Syukurku pada Allah atas KurniaNya,
Jalinan ukhuwah ini amatlah bermakna;
Bermakna di dunia di akhirat juga,
Moga kau dan aku bersahabat hingga ke Syurga.
Like · · 6 hours ago
Rans Romeo, IdaFaridah Sham and Athaya Nabila like this.
Rabeah Mohd Ali:
Salam sejahtera sahabatku di benua sana,
Apa kabarmu moga baik saja hendaknya;
Sehari tak dengar kabarmu hatiku gundah gulana,
Senyumanmu semanis gula-gula.
Hihihi)
3 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Dikau antara sahabat yang memahami,
Saling bertukar pendapat itu yang kusuka;
Gelak ketawa tangis dan sendu dapat dirasai,
Moga kau dan aku sentiasa dalam redhaNya.
3 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Kata diluah difikirkan dulu,
Bukan hanya kata melulu;
Kusuka kamu sejak dahulu,
Moga kita senyum selalu.
3 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Alam maya menyatukan hati,
Bila berkata berhati-hati;
Agar tidak memakan hati,
Moga persahabatan jadi sejati.
3 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Kata diluah seindah budi,
Bila berkata lekat di hati;
Tersalah kata mohon dimaafi,
Jangan disimpan didalam hati.
3 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Lama sudah kita berkenalan,
Wajahmu laksana bulan;
Tak dengar kabarmu aku terkilan,
Moga kau dan aku seiring sejalan.
3 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Hari-hari bergurau senda,
Bukan untuk mengada-ngada;
Ku tahu kau orang yang berada,
Siapalah aku yang tak ada.
3 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Biarpun begitu kau tak berbangga,
Masih juga merendah diri dengan bangga;
Ku suka kamu tidak terhingga,
Kerana sikapmu yang tak pernah berbangga.
3 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Bersahabat denganmu hatiku riang,
Seriang bumi disinari mentari,
Kita jalinkan kasih dan sayang,
Kasih abadi terpatri di hati.
3 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Jangan ada benci di hatimu,
Ikatan terjalin semurni hati;
Hatiku bimbang bila kau jemu,
Gundah gulanalah menjeruk hati.
3 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Jika dah benci apa nak buat,
Kubawa hati mengundur diri;
Ku tak mahu kau meluat,
Kerana itu kuingin menyendiri.
3 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Makan hati berulam jantung,
Hadirmu bagaikan menikam jantung;
Allah tempatku bergantung,
Gantungkan harapan jadi hamba beruntung.
2 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Kehadiranmu penawar duka,
Menceriakan hati yang gundah gulana;
Kau datang membebat luka,
Agar sembuh termakbul doa.
2 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Terima kasih duhai sahabatku,
Kerana tak jemu menyokong karyaku;
Kubesyukur penuh syahdu,
Apa pendapatmu mengenai karyaku.
about an hour ago · Like
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
19 Disember 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment