Tuesday, 27 August 2013

ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA MENGHARGAI KEMERDEKAAN! (1)


210Unlike ·  · 

Saya telah merasmikan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ayuh kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan hari kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi. Semarakkan tanda kebanggaan kita kepada negara. Malaysiaku berdaulat: tanah tumpahnya darahku.
By: Najib Razak
338
























ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA MENGHARGAI KEMERDEKAAN! (1) 


SAYA WARGANEGARA MALAYSIA

Saya warganegara Malaysia
rakyat negara saya terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India. Walaupun berbeza agama,
bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
aman damai tanpa sebarang sengketa.

Kami hidup bersatupadu, tolong
menolong dan hormat menghormati.

Perdana Menteri saya yang ke-6
namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Haji Abd Razak.

Saya menghargai Perdana Menteri
saya kerana dapat mencetuskan
Gagasan 1Malaysia iaitu,
1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.
Saya percaya Gagasan 1Malaysia
akan berjaya! Ini membuatkan negara
saya aman makmur selamanya!
Saya sayang negara saya!

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Syawal 1434H
13 OGOS 2013
(PUISI-PUISI DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA AGAR DAPAT MENCINTAI NEGARA SEJAK DARI KECIL LAGI)

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, ,
UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2O13, HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA (SABAH & SARAWAK PADA 16 SEPTEMBER 2013)
KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU MALAYSIA, SABAH & SARAWAK TER CINTA! MOGA SUDI HARGAI KASIH SETULUS HATIKU INI SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA MOGA DI SYURGAWI KASIH KITA TERSIMPUL MATI BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERKAT KITA SALING MENJALINKAN TALISIRATURAHIM DALAM SEMANGAT BERGOTONG ROYONG MEREALISASIKAN CITA-CITA ANAK CUCU MALAYSIA TERCINTA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

RATU RIMBA NIAGARA
Pujangga Ratu Rimba Cinta Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M

TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!

Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
Di serata pelosok bumi Malaysia

Biarpun kumengerti menempuh gelombang
ombak mengganas!
Lalu menghempas ke pantai!

Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
“Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
Akan kuingat pesananmu itu!
Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
Di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

Demi cintaku pada Malaysia
Akan kuperjuangkan untuk pertahankanmu!
Biarpun hingga ke titisan darah terakhir!

Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Karya: Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013

ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYSIA SETIASA BERSIAP SIAGA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

Rakyat Malaysia berasa bertuah kerana mempunyai Angkatan Tentera diRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kerana Agama, bangsa dan negara.

Seperti yang ada terkandung dalam rukun negara yang kedua, ' SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA'. Semua rakyat Malaysia tanpa terkecuali mesti mentaati apa yang terkandung dalam rukun negara.

Sebab itu jika ada di antara rakyat Malaysia yang tidak memahami rukun negara , mereka tiada rasa jiwa cintakan negara. Mengganggap negara mereka tidak penting hingga sanggup memperlekehkan Institusi DiRaja tanpa memikirkan impak daripada akan ketidaksetiaan mereka kepada raja dan negara mereka sendiri.
Moga Rukun Negara menjadi salah satu subjek matapelajaran wajib lulus di semua sekolah rendah dan menengah mahupun IPTA/IPTS.

Jika sekiranya semua rakyat Malaysia berjiwa patriotik mencintai negara mengatasi kepentingan sendiri , In Shaa Allah Malaysia aman, sejahtera dan dapat mengekalkan kemerdekaan untuk diwariskan kepada generasi kini dan akan datang.
Tidaklah menjadi seperti yang berlaku di Mesir di mana ada pencanggahan rakyat dengan pihak tentera Mesir yang tidak mengistiharkan hak rakyat melalui sistem demokrasi memilih pemimpin mereka Mohammed Morsi sebagai presiden Mesir yang digulingkan oleh Tentera Mesir. Ini menyebabkan kebangkitan rakyat Mesir untuk mempertahankan pemimpin mereka hingga berlakulah pertumpahan darah di bumi Mesir tanpa ehsan.
Yang menjadi mangsa yang tidak berdosa adalah rakyat Mesir...selepas digulingkan ,"PINTU RAFFAH" telah ditutup yang mana pintu Raffah ini adalah jalan keluar masuk bantuan makanan dan perubatan ke GAZA. Bayangkan apa akan terjadi kepada rakyat GAZA jika pintu yang menghubungkan ke GAZA ditutup.
Makanya warga dunia yang beragama Islam mesti bersatu untuk menyelamatkan rakyat GAZA yang menuju di ambang derita akibat kerakusan kuasa yang sudah menepikan rasa kemanusiaan sesama manusia.

Peristiwa yang terjadi di Mesir haruslah menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia jika kita sengaja membiarkan negara kita hidup dalam mengadu domba agar negara Malaysia yang aman damai ini menjadi kucar kacir.Tidak tenteram pastilah akan berlaku sepertimana yang berlaku di Mesir. Tapi bezanya di Malaysia , Angkatan Tentera DiRaja Malaysia tidak akan menjadi seperti Tentera Mesir yang berpaling tadah demi ketamakan kuasa untuk memerintah ...mereka telah menyelewengi amanah rakyat kepada mereka.

Angkatan Tentera DiRaja Malaysia sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempastikan rakyat dilindungi daripada sebarang ancaman musuh.Contoh sepertimana yang berlaku pertistiwa berdarah di Lahad Datu di mana Anggota Polis DiRaja Malaysia dibunuh kejam oleh musuh negara. Angkatan Tentera DiRaja Malaysia bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia pergi ke Lahad Datu memerangi musuh sehingga semua musuh berjaya ditumpaskan.
Inilah bukti betapa Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dan PDRM mementingkan keselamatan semua rakyat Malaysia terjaga di sebilang masa. Mereka sentiasa bersiap siaga mempertahankan KEDAULATAN NEGARA. Makanya rakyat Malaysia mesti bersyukur atas pengorbanan yang diberikan oleh ATM dan PDRM.

