Wednesday, 30 October 2013

'TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'ADA SYURGA DI HATI SEMUA' (2)





9TH WORLD ISLAMIC ECONOMIC FORUM

Updated 12 hours ago · Taken in London, United Kingdom
 
BERANGKAT BAGI MENGHADIRI FORUM EKONOMI ISLAM SEDUNIA KE-9 DI LONDON, UNITED KINGDOM
12Unlike ·  · 

  • (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA/SASTRA KESATRIA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    MALAYSIA/BRUNEI/INDONESIA/SINGAPURA/THAILAND
    21 Syawal 1434H
    28 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara APABILA TAPAK SULAIMAN/ BINTANG LAUT MENJADI BINTANG

    Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
    berada di dasar laut.
    Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
    ‘Sampai bila aku jadi begini?’

    Di dasar laut cuma nampak bebayang
    bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.

    “ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
    Tiada bezanya aku dengan bintang
    cuma aku di dasar lautan
    tidak berkedipan!
    Bolehkah aku jadi bintang?
    Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
    Di dasar ini aku tidak berfungsi
    kepada penghuni laut
    sedangkan aku ingin hidup
    menyinari hidupku dan menyinari
    hidup mereka yang memerlukan
    kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
    mula menyedari kejahilannya.
    Dia telah memasang impian.

    Setiap hari Tapak Sulaiman
    terus mengeluh...
    Meratapi nasib diri…
    Mencemburui kegemerlapan bintang
    seolah-olah mereka mengejeknya
    kerana berangan hendak
    menjadi bintang.

    “Kau siapa?
    Jalan pun terhegeh-hegeh
    di dasar laut ini… tanpa boleh berbuat apa-apa?
    Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
    dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
    kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
    Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
    kejadiannya yang unik mempersonakan
    seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
    popular dan dihormati .

    “Engkau jangan memperlekehkan
    cita-cita aku. Akan kubuktikan!
    Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
    memecah ketenangan malam itu.

    Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
    dengan gelombang ombak mengganas!

    Gerakkan dasar laut telah membawa
    Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempasnya
    ke pantai.

    Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
    di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!

    Seakan mimpi Tapak Sulaiman
    berjalan ke sana ke mari
    menari-nari.

    Bila malam tiba Tapak Sulaiman
    menikmati suasana malam sambil
    memerhatikan kegemerlapan
    bintang-bintang di langit di sinari
    sinaran cahaya bulan.

    Sungguh jelas permandangan tika itu
    tidak perlu samar-samar lagi
    tika berada di dasar laut.

    “Bolehkah aku menjadi bintang?
    Bolehkah? Bolehkah?
    Bintang aku ingin berkawan denganmu?
    Aku ingin menjadi sepertimu.”

    “Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
    seperti kami jika kau yakin dengan
    kebolehanmu! Percayalah!
    Kami menunggu kau di sini!
    Kau boleh! Pasti boleh!”
    Kata perangsang bintang kepada
    Tapak Sulaiman pada malam itu.

    “Pelik ya macam mana bintang boleh
    mendengar suaraku? Sedangkan
    Jarak dengannya…
    Dia di langit aku di bumi
    komunikasi aku dengan bintang
    satu keajaiban!”

    Tiba-tiba kedengaran
    gauman entah mana datangnya
    memecah ketenangan malam.
    Pepasir di pantai berterbangan.

    UFO rupanya sedang mendarat
    dua makhluk asing datang
    menghampiri Tapak Sulaiman.

    “Tapak Sulaiman mahu ke engkau
    ikut kami?” Tanyanya.
    Ke mana?”
    “Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
    “Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

    Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
    Dia telah menjadi bintang!
    Disambut bintang-bintang yang
    Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
    yang menakjubkan Tapak Sulaiman!

    Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
    Tidak sia-sia impiannya selama ini!
    Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
    Ini jika digunakan keajaiban minda!
    “Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
    akan kukongsi bersama mereka yang ingin
    menjadi sepertiku!”
    Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.

    Karya : Ratu Rimba Niagara
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013/13 Agustus 2013

    DOAKAN NENDA SEJAHTERA ABADI DI ALAM BARZAH AAMIIN.

    DUHAI ANAK CUCUKU INILAH BULAN YANG MOYANG PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA HADIAHKAN UNTUKMU SAYANG...HADIAH BULAN INI NENDA DAPATKAN TERLALU PAYAH ...TANPA SOKONGAN/DUKUNGAN SEIKHLAS HATI DARIPADA PEJUANG KSATRIA NENDA...NENDA TIDAK BERJAYA MENGHADIAHKAN HARTA WARISAN YANG PALING BERHARGA UNTUKMU SAYANG....MAKANYA NENDA MERAYU ...CUCUNDA AKAN MENJAGA SEPERTIMANA CUCUNDA MENJAGA NYAWA SENDIRI TANDA CUCUNDA BALAS KASIH SAYANG NENDA MEMADAILAH SEKADAR SEPOTONG DOAMU UNTUK NENDA SEJAHTERA ABADI DI ALAM BARZAH..... AAMIIN

    NENDAMU YANG MENYANGIMU DEMI-NYA,

    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013M 

    SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA KESATRIA DIRAJA NUSANTARA YANG RELA GUGUR DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TETESAN DARAH TERAKHIR! TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT NUSANTARA TINGGAL DI BUMI NUSANTARA DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIS KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT NUSANTARA YANG TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA & INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND

    MERDEKA MALAYSIAKU MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013' DAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 67 TAHUN.MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP SEMUA DI KALA HIDUP SAMPAI HARI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
  • Ratu Rimba Niagara INGIN KUGAPAI BULAN DAN UNTUK KUHADIAHKAN KEPADA ANAK CUCU SENUSANTARAKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT!

    " Ambilkan Bulan "
    Karya: Laksamana Mas & Ratu Rimba Niagara

    Ambilkan bulan bu,
    Ambilkan bulan Bu
    yang selalu bersinar dilangit

    Dilangit bulan benderang
    Cahyanya sampai ke bintang

    Ambilkan bulan Bu
    untuk menerangi,
    tidurku yang lelap
    Dimalam gelap

    Beningnya suara mu menggetarkan seluruh tubuh ku,.....
    "Dewi Arum Ayu Laksimi Laksitarukmi Kusumoningrat "
    - Dewi Sekar Tanjung -
    kebahagiaan selalu ada bersama mu,.
    Amin...amin..amin..Ya Rabbalalamin......
    By: Laksamana Mas

    BULAN INDAH HADIAH UNTUKMU NAK!

    Nak...
    Ini bulan indah tuk mu nak...

    Dengan keringat air mata darah
    Bu usahakan sampai berjaya
    Demi kebahagiaan dunia akhiratmu sayang

    Bu pertaruhkan nyawa
    Di setiap penjuru waktu
    Demi menggapainya
    Hingga berjaya sayang

    Dari segi lojik
    Dalam usia selewat begini
    Mana bisa mampu
    Bu menggapainya sayang
    Tapi demi kekuatan cinta
    Yang tak pernah padam padamu sayang
    Bu usahakan sehingga berjaya
    Biarpun hati bu remuk redam
    Luka parah membarah
    Pedih perih
    Jerih memerihkan
    Sakit menyakitkan
    Bu teruskan jua perjuangan ini
    Demi mu sayang...
    Tak apalah
    Apalah ada kebahagiaan di dunia ini
    Yang cuma sementara saja
    Jika dibandingkan dengan
    Kebahagiaan hakiki
    Di negeri abadi sayang...

    Makanya jagalah
    Hadiah bulan ini nak
    Tulus ikhlas daripada bu...tukmu sayang...

    Bu memberi hadiah yang
    Paling berharga padamu sayang
    Tiada niat tuk mengharap
    Balasan apa-apa darimu sayang
    Cuma cukuplah sekadar
    Menjaga kemerdekaan ibu pertiwimu
    Agar tidak akan jatuh
    Ke tangan musuh durjana
    Jagailah sampai kapanpun!
    Selagi ada bulan dan matahari!

    Jangan lupa di setiap kali
    Purnama malam mengambang
    Jika rindu pada bu
    Tataplah senyuman bu di sana
    Pasti hilang rindumu sayang...

    Bu yang menyayangimu dunia akhirat
    Tulus Ikhlas Daripada Bunda Permaisuri Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    14 Jun 2012

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA MAS
    15 Jun 2012

    SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA KESATRIA DIRAJA NUSANTARA YANG RELA GUGUR DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TETESAN DARAH TERAKHIR! TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT NUSANTARA TINGGAL DI BUMI NUSANTARA DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIS KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT NUSANTARA YANG TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA & INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND

    MERDEKA MALAYSIAKU MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013' DAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 67 TAHUN.MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP SEMUA DI KALA HIDUP SAMPAI HARI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
  • Ratu Rimba Niagara YA ALLAH ,' PULANGKAN AKU DALAM "KHUSNUL KHOTIMAH . KAPAN PUN ITU AAMIIN ALLAHUMMA AAMIIN'.

    YA ALLAH JADIKAN LIDAHKU SELALU MENG-AGUNGKAN-MU 
    DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
    YA ALLAH JAUHKAN LIDAHKU BERKATA MEMBUATKAN IMANKU ROSAK BINASA, LIDAH YANG JAHAT PASTI AKAN MENDAPAT BALASAN DI AKHIRAT NANTI DI MANA AHLI NERAKA ITU AKAN MENGGUNTING LIDAHNYA SENDIRI NAUZUBILLLAH
    KUPOHON BELAS KASIHAN-MU LANCARKAN LIDAHKU 
    MENGUCAPKAN KALIMAH SYURGA-MU DI AKHIR NAFASKU NANTI, 
    LAA ILLAA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    Ya Allah.. Pulangkan aku dalam "Khusnul Khotimah, kapan pun itu...

    Aamiin Allahumma Aamiin.. ' 

    TUHAN BERSAKSIKAN TUJUH PETALA LANGIT DAN TUJUH PETALA BUMI
    AKU CINTA-MU
    BALASLAH CINTAKU 
    MAKBULKAN SEGALA CITA-CITAKU
    KERANA DALAM CITA-CITAKU ADA CINTA KAMU
    BETAPA AKU CINTAKAN-MU
    HANYA KAU YANG TAHU BETAPA AKU CINTA
    BIARPUN ADAKALANYA AKU TAK BERDAYA
    ATAS KETIDAKSEMPURNAANKU
    SEBELUM MATA TERPEJAM SELAMANYA
    AKU MAHU HIDUP DAN MATIKU 
    DALAM REDHA-MU
    DALAM RAHMAT KASIH-MU
    KERANA SEBELUM KU MATI
    SEMUA YANG BERHIDUP DI MUKA BUMI INI
    REDHA ATAS KEMATIAANKU
    KERANA AKU BERBUAT BAIK PADA MEREKA KERANA-MU
    KASIH DAN SAYANGKAN MEREKA KERANA-MU
    TANDA AKU PERNAH BERHIDUP DI BUMA BUMI INI
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    'YA ALLAH YA TUHANKU JADIKAN SUMPAH SETIAKU TIKA DI ALLAM ROH, DI MANA AKU BERSUMPAH KAU TUHANKU TIADA TUHAN YANG LAIN DI SEMBAH KECUALI ENGKAU '

    Ya Allah..
    Bersihkan hatiku dari kebencian sehalus apa pun, pada siapa pun, mampukan aku untuk melupakan segala perih hari ini, ingatkan selalu aku pada mereka yang begitu cantik hatinya, mampukan aku untuk membalas segala kebaikannya,,

    Karuniakan sesuatu yang bisa membuat orang-orang yang kukasihi tersenyum, damaikan dan bersihkan jiwaku esok hari,,,

    Ya Allah..
    Aku tak tahu apakah besok malam aku masih bisa mengucap do’a yang sama, 
    Terbersit rasa takut,
    Kuharap ini wajar,,
    Pinta terbesarku, Ya Allah.. Pulangkan aku dalam "Khusnul Khatimah, kapan pun itu..

