBIN WALAA MASYAQQATIN WALAA DHAIR,
    INNAKA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADIIR. WABIL IJABATI JADIIR.
    WASOLLALLALLAAHU 'ALAA SAYYINAA MUHAMMADIN WA-A'ALA AALIHII WASOHBIHII AJMAIIN.
    "Ya Allah!Kurniakanlah kepadaku rizeki yang halal dan banyak, baik
    dan berkat tanpa ada kekurangan, tanpa susah payah dan tanpa letih. Sesungguhnya Engkau Maha Maha Kuasa atas segala sesuatu dan mengabulkan setiap permohonan. Dan semoga selawat dan salam tercurah keharibaan junjungan kami Nabi Muhammad saw, ke atas keluarganya dan seluruh sahabatnya"
    Dijazahkan oleh:
    -Kiyar Haji Abdus Somad Abi Junaidi
    1
  • Nur Hidayati
    terima kasih bunda insyaallah akan nanda amalkan..moga2 ijabah amin ya rabbala'lamin
    1
    • Suka


BUKAKAN KHASHAF CINTA DZATMU
Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
Beruntunglah para pencintaNya,
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
Degupan jantung seiring zikir padaNya;
Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
Hidup dan mati hanyalah untukNya.
Hidup dan mati hanyalah untukNya,
Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
Bertahta di hati hanya cintaNya.
Bertahta di hati hanya cintaNya,
MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.
Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
Apalah erti hidup ini,
Jika Kau menolak cinta sedihnya,
Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.
Sedihnya aku mehasabah diri sendiri,
Aku hambamu yang banyak kelalaian;
Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan,
Kan kuperbaiki segala yang kurang;
Kulakukan demimu Ya Tuhan,
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang.
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu;
Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang,
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu.
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu,
Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.
Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
Mulianya kalimah SyurgaMu:
LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
26 Julai 2011
2


Kau Yang Kucinta
Kali pertama jatuh cinta denganMu
hati rasa terharu!
Terasa damai! Tenang! Aman
Hari-hari dilalui disinari dengan cahaya
cahaya yang dipercayai
dalam sanubari dalam lubuk hati
MenyanyangiMu… MencintaiMu
adalah satu anugerah dariMu
yang paling berharga dalam hidup ini
Syukur Alhamdulillah
Karya: Rha NS
25 Januari 2011
1
9 Komen
Kongsi

9 Komen

  • Nur Hidayati
    Semoga cinta itu akan kumiliki sampai detak jantungku terhenti kala malaikat maut datang menjemputkan aku ingin menutup mata dipangkuanmu dalam khusnul khotimah kapadaNya,,insyaallah Amin Ya Rabbal'alamin
    1
  • Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    1
  • Nur Hidayati
    Met siang bunda ,,barusan nanda membaca blog2 bunda mungkin sudah berkali2 nanda membacanya entah kenapa tiada jenuh nanda mengulang ulang mungkin karena nanda kurang kerjaan ya bunda ,,hehehehe
    1
  • Met siang juga tuk nanda Nur Nabila...jika kita menceritakan mengenai Kebesaran Allah pasti tak jemu biarpun dibaca berulang-ulang kali kan nanda...
    1
  • Nur Hidayati
    Iya bunda,,, mungkin untuk bulan ini sudah 3 kali nanda baca
    1
  • Moga semua apa yang bunda tulis itu dapat dibaca oleh semua orang yang seperti bunda... nanda yang ingin mendapatkan RedhaNya dan CintaNya. Dan pabila bunda tiada di dunia ini nanti ...menjadi tanda kasih sayang dunia akhirat bunda kepada semua yang hidup dan mereka membalas kasih sayang bunda dengan sepotong Al-Fatihah untuk roh bunda itu sudah berharga dari segala isi alam ini kerna pabila sudah berada di alam akhirat sudah terputus segala amalan kita...betul tak nanda?
    1
  • Nur Hidayati
    insyaallah amin bunda,,duh jangan berkata seperti itu bunda,,nanda bener2 agak kurang siap kalau bahas masalah meninggal,,karena begitu banyak kurangnnya nanda untuk menghadap Nya ,,hehehe
    1
  • Mahu tak mahu kita akan meninggal nanda...pabila bicara tentang kematiaan ...moga hati kita sentiasa tunduk padaNya kerana hidup cuma sementara Akhirat juga yang Abadi...Kita amat faham tentang itu tapi...kita begitu payah untuk itu. Moga dengan persahabatan yang terjalin ini atas kehendakNya...kita menjadi hamba yang sentiasa muhasabah diri untuk menjalani hidup dunia akhirat dalam redhaNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
    1
  • Nur Hidayati
    Amiiiiiinnn Insyaallah
    1
    • Suka


