Thursday, 2 January 2014

'YA ALLAH SINARKAN NUR HIDAYAH KASIH-MU PADAKU AGAR AKU DAPAT BERIBADAH KEPADA-MU SEHINGGA KE AKHIR NAFASKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN'

YA ALLAH SINARKAN NUR HIDAYAH KASIH-MU PADAKU AGAR AKU DAPAT BERIBADAH KEPADA-MU SEHINGGA KE AKHIR NAFASKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

ADAKAH KALIMAH ALLAH BENAR-BENAR MILIK ISLAM? BENARKAH KRISTIAN MEMPUNYAI HAK UNTUK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH?

Adakah kalimah Allah merupakan hak milik mutlak orang Islam sahaja? Soalan yang mudah ini mampu mendorong orang Islam untuk menjawab dengan sebuah pemerhatian terhasil daripada bilah parang atau laras senapang. Alasan orang Islam, sebarang pertikaian atau penghinaan terhadap Islam akan menggugat sensitiviti umat Islam, yang sebenarnya dicipta oleh orang Islam sendiri.

Agama yang mengandungi inspirasi daripada Allah tidak akan mempunyai sifat sensitif. Kalau Nabi Muhammad SAW dihina, kenapa ramai memilih jalan untuk mengamuk? Bukankah lebih baik kalau orang Islam menentang fitnah dengan fakta? Tetapi apabila saya bertanya, saya pula yang ditanya semula, kalau ayah saya dihina, adakah saya akan marah?

Soalan ini saya akan jawab dengan satu lagi soalan, adakah kemarahan akan menyelesaikan masalah atau menimbulkan lagi? Orang bukan Islam dengan mudahnya akan mematahkan orang Islam dengan kenyataan seperti, “kalau apa yang dikatakan adalah fitnah, kenapa nak marah? Kebenaran memang pahit kan?”

Bagaimana anda mahu menjawab soalan tersebut?

Memang tidak patut wujud sebarang sensitiviti, kerana itu hanya akan merumitkan keadaan dan mencalarkan imej Islam. Seruan tidak bertanggungjawab Ibrahim Ali supaya bakar kitab Injil bahasa Melayu [1] [2] mampu mendorong kepada rusuhan daripada orang Islam sendiri kerana sudah tentu Kristian Katolik mampu membalas dengan pembakaran al-Qur’an beramai-ramai.

Dunia ini bukannya hak milik orang Islam, tetapi hak milik Allah. Setinggi mana kita memartabatkan agama sendiri, tidak semestinya itu yang apa yang dituntut oleh Allah. Adakah pengeboman London yang menyusahkan orang ramai yang tidak bersalah merupakan satu jihad? Atau, adakah gerakan menyatukan ummah merupakan satu jihad?

Serangan ke atas doktrin atau agama bukannya satu jihad. Mempertahankan doktrin (al-Qur’an) dan agama (Islam) itulah sebuah jihad. Dan mempertahankan Islam tidak semestinya berlaku dengan serangan ke atas agama lain, atau pertumpahan darah.

Walau bagaimanapun, apakah niat Kristian Katolik di sebalik perjuangan “Allah Untuk Semua”? Kenapa yang mereka mahu menggunakannya?

KONFLIK NAMA DAN BAHASA

Pelbagai artikel telah mengetengahkan hak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Ada juga [3] yang mengatakan bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi hak milik mutlak Islam. Tetapi, semua fakta mereka telah dirungkaikan secara neutral dan lengkap. Masalahnya sekarang, pembela-pembela Islam di luar mahkamah terdiri daripada golongan yang berfikir menggunakan bilah parang secara majoriti.

Kebanyakan penulis “Allah untuk semua” mewartakan bahawa kalimah Allah telah digunakan sebelum kedatangan Islam lagi, dan mereka juga menyentuh tentang kupasan sejarah sehingga abad kelima. Ini yang menimbulkan sedikit keraguan, kerana nama agama Kristian timbul daripada etimologi “Masiah” (Ibrani) dan “Christos (Yunani) – pengikut al-Masih, Nabi Isa as. Adakah Nabi Isa as masih lagi bersama dunia pada abad kelima?

Bukankah baginda as telah diangkat ke langit, menurut Islam, atau disalibkan, menurut Katolik, beratus tahun sebelum abad kelima?

Kalendar Gregory yang kini digunakan secara universal memulakan istilah ‘Anno Domini’ sebagai tanda kelahiran Nabi Isa as. Sepatutnya, sumber-sumber “Allah untuk semua” semestinya menyelami sejarah sehingga pada peringkat pemberian Sepuluh Perintah (Ten Commandments) kepada Nabi Musa as, bukannya sehingga 400+AD.

Apa yang mudah difahami daripada golongan “Allah Untuk Semua” adalah paradoks mereka ketika penafsiran ‘God’ dan ‘Lord’. Sebelum saya menyentuh tentang paradoks ini, anda perlu betul-betul faham ayat saya, “I have a friend. His name is John.”