Di atas pengorbanan semua anggota keselamatan negara samada yang masih hidup dan gugur di medan juang kami rakyat Malaysia mengucapkan sekalung doa 'Moga Allah Azzawajallah membalas segala kebaikan semua samada ketika hidup dan meninggal dunia sentiasa diRahmati Allah swt Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

OLEH RATU RIMBA NIAGARA
2 Ramadhan 1434H
11 Julai 2013M
(KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MESIR PENYOKONG SETIA PRESIDEN MOHAMMED MORSI, RAKYAT GAZA, ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYASIA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA)
August 23 at 5:10pm · Like

Ratu Rimba Niagara TENTERA MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI PENGKHIANAT PADA BANGSA SENDIRI!

TENTERA MALAYSIA DAN TENTERA MESIR AMAT BERBEZA

JIKA ANDA MENYANDANG JAWATAN TENTERA ANDA MAHU MEMBELA TENTERA MESIR ATAU TENTERA RAKYAT MESIR?

APAKAH DEFINASI TENTERA FISABILILLAH ?

APAKAH DEFINASI TENTERA ALLAH?

APAKAH DEFINASI TENTERA RAKYAT?

APAKAH DEFINASI TENTERA KERAJAAN?

SEJUJURNYA AKU, KAMU DAN SEMUA YANG MANA SATU STATUS ANDA?

Jika ditanya apakah maknanya tentera fisabilillah
mereka akan jawab tentera yang berjuang di medan perang menentang musuh yang menzalimi rakyat Islam dan negara Islam jika gugur balasannya Syurga

Jika ditanya apakah maknanya Tentera Allah
Tentera Allah yang dikirimkan Allah yang terdiri daripada para malaikat-Nya yang dinampakkan atau yang tidak dinampak dengan mata kasar manusia.

Jika ditanya apakah maknanya tentera rakyat..
Membela pemimpin yang rakyat pilih untuk dinobatkan sebagai presiden memerintah sesebuah negara...dipilih oleh rakyat mengikut undang-undang bernegara.

Jika ditanya tentera kerajaan
Tentera yang dilantik kerajaan untuk setia kepada tanah air tercinta. Cinta yang tak berbelah bahagi mempastikan negaranya berada dalam keadaan selamat daripada dijajah oleh pihak musuh...mengekalkan kemerdekaan negara adalah untuk rakyat dan negara selamat tanpa berani diganggu gugat akan kesejahteraannya.

Jika kita tahu kita berstatus tentera yang mana satu...pasti kita tahu apa tanggungjawab kita tanpa mempertikaikan kuasa seseorang yang diberikan mandat
oleh rakyatnya mengikut sistem demokrasi yang telus dinobatkan sebagai presiden.

Inilah yang berlaku di Mesir ....di mana presiden yang dipiih oleh rakyatnya sudah menjadi isu yang besar dan melibatkan pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dalam sejarah dunia, di mana presiden pilihan rakyat yang sah telah digulinglan oleh Tentera Mesir.

Seluruh rakyat Mesir terlalu marah kerana pihak tentera telah menyalahkan kuasanya untuk menindas rakyat pada Presiden Mohammed Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir.

Berlakulah kebangkitan suara rakyat Mesir mahu presiden yang mereka pilih dikembalikan semula jawatannya sebagai Presiden Mesir tapi tidak dihiraukan oleh pihak tentera Mesir. Berlaku pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dimana Rakyat Mesir yang membela Presiden Morsi daripada terus-terusan digulingkan oleh pihak Tentera...dibunuh ketika solat Subuh. Adakah pembunuhan yang kejam itu sah di sisi undang-undang negara? Adakah tentera rakyat yang membela presiden berjiwa hamba-Nya,dibunuh beramai-ramai ketika solat itu dikira mati syahid?

Jika pergolakkan politk Mesir tidak dapat diselesaikan segera maka akan berlakulah pertumpahan darah antara rakyat Mesir dengan tentera Mesir. Bumi Mesir sudah pastilah bermandikan darah ...rakyat Mesir yang tak berdosa menjadi mangsa ketidakadilan Tentera Mesir yang inginkan berkuasa mengikut kehendak Tentera.

Jika ada mana-mana tentera di negara luar pasti berasa celaru pemikiran mereka , mereka berada di pihak mana mahu mendukung/menyokong....di pihak tentera atau di pihak rakyat. Jika mereka mendukung di pihak tentera kerana mereka tentera...andainya matinya menyokong pihak tentera Mesir dikira mati syahid ke tidak?
Jika mereka menyokong rakyat Mesir...tindakan mereka seperti telah lari dari medan perang kerana mendukung rakyat mesir bukan menyokong Tentera Mesir.

Yang mana satu hendak disokong amat memeningkan . DILUAH MATI EMAK DITELAN MATI BAPAK. Apapun yang ada di fikiran setiap yang bergelar tentera fisabilillah mahu matinya syahid. Anda gimana. Berilah pandangan/komentar anda jika anda tertarik dengan isu yang dikemukan ini.

Segala pandangan/komentar haruslah logik kerana ini adalah isu yang amat berat untuk kita sama-sama memikirkan andainya perkara yang sama terjadi di negara kita sendiri.

"SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARINYA YANG LEMAH ITU ADALAH DATANG DARI KELEMAHAN SENDIRI."

