Tuesday, 29 October 2013

BAJET 2014 'MEMARTABATKAN SENI SASTERA DEMI ANAK CUCU IBU PERTIWI NUSANTARA' (2)



BAJET 2014 'MEMARTABATKAN SENI SASTERA  DEMI  ANAK CUCU IBU PERTIWI NUSANTARA' (2)
    • Dalam Bajet 2014, kerajaan akan terus sediakan persekitaran yang mesra dan kondusif untuk pelaburan domestik dan asing. Jom kongsi dan sebarkan maklumat tentang teras utama dalam Bajet 2014 bersama teman-teman dan keluarga anda - Admin
      Unlike ·  ·  · 4 hours ago · 
  • Ratu Rimba Niagara SAYA WARGANEGARA MALAYSIA

    Saya warganegara Malaysia
    rakyat negara saya terdiri daripada
    pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
    India. Walaupun berbeza agama,
    bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
    aman damai tanpa sebarang sengketa.

    Kami hidup bersatupadu, tolong
    menolong dan hormat menghormati.

    Negara saya memartabatkan Institusi
    DiRaja Berpelembagaan 
    ini termaktub dalam rukun negara yang kedua
    SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA
    saya bersyukur mempunyai semua Raja 
    yang ada di negara saya kerana 
    tuanku diRaja semuanya sayangkan rakyat
    tidak berbelah bahagi.
    DAULAT TUANKU! 

    Perdana Menteri saya yang ke-6
    namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
    Bin Tun Haji Abd Razak.

    Saya menghargai Perdana Menteri
    saya kerana dapat mencetuskan
    Gagasan 1Malaysia iaitu,
    1Malaysia Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan.
    Saya percaya Gagasan 1Malaysia
    akan berjaya! Ini membuatkan negara
    saya aman makmur selamanya!
    Saya sayang negara saya!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    6 Syawal 1434H
    13 OGOS 2013
    (PUISI-PUISI DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA AGAR DAPAT MENCINTAI NEGARA SEJAK DARI KECIL LAGI)

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA DAN INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS KAPANPUN!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA ,BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND, UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
    KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU INDONESIA & MALAYSIA. BRUNEI,SINGAPURA & THAILAND TERCINTA!MOGA SUDI HARGAI KASIH SETULUS HATIKU INI SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA MOGA DI SYURGAWI KASIH KITA TERSIMPUL MATI BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERKAT KITA SALING MENJALINKAN TALISIRATURAHIM DALAM SEMANGAT BERGOTONG ROYONG MEREALISASIKAN CITA-CITA ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    RATU RIMBA NIAGARA
    17 Syawal 1434H
    24 Agustus 2013M/24 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.

    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    i) Ampun tuanku beribu ampun,
    khilaf patik harap diampun;
    Di setiap karya patik nyatakan,
    Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.

    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Rela berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    1Malaysia sayangkan negaraku.

    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.

    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.

    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
    Jiwa tenang setenang air di kali ;
    Seruan yang indah kata yang santun,
    Pasti membaca berulang kali.

    ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012)
    (DISIARKAN PUISI SEMPENA PRU KE-13)
    14 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara CADANGAN UNTUK PERDANA MENTERI PERTIMBANGKAN

    ADALAH DICADANGKAN KEPADA KERAJAAN TEMPOH TAMAT KAKITANGAN KERAJAAN HINGGA KE 50 TAHUN KERANA INI MEMBERI PELUANG KEPADA GENERASI MUDA UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN. ANTARA KEBAIKANNYA ,

    1. DAPAT MENGELAKKAN PENGANGGURAN KEPADA MEREKA YANG BARU TAMAT UNIVERSITI , TAMAT SPM DAN SEBAGAINYA

    2. GENERASI MUDA FIKIRANNYA MELANGKAUWI MASA HADAPAN UNTUK MENGEMBELINGKAN PEMIKIRAN YANG MANTAP DAN MAMPAN DEMI MEMBANGUNKAN RAKYAT DAN NEGARA

    3. PRODUKTIVITI GENERASI MUDA TERBUKTI HEBAT KERANA PEMIKIRANNYA YANG CERGAS DAN CEPAT DALAM BERTINDAK APABILA TUGAS YANG DIAMANAHKAN PADANYA TIDAK BERTANGGUH.