Seluruh konteks ayat-ayat ini terletak dalam penguasaan mutlak bahasa Inggeris. Oleh itu, kalau anda ingin menukarkannya kepada bahasa Melayu, anda perlulah fahami istilah-istilah yang telah digunakan. Anda perlu kenalpasti kegunaan kata nama khas (proper noun). Kalau tidak, terjemahannya sudah tentu akan menjadi:

“Saya mempunyai seorang kawan. Namanya Tandas.”

Kalau dari sudut nama am (common noun) pula, contoh yang sama boleh diaplikasikan daripada kenyataan, “I feel so gay today!” Penterjemahan tanpa memahami dasar dan konteks asal ayat akan membentuk penafsiran berbunyi sebegini, “saya rasa terlalu homoseksual hari ini”, sedangkan “gay” yang dimaksudkan adalah “gembira”.

Secara keseluruhan, apa yang saya cuba sampaikan adalah, kalau anda ingin menafsirkan sesuatu, seluruh kata nama khas yang digunakan dalam bahasa asal mesti dikekalkan. Kalau nama ‘John’ akan dikekalkan selepas penterjemahan, kenapa nama Tuhan akan digantikan dengan nama yang lain pula?

Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa bahasa Arab tiada kata nama khas?

Saya ingin menjelaskan sedikit apa yang dikatakan oleh Zulkifli Noordin. Saya tidak tahu sama ada beliau cuba katakan bahawa bahasa Arab tiada kata nama khas, tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah, adakah “Al-Mamlakah al-Arabiyyah as-Sa’udiyyah” akan dikenali sebagai common noun atau proper noun? Sudah tentu, ia jatuh sebagai kata nama khas untuk “Arab Saudi”.

Sama juga dengan, “Medinat Yisrael” (Ibrani) dan “Daulat Israel” (Arab); kedua-dua ini sudah tentunya proper noun juga untuk “Negara Israel”/”State of Israel”.

Sama ada penggunaan kata nama khas wujud atau tidak dalam bahasa Arab dan Ibrani tiada kaitan dengan apa yang saya cuba sampaikan. Kerana penterjemahan Bibel kepada Melayu tidak datang daripada bahasa-bahasa ini, tetapi bahasa Inggeris. Yang menimbulkan persoalan: adakah Sepuluh Perintah, Taurat dan Injil diturunkan dalam bahasa Inggeris?

Katolik patut merujuk bahasa asal untuk menyelesaikan dilema mereka. Memandangkan ‘God’ dan ‘Lord’ dalam bahasa asal digunakan sebagai kata nama khas, sudah tentunya penterjemahan dan penafsiran perlu mengikut caranya. Kalau tidak, saya rasa lebih baik semua ibu dan ayah di dunia ini tidak lagi menamakan anak mereka ‘John’.

Struktur yang sama juga perlu digunakan untuk bahasa Inggeris. Tetapi, bahasa Inggeris pun merupakan bahasa susulan Bibel. Penterjemahan kepada bahasa Inggeris berlaku pada abad ke-14 oleh John Wycliffe [4], yang menafsirkannya daripada bahasa Latin. Saya tidak mahu sentuh tentang ‘Tandas’ Wycliffe, tetapi saya ingin mengetengahkan bahawa bahasa Latin pun bukan bahasa asal.

Oleh itu, proses penafsiran ke bahasa Melayu sepatutnya menggunakan rujukan Tiga Bahasa Asal. Bukannya bahsa Inggeris atau Latin.

Artikel (rujuk sumber) yang mempertikaikan hak mutlak Islam menekankan tentang paradoks ‘God’ dan ‘Lord’ yang terdapat dalam bahagian Isaiah, tetapi yang menariknya, penulis tidak pula menyebut sedikit pun tentang penggunaan bahasa yang juga terdapat dalam bahagian yang sama [5], iaitu ‘bahasa Kanaan’. Paradoks ‘God’ dan ‘Lord’ memang wujud dalam beberapa versi yang menggunakan kedua-duanya dalam sepotong ayat [6].

Tetapi, paradoks ini hanya wujud dalam penterjemahan daripada bahasa Inggeris sahaja. Versi Yahudi Ortodoks yang menggunakan penyampaian dan istilah yang berlainan berjaya menerangkan ayat yang sama tanpa sebarang masalah pun. Bibel versi Holman dan Darby pula menggantikan perkataan paradoks ini dengan ‘Yahweh’ dan ‘Jehovah’, bukannya ‘Allah’. Jadi, adakah ‘God’ dan ‘Lord’ merupakan satu dilema atau kedegilan semata-mata?

Pada hari ini, penterjemahan kepada bahasa Inggeris yang sedia ada datang daripada bahasa Latin, bukannya bahasa Ibrani, Aramaic dan Yunani Koine. Ini yang mencetuskan masalah, kerana pelbagai versi telah dibuat, dan yang menimbulkan kemusykilan tentang paradoks ini adalah apabila versi Holman berjaya melaksanakannya tanpa sebarang masalah dengan kenyataan, “Akulah Yahweh, Tuhanmu”, sekaligus mengetengahkan bahawa paradoks ini terhasil akibat pemahaman manusia, bukan kerana pengertian ayat.