OLEH RATU RIMBA NIAGARA.
1 Ramadhan 1434H
10 Julai 2013M

OLEH RATU RIMBA NIAGARA
2 Ramadhan 1434H
11 Julai 2013M
(KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MESIR PENYOKONG SETIA PRESIDEN MOHAMMED MORSI, RAKYAT GAZA, ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYASIA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA)

TUN HUSSEIN ONN BERJIWA NASIONALISME

Tun Hussein Onn anakanda Dato’ Jaafar,
Bondanya Datin Halimah Hussein;
Memerintah negara penuh sabar,
Tidak pernah bosan dalam perjuangan.

Di masa muda ilmu penuh di dada,
Menyertai pasukan tentera sebagai kadet;
Mengharumkan nama negara di persada,
Mengamalkan keadilan dalam politik.

Menyertai Rejemen Hyderabad semasa peperangan,
British melantik pengajar Latihan Polis Malaya;
Berjiwa patriotik jauh pandangan,
Ingin melihat Malaysia berjaya.

Pulang ke Tanah Air dilantik sebagai komandan,
Berkhidmat di Depoh Polis Johor Bahru;
Melaksanakan tugas penuh beradap sopan,
Menyandang jawatan tak pernah jemu.

Pernah juga menjadi Pegawai Daerah,
Bertugas di Klang dan Kuala Selangor;
Menjalankan tugas penuh amanah,
Galakkan pekerja bersikap jujur.

Semangat nasionalisme menebal di jiwa.
Berasal keluarga yang kuat berpolitik;
Meletakkan jawatan kerajaan demi Negara.
Ke mana pergi berjiwa patriotik.

Tahun 1949 menjadi Ketua Pemuda,
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
Berjiwa patriotik nampak muda,
Perjuangan sentiasa mendapat restu.

Tahun 1968 kembali berpolitik,
Tahun 1969 menjadi Menteri Pelajaran;
Ingin memupuk masyarakat majmuk,
Rakyat bersatu dalam perpaduan.

2 Ogos 1973 menjadi Timbalan Perdana Menteri,
15 Januari 1976 menjadi PM setelah kematian Tun Abd Razak;
Menjadi Perdana Menteri sudah terpatri,
Bertambah kukuh kuasa politik.

Ketegasan memupuk semangat perpaduan,
Keseimbangan ekonomi rakyat menjadi perhatian;
Antara kaum biarlah kesamarataan,
Barulah masyarakat harmoni berpanjangan.

Tun Hussein Onn kenalkan konsep Rukun Tetangga,
Agar rakyat hidup aman harmoni;
Keadilan memerintah amat dijaga,
Pelbagai kaum bersatu hati.

Diperjuangkan juga ancaman terhadap dadah,
Itulah asas benteng Negara;
Belia negara janganlah musnah,
Hidup rakyat aman sejahtera.

Angkatan bersenjata Malaysia diperbesarkan,
Dipermodenkan dengan senjata canggih;
Untuk melindungi Negara daripada ancaman,
Musuh yang datang terus disanggah.

1971 Tun Hussein menjalani pintasan koronari,
Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri;
Faktor kesihatan mengundur diri,
Demi rakyat dan Negara berkorban diri.

Jawatan diambil oleh Tun Mahathir,
Dilepaskan jawatan dengan rela hati;
Ramai menteri datang hadir,
Titisan air mata terharu bekas Perdana Menteri.

Selepas bersara memberi sumbangan,
Kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan;
Biar perjuangan terus berpanjangan,
Demi rakyat dan Negara tidak diabaikan.

29 Mei 1990 Tun Hussein Onn menghembus nafas terakhir,
Sewaktu berusia 68 tahun;
Rakyat tangisi pemimpin bersifat jujur,
Diingati jasa sepanjang zaman.

Disemadikan pada hari Jumaat,
Di Makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur;
Didoakan tergolong hamba yang taat,
Bunga-bunga kemboja terus ditabur.

Tun Husssein Onn pernah berpesan,
Jangan ditangisi permegiaannya nanti;
Mahukan anakanda teruskan perjuangan,
Demi kerana negara amat dicintai.

Anakanda Hishamuddin mewarisi bakat,
Kepimpinan ayahanda Tun Hussein Onn;
Berjiwa patriotik berjiwa rakyat,
Agar negara pesat membangun.

Karya: Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTEMEWA UNTUK YB DATO' SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN ONN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA DAN SEMUA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA ,
JASA YANG DISEMAI AMAT RAKYAT MALAYSIA HARGAI SAMPAI HUJUNG NYAWA, MOGA SYURGALAH TEMPATMU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
August 23 at 5:18pm · Like

PLKN GENERASI PATRIOTIK

Generasi patriotik impian kerajaan,
Lalu tercetuslah program khidmat Negara;
Program khidmat Negara adalah satu perjuangan,
Mempertahankan Negara bersemangat membara.

Program PLKN amat berfaedah lagi menyeronokkan,
Tiada sifat penderaan ataupun hukuman;
Proses pembelajaran tidak membosankan,
Apabila tamat menjadi kenang- kenangan.

Menyemarakkan semangat patriotisme objektif PLKN,
Generasi muda biar cergas penuh keyakinan;
Menempuh cabaran dengan kebijaksanaan,
Agar generasi terdidik semangat patriotik dan kesukarelaan.

Setiap aktiviti dijalankan penuh muhibbah,
Hormat menghormati walaupun pelbagai kaum;
Memegang senjata tidak menggelabah,
Dilakukan dengan bangga dan kagum.

Setiap pelatih diajar semangat waja,
Berdisplin dan berkeyakinan tinggi;
Budaya bekerjasama terpupuk di kalangan remaja,
Tercapailah sudah motif memupuk nilai-nilai murni.

