Tuesday 29 October 2013

BAJET 2014 'MEMARTABATKAN SENI SASTERA DEMI ANAK CUCU IBU PERTIWI NUSANTARA' (3)



BAJET 2014 'MEMARTABATKAN SENI SASTERA  DEMI  ANAK CUCU IBU PERTIWI NUSANTARA' (3)
    • Dalam Bajet 2014, kerajaan akan terus sediakan persekitaran yang mesra dan kondusif untuk pelaburan domestik dan asing. Jom kongsi dan sebarkan maklumat tentang teras utama dalam Bajet 2014 bersama teman-teman dan keluarga anda - Admin
      Unlike ·  ·  · 4 hours ago · 
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR 1MALAYSIA SAYANGKAN NEGARA

    Tersebutlah kisah sebuah negara,
    Malaysia digelar diberi nama;
    Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
    Agar Malaysia jadi ternama.

    Satu Malaysia ilham Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu hati;
    Demi kerana negara dicintai,
    Moga hidupmu terus diberkati.

    PM mengajak rakyat bersatu,
    Pelbagai kaum bersatu padu;
    Memupuk minda generasi baru,
    Demi kerana Malaysia yang satu.

    PM bekerja tak kira masa,
    Pentingkan rakyat dari segala;
    Kerahkan menteri beri kerjasama,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    PM dan menteri kerja bersungguh,
    Demi rakyat negara teguh;
    Petah bicara bila berhujah,
    Agar rakyat dapat berteduh.

    PM kita pencetus revolusi,
    Galakkan rakyat berkreativiti;
    Minda penuh daya imaginasi,
    Lahirkan produk berinovasi tinggi.

    Menteri kabinet beri perhatian,
    Ikut arahan dalam panduan;
    Ada kuasa jangan disia-siakan,
    Hilang kuasa dalam penyesalan.

    Apalah ada pada kuasa,
    Salah guna bawa binasa;
    Jalankan tugas hati yang waja,
    Hidupmu pasti rasa bahagia.

    Rakyat perlu pemimpin berjasa,
    Menabur jasa sudahlah biasa;
    Ramah tamah tak gila kuasa,
    Moga hidupmu aman sejahtera.

    Melayu Cina India janganlah iri,
    Segala usaha tidak menjadi;
    Bila bersatu wajah berseri,
    Pelbagai bangsa jadi menteri.

    Sabah Sarawak tidak dilupakan,
    Sama rata diberi peruntukan;
    Justeru itu kekalkan perpaduan,
    Pasti hidup dalam kesejahteraan.

    Mari semua hidup berdamai,
    Fikirkan negara amanlah damai;
    Indah sungguh hidup yang permai,
    Segala budi sama disemai.

    Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
    Guru berkualiti amat diseru;
    Biar murid berminda baru,
    Demi kerana Malaysia yang satu.

    Ilmu itu pelita hati,
    Hati gelap akan diterangi;
    Bila gagal cubalah lagi,
    Kejayaan cemerlang sedia menanti.

    Penjawat awam ubahlah minda,
    Jadikan minda kelas pertama;
    Seiring dengan kehendak arus perdana,
    Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.

    Majikan perlukan pekerja ikhlas,
    Sungguh-sungguh melakukan tugas;
    Janganlah ada bersikap malas,
    Majikan pun tidak akan bertegas.

    Usahawan cemerlang negara terbilang,
    Azam bersungguh tak pernah hilang;
    Usahakan hati terang benderang,
    Barulah usaha jadi terbilang.

    Budi bahasa budaya kita,
    Adab sopan apabila bicara;
    Bila begitu ramai yang suka,
    Hidup pasti lebih ceria.

    Sifat jujur haruslah ada,
    Ke mana pergi senanglah rasa;
    Takkan ada rasa kecewa,
    Hati pun bersih hasad pun tiada.

    Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
    Berkat kepimpinan yang bijaksana;
    Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
    Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.

    Pos Malaysia lambang merdeka,
    Kerana terpanggil untuk berjasa;
    Demi kerana Negara tercinta,
    Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.

    PM mahu PDRM berintegriti,
    Jalankan tugas penuh teliti;
    Agar rakyat rasa dilindungi,
    Jasa baktimu tetap dihargai.

    Satu Malaysia sayangkan negara,
    Rasa cinta terus membara;
    Teruskan perjuangan walau di mana,
    Biarpun terpaksa bekorban nyawa.

    Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
    Rakyatnya hidup tolong menolong;
    Budi yang baik tak akan hilang,
    Moga negara terus gemilang.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    (31 Ogos 2010 Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)
  • Ratu Rimba Niagara YB KAMI MEMAHAMI DENYUT NADI RAKYAT SABAH KAMI AMAT HARGAI!

    KERANAMU YB KAMI HARGAI KEMERDEKAAN INI!
    Karya Ratu Rimba Niagara 

    YB tak akan turun padang jika tak ada permaidani merah...
    Rakyat kata ...permaidani merah tak boleh dibentangkan kerana
    jalanraya tak ada... tanah berlumpur berselut sama dengan
    bekalan air di rumah mereka.

