TABURAN BUNGA-BUNGA PUISI MERDEKA KARYA RATU RIMBA NIAGARA (1)
CINTA PENGORBANAN KASIH SAYANG SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA
ALLAH KAU KUCINTA'
(Karya Pemikiran Kritikal @ Critical Thinking)
HIDUP MATIKU HANYA KERANA-MU
MENCINTAI-MU ALLAH
MEMBAHAGIAKAN
JIWA JADI TENANG
SETENANG AIR DI KALI SYURGA
MENYEBUT NAMA-MU
HATI BERGELORA MEMBARA-BARA
HIDUP MATIKU HANYA UNTUK-MU
MEMBACA KALAM-MU
MASYA-ALLAH BAHASA YANG TERSUSUN INDAH
TIADA SEORANG PENYAIR DI DUNIA INI
DAPAT MENANDINGI BAHASA-MU
KEBIJAKSANAAN MESEJ DALAM KALAMULLAH-MU
TERSIRAT TERSURAT
DI LUAR KOTAK PEMIKIRAN MANUSIA
SEGALA ILMU
SEGALA HIKMAH
SEGALA PENGAJARAN
DARI SEBELUM DUNIA INI DICIPTAKAN
SEHINGGA DUNIA INI QIAMAT
KEINDAHAN SYURGA DAN PENGHUNINYA
KEPEDIHAN SEGALA AZAB API NERAKA
SEMUA-NYA JELAS
BENARLAH TANPA RAGU
HANYA ENGKAULAH YANG LAYAK DISEMBAH
TIADA TUHAN LAIN DISEMBAH KECUALI ENGKAU
ALLAHU AKBAR
ENGKAU LAH TUHAN SEMESTA ALAM
TUHAN YANG MENGUASAI HARI AKHIRAT
TIADA SEORANGPUN YANG TERLEPAS
WALAUPUN SEBESAR ZARRAH
SEMUA-NYA DALAM PERHITUNGAN-MU
KAU HITUNG DENGAN SEADIL-ADIL-NYA
DI HARI PENUH PENGHARAPAN DALAM DEBARAN
MENGHARAP SEMATA-MATA HANYA
PERTOLONGAN-MU
KETIKA ITU SEMUA-NYA
BARU YAKIN SEYAKIN
KAU MAHA BERKUASA SEGALA-GALA-NYA
KETIKA ITU TIADA SEORANG PUN YANG DAPAT MENOLONG
KECUALI AMALAN YANG DIBAWA
JIKA AMALANKU TIADA APA YANG HENDAK KUCAGARKAN
HARTA ANAK PINAK TAK AKAN DAPAT MENOLONGKU
BIARPUN AKU PUNYA HARTA SEPENUH BUMI
TAK AKAN DAPAT MENEBUS AKU MERINGANKAN TIMBANGANKU
MALAH HARTA YANG AKU BANGGAKAN MENJERUMUSKAN AKU
KE DALAM API NERAKA
KELUARGA YANG AKU SAYANGI TIKA DI DUNIA
MASING-MASING SUDAH TIDAK MENGENALI AKU
MASING-MASING SALING MENYALAHKAN
KERANA AKU GAGAL DALAM TANGGUJAWABKU
MENDIDIK MENGAJAK MEREKA KE JALAN-JALAN-MU
MALAH MENYALAHKAN AKU...AKU HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI...AKU SAJA YANG MAHU MASUK SYURGA...DAN MEMBIARKAN MEREKA TERUS HANYUT DALAM KELALAIAN DUNIA YANG MENIPU....JIKA INI TERJADI APA YANG HENDAK KUJAWAB PADA TUHAN... MALU AKU TUHAN..ANAK PINAK KU MENGATAKAN AKU TIDAK ADIL MASUK SYURGA SEDANGKAN MEREKA MASUK NERAKA...DAN SELAGI MEREKA TIDAK DIMASUKKAN SYURGA ...AKU PUN TIDAK LAYAK DIMASUKKAN KE SYURGA...ALLAHU AKBAR! PASTI SAAT-SAAT YANG SULIT APABILA TERJADINYA SALING SALAH MENYALAH DI HADAPAN TUHAN....