SEPULUH PERINTAH

Sepuluh Perintah, atau Sepuluh Hukum, merupakan perundangan yang sangat popular oleh kerana ciri-cirinya yang merupakan rangka untuk Perjanjian Lama (Old Testament), Perjanjian Baru (New Testament) dan Perjanjian Akhir (Final Testament).

1) Akulah Tuhan [7] [8] [9]
2) Tiada Tuhan Melainkan Aku [10] [11]
3) Menyembah Berhala Adalah Haram [12] [13] [14]
4) Penyalahgunaan Nama Aku Adalah Haram [15] [16]
5) Peliharalah Kesucian Hari Sabat* [17] [18] [19]
6) Muliakanlah Kedua Ibu Bapa [20] [21] [22]
7) Membunuh Adalah Haram [23] [24] [25]
8. Berzina Adalah Haram [26] [27] [28]
9) Mencuri Adalah Haram [29] [30] [31]
10) Bersaksi Palsu Adalah Haram [32] [33] [34]
11) Mengidam Kepunyaan** Jiran Adalah Haram [35] [36][37]

*Hari Sabat adalah penghulu kepada semua hari, seperti Jumaat (Islam).
**Kepunyaan termasuk isteri, rumah dan sebagainya.

Tafsiran Yahudi, Kristian Ortodoks, Katolik, Lutheran dan Protestan menerima beberapa rukun yang ada sebagai satu rukun sahaja. Jadi, saya pecahkan sahaja kepada 11 untuk memudahkan proses rujukan.

Yang berkaitan dengan isu ini adalah Perintah Keempat (penyalahgunaan nama Tuhan), dimana hukumnya adalah haram. Penggunaan “Allah” dalam doktrin Kristian adalah satu penyalahgunaan kerana Islam sebenarnya dipandang sebagai agama ciptaan, bukannya agama inspirasi Tuhan.

Jadi apakah hukum Katolik untuk menggunakan Nama Tuhan agama yang dikatakan sebagai rekaan manusia? Bukankah ini patut dikira sebagai penyalahgunaan? Ya.

JUDAISME DAN KRISTIAN

Kalau anda meminta saya terangkan tentang Judaisme secara keseluruhannya, termasuk liku-liku sejarahnya, saya terpaksa mengundur diri, kerana penjelasan untuk Tanakh dan Talmud pun perlukan kandungan yang besar untuk dijelaskan.

Bercakap tentang Talmud, ramai yang berpegang bahawa Talmud adalah undang-undang sekular Yahudi, dan sesiapa yang mengamalkannya akan jatuh kafir, tidak lagi dikenali sebagai “Ahli Kitab”. Saya tidak tahu sumber manakah yang berkata sedemikian, atau itu sekadar pendapat sendiri, tetapi pendapat ini adalah salah.

Talmud terbahagi kepada dua: Bavli (Babylon) dan Yerushalayim (Jerusalem), dan merupakan batu asas kepada hidup orang Yahudi yang berdasarkan kitab Taurat juga. Erti kata lain, Talmud adalah “Kod Undang-Undang” kepada kaum Yahudi – Ortodoks, Reform, Konservatif dan sebagainya.

Ketika Nabi Musa as sedang berurusan di Gunung Sinai, baginda telah diutuskan dengan Taurat yang juga disertakan dengan penjelasan lisan. Sumber-sumber daripada Taurat Bertulis semua dijelaskan secara terperinci di Taurat Lisan. Analogi yang sama juga wujud dalam Islam – al-Qur’an bertindak sebagai pengisytiharaan hukum-hukum tertentu, manakala Hadis memainkan peranan untuk menerangkan hukum-hukum tersebut secara terperinci – cara-cara untuk bersolat, dan sebagainya.

Kandungan Taurat Lisan telah diturunkan kepada Nabi Musa as, kemudian daripada Nabi Musa as kepada Joshua sehinggalah diamanahkan kepada ahli-ahli Dewan Agung, yang diketuai oleh Uzair ketika itu. Setelah siapnya Kuil Kedua, pelajar-pelajar Taurat mula menghafal Taurat Lisan daripada kod-kod tertentu yang dikenali sebagai Mishnah.

Keruntuhan Kuil Kedua akibat serangan tentera Rom telah menggugat Taurat Lisan. Para-para Yahudi telah memulakan proses suntingan, yang diketuai oleh Rabbi Yehudah, untuk membentuk Mishnah untuk mengelakkan sebarang kerosakan. Uniknya, penulisan suntingan ini bergerak melalui proses persetujuan dan pengesahan daripada ahli-ahli agama dalam majlis, dan pendapat-pendapat yang ditolak atau diragui pun dimasukkan untuk bacaan lanjut.