INDAHNYA RUMAH ALLAH
RUMAH ALLAH YANG MENGINDAHKAN BUMI INI
SUBHANALLAH INDAH-NYA RUMAH-MU
MOGA AKU DIJEMPUT-MU UNTUK BERIBADAH DI RUMAH-MU
YANG BERADA DI MUKA BUMI INI...
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
DOA HAMBA-MU
YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Yang Menumpang Di Bumi Allah Azzawajallah,
27 Rejab 1435H
27 Mei 2014
SUBHANALLAH INDAH-NYA MENJADI KEKASIH-MU ALLAH KAU UKIR NAMA-MU DI WAJAHKU DI HATIKU SYUKURKU SEPENUH LANGIT DAN BUMI , MOGA WAJAHKU INI DAPAT MEMANDANG WAJAH-MU DI SYURGAWI BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH, SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
" hamba Allah yang mencintai Nabi Muhammad Rasulullah adalah kekasih Allah...Allahu Akbar AAmiin."
Manda Conai SAHABAT KU INDAH SEKALI KATA HINGGA MENITIS AIR MATA NI MARI LAH KITA SELAWAT KE ATAS NABI KITA SEMUGA KITA MENDAPAT KEBERKATAN DUNIA AKHIRAT TERKENANG KEMBALI SEWAKTU SAYA PERGI UMRAH SELEPAS TU SAYA BERKUJUNG KE MADINAH SEWAKTU SAYA KE MADINAH SAYA AMBIL PELUANG PERGI KE MAKAM RASULULLAH. SESAMPAI SAYA DIPINTU RAUDAH BERHADAPAN DI MAKAM RASULULLAH SITU AIR MATA BERDERAI. TERINGAT PERJUNGAN NABI. .DIMUKA BUMI ALLAH YA QARIM
ATAS NAMA CINTA-MU
ALLAH KAU KUCINTA
ALLAH KAU KURINDU
CINTA DAN RINDU
SYAHDU DI PERDU RINDU
AKU TERUJA MERAIH CINTA-MU
KU BERJALAN MENDAPATKAN CINTA-MU
KAU BERLARI MEMBALAS CINTAKU
AKU HAMPIRI-MU KAU TELAH ADA DI HATIKU
ALLAHU AKBAR HEBAT-NYA CINTA-MU
KAU TAK PERNAH HAMPAKAN AKU
KAU TAK PERNAH MENOLAK CINTAKU
MALAH KAU LEBIH MEMBALAS CINTAKU
SEDANGKAN AMALANKU TIDAKLAH BANYAK MANA
HANYA SEDIKIT DIBANDINGKAN PARA KEKASIH-MU
SIAPALAH AKU UNTUK MENDAPAT CINTA-MU YANG MAHA AGUNG
TAPI ITU TIDAK MENGHALANG ENGKAU MEMBALAS CINTAKU
ALLAHU AKBAR
MEMANGLAH ENGKAU MAHA PENYAYANG
DARIPADA SEGALA YANG PENYAYANG
MEMANGLAH ENGKAU KEKASIH
TIDAK HAIRANLAHLAH KENAPA
PARA KEKASIH-MU
BERKORBAN APA SAJA DEMI MERAIH CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
MEREKA TERPANA DALAM DZAT CINTA-MU
MEREKA RELA TINGGALKAN PESONA DUNIA DEMI CINTA-MU
SEDANGKAN AKU TIDAK MAMPU BERKORBAN SEHEBAT MEREKA
DENGAN NAMA-MU YA ALLAH
YANG MAHA AGUNG
ATAS NAMA CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
KAU BERILAH AKU
KEKUATAN
UNTUK TERUS MENCINTAI-MU
DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN
MAHUKAN HIDUP DAN MATIKU
HANYA ENGKAU MATLAMATKU
APA YANG AKU USAHAKAN
BUKAN UNTUK MENDAPAT
PANDANGAN MANUSIA
HANYA MAHUKAN PANDANGAN-MU
ANDAI APA YANG AKU USAHAKAN
BOLEH MENDEKATKAN DIRIKU PADA-MU
DAN YANG MEMBACA KARYAKU JUGA MENDEKATI-MU
BERILAH KEJAYAAN
KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT
AKU MAHU HIDUP MATIKU
DAN SAUDARA SEISALAMKU JUA
HIDUP DAN MATI
HANYALAH KERANA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Muharram 1435H
18 November 2013M
IZINKAN KUGENGGAM ERAT CINTA-MU ALLAH.
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

SEMARAKKAN SAYAP KASIHMU KE UDARA LANGIT TERBUKA
Indahnya nukilanmu sahabatku tidak terperikan, manis bahasamu begitu mempesona pendengaran. Di balik madah2 puitismu ada sesuatu yang kau jejak walau belum kau temuinya. Semarakkanlah sayap kasihmu ke udara langit terbuka. Biar beburung turut terbang menyiulkan irama rindumu. Biar awan putih berarak tenang mengikut pesanmu. Nanti malam akan mengerti bila rembulan menyapa di celah gunung. Ayu jelita, salam manisku buatmu sahabat dari kejauhan ini..senja kuning sepetang yang kering.
kARYA Lina Mohamad Lin
2