ITU BARU DENGAN TANGGUNGJAWAP PADA KELUARGA...
PADA MANUSIA LAIN YANG AKU HUTANG DENGANYA, YANG AKU ZALIMI DENGANNYA YANG AKU SAKITKAN HATINYA YANG AKU PUTUSKAN SILATURRAHIM DENGANNYA DAN YANG AKU UMPAT KEJI DENGANNYA
ALLAHU AKBAR TERLALULAH BANYAKNYA YANG AKAN MENJADI HITUNGAN KU DI HARI ITU
SIAPA KATA MENJADI AHLI SYURGA ITU MUDAH
MUDAH BAGI MEREKA YANG SUDAH TIDAK MEMANDANG DUNIA INI MATLAMAT SEBENARNYA BERHIDUP
DUNIA INI BAGINYA ADALAH LADANG DAN KESEMPATAN UNTUK DIA BERAMAL DENGAN AMALAN YANG DIREDHAI-NYA SAJA
JAGA PERBUATAN
JAGA TUTUR KATA
JAGA PERSAUDARAAN
JAGA AMALAN
APA YANG DIBUAT SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA
BUKAN UNTUK DIPANDANG DIPUJI MANUSIA
SEGALA PERGANTUNGAN HIDUP DAN MATI
HANYA KEPADA ALLAH 100%
SEBANGAIMANA PERGANTUNGAN DAN PENGHARAPAN DI AKHIRAT NANTI HENDAKNYA DIRASAI KETIKA NYAWA MASIH ADA AGAR KEYAKINAN DAN PENGHARAPAN DAPAT PERHATIAN DARIPADA ALLAH UNTUK MEMAKBULKAN SEGALA HARAPAN DAN PERGANTUNGAN HIDUP DAN MATI...
JIKA SETELAH MATI DAN KETIKA DI HARI AKHIRAT BARU HENDAK MENYESAL SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI ALLAH TIDAK AKAN PERTIMBANGKAN MEMANDANG PUN TIDAK
ALLAHU AKBAR PASTI AKU MENYESAL KETIKA ITU....
YA ALLAH AKU TAK MAHU MENYESAL SESUDAH MATI
BIARLAH TIKA HIDUP INI AKU MUHASABAH DIRIKU SENDIRI
AGAR AKU TERTABIYAH UNTUK MENGHABISKAN USIAKU YANG TERSISA INI DENGAN PERGANTUNGAN DAN HARAPAN HANYA KEPADA -MU BUKAN MANUSIA ...JIKA AKU SANDARKAN PADA MANUSIA BERMAKNA AKU TIDAK YAKIN DENGAN JANJI-MU
AKU TIDAK MAHIU BEGITU YA ALLAH...
KERANA HIDUP MATIKU HANYALAH ENGKAU KUPASRAHKAN SEGALA-NYA
KAU KUCINTA SEPENUH KEIMANAN
SELURUH HIDUP MATIKU HANYA KERANA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
AKU YANG BERSTATUS HAMBA-MU SAMPAI AKHIR HAYATKU,
.
..............................................
24 Syawal 1434H
1 Ogos 2013M
SAYA BERJIWA PATRIOTIK SAYA SAYANGKAN NEGARA SAYA'
(Karya Pemikiran Kritikal @ Critical Thinking)
MOGA DI WALL MENTERI PERTAHANAN YB DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN DIPENUHI DENGAN KATA-KATA YANG MEMBAKAR SEMANGAT JUANG WIRA-WIRA NEGARA UNTUK TERUS PERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR. ITULAH ERTI KEMERDEKAAN BAGI MENTERI PERTAHANAN UNTUK MENYEBAR LUASKAN PERANG SARAF KEPERWIRAAN DI JIWA WIRA-WIRA NEGARA MAHUPUN RAKYAT MALAYSIA. JIKA PERANG SARAF INI BERJAYA MAKA WAJARLAH MALAYSIA INI KEKAL MERDEKA MENGECAPI NIKMAT KEMERDEKAAN DALAM KEADAAN AMAN DAN SEJAHTERA UNTUK DIHADIAHKAN DARI SATU GENERASI KE SATU GENERASI. IN SHAA ALLAH AAMIIN
UNTUK MENJAYAKAN USAHA MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SEMUA USAHA-USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI HENDAKLAH DIGEMBLINGKAN OLEH SEMUA PIHAK MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING.