Konklusinya, pengajian Taurat Lisan merangkumi kepada penghafalan asas-asasnya. Seperti yang dikatakan, ini dikenali sebagai Mishnah. Kemudian, analisis-analisis daripada pihak Rabinik termasuk dengan penulisan beberapa ulasan tentang Mishnah akan digabungkan sebagai Gemara Dan gabungan Mishnah dan Gemara inilah merupakan Talmud.

Kenyataan bahawa Talmud adalah rekaan manusia adalah salah, kerana isi kandungannya timbul daripada rangka Mishnah (Taurat Lisan), dan Gemara hanya mengandungi ulasan-ulasan pembelajaran dan pemahaman Mishnah.

Kalau Talmud merupakan gabungan Mishnah dan Gemara, Tanakh, atau Bibel Ibrani (Hebrew Bible) merupakan gabungan Tiga Kitab: Taurat, Nevi’im dan Ketuvim. Dan gaya hidup Yahudi dilukiskan berdasarkan Tanakh dan Talmud. Dalam pandangan Kristian, Judaisme pun merupakan agama Tuhan, tetapi mempunyai kekosongan besar yang diisi oleh Nabi Isa as – pada pandangan mereka, merupakan Anak Tuhan.

Di sinilah timbul masalah antara Islam dan Katolik, kerana konsep Trinity yang meletakkan Tiga Elemen sebagai Satu Tuhan: Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Suci, telah dipandang sebagai pendekatan syirik (mempertikai konsep Satu Tuhan).

TUHAN

Kalau ikut Judaisme, nama Tuhan mempunyai pucuk yang muncul daripada nama empat-huruf (YHWH) yang dikenali sebagai ‘Tetragrammaton’. Kali pertama kalimah empat-huruf ini muncul adalah ketika Tuhan menjelaskan tentang ciptaan syurga dan dunia [38].

“Yahweh” memang popular kalau ikut susur galur Tanakh yang berkaitan dengan Kristian. Tetapi, nama ini dipandang sebagai nama yang terlalu suci sehinggakan tiada siapa, menurut Judaisme, yang berhak menyebutnya kecuali Ketua Rabbi tertinggi sahaja. Yahudi biasanya akan menggantikan “Yahweh” dengan “Adonai” ketika pembacaan untuk mempertahankan kesucian nama tersebut. Jadi, mungkin penggunaan “Yahweh” dalam Bibel Melayu akan menimbulkan masalah, tetapi alasan ini masih lagi tidak kukuh.

Memandangkan paradoks ini berkisar antara Islam dan Kristian, fokus dan keutamaan mesti diberi kepada asal-usul Nabi Isa as. Rujukan-rujukan dan lukisan-lukisan semasa kini meletakkan Nabi Isa as sebagai lelaki kulit putih, bermata biru dan berbangsa Eropah, sedangkan baginda as merupakan jejaka yang berbangsa Yahudi Timur Tengah.

Walaupun berdekatan, bahasa ibunda Nabi Isa as bukannya bahasa Arab, tetapi bahasa Aramaic [39]. Kalimah ‘Elah’ merupakan sumber utama kepada ‘Tuhan’ dalam bahasa Aramaic [40] [41]. Jadi, kenapa ada segelintir yang pelik ingin gunakan kalimah ‘Allah’, hanya kerana pada abad kelima, telah wujud kalimah Allah dalam Bibel? Yang mana satu perlu dipilih – sejarah Nabi Isa as atau sejarah penafsiran Bibel?

Kalau jawapannya adalah sejarah penafsiran Bibel, ertinya Nabi Isa as telah dibelakangkan. Tetapi, kalau jawapannya adalah sejarah Nabi Isa as, jelas sekali baginda bukannya anak kelahiran Arab. Baginda as mempunyai lidah Aramaic.

HAK SIAPAKAH?

Masalah ini tidak akan menjadi keruh kalau diuruskan dengan baik. Apa yang sudah pasti, golongan yang mahukan kalimah Allah sebenarnya bukannya Katolik tulen, tetapi sekadar Katolik yang berjiwakan liberalisme ataupun, patung-patung liberal yang berjubahkan Katolik. Yang mengeruhkan keadaan, orang Islam mempertahankan kalimah Allah menggunakan rujukan yang berbaur sensitiviti yang akan merumitkan keadaan.

Sumber-sumber daripada pihak Katolik telah merungkaikan segala-galanya berdasarkan pendapat bahawa Islam tidak memiliki hak mutlak kepada Kalimah Allah. Penekanan umum telah dibuat mengenai paradoks ‘God’ dan ‘Lord’, yang sebenarnya timbul akibat kedangkalan manusia ketika penafsiran daripada satu bahasa ke satu lagi bahasa.

Untuk menafsirkan sesuatu dokumen atau doktrin, penekanan harus dibuat mengenai kata-kata nama yang ada, sama ada nama am atau nama khas. Dan secara jelasnya, kata nama khas semestinya dikekalkan, sepertimana yang dipelajari di sekolah dahulu.