    Makanya YB jadi bingung ...YB tidak hiraukan kakinya berlumpur
    bertemu rakyat untuk merasai jerih perit rakyat yang sengsara
    selama puluhan tahun lamanya.

    Bila tiada lagi permaidani merah terhampar...
    Kaki YB dipenuhi selut

    Tepukan sorakkan rakyat menyambut kedatangan YB mereka
    Lalu bersorak ..."Terima kasih YB kami!
    Kehadiranmu dinanti...
    YB bagaikan pelangi mempelangikan hidup kami
    Kami bangga dengan YB kami
    Keranamu masalah kami selesai
    Keranamu kami hargai kemerdekaan negara kami
    Keranamu kami sayang negara kami
    Keranamu kami bersyukur menjadi rakyat Sabah bumi
    Malaysia yang bertuah ini!"

    Karya Ratu Rimba Niagara
    12 September 2011
    Like · · Unsubscribe · 3 hours ago near Kuala Lumpur
  • Ratu Rimba Niagara GURINDAM SEORANG PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN

    Subhanallah
    sejuk perut ibumu
    mengandungkanmu
    melahirkanmu
    membesarkanmu
    mendidikmu
    dengan ilmu dunia
    jua ilmu akhirat
    kau menjadi
    anak yang soleh

    Alhamdulillah
    Syukur padaNya
    kerana dikurniakan
    seorang anak
    yang berjiwa pemimpin
    sanggup berkorban
    demi rakyatnya
    suka duka bersama
    derita rakyat
    air mata rakyat
    pemasalahan belia Sabah
    ingin dikongsi bersama
    lalu difikir
    diselesaikan dengan
    semampu mungkin
    sekudrat pemikiran
    diperah habis
    peluh setitik
    tidak dipersiakan
    kerana terlalu
    amat berharga
    untuk rakyat tersayang
    untuk negara tercinta
    maka bergemalah
    lagu patriotik
    'Kusayaang Rakyatku DemiNya'
    di setiap pelosok daerah
    di bawah pimpinanmu
    dan disahut penuh gemuruh
    lagu rakyat untuknya
    'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
    Dan siapa yang mendengar
    pasti mengharu-birukan kalbu
    lalu menangislah
    pemimpin kesayangan rakyat itu
    bersama-sama dengan rakyatnya
    lalu mengundang rahmat
    Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
    Suasana sepi seketika
    Bertafakur dalam kesyukuran padaNya

    Allahu Akhbar
    Dengan KebesaranMu Tuhan
    Kau Kurniakan seorang pemimpin
    Berjiwa Rakyat
    Kami Syukuri Dalam Sujud!

    Kami sayang pemimpin kami
    Hadirnya kami hargainya
    Perginya kami iringi doa restuMu
    Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
    Dengan SyurgaMu
    Dan kami ingin bersamanya di Syurga juga
    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Ratu Rimba Niagara
    24 Ramadhan 1432H
    24 Ogos 2011
  • Ratu Rimba Niagara HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

    Salam Kemerdekaan Ke-54 & Salam Hari Malaysia Ke-48 dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tungku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

    "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    22 Ramadhan 1432H
    22 Ogos 2011
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN 1MALAYSIA PATRIOTIK

    Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
    Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
    Semasa hidup memberi panduan,
    Akhir kalam umatnya disayangi lagi diingati.

    Sultan Mizan Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Tunku Abdul Rahman PM pertama,
    Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
    Impian Tunku telah terlaksana,
    Menjadikan Malaysia pesat membangun.

    Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
    Mohd Najib anak kesayangan;
    Matlamat perjuangan tidak berbeza,
    Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.

    Tun Hussein Onn PM ketiga,
    Tertib sungguh bila berbicara;
    Masalah rakyat diurus dijaga,
    Agar rakyat hidup terbela.

    Malaysia maju idea Tun Mahathir,
    Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
    Pejuangan beliau tidak berakhir,
    Malaysia maju dalam pembangunan.

    Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
    Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
    Satu Malaysia bermuafakat bersama,
    Menjadi warga dunia yang teristimewa.

    Transformasi kerajaan idea PM keenam,
    Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
    Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
    Agar semuanya saling hormat menghormati.

    Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
    Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
    Satu Malaysia rakyat cemerlang,
    Akan semuanya menjadi indah.

    Negeri Sarawak terus membangun,
    Bajet pembangunan dibuat telus;
    Nasib rakyat tidak dibiarkan,
    Biar cemerlang terus menerus.

    Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
    Demi rakyat dan negara tercinta;
    Rela berkorban jiwa dan raga,
    Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.

    PLKN generasi patriotik,
    Itulah asas benteng negara;
    Tiada terlibat agenda politik,
    Hanya semata untuk negara.

    Rosmah pencetus Permata Negara,
    Bagi membentuk generasi berjasa;
    Cita-cita dipupuk terus membara,
    Memahat nama di antarabangsa.

    Tahun Baharu Cina disambut meriah,
    PM dan rakyat beramah mesra;
    Idea pembangunan kian bercambah,
    Demi kepentingan rakyat dan negara.