JIKA USAHA-USAHA TIDAK DIFIKIRKAN SECARA SERIUS DENGAN MEMIKIRKAN HINGGA KE TAHAP, 'PEMIKIRAN KRITIKAL, @ CRITICAL THINKING' PASTI SEMANGAT JUANG UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA.
JIKA SEKIRANYA MALAYSIA INI DIPUNYAI PERWIRA DAN RAKYAT YANG BERJIWA PATRIOTIK TIDAK KIRA SIAPAPUN MEREKA MELAYU CINA INDIA DAN TAK KIRA APA BANGSAPUN TETAP DIKIRA BANGSA MALAYSIA YANG MENCINTAI NEGARA MELEBIHI DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI.
MAKA SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN TERLAHIRLAH GENERASI KINI DAN AKAN DATANG BERMINDA, ' SAYA BERJIWA PATRIOTIK, SAYA SAYANGKAN NEGARA SAYA DAN KEMERDEKAAN INI SAYA HENDAK HADIAHKAN KEPADA GENERASI SETELAH KETIADAAN SAYA DI DUNIA INI.
ITULAH JASA SAYA YANG TERINDAH SAYA TINGGALKAN KEPADA PENGHUNI YANG TINGGAL DI BUMI MALAYSIA TERCINTA.
'AKULAH MOYANG YANG CINTAKAN NEGARA DEMI ANAK CUCUKU TINGGAL DALAM NEGARA MERDEKA DAN SEJAHTERA.
MERDEKA MALAYSIAKU! KIBARAN JALUR GEMILANGMU DISAMBUT DENGAN SENYUM KESYUKURAN GENERASI KINI DAN AKAN DATANG!
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
TIADA DAYA UPAYAKU SEMUA-NYA DENGAN IZIN ALLAH SWT
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
24 Syawal 1434H
31 Ogos 2013M
(KARYA DILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK MENTERI PERTAHANAN, SEMUA YANG BERGELAR PERWIRA NEGARA, SEMUA PEMIMPIN DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERCINTA GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MOGA MALAYSIA KEKAL MERDEKA DALAM SEJAHTERA SELAGI DUNIA INI BELUM QIAMAT AAMIIN YA RABBAL A'ALAMIIN)
'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56'
'SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56'
HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
Salam Kemerdekaan dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
Karya Ratu Rimba Niagara,
24 Syawal 1434H
31 Ogos 2013M
(PUISI DIKARANG SEMPENA MEMPERINGAT HARI PAHLAWAN & KEMERDEKAAN KE- 56)
SAYA WARGANEGARA MALAYSIA
Saya warganegara Malaysia
yang mengamalkan rukun negara
sentiasa mendaulatkan Institusi diRaja
oleh semua rakyat Malaysia
rakyat Malaysia setia kepada Raja
setia kepada negara
termasuk rukun negara yang kedua
rakyat negara saya terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India. Walaupun berbeza agama,
bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
aman damai tanpa sebarang sengketa.
Kami hidup bersatupadu, tolong
menolong dan hormat menghormati.
Perdana Menteri saya yang ke-6
namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Haji Abd Razak.
Saya menghargai Perdana Menteri
saya kerana dapat mencetuskan
Gagasan 1Malaysia iaitu,
1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.
Saya percaya Gagasan 1Malaysia
akan berjaya! Ini membuatkan negara
saya aman makmur selamanya!