    Aamiin Allahumma Aamiin.. ' 

    YA ALLAH IZINKAN KARYA SASTRAKU TERUS MENGALIR KE SUNGAI FIRDAUSI-MU

    YA ALLAH YA TUHANKU JADIKANLAH KARYA YANG KUTULIS BAGAIKAN AIR TERJUN YANG MENGALIR TERUS MENGALIR TANPA HENTI . BIARPUN SERIBU TAHUN AKU TIADA DI DUNIA INI TETAP AKAN MENGALIR TERUS MENGALIR KE HATI MEREKA YANG MEMBACA KARYAKU DAN MENDAPAT MANFAAT DUNIA AKHIRAT APA YANG KUKARYAKAN. AKU YAKIN KARYA YANG KUTULIS ADALAH ILHAM DARI-MU YANG TIDAK PERNAH PUTUS-PUTUS KAU HADIRKAN. SUBHANALLAH SESUNGGUH-NYA ENGKAU MAHA PEMBERI TANPA HAD BENARLAH KAU MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
    YA ALLAH IZINKAN HASIL KARYA SASTRA YANG KUTULIS TERUS MENGALIR KE SUNGAI-SUNGAI FIRDAUSI MENYATU TERUS ABADI SELAMA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,

    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    24 Zulhijjah 1434H
    29 Oktober 2013M

    Ratu Rimba Niagara shared SULTAN HASANAL BOLKIAH's status update.

    SULTAN HASANAL BOLKIAH
    Rabbi najjinii minal qaumazhzhaalimiin.( QS:28/21)

    ARTINYA;
    Wahai Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang2 yg zhalim

    Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir. (QS: 28/24)

    ARTINYA :
    Ya Tuhanku ,sesungguhnya ǎku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yg Engkau turunkan kepadaku.

    (PETIKAN GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH)
    25 Zulhijjah 1434H
    30 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara GEMA GONG PERDAMAIAN DUNIA DI SELURUH DUNIA

    Ki Joko Bodho
    hari ini hari perdamaian dunia 21 september dan di tandai pemukulan gong perdamaian dunia diberbagai negara didunia anggota gong perdamaina dunia dan kami menyampaikan selamat peradaban baru dunia rahmatan lil alamin (dunia karunia bagi semua makluknya) RM Arjuna Nusantara, pembuat teks peradaban baru dan deklarator peradaban baru.
    Unlike · · Follow Post · Share · September 21 at 11:27pm
    Seen by 9
    You and Kedaton Kraton Wahyu Utama like this.

    AKU CINTA PERDAMAIAN AKU CINTA KEDAMAIAN

    aku pencinta perdamaian
    aku pencinta kedamaian

    aku suka damai
    aku suka aman damai

    aku tak suka kekeruhan
    aku tak suka pertelingkahan
    aku tak suka pergaduhan
    aku tak suka kemarahan
    aku tak suka kebencian
    aku tak suka peperangan

    yang aku suka perdamaian
    berkata yang damai-damai saja
    berkata lahir dari iman
    berkata menyejukkan iman
    berkata mengundang Rahmat Kasih dari Ya Rahman
    Ya Rahman Ya Rahman Ya Rahman
    Ya Rahim Ya Rahim Ya Rahim
    Kuatkan iman
    Perteguhkan Silaturrahim
    Agar Perdamaian ...Kedamaian...
    Menjadikan hidup dan matiku
    Bisa tenang tika bertemu-Mu
    Ya Allah Ya Tuhanku
    Aamiin Ya Rabba A'Lamiin

    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Zulkaedah 1434H
    21 September 2013
    (PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA BUDAYAWAN NUSANTARA YANG CINTAKAN PERDAMAIAN KEDAMAIAN SEDUNIA MOGA SUKSES DUNIA AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
  • Ratu Rimba Niagara LAUTAN SASTRAMU

    mereka bilang
    ratu pujanggaku
    jangan gundah gulana
    tersenyumlah
    gembiralah
    syukurlah
    karena sapaan sastramu
    yang kau tunggu-tunggu
    sejak puluhan tahun
    sudah ada yang sudi menyapa sasteramu
    tak perlu kau putus asa
    tak perlu kau tunggu 500 tahun akan datang
    baru anak cucumu menyapa sastramu
    waduh! andai 500 tahun lagi ditunggu
    baru datang menyapa sasteramu
    berapa generasi yang mahu ditunggu
    baru terealiti sastramu
    pasti tika itu kau, aku dan beberapa generasi sudah lama bersemadi pasti bersemadinya kita tidak tenang kerana kita sedang berjawab di alam barzah
    makanya atas dasar kesedaran itu...
    aku bangkit dengan satu semangat juang untuk merealiti cita sastramu selagi dayaku

    Ratu pujanggaku...
    tak perlu ditunggu 500 tahun lagi
    sekarang aku sudah bersiap sedia menyapa cita sastramu
    agar segera direalitikan

    Tahukah kau ratu pujanggaku...
    sejak aku mula terbaca karya sastera mu di alammaya
    aku terhanyut...aku terbuai...aku terbius...aku tenggelam
    dalam lautan sastramu yang memukau jiwaku
    jiwaku tersentuh karna selama ini aku tidak pernah tahu apa itu
    arti kasih sayang sesama manusia jauh sekali
    Mencintai Tuhanku Yang Mencipta Alam Semesta Sebegini Hebat!.

    Ratu pujanggaku...
    kaulah ratu sastra
    yang membangkitkan jiwa-jiwa
    yang sedang tercari-cari di manakah ingin di bawa dunia yang hampa ini agar tidak hampa di akhirat nanti

    Ratu pujanggaku...
    sastramu bagaikan lautan sastera yang memukau
    saujana mata memandang
    keteduhan syahdu sasteramu
    aman...damai...mendamaikan minda
    ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
    hingga aku terlena dalam bahasa-bahasa
    indah yang memukau jiwa kelelahan
    seharian menghadapi bebanan kerja yang tiada penghujungnya

    Ratu pujanggaku...
    lautan sasteramu...
    kusangkakan lagi aku pergi jauh ke dasar lautan pasti aku kelemasan tapi rupanya lautan sastramu
    teramatlah indah diindahkan dengan taman karang bunga-bunga sasteramu semuanya melambai-lambai agar aku sudi memetik mana satu berkenan di hatiku
    bunga karang sasteramu bilang ke aku...,"sudilah petik kami untuk dibawa pulang sebanyak mana mahumu kerana sekuntum bunga karang sastera yang kau petik akan berkuntum-kuntum tumbuh banyaknya tak terkata makanya petiklah kami untuk dibawa pulang dan jangan lupa hadiahkan bunga karang sastera Ratu Rimba Niagara kepada teman-temanmu yang lain."

    Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
    Ratu Pujanggaku...
    bunga-bunga karang sasteramu yang kupetik
    telah kubagi-bagikan kepada teman-temanku
    mereka amat menyukairnya
    mereka bilang akan mendukung bersamaku merealitikan cita-cita sastramu
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    20 Zulhijjah 14354H
    25 Oktober 2913M
  • Ratu Rimba Niagara YA ALLAH KAU REALITIKAN CITA-CITA SASTRAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    LIHATLAH LADANG KARYAMU SAUJANA MATA MEMANDANG!

    Aku suka berladang
    ladangku luas
    seluas saujana mata memandang

    Aku puas dengan hasil usahaku
    aku tak gunakan jentera apa-apa
    untuk mengusahakan ladang
    aku hanya berbekalkan
    semangat
    cita-cita
    dan harapan

    Untuk menjayakan ladangku yang luas inilah
    kugunakan cangkul
    cangkul yang matanya hari-hari kuasah
    agar tajam senang aku nak bercangkul

    Nak pikir dari segi logik
    emangnya tak logik
    tak masuk akal
    bagi orang yang barakal
    mana bisa hanya berbekalkan cangkul boleh mengusahakan
    sebuah ladang yang luas terbentang
    bersendiriaan
    kesendiriaan
    berhujan
    berpanas
    dihina
    dijelekkan
    yang ada kejian dan cacian
    hingga kering air mataku

    Berhujan kek
    berpanas kek
    ribut angin topan kek
    apa kek lah
    sampai tak ada kek lagi
    setiap hari aku bercangkul
    cangkul...cangkul...cangkul...
    cangkul tanpa mengenal arti capek
    jemu dan berputus asa

    Semuanya bilang aku ini gila
    ketawakan aku
    segala usahaku tak akan jadi realiti
    menjadi bahan ketawa
    karna anganku yang tak masuk akal

    Lalu ku tanya dunia
    duhai dunia ...adakah kau sudi mendukung usahaku
    satu dunia geleng kepala
    satu dunia tak akan membantumu duhai cangkul
    dunia hanya mampu ketawakan bila cangkulmu tumpul
    dicangkulkan juga sepenuh daya
    pasti tak menjadi usahaku bertanam di ladangku

    Lalu ku tanya bumi
    duhai bumi
    bisakah kamu mendukung perjuanganku
    bisa duhai cangkul
    aku diutuskan oleh Tuhanku
    untuk membantumu
    karena kau berusaha sedaya upaya menggunakan cangkul
    mengusahakan ladang yang luas
    tengok tu ...
    ladang karyamu seluas-luasnya
    ladang karyamu sudah pun berhasil
    sudahpun dipetik hasilnya
    oleh jutaan pembaca ladang karyamu ...
    mereka semua suka
    mereka terharu
    syahdu
    merasai hasil tanaman karyamu
    setelah makan hasil tanaman karyamu
    lagi dimakan lagi tak jemu
    sebagaimana kamu berkarya
    lagi berkarya lagi banyak ide
    kamu berbagi pada semua
    tanpa mengira keuntungan duniawi

    Makanya kau jangan bilang kau
    akan tewas atas usahamu menyediakan
    ladang karya nan luas ini
    biarpun pada pandangan mereka
    tiada mendatangkan hasil duniawi untukmu
    anggaplah itu kata-kata orang-orang yang mendengki
    apabila dia mendengki
    dia dengkikan kamu
    karna dia nggak bisa
    berkarya berbakti pada manusia
    sebab Allah tak ijinkan mereka berkarya
    Allah ijinkan kamu berkarya
    karna kamu bukan pentingkan keuntungan duniawi
    yang kamu mahu ladang karya kamu luas dan hasilnya
    adalah untuk anak cuu nusantara

    Percayalah Allah redho hasil usahamu
    janganlah bimbang percayalah yakinlah
    Allah sentiasa bersama orang yang suka berbuat kebaikan

    Cangkul yang kau gunakan
    untuk mengusahakan ladang karyamu itu
    akan menjadi saksi
    di hari kematianmu
    mencangkul bumi
    dari Allah kau datang
    dari Allah kau dikembalikan
    Allah yang hidupkan
    Allah yang mematikan yang hidup

    Cangkulmu pasti akan tersenyum,
    'Sehingga akhir nafasku aku berbakti denganmu duhai manusia
    Sekarang kau kukebumikan
    Selamat tidur dalam pelukan bumi
    Selamat tidur di Taman Syurga
    Selamat tidur Bidadari Syurga
    Selamat menikmati suasana Syurga hingga hari Qiamat
    kau akan dibangunkan agar dapat melihat wajah Tuhan
    yang Menciptakan kamu bersama-sama dengan hamba-hamba
    pilihan-Nya'

    CETUSAN IDE RATU RIMBA NIAGARA
    13 Oktober 2013M
    8 Zulhijjah 1434H
  • Ratu Rimba Niagara IZINKAN AKU MENJADI SAUDARA SEISLAMMU YANG TERBAIK UNTUKMU...

    SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
    KEPADA SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU SAUDARA SEISLAMKU
    SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA YANG MULIA INI
    KU MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON BERIBU AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI BERSIMPUH DI HADAPANMU DENGAN LINANGAN AIRMATA JASAD DAN ROHKU MOHON SIMPATI AGAR TERBUKA HATIMU UNTUK MEMAAFKAN SEGALA KESALAHANKU SEKIRANYA ADA BAHASA SASTERA YANG KUKARANGKAN MEMBUATKAN HATI KALIAN TERGURIS LUKA SESUNGGUHNYA KU INSAN YANG TAK SEMPURNA BIARPUN KU INGIN MENJADI SAUDARA SEISLAMMU YANG SEJATI DI HATIMU JUA DI SISI ALLAH TAPI SIAPALAH AKU SENTIASA TAK SEMPURNA .JIKA KALIAN ADA EHSAN TOLONGLAH MAAFKAN AKU...KEMAAFAN DARI KALIAN ADALAH LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEIISINYA...MANALAH TAHU DENGAN KEMAAFAN KALIAN UNTUK KU DAPATLAH AKU, DENGAN RAHMAT KASIH-NYA AKU MENEBUS SYURGA YANG SELAMA INI DISEKAT ATAS KEKHILAFANKU PADA KALIAN YANG TIDAK KALIAN MAAFKAN BEGITULAH BERHARGANYA KEMAAFAN KALIAN UNTUKKU DAN BERHARGANYA SEBUAH PERSAUDARAAAN SESAMA ISLAM BAGIKU...MOGA ALLAH AMPUNKAN AKU DAN ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA...MOGA DI SYURGA KITA BERSAMA DAPAT MENYAMBUNG PERSAUDARAAN NAN INDAH INI SEMUANYA BERKAT PERSAUDARAAN ATAS DASAR TULUS IKHLAS KERANA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    SAUDARA SEISLAMMU YANG SENTIASA MAHU MENJADI SAUDARA SEISLAM YANG TERBAIK UNTUKMU IN SHAA ALLAH AAMIIN,
    RATU RIMBA NIAGARA
    9 Zulhijjah 1434H
    14 Oktober 2013M

    TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH JIKA DIA KEHENDAKI ,'KUN FAYAKUN'

    KUASA ALLAH MENGATASI SEGALA-NYA
    BILA KITA YAKIN AKAN KEKUASAAN-NYA
    SENTIASA BERSANGKA BAIK KEPADA-NYA
    MAKA TIADA YANG MUSTAHIL BAGI-NYA
    UNTUK MEMAKBULKAN DOA HAMBA-NYA
    YANG PENUH YAKIN DAN TAWAUDUK
    KUN FAYAKUN UNTUK HAMBA-NYA
    YANG YAKIN KUASA-NYA MENGATASI
    SEGALA-NYA.
    ALLAHU AKBAR!

    (PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    20 Zulhijjah 1434H
    25 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara SALAM SEJAHTERA DUHAI AHLI SYURGA BIDADARI BIDADARA YANG KUKASIHI SEHINGGA KE SYURGA...AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    KITA MENYAMBUNG SILATURAHIIM SEHINGGA KE SYURGA AAMIIN

    Tiada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Allah swt.
    yang penting saling memahami , bertolak ansur dan faham apa matlamat hidup sebelum mati...In Shaa Allah moga kita semua mati dalam keampunan Rahmat Kasih Allah swt atas ketidak sempurnaan filosofi dalam hubungan sesama insan. Yang menyekat ketidak kesempurnaan filosofi dan hubungan sesama insan adalah keegoaan yang membelenggu diri kita sendiri...merasakan kita sajalah yang sempurna, kita sajalah yang baik dalam segala perkara makanya itulah puncanya begitu sukar untuk mendapat kesempurnaan filosofi dalam hubungan sesama insan di muka bumi ini. Andainya tiada Rahmat Kasih dari Allah swt bumi ini sudah lama tenggelam atas ketidaksempurnaan manusia menjaga hubungan baik sesama insan. Allahu Akbar ku muhasabah diriku sendiri...moga sesiapa yang mengenali karyaku terluka akibat sastra yang kutulis ku mohon dibukakan Allah swt agar hatinya sudi memaafkan aku. Di alam maya ini yang kufikirkan aku cuma mahu bersastra dan berkongsi sastraku dengan rakan-rakanku di alammaya ...jika sebagai fb mereka adalah pejuang sastraku...bukan untuk saling memutuskan silaturrahim...moga mereka sudi faham dan redha kenapa aku undurkan diri daripada mereka ...tiada niat menyakitkan hati atau melukakan hati....sesiapa. Moga selepas ini mendapat pemahaman dan kemaafan daripada semua temen-temen alam maya di mana saja yang mengenali diri ini. Percayalah walaupun tak bersama di alam maya In Shaa Allah Berkat Keyakinan kita pada Rahmat Kasih-Nya Allah swt kepada semua hamba-NYa DIA mengampunkan kita atas ketidaksempurnaan kita tika di dunia maya dulu kita bersama menyambung tali sirturrahim nan Indah-Indah seindah Syurga tiada bergundah gulana lagi bergembira sentiasa saling sapa menyapa SALAM SEJAHTERA DUHAI AHLI SYURGA BIDADARI BIDADARA YANG KUKASIHI SEHINGGA KE SYURGA...
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    RATU RIMBA NIAGARA
    20 Zulhijjah 1434H
    25 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara AKU BUKAN SEORANG RATU UNTUK DISANJUNGI DAULAT TUANKU! MEMADAILAH RATU PUJANGGA HATIMU YANG SETIA BERPUJANGGA!

    ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA,
    KEPADA SEMUA TEMAN ALAMMAYAKU,
    BERSAMA BAYU KUKIRIMKAN KARYA,
    TERIMA KASIH DAUN KELADI BACA KARYAKU

    MAAFKAN DAKU JIKA KUKHILAF DALAM BERSASTERAKU DUNIAKU!

    KERANA SAYANG AKU MENULIS,
    INGIN BERBAKTI PADA SEMUA,
    MAAFKANKU JIKA TERSALAH TULIS,
    DALAM KARYA KUBERTALISIRATURAHIM DENGAN SEMUA.

    ALLAH SUKA ORANG YANG MENYAMBUNGKAN SILATURAHIM
    ALLAH BENCI ORANG YANG MEMUTUSKAN SILATURAHIM
    MAKANYA MAAFKAN DAKU JIKA ADA KERETAKAN SILATURAHIM
    KERANA TIDAK AKAN MASUK SYURGA SI PEMUTUS SILATURAHIM

    ANDAINYA KU TAK TERIMA SEBAGAI RAKAN FB BUKAN TAK SUDI KERANA INGIN MEMFOKUSKAN KEPADA KERJAYA KARYAKU, DI GROUP KITA MASIH BERTALISIRATURAHIM
    DI ALAM NYATA BERSILATURAHIM JUGA
    MOGA IKATAN SILATURAHIM KITA SAMPAI KE KUBUR AGAR KITA LEPAS AZAB KUBUR BILA DITANYA SIAPAKAH SAUDARA KAMU...BETAPA SILATURAHIM AMAT PENTING DALAM ISLAM
    MOGA SYURGA TERUNTUK UNTUK KITA KERANA TIKA HIDUP KITA SALING BERSIRATURAHIM KERANA ALLAH TAALA ...
    INDAHNYA SILATURAHIM DAPAT MENJAWAB SOALAN KUBUR
    DAPAT JUGA SYURGA HANYA MENJAGA SILATURAHIM SESAMA KITA

    TIDAK MENJADI HINA JIKA KITA MEMAAFKAN ORANG YANG MEMINTA MAAF TIDAK MENJADI MULIA BAGI ORANG YANG TIDAK MAHU MEMAAFKAN KERANA KU MALU DENGAN ALLAH KU MINTA MAAF KEPADA MEREKA YANG KECIL HATI DENGAN SAYA GARA-GARA BAHASA KARYA SAYA YANG TIDAK MEMUASKAN HATI GARA-GARA TIDAK AKTIF MEMBERI KOMENTAR PADA KARYA SAYA KITA TERPISAH PERSAHABATAN DI ALAM MAYA...TAPI PERCAYALAH KITA TETAP BERSAUDARA ...SUDILAH MEMAAFKAN SAYA...SAYA TIDAK MAHU GARA-GARA SAYA BERKARYA DIKATAKAN SAYA TIDAK MAHU BERTALISIRATURAHIM DAN MEMUTUSKAN SILATURAHIM....PERCAYALAH WALAUPUN TIDAK MENJADI RAKAN FB SAYA...DI GROUP ATAU DI ALAM MAYA ATAU DI ALAM REALITI KITA TETAP BERTALISIRATURAHIM SAMPAI MATI....SAMPAI KUBUR...SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN CUMA DI FB IZINKAN SAYA BERKARYA TANPA MENUNGGU KOMENTAR DARIMU LAGI. KERJA SAYA MENULIS JADI SAYA PERLUKAN KOMENTAR DARIPADA RAKAN-RAKAN FB SAYA JIKA SEBAGAI RAKAN GROUP TIDAK MEMBERI KOMENTAR TIDAK APA. HARAP SUDI PAHAMI DUNIA SASTERA SAYA...SAYA BERSASTERA BUKAN UNTUK MEMUTUSKAN TALISIRATURAHIM ...SAYA BERSASTERA UNTUK MENDAPAT KOMENTAR DARI RAKAN FB SAYA ITU SAJA YANG SAYA TAHU. JIKA RAKAN FB SAYA MEMAHAMI PASTI DIA TIDAK MENGATAKAN SAYA MEMUTUSKAN SILATURAHIM. DUHAI RAKAN FB TOLONG MAAFKAN SAYA ...TOLONG SUDI MEMAHAMI DUNIA SASTERA SAYA.

    JIKA SAYA BERSASTERA KERANA MAHUKAN PENGHARGAAN DARIPADA MANUIA PASTI SAYA TIDAK AKAN MENULIS KERANA SAYA MENULIS PUN BUKAN DAPAT PENGHARGAAN DARI MANUSIA MALAH DISEPIKAN KARYA SAYA TIDAK DIPANDANG SEBELAH MATA...JAUH SEKALI MENDAPATKAN KEUNTUNGAN HASIL DARIPADA PENULISAN SAYA....JADI JANGAN SALAH ANGGAP KEPADA SAYA ..KERANA SAYA MENULIS MAHUKAN SANJUNGAN TIDAK TERDETIK DI HATI SAYA MAHUKAN DISANJUNG...SAYA MENULIS KERANA SAYA MENGHARGAI BAKAT YANG ALLAH SWT KURNIAKAN KEPADA SAYA UNTUK SAYA BAKTIKAN KEPADA SEMUA SAUDARA SEISLAM SAYA DI DUNIA INI. MOGA KARYA-KARYA YANG SAYA TULIS ALLAH SWT TERIMA SEBAGAI BEKALAN SAYA DI ALAM AKHIRAT MENANTI PASTI. ITULAH YANG SAYA DAMBAKAN DAN KENAPA SAYA MENULIS DAN TERUS MENULIS...

    YA ALLAH KAU JADIKANLAH LAMAN FBKU SEBAGAI MEDAN JUANGKU FISABILILLAH DALAM BIDANG SASTERA YANG KUTULIS...KAU KURNIAKAN RAKAN FBKU YANG SENTIASA SUDI DAN ADA MASA UNTUK MEMBERI KOMEN/KOMENTAR YANG BERNAS SEIIRING TEMA KARYA YANG KUTULIS DENGAN BAHASA YANG DITULIS ITU KAU KIRA AMALAN SOLEH DI ALAM AKHIRAT SETELAH MATI KERANA APA YANG DITULIS ITU DIBACA JUGA MEREKA YANG HIDUP... AAMIIN

    YA ALLAH ANDAINYA RAKAN FBKU SIBUK DENGAN URUSAN KERJAYANYA...TANPA MAHU MEMBERI KOMEN/KOMENTAR PADA KARYA-KARYA YANG KUTLILIS ..BUKAKAN HATINYA UNTUK MEMAAFKAN AKU...JIKA AKU MENGGANTIKAN TEMPATNYA PADA ORANG LAIN YANG SUDI MENJADI PEJUANG SASTERAKU...KERANA JIKA MEREKA KECIL HATI KERANA CUMA MENGHARAPKAN SEBUAH KOMENTAR DAN AKU JUGA KECIL HATI DENGANNYA SAMA-SAMA KECIL HATI...KAMI JADI SAHABAT YANG SALING MELUKAI DAN MENYAKITI DALAM SENYAP. AKU TAK MAHU BEGITU YA ALLAH...MAAFKAN KAMI BERDUA ...TIADA NIATKU UNTUK MEMUTUSKAN SILATURAHIM ...AMPUN KAN AKU YA ALLAH...AMPUNKAN SAHABAT ALAM MAYAKU JUGA.
    AKU BERSASTERA MAHUKAN REDHAMU
    AKU BERSASTERA MAHU SALING MENJAGA SILATURAHIM KERANA-MU WALAUPUN CUMA DI ALAMMAYA....

