Sunday, 25 August 2013




  • INGIN KUGAPAI BULAN DAN UNTUK KUHADIAHKAN KEPADA ANAK CUCU SENUSANTARAKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT!

    " Ambilkan Bulan "
    Karya: Laksamana Mas & Ratu Rimba Niagara

    Ambilkan bulan bu,
    Ambilkan bulan Bu
    yang selalu bersinar dilangit

    Dilangit bulan benderang
    Cahyanya sampai ke bintang

    Ambilkan bulan Bu
    untuk menerangi,
    tidurku yang lelap
    Dimalam gelap

    Beningnya suara mu menggetarkan seluruh tubuh ku,.....
    "Dewi Arum Ayu Laksimi Laksitarukmi Kusumoningrat "
    - Dewi Sekar Tanjung -
    kebahagiaan selalu ada bersama mu,.
    Amin...amin..amin..Ya Rabbalalamin......
    By: Laksamana Mas 

    BULAN INDAH HADIAH UNTUKMU NAK!

    Nak...
    Ini bulan indah tuk mu nak...

    Dengan keringat air mata darah
    Bu usahakan sampai berjaya
    Demi kebahagiaan dunia akhiratmu sayang

    Bu pertaruhkan nyawa
    Di setiap penjuru waktu
    Demi menggapainya
    Hingga berjaya sayang

    Dari segi lojik
    Dalam usia selewat begini
    Mana bisa mampu
    Bu menggapainya sayang
    Tapi demi kekuatan cinta
    Yang tak pernah padam padamu sayang
    Bu usahakan sehingga berjaya
    Biarpun hati bu remuk redam
    Luka parah membarah
    Pedih perih
    Jerih memerihkan
    Sakit menyakitkan
    Bu teruskan jua perjuangan ini
    Demi mu sayang...
    Tak apalah
    Apalah ada kebahagiaan di dunia ini
    Yang cuma sementara saja
    Jika dibandingkan dengan
    Kebahagiaan hakiki
    Di negeri abadi sayang...

    Makanya jagalah
    Hadiah bulan ini nak
    Tulus ikhlas daripada bu...tukmu sayang...

    Bu memberi hadiah yang
    Paling berharga padamu sayang
    Tiada niat tuk mengharap
    Balasan apa-apa darimu sayang
    Cuma cukuplah sekadar
    Menjaga kemerdekaan ibu pertiwimu
    Agar tidak akan jatuh
    Ke tangan musuh durjana
    Jagailah sampai kapanpun!
    Selagi ada bulan dan matahari!

    Jangan lupa di setiap kali
    Purnama malam mengambang
    Jika rindu pada bu
    Tataplah senyuman bu di sana
    Pasti hilang rindumu sayang...

    Bu yang menyayangimu dunia akhirat
    Tulus Ikhlas Daripada Bunda Permaisuri Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    14 Jun 2012

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA MAS
    15 Jun 2012
    20 hours ago · Like · 4
  • Ratu Rimba Niagara APABILA TAPAK SULAIMAN/ BINTANG LAUT MENJADI BINTANG

    Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
    berada di dasar laut.
    Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
    ‘Sampai bila aku jadi begini?’

    Di dasar laut cuma nampak bebayang
    bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.

    “ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
    Tiada bezanya aku dengan bintang
    cuma aku di dasar lautan
    tidak berkedipan!
    Bolehkah aku jadi bintang?
    Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
    Di dasar ini aku tidak berfungsi
    kepada penghuni laut
    sedangkan aku ingin hidup
    menyinari hidupku dan menyinari
    hidup mereka yang memerlukan
    kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
    mula menyedari kejahilannya.
    Dia telah memasang impian.

    Setiap hari Tapak Sulaiman
    terus mengeluh...
    Meratapi nasib diri…
    Mencemburui kegemerlapan bintang
    seolah-olah mereka mengejeknya
    kerana berangan hendak
    menjadi bintang.

    “Kau siapa?
    Jalan pun terhegeh-hegeh
    di dasar laut ini… tanpa boleh berbuat apa-apa?
    Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
    dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
    kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
    Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
    kejadiannya yang unik mempersonakan
    seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
    popular dan dihormati .

