Saturday, 16 February 2013

ALLAH UJI TANDA ALLAH CINTA HAMBA-NYA





PERSOALAN MANUSIA YANG TELAH DIJAWAB OLEH ALLAH 1400 TAHUN YANG LALU

by Norjannah Jalil on Friday, February 15, 2013 at 1:07pm ·
JAWAPAN ALLAH SWT DI DALAM AL QURAN

Soalan 1 : KENAPA AKU DIIUJI?
Al Quran Menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
(SURAH AL-ANKABUT AYAT 2-3)

Soalan 2  : KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Al quran Menjawab  :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(SURAH AL-BAQARAH AYAT 216)

Soalan 3  : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Al Quran Menjawab  :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(SURAH AL-BAQARAH AYAT 286)

Soalan 4  : KENAPA AKU MERASA KECEWA?
Al Quran Menjawab  :
"Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
(SURAH ALI IMRAN AYAT 139)

Soalan 5  : BAGAIMANA HARUS AKU HADAPI KESUSAHAN INI?
Al Quran Menjawab  :
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(SURAH AL-BAQARAH AYAT 45)

Soalan 6  : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Al Quran Menjawab  :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
(SURAH AT-TAUBAH AYAT 129)

Soalan 7  : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA UJIAN INI?
Al Quran Menjawab  :
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada  orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
(SURAH AT-TAUBAH AYAT 111)

Soalan 8  : AKU TIDAK TAHAN DENGAN UJIAN INI1
Al Qurqn Menjawab  :
'....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kamu yang kafir."
(SURAH YUNUS AYAT 61)

Soalan 9  : SAMPAI BILA AKU AKAN MERANA?
Al Quran Menjawab  :
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
(SURAH AL-INSYIRAH AYAT 5-6)

KESIMPULANNYA  :
Firman Allah yang bermaksud  :
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tiada pula) pada diri mu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (SURAH AL-HADID 22)

Dalam ayat lain Allah berfirman  :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhan mu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (Loh Mahfus)."  (SURAH YUNUS AYAT 61) 
Unlike ·  · 

0 comments:

Post a Comment

 
;