Dari sudut sejarah Kristian, penggunaan Kalimah Allah adalah satu perkara yang lari daripada asas. Perintah Keempat telahpun mengisytiharkan bahawa sebarang penyalahgunaan nama Tuhan adalah satu dosa yang besar. Secara jelas dan nyata, Islam dipandang sebagai musuh agama dan juga doktrin yang sesat. Dan hanya Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah secara realiti. Ini bermakna, Kristian akur akan kewujudan Tuhan yang mereka sendiri mengatakan bahawa ianya bukan Tuhan.

Jadi, Kristian perlulah kembali kepada akar agamanya – Nabi Isa as/Jesus Christ. Siapakah baginda? Apakah asal usul baginda? Apakah bahasa yang terbenam dalam lidah suci baginda? Kalau perkara-perkara akar umbi agama Kristian diambil kira, sudah tentunya segala paradoks dan dilema tidak akan wujud, kerana penterjemah Katolik perlu merujuk kepada Bibel dalam bahasa asalnya untuk melakukan sebarang penafsiran.

Jadi, kepada siapakah nama Allah patut diberi hak penggunaan? Adakah Islam sahaja? Nama Allah sebenarnya disulamkan dengan sifat SatuNya, termasuk juga dengan sejarah agama dan akar umbinya.

Kesimpulannya, agama manakah yang memberi penekanan tauhid dan juga mempunyai penyentuhan tentang sejarah dan akar umbi kalau bukan Islam?

Sebarang jawapan kepada soalan tersebut mesti berdasarkan tentang asal usul agama dan bahasa yang terbenam dalam lidah suci nabi yang berdakwah.

Maka terbuktilah bahawa Islam sahaja yang berhak menggunakan kalimah Allah.

RUJUKAN:

1. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/01/19/burn-allah-bibles-perkasa-chief-tells-muslims/
2. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/01/25/Perkasa-chief-being-probed-over-Bibleburning-remark.aspx
3. http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/when-why-and-how-christians-use-the-word-allah-cfm **artikel yang mempertikaikan**
4. http://www.greatsite.com/timeline-english-bible-history/
5. Isaiah 19:18 NIV
6. Isaiah 41:13 NIV
7. Qur’an 112:1
8. Exodus 20:2 NIV
9. Matthew 4:10 NIV
10. Qur’an 6:106
11. Exodus 20:3 NIV/Deuteronomy 5:7 NIV
12. Qur’an 6:103
13. Exodus 20:4-6 NIV
14. 1 Corinthians 10:14 NIV
15. Qur’an 6:108
16. Exodus 20:7 NIV
17. Qur’an 62:9
18. Exodus 20:8-11 NIV
19. Matthew 12:1-14 NIV
20. Qur’an 31:14
21. Exodus 20:12 NIV
22. Ephesians 6:1-2 NIV
23. Qur’an 17:33
24. Exodus 20:13
25. Matthew 26:52-53 NIV
26. Qur’an 17:32
27. Proverbs 6:32-33 NIV
28. 1 Corinthians 6:9-11 NIV
29. Qur’an 5:38-39
30. Leviticus 19:11
31. Matthew 6:19-24 NIV
32. Qur’an 2:42
33. Exodus 20:16
34. Matthew 15:18-19 NIV
35. Qur’an 24:30
36. Exodus 20:17 NIV
37. James 4:2-4
38. Genesis 2:4
39. http://www.patheos.com/blogs/markdroberts/series/what-language-did-jesus-speak-why-does-it-matter/
40. Daniel 2:23 NIV
41. Ezra 7:19 NIV

-- AFDS --

[Special Articles]
KEAJAIBAN AL-QURAN: RAHSIA LAUTAN TERBONGKAR! 

Laut, terdapat banyak rahsia yang terkandung di dalamnya. Laut, 70 peratus permukaan bumi ini adalah diseliputi air termasuk laut. Sehingga abad yang ke-21, kita tidak tahu banyak tentang laut bahkan berada pada abad ke-21 ini juga banyak juga yang kita tidak mengetahui. 

Jauh tersemat di dasar lautan, kegelapan boleh dijumpai pada paras 200 meter dan seterusnya. Pada paras ini, hampir tiada cahaya dan apabila kedalaman mula tiba pada 1000 meter, maka tiada langsung cahaya pada paras ini. 

Dan untuk pengetahuan para pembaca juga, saintis berjaya menemui bahawa terdapat lapisan yang bertindih antara satu sama lain apabila pada setiap kedalaman, air laut akan bertukar ketumpatannya. Lapisan yang bertindih antara lapisan yang lain ini dikenali sebagai “ombak dalaman” atau “internal wave” dalam dunia sains. 

Untuk mengetahui tentang fakta pertama bahawa cahaya tiada langsung di dasar laut yang dalam memerlukan teknologi yang maha canggih. Manusia tanpa bantuan teknologi hari ini hanya mampu menyelam setakat kedalaman 70 meter sahaja. 