    “Engkau jangan memperlekehkan
    cita-cita aku. Akan kubuktikan!
    Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
    memecah ketenangan malam itu.

    Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
    dengan gelombang ombak mengganas!

    Gerakkan dasar laut telah membawa
    Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempasnya
    ke pantai.

    Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
    di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!

    Seakan mimpi Tapak Sulaiman
    berjalan ke sana ke mari
    menari-nari.

    Bila malam tiba Tapak Sulaiman
    menikmati suasana malam sambil
    memerhatikan kegemerlapan
    bintang-bintang di langit di sinari
    sinaran cahaya bulan.

    Sungguh jelas permandangan tika itu
    tidak perlu samar-samar lagi
    tika berada di dasar laut.

    “Bolehkah aku menjadi bintang?
    Bolehkah? Bolehkah?
    Bintang aku ingin berkawan denganmu?
    Aku ingin menjadi sepertimu.”

    “Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
    seperti kami jika kau yakin dengan
    kebolehanmu! Percayalah!
    Kami menunggu kau di sini!
    Kau boleh! Pasti boleh!”
    Kata perangsang bintang kepada
    Tapak Sulaiman pada malam itu.

    “Pelik ya macam mana bintang boleh
    mendengar suaraku? Sedangkan
    Jarak dengannya…
    Dia di langit aku di bumi
    komunikasi aku dengan bintang
    satu keajaiban!”

    Tiba-tiba kedengaran
    gauman entah mana datangnya
    memecah ketenangan malam.
    Pepasir di pantai berterbangan.

    UFO rupanya sedang mendarat
    dua makhluk asing datang
    menghampiri Tapak Sulaiman.

    “Tapak Sulaiman mahu ke engkau
    ikut kami?” Tanyanya.
    Ke mana?”
    “Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
    “Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

    Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
    Dia telah menjadi bintang!
    Disambut bintang-bintang yang
    Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
    yang menakjubkan Tapak Sulaiman!

    Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
    Tidak sia-sia impiannya selama ini!
    Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
    Ini jika digunakan keajaiban minda!
    “Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
    akan kukongsi bersama mereka yang ingin
    menjadi sepertiku!”
    Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.

    Karya : Ratu Rimba Niagara
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013/13 Agustus 2013

    (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    17 Agustus 2013
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2013, HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 & KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013)

    INGIN KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUK ANAK CUCU SENUSANTARA KU YANG TERCINTA SEPENUH JIWA RAGAKU DEMI-NYA!
    20 hours ago · Like · 4
  • Ratu Rimba Niagara PERJUANGANKU PERJUANGANMU

    PERJUANGANKU PERJUANGANMU
    MOGA BERSAMA KITA REALITIKAN
    DEMI ANAK CUCU
    HADIAH DARI KITA
    UNTUK SEMUA ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA
    SEPOTONG DOA DIKIRIMI
    TANDA KASIH SAYANG PADA NENDA
    & SEMUA KESATRIA SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA BENUA
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    Nenda Ratu Rimba Niagara yang menyayangimu dunia akhirat,
    17 Syawal 1434H
    24 Ogos 2013M

    DOAKAN NENDA SEJAHTERA ABADI DI ALAM BARZAH AAMIIN.

    DUHAI ANAK CUCUKU INILAH BULAN YANG MOYANG PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA HADIAHKAN UNTUKMU SAYANG...HADIAH BULAN INI NENDA DAPATKAN TERLALU PAYAH ...TANPA SOKONGAN/DUKUNGAN SEIKHLAS HATI DARIPADA PEJUANG KSATRIA NENDA...NENDA TIDAK BERJAYA MENGHADIAHKAN HARTA WARISAN YANG PALING BERHARGA UNTUKMU SAYANG....MAKANYA NENDA MERAYU ...CUCUNDA AKAN MENJAGA SEPERTIMANA CUCUNDA MENJAGA NYAWA SENDIRI TANDA CUCUNDA BALAS KASIH SAYANG NENDA MEMADAILAH SEKADAR SEPOTONG DOAMU UNTUK NENDA SEJAHTERA ABADI DI ALAM BARZAH..... AAMIIN

    NENDAMU YANG MENYANGIMU DEMI-NYA,

    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013M

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA &INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG INDONESIA, MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND

    MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013

    PUISI-PUISI DI SIARKAN DI WALL KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH BAGI MERAIKAN HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE 67 TAHUN
    13 Syawal 1434H
    20 Agustus 2013M

    RATU RIMBA NIAGARA
    17 Syawal 1434H
    24 Ogos 2013.