    Hari Thaipusam tidak dilupakan,
    PM datang menyerikan majlis;
    Kaum India gembira sakan,
    Kerana PM berwajah manis.

    Kerajaan dan media rakan kongsi,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Gagasan 1Malaysia akan direalisasi,
    Malaysia pasti jadi ternama.

    Karya seni warisan negara,
    Kerajaan hargai rakyat banggai;
    Pelancong yang datang dilayan mesra,
    Produk terkenal berkualiti tinggi.

    Rakyat faham Satu Malaysia,
    PM tersenyum tanda gembira;
    Mari kita pakat sama-sama,
    Gemilangkan Malaysia di persada dunia.

    Satu Malaysia jadi kenyataan,
    Pasti PM tersenyum bangga;
    Menabur jasa janganlah bosan,
    Biarpun terkorban jiwa dan raga.

    Malaysia ini milik semua,
    Rakyat hidup dalam sejahtera;
    Tercipta sudah negara bangsa,
    Pemimpin dan rakyat seiring sekata.

    Satu Malaysia rakyat patriotik,
    Bersatu padu bersatu hati;
    Rakyat sejahtera tanpa konflik,
    Negara makmur Malaysia dihormati.

    Karya: Ratu rimba NIagara
    (31 Ogos 2010)
    (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)
  • Ratu Rimba Niagara SALAM KEMERDEKAAN KE-56 MALAYSIA TERCINTA!

    Salam Kemerdekaan Malaysiaku tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

    Kau tak pernah erti kalah,
    Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

    Salam Kemerdekaan untuk Datuk Seri,
    Semoga Malaysia dalam kesejahteraan;
    Jasamu sentiasa mewangi di hati,
    Teruskan obor api perjuangan.

    Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
    Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

    Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
    Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
    Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tuanku,
    Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

    Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta:
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

    Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-56 ini kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

    Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013

    (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!
  • Ratu Rimba Niagara SAYA WARGANEGARA MALAYSIA

    Saya warganegara Malaysia
    yang mengamalkan rukun negara
    sentiasa mendaulatkan Institusi diRaja
    oleh semua rakyat Malaysia
    rakyat Malaysia setia kepada Raja
    setia kepada negara
    termasuk rukun negara yang kedua
    rakyat negara saya terdiri daripada
    pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
    India. Walaupun berbeza agama,
    bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
    aman damai tanpa sebarang sengketa.

    Kami hidup bersatupadu, tolong
    menolong dan hormat menghormati.

    Perdana Menteri saya yang ke-6
    namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
    Bin Tun Haji Abd Razak.

    Saya menghargai Perdana Menteri
    saya kerana dapat mencetuskan
    Gagasan 1Malaysia iaitu,
    1Malaysia Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan.
    Saya percaya Gagasan 1Malaysia
    akan berjaya! Ini membuatkan negara
    saya aman makmur selamanya!
    Saya sayang negara saya!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    6 Syawal 1434H
    13 OGOS 2013
    (PUISI-PUISI DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA AGAR DAPAT MENCINTAI NEGARA SEJAK DARI KECIL LAGI)

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, ,
    UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2O13, HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA (SABAH & SARAWAK PADA 16 SEPTEMBER 2013)
    KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU MALAYSIA, SABAH & SARAWAK TER CINTA! MOGA SUDI HARGAI KASIH SETULUS HATIKU INI SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA MOGA DI SYURGAWI KASIH KITA TERSIMPUL MATI BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERKAT KITA SALING MENJALINKAN TALISIRATURAHIM DALAM SEMANGAT BERGOTONG ROYONG MEREALISASIKAN CITA-CITA ANAK CUCU MALAYSIA TERCINTA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    RATU RIMBA NIAGARA
    Pujangga Ratu Rimba Cinta Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013M

    (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!
  • Ratu Rimba Niagara DATUK SRI NAJIB BAPA TRANSFORMASI RAKYAT 1MALAYSIA

    Kau seperti sebutir bintang
    yang turun ke bumi menyinari
    hidup setiap rakyat Malaysia!

    Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
    membakar semangat setiap rakyat
    yang lesu dan bisu sekian lama.

    Setiap butiran kata-katamu
    menjadi keramat setiap
    yang mendengar...
    Mereka terpaku!
    Bukan kaku!
    Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
    yang kini bukan mimpi tapi realiti!

    Kau menggerakkan barisan kabinetmu
    agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
    tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.

    Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
    memahami denyut nadi rakyat!
    Kata-kata itu bukan kata-kata kosong
    Akan dibuktikan! Lihatlah nanti!

    Telah tercatat Di Sana, kau adalah
    pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
    sejak sekian lama.

    Kau pembawa pemikiran di luar kotak.
    Bakat kepimpinan yang kau warisi
    daripada ayahanda Tun Abdul Razak
    Perdana Menteri Kedua telah sebati
    dalam jiwamu.

    Kau mahu rakyat dan kerajaan
    bersatupadu merealisasikan sebuah
    kerajaan yang aman makmur bersatu
    demi kepentingan rakyat dan negara
    tercinta!

    Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
    masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
    dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
    yang tercicir daripada arus pembangunan.

    Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
    memerintah nombor satu mempunyai sikap seperti
    rakyat biasa yang tak punyai apa-apa.
    Menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
    satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
    bersama.

    Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
    yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
    gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
    membantu!

    Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
    kau gelisah dan bukan kosong mendengar
    tetapi membantu selagi mampu.

    Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
    kau pikul untuk dikongsi bersama.
    Senyuman rakyat adalah satu
    kepuasan buatmu!

    Pening! Memang pening...
    Bagaimana hendak memikirkan
    setiap masalah rakyat yang ingin
    dikongsi bersama tapi berkat
    kesepakatan barisan kabinetmu kau
    pasti berjaya! Insya-Allah.

    Lihatlah rakyat Malaysia!
    Siapakah PM ke-6 ini?
    Yang berhati waja lagi mulia
    yang sedia mendengar setiap
    rintihan kalbu rakyat Malaysia
    tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan".

    Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
    dikurniakan seorang pemimpin
    yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.

    Terima kasih PM ke-6.
    Pasti nanti negara tercinta ini
    mempunyai rakyat yang bersatu padu
    dalam ungkapan,'1Malaysia,
    Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

    Karya: Ratu Rimba Niagara.
    31 Julai 2013
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2013)

    (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
  • Ratu Rimba Niagara GAGAH SETIA

    Kau pahlawan Allah
    Kau pahlawanku
    Kau pahlawan semua
    Kau pahlawan rakyat 1Malaysia

    Kau pahlawan yang gagah perkasa
    Kau pahlawan yang setia

    Kau rela korbankan dirimu
    Demi mempertahankan ibu pertiwi

    Kami hargai
    Kami sanjungi

    Kami berbangga punyai pahlawan
    Sepertimu
    yang gagah
    yang setia
    kepada agama bangsa dan negara

    ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

    Jasamu pahlawan
    Kan kami letak di taman hati
    Taman hati berbunga kebangsaan negara
    Bunga Raya
    Yang berkelopak Lima:
    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
    Dengan segala prinsip rukun negara itulah
    Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
    Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi

    Moga Malaysia
    CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

    Berkat kesetiaan gagah perkasa
    Semua pahlawan negara

    ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
    Syukur kami pada-Mu Tuhan
    Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
    Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
    Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
    Yang berjasa pada ibu pertiwi
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    31 Julai 2013
    (DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
    PADA 31 Julai 2013)

    (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
  • Ratu Rimba Niagara MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

    di sini tanah tumpahnya darahku
    tak akan kubiarkan
    biarpun seinci diceroboh musuh durjana
    akan aku pertahankan
    biarpun nyawaku jadi taruhan

    di sini tanah tumpahnya darahku
    cintaku pada ibu pertiwi
    setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
    tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
    dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
    siapa yang berani menentang
    akan aku tentang
    akan aku lawan
    biarpun nyawaku jadi taruhan

    di sini tanah tumpahnya darahku
    demi ibu pertiwi
    aku rela dihujani peluru
    bermandikan darah
    asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
    daripada segala ancaman musuh durjana

    di sini tanah tumpahnya darahku
    Angkatan Tentera Darat Malaysia
    sentiasa bersiap siaga
    mempertahankan ibu pertiwi
    kami tak takut mati bila berada di medan juang
    kami berjuang...berjuang...berjuang....
    hingga ke titisan darah terakhir
    untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
    sekali kami melangkah ...
    langkah kami adalah langkah seorang pejuang

    Duhai rakyat Malaysia di luar sana
    Jangan bimbang
    Jangan takut
    Keselamatan negara masih terkawal
    Angkatan Tentera Malaysia
    Sentiasa berjaga-jaga ...memantau...
    Di setiap inci bumi Malaysia
    Masuh datang kami tentang
    Kami lawan
    Kami perang habis-habisan
    Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
    Kami pasukan tentera yang berani mati
    Demi kerana agama bangsa dan negara

    Kami Angkatan Tentera Malaysia
    Semuanya terlatih mahir dalam berperang
    Kami dilatih untuk berani mati
    Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
    Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
    Andainya kami gugur di medan juang...
    Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
    Dan kirimi doa restu
    Agar kami sejahtera di Sana...

    Duhai musuh durjana
    Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
    Ketahuilah kamu ...
    Sekali benderaku berkibar dengan laungan
    Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
    Selamanyalah kekal merdeka...
    Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
    Jika kamu berani silakan....
    Angkatan Tentera Malaysia
    Tak akan biarkan....
    Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
    Tak akan kami biarkan....
    Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
    Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
    Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
    Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
    Berada di medan juang
    Kami mahu mati dalam perjuangan
    Perjuangan demi cintakan-Nya
    Matlamat kami mati syahid di medan perang...
    Moga Allah makbulkan doa kami
    AAmeen Ya Rabbal A'Lameen

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)

    ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI PENGKHIANAT PADA BANGSANYA SENDIRI! RAKYAT MALAYSIA BERBANGGA DAN MENGHARGAI ATM SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN!

    PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!)
  • Ratu Rimba Niagara TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!

    Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
    Di serata pelosok bumi Malaysia

    Biarpun kumengerti menempuh gelombang
    ombak mengganas!
    Lalu menghempas ke pantai!

    Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
    “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
    Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

    Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
    Akan kuingat pesananmu itu!
    Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
    Di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

    Demi cintaku pada Malaysia
    Akan kuperjuangkan untuk pertahankanmu!
    Biarpun hingga ke titisan darah terakhir!

    Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013

    (PUISI DIILHAMKAN BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 PADA 31 OGOS 2013 DAN DISIARKAN BERTUJUAN MENIUPKAN ROH SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA AGAR MENGHARGAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!
  • Ratu Rimba Niagara ANUGERAH KURNIA MENJANA KARYA HIDUP ZAMAN ALAM

    TERIMA KASIH SILAT PENGANTIN RAKAN DARI GROUP SRI PEMANGKU ADAT

    Silat Pengantin salam, ANUGERAH KURNIA merupakan satu suntikan dalam menjana karya hidup zaman alam...amin.

    INDAHNYA KATA-KATA YANG LAHIR DARI HATI 

    SALAM DI SAMBUT DENGAN KASIH SETULUS HATI
    BUAT SAUDARA SEISLAMKU YANG BAIK HATI
    BERKATA SEMURNI HATI
    INDAHNYA KATA-KATA YANG LAHIR DARI HATI
    MOGA HATIMU HATIKU SEMURNI HATI SYURGA
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    SILAT MELAYU SUDAH TERKENAL 
    SEJAK ZAMAN BERZAMAN
    LAKSAMANA HANG TUAH SUDAH BERPESAN
    TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
    MOGA SAMA KITA REALITIKAN
    DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM TERKENAL DI SELURUH DUNIA

    INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAH
    LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
    SENTIASA MAHU MENJAGA TALISIRATURRAHIM
    SALING BERSATU HATI 
    SALING BEKERJASAMA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN
    BERBAGI KELEBIHAN KURNIAAN ILAHI 
    TANPA ADA NIAT UNTUK BERBANGGA DIRI
    YANG ADA HATI SEMURNI SYURGA
    MEMBANTU SELAGI DAYA
    DALAM PENUH BERBELAS KASIHAN
    TANPA HARAP DIBALASI BUDI YANG DIBERI
    MELAINKAN MENGHARAP REDHO ILAHI
    KETIKA ROH KELUAR DARI JASAD
    TELAFAZLAH KALIMAH
    LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    INDAHNYA DI KALA PERTEMUAN ROH DENGAN ALLAH ROBBUL IDZATI HANYA DIA YANG TAHU DI KALA ITU RAHSIA ROH DAN ILAHI

    ITU SEMUA BERKAT KITA TAHU ILMU MAKRIFATULLAH 
    DALAM SEGALA PERKARA SEMUANYA BERSENDIKAN KALIMAH
    LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
    INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAH
    LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

    MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH 
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    'HIDUP ADALAH MIMPI
    MATI ADALAH REALITI
    MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
    AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI ,SEMOGA DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.' 

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    24 Zulhijjah 1434H
    29 Oktober 2013M
    (PUISI DIKARANGKAN ISTIMEWA BUAT SILAT PENGANTIN RAKAN GROUP SRI PEMANGKU ADAT YANG SUDI MENGHARGAI KARYA SASTRA RATU RIMBA NIAGARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA MOGA PERSAUDARAAN KITA SEMUA NAN INDAH INI SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN)
    Photo
    Timeline Photos
    Kami Persembahkan Penghargaan Termatrai Bagi Penyair Ulung Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua//////////////kedamaian dunia akan berpatut dalam syair gurindam..............
    STRUKTUR LEMBAGA ADAT BESAR REPUBLIK INDONESIA, DITETAPKAN DALAM MAKLUMAT KEMITRAAN PENGUAT KUASA D’RAJA NUSANTARA, MAJELIS KERAPATAN AGUNG ADAT NUSANTARA BADAN HUKUM AKTA NOTARIS MARTHIN ALIUNIR.SH NOMOR: 48 TANGGAL, 25 MEI 2009
    By: Maharaja Kutai Mulawarman

    Kedaton Kraton Wahyu Utama selamat dan sukses dan semangat selalu berkarya penuh ke iundahann dan ke agungan dan kedamaian

    SASTRAKU ILHAM DARI-NYA SYUKUR YA ALLAH 
    KAU HADIRKAN HAMBA-MU MEREALITIKAN CITA-CITAKU. 

    Kepada Allah swt dipanjatkan kesyukuran sebanyak-banyak-Nya
    atas Kurnian bakat mengarang pada hamba-Nya ini.

    Sekalung terima kasih kepada YM Kedaton Kraton Wahyu Utama yang dihormati dan tersanjung di hati. 
    Semenjak pertama kali lagi YM tak jemu memberi sokongan/dukungan . Dengan semangat dan dorongan yang diberi itu telah membakar obor api perjuangan untuk terus menulis dan menulis walaupun di kala tidak terdaya untuk berkarya di kala karya-karya Ratu Rimba Niagara disepikan dan perendah-rendahkan tapi YM dari mula tidak putus asa untuk memberikan kata-kata semangat sehingga sekarang masih lagi memberi sokongan/dukungan yang tidak berbelah bahagi.