Dan untuk mengetahui juga mengenai laut mengandungai pelbagai lapisan yang dipanggil internal wave tidak dpaat dilihat oleh mata kasar tetapi dapat dikesan melalui teknologi hari ini. 

Tetapi tahukah kalian bahawa rahsia laut itu sudah dieceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1500 tahun dahulu, diturunkan kepada seorang lelaki ummi yang duduk jauh di gurun panas dan padang pasir?

Lihat ayat di bawah, Maha suci ALLAH yang menciptakan alam ini. 

“Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar.” (An-Nuur 24:40)

Lihat ayat di atas, dan hayati potongan ayat di bawah:

“…gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak…”

Tanda kekuasaan ALLAH itu pada mereka yang berfikir. Maha SUCI ALLAH… SubahanaALLAH… 

-HE-

[Segmen All About Islam]

Assalamualaikum dan selamat pagi Patriots.

Dalam menjalani perjalanan kita menuju ke arah yang lebih baik, pelbagai ujian dan cabaran yang Dia berikan. Jangan gusar dan gelisah. Malah bergembiralah, kerana Dia menguji orang-orang yang Dia kasihi.

Tunjukilah aku jalan yang lurus.

Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Maka jalanlah dengan hati yang tabah, niat yang lurus dan azam yang sungguh-sungguh. Tingkatkan kesabaran seperti mana orang-orang terdahulu bersabar.

Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

Maka, apabila ditimpa ujian dan diberikan cabaran, ucaplah alhamdulillah.. Sesungguhnya kita diantara orang-orang yang Dia kasihi..

Jamalee Bashah

[Morning Motivation]

- racetojannah.tumblr.com -

Ratu Rimba Niagara
 posted 8 updates.
  • CAHAYA RAHMAT CINTA ALLAH KASIH RASULULLAH

    Aku perlukan cahaya
    cahaya dari
    tujuh petala langit
    tujuh petala bumi
    itulah Cahaya Segala Cahaya...
    Cahaya Allah Cahaya Kasih Baginda Rasulullah
    Cahaya yang dinanti
    Cahaya yang didambakan
    Cahaya yang dipercaya
    Cahaya yang dapat menyinari iman di kala kegelapan

    Cahaya Oh Cahaya....

    Datanglah menyinari hatiku yang kegelapan
    Tanpa Cahaya-MU
    Pasti dan pasti
    aku hidup dalam kegelapan
    tanpa panduan
    hidup atas kehendak sesuka hatiku
    tanpa ada rasa takut sedikitpun dengan
    azab kubur
    azab di Padang Mahsyar
    azab segala azab
    azab neraka jahannam
    balasan semasa hidup
    yang tiada panduan
    kompas untuk menuju
    jalan lurus
    tetap kupilih jalan bengkok
    yang menuju ke neraka jahannam

    betapa lemahnya pemikiran
    betapa lemahnya iman
    diberi ingatan berkali kali
    untuk pulang ke jalan pulang
    masih tidak mahukan
    hadirnya datang cahaya iman

    mulai tahun 2014
    mahu kupadamkan dunia kegelapan hatiku
    kepada dunia cahaya
    cahaya...cahaya...cahaya...
    cahaya yang dipercayai
    menyinari benua hati
    hati tersenyum dalam syukur
    Syukur...Syukur...Syukur....
    disinari cahaya
    Cahaya Cinta Allah
    Cahaya Kasih Rasulullah
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    INDAH-NYA CAHAYA ALLAH CAHAYA KASIH RASULULLAH
    DIBAWA SAMPAI NAFAS TERAKHIR
    DIBAWA SAMPAI SYURGAWI
    MENATAP WAJAH-NYA
    BERSAMA DENGAN MEREKA YANG PERCAYA
    RAHMAT CINTA ALLAH KASIH RASULULLAH
    ABADI TANPA PENGHUJUNG-NYA
    CAHAYA RAHMAT CINTA ALLAH KASIH RASULULLAH
    DIDAMBAKAN MULAI DETIK INI SEHINGGA HARI PERTEMUAN
    DI PADANG MASYAR NANTI
    DIMAKBULKAN ALLAH MANDAPAT SYAFAAT RASULULLAH
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    aku, kau dan semua
    pastinya mengharapkan

    MENYINARI HATIKU HATIMU HATI SEMUA
    AAMIIN AAMIIN AAMIIN
    YA RABBAL A'LAMIIN

    ................................................................
    DOA RUH YANG ADA DI JASADKU LALU DIKONGSIKAN
    KEPADA SEMUA SAUDARA SEISLAM YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT...
    30 Safar 1435H
    2 Januari 2013M