PLKN memupuk perpaduan kaum,
Integrasi nasional menjadi fokus;
Agar tiada berlaku perselisihan kaum,
Sememangnya berpadu dalam suasana harmonis.

Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
Disemai dan diamalkan bersemangat membara.

Bukan mudah mengajar erti perjuangan,
Perjuangan membela dan mencintai Negara;
Asalkan terpupuk semangat pejuang berpanjangan,
Sanggup pertaruhkan nyawa demi kerana cintakan Negara.

Guru mengajar penuh minat dalam kesabaran,
Asalkan peserta PLKN mendapat ilmu yang ditimba;
Antara guru dan pelatih saling sefahaman,
Barulah peserta menimba ilmu berlumba-lumba.

Modul fizikal memberi kemahiran dan ketahanan mental,
Serta ketahanan emosi spiritual dan fizikal;
Memupuk perpaduan wira-wirawati bersemangat kental,
Pasti PLKN terus menjadi terkenal.

Para pelatih diajar bekerja dalam satu pasukan,
Berkemahuan dan bersemangat setiakawan;
Sentiasa ingin menabur jasa dalam kesukarelaan,
Hanya semata kerana rakyat dan Negara diutamakan.

Peserta digalakkan berpewatakkan positif,
Menerapkan nilai-nilai kepimpinan di jiwa peserta;
Semasa berkawad sentiasa aktif,
Berdisplin sentiasa setiap peserta.

Jiwa kepimpinan dicerna begitu terperinci,
Membuat keputusan penuh yakin;
Penerokaan diri untuk mengenal pasti diri sendiri,
Agar nilai-nilai murni dapat diterapkan.

Perhubungan individu didalam kumpulan,
Bekerjasama berkumpulan diutamakan;
Kecekapan cara bertindak diserlahkan,
Agar mengatasi masalah dalam kumpulan.

Modul khidmat komuniti diajarkan,
Bertujuan menyemai semangat kesukarelaan;
Kepada alam sekitar masyarakat dan kejiranan,
Agar terbentuk komuniti yang dibanggakan.

Modul kenegaraan diajarkan juga,
Agar terpupuk semangat patriotik dan cintakan Negara,
Mengenal Negara dan mempertahankannya,
Biarpun pertaruhkan nyawa demi Negara tercinta.

Apabila datang ancaman dari dalam dan luar Negara,
Akan dipertahankan di segenap penjuru;
Sentiasa bersiap sedia membela Negara,
Rela bermandikan darah dihujani peluru.

Sayangkan rakyat jua sayangkan Negara,
Demi pewaris yang bakal ditinggalkan;
Semangatmu sentiasa membara-bara,
Jika kau tiada jasamu sentiasa dikenang-kenangkan.

Selamat berjuang wira-wirawatiku,
Moga semangat keperwiraanmu tak pernah jemu;
Mengalah dan berundur tak pernah bertamu,
Jasamu mewangi meresap ke jantung hatiku.

Karya: Putri Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M
(KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PUTERA DAN PUTERIKU YANG BERJIWA PATRIOTIK. MOGA SEMANGATMU MEMBELA NEGARA DIPERJUANGAN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR)

MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

di sini tanah tumpahnya darahku
tak akan kubiarkan
biarpun seinci diceroboh musuh durjana
akan aku pertahankan
biarpun nyawaku jadi taruhan

di sini tanah tumpahnya darahku
cintaku pada ibu pertiwi
setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
siapa yang berani menentang
akan aku tentang
akan aku lawan
biarpun nyawaku jadi taruhan

di sini tanah tumpahnya darahku
demi ibu pertiwi
aku rela dihujani peluru
bermandikan darah
asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
daripada segala ancaman musuh durjana

di sini tanah tumpahnya darahku
Angkatan Tentera Darat Malaysia
sentiasa bersiap siaga
mempertahankan ibu pertiwi
kami tak takut mati bila berada di medan juang
kami berjuang...berjuang...berjuang....
hingga ke titisan darah terakhir
untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
sekali kami melangkah ...
langkah kami adalah langkah seorang pejuang

Duhai rakyat Malaysia di luar sana
Jangan bimbang
Jangan takut
Keselamatan negara masih terkawal
Angkatan Tentera Malaysia
Sentiasa berjaga-jaga ...memantau...
Di setiap inci bumi Malaysia
Masuh datang kami tentang
Kami lawan
Kami perang habis-habisan
Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
Kami pasukan tentera yang berani mati
Demi kerana agama bangsa dan negara

Kami Angkatan Tentera Malaysia
Semuanya terlatih mahir dalam berperang
Kami dilatih untuk berani mati
Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
Andainya kami gugur di medan juang...
Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
Dan kirimi doa restu
Agar kami sejahtera di Sana...

Duhai musuh durjana
Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
Ketahuilah kamu ...
Sekali benderaku berkibar dengan laungan
Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
Selamanyalah kekal merdeka...
Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
Jika kamu berani silakan....
Angkatan Tentera Malaysia
Tak akan biarkan....
Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
Tak akan kami biarkan....
Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
Berada di medan juang
Kami mahu mati dalam perjuangan
Perjuangan demi cintakan-Nya
Matlamat kami mati syahid di medan perang...
Moga Allah makbulkan doa kami
AAmeen Ya Rabbal A'Lameen

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI PENGKHIANAT PADA BANGSANYA SENDIRI! RAKYAT MALAYSIA BERBANGGA DAN MENGHARGAI ATM SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN!

SALAM KEMERDEKAAN KE-56 MALAYSIA TERCINTA!

Salam Kemerdekaan Malaysiaku tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

Salam Kemerdekaan untuk Datuk Seri,
Semoga Malaysia dalam kesejahteraan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Teruskan obor api perjuangan.

Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tuanku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-56 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

Karya: Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013

HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

Salam Kemerdekaan dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

Karya: Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERCINTA
YANG MENCINTAI NEGARA MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI)

SEABADI KASIH SAYANGMU PADA KAMI

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Selamat Hari Pahlawan
Kepada Semua Pahlawan
Yang sentiasa disanjungi sepenuh hati sepenuh jiwa
Kumengagumimu dari dulu hingga kini
Kau sentiasa di hatiku
Jasamu pada ibu pertiwi
Kusanjung tinggi
Tanpamu siapalah kami
Kau rela mempertaruhkan nyawamu
Demi ibu pertiwi
Demi anak bangsa
Jasa baktimu tak akan kami lupakan
Kau sentiasa bersiap siaga
Bila-bila masa
Tak kira masa
Tak kira di mana
Apabila semboyan ibu pertiwi berbunyi
Kau terus mara ke medan juang
Tanpa menghiraukan
Nyawamu di ambang maut
Itu tak akan kau hiraukan
Dan tak akan kau undur biarpun setapak
Kau dihujani peluru
Bermandikan darah
Darah...darah...darah...
Pekat...pekat...pekat...
Kau masih bersemangat
Sebelum nafas terakhir
Kau masih sempat
Melepaskan das tembakan
Kena tepat ke jantung musuh durjana
Dan kau tersenyum dalam
Pelukan senjata yang berjasa padamu
Dan kau sempat tersenyum
Sambil melafazkan
Kucinta-Mu Tuhan
Kusayangmu ibu pertiwi
Kusayangmu anak bangsa
Kematianku ini adalah tanda kusayang semua kerana-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Pahlawanku...
Mengenangkan jasamu itu
Kami seluruh rakyat Malaysia
Tidak akan melupakan
Jasa bakti semua pahlawan di Malaysia
Samada yang telah tiada atau masih ada
Kepada yang tiada
Kami kirimkan sejambak doa
Agar kau tenang di Syurga
Dikelilingi bidadari Syurga
Rezeki tak putus-putus dari-Nya
Kerana kau mati dikira
Pejuang fisabilillah Insya-Allah Aamiin
Kepada pahlawan yang masih ada
Teruskanlah perjuangan sucimu
Kami sentiasa memberi sokongan
Yang tidak berbelah bahagi
Kerana tanpamu pahlawanku
Siapalah kami
Tak mungkin kami akan merasa
Nikmat kedamaian Malaysia
Yang kini pesat membangun
Dalam pembangunan era abad ke-21
Yang Cemerlang Gemilang Terbilang
Dalam keadaan
Aman damai tenteram
Semuanya kerana jasa baktimu
Semua pahlawan di Malaysia
Malaysiaku maju
Malaysiaku aman
Semuanya keranamu pahlawanku
Semuanya dengan izin-Nya jua
Makanya kami bersyukur kepada-Nya
Kami ucapkan sekalung terima kasih
Kepada semua pahlawan di Malaysia
Sebagaimana kamu sayang kami
Begitulah kami sayang kamu
Abadi seabadi kasih dan sayangmu pada kami

JASA DAN BAKTIMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI

'SELAMAT HARI PAHLAWAN'

Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:

RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
31 Julai 2012 M
11 Ramadan 1433 H

GAGAH SETIA

Kau pahlawan Allah
Kau pahlawanku
Kau pahlawan semua
Kau pahlawan rakyat 1Malaysia

Kau pahlawan yang gagah perkasa
Kau pahlawan yang setia

Kau rela korbankan dirimu
Demi mempertahankan ibu pertiwi

Kami hargai
Kami sanjungi

Kami berbangga punyai pahlawan
Sepertimu
yang gagah
yang setia
kepada agama bangsa dan negara

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Jasamu pahlawan
Kan kami letak di taman hati
Taman hati berbunga kebangsaan negara
Bunga Raya
Yang berkelopak Lima:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
Dengan segala prinsip rukun negara itulah
Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi

Moga Malaysia
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

Berkat kesetiaan gagah perkasa
Semua pahlawan negara

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
Syukur kami pada-Mu Tuhan
Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
Yang berjasa pada ibu pertiwi
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
31 Julai 2012
11 Ramadan 1433H
(DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
PADA 31 Julai 2012)

AKU ASKAR MELAYU SEDIA BERBAKTI PADA IBU PERTIWIKU!

Ahmad Tajuddin budak baik,
Anak soleh mendengar kata;
Berjiwa penyayang hatinya baik,
Bila dewasa menjadi askar diRaja.

Aku anak melayu,
Kerja askar melayu;
Di tanah melayu;
Pembela bangsa melayu.

Melayu hina melayu,
Takkan kubiarkan;
Kerana aku jiwa melayu,
Kusahut segala cabaran.

Melayu sentiasa hidup,
Takkan kubiarkan diinjak-injak;
Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
Makanya bangsaku mestinya bijak.

Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.

Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan mundur.

Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.

KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

Keris menjadi saksi bisu
hebatnya pertempuran mu duhai keris
kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
kau sentiasa di hatiku
kan ku perjuangkan kepahlawananmu
hingga ke titisan darah terakhir
biarpun nyawaku jadi taruhan
agar kau mengerti
yang aku cintakan mu
selagi nafas ku ada
lambang cinta
lambang setiaku
padamu keris....
yang tak pernah jemu
mencintaimu
untuk mempertabatkanmu
agar dicintai juga anak bangsa
sejak zaman berzaman

Karya Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M

AKU ASKAR MELAYU

Aku orang melayu
Kerja askar melayu
Di Tanah Melayu

Tak akan ada
Seorang pun
Yang boleh
Menggugat
Penderiaanku

Darahku
Jiwaku
Jiwa melayu

Jasadku kepunyaan Allah
Rohku dalam genggaman Allah

Demi-Nya
Demi bangsaku
Demi negaraku

Kurela
Nyawaku jadi taruhan
Di setiap penjuru
Setiap masa
Sentiasa bersiap siaga
Bila-bila masa
Berbakti di medan juang!

