Tuesday, 20 December 2011

SIMBOL KEMISKINAN DI KUDAT

Awang Karim Kadir
Sebenarnya ini hanya satu daripada banyak lagi gambaran yang mengharukan begini di Kudat, tapi ini hanya sekadar simbol kemiskinan yang menguji keprihatinan dan rasa tanggungjawab kita semua. Terutama kpd mereka yang telah menjadi Yb yang ada mandat dan bergaji. Ada cerita yang lebih tragis disebalik gambaran ini yang terlalu sensitif utk dipaparkan dlm ruangan terbuka ini, kerana masyarakat yg saya temui ini sebenarnya telah menjadi semacam pendatang dengan izin dlm tanah air sendiri, menumpang di tanah Cina setelah meninggalkan kampung asal kerana kononnya cuba mengejar perubahan dan kemajuan di bandar. Mereka orang pulau, dalam tiga keluarga, berhasrat nak mencuba nasib di bandar setelah sekian lama hidup melarat di kampung asalnya, mereka ke Kudat mencuba nasib;tapi ternyata di sini mereka malah hidup merempat. Saya sedang membuat kajian mengenai masyarakat ini dan cuba membantu dlm banyak perkara; kerana mereka sangat jauh ketinggalan dari segi pengetahuan dan pendedahan, sikap, semangat, kemahiran,agama dan kepercayaan. Walau pun mereka merasa bahawa kehidupan mereka sekarang jauh lebih selesa drp dahulu...setelah berhijrah dari kampung asal; dan sekarang mereka sudah jadi orang bandar.Cuba bayangkan... ini bukan setakat miskin tegar; tapi dah jadi miskin kebal (kata orang Sabah;miskin tubal) Mereka dah lali dengan keadaan ini...

(PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR)
21 Disember 2011
Like · · 7 hours ago

Lina Mohamad Lin likes this.

(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
21 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;