    KEPADA SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU YANG BERGELAR RAKAN FB, RAKAN GROUP DAN PEMBACA SETIA KARYA-KARYAKU DI ALAM MAYA INI...SUDILAH MAAFKANKU...JIKA KERANA SASTERAKU INI TELAH MELUKAI HATI KALIAN...PERCAYALAH SIAPAPUN KALIAN SELAGI BERSTATUS HAMBA ALLAH AKU SAYANG KALIAN SESUNGGUHNYA SAYANG ...SAYANG KERANA ALLAH TAALA...MAKANYA DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI MAAFKAN DAKU ....AKU MERAYU PADA KALIAN SUDI MAAFKANKU DAN SUDI MEMAHAMI DUNIA SASTERAKU....KU MERAYU KERANA KALIAN ADALAH SAUDARA SEISALAMKU YANG PATUT AKU HORMATI DAN SANJUNGI ITULAH YANG DIMAHUKAN OLEH TUHANKU ALLAH AZZAWAJALLAH.
    MULAI SAAT INI DAN DETIK INI KITA KOSONG KOSONG YE...APA SUDI MAAFKANKU DAN SUDI MAAFKAN KU SAMPAI KAPANPUN!

    'AKU BUKANLAH SEORANG RATU UNTUK DISANJUNGI DAULAT TUANKU!
    MEMADAILAH AKU RATU PUJANGGA DI HATIMU YANG SENTIASA SUDI SETIA BERPUJANGGA DENGANMU DI BALIK BAYU HANYA BAYU MENYAMPAIKAN PUISI-PUISIKU
    DENGAN IZIN-NYA PADAMU SAMADA KAMU SUDI ATAU TIDAK MEMBACANYA ..JIKA SUDI BACA DAN HAYATI JIKA ADA ILHAM BERIKAN ILHAM ITU SEBAGAI KOMEN/KOMENTARMU AGAR BISA MENGHARUMKAN SILATURAHIM DAN JIKA TAK SUDI BACA TAK APA KU TAK BERKECIL HATI.....ASALKAN KAU SENTIASA SUDI MEMAHAMI DUNIA KARYAKU ITU SUDAH MEMADAI BUATKU .'

    PUJANGGA YANG SETIA BERPUJANGGA DENGANMU
    YANG MAHU SENTIASA BERSILATURAHIM DALAM BERKARYA
    MOHON KEMAAFAN SAMPAI KAPANPUN JIKA KERANA SASTERA KUTERKHIILAF
    ,
    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    20 Zulhijjah 1434H
    25 Oktober 20131M
  • Ratu Rimba Niagara KOTA TEATER BANGSAWAN DIRAJA NUSANTARA 

    Aduhai Ratu Negari 1 rakan seperjuanganku...
    Tak sakit kepala ke mereka yang membaca karya-karya ini ye
    Baca satu nafas tanpa henti
    Langsung mereka malas mahu baca
    Tapi tak apa andai ada yang menyunting karya ini
    Pasti ramai yang mahu baca sampai habis
    Agak-agak ada ke penerbit yang mahu
    Mementaskan ,"TEATER BANGSAWAN DIRAJA YANG DIAKARANGKAN BERSAMA INI YE.'
    Jika ada pastilah dunia sastra nusantara yang selama ini cuma imaginasi jadi realiti ya...Bukan setiap bulan satu Teater Bangsawan dipentaskan barangkali seminggu sekali...Waduh akan terujud , 'PENTAS BANGSAWAN DIRAJA NUSANTARA DI LIMA BENUA' hehehe senyum sendiri nich Ratu Negari 1....hehehe

    Tugas kita berkarya...tugas mereka mementaskan karya...
    Pasti hari-hari hidup kita bersastra
    Tanpa memperdulikan halangan lagi
    Indahnya hidup penuh sastramu sasteraku
    Bunga-bunga sastramu sasteraku
    Berpadu melingkari hatimu hatiku...
    Indahnya sastramu sasteraku.

    Malam nanti bila bulan mengambang penuh
    Pasti ku terpandang wajahmu
    Senyum padaku
    Sambil menghulurkan tangan
    Sahabat sastraku Ratu Rimba Niagara
    Tunggulah kedatanganku menjemputmu
    Ke negeri Sastra
    Yang kita jadikan KOTA SASTRAKU SASTERAMU
    Maka pasti kau tak kesendiriaan lagi berjuang
    Karena aku sentiasa ada untuk merealitikan impian dan cita-cita sasteramu sastraku
    Agar dunia tahu Kesusasteraan Melayu Nusantara bakal menjadi popular di serata dunia
    In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    2 Zulhijjah 1434H
    7 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara SENIMU SENIKU ANUGERAH-NYA DISYUKURI BERSAMA

    Alhamdulillah Aamiin.. .moga komunikasi seni sastra ini memberi manfaat kepada semua pencinta seni di bidang yang bersangkut paut dengan seni yang indah lagi mempesonakan...
    Andai Putra Duyung berjaya difilemkan
    semua yang terlibat adalah mewakili segala bidang senii
    1. Seni ide
    2. Seni tulis
    3. Seni lukis
    4. Seni tulis skrip
    5. Seni pengarahan 
    6. Seni lakon layar
    7. Seni tari
    8. Seni muzik
    9. Seni suara
    10. Seni budaya
    11. Seni reka pakaian
    12. Seni pencahayaan

    13 Seni pembikinan filem
    Semuanya berjiwa menghasilkan seni yang ada roh seni di bidang seni masing-masing jadilah karya tersebut satu karya seni boleh dibanggakan oleh semua insan seni dan dihargai semua penonton/pembaca dan mesej yang ingin disampaikan si pengkarya seni In Shaa Allah sampai dengan penuh penjiwaan yang teramat dalam. Gabungan budayawan-budayawan seni atas kelebihan kepakaran masing-masing akan menjadikan produk seni sesuatu yang diterima oleh semua In Shaa Allah Aamiin.
    Barulah produk seni menjadi khazanah warisan anak bangsa ibu pertiwi Nusantara itulah matlamat di sebalik paduan gabungan semua penggiat seni budaya Nusantara. moga tereliti In Shaa Allah Aamiin.
    14. Produk seni yang dihasilkan sedia di pasarkan ke peringkat antarabangsa
    dan tugas ini digalaskan kepada yang mempunyai seni kepakaran dalam seni pemasaran, promosi, mencari pelabur dana dan seni pakar strategi perniagaan. In Shaa Allah akan berkembanglah dengan bermulanya seni sastra kepada semua cabang seni yang dimiliki oleh mereka yang berjiwa seni.
    Seni yang berjiwa ini adalah produk seni yang di nantikan di abad ke-21 In Shaa Allah menjadi produk seni yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Produk seni inilah yang hendak ditinggalkan kepada anak bangsa ibu pertiwi nusantara teruskan sampai bila-bila selagi ada bulan dan matahari In Shaa Allah Aamiin.

    "SENIMU SENIKU ANUGERAH-NYA DISYUKURI BERSAMA'

    Rakan seperjuanganmu sampai hujung nyawa,
    RATU RIMBA NIAGARA
    20 Zulhijjah 1434H
    25 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara YAKINLAH DENGAN JANJI ALLAH

    Yakinlah dengan janji yang telah Allah janjikan pada hamba-Nya yang yakin dengan Kekuasaan Allah mengatasi segala-Nya. Janji Allah pasti karena Dia tidak akan memungkiri janji. Moga kita tergolong dalam golongan yang bila berjanji kita tepati. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    Andri Bayuardi aku bantu garaf maker karyanya ya bunda nuwun

    Ratu Rimba Niagara Moga ada yang berminat untuk sponsor karya-karya sastra bunda yang dihasilkan ya...tolong doakan

    Andri Bayuardi aamiin yra pastilah...bunda kan relasinya org2 hebat di dunia n alam gaib hihiii

    Ratu Rimba Niagara makanya buatlah yang terbaik moga Allah bukakan hati hamba-Nya untuk realitikan sastra nusantara yang bunda dambakan yang anak cucu nusantara harapkan. Kejayaan bunda untuk mereka anak cucu nusantara. Aamiin.

    Andri Bayuardi aamiin yra jaya lah nusantara ku sejahtera lah saudara senusantara ku

    Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    SASTRA NUSANTARA HADIAH KHAZANAH WARISAN BANGSA UNTUK ANAK CUCU NUSANTARA

    Ya Allah Ya Tuhanku, ku sudah usahakan semampu dayaku
    Hanya Engkaulah yang memakbulkan ...
    makbulkanlah Ya Allah..cita-cita Sastra Nusantara
    yang aku karangkan Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

    Duhai anak cucu Nusantaraku ..
    nenda sudah usahakan semampu kudrat pemikiran nenda...
    andai berjaya ...kejayaan sastra nusantara ini adalah hadiah dari nenda untuk cucunda semua jagailah harta warisan sastra pusaka bangsa dari nenda untuk semua cucunda yang tersayang sudilah doakan nenda abadi dan bahagia di alam barzah sana dan doakan juga kepada semua yang sudi memberi kerjasama dan dukungan yang tidak berbelah bahagi kepada nenda ya..percayalah kami sayangkan dan kasihkan cucunda melebihi daripada kepentingan kami sendiri...

    Nenda dan para pejuang sastra nusantara untukmu,
    Nenda Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua.
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    7 Zulhijjah 1434H
    12 Oktober 2013
    October 25 at 3:39pm · Like

    Ratu Rimba Niagara KEDAMAIAN DUNIA AKAN BERPATUT DALAM SYAIR DAN GURINDAM

    'Kami Persembahkan Penghargaan Termatrai Bagi Penyair Ulung Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua//////////////kedamaian dunia akan berpatut dalam syair gurindam..............,' KDYMM Maharaja Kutai Mulawarman

    Like · · Unfollow Post · Share · See Friendship
    Rubianto Tanoto likes this.

    Rubianto Tanoto congratulationj with my respect YM Ratu Rimba Niagara

    Ratu Rimba Niagara DUKUNGAN DARIPADA DR RUBIANTO TANATO AMATLAH DINANTIKAN PENUH DOA DARI-NYA AGAR SUDI MEMBERI KERJASAMA BAGI MENJAYAKAN CITA-CITA SASTRA NUSANTARA INI.

    Rubianto Tanoto saya secara pribadi sangat mendukung cita cita YM Ratu Rimba Niagara yang mengangkat sejarah Nusantara - hal itu suatu perjuangan yang harus kita dukung - karena hanya sejarahdan budaya yang mampu mengangkat harkat dan martabat bangsa , salam rahayu

    Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah. Tanpa dukungan dan sokongan daripada semua ...siapalah saya ...saya tak mampu merealitikannya sendiriaan ...terlalu tak terdaya...tapi dicoba untuk didayakan selagi nyawa di kandung badan. Moga Allah swt memberikan kekuatan. Aamiin.

    Rubianto Tanoto YM Ratu Rimba Niagara tetap semangat - apapun rintangan harus kita hadapi pantang menyerah - demi sejarah dan budaya

    Ratu Rimba Niagara ALLAHU AKBAR.. makasih Dr Rubianto Tanato...moga Allah swt membalas segala kebaikanmu dan melimpah ruahkan rezekimu dan imanmu Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    Rubianto Tanoto YM Ratu Rimba Niagara tetap semangat - apapun rintangan harus kita hadapi pantang menyerah - demi sejarah dan budaya

    Ratu Rimba Niagara ALLAHU AKBAR.. makasih Dr Rubianto Tanato...moga Allah swt membalas segala kebaikanmu dan melimpah ruahkan rezekimu dan imanmu Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM CARA BARU MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU

    Aku bukan ahli sejarah
    Tapi aku peminat sejarah
    Aku mahu menghargai sejarah
    Dengan caraku sendiri
    Aku ingin mengolah sejarah
    Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
    Cara baru untuk mempopularkan sejarah
    Di jiwa anak cucu rumpun Melayu
    Agar mereka menghargai
    Sejarah moyang mereka
    Yang bersusah payah
    Memerdekakan negara tercinta
    Agar anak cucu dapat menumpang teduh
    Dengan aman sejahtera
    Tanpa ada permusuhan
    Yang akan membuatkan
    Negara moyangku dijajah semula
    Aku tak mahu sampainya jadi begitu
    Makanya
    Kurela
    Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
    Pena untukku menulis
    Dengan air mata dan darah
    Dan takkan kuhiraukan lagi
    Segala penghinaan mereka ke aku
    Karena aku berpena bukan
    Untuk dipandang mereka
    Aku menulis
    Demi pandangan dari-Nya
    Demi anak cucu rumpun Melayu Nusantara

    Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
    Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
    Karena ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
    Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
    Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
    Sehingga terhenti nafas
    Terhentilah pena

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Ogos 2012
    PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
    31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
    13 Ogos 2012
    24 Ramadan 1433H

    Rubianto Tanoto saya sangat setuju dengan anda YM Ratu Rimba Niagara

    Ratu Rimba Niagara Makasih kerana sudi menyetujui apa yang dikaryakan. Sejujurnya setiap penulisan Dr Rubianto Tanato sarat dengan mesej yang memberi manfaat mereka yang membacanya. Salut 3x ya.

