'MENCINTAI-MU SAMPAI SYURGA ' (8)
ALLAH KUCINTA ALLAH KURINDU
TANDA KUCINTA KUTULIS PUISI CINTA TENTANG-MU
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU SAMPAI SYURGA' Karya Ratu Rimba Niagara, Bunda Ratu Negari ,Kdymm Maharaja Kutai Mulawarman, Dr Rubiato Tatono, Iwan Tirta & Andri Bayuardi. Sutradara Fasmadhy Deddi.
Ratu Rimba Niagara shared Aaron Aziz's photo.
INILAH AIR TERJUN RIMBA NIAGARA
DI SINI TEMPAT RATU RIMBA NIAGARA MENGARANG
PAGI PETANG SIANG DAN MALAM
MOGA ALLAH SWT TERIMA YANG KUKARANGKAN SEBAGAI
SAHAM AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
DI SINI TEMPAT RATU RIMBA NIAGARA MENGARANG
PAGI PETANG SIANG DAN MALAM
MOGA ALLAH SWT TERIMA YANG KUKARANGKAN SEBAGAI
SAHAM AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
- TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU SAMPAI SYURGA' Part (8)
Karya Kdymm Maharaja Kutai Mulawarman, YM Kedaton Kraton Wahyu Utama,
Ratu Rimba Niagara, Bunda Ratu Negari 1, Dr Rubianto Tanoto, Sri Pemangku Adat & Iwan Tirta
INGIN KUGAPAI BINTANG DAN BULAN UNTUK KUHADIAHKAN PADA ANAK CUCU SENUSANTARAKU TERCINTA SEPENUH JIWA RAGAKU DEMI-NYA!
" Ambilkan Bulan "
Karya: Laksamana Mas & Ratu Rimba Niagara
Ambilkan bulan bu,
Ambilkan bulan Bu
yang selalu bersinar dilangit
Dilangit bulan benderang
Cahyanya sampai ke bintang
Ambilkan bulan Bu
untuk menerangi,
tidurku yang lelap
Dimalam gelap
Beningnya suara mu menggetarkan seluruh tubuh ku,.....
"Dewi Arum Ayu Laksimi Laksitarukmi Kusumoningrat "
- Dewi Sekar Tanjung -
kebahagiaan selalu ada bersama mu,.
Amin...amin..amin..Ya Rabbalalamin......
By: Laksamana Mas
BULAN INDAH HADIAH UNTUKMU NAK!
Nak...
Ini bulan indah tuk mu nak...
Dengan keringat air mata darah
Bu usahakan sampai berjaya
Demi kebahagiaan dunia akhiratmu sayang
Bu pertaruhkan nyawa
Di setiap penjuru waktu
Demi menggapainya
Hingga berjaya sayang
Dari segi lojik
Dalam usia selewat begini
Mana bisa mampu
Bu menggapainya sayang
Tapi demi kekuatan cinta
Yang tak pernah padam padamu sayang
Bu usahakan sehingga berjaya
Biarpun hati bu remuk redam
Luka parah membarah
Pedih perih
Jerih memerihkan
Sakit menyakitkan
Bu teruskan jua perjuangan ini
Demi mu sayang...
Tak apalah
Apalah ada kebahagiaan di dunia ini
Yang cuma sementara saja
Jika dibandingkan dengan
Kebahagiaan hakiki
Di negeri abadi sayang...
Makanya jagalah
Hadiah bulan ini nak
Tulus ikhlas daripada bu...tukmu sayang...
Bu memberi hadiah yang
Paling berharga padamu sayang
Tiada niat tuk mengharap
Balasan apa-apa darimu sayang
Cuma cukuplah sekadar
Menjaga kemerdekaan ibu pertiwimu
Agar tidak akan jatuh
Ke tangan musuh durjana
Jagailah sampai kapanpun!
Selagi ada bulan dan matahari!
Jangan lupa di setiap kali
Purnama malam mengambang
Jika rindu pada bu
Tataplah senyuman bu di sana
Pasti hilang rindumu sayang...