Tak akan berundur biarpun seinci
Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku
Aku relakan
Demi-Nya
Demi anak bangsa
Demi pertiwi

Biarpun dihujani peluru
Biarpun bermandikan darah
Biarpun bumi 1Malaysia ini menjadi lautan darah
Kami askar melayu relakan
Asalkan rakyat 1Malaysia aman damai
Daripada ancaman musuh
Agar kemerdekaan negara kami
Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!

Duhai anak cucuku...
Moyangmu
Askar melayu
Menyayangimu
Sepenuh jiwa dan raga
Rela pertaruhkan nyawa demi
Negara ini agar dapat kalian
Teruskan dan jayakan
Dan kekalkanlah kemerdekaan negara tercinta ini
Agar dapat diwariskan
Dari generasi ke satu generasi

Di tugu moyangmu nanti
Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu
Tanda ingatan kalian pada moyangmu
Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu
Agar tenang setenang air di kali Syurga

Moyangmu...
Ahmad Tajuddin
Dan seluruh rakan moyangmu
Orang Melayu
Askar Melayu
Di Tanah Melayu
Di bumi 1Malaysia tercinta!

Karya Ratu Rimba Niagara,
29 Julai 2012
9 Ramadhan 1433H
(KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA)

INILAH SUMPAHKU!

Akulah askar melayu RAMD
Tak akan gentar
Tak akan undur biarpun setapak
Demi agama bangsa dan negara
Akan kupertahankan
Hingga ke titisan darah terakhir!
Inilah sumpahku!
Pada anak bangsaku!

Karya Ratu Rimba Niagara.
29 Julai 2012
9 Ramadan 1433H

SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA GUGUR DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TINGGAL DI BUMI SENDIRI DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIS KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SEHINGGA NAFAS TERAKHIR!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND

MERDEKA MALAYSIAKU MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013' DAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 67 TAHUN.MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP SEMUA DI KALA HIDUP SAMPAI HARI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA ,BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND, UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI,SINGAPURA & THAILAND TERCINTA! MOGA SUDI HARGAI KASIH SETULUS HATIKU INI SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA MOGA DI SYURGAWI KASIH KITA TERSIMPUL MATI BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERKAT KITA SALING MENJALINKAN TALISIRATURAHIM DALAM SEMANGAT BERGOTONG ROYONG MEREALISASIKAN CITA-CITA ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

RATU RIMBA NIAGARA
Pujangga Ratu Rimba Cinta Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M

(PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
20 Syawal 1434H
27 Ogos 2013M

(PUISI DISIARKAN BAGI MENYEMARAKKAN ROH SEMANGAT JUANG ANAK BANGSA DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA MENGHARGAI KEMERDEKAAN DAN MENCINTAI MALAYSIA MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI AGAR MALAYSIA INI AMAN SEJAHTERA DAN KESEJAHTERAAN INI DAPAT DIHADIAHKAN KEPADA GENERASI AKAN DATANG IN SHAA ALLAH AAMIIN)



Saya telah merasmikan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ayuh kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan hari kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi. Semarakkan tanda kebanggaan kita kepada negara. Malaysiaku berdaulat: tanah tumpahnya darahku.
338
























  • sila bgi knyataan isu mesir
  • Ratu Rimba Niagara DUNIA INI ADALAH SYURGA SEBENARNYA BAGI MEREKA YANG PUNYA MATA HATI JALAN-JALAN KE SYURGA-NYA

    BAPA KEMERDEKAAN TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
    ANDAI KAU MASIH HIDUP 
    PASTI KAU AKAN MENYOKONG PERJUANGANKU
    KERANA PERJUANGANKU SEIRING DENGAN PERJUANGANMU
    MAHUKAN ANAK CUCU DAPAT BERTUMPANG TEDUH 
    DI BUMI MALAYSIA DENGAN AMAN DAMAI SEJAHTERA
    SENTIASA PASTIKANKAN BUMI BERTUAH MALAYSIA INI
    KEKAL MERDEKA SELAMANYA SELAGI DUNIA INI BELUM QIAMAT...

    TAPI KAU TELAH PERGI MENYAHUT PANGGILAN ILAHI
    UNTUK MENDENGAR SEGALA PANTUN GURINDAM PUISI KASIH SAYANGKU PADA NEGARAKU DAN ANAK CUCUKU

    BAPA KEMERDEKAAN TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
    JIKA KAU MASIH HIDUP
    KAU PASTI SENYUM
    KAU PASTI BANGGA 
    MEMILIKI RAKYAT SEPERTIKU
    YANG TAK JEMU BERPUISI BERPANTUN BERGURINDAM BERSYAIR
    BAGAIKAN SI PUNGGUK RINDUKAN BULAN
    MERAYU...RAYU..MENDAYU...DAYU...SAYU...
    AGAR DITERIMA PANTUN GURINDAM SYAIR PUISI YANG KUKARANGKAN....
    TAPI MEREKA LAYANGKAN SEPERTI WARKAH LAYANG
    TERUS MELAYANG..LAYANG...
    BERTEBARAN DI ANGKASARAYA 
    DIBACA OLEH SELURUH PENGHUNI ALAM MAYA
    DIBACA OLEH SELURUH PENGHUNI LANGIT
    DISAKSIKAN OLEH ALLAH AZZAWAJALLAH
    AKULAH PENCINTA TANAH AIR TERCINTA
    YANG TIDAK DIHARGAI OLEH RAKYATNYA SENDIRI

