Tuesday, 20 December 2011

PERJUANGANMU PERJUANGANKU TAK PERNAH TERHENTI

Bersahabat denganmu rasa teruja,
Rasakan dunia sastera kita yang punya;
Semangat juangmu tak kulupa,
Terharuku kau sudi berjuang bersama.

Matlamat kita terus bersemi,
Perjuanganmu pejuanganku tak pernah terhenti;
Kita fikirkan bersama pelbagai strategi,
Bagi menjayakan hasrat yang murni.

Jika ingin teruskan perjuangan,
Jangan hiraukan onak dan duri;
Kita saling memberi sokongan,
Biarpun cabaran bagaikan tsunami.

Jangan berumah di tepi pantai,
Kalau tak sanggup dilambung gelombang;
Jangan hiraukan segala onak dan duri,
Kalau mahu matlamat sampai ke penghujung.

Berjuang terus berjuang,
Pendekar melayu pantang dicabar;
Perjuangan suci sampai ke penghujung,
Jangan sesekali fikirkan berundur.

Kau samalah seperti pendekar melayu,
Kekuatan pendekar melayu pada kerisnya;
Kekuatan kamu pada mata penamu,
Pemikiranmu mesti pantas mencerna idea.

Kau pelapis generasi muda,
Justeru jangan mudah berputus asa;
Pejuang lama akan pergi jua,
Perginya nanti kaulah pewarisnya.

Menulis jangan sekali untuk mencipta nama,
Hanya semata kerana Allah Tercinta;
Biarlah mereka tidak mengenali kita,
Yang penting karya kita bertahta di hati semua.

Perjuangan tak akan terhenti,
Selagi nyawa di kandung badan;
Perjuangan dipertahankan hingga ke mati,
Asalkan aset warisan dapat diwariskan.

Perjuangan dalam pelbagai perkara perlu dipertahankan
Hingga titisan darah terakhir tersemat di hati
Usah gentar untuk memulakan
Kerana itulah jalan yang telah dipilihi.

Kalau sudah jelas matlamat dituju,
Azamkan cita menjadi bara;
Jangan pernah berasa jemu,
Moga semangatmu sentiasa membara.

Jangan pernah berasa kecewa,
Jika kau gagal terus terusan;
Sudah lumrah sebelum berjaya,
Kecekalan perjuangan penuh kesabaran.

Semangat membara tak pernah terhenti,
Demi merealisasikan sebuah perjuangan;
Semangat perjuanganmu amat kuhargai,
Berjanjilah denganku akan kau buktikan.

Semua orang mengikut cara tersendiri,
Kerana mahu citarasa sendiri;
Aku jenis insan yang memahami.
Setiap citarasa yang empunya diri.

Ku juga sepertimu ingin hidup caraku sendiri,
Caramu caraku memang berbeza;
Yang penting saling memahami,
Pendirianmu penderiaanku saling terima apa adanya.

Jika benar katamu setulus hatimu,
Ku bahagia penuh terharu;
Perjuangan dunia akhirat matlamatku,
Kerdilnya aku kumuhasabah diriku.

Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin,
Terima kasih atas doamu itu;
Salah dan silapku harap dimaafkan,
Setiap yang baik dariNya yang kurang itu dari diriku.

Aku insan yang tidak berkelulusan tinggi,
Siapalah aku nak dibanding denganmu;
Berfikiran logik berpengetahuan tinggi,
Berkata yang logik tingginya ilmumu.

Justeru aku tak layak bersamamu,
Ilmumu tinggi mencakup awan;
Biarlah aku dengan caraku,
Baru tenang rasa jiwaku berpanjangan.

Terbanglah tinggi bersama ilmumu,
Terus terang aku tidak setandingmu;
Harap kau hormati keputusanku,
Perjuanganmu memang berbeza denganku.

Maafkan aku kerana aku suka menyendiri,
Bersama meraka yang memahami,
Menerima pemikiranku tidak tinggi,
Kuundur diri maafkan aku dan kau sentiasa di hati.

Kuterharu pabila kenangkanmu,
Sama seiring merealisasi;
Perjuanganmu Perjuanganku;
Ikatan terjalin perjuangan takkan terhenti.

Karya Rha NS
20 Disember 2011
Like · · Unfollow Post · about an hour ago

Bunga Seroja likes this.
Bunga Seroja Amiin Ya Robbal'aalamin,,,. Cinta, Cahaya, dan kearifanmu membuatku semakin Smangat untuk mendekati dan menujumu, kebaikanmu yang tak terbatas membuatku kian mantap untuk menyelami makna diri dan makna hidup,,,,,,,,
about an hour ago · Unlike · 1

Rabeah Mohd Ali
Hidup lebih bermakna jika dihargai
Cinta lebih bermakna jika ikhlas keranaNya
Cahaya Nur Hidayah KasihNya sebagai penyuluh hidup
Kearifan membuat kita akur kehendakNya
Semangat perlu ada untuk meneruskan perjuangan
Kebaikan disemai untuk dituai di akhirat Insya-Allah
Itulah erti makna hidup agar bermakna
5 minutes ago · Like

(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
20 Disember 2011)

0 comments:

Post a Comment

 
;