    4. GENERASI MUDA KEBANYAKKANNYA TERDIRI DARIPADA BELIA...MAKANYA BELIA TAHU KE MANAKAH MAHU DIBAWA MALAYSIA INI KERANA BELIA ADALAH PELAPIS KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG SEDIA ADA YANG BAKAL PERGI DAN YANG WAJIB BERSARA...

    5. DALAM SEGALA KEUTAMAAN NEGARA...JIKA BELIA DIUTAMAKAN PASTINYA NEGARA AKAN LEBIH BERDAYA SAING DENGAN PANTAS TANPA ADA YANG TERCICIR KE BELAKANG...
    KERANA BELIA LAMBANG KEMAJUAN NEGARA....PEMIMPIN HARUS FAHAM KEHENDAK BELIA DI NEGARA INI...MOGA BELIA DI NEGARA INI MENDAPAT PERHATIAN YANG SEWAJARNYA DARIPADA PIHAK KERAJAAN ...TANPA BELIA NEGARA INI TIDAK MUNGKIN MENGHASILKAN PEMIMPIN PELAPIS YANG MENERAJUI MALAYSIA DENGAN AMAN MAKMUR DALAM PEMBANGUNAN NEGARA YANG PESAT MEMBANGUN.

    6. BAGI KAKITANGAN KERAJAAN YANG MASIH LAGI PRODUKTIF DALAM PERKERJAANNYA BOLEHLAH DIPERTIMBANGKAN BERSARA WAJIB HINGGA KE 53 TAHUN...YANG TAK PRODUKTIF BERKERJA CUKUPLAH UMUR 50 TAHUN UNTUK BERSARA PILIHAN UMUR 45 TAHUN.

    7. BAGI MEREKA YANG TIDAK PRODUKTIF BEKERJA DENGAN KERAJAAN BOLEHLAH DIGALAKKAN MEMBUKA PERNIAGAAN BERMODALKAN WANG SIMPANAN KWSP ATAU MANA-MANA BANTUAN DANA DARI PIHAK KERAJAAN.

    8. MAKANYA IMPIAN KERAJAAN UNTUK RAKYATNYA MEMPUNYAI PENDAPATAN ISIRUMAH TINGGI MENJADI KENYATAAN...SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA INI PRODUKTIF BERKERJA MENYARA KELUARGA WALAUPUN USIA SUDAH BERSARA WAJIB, DIWAJIBKAN ATAU PILIHAN....

    JIKA IDEA SAYA INI MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA RAKYAT MALAYSIA MAKA ADALAH DIHARAPKAN KERAJAAN TERIMA IDEA SAYA INI. JIKA TIDAK MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA RAKYAT MALAYSIA...MAKANYA BIARLAH SEKADAR IDEA YANG MAHU DIPERTIMBANGKAN ATAUPUN TIDAK OLEH PERDANA MENTERI.

    SEKIAN...

    "KAMI RAKYAT MALAYSIA BERSAMAMU PM BAGI MEREALISASIKAN
    GAGASAN 1MALAYSIA"

    RATU RIMBA NIAGARA
    14 April 2013
    ·
  • Ratu Rimba Niagara KUBITAK
    Karya Ratu Rimba Niagara

    "KURA-KURA DALAM PERAHU,
    PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
    SUDAH TIBA MASANYA PRU,
    KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU."

    Hari itu satu mesyuarat agong KUBITAK
    diadakan. KUBITAK adalah singkatan
    nama kumpulan Binatang Tasik Kenyir.
    KUBITAK telah diwujudkan dua puluh
    dua tahun yang lalu.

    Selama sudah dua puluh dua tahun
    bermesyuarat agong, pada kali ini
    pemilihannya begitu sengit. Ketua
    Satu KUBITAK selama ini tidak pernah
    tercabar tetapi pada kali ini benar-
    benar tercabar.

    Rata-rata mengatakan Ketua Satu KUBITAK
    tidak ada harapan untuk menang justeru
    mereka secara peribadi berjumpa dengan
    Ketua Satu KUBITAK.

    "Maafkan saya... saya ingin memberikan
    cadangan kepada tuan hamba agar meletakkan
    jawatan sebagai Ketua Satu KUBITAK secara
    terhormat daripada gugur di mesyuarat Agong
    kelak.Pihak kami akan memberi saguhati yang
    amat berharga tanda terima kasihnya kami
    terhadap pengunduran tuan hamba," kata wakil
    KUBITAK.

    "Tidak...! Hamba tidak akan mengundur diri
    walau apapun yang disogokkan. Hamba
    berjuang bukanlah kerana material tapi
    adalah minat yang terlalu mendalam,"
    tegas Ketua Satu KUBITAK.

