Saturday, 31 December 2011 0 comments

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011




  • SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011


    Selamat Tinggal Tahun 2011
    Moga Tahun 2011 yang ditinggalkan
    Memberi kekuatan dan keazaman
    Bagi meneruskan segala azam
    Untuk menggapai bintang yang belum tercapai...
    Kau hadir kuucapkan terima kasih dan kutinggalkanmu
    Kuucapkan terima kasih juga
    Bukan sengaja kumahu tinggalkanmu
    Tapi kerana mahu tak mahu aku mesti melangkah ke tahun baharu
    Aku mesti memburu segala impian untuk aku sampai ke matlamatnya
    Kerana aku pasti akan bertemuNya
    Dan aku tak mahu menyesal bertemuNya dalam bekalan yang kosong....

    Karya Rha NS
    31 Disember 2011
    · · 11 hours ago near Petaling Jaya

    (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    31 Disember 2011

     

Friday, 30 December 2011 0 comments

PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI


PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI


Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.

Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.

Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.

Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.

Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.

Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.


Oh! Tuhan di pagi Jumaat yang mulia dan penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.


Karya Rha NS
30 Disember 2011
· · · 13 hours ago near Petaling Jaya
Wednesday, 28 December 2011 0 comments

INGIN KULARIKKAN PENAKU KE KANVAS LANGIT INDAH CIPTAANNYA



Ingin kularikkan penaku ke kanvas langit indah ciptaanNya
Kutuliskan bait-bait puisi indah MemujiNya
Tanpa henti tanpa jemu
Agar Dia membalas cintaku
Yang tak pernah padam memburu cintaNya
Andai cintaku terbalas
Tiada apa yang lebih berharga di dunia ini melainkan mendapat redhaNya CintaNya!


Karya Rha NS
28 Disember 2011
· · · 5 hours ago near Petaling Jaya
0 comments

TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!




Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan

di serata pelosok bumi Malaysia.

Biarpun kumengerti menempuh gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!

Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
“Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
Akan kuingat pesananmu itu!
Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

Demi cintaku pada Malaysia
akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
Biarpun ke titisan darah terakhir!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Karya Rha NS
31 Ogos 2007 (Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-50)

  


 
Monday, 26 December 2011 0 comments

HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!


Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

Salam Kemerdekaan Ke-54 & Salam Hari Malaysia Ke-48 dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tungku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .


"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"



Karya: Rha NS
22 Ramadhan 1432H
22 Ogos 2011

(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
26 Disember 2011
 
;