    "SALAM SYAWAL UNTUK SEMUA AHLI GRUP DAN SEMUA RAKAN ALAMMAYA YNG MENGENALI KARYA RATU RIMBA NIAGARA ' MAAF ZAHIR & BATIN' ANDAINYA TERKHILAF DALAM BERSASTERA"

    Ucapan Tulus Ikhlas Daripada,

    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    17 Syawal 1434H
    23 Ogos 2013M
    20 hours ago · Like · 4
  • Janet Bacone be the best thing for yourself is the hope of every human being, but all that can be formed is critical environmental factors
    19 hours ago · Like · 3
  • Ratu Rimba Niagara DENGAN PENUH KEINSAFAN AKU MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA YANG MENGENALIKU DI ALAM MAYA ATAU DI ALAM REALITI KERANA AKU TAK MAHU MATI SEBAGAI ROH YANG RUGI TIKA BERTEMU TUHANKU. 

    AKU BUKANLAH ORANG YANG BAIK
    TAPI AKU BERCITA-CITA MENJADI ORANG YANG TERBAIK
    HUBUNGAN BAIK DENGAN ALLAH 
    HUBUNGA BAIK DENGAN MANUSIA

    JIKA AKU BERBUAT BAIK TAPI DIBALAS RACUN AKU TETAP JUGA MEMBALAS DENGAN KEBAIKAN TANPA DENDAM DI HATI
    JIKA MASIH LAGI TIDAK DISUKAI OLEH MANUSIA PADAKU AKU PERLU MUHASABAH DIRI KENAPA MANUSIA TIDAK SUKAKAN AKU...BARANGKALI AKU SEORANG YANG SOMBONG LAGI BONGKAK DENGAN MERASAKAN KESEMPURNAAN DIRIKU
    MALANGLAH JIKA AKU BEGITU MANUSIA BENCIKAN AKU KERANA AKU MANUSIA YANG SOMBONG ..MEMANG PATUTLAH MANUSIA BENCIKAN AKU KERANA PAKAIAN SOMBONG ADALAH HANYA LAYAK UNTUK ALLAH SWT SAHAJA... DAN SYURGA TIDAK LAYAK BAGI MEREKA YANG SOMBONG LAGI BONGKAK..

    DAN LEBIH AKU KUATIRI JIKA SEKIRANYA ALLAH JUGA MEMBENCI AKU KERANA AKU DIBENCI OLEH MANUSIA...
    ALLAHU AKBAR BUMI MANA LAGI HENDAK KUTUMPANGKAN USIAKU YANG TERSISA INI....

    JIKA SEBENTAR LAGI AKU DIPANGGIL TUHAN BERTEMUNYA PASTI AKU MENYESAL BILA ALLAH TAK SUDI TERIMA ROHKU ...
    DAN DI KALA ITU ROHKU DICAMPAKKAN KE DALAM API NERAKA PALING HINA....ALLAHU...AKBAR.. AMPUNKAN AKU YA ALLAH KERANA AKU TIDAK MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN MANUSIA AKU MENERIMA AZAB YANG PEDIH....!!!!

    SYUKUR AKU MASIH DIBERI KESEMPATAN ALLAH SWT UNTUK MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA MANUSIA YANG TELAH KUSAKITKAN HATINYA DEMI MENJAGA SILATURAHIM DI ALAM MAYA MAHUPUN DI ALAM REALITI. 