Bu yang menyayangimu dunia akhirat
Tulus Ikhlas Daripada Bunda Permaisuri Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
14 Jun 2012
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA MAS
15 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
14 Agustus 2013
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2013, HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 & KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013)
October 18 at 10:39pm · Like ·
11 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara TAPAK SULAIMAN/ BINTANG LAUT MENJADI BINTANG
Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
berada di dasar laut.
Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’
Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.
Setiap hari Tapak Sulaiman
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.
“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .
“Engkau jangan memperlekehkan
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
memecah ketenangan malam itu.
Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!
Gerakkan dasar laut telah membawa
Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.
Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
Seakan mimpi Tapak Sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.
Bila malam tiba Tapak Sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.
Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”
“Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
Tapak Sulaiman pada malam itu.
“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku? Sedangkan
Jarak dengannya…
Dia di langit aku di bumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”
Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri Tapak Sulaiman.
“Tapak Sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”
Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan Tapak Sulaiman!
Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
Ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.
Karya : Ratu Rimba Niagara
13 Agustus 2013
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
13 Agustus 2013
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2013, HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 & KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013)
INGIN KUGAPAI BINTANG UNTUK KUHADIAHKAN KEPADA ANAK CUCU SENUSANTARAKU TERCINTA SEPENUH JIWA RAGAKU!
PANDANGLAH BULAN ...PANDANG BINTANG DI LANGIT MALAM DI SITU KASIHKU TAK PERNAH PADAM UNTUKMU"
October 18 at 10:40pm · Like · 5
10 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara KITA BERKASIH SAMPAI SYURGA
Salam penuh kasih sayang
Salam sayang seindah budi
Salam hati berbunga Syurga
Salam silaturahmi seharum Syurga
Seindah Bahasa Seindah Budi Seindah Syurga
Kasih dan sayang
Sentiasa mewangi di hati
Bagaikan irama dan lagu
Tak dapat dipisahkan
Hanya kematian memisahkan kita
Di Syurga setia menanti
Begitu asyik berkasih sayang
Begitu indah saling menyayangi
Dibuang segala prasangka
Dibuang segala iri hati
Ditumbuhkan kasih seindah hati Berbunga Syurga
Sentiasa mewangi dan harum sehingga akhir hayat
Berkasih denganmu rasa tak jemu
Berpisah denganmu rasa terhenti detakan jantungku
Rasa dunia ini kelam ...gelam...bergerhana sepanjang musim
Tolong jangan kamu bilang mahu berpisah denganku
Sekali aku jatuh kasih dan sayang
Akan kusimpulmatikan kasih sayang itu sampai ke akhir hayat
Begitu indahnya kasih sayang bagiku
Indahnya bagaikan pelangi di malam hari
Siang berpelangi sampai ke malam berpelangi
Indah hidup ini sepanjang hari berpelangikan
Warna-warni pelangi kasih sayang
Setiap hari dan saat hanyalah senyuman terukir manis di bibir
Wajah berseri-seri sentiasa nampak bagaikan putri dan putra
Waduh kita hidup bagaikan di alam kayangan
Kayangan nan indah mempesonakan
Saling menyanjungi menghormati membantu antara kita
Dalam menghidupkan ikatan silaturahmi kasih sayang
Semurni hati Berbunga Syurga
Semurni kasih sesejuk Air Di Kali Syurga
Begitu indahnya berkasih sayang atas dasar karena-Nya
Saling memahami apa itu arti qada & qadar
Tak akan terputus kasih dan sayang
Walaupun tsunami cuba memisahkan kasih kita
Kitakan tetap bersama berkasih sampai Syurga
In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
8 Syawal 1434H
15 Ogos 2013M
(PUISI 'KITA BERKASIH SAMPAI SYURGA' DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA AHLI GRUP , RAKAN FB MERANGKAP PEJUANG SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & RAKAN ALAM MAYA YANG SUDI MEMINATI DAN MENYOKONG/MENDUKUNG KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA ,'KU MENULIS TANDA KU KASIH DAN SAYANG SAMA KAMU... SAYANGKU SAMPAI KAPANPUN SAYANG BIARPUN HATI TERLUKA DILUKAI TETAP SAYANG SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN )
RATU RIMBA NIAGARA DITAKDIRKAN MENJADI PUJANGGA SELURUH RAJA DAN RAKYAT NUSANTARA . MOGA MENDAPAT DUKUNGAN/SOKONGAN DARIPADA RAJA DAN RAKYAT SENUSANTARA. ALLAH SWT SAJA DAPAT MEMBALAS SEGALA KEBAIKKAN SEMUA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
October 18 at 10:41pm · Like · 5
9 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara JAGALAH WARISAN MOYANGMU
Tak akan sumbang langkah kakimu,
Karna kepahlawananmu sudah terbilang;
Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.l
Tenaga sikit bisa menang,
Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
Biar berputih mata jangan berputih tulang,
Bersatu hatilah demi perjuangan.