    KERANA AKU BERPUISI BERPANTUN BERPUJANGGA BUKAN KERANA
    MEREKA AKU TERUS LAYANGKAN SEMUA KARYAKU 
    DI SELURUH PELOSOK DUNIA
    AGAR PENGHUNI DUNIA TAHU
    AKULAH PENCINTA KEMERDEKAAN 
    BUKAN TERTUMPU PADA NEGARAKU SAJA
    TAPI DI LIMA BENUA DAN DI SELURUH DUNIA 
    YANG MAHU KEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA MEREKA
    DENGAN CARA YANG ADIL DAN DIAKUI OLEH DUNIA
    BAHAWA KEMERDEKAAN ADALAH MILIK 
    NEGARA YANG TELAH DI IKTIRAFKAN MERDEKA
    DIIKTIRAFKAN OLEH RAKYAT
    YANG MAHU NEGARA MEREKA DIPERINTAH OLEH
    SEORANG PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR
    MEMPERJUANGKAN DAN MEMBELA NASIB RAKYAT
    MEMPASTIKAN NIKMAT KEMERDEKAAN NEGARA MEREKA
    TIADA SEORANG PUN BERANI MENCEROBOH MEMILIKINYA
    MERDEKALAH BAGI MEREKA YANG INGIN MERDEKA...
    BAGI MEREKA YANG MAHU MENJADI MESIR
    LIHATLAH CONTOH YANG NYATA
    NEGARA YANG BERMANDIKAN DARAH RAKYATNYA SENDIRI
    DIZALIMI OLEH PEJUANG NEGARA MEREKANYA SENDIRI...
    JADI SIAPA YANG HENDAK DIPERSALAHKAN!
    SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN SENDIRI
    SEBELUM BUMI MERDEKA INI BERMANDIKAN DARAH
    MENJADI LAUTAN DARAH
    ANDAI MENJADI LAUTAN DARAH FISABILILLAH
    KERANA MEMBELA SAUDARA SEISLAM YANG DIZALIMI 
    DUNIA INI ADALAH SYURGA SEBENARNYA
    BAGI YANG PUNYA MATA HATI 
    JALAN-JALAN KE SYURGA....

    DAMAILAH NEGARAKU
    DAMAILAH NEGARAMU
    DAMAILAH SEMUA NEGARA ISLAM SAUDARAKU
    DAMAI DALAM KASIH MENGASIHI KERANA-NYA
    KASIH SAMPAI KE SYURGA
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN 

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    10 Syawal 1434H
    17 Agustus 2013M

    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG INDONESIA & MALAYSIA'

    MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'

  • Kibar jalur gemilang? Saudara kita kat mesir camna dato? Tengok je ke?
  • Zahid Ariffin Lihatlah, fahamilah wahai UMMAH. Syria sudah, Afghanistan sudah, Libya sudah, Mesir sudah. Adakah kita masih yakin negara kita akan kekal aman? adakah kita masih yakin mereka( Amerika dan Israel) tidak akan mengecam kita selepas ini? saudara kita disana merana, adakah kita disini hiraukan? Mungkin esok giliran kita pula, sedarlah.. kita(ISLAM) sedang ditindas.. Sedarkah kita sekarang sedang ditimpa penyakit al-Wahn(cintakan dunia)? Saudaraku.. Inilah Akhir Zaman! Inilah Akhir Zaman!
  • Dr.Bawa Suleman CONGRATULATIONS. Sir.
  • Mohd Yatimi Khairy sy syorkan lbih baik kita adakan solat hajat secara besar2an mndoakan keselamatan Rakyat Mesir & negara Islam yg lain...mnx PM pertimbangkan... 


  • Tahniah P.M,,,,,,,,merdeka
  • Kachiwanato Ck Merdeka

    Bagitu gagahnya perkatan ini.....
    penuh dengan keperibadian yang jitu, keberanian dan pengorbanan.....
    kepedihan, kepahitan dan keseksaan telah kita lalui.....
    dahulunya kita bagitu erat dengan perpaduan demi menjayakannya.....
    perjuangan demi perjuangan ....detik demi detik berlalu...tidak penah akhir....
    sehingga pada 31 Ogos 1957...tarikh yang amat penting dan membawa makna yang besar untuk rakyat Malaysia.....
    rakyat Melaysia terus melaung-laungkan perkataan itu.....
    Mederka...Merdeka....Merdeka......
    mereka tidak rasa penat mengulangkan perkata yang membawa erti dan makna yang penuh dengan pengorbanan...kebanggan...keriangan.....
    bebas..bebas..bebas......
    kita telah bebas dari jajahan......jasad dan jiwa terasa bagitu ringgan....
    lalu sudah 56 tahun.......
    kini rakyat Malaysia kembali dijajah........
    kini rakyat dijajah oleh sikap perkauman.....kekecohan antara politik.....
    tekanan hidup....ketamahan.....masalah perpaduan kaum.......
    kemana perginya erti sebenar MERDEKA........