    "Tapi... tuan hamba telah memegang jawatan
    Ketua Satu KUBITAK sejak bermula KUBITAK
    ditubuhkan, banyak rungutan daripada
    para ahli yang didengari iaitu tiada
    membaharuan dalam KUBITAK masih di takuk
    lama, tuan hamba kena faham itu.Tuan hamba
    pun sudah tua, janganlah terlalu tamak...
    berilah peluang kepada ahli lain untuk
    menerajuinya."

    "Tidak! Hamba akan tetap bertanding walaupun
    hamba kalah dalam pengundian kelak. Tapi
    hamba yakin hamba boleh menang."

    Ketua Satu KUBITAK sedar kedudukannya kini
    tegang kerana dia terpaksa bersaing dengan
    wakil dari RASAKSA iaitu kumpulan gajah.

    Desas desus yang didengari bahawa besar
    kemungkinan wakil RASAKSA akan menang kerana
    dalam banyak perkara RASAKSA banyak membantu
    kumpulan binatang lain dari segi material.

    Dalam zaman sekarang idea saja tidak mencukupi
    jika tiada kekuatan yang kukuh. Telah banyak
    jasa yang ditaburkan oleh Ketua Satu RASAKSA
    kepada ahli-ahli bawahannya. Begitu juga
    kepada ahli-ahli binatang yang lain.

    Mesyuarat Agong KUBITAK dirasmikan oleh
    Yang Mulia Merak. Sebelum Yang Mulia berucap
    Ketua Satu KUBITAK memberi ucapan.

    Ucapan kali ini amat berbeza sekali jika
    dibandingkan ucapan tahun-tahun sebelumnya.
    Ucapannya banyak berbaurkan sindiran sinis!
    Memuji diri dari apa yang telah dikorbankan
    selama ini, kekecewaan kerana ada pencabarnya
    lebih-lebih lagi jika dia tewas bererti tewasnya
    nanti sebagai mati seorang pejuang. Ucapannya
    hampir memakan masa empat puluh lima minit.

    "Ini nak berucap ke atau nak berkempen?" bisik
    salah seorang pemerhati dari kumpulan seladang.

    "Agaknya dia sudah kelewatan!" jawab rakannya.

    "Engkau agak siapa yang menang?"

    "Rata-rata mengatakan RASAKSA yang menang!
    Di akhbar-akhbarpun mengatakan RASAKSA boleh
    menang mengikut dari ramalan wakil yang
    mengundi."

    "Engkau tengok sejak dia memerintah selama
    dua puluh dua tahun mana ada perubahan dalam
    KUBITAK. Sepatutnya setiap tahun dia mesti
    menerima cadangan-cadangan para perwakilan
    tapi tidak! Cadangan perwakilan hanyalah
    mencurah ke daun keladi! Cadangannya...hanya
    untuk jenis binatang yang sealiran dengannya
    hingga dia dikurniakan darjah kebesaran."

    "Engkau dengar tu... untuk menerajui tampuk
    pemerintahan mestilah mempunyai ilmu yang
    kukuh kalau hanya gagah tidak akan sempurnalah!"

    "Mentang-menanglah dia tu kancil yang bijak
    dia tidak langsung memahami perasaaan gajah."

    "Gajah dulu bukan gajah sekarang! Gajah sekarang
    di samping mempunyai kekuatan, dia juga mempunyai
    pengaruh yang besar untuk menaikkan nama KUBITAK
    yang selama ini tidak dikenali ramai di kalangan
    manusia. Kerana daya usaha gajahlah Tasik Kenyir
    yang selama ini tidak dikenali ramai menjadi
    tumpuan para pelancong. Dulu binatang-binatang
    di sini menjadi buruan manusia tapi kini dilindungi
    dan menjadi tontonan manusia."
  • Ratu Rimba Niagara Setelah Ketua Satu KUBITAK habis berucap,
    Yang Mulia Merak pula berucap.

    Antara ucapannya sedia memberi sokongan kepada
    setiap aktiviti yang diadakan oleh KUBITAK dan
    sedia membantu jika ada masalah yang hendak
    diselesaikan. Yang Mulia dengan senang hati
    menghadiahkan kepada KUBITAK sebuah Taman Bunga
    seluas dua ratus hektar untuk ahli-ahli KUBITAK
    beristirehat tanpa diganggu oleh manusia.
    Beliau juga berharap KUBITAK akan terus maju
    untuk mengharumkan nama Tasik Kenyir.