    Syukur kepada Allah swt DiKurniakan hamba-Nya yang sudi dan sentiasa sudi menghargai bakat Anugerah dari-Nya kepada hamba-Nya yang terlalu kerdil di Sisi-NYa adala kalanya tak mampu untuk berkata-kata melainkan ucapan Syukur Alhamdulillah kepada-Nya. Dengan bakat Kurniaan dari-Nya ini dapatlah dikongsi/dibagikan bersama semua hambaNya yang ada du muka bumi ini.

    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR tanpa izin-Nya sebaris ayat tidak dapat ditulis dan dikarang semua yang ditulis yang baik-baik lagi indah-indah adalah datang dari-Nya dan bahasa yang tidak baik itu dan tidak enak didengar adalah dari kekhilafan penulis sendiri. Makanya di sini saya mengambil kesempatan jika terdapat bahasa yang tidak menyenangkan pada hati semua pembaca akrya-karya saya di susun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan kepada semua.

    Sekali lagi diucapkan sejuta terima kasih buat YM Kedaton Kraton Wahyu Utama. YM Kedaton Kraton Wahyu Utamalah yang utama menjadi pencetus inspirasi PUJANGGA RATU RIMBA BERKARYA DAN SUDI MEREALITIKAN DUNIA SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA MENJADI KENYATAAN. ITULAH YANG TERSURAT-NYA ITULAH YANG TERSIRAT-NYA ITULAH HIKMAH-NYA KENAPA ALLAH SWT MENGGERAKKAN HATI YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA, KDYMM MAHARAJA KUTAI MELAWARMAN, BUNDA RATU NEGARI, DR RUBIANTO TANOTO, ANDRI BAYUARDI , FASMADHY DEDDI DAN YANG LAINNYA. SYUKUR YA ALLAH PADA-MU KUPANJATKAN KE SYUKURAN SEHINGGA NAFAS TERAKHIRKU. 
    YA ALLAH KAU CURAHKAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH DAN RAHMAT KASIH-MU KEPADA SEMUA YANG MEREALITIKAN CITA-CITA SASTRA YANG TELAH KUKARANGKAN.
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN. 

    'Ya Allah..
    Bersihkan hatiku dari kebencian sehalus apa pun, pada siapa pun, mampukan aku untuk melupakan segala perih hari ini, ingatkan selalu aku pada mereka yang begitu cantik hatinya, mampukan aku untuk membalas segala kebaikannya,,

    Karuniakan sesuatu yang bisa membuat orang-orang yang kukasihi tersenyum, damaikan dan bersihkan jiwaku esok hari,,,

    Ya Allah..
    Aku tak tahu apakah besok malam aku masih bisa mengucap do’a yang sama, 
    Terbersit rasa takut,
    Kuharap ini wajar,,
    Pinta terbesarku, Ya Allah.. Pulangkan aku dalam "Khusnul Khatimah, kapan pun itu..

    Aamiin Allahumma Aamiin.. ' 

    YA ALLAH IZINKAN KARYA SASTRAKU TERUS MENGALIR KE SUNGAI FIRDAUSI-MU

    YA ALLAH YA TUHANKU JADIKANLAH KARYA YANG KUTULIS BAGAIKAN AIR TERJUN YANG MENGALIR TERUS MENGALIR TANPA HENTI . BIARPUN SERIBU TAHUN AKU TIADA DI DUNIA INI TETAP AKAN MENGALIR TERUS MENGALIR KE HATI MEREKA YANG MEMBACA KARYAKU DAN MENDAPAT MANFAAT DUNIA AKHIRAT APA YANG KUKARYAKAN. AKU YAKIN KARYA YANG KUTULIS ADALAH ILHAM DARI-MU YANG TIDAK PERNAH PUTUS-PUTUS KAU HADIRKAN. SUBHANALLAH SESUNGGUH-NYA ENGKAU MAHA PEMBERI TANPA HAD BENARLAH KAU MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
    YA ALLAH IZINKAN HASIL KARYA SASTRA YANG KUTULIS TERUS MENGALIR KE SUNGAI-SUNGAI FIRDAUSI MENYATU TERUS ABADI SELAMA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,

    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    24 Zulhijjah 1434H
    29 Oktober 2013M

    (PETIKAN DARIPADA WALL KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN, RATU RIMBA NIAGARA, GROUP SRI PEMANGKU ADAT, GROUP GEMA GONG PERDAMAIAN DUNIA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA CAHAYA KEDAMAI DUNIA & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    29 Oktober 2013
  • Ratu Rimba Niagara SASTERAKU DUNIAKU KUHARGAI PADA SEMUA YANG MENYOKONG/MENDUKUNG PERJUANGAN SASTRA NUSANTARAKU YANG AKAN DIWARISKAN PADA ANAK BANGSA IBU PERTIWI NUSANTARA IN SHAA ALLAH AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