  • baru.....ikhlas hamba Allah yg hanya suka berpesan2 ke jln illahi. ....Amin.
  • Loter Belaut Malingka Rindonggon Salam Kemerdekaan Buat Warga Tanah Melayu atau Persekutuaan Tanah Melayu yang di panggil Malaya. Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957. Salam kemerdekaan kepada anda semua. Kami di Sabah juga merdeka pada 31 Ogos 1963 daripada kerajaan British. So kami juga akan meraikan hari bersejarah kami pada waktu yang sama. Buat saudara saudari yang belum tahu atau pura2 tak tahu pembantukan Persekutuaan Malaysia adalah hasil daripada Gabungan Persekutuaan Tanah Melayu atau Malaya, Negara Sabah, Negara Sarawak, Singapura dan Brunai. Tetapi Brunai menolak menyertai gabungan ini. Tinggalkah Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Singapura pula telah keluar dari Gabungan ini. Tinggallah Sabah, Sarawak dan Malaya. Dalam gabungan ini Sabah memberikan 20 perkara sebagai syarat untuk terus dalam gabungan Negara2 ini. Sementara Sarawak pula memberikan 18 perkara sebagai syarat untuk terus dalam gabungan ini. Maka terbentuklah Persekutuaan Malaysia. BUKAN LAH MALAYSIA SAHAJA SEPERTI YANG DI PANGGIL HARI INI. Perjanjian ini nampaknya merugikan Sabah dan Sarawak bila status Negara Sabah dan Sarawak di tukar dan diturunkan kepada Negeri sahaja. Ini adalah pelangaran perjanjian pembentukan Persekutuaan Malaysia. Bila status Sabah dan Sarawak di turunkan kepada negeri dengan banganya Malaya memanggil dirinya Malaysia kerana Sabah dan Sarawak telah menjadi jajahan Malaya. Dan menjadi salah satu daripada negeri2 di Malaya. Inilah sebabnya Kenapa Brunai tidak berminat bergabung dalam Persekutuaan Malaysia. Dan Singapura juga melihat perkara yang sama. Sekarang Negara Jiran kami Brunai dan Singapura menikmati nilai kemerdekaan mereka dengan senang hati tidak di jajah oleh mana2 negara selepas kerajaan British kembali ke Eropah. Hari ini Kami Rakyat Sabah menilai dan mendapati Perjanjian Pengabungan Persekutuaan Malaysia tidak memberi manafaat kepada Rakyat Sabah dan Negara Sabah serta Negara Sarawak. Negara Sabah dan Sarawak yang kaya telah menjadi Miskin setelah bergabung dengan dalam Persekutuaan Malaysia. SABAH bertambah Miskin serta dipenuhi pendatang asing yang diberikan ic melalui Projek Mahadir bila Status Negara kami di turunkan kepada Negeri. Inilah realiti Negara Sabah menyertai Persekutuaan Malaysia. Kami generasi baru Rakyat Sabah dan Sarawak mengetahui perjanjian pembentukan Persekutuaan Malaysia telah terbatal dengan keluarnya Singapura daripada perjanjian ini. Dan pelbagai pelangaran perjanjian lain yang pada awalnya dipersetujui pada awalnya. INGATLAH PADA 31 OGOS 1957 ADALAH TARIKH KEMERDEKAAN MALAYA. DAN PADA 31 OGOS 1963 TARIKH KEMERDEKAAN SABAH. SARAWAK PULA PADA 22 JULAI 1963. INI LAH NEGARA2 YANG MEMBENTUK PERSEKUTUAAN MALAYSIA. PERSEKUTUAAN MALAYSIA ATAU MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH OLEH MANA2 NEGARA LAIN OLEH ITU MALAYSIA TIDAK AKAN ADA TARIKH KEMWRDEKAAN KERANA TIDAK PERNAH MERDEKA.
  • Hamdan Bin Omar Merdeka !!!!!
    August 17 at 9:08pm via mobile · Like · 1
  • Aan Al-Shariff Loter Berlaut Malingka Rindonggon: Kalau negara Sabah dan Serawak tk nk masuk dsn bersatu dgn Malaya tk ada org pn yg paksa.. mungkin ia masih dijajahan org asing.. Brunei lain kerana mereka penuh kaya dgn minyak yg mereka blh hidup tanpa lain.. ingat itu.. Sabah & Serawak tidak miskin tetapi rakyatnya haruslah byk yg terpelajar.. ayuh keluar dari fikiran lama bersatu di atas payung kibaran bendera Malaysia.. sama2 kita blh majukn negara..
    August 17 at 9:16pm via mobile · Like · 1

  • Tengku Azuan Loter Balaut Malingka Ringdonggon sedar tak apa yg awak komen ini semuanya berbaur perkauman. Sedar lah kalau Sabah tidak merdeka didlm Malaysia sampai ke hari ini Sabah masih dijajah dan menjadi rebutan pula diantara Sulu dan Fhilipina. Sedarlah apa yg awak komen tu merupakan rasa tak puas hati awak sorg je bukan keseluruhan rakyat Sabah pun. Dari cara awak komen pun saya dah boleh agak bahawa awak ini adalah suku sakat PR yg suka memecah belahkan rakyat Malaysia. Sedarlah apa yg Sabah nikmati sekarang dtg dari mana. Kemakmuran dan kedamaian yg ada sekarang adakah hasil perjuangan rakyat Sabah 100%. Celikan mata awak tu lihat hasil yg kita nikmati sekarang. Apakah awak mahu negara ini menjadi huru hara dgn pemikiran sempit awak ????? Renung2kan lah
    August 17 at 10:04pm via mobile · Unlike · 3

    Syukur alhamdulillah, majlis rumah terbuka saya dan isteri di Pekan berlangsung dengan meriah. Saya turut memberikan sumbangan kepada 110 bakal jemaah haji di Pekan dalam majlis ini. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir, semoga kita dapat berjumpa lagi.
    185Like ·  · 
Saya bersama mantan Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau, di Seri Kembangan petang tadi.
520Like ·  · 

PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
20 Syawal 1434H
27 Ogos 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;