    SYAWAL YANG MULIA INI DAN SAMPAI AKHIR NAFASKU ...KU MENGHULURKAN SEPULUH JARI MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI KEPADA SEMUA SAUDARA SEISLAMKU DI ALAM MAYA INI ATAU DI ALAM REALITI SUDI MEMAAFKAN AKU AGAR AKU DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR ....AGAR ALLAH SUDI MENERIMA ROHKU SEBAGAI ROH-ROH YANG DIMASUKKAN KEDALAM ROH-ROH YANG BERAMAL SOLEH KERANA-NYA AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    'SAMPAI KAPANPUN AKU TETAP MINTA MAAF KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN ALAMMAYAKU KERANA AKU ADALAH INSAN YANG TIDAK SEMPURNA MAKA SUDILAH MAAFKAN AKU'

    RATU RIMBA NIAGARA
    18 Syawal 1434H
    25 Ogos 2013M
    19 hours ago · Like · 3
  • Mayumi Hayashi ibun jishin no tame no mottomo yoi koto wa, subete no ningen no kibōdesuga, keisei suru koto ga dekiru subete wa, jūyōna kankyō yōindearu koto ga, domo arigato
    19 hours ago · Like · 2
  • Bambang Halim Perencanaan yg baik, eksekusi yang tepat, pasti bierhasil...
    18 hours ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara ERTI KEBAHAGIAAN DALAM BERSAHABAT DI ALAM MAYA

    biarpun alammaya ini cumalah laman sosial 
    saja santaikan minda
    canda...canda...

    suka...suka...
    tapi bagiku 
    terlalu serius
    terutama laman fbku
    medan juangku bersastera
    segala pemikiran
    segala ide
    segala ilham
    dicurah di laman fbku
    yang ku namakan laman fbku
    KERAJAAN RIMBA NIAGARA
    AKU SEBAGAI RATU MEMERINTAH KERAJAAN RIMBA NIAGARA
    rakyatku adalah rakan-rakan fbku
    rakyatku tidaklah ramai 
    lebih kurang 50 orang saja
    sebagai menyandang jawatan rakyat rimba niagara mereka juga merangkap kesatria sastera RATU RIMBA NIAGARA
    kesatria sastraku jika tidak aktif 
    malas untuk berbakti pada KERAJAAN RIMBA NIAGARA akan dilucutkan kerakyatannya sebagai rakyat rimba niagara
    kerana telah derhaka kepada Kerajaan Rimba Niagara tidak mahu menyumbang bakti tanda kesetiaan kepada Kerajaan Rimba Niagara.

    Andai mereka yang telah kulucutkan kerakyatan
    janganlah berkecil hati atau marah....anggaplah ini sandiwaraku sandiwaramu
    kita sama-sama sandiwara...kau dengan sandiwaramu kenapa mahu jadi rakyat rimba niagara dan aku dengan sandiwaraku menjadi RATU RIMBA NIAGARA
    jadi kita sama-sama faham dan tidak akan kecil hati jika kita tidak memahami sandiwara masing-masing.

    Hiduppun satu sandiwara....kita sebagai pelakonnya...kita hendak melakonkan watak yang disenangi atau tidak terpulang kepada kita tiada siapa yang memaksanya.

    Semua hidup bermatlamat...
    Waima pun bersahabat dalam fb...
    Jika kita hendak berkawan dalam fb kita tanya diri kita terlebih dahulu
    Adakah kita berkawan ini untuk saling membahagiakan atau saling melukakan
    Jika kita rasa kita tidak dapat membahagiakan kawan kita saja canda-canda
    Itu satu keputusan yang silap yang perlu diperbetulkan....
    Agar kita tidak saling menyalahkan kawan kita....

    Moga kita bisa menjadi seorang sahabat saling membahagiakan dan memahami 
    Kehendak sahabat kita jika kehendaknya boleh mewangikan silaturahim sampai ke kubur sampai ke Syurga. ITULAH SAHABAT ALAMMAYA SALING MEMBAHAGIAKAN KERANA MENJAGA HUBUNGAN SILATURRAHIM AGAR TIADA KERETAKAN...ITULAH SEBENARNYA ARTI KEBAHAGIAAN DALAM BERSAHABAT DI ALAM MAYA INI.

    RATU RIMBA NIAGARA
    18 Syawal 1434H
    25 Ogos 2013M
    17 hours ago · Like · 1
  • Endah Soesanty Trimaksih YM tag nya...semua nya pasti ada latarbelakang nya yg menjd kan sesuatu hal yg tdk mungkin menjd mungkin...jk semua itu sdh kehendak yg di atas...
    8 hours ago · Like · 1
  • Arie Rahmadani Pantang menyerah....untuk mencapai puncak
    8 hours ago via mobile · Like · 1

www

0 comments:

Post a Comment

 
;