BUAT SAHABATKU LINA YANG TERKASIH DI HATI,
Duhai sahabatku Lina...biarpun ku hanya bisa melhat senyumanmu namun rasanya kau sedang berkata-kata denganku...sungguh mesra walaupun itu cuma bahasa kalbumu saja yang kubaca...ditakdirkan kita berjumpa pasti indah saat itu...kita akan berbual panjang...sambil menghayati panorama keindahan CiptaanNya yang akan menggamit ilhamku untuk menulis puisi indah buatmu sahabat yang terkasih di hati.
Tika itu senja sepetang yang kering akan menjadi ceria dengan senyuman kita berdua...pasti mentari yang ingin melabuhkan tirainya akan tersenyum sambil melambai mengucapkan selamat tinggal kepada kita dan kita pun terharu penuh kesyukuran!
Kongsi
CINTA TERITIP
Indah sungguh permandangan di situ
Di sebuah pulau taman teritip
Memutih permandangan
Kesemua batu di pulau tersebut dipenuhi teritip
Memutih permandangan
Saujana mata memandang
Terpukau mata memandang
Keindahan yang memukau pandangan mata
Disinari mentari dia tetap di situ
Berkilauan cahayanya
Berpinar mata memandang
Dipukul ombak mengganas dia tetap di situ
Tanpa melawan namun bertahan
Di malam bulan purnama
Aduhai...! Cantiknya taman teritip di kala itu
Bersinar bergemerlapan seperti kerdipan bintang kejora
Aku terpukau sambil memuji Tuhanku
Esoknya kucari teritip kejora yang berkilau itu
Lalu kuambil kubawa pulang
Kuhadiahkan kepada Si dia
Untuk menyuntingmu
Lalu diletakkan di taman hati berbunga cinta suci.
Karya: Rha NS
26 Julai 2011
4

WANGIAN CINTAMU TAK PERNAH PADAM
Kamu membuatkan aku terpukau dengan keindahan cinta
Wangian cintamu yang tak pernah padam
Kesudianmu untuk membalas kasihku biarpun sekadar
Membalas senyumanku di bulan purnama membuatkan aku
Terkedu dalam sendu.
Keceriaanmu bersama teman-temanmu
membuatkan aku cemburu
dan aku mahu untuk bersama mereka
menikmati keceriaan hidupmu yang selama
ini mendung dilitupi awan kelabu.
Syukur padaNya
Kau berjaya hidup di taman cinta tandus
menyerikan taman cinta suci
Biarpun kemarau panjang
Kau tetap bertahan
Menanti hujan turun
Menyegarkan suasana taman cinta tandus.
Wangian cintamu
Duhai sahabatku
dapat kuhidu dari sini
Walaupun kita
berlainan benua.
Ketahuilah sahabatku
Ku di sini menanti
Setiap bulan purnama
Untuk menerima balasan senyumanmu
Pengubat rinduku
Kasih terbalas sudah
Aku amat mensyukurinya
Terima kasih sahabatku
Kerana sudi membalas talisiraturrahim ini
Biarpun berlainan benua
Berkongsi bulan purnama.
Kupandang bulan purnama
Pasti kuterima
Balasan senyumanmu
Setulus kasihmu padaku.
Karya: Rha NS
19 Julai 2011
2
5 Komen
Kongsi

KUMILIK-MU TUHAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah aku mulakan berkarya
Ya Allah kurniakan aku ilham
yang membuatkan jiwaku tenang
setenang air di kali Syurga
menjadi ladang amalku
sedekah jariahku
saham akhiratku
semua-Nya ada nilaian di sisi-Mu
berkarya kerana-Mu
bukan mahukan pandangan manusia
tapi hanyalah pandangan-Mu
jika aku berkarya mahukan dipandang manusia
aku sombong dan bongkak
jika pandangan-Mu
membuatkan aku teruja
menulis terus menullis tentang
Kebesaran-Mu
Keagungan-Mu
Keesaan-Mu
segala urusan dunia akhir-Nya berpulang kepada-Mu jua
aku mahu pulang dalam bekalan amal yang Kau redhai
pulang bertemu-Mu dalam fitrah-Mu
seperti aku baru dilahirkan ke dunia
jika itu yang Kau Perkenankan
tenang jiwa dan rohku
pasti indah pertemuan Kau dan aku di kala itu
AAmiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
"TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU JUA PADA-MU KUSANDARKAN SEGALA URUSAN DUNIA AKHIRATKU KERANA SEGALA-NYA MILIK-MU"
......................................................
kuMilik-Mu TUHAN
19 Syawal 1435H
15 Ogos 2014
Assalamualaikum shbt2...
Tegakkan tauhid....tebarkan sunnah...
MOGA ALLAH MENYATUKAN KASIHKU KASIHMU KERANA KASIH KAU DAN AKU TELAH SERASI SEJAK AZALI SERASI DI DUNIA SERASI DI SYURGA AAMIIN
TUJUH PETALA LANGIT TUJUH PETALA BUMI BERSAMA MEREALITIKAN CINTA-NYA
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI
INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
18 November 2021


"SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLA BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

0 comments:

Post a Comment

 
;