    YA ALLAH YA TUHANKU ANDAI KARYA YANG SIARKAN DI WALL INI ADA PAHALA KAU SAMPAIKANLAH PAHALA SELAGI MANA RAMAINYA ORANG MEMBACA PAHALA ITU KEPADA ALMARHUM JOYOKUSUMO TANDA KASIH SAYANG SAUDARA SEISLAMNYA YANG MASIH HIDUP. KAMI MENYAYANGINYA SEBAGAIMANA DIA MENYAYANGI KAMI SEMASA HIDUPNYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
    Assalamualaikum dan selamat pagi Patriots. Dalam menjalani perjalanan kita menuju ke arah yang lebih baik, pelbagai ujian dan cabaran yang Dia berikan. Jangan...See More
    Like ·  ·  · 1 · 3 minutes ago · 

  • See 6 more posts
PERJUANGANMU PERJUANGANKU WALAUPUN BERBEDA TAPI MATLAMATNYA TETAP SAMA MAHU PULANG KE PANGKUAN ILAHI JIWA DAN ROH YANG TENANG DALAM REDHOA LAGI DIREDHAI BERSAMA DI SYURGAWI MENATAP WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

Sent Today
Ina Diantini likes your post in Paguyuban Keluarga Pahlawan Indonesia: "WARKAH BALASAN UNTUK KDYMM STAR SAMU..." 1:10pm
Ina Diantini likes your post in Paguyuban Keluarga Pahlawan Indonesia: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA.'AKU PENDEKAR..." ...Continue Reading
Like ·  ·  · 14 minutes ago · 
Assalamualaikum dan selamat pagi Patriots.

Dalam menjalani perjalanan kita menuju ke arah yang lebih baik, pelbagai ujian dan cabaran yang Dia berikan. Jangan gusar dan gelisah. Malah bergembiralah, kerana Dia menguji orang-orang yang Dia kasihi.

Tunjukilah aku jalan yang lurus.

Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Maka jalanlah dengan hati yang tabah, niat yang lurus dan azam yang sungguh-sungguh. Tingkatkan kesabaran seperti mana orang-orang terdahulu bersabar.

Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

Maka, apabila ditimpa ujian dan diberikan cabaran, ucaplah alhamdulillah.. Sesungguhnya kita diantara orang-orang yang Dia kasihi..

Jamalee Bashah

[Morning Motivation]

- racetojannah.tumblr.com -
 · 1913 · Yesterday at 7:16am · Edited · 
KEAJAIBAN AL-QURAN: RAHSIA LAUTAN TERBONGKAR!

Laut, terdapat banyak rahsia yang terkandung di dalamnya. Laut, 70 peratus permukaan bumi ini adalah diseliputi air termasuk laut. Sehingga abad yang ke-21, kita tidak tahu banyak tentang laut bahkan berada pada abad ke-21 ini juga banyak juga yang kita tidak mengetahui.

Jauh tersemat di dasar lautan, kegelapan boleh dijumpai pada paras 200 meter dan seterusnya. Pada paras ini, hampir tiada cahaya dan apabila kedalaman mula tiba pada 1000 meter, maka tiada langsung cahaya pada paras ini.

Dan untuk pengetahuan para pembaca juga, saintis berjaya menemui bahawa terdapat lapisan yang bertindih antara satu sama lain apabila pada setiap kedalaman, air laut akan bertukar ketumpatannya. Lapisan yang bertindih antara lapisan yang lain ini dikenali sebagai “ombak dalaman” atau “internal wave” dalam dunia sains.

Untuk mengetahui tentang fakta pertama bahawa cahaya tiada langsung di dasar laut yang dalam memerlukan teknologi yang maha canggih. Manusia tanpa bantuan teknologi hari ini hanya mampu menyelam setakat kedalaman 70 meter sahaja.

Dan untuk mengetahui juga mengenai laut mengandungai pelbagai lapisan yang dipanggil internal wave tidak dpaat dilihat oleh mata kasar tetapi dapat dikesan melalui teknologi hari ini.

Tetapi tahukah kalian bahawa rahsia laut itu sudah dieceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1500 tahun dahulu, diturunkan kepada seorang lelaki ummi yang duduk jauh di gurun panas dan padang pasir?

Lihat ayat di bawah, Maha suci ALLAH yang menciptakan alam ini.

“Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar.” (An-Nuur 24:40)

Lihat ayat di atas, dan hayati potongan ayat di bawah:

“…gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak…”

Tanda kekuasaan ALLAH itu pada mereka yang berfikir. Maha SUCI ALLAH… SubahanaALLAH…

-HE-

[Segmen All About Islam]
 · 10352 · 19 hours ago · 
Selamat Hari Bhakti Paspampres. Terima kasih telah menjalankan tugas dan kewajiban dengan tulus dan profesional. Selamat bertugas. SETIA WASPADA ! *SBY*
Like ·  ·  · 10,75544460 · about an hour ago · 