    Mahupun pihak perwakilan dan pemerhati begitu
    resah tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan.
    Melihat dari suasana itu rata-rata mengatakan kancil
    akan tewas yang menang gajah. Melihat dari air muka
    kancil yang resah ternyata dia akan tewas manakala
    gajah begitu yakin akan menang kerana penyokong-
    penyokongnya begitu banyak.

    Pengundian dijalankan secara tertutup. Setelah selesai
    pembuangan undi, mereka berehat selama satu jam setengah.
    Masing-masing bercerita sesama sendiri mengatakan kancil
    akan tewas kali ini. Jika kancil tewas bererti banyaklah
    perubahan KUBITAK akan berlaku secara mendadak.

    Semua jenis binatang baik besar mahupun kecil akan sedia
    diberi bantuan baik dari segi moral mahupun materiel agar
    tidak ketinggalan untuk dikenali sebagai binatang popular.
    Itulah janji gajah sekiranya dia menang.

    Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman siapakah
    yang dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Ketua Satu
    KUBITAK yang baru.

    Semuanya seperti terpaku apabila diumumkan kancil menang
    42 undi manakala kajah 15 undi, undi rosak 1. Seakan tak
    percaya dengan keputusan itu. Tapi itulah yang benar.
    Suasana yang riuh pada awalnya menjadi muram. Seakan mereka
    tidak dapat menerima dengan keputusan itu.

    Jelas terbayang di wajah masing-masing kekecewaaan.
    Yang mana kecewa lekas-lekas keluar dari situ.
    Tidak mahu lebih lama.

    Kancil tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pemenang.
    Tapi hatinya Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya dia di
    awal pertarungan. Kini dia boleh meneruskan perjuangannya
    kembali. Barangkali dia akan membuat perubahan kerana dia
    takut peristiwa ini berulang kembali.

    "Saya dari kumpulan seladang ingin mengatakan yang kalah
    tak semestinya ia tewas! Dan yang menang tak semestinya
    ia berjaya, justeru marilah kita sama-sama berganding
    bahu untuk berkerjasama di antara satu sama lain.
    Janganlah jadikan pertandingan ini sebagai jalan untuk
    menuju perpecahan sesama sendiri. Jadikan pemilihan pada
    hari ini sebagai ikhtibar di masa-masa akan datang."

    Ketua Satu RASAKSA keluar dari dewan. Di wajahnya tidak
    langsung menampakkan kekecewaan. Beberapa wartawan dari
    pelbagai media massa meluru kepadanya.

    "Apa pendapat tuan hamba mengenai kegagalan tuan hamba
    menjadi pucuk pimpinan?" Tanya merbuk dari akbar Burung.

    "Ini menandakan bahawa ahli KUBITAK tidak mahu adanya
    perubahan," jawabnya tenang.

    "Adakah tuan hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK?"
    sampuk zirafah wartawan dari majalah, "ZIRA"

    "Iya hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK
    walaubagai manapun idea yang ingin hamba serapkan kepada
    KUBITAK akan hamba serapkan kepada RASAKSA juga. Hamba buat begini asalkan dapat mempopularkan binatang-binatang
    Tasik Kenyir keseluruhannya."

    Karya Ratu Rimba Niagara
    14 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

    Transformasi Berjaya,
    Rakyat Sejahtera;
    Hargai Merdeka,
    Sejahtera Malaysia.

    Demi maruah bangsa yang gagah,
    Rela kutempuhi onak dan duri;
    Agar Malaysiaku terus megah,
    Dijajah semula rakyat yang rugi.

    Bekalan warisan anak-anak merdeka,
    Disanjung dipuja setiap masa;
    Semangat patriotik tertanam di jiwa,
    Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.

    Kukuh perpaduan demi 1Malaysia,
    Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;
    Mencintai negara terus membara,
    Salam perpaduan penuh keikhlasan.

    Negara maju aman sejahtera,
    Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya;
    Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

    Aman bahagia rakyat sejahtera,
    Rakyat sepakat dalam perpaduan:
    Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,
    Malaysia berada di puncak kejayaan.

    Malaysia perkasa di persada dunia,
    Lambang semangat negara berjaya;
    Rakyat dan Pemimpinnya berubah demi negara,
    Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

    Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
    Misi dan visi 1Malaysia rakyat realisasikan;
    Barulah pemimpin dan rakyat tiada sengketa,
    Negaraku sejahtera dalam keamanan.