    (PETIKAN DARIPADA WALL DR RUBIANTO TANOTO, KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN & RATU RIMBA NIAGARA)
    14 Zulhijjah 1434H
    19 Oktober 2013M

    (PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    10 Zulhijjah 1434H
    15 Oktober 2013M

    (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING, KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN, YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA, BUNDA RATU NEGARI 1, DR RUBIANTO TANATO, RATU RIMBA NIAGARA & ANDRI BAYUARDI)
    14 Zulhijjah 1434H
    19 Oktober 2013
  • Ratu Rimba Niagara SINOPSIS PUTRA DUYUNG

    Mas Merah manusia yang bertukar menjadi duyung
    setelah menerima hati daripada Putera Duyung hasil
    daripada pembedahan Pendeta Duyung.

    Mas Merah bersahabat baik dengan Puteri Duyung
    yang merupakan kekasih Putera Duyung. Dalam masa
    yang sama Mas Merah jatuh cinta dengan Putera Duyung
    tetapi kerana tidak mahu menjadi penghalang percintaan
    Puteri Duyung, Mas Merah ingin menjadi manusia kembali.

    Mas Merah mendapat nasihat daripada Pendeta Duyung
    dengan memakan 7 jenis rumpai laut.
    Semasa menjadi menusia kembali, di atas kapal anak-anak
    muda berebut ingin mendapatkan cinta Mas Merah hingga
    sanggup berbunuh-bunuhan. Ini menyebabkan Mas Merah
    ingin menjadi duyung kembali dan setelah makan 7 jenis
    rumpai laut yang masih berbaki, Mas Merah menjadi
    duyung semula.Ketika itu Puteri Duyung sedang bersiap
    diandam untuk menjalani upacara penikahan dengan
    Putera Duyung. Mas Merah memujuk Puteri Duyung
    agar melepaskan Putera Duyung kepadanya.

    Atas pujukan itu Puteri Duyung melepaskan cintanya
    dengan rela hati.

    Demi menjaga hati kedua wanita duyung,
    Putera Duyung tiada mengawini kedua-duanya. Kali ini
    Putera Duyung hanya dapat berjumpa Mas Merah di pulau
    yang tidak berpenghuni apabila bulan mengambang sahaja
    kerana Mas Merah di waktu siang menjadi manusia dan di
    malam hari menjadi duyung.

    Seorang nelayan ingin menangkap Mas Merah untuk tujuan
    perniagaan. Tangkapan pertama gagal. Tangkapan kedua ,
    ketika itu bulan mengambang penuh, pada ketika itu juga
    Putera Duyung bertemu dengan Mas Merah menyarungkan
    kalung mutiara ke leher Mas Merah. Belum sempat
    Putera Duyung meluahkan hajatnya untuk melamar ,
    Mas Merah mati terkena lembing nelayan.

    Mas Merah menggadaikan nyawanya apabila ternampak nelayan
    membalingkan lembing ke arah Putera Duyung. Sebelum
    menghembuskan nafas terakhir Mas Merah meminta
    Putera Duyung mengawini Puteri Duyung.

    Disediakan oleh : Ratu Rimba Niagara
    15 Oktober 2012
    (DISIARKAN DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH, PRINCE ABDUL MALIK, KEDATON KRATON WAHYU UTAMA, PERKUMPULAN KERATON NUSANTARA, RATU RIMBA NIAGARA & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)

    (PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    20 Zulhijjah 1434H
    25 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' PUTRA DUYUNG'

    SYAIR PUTERA DUYUNG

    Tersebutlah satu kisah percintaan,
    Dimulai dengan sebuah perkampungan nelayan;
    Telah berlaku satu pergaduhan,
    Hanya kerana ingin merebut kekuasaan.

    Pergaduhan berlaku tanpa ihsan,
    Sana-sini mayat bergelimpangan;
    Bermandikan darah perkampungan nelayan,
    Tiga hari dua malam pergaduhan berlarutan.

    Malam ini sekumpulan Kampung Nelayan,
    Melarikan diri dari permusuhan;
    Naik ke kapal berebut-rebutan,
    Kerana ingin lari dari kekalutan.

    Di malam bulan purnama indah permandangan,
    Terpesona mata memandang ke arah bulan;
    Mas Merah berbincang dengan Siew Lan,
    Mengenai keharmonian kehidupan di lautan.

    Siew Lan memujuk Mas Merah dengan kasih sayang,
    Mas Merah kawan baiknya dari dulu hingga sekarang;
    Berkawan baik atas dasar keikhlasan sayang,
    Saling nasihat menasihati demi kasih dan sayang.

    Mas Merah luahkan rasa di hati,
    Menjadi penghuni lautan itu yang diingini;
    Hidup berkasih sayang penuh harmoni,
    Tapi apakan daya cuma imaginasi.

    Melaung Mas Merah di lautan sepi,
    Meraung merintih kenapa nasibnya begini;
    Tiada siapa yang ingin mengerti,
    Hidup di dunia dirasakan mati.

    Telah berlaku sesuatu yang tidak diduga,
    Tiba-tiba berlaku perubahan cuaca;
    Angin rebut taufan datang melanda,
    Penghuni kapal ketakutan dirasa.

    Penghuni kapal menjerit ketakutan,
    Kapal terhoyang-hayang di tengah lautan;
    Ombah bergulung guruh berdentuman,
    Penghuni kapal berada dalam kecemasan.

    Hujan ribut disertai suara menakutkan,
    Muncul rasaksa dasar lautan;
    Menenggelamkan kapal ke dasar lautan,
    Sekelip mata hilang ditelan lautan.

    Semuanya mati ditimpa malang,
    Kecuali Mas Merah diselamatkan duyung;
    Lelaki duyung bergelar Putera Duyung,
    Memiliki kuasa segala duyung.

    Mas Merah koma beberapa hari,
    Putera Duyung bersusah hati;
    Ingin menyelamatkan Mas Merah hajat di hati,
    Agar Mas Merah bernafas kembali.

    Bertemu pendeta minta pandangan,
    Pendeta meminta Putera Duyung fikirkan;
    Sebelum membuat apapun keputusan,
    Kerana alam duyung dan manusia banyak perbezaan.

    Putera Duyung mahukan Mas Merah diselamatkan,
    Walau apa cara sekalipun akan diusahakan;
    Melihat Mas Merah hatinya ihsan,
    Berkorban nyawa dia pertaruhkan.

    Hati Putera Duyung perlu didermakan,
    Kepada Mas Merah untuk diselamatkan;
    Percantuman hati mesti dijalankan,
    Itu caranya Mas Merah diselamatkan.

    Putera Duyung sanggup dermakan hati,
    Melihat Mas Merah koma tak sampai hati;
    Putera Duyung yakin Mas Merah manusia baik hati,
    Diderma hati dengan seikhlas hati.

    Di malam bulan purnama dijalankan pembedahan,
    Antara Putera Duyung dan Mas Merah penuh suspen;
    Cahaya terang disimbahi cahaya rang bulan,
    Selamat sudah pendeta lakukan pembedahan.

    Selepas pembedahan berlaku perubahan,
    Mas Merah bertukar menjadi duyung rupawan;
    Gembiranya pendeta berjayanya pembedahan,
    Pendeta bersyukur usahanya DiPerkenankan.

    Mas Merah hidup bagaikan keajaiban,
    Didapati dirinya ada di dasar lautan;
    Berasa pelik dengan perubahan,
    Perubahan dirinya di luar dugaan.

    Dirasakan dirinya berada di alam fantasi,
    Seolah tercapai hajat di hati;
    Menjadi penghuni lautan yang dibayangi,
    Kini menjadi kenyataan masih belum difahami.

    Puteri Duyung menyambut kedatangan Mas Merah,
    Disambut dengan tarian duyung penuh meriah;
    Istana duyung dihias indah,
    Menyambut tetamu terhormat Mas Merah.

    Mas Merah gembira tidak terperi,
    Dilayan Mas Merah seperti Tuan Puteri;
    Wajahnya ayu berseri-seri,
    Dirasakan impian jadi realiti.

    Memang impian menjadi realiti,
    Mas Merah masih lagi belum mengerti;
    Dipendamkan juga kenapa jadi begini,
    Akan terjawab di suatu ketika nanti.

    Bergurau senda dengan Puteri Duyung,
    Menghayati suasana di Taman Karang;
    Menjadi sahabat baik penuh kasih sayang,
    Kasih terjalin mengundang sayang.

    Setiap hari berkejar-kejaran,
    Berkejar-kejaran di balik taman;
    Taman Karang dipenuhi bunga-bungaan,
    Harum semerbak menyelubungi taman.

    Dalam berkejaran terpisah dengan Puteri Duyung,
    Puas dicari Puteri Duyung ke mana menghilang;
    Muncul pula lelaki duyung,
    Mas Merah menangis berasa bimbang.

    Putera Duyung memperkenalkan diri,
    Diceritakan bagaimana Mas Merah begini;
    Fahamlah sudah Mas Merah kini,
    Budi baik Putera Duyung terkesan di hati.

    Semenjak itu berkenan di hati,
    Mas Merah jatuh cinta tanpa disedari;
    Dengan Putera Duyung yang baik hati,
    Cinta Putera Duyung ingin dimiliki.

    Tapi apakan daya cintanya terhalang,
    Cinta Putera Duyung kepunyaan Puteri Duyung;
    Beralah Mas Merah terus menghilang,
    Bukti kasihnya kepada Puteri Duyung.
    October 25 at 2:47pm ·
  • Ratu Rimba Niagara Demi sahabat ingin menjadi manusia kembali,
    Agar cinta sahabatnya bertaut kembali;
    Biarlah dia membawa hati,
    Membawa hati luka demi sahabat sejati.

    Berjumpa pendeta menyampai hajat di hati,
    Agar pendeta boleh perkenankan nanti;
    Mengertilah sudah pendeta kini,
    Memakan 7 jenis rumpai laut dikehendaki.

    Berlaku perubahan setelah makan rumpai laut,
    Menjadi kembali manusia terapung di laut;
    Teruna muda terjun ke laut,
    Menyelamatkan Mas Merah tanpa takut.

    Mas Merah pengsan tak sedarkan diri,
    Doktor datang memberi rawatan;
    Sedar Mas Merah gembiranya hati,
    Si teruna muda yang baik budi.

    Budi bahasa Mas Merah buat si teruna jatuh hati,
    Cinta Mas Merah ingin dimiliki;
    Melamar Mas Merah sepenuh hati,
    Mas Merah terkesima antara dua hati.

    Antara cinta dan budi,
    Mas Merah tak mengerti;
    Cintakan Putera Duyung setia di hati,
    Hatinya dengan Putera Duyung tercantum di hati.

    Mas Merah rupawan buat hati tertawan,
    Anak-anak kapal berlumba ingin menawan;
    Menawan cinta Mas Merah yang rupawan,
    Ingin memiliki cinta sanggup berbunuh-bunuhan.

    Mas Merah memberontak rasa tak tenteram,
    Tiada dimiliki rasa kedamaian;
    Tidak seperti berada di lautan,
    Ingin kembali menjadi duyung lautan.

    Tanpa berfikir baki 7 jenis rumpai laut dimakan,
    Bertukar menjadi duyung kembali selepas makan;
    Gembiranya hati tak dapat dibayangkan,
    Terus menggelongsor ke dasar lautan.