  1. PERJUANGANMU PERJUANGANKU WALAUPUN BERBEDA TAPI MATLAMATNYA TETAP SAMA MAHU PULANG KE PANGKUAN ILAHI JIWA DAN ROH YANG TENANG DALAM REDHOA LAGI DIREDHAI BERSAMA DI SYURGAWI MENATAP WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    Sent Today
    Ina Diantini likes your post in Paguyuban Keluarga Pahlawan Indonesia: "WARKAH BALASAN UNTUK KDYMM STAR SAMU..." 1:10pm
    Ina Diantini likes your post in Paguyuban Keluarga Pahlawan Indonesia: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA.'AKU PENDEKAR..." 1:10pm
    Ina Diantini likes your post in Paguyuban Keluarga Pahlawan Indonesia: "BERSAMA KITA BERSATU REALITIKAN SUMPAH..." 1:09pm
    Ina Diantini likes your post in Paguyuban Keluarga Pahlawan Indonesia: "KITA SALING MEMAAFKAN DEMI KEDAMAIAN..." 1:09pm
    Ina Diantini commented on your post in Paguyuban Keluarga Pahlawan Indonesia: "TURUT BERDUKA CITA INSYA ALLAH BELIAU DITERIMA..." 1:09pm
    Hudi Wantoro likes your post in GEMA GONG PERDAMAIAN DUNIA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA CHYA KEDAMAIAN DUNIA: "'SELAMAT HARI BHAKTI PASPAMPRES 3..." 12:17pm
    Djiwen Irwan (friends with Sri Pemangku Adat) likes your link: "'SELAMAT HARI BHAKTI PASPAMPRES 3..." 12:12pm
    Djiwen Irwan (friends with Sri Pemangku Adat) likes your status: "'SELAMAT HARI BHAKTI PASPAMPRES 3..." 12:10pm
    Adi Fa and Rangga Geni like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "CAHAYA RAHMAT CINTA ALLAH KASIH..." 11:48am
    Imam Pujo Mulyatno Cipuk likes your post in Masyarakat Adat Mataram: "SELAMAT BAHAGIA BERTEMU ILAHI DALAM..." 10:50am
    Badar Al-ahmadi, Fasmadhy Deddi and 2 other people like your status: "Moga proyek film usahama dengan mereka..." 10:43am
    Masyarakat Adat Mataram added 2 photos with you. 10:33am
    Abg Godam likes your post in Keraton Keraton Pesona Wisata Nusantara Surga wisata Perdamaian Dunia: "SELAMAT BAHAGIA BERTEMU ILAHI DALAM..." 10:10am
    Lalu Sofiyar Putrangga Muncar likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, ’KOTA AGUNG..." 8:57am
    Indahnya Islam likes your post in GEMA GONG PERDAMAIAN DUNIA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA CHYA KEDAMAIAN DUNIA: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, ’KOTA AGUNG..." 8:50am
    Sinaga Nelson likes your status: "CAHAYA RAHMAT CINTA ALLAH KASIH..." 7:40am
    Sinaga Nelson and Wataimacute Wataima like your status: "INDAHNYA SILATURRAHIM SETULUS IKHLAS..." 7:37am
    Her San Paris, Titin Mohamad Shobirin and 3 others like your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya: "INDAHNYA SILATURRAHIM SETULUS IKHLAS..." 5:40am
    Guillermo Ferrándiz (friends with Kedaton Kraton Wahyu Utama) added a photo of you. To add this to your timeline, go to Timeline Review. 2:17am
    Kedaton Kraton Wahyu Utama commented on a status you shared: "Merah Putih Harga Mati SELAMAT JALAN GUSTI..." 1:14am
    Kedaton Kraton Wahyu Utama also commented on his status. 1:14am

    Kedaton Kraton Wahyu Utama commented on your post in PersatuanRakyatDuniaCintaDamai Kedaton KratonWahyuUtama ChayaKedamaianDunia: "Merah Putih Harga Mati SELAMAT JALAN GUSTI..." 1:12am
    Kedaton Kraton Wahyu Utama commented on your status: "kumpulan karya yang luar biasa ....gagasan..." 12:41am
    Sent Yesterday
    Fasmadhy Deddi likes your link on his timeline: "INDAHNYA SILATURRAHIM SETULUS IKHLAS..." 11:30pm
    Fasmadhy Deddi commented on your status: "lanjuuut" 11:29pm
    Fasmadhy Deddi likes your comment: "ada di pemikiran mu juga ya...hehehe" 11:23pm
    Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari also commented on his photo: "" 11:08pm
    Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari also commented on his photo: "Tq ratu" 10:36pm
    Adi Fa likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'INDAHNYA..." 9:58pm

    Adi Fa likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "INDAHNYA SILATURRAHIM SETULUS IKHLAS..." 9:57pm
    Indahnya Islam commented on a photo you shared: "Subhanallah Allahu Akbar" 9:20pm
    Indahnya Islam likes your link on her timeline: "CAHAYA RAHMAT CINTA ALLAH KASIH..." 9:19pm
    Indahnya Islam commented on a photo you shared: "Cahaya atas cahaya Menyatu dalam cahaya" 9:19pm
    Indahnya Islam likes your link on her timeline: "CAHAYA RAHMAT CINTA ALLAH KASIH..." 9:19pm
    Indahnya Islam commented on a status you shared: "Subhanallah" 9:18pm