    Negaraku sejahtera dalam keamanan,
    Berkat pemerintahan memahami kehendak rakyat;
    Bersatu hati dalam perpaduan,
    Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat.

    Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat,
    Untuk diwarisi zaman berzaman;
    Semua jasa Perdana Menteri tetap di hati rakyat,
    Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan.

    Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan,
    Pelbagai kaum saling menghormati;
    Kepentingan negara menjadi keutamaan,
    Memadamkan segala kedengkian di hati.

    Memadamkan segala kedengkian di hati,
    Matlamatnya satu biarpun berlain parti;
    Memerintah negara seikhlas hati,
    Demi kerana Malaysia dicintai.

    Demi kerana Malaysia dicintai,
    Yang tua dihormati;
    Yang muda disayangi,
    Barulah aman Malaysiaku ini.

    Barulah aman Malaysiaku ini,
    Pemimpin mementingkan kebajikan rakyatnya;
    Tidak mementingkan diri sendiri,
    Demi kerana negara dan rakyatnya.

    Demi kerana negara dan rakyatnya,
    Perdana Menteri menyeru lakukan transformasi;
    Tranformasi dari akar umbi hingga semua menteri kabinetnya,
    Tranformasi berjaya barulah rakyat berpendapatan tinggi.

    Barulah rakyat berpendapatan tinggi,
    Kehidupan sempurna rakyat sejahtera;
    Jasa pemimpin rakyat hargai,
    Kemajuan negara ke puncak jaya.

    Kemajuan negara ke puncak jaya,
    Rakyatnya gigih membangunkan negara
    Pesat membangun transformasi berjaya,
    Mencipta nama hingga ke antarabangsa.

    Mencipta nama hingga ke antarabangsa,
    Negaraku Malaysia rakyatnya sentosa;
    Hidup aman dan bahagia sentiasa,
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

    Merdeka negara mesti dijaga,
    Akan sejahtera kita semua;
    Tutur kata seindah bahasa,
    Barulah negara aman sentosa.

    Pentadbir negara bersatu padu,
    Cemerlang berkerja tidak terburu;
    Lambang utuh ukhwah bersatu,
    Negara makmur negara maju.

    Negara makmur negara maju,
    Kebanggaan warisan pejuang terdahulu;
    Pemimpin dan rakyat sentiasa berpadu,
    Demi kerana Malaysia yang satu.

    Kebanggaan warisan pejuang terdahulu,
    Sanggup berkorban demi memerdekakan negara;
    Generasi pasca merdeka amat terharu,
    Menghargai kemerdekaan sejahtera negara.

    Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
    Pembangunan negara pesat membangun;
    Mercu kejayaan pentadbir negara,
    Malaysiaku maju rakyatnya aman.

    Sanggup terkorban demi memerdekakan negara,
    Lambang patriotik semangat perwira;
    1Malaysia sayangkan negara,
    Jiwa patriotik sentiasa membara.

    Lambang patriotik semangat perwira,
    Jalur semangat gemilanglah bangsa;
    Jalur gemilang tetap dimulia,
    Dipertahankan untuk warisan bangsa.

    Kita anak-anak Malaysia yang gagah,
    Pantang berundur sebelum melangkah;
    Jalur Gemilang berkibar megah,
    Jadikan negara dipandang Gah.

    Demi semangat cintakan negara,
    Jalur Gemilang tak boleh ditukar ganti;
    Lambang kesetiaan rakyat kepada negara,
    Kekal merdeka Malaysia dihormati.

    Kekal merdeka hingga ke akhir zaman,
    Berkat kecintaan rakyat kepada negara;
    Keharmonian negara sejak berzaman,
    Kemajuan negara dipacu terus mara.

    Berkibarlah benderaku penuh bangga,
    Perjuangan dan kesetiaaanmu kami hargai;
    Akan kami pertahankan sepenuh jiwa dan raga,
    Kesetiaan kibaranmu tidak akan kami ragui lagi.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    24 Zulhijjah 1434H
    29 Oktober 2013
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN SATRIA

    Hajat hati nak jadi perwira,
    Tiada kudrat apalah dayaku;
    Namun begitu bersemangat satria,
    Relaku mati demi negaraku.