Melayu tak mudah layu,
Jangan iri sesama melayu;
Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.
Dari pagi hingga ke petang,
Mencari ilmu dibawa pulang;
Berkorban demi generasi mendatang,
Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.
Moyang kita selalu berpesan,
Sesama melayu seperti ikatan lidi;
Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.
Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
Agar tak tersilap di kesani musuh ;
Pantang pahlawan melayu bermusuh,
Musuh dalam selimut itu yang susah.
Duri dalam daging.
Api dalam sekam;
Ada masalah kita berunding,
Menjadi indah tidak terakam.
Melayu jangan suka membanding.
Di depan manis di belakang menikam;
Melayu sedarah sedaging,
Sakit melayu semua mencengkam.
Tiada masa untuk menunggu,
Pada yang leka teruslah leka;
Perjuangan jangan mudah terganggu,
Masa berlalu pergi tak menunggu kita.
Jangan hari ini semangat besok dah layu,
Jiwa perjuangan tak pernah layu;
Makanya bangunlah bangsa melayuku,
Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.
Sudah jauh perjalanan melayu,
Bangunlah demi anak bangsa;
Saling sokong menyokong demi melayu,
Agar terbinanya budaya bangsa.
Putra putriku kau pewaris bangsa,
Usia kami beransur senja kini,
Kelemahan kodrat kian terasa,
Kalianlah sandarkan harapan kami.
Ketiadaan kami jangan ditangisi,
Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
Kalian sentiasa kami sayangi,
Dalam doamu kenangilah kami.
Moyang mu ingin berpesan.
Kami tinggalkan warisan bangsa ;
Untuk kalian teruskan perjuangan,
Agar berkekalan sepanjang masa.
Hargailah peninggalan moyangmu ini,
Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.
Senyuman anak cucu,
Kebahagian moyangmu;
Jagailah warisan moyangmu,
Itulah lambang cinta yang berpadu.
Karya Putri Rimba
5 April 2012
Yesterday at 10:57pm · Like
KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:
SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.
SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI.
DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:
KERABAT DIRAJA MALAYSIA
KERABAT DIRAJA INDONESIA
PEMIMPIN MALAYSIA
PEMERINTAH INDONESIA
RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT INDONESIA
BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
PENCINTA BAHASA MELAYU
PENCINTA SASTRA MELAYU
PENCINTA SASTERAKU DUNIAKU
WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA
RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...
MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.
SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI NILAM PURNAMA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
6 Syawal 1434H
13 Agustus 2013M
MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
October 18 at 10:42pm · Like · 5
(DANA SASTERA KARYA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA DI SIARKAN DI WALL AARON AZIZ TANDA PERSAUDARAAN TALISIRATURRAHIM MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP MATIMU SEKELURGA AAMIIIN YA RABBAL A'LAMIIN).
22 Zulhijjah 1434H
27 Oktober 2013M.
4 minutes ago · Like
Similar To Aaron Aziz
Aaron Aziz
1,974,924 likes
Sucikan Hati Dari Penyakit Hati
(PETIKAN DARIPADA AARON AZIZ , DATO' SITI NURHALIZA &
RATU RIMBA NIAGARA, KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH, KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN, YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA ,BUNDA RATU NEGARI ,DR RUBIANTO TANOTO & SRI PEMANGKU ADAT)
22 Zulhijjah 1434H
27 Oktober 2013M
0 comments:
Post a Comment