    Mas Merah pergi mencari pendeta,
    Memohon nasihat dari pendeta bijaksana,
    Hajat Mas Merah difahami pendeta,
    Berjumpa Puteri Duyung itu dipinta.

    Tika itu Puteri Duyung sedang berdandan,
    Didandan cantik menjadi pengantin;
    Sebentar lagi upacara pernikahan dijalankan,
    Dengan Putera Duyung kekasih idaman.

    Mas Merah menangis sepenuh hati,
    Merayu pilu pada sahabat sejati;
    Puteri Duyung tidak sampai hati,
    Melepaskan cintanya pernikahan tak jadi.

    Budi baik Puteri Duyung dingati sampai mati,
    Bukan sengaja merebut kekasih hati;
    Sudah terikat antara dua hati,
    Moga cintanya terpatri nanti.

    Putera Duyung tidak ambil hati,
    Apabila Mas Merah menaruh hati;
    Kedua-dua duyung tidak dikawini,
    Demi kerana menjaga hati.

    Sumpahan duyung Mas Merah redha,
    Di siang hari menjadi manusia,
    Menjadi duyung apabila malam tiba,
    Pulau terpencil tempat tinggalnya.

    Bernyanyi-nyanyian mengeratkan kasih,
    Kasih mengasihi seperti kekasih;
    Apakan daya kasih tersisih,
    Kerana tak mahu berbagi kasih.

    Putera Duyung datang di bulan purnama,
    Memastikan Mas Merah hidup sempurna;
    Ada masalah dikongsi bersama,
    Ketiadaan Putera Duyung Mas Merah redha.

    Kebahagiaan mereka rupanya tak lama,
    Apabila datang nelayan ke sana;
    Mahu menangkap Mas Merah agar ternama,
    Dibuat persiapan lembing dibawa.

    Malam itu malam penghabisan,
    Cinta dua kekasih tidak kesampaian;
    Putera Duyung ingin nyatakan,
    Agar diterima Mas Merah lamaran.

    Mas Merah gembira disarungkan kalungan,
    Kalungan mutiara bertatah berlian;
    Mas Merah ternampak balingan lembing nelayan,
    Dipertaruhkan nyawa demi cinta kesufian.

    Nelayan takut sembunyikan diri,
    Di balik batu dia bersembunyi;
    Tanpa disedari datang ketam gergasi,
    Digigit nelayan hingga mati.

    Panahan lembing tertusuk di hati Mas Merah,
    Mengalir deras pekatnya darah;
    Putera Duyung terpaku dalam luka yang parah,
    Perginya kekasih dalam cinta berdarah.

    Semasa nazak dipangkuan Putera Duyung,
    Sempat menyuruh mengawini Puteri Duyung;
    Kepedihan dirasa tak dapat dibendung,
    Menangis Putera Duyung dalam cinta sayang.

    Sedihnya tika itu tahunya Tuhan,
    Dicabutnya lembing perlahan-lahan;
    Darah terus mengalir terus-terusan,
    Menangis hiba cinta tak kesampaian.

    Permergian Mas Merah sentiasa dikenangkan,
    Apa nak buat takdir menentukan;
    Cinta kekasih tidak kesampaian,
    Diredhainya dalam kepasrahan.

    Di hari persandingan penuh hiba,
    Jenazah Mas Merah menyaksikan cinta;
    Hajat Mas Merah disampaikan juga,
    Mahukan perkahwinan dijalankan segera.

    Setelah persandingan upacara pengkebumian,
    Mas Merah dibawa ke kuburan;
    Di Taman Karang Mas Merah dikebumikan,
    Menjadi legenda penghuni lautan.

    Sekian Sahaja Syair Putera Duyung Kisah Cinta Abadi,
    Antara dua kekasih berlainan alam perbezaan hati;
    Bercantuman hati hingga ke mati,
    Membawa cinta hingga ke alam abadi.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    15 Oktober 2012
  • Ratu Rimba Niagara Lirik Lagu Putera Duyung & Mas Merah...

    LUKAKU PARAH CINTA BERDARAH (LIRIK LAGU PUTERA DUYUNG)

    Napa itu terjadi...
    cinta kita tak kesampaian
    belum sempat kulafazkan cinta
    kau tinggalkanku
    dalam luka parah
    duhai kekasih hatiku o...

    Kusalahkan diriku sendiri
    membuatmu tertunggu-tunggu
    lafaz cinta dariku
    maafkanku kekasihku
    bukan sengajaku buatmu begini
    cintaku telah dimiliki dia
    tapi kesetiaanmu padaku
    buatkan kujatuh cinta padamu.

    Pabila kuingin balas cintamu
    sudah terlambat kulafaz cinta
    kau tinggalkanku
    meratap pilu pemergiaanmu
    selamanya.

    Kau korbankan dirimu demiku
    o...kasih ...kenapa...o...kenapa
    aku sepi tanpamu
    hatiku lara
    pedih hati
    kau balas cintaku
    dengan cinta berdarah
    aku pilu
    rindu dalam sendu
    Tak sanggupku trima perpisahan ini
    tapi apakan daya
    takdir harus ku imani
    moga kau tenang
    di alam sana
    ooo kekasihku Mas Merah.

    Karya: Putri Rimba Niagara
    15 Mei 2012
    May 15 at 6:02pm · Like

    TERLEWAT KULAFAZKAN CINTA
    (Lirik Lagu Putera Duyung)

    Maafkanku duhai kekasih
    kerna terlewat
    lafazkan cinta
    ooo...maafkanku
    buatmu ternanti-nanti
    entah kenapa kelu lidahku
    untuk lafazkan cinta
    biarpun ku sudah jatuh cinta
    padamu duhai kekasih
    tika itu
    cintaku dimiliki dia
    ku bersalah terhadapnya
    biarpun dia relakan kumilikmu
    demi menjaga... demi menjaga...
    hatinya ...hatimu...
    ku tak rela berbagi kasih
    kubuatmu ternanti-nanti...
    kejamnya aku
    kejamnya aku padamu
    maafkanku duhai kekasih....
    biarpun ku tahu
    cintamu terlalu suci
    kusalah diriku
    sesal sendiri...merana sendiri
    ...
    pabila ku terlewat lafazkan cinta
    padamu duhai kekasih ooo....

    lukaku parah...
    lukamu parah...
    cinta berdarah
    sesal sendiri
    merana sendiri...
    kau tinggalkanku sendiri
    ooo....ooo...
    maafkanku kerna
    terlewat lafazkan cinta
    kau pergi bersama cintaku
    kau tinggalkan cintamu
    untuk kukesalkan sendiri
    ooo....maafkan daku....ooo
    kerna terlewat
    kulafazkan cinta...
    sesal sendiri
    merana sendiri
    lukaku parah
    cinta berdarah
    maafkan daku
    duhai kekasih
    hatiku selamanya
    biarpun kumiliki dia
    hanya kau di hatiku..
    ooo....kasih...

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    1 Oktober 2012
    Like · · 40 minutes ago near Kuala Lumpur
    May 15 at 6:05pm · Like

    Lagu Mas Merah Kepada Putera Duyung
    (Kubawa Cintamu Hingga Ke Hujung Nyawaku)

    Apa Harus Putus Dulu by POTRET lirik
    www.youtube.com
    lagunye POTRET

    BIAR KUBAWA CINTAMU HINGGA KE NAFAS TERAKHIRKU
    (LIRIK LAGU MAS MERAH KEPADA PUTERA DUYUNG)

    Sudah lama kunantikan
    lafaz cinta darimu
    kutahu kau bukan milikku
    dan kupasrah
    jika itu takdirnya

    Namun kumasih berharap
    lafaz cinta darimu
    kunanti penuh sabar
    pabila kau tiada di sisi
    kurindu
    kunantimu setiap bulan purnama
    penuh syahdu

    kau kucinta satu-satunya…
    cintamu bertahta di hati
    tapi apakan daya kau miliknya
    aku pasrah
    jika itu takdirnya
    kulepaskan cinta ini untuk dia
    yang kau cinta

    Biar kubawa cinta ini
    hingga ke nafas terakhirku
    demi kebahagiaanmu dan dia.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    15 Oktober 2012
    Like · · 46 minutes ago near Kuala Lumpur

    YouTube - Broadcast Yourself.
    www.youtube.com
    Share your videos with friends, family, and the world

    TERIMA KASIH SAYANG

    Aku hanya mengerti
    hanya engkau yang
    ada di hati ini
    kaulah cinta pertama
    cinta terakhirku
    tiada dua hanya
    kau seorang
    yang bertahta
    di hati ini
    kaulah yang menangis untukku
    bukan tangisan berduka
    tapi tangisan bahagia
    karna kau telah berjaya
    mentakluki hatiku
    untuk mencintaimu
    seumur hidupku
    terima kasih sayang...

    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Oktober 2012
    (LIRIK PUTRA DUYUNG BARU )
    YouTube
    www.youtube.com
    www.youtube.com
    Share your videos with friends, family, and the world
  • Ratu Rimba Niagara TANPA-MU SIAPALAH AKU 

    YA ALLAH YA TUHANKU JADIKANLAH KARYA YANG KUTULIS BAGAIKAN AIR TERJUN YANG MENGALIR TERUS MENGALIR TANPA HENTI . BIARPUN SERIBU TAHUN AKU TIADA DI DUNIA INI TETAP AKAN MENGALIR TERUS MENGALIR KE HATI MEREKA YANG MEMBACA KARYAKU DAN MENDAPAT MANFAAT DUNIA AKHIRAT APA YANG KUKARYAKAN. AKU YAKIN KARYA YANG KUTULIS ADALAH ILHAM DARI-MU YANG TIDAK PERNAH PUTUS-PUTUS KAU ILHAMKAN. SUBHANALLAH SESUNGGUH-NYA ENGKAU MAHA PEMBERI TANPA HAD BENARLAH KAU MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASEHANI. 
    MAKA YA ALLAH IZINKAN HASIL KARYA SASTRA YANG KUTULIS TERUS MENGALIR KE SUNGAI-SUNGAI FIRDAUSI MENYATU TERUS ABADI SELAMA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    CINTA-MU TELAH KUUKIR DI HATI

    'TANPA-MU SIAPALAH AKU YA ALLAH'
    SAMPAI KAPANPUN AKU MENCINTAI-MU
    TAK AKAN BERHENTI MENCARI CINTA-MU
    TAK AKAN BERHENTI MENCINTAI-MU
    KERANA CINTAMU ABADI DI HATI INI
    MOGA KAU SUDI MEMBALAS CINTA DAN RINDUKU INI
    NAMA-MU TELAH KUUKIR DI HATI
    TELAH KUSIMPULMATIKAN CINTA-MU CINTA-KU
    CINTA YANG TAK AKAN BERUBAH
    BIAR MAUT DATANG SEKALIPUN
    CINTAKU TAK KAN TERGOYAH
    MENCINTAI-MU MEMBAHAGIAKAN
    MERINDUI-MU SELALU
    TAK TEGA KU BERPISAH DENGAN-MU
    SEAKAN TERHENTI DETAKAN JANTUNGKU
    KU RELA BERUBAH DEMI-MU
    DEMI MERAIH REDHA-MU
    REDHA-MU DALAM SETIAP PERKARA
    YANG KUPERJUANG MENENANGKAN 
    TIDAK AKAN MENYESAL MENCINTAI-MU
    AKAN TERPATRI DI HATIKU
    SELAGI NYAWA KU ADA
    TERUS MENCINTAI-MU TANPA HENTI
    BEGITU HEBAT-NYA CINTA-MU
    MENGATASI SEGALA YANG ADA 
    DI LANGIT DAN DI BUMI
    KERANA ENGKAULAH SATU-SATU-NYA
    YANG KUCINTA DAN KURINDU
    TANPA HENTI SEHINGGA MENYATU 
    JALINAN CINTA SAMPAI KE SYURGA-MU
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    HEBAT-NYA CINTA-MU KARENA
    SEMUA BERHAK MENCINTAI-MU MERINDUI-MU
    JUSTRU KUATKAN KETAKWAANKU DAN PEMBACA SETIA KARYAKU
    SETIAP USAHAKU SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI 
    HANYALAH KERANA-MU
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN'

    'SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1434H KEPADA SEMUA PEMBACA SETIA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 
    MAAF ZAHIR BATHIN' 

    RATU RIMBA NIAGARA
    20 Zulhijjah 1434H
    25 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara BERSAMA MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH DENGAN IZIN-NYA

    "Jika kita usaha dan jayakan sesuatu karena Allah Taala
    kita akan sentiasa bersemangat dan tak mudah patah semangat...kita takkan pentingkan diri sendiri yang ada usahaku untuk akhiratku agar di akhirat nanti aku bisa tenang setenang Air Di Kali Syurga Aamiin.
    Terima kasih atas doamu itu AAmiin. 