    Sent Today
    Silat Pengantin likes your post in Sri Pemangku Adat: "SASTERAKU DUNIAKU KUHARGAI PADA SEMUA..." 9:37am
    Silat Pengantin likes your post in Sri Pemangku Adat: "GEMA PUISI SASTERAKU SASTRAMU BERGEMA..." 9:37am
    Silat Pengantin likes your post in Sri Pemangku Adat: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'INSTITUSI..." 9:37am
    Silat Pengantin likes your post in Sri Pemangku Adat: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'INSTITUSI..." 9:37am
    Silat Pengantin likes your post in Sri Pemangku Adat: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, ' INSTITUSI..." 9:37am
    Silat Pengantin likes your post in Sri Pemangku Adat: "SYKUKURKU DIKURNIAKAN BAKAT SENI SASTRA" 9:35am
    Silat Pengantin likes your post in Sri Pemangku Adat: "JIKA BENER ANDA ANTI KORUPSI BUKTIKAN! .." 9:35am
    Silat Pengantin likes your post in Sri Pemangku Adat: "JAMBANGAN POKOK BUNGA NAN INDAH INI..." 9:35am
    Silat Pengantin likes your post in Sri Pemangku Adat: "'TIDURLAH LENA SAYANGKU...LENA TIDURMU..." 9:35am
    Silat Pengantin likes your post in Sri Pemangku Adat: "ALLAH KUCINTA ALLAH KURINDU TANDA..." 9:35am
    Rostam Efendi Eskak (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your link: "RAJA BERJIWA HAMBA ALLAH YANG TAWADUK ..." 9:34am
    Rostam Efendi Eskak (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your link: "YA ALLAH JADIKAN KAMI GOLONGAN HAMBA-MU..." 8:53am
    MessiLoutfi Said commented on your post in GEMA GONG PERDAMAIAN DUNIA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA CHYA KEDAMAIAN DUNIA: "thanks i love him" 8:13am
    MessiLoutfi Said likes your post in GEMA GONG PERDAMAIAN DUNIA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA CHYA KEDAMAIAN DUNIA: "ALLAH KUCINTA ALLAH KURINDU TANDA..." 8:13am
    MessiLoutfi Said likes your post in GEMA GONG PERDAMAIAN DUNIA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA CHYA KEDAMAIAN DUNIA: "ALLAH CINTA-MU TELAH KUUKIR DI HATIKU..." 8:13am
    Valdo Azevedo (friends with Bunda Ratu Negari I) also commented on Bunda Ratu Negari I's photo: "SELAMAT Selamat kepada Anda adalah untuk kau..." 3:58am
    Sent Yesterday
    Renato Marcelo Jorge and Dede Realita Tak Bertopeng are following you. 11:30pm
    NAdia Bakar, Imah Sulaiman and Muhammad Hifni like your comment: "YA ALLAH JADIKAN KAMI GOLONGAN HAMBA-MU..." 9:22pm
    NAdia Bakar and Muhammad Hifni like your comment: "YA ALLAH JADIKAN KAMI GOLONGAN HAMBA-MU..." 9:21pm
    Engku Mayang Sari commented on your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "Salam Ratu Rimba Niagara . Indahnya bahasamu. ..." 9:14pm
    Engku Mayang Sari likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "IZINKAN KUBAWA KASIH SAYANGMU SAMPAI..." 9:12pm
    Engku Mayang Sari and Zul Fadli like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "'TIDURLAH LENA SAYANGKU...LENA TIDURMU..." 9:12pm
    Engku Mayang Sari likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "SAMBUTLAH HUJAN RAHMAT DENGAN SERIBU..." 9:12pm
    Engku Mayang Sari likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "HARTA PALING BAIK DI DUNIA ADALAH..." 9:12pm
    Andre Rajamin also commented on H.H Haji Hassanal Bolkiah's Princess Muta-Wakkilah album: "surga itu tak ada di wajah ......sister ." 9:10pm
    Djuyoto Suntani and Bunda Ratu Negari I like your comment: "SELAMAT MENYAMBUT HARI SUMPAH PEMUDA 28..." 7:04pm
    Djuyoto Suntani and Bunda Ratu Negari I like your comment: "'SEKALUNG TAHNIAH BUAT PEJUANG IDOLA..." 7:04pm
    Bunda Ratu Negari I added a photo of you. 5:48pm
    Anto Putu Suro and Dede Realita Tak Bertopeng like your link: "HIDUP DI RIMBA NIAGARA DI LIMA BENUA ..." 5:09pm
    Zalimar Slm and Andri Bayuardi like your status: "SAHABATKU YANG BERNAMA RUBIANTO TANOTO ..." 4:49pm
    Dewi Rafika Husna (friends with Kesultanan Indrapura) commented on your status: "sabar kakanda.." 3:45pm
    Muhammad Hifni and Zulkarnian Mazlan also commented on a photo in Jom Belajar Al Quran dan Sembahyang. 3:00pm
  • Ratu Rimba Niagara Hudi Wantoro (friends with Bunda Ratu Negari I) likes your link: "SENYUMAN SEORANG PEJUANG KEDAMAIAN..." 8:19am
    Dewi Rafika Husna and Dede Realita Tak Bertopeng like your link: "SUMPAH PEMUDA MENJADI SUMPAH KERAMAT..." 7:59am
    Dede Realita Tak Bertopeng (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your comment: "Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin." 4:50am
    Dede Realita Tak Bertopeng (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your link: "BANGKITLAH PUTRA PUTRI INDONESIA IBU..." 4:37am
    Dede Realita Tak Bertopeng (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your link. 4:25am
    Dede Realita Tak Bertopeng (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your link. 4:20am