    Kata ibu datukku seorang pahlawan,
    Keturunan hulubalang Raja Bugis;
    Aku bersyukur berdarah pahlawan,
    Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

    Rupanya aku tidak keseorangan,
    Di luar sana menyokong perjuanganku;
    Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
    Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
    Jasamu mewangi hingga ke mati;
    Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
    Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

    Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
    Bersiap siaga setiap masa;
    Menangani jenayah begitu cermat,
    Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

    Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
    Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
    Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
    Keamanan Malaysia di puncak jaya.

    TLDM tidak kurang hebatnya,
    Berada di laut bersiap siaga;
    Musuh yang datang akan ditentangnya,
    Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

    Pasukan RELA rela berkorban,
    Berkorban masa dan juga tenaga;
    Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
    Demi rakyat dan negara tercinta.

    Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
    Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
    Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
    Semangat perjuangan terus membara.

    PERKASA kusanjung jasamu,
    Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
    Tidak pernah berputus asa di hatimu,
    Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

    PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
    Roh perjuangan tepat dan jelas;
    Semangat membara-bara hidup di hatimu,
    Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

    Seni persilatan melayu amat dikagumi,
    Kepahlawananmu tiada tandingannya;
    Generasi muda minat mempelajari,
    Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

    Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
    Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
    Jutaan rakyat bangkit memberontak,
    Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

    Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
    Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
    Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
    Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

    Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
    Pemimpin Malaysia cintakan negara;
    Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
    Saling berkorban demi negara.

    Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
    Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
    Negara sentiasa terus aman,
    Kedaulatan negara sejak berzaman.

    Pahlawan melayu pantang berundur,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru;
    Demi pewaris takkan berudur.
    Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

    Berkibarlah benderaku terus berkibar,
    Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
    Rakyat Malaysia jangan dicabar,
    Roh perjuangan meniti zaman.

    Karya: RAtu Rimba Niagara
    25 Mac 2011
    (Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-204 Tahun)
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR PEJUANG RAKYAT MALAYSIA

    Tersebutlah kisah suatu cerita,
    Malaysia negaraku yang tercinta;
    Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
    Merealisasikan impian demi Negara.

    Saling menghormati bersatu hati,
    Tolong menolong amalan murni;
    Tiada rasa berdengki hati,
    Semua kerana Malaysia dicintai.

    Melayu Cina India dalam perpaduan,
    Bersatu hati merealisasi impian;
    Berganding bahu bersama kerajaan,
    Jadi realiti Negara berperlembagaan.

    Jika Negara kucar kacir,
    Nasib rakyat sentiasa tercicir;
    Kerajaan dibina menjadi hancur,
    Angkara rakyat selalu engkar.

    Ingatlah peristiwa 13 Mei,
    Rusuhan kaum sentiasa diingati;
    Berpadulah demi Malaysia disayangi,
    Agar 13 Mei tidak berulang kembali.

    Kalau diingat perjuangan Tunku,
    Perjuangannya tak pernah jemu;
    Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
    Biarpun mengharungi perjuangan berliku.

    Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
    Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
    Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
    Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.

    Begitu juga berbincang dengan komunis,
    Tunku bincang dengan cara harmonis;
    Hinggakan mengalah ketua komunis,
    Menjadi legenda kenangan manis.

    Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
    Biarpun lama rakyat menunggu;
    Sabar menunggu tak pernah jemu,
    Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu

    Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
    Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
    Jiwa kental sentiasa muafakat,
    Berkorban apa saja demi rakyat.

    Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
    Pemimpin bersara rakyat hargai;
    Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
    Barulah aman Negara ini.

    Rakyat dan pemimpin seia sekata,
    Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
    Masalah diatasi dengan bijaksana,
    Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.

    Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
    Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
    Sanggup berpening memikirkan,
    Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.

    Permintaan rakyat untuk rakyat,
    Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
    Didengari semua wakil Rakyat,
    Apabila tertunai sukanya rakyat.

    Rakyat Malaysia harus bersatu,
    Demi kerana Malaysia yang satu;
    Negara aman berkat bersatu,
    Syukur generasi kini dan terdahulu.

    Sama-sama merealisasikan impian,
    Majunya Malaysia dalam pemodenan;
    Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
    Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.

    Karya:Ratu Rimba Niagara
    13 Mei 2011

Dalam Bajet 2014, kerajaan akan terus sediakan persekitaran yang mesra dan kondusif untuk pelaburan domestik dan asing. Jom kongsi dan sebarkan maklumat tentang teras utama dalam Bajet 2014 bersama teman-teman dan keluarga anda - Admin
Like ·  ·  · 2 hours ago · 


(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
29 Oktober 2013
24 Zulhijjah 1434H


0 comments:

Post a Comment

 
;