Saya sayang negara saya!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Syawal 1434H
13 OGOS 2013
(PUISI-PUISI DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA AGAR DAPAT MENCINTAI NEGARA SEJAK DARI KECIL LAGI)
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, ,
UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2O13, HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA (SABAH & SARAWAK PADA 16 SEPTEMBER 2013)
KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU MALAYSIA, SABAH & SARAWAK TER CINTA! MOGA SUDI HARGAI KASIH SETULUS HATIKU INI SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA MOGA DI SYURGAWI KASIH KITA TERSIMPUL MATI BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERKAT KITA SALING MENJALINKAN TALISIRATURAHIM DALAM SEMANGAT BERGOTONG ROYONG MEREALISASIKAN CITA-CITA ANAK CUCU MALAYSIA TERCINTA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
Pujangga Ratu Rimba Cinta Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M
(PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!
MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!
di sini tanah tumpahnya darahku
tak akan kubiarkan
biarpun seinci diceroboh musuh durjana
akan aku pertahankan
biarpun nyawaku jadi taruhan
di sini tanah tumpahnya darahku
cintaku pada ibu pertiwi
setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
siapa yang berani menentang
akan aku tentang
akan aku lawan
biarpun nyawaku jadi taruhan
di sini tanah tumpahnya darahku
demi ibu pertiwi
aku rela dihujani peluru
bermandikan darah
asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
daripada segala ancaman musuh durjana
di sini tanah tumpahnya darahku
Angkatan Tentera Darat Malaysia
sentiasa bersiap siaga
mempertahankan ibu pertiwi
kami tak takut mati bila berada di medan juang
kami berjuang...berjuang...berjuang....
hingga ke titisan darah terakhir
untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
sekali kami melangkah ...
langkah kami adalah langkah seorang pejuang
Duhai rakyat Malaysia di luar sana
Jangan bimbang
Jangan takut
Keselamatan negara masih terkawal
Angkatan Tentera Malaysia
Sentiasa berjaga-jaga ...memantau...
Di setiap inci bumi Malaysia
Masuh datang kami tentang
Kami lawan
Kami perang habis-habisan
Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
Kami pasukan tentera yang berani mati
Demi kerana agama bangsa dan negara
Kami Angkatan Tentera Malaysia
Semuanya terlatih mahir dalam berperang
Kami dilatih untuk berani mati
Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
Andainya kami gugur di medan juang...
Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
Dan kirimi doa restu
Agar kami sejahtera di Sana...
Duhai musuh durjana
Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
Ketahuilah kamu ...
Sekali benderaku berkibar dengan laungan
Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
Selamanyalah kekal merdeka...
Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
Jika kamu berani silakan....
Angkatan Tentera Malaysia
Tak akan biarkan....
Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
Tak akan kami biarkan....
Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
Berada di medan juang
Kami mahu mati dalam perjuangan
Perjuangan demi cintakan-Nya
Matlamat kami mati syahid di medan perang...
Moga Allah makbulkan doa kami
AAmeen Ya Rabbal A'Lameen
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI PENGKHIANAT PADA BANGSANYA SENDIRI! RAKYAT MALAYSIA BERBANGGA DAN MENGHARGAI ATM SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN!
PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
GAGAH SETIA
Kau pahlawan Allah
Kau pahlawanku
Kau pahlawan semua
Kau pahlawan rakyat 1Malaysia
Kau pahlawan yang gagah perkasa
Kau pahlawan yang setia
Kau rela korbankan dirimu
Demi mempertahankan ibu pertiwi
Kami hargai
Kami sanjungi
Kami berbangga punyai pahlawan
Sepertimu
yang gagah
yang setia
kepada agama bangsa dan negara
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Jasamu pahlawan
Kan kami letak di taman hati
Taman hati berbunga kebangsaan negara
Bunga Raya
Yang berkelopak Lima:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
Dengan segala prinsip rukun negara itulah
Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi
Moga Malaysia
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
Berkat kesetiaan gagah perkasa
Semua pahlawan negara
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
Syukur kami pada-Mu Tuhan
Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
Yang berjasa pada ibu pertiwi
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
31 Julai 2013
(DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
PADA 31 Julai 2013)
(PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
www
0 comments:
Post a Comment