    Dede Realita Tak Bertopeng (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your link: "KAU DAN AKU MILIK-NYA" 4:11am
    Lalu Sofiyar Putrangga Muncar and Dede Realita Tak Bertopeng like your link: "'NANDA ANDAI BUNDA TIADA LAGI DI DUNIA..." 4:10am
    Dede Realita Tak Bertopeng and Anto Putu Suro like your link: "MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH" 3:17am
    Dede Realita Tak Bertopeng (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your status: "MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH ..." 3:02am
    Dede Realita Tak Bertopeng (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) commented on your status: "maaf... "Cinta itu derita Yang Agung, Namun..." 3:01am
    Anto Putu Suro (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your link: "KAN KUPETIK BINTANG KUHADIAHKAN PADAMU" 2:51am
    Anto Putu Suro (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your link. 2:49am
    Anto Putu Suro (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your link: "'MENCINTAI-MU SAMPAI SYURGA'" 2:27am
    Anto Putu Suro shared your status. 2:12am
    Anto Putu Suro (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your status: "SENIMU SENIKU ANUGERAH-NYA DISYUKURI..." 2:11am
    Sent October 27
    Tetesan Embun Diah Gayatri and Rubianto Tanoto like your status: "TAJUK TEATER PUISI CINTA ILAHI ,'ALLAH..." 6:30pm
    Tetesan Embun Diah Gayatri (friends with Bunda Ratu Negari I) likes your comment: "Moga kita sama-sama mendapat Nu Rahmat..." 6:26pm
    Rubianto Tanoto likes your link. 6:15pm
    Andri Bayuardi likes your link: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 4:57pm
    Tetesan Embun Diah Gayatri, Dede Realita Tak Bertopeng and Hudi Wantoro like your link: "ALLAH CINTA-MU TELAH KUUKIR DI HATIKU..." 4:46pm
    Andri Bayuardi and Dede Realita Tak Bertopeng like your status: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 4:33pm
    Andri Bayuardi, Tetesan Embun Diah Gayatri and Dede Realita Tak Bertopeng like your status: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 4:31pm
    Tetesan Embun Diah Gayatri and Rubianto Tanoto like your status: "MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA..." 4:25pm
    Tetesan Embun Diah Gayatri (friends with Bunda Ratu Negari I) commented on your status: "Ingin Ku Gapai RidhoNYA....Ya Alloh Bermesra..." 4:25pm
    Tetesan Embun Diah Gayatri, Rubianto Tanoto and 2 other people like your status: "TERIMAH KASIH SAHABAT ALAMMAYAKU ..." 3:42pm
    Tetesan Embun Diah Gayatri and Andri Bayuardi like your status: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 3:35pm
    Tetesan Embun Diah Gayatri and Andri Bayuardi like your status: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 3:17pm
    Andri Bayuardi, Dede Realita Tak Bertopeng and 3 other people like your status: "TERIMA RAKAN FBKU KASIH KARENA MEMAHAMI..." 3:09pm
    Andri Bayuardi, Hudi Wantoro and 3 other people like your status: "RAKAN FBKU YANG AKU CARI 1. Seorang..." 2:57pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA. 2:55pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 2:55pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 2:53pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 2:52pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 2:51pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 2:50pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 2:48pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 2:48pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 2:47pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "RAKAN FBKU YANG AKU CARI" 2:47pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN..." 2:47pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "ALLAH CINTA-MU TELAH KUUKIR DI HATIKU..." 2:47pm
    Andri Bayuardi likes your post in PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 2:47pm
    Andri Bayuardi likes your link: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'MENCINTAI-MU..." 2:37pm
    Andri Bayuardi likes your link: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 1:53pm
    Andri Bayuardi and Tetesan Embun Diah Gayatri like your status: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MENCINTAI-MU..." 1:48pm
    Dede Realita Tak Bertopeng (friends with Maharaja Kutai Mulawarman) likes your status: "TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN..." 1:38pm

    (PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    ijjah 1434H
    24 Zulhiijah 1434H
    29 Oktober 2013M

Dalam Bajet 2014, kerajaan akan terus sediakan persekitaran yang mesra dan kondusif untuk pelaburan domestik dan asing. Jom kongsi dan sebarkan maklumat tentang teras utama dalam Bajet 2014 bersama teman-teman dan keluarga anda - Admin
Like ·  ·  · 2 hours ago · 


(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
29 Oktober 2013
24 Zulhijjah 1434H


0 comments:

Post a Comment

 
;