    'KEJAYAANMU KEBAHAGIAANKU
    KEJAYAANKU KEBAHAGIAANMU
    KEJAYAAN KITA KEBAHAGIAAN SEMUA' 
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    Sejujurnya ku beritahu padamu...
    Tuhan duga aku dengan kasih sayang
    pada masa yang sama aku dilimpahi kasih sayang-Nya 
    dan dari semua yang membaca karya-karyaku
    itulah kebahagiaanku apabila karya-karyaku dibaca oleh pembaca di alam maya seolah aku telah memberikan kasih sayangku pada mereka dan mereka membalas kasih sayangku dengan mendoakan ku

    Ku tak pernah berasa takut mereka tidak memberi dukungan/sokongan dan kasih sayang mereka
    kerana aku hanya bergantung harapan kepada Allah swt.

    IZINKAN AKU BERADU UNTUK BERMIMPI MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH DENGAN IZIN-NYA. AAMIIN.

    Andai esok sang suria pagi kirimkan aku bintang dari langit ke tujuh-Nya bintang itu adalah kamu
    Allah swt tetepkan untukku syukuri seumur hidupku.
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. 

    Karya Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    20 Zulhijjah 1434H
    25 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara HATIKU HATIMU UNTUK DIA

    KAU TERCIPTA UNTUKKU
    AKU TERCIPTA UNTUKMU
    HATIKU HATIMU 
    DICIPTA UNTUK SALING 
    BERKASIH SAYANG 
    DALAM BERSAUDARA SEISLAM
    KITA SALING BEKERJASAMA
    KURNIAAN KELEBIHANMU KELEBIHANKU
    SALING BERPADU 
    MENYINARKAN 
    IMANMU IMANKU IMAN SEMUA
    KEJAYAANMU KEBAHAGIAANKU
    KEJAYAANKU KEBAHAGIAANMU
    KEJAYAAN KITA KEBAHAGIAAN SEMUA
    MAKANYA KITA TEKAD
    BERUSAHA SELAGI MAMPU SELAGI TERDAYA
    KITA PERAHKAN OTAK HINGGA KE TAHAP 
    PEMIKIRAN KRITIKAL
    AGAR TUHAN EHSAN
    MELIHAT KESUNGGUHAN USAHA KITA 
    KITA TAK PERLU SANJUNGAN
    KITA TAK PERLU MENCIPTA POPULAR
    YANG KITA PERLU CIPTAKAN 
    KEJAYAAN KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA 
    YANG BISA KITA BANTU SELAGI DAYA UPAYA KITA
    SEPANJANG HAYAT KITA 
    MEMBANTU TERUS MEMBANTU 
    TANPA PINTA DIBALAS
    MEMADAILAH DIBALAS 
    DENGAN KASIH SETULUS HATI DEMI-NYA
    PENGORBANAN KU
    PENGORBANAN MU
    DEMI DIA
    HIDUP DAN MATI DALAM KEBAIKAN
    HATIMU HATIKU UNTUK DIA
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA ALLAH
    PUJANGGAMU
    PUJANGGA SEMUA
    AKU BERPUJANGGA ILHAM DARI-NYA
    MAKANYA APA YANG KUPUJANGGAKAN
    UNTUK MUHASABAH DIRIKU SENDIRI
    LALU KUBAGIKAN/KONGSIKAN PADA MEREKA YANG SUDI
    AGAR HATIKU HATIMU UNTUK DIA
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

    HATIKU HATIMU UNTUK DIA
    YANG SENTIASA MAHU MENYAYANGI SEMUA
    DALAM CINTA KASIH SAYANG KITA BERSAUDARA
    MOGA DI DUNIA INI KITA BERADA BAGAIKAN
    DI RODHATUL SAKINAH
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    RATU RIMBA NIAGARA
    TANPA ALASAN APAPUN KALIAN ADALAH 
    SAUDARA SEISLAMKU SAMPAI KAPANPUN
    MAKANYA MAAFKAN AKU
    AKU MAAFKAN KAMU
    JADILAH KITA
    HATIKU HATIMU UNTUK DIA
    PADUAN DUA HATI UNTUK DIA
    ADALAH LEBIH BERHARGA 
    DARI ALAM DAN SEISINYA 
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN 

    'MOGA KITA SAMA-SAMA CINTA ALLAH DAN RASUL-NYA'

    RATU RIMBA NIAGARA
    HATIKU HATIMU UNTUK DIA
    20 Zulhijjah 1434H
    25 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'KOTA SASTRA KHAZANAH WARISAN BANGSA NUSANTARA DIREALITIKAN KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN'
    Karya KDYMM Maharaja Kutai Mulawarman & Ratu Rimba Niagara

    BABAK 1

    Maharaja Kutai Mulawarman

    Kami Persembahkan Penghargaan Termatrai Bagi Penyair Ulung Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua//////////////kedamaian dunia akan berpatut dalam syair gurindam..............

    WARKAH UNTUK KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Syukur Alhamdulillah kepada Allah swt kerana dengan Limpahan Rahmat Kasih-Nya
    dengan izin-NYa dibukakan hati seorang hamba-Nya yang diberikan darjat raja untuk memerintah dengan adil kepada semua rakyat jelata nusantara dan juga dunia.

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada KDYMM Maharaja Kutai Mulawarman karena sudi menganugerahkan patik sebagai ,'PENYAIR ULUNG PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA' . Anugerah ini amatlah besar artinya bagi patik karena anugerah ini adalah kejayaan untuk anak bangsa ibu pertiwi SeNusantara Alhamdulillah. Anugerah ini secara tidak langsung menyuntik semangat patik untuk terus berusaha mencapai kejayaan di bidang sastra yang amat patik minati ini.

    Jika dulu patik menulis kerana patik minat tapi sekarang minat sudah bertukar menjadi sebuah perjuangan untuk anak bangsa ibu pertiwi nusantara di lima benua malah di seluruh dunia. In Sha Allah..patik akan usahakan sedaya mampu patik untuk berjaya di bidang sastra.

    Memandangkan patik menulis pelbagai tema...
    Tema Ketuhanan, Raja, Pemimpin, Rakyat, Peperangan, Politik,Kenegaraan dan sebagainya. Ditulis dalam bentuk pantun, syair, puisi dan gurindam...

    Untuk pengetahuan tuanku ...sejak pertama kali mendengar nama , "MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN," terdetik di hati patik seakan pernah dengar nama ini..barangkali semasa patik pernah belajar sejarah di sekolah suatu ketika dulu. Tidak sangka pula dapat mengenali tuanku dengan lebih dekat lagi di alammaya dan tidak sama sekali menyangka tuanku sudi menghargai penulisan patik yang telah patik sumbangkan.

    Jika dahulu patik menulis kisah dongengan diRaja dengan pelbagai tajuk tapi bila berkawan dengan kerabat diraja dan bangsawan di alammaya ini patik mengolah kisah diRaja yang realiti. Patik amat bersyukur dan bertuah kerana dunia Istana dan raja-raja terlalu dekat dengan jiwa patik walaupun patik bukanlah berketurunan raja tapi minat dengan dunia raja-raja dan istana sehinggakan patik wujudkan kerajaan imaginasi patik iaitu , 'KERAJAAN RIMBA NIAGARA' patik sebagai Raja memerintah rakyat rimba.Bukanlah patik ini taksub hendak menjadi raja atau ratu...itu semua sebagai pencetus inspirasi patik berkarya agar lebih menjiwai watak sebagai seorang raja. Patik mahu rasakan bagaimana kasihnya raja kepada rakyat baginda.

    In Shaa Allah berkat usaha patik yang tidak mengenal putus asa patik telah berjaya mengarang lebih ratusan teater bangsawan diRaja Pelbagai tema...setiap hari Allah memberi ilham tidak putus-putus kepada patik berkarya.

    Bertambah terujanya patik dengan dunia sastra yang patik dambakan apabila YM Kedaton Kraton Wahyu Utama sudi membukukan karya-karya patik untuk dipromosikan sebagai KARYA KHAZANAH WARISAN BANGSA NUSANTARA.Begitu juga dengan BUNDA RATU NEGARI 1 akan mengusaha karya bersamanya dan kami bercita-cita mahu WUJUDKAN,'KOTA SASTRA KHAZANAH WARISAN BANGSA NUSANTARA,' Di dalamnya segala bersangkut paut dengan karya yang patik hasilkan akan direalitikan di kota Sastra Nusantara tersebut. Pementasan Teater Bangsawan DiRaja adalah tema segala bentuk bangsawan diRaja untuk dipertontonkan kepada rakyat nusantara.

    Baru-baru ini seorang actor menyatakan karya-karya patik amat bagus sekali jika difilemkan atau di pentaskan sebagai Teater Bangsawan diRaja. Dia sanggup untuk menfilemkan karya-karya patik dan mementaskan sebagai Teater Bangsawan diRaja.Amatlah gembira sekali. Memandangkan ingin menjaga HAK CIPTA KARYA KHAZANAH WARISAN BANGSA NUSANTARA makanya patik amatlah berbesar hati jika KDYMM sudi menjadi penaja kepada filem untuk karya patik . Tajuk Karya patik yang hendak difilemkan , 'PUTRA DUYUNG'.Andainya putra duyung ini berjaya difilemkan , Putera duyung akan dijadikan Pementasan Teater , Animasi kanak-kanak, buku cerita kanak dan pelbagai lagi.

    Sekiranya PUTRA DUYUNG berjaya kisah-kisah diRaja yang lain pula menyusul dan insya Allah andai berjaya maka terlaksanakan KOTA SASTRA KHAZANAH BANGSA NUSANTARA bakal terwujud..In Shaa Allah Aamiin.
    Moga permohonan patik untuk memohon jasa baik KDYMM menaja kos pembikinan filem , 'PUTRA DUYUNG' dapat tuanku pertimbangkan.Jika permohonan ini berjaya maka secara tidak langsung cita-cita patik dan anakbangsa nusantara berjaya juga In Sha Allah . Aamiin.

    Kerjasama dari tuanku dalam menimbangkan permohonan patik ini amatlah patik hargai dan akan dikenang sepanjang hayat hidup patik...hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi baik tuanku. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    Sekian Wassalam.

    Dengan ingatan tulus ikhlas,

    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    9 Zulhijjan 1434H
    13 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA 
    'MOYANG BUDAYAWAN PENYAYANG PERDAMAIAN KEDAMAIAN DUNIA'

    Warkah Untuk YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...

    Bissmillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...
    bersyukur kepada Allah swt sebanyak-banyak-Nya
    dikurniakan seorang hamba-Nya
    yang tak jemu memberi dukungan/sokongan
    tidak berbelah bahagi kepada Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua, rasa terharu yang amat sangat YM sudi menghargai apa yang dikarangkan . Bukan sekarang YM Kedaton Kraton Wahyu Utama menghargai ratu rimba niagara sejak tiga tahun yang dulu di awal perkenalan di alam maya...walaupun karya-karya ratu rimba niagara disepikan dipinggirkan direndah-rendahkan oleh mereka tapi YM Kedaton Kraton Wahyu Utama tetap juga setia menghargainya dan mengagumi karya-karya yang ditulis ratu rimba niagara. YM selalu menyuntik kata-kata semangat yang tak pernah jemu kepada pujangga ratu rimba agar terus berpujangga, terus dan terus berpujangga tanpa menghiraukan lagi kata-kata yang membuatkan tinta ini bisa terhenti....
    bersemangatlah pujangga ratu rimba niagara untuk terus menulis dan menulis tanpa henti tanpa jemu selagi izin-Nya. Tanpa izin-Nya sebaris ayat pun tak bisa ditulis. 
    Ketika menulis semua perasaan diadunkan
    jika boleh satu perkataan tak mahu silap ejaannya
    semua ayat hendak dirangkaikan dengan seindah-indahnya
    agar semua pembaca membaca dengan puas hati dalam iman
    tapi apakan daya sebagai manusia biasa 
    terdapat juga kekhilafan ejaan , ayat yang tak teratur 
    andai ejaan dan bahasa tak sama dengan bahasa Indonesia 
    perbetulkanlah agar rakyat Indonesia dapat membaca dengan senang hati...gembira...ceria dan tenang setenang Air di Kali Syurga In Shaa Allah Aamiin

    YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...
    dukunganmu tak berbelah bagi dalam dunia sastra yang didambakan ini...membuatkan kuteruja dengan dunia sastra ku sendiri...lagi kutulis ...tulis...tulis...
    ide tak henti-henti datang tanpa had
    Allahu Akbar Pemurah-Nya Allah padaku
    memberi ilham padaku tak pernah Dikecewakan ku...
    apabila aku mahu mengarangkan sesuatu topik 
    dizahirkan apa yang ada di peta minda pemikiranku
    peristiwa itu jelas dibayangkan di minda
    kuterus tulis penuh teruja
    karena bila lambat tulis akan hilang
    jika boleh setiap ide yang didatangkan-Nya 
    aku tak mahu kehilangan walaupun sebaris ayat
    ku mesti segera tulis karena itu adalah permata dari Syurga
    Allahu Akbar pemurah-Nya Allah padaku
    setiap apa yang kubaca 
    setiap yang tertera di wall fbku
    semuanya sumber inspirasiku
    ilham yang datang semuanya ilmu
    permata-permata Syurga
    ilham dari-Nya yang hendak kutulis
    lalu kubagikan/kongsikan 
    pada teman-teman fb, grup dan teman alam mayaku di seluruh dunia...bagaimana aku menulis semahunya ...mereka bacalah semahunya juga...yang kutulis itu semuanya ilham yang diberikan kepadaku oleh Tuhanku Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang yang amat berbelas kasihan hamba-Nya yang berusaha untuk mendapatkan ilmu dan dikongsi.dibagikan ilmu kepada semua ....lagi kubagikan/kongsikan karya yang kutulis lagi diberikan tanpa had hingga aku menangis terharu syahdu 
    Allahu Akbar Maha Pemurah-Nya Allah ...benarlah Allah itu Maha Pemurah Lag Maha Penyayang. Syukur lah aku sebanyak-banyak-Nya ...dunia penulisan yang kuminati sedari kecil...Allah swt perkenankan aku menulis pelbagai tema dan tajuk dengan izin-Nya wal hal aku bukanlah orang yang arif dalam sesuatu tema puisi yang hendak ditulis. Dizahirkan ilham padaku tanpa sedikitpun mengecewakan aku. Allahu Akbar lagi aku bersyukur lagi diberikan ilham tanpa penghujungnya....
    Baru kufahami betapa besarnya jika kita bersyukur akan ditambahkan lagi tanpa henti-Nya makanya selagi hayat di kandung badan ku bersyukur apa saja yang diKurniakan kepadaku Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. 

    YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...pujangga ratu rimba niagara doakan moga apa yang YM perjuangkan dalam memartabat semua Budayawan Nusantara demi kedamaian dunia sukses dalam Rahmat Kasih Ilahi. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    Moga segala usaha YM Kedaton Kraton Wahyu Utama sekeluarga Di Rahmati di kala hidup dan mangkat dan dikenang oleh anak bangsa sebagai MOYANG BUDAYAWAN PENYAYANG YANG AMBIL PEDULI TENTANG PERDAMAIAN KEDAMAIAN DUNIA KARENA ALLAH TAALA. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    'DUNIA INI CUMA MIMPI AKHIRAT ITULAH REALITI'

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,

    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSUA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    19 Zulhijjah 1434H
    24 Oktober 2013M

    Kedaton Kraton Wahyu Utama Saya selalu berdoa cahaya perdamain dunia kedamain dunia ahir nya memancar pada puisi puisi Adinda YM Ratu Rimba Niagara ..... Setiap puisi yang menulis kan kegiatan Kedaton Kraton Wahyu Utama Laboratorium Pesona Wisata Dunia Kiblat Filosofi Mercusuar Alam Pesona Wisata Kedamaian dunia .. selalu saya simpan untuk persiapan kami terbitkan bahkan pamerkan pada event event dan aset aset kegiatan Opera Gebayar Pesona Wisata Kedaton Kraton Wahyu Utama Laboratorium Pesona Wisata Dunia Kiblat Filosofi Mercusuar Alam Pesona Wisata Kedamaian dunia ... bah kan bila mana berkenan kami ingin YTM Ratu Rimba Mermbantu kami mengumpulkan karya karya yang Mulia ...kusus nya lahir dari semangat kita saling memberi spirit dan saling mendukung dalam melahirkan kakrya karya nan indah agung ....saya sangat berharap batuan yang Mulia ....untuk membantu urut urutan Judul dan tgl pembuatan .... 3 tahun lebih hati kita disatukan dalam melahirkan karya karya nan indah agung ini untuk mewujutkan kebersamaan gema cahaya wahyu utama dalam karya membangun Peradaban Dunai baru nan penuh kasih dan kedamaian mari lah kita asuh menjadi serial tulisan puisi dan saling menyulam kata kata nan indah penuh cahaya ksih sayang dan mewujutkan kedamaian dunia dan ahkirat ..........

    Ratu Rimba Niagara Terima kasih kepada kedatun kraton Wahyu Utama yang selalu menghargai karya adinda. Adinda amat terharu. Kanda ambil sajalah yang mana sesuai untuk kanda terbitkan....jika kanda terbitkan pastikan ejaan dan bahasa diedit terlebih dahulu agar terjaga kualitinya. 

    KEJAYAANMU KEBAHAGIAANKU
    KEJAYAANKU KEBAHAGIAANMU
    KEJAYAAN KITA KEBAHAGIAN SEMUA' 
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    Kedaton Kraton Wahyu Utama Amin Amin Ya Robbal A'Lamiin Selamat Berkarya penuh keindahan yang mulia dijauhkan dari bahasa bahasa mencela jadikanlan bahasa puisi yang Mulia Seindah Sesejuk Angin Surga Penuh Ksaih dan Kedamaian salam kasih penuh kedamain dari Jogjakarta...

    Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
    Moga Allah swt makbulkan segala cita-cita dan hasrat yang murni Aamiin Ya Rabal A'Lamiin.

    (PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    20 Zulhijjah 1434H
    25 Oktober 203M
  • Ratu Rimba Niagara KOTA TEATER BANGSAWAN DIRAJA NUSANTARA IMPIAN KITA BERSAMA 

    TAHNIAH! NAK BUAT BERAPA BABAK INI BUNDA RATU NEGARI 1? APAKATA 1000 BABAK DIBERI MASA SIAPKAN HINGGA HUJUNG TAHUN INI, APABILA BERJAYA IN SHAA ALLAH TAHUN HADAPAN KITA JUMPA GIMANA? BISA..hehehe

    Bunda Ratu Negari I Hingga babak tamat Bunda ,,, heheee... ok siip , semoga Allah memberi umur panjang untuk kita bersua yaa Bunda ku ,,,

    Bunda Ratu Negari I ini lagi siapkan babak ke 8 ,,,=D

    Ratu Rimba Niagara Jika kuat azammu untuk sampai target 1000 babak, 1 hari lebih kurang 10 babak atau lebih barangkali sampai tarikhnya ya 1000 babak...ayuh sobatku...ini satu cabaran buatmu buatku...hehehe..

    Ratu Rimba Niagara ku sentiasa pengen beri kerjasama padamu andai kau sudi dan mampu jika tak mampu atas kesibukan kerjayamu...bisa paham kok...hehehe

    Bunda Ratu Negari I heheheh ,,,, wuaduuch kerja keras ini Buunn ,,,,

    Bunda Ratu Negari I siipp Bunda

    Ratu Rimba Niagara Sama-sama kerja keras ya...demi perjuangan suci kita. Bukankah kita target seminggu sekali mahu di pentasKAN bangsawan diRaja Nusantara di KOTA SASTRAMU SASTERAKU yang bakal dihadiri di seluruh pelosok dunia..itukan impian kita bersama? hehehe

    Bunda Ratu Negari I Betul Bunda ,,, sebagai tanda mata untuk anak cucu kita nantinya ,,,;)

    Ratu Rimba Niagara Itulah targetnya itulah matlamat sebenarnya dan itulah hikmah kenapa Allah swt temukan kita walaupun sekadar alammaya...

    Andri Bayuardi gt dong bunda2ku..ku bhgia liat nya saling bersynergy

    Ratu Rimba Niagara Dan kamu Andri sebagai pengurus untuk menjayakan KOTA SASTRA NUSANTARA WARISAN ANAK BANGSA IBU PERTIWI NUSANTARA....bisa berikerjasama?

    Bunda Ratu Negari I Amiin yra ,,,, semoga Allah swt selalu memberikan ide cemerlang bagi kita untuk di tumpahkan dalam tulisan babak demi babak .

    Andri Bayuardi tak salah ke pilihan bunda ni...aih bagaimana ke dgn pilihan bunda naagari 1 ni..same tak dgn bunda rimba niagara heheee

    Ratu Rimba Niagara KITA MERANCANG ALLAH MERANCANG MOGA PERANCANGAN KITA SELARI DENGAN PERANCANGAN ALLAH AAMIIN.

    Bunda Ratu Negari I iya Bunda kuu ,,,,

    Andri Bayuardi lho...bunda nagari saje manggil bunda dgn mu...klo gt panggil datuak lah hehee

    Bunda Ratu Negari I Andri ,,,, kamu punya bunda angkat dua , untung ituu ...

    Ratu Rimba Niagara Andri dua bunda yang sentiasa memberi kepercayaan kepada kamu bahawa kamu bisa lakukan tanggungjawab dengan cemerlang..yakin saja dengan kebolehanmu Andri...

    Andri Bayuardi subhanalloh wal hamdulillah wallohu Akbar.... tak mimpi ke saye ni ...aamiin yra

    Ratu Rimba Niagara Bukan mimpi Andri inilah kenyataannya kita diketemukan bukanlah sia-sia sekadar canda-canda kosong. Hidup kita bukan pun lama sangat ...esok belum tentu kita masih berhidup lagi. Masih ada peluang kita rebutlah peluang hidup untuk beramal seolah mati esoknya dan berbudi seolah hidup seribu tahun lagi.

    Andri Bayuardi iya bunda ratu rimba niagara...makasih pituah nasehatmu..kan ku ingat sll nuwun

    Ratu Rimba Niagara Andainya di saat ini ku punya segudang uang kan kulaburkan pada perjuangan yang suci murni ini tapi apakah daya ku coma punya segudang ide untuk perjuangan suci murni ini...doakan agar ada yang punya segudang uang untuk melabur pada 'KOTA SASTRA NUSANTARA ANAK BANGSA IBU PERTIWI NUSANTARA' ya teman-temanku.

    Andri Bayuardi aamiin yra....kun fayakun...kobulan alamiin..terkabullah hajatmu ibunda...nuwun

    Ratu Rimba Niagara entah mengapa bunda yakin dengan kebolehan andri dan bunda ratu negari andai kita satu hati bergabung mengunakan kelebihan masing-masing In Sha Allah berjaya misi sastra anak bangsa ibu pertiwi kita nanti..yakinlah andri...dan bunda ratu negari 1. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Moga kita tabah ya... Aamiin.

    (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    9 Zulhijjah 1434H
    14 Oktober 2013

Other Albums

(PETIKAN DARIPADA WALL PRINCESS MUTA-WAKKILAH, KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH, KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN, YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA,  RATU RIMBA NIAGARA ,BUNDA RATU NEGARI 1, DR RUBIANTO TANOTO
GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING & GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA ,RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
26 Zulhijjah 1434H
31 Oktober 2013M


0 comments:

Post a Comment

 
;