SELAMAT HARI WANITA, 'RESPEK WANITA'
Seseorang yang cerdas bisa saja kekurangan pengertian dan kemampuan untuk membedakan benar dan salah. Dia bisa jadi menemukan penemuan yang luar biasa, dia bisa jadi seorang usahawan yang berhasil, atau unggul dalam politik. Akan tetapi dia kurang pemahaman akan perkara benar dan perkara salah. Walaupun dia sudah diberitahu berulang-ulang, dia tetap buta dan tuli kepada pesan. Ini adalah akibat nyata dari kurangnya pengertian.
Respek Wanita : Masyarakat Sejahtera
KUALA LUMPUR : 25 Ogos 2013. Sambutan Hari Wanita mula diadakan pada tahun 1962, merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara.
“ Hari ini bukanlah sambutan kepada wanita semata-mata tetapi satu misi untuk terus memartabatkan peranan wanita di negara ini. Status wanita dalam masyarakat, merupakan ukuran sama ada negara itu dinamik serta progresif kerana wanita itu adalah batu asas keluarga yang sejahtera dan tunjang kepada negara”, ucap YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Andul Razak, Perdana Menteri Malaysia didalam ucapan beliau sempena Hari Wanita 2013 yang bertemakan Respek Wanita : Masyarakat Sejahtera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Tema Hari Wanita 2013 adalah bertepatan pada masanya kerana keganasan terhadap wanita merupakan isu global yang masih menghantui kebanyakan negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Rohani binti Abdul Karim berkata, tema ini dipilih khusus untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat, termasuk golongan lelaki mengenai perkongsian hak dan tanggungjawab dalam mewujudkan masyarakat yang bebas dari segenap bentuk diskriminasi dan keganasan.
Beliau turut berkata, KPWKM sentiasa prihatin dan komited dalam melindungi dan memperkasakan wanita melalui program-program dengan kerjasama strategik agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan anggota masyarakat.
Sempena Sambutan Hari Wanita 2013, seramai 6 individu daripada pelbagai kategori sebagai ikon di dalam usaha, dedikasi dan komitmen mereka dalam membanteras keganasan terhadap wanita telah diberi anugerah Pengiktirafan Respek Wanita yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Antara yang hadir, YABhg Datin Seri Rosmah binti Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, Ybhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Menteri-menteri Kabinet, Pegawai-pegawai kanan Kerajaan dan kira-kira 5 ribu tetamu jemputan. — HARI WANITA 2013 (30 photos)Ahmad Tajuddin was tagged in a status.
Jika pelangi itu indah,lebih indah lagi sebuah ikatan.
Jika embun pagi itu suci,lebih suci lagi sebuah perasaan.
Jika mentari itu pedih,pedih lagi menanggung kerinduan dan
Jika luka itu sakit,sakit lagi sebuah pengorbanan...Kaseh Amani — with Ahmad Tajuddin and 38 others.
WWW
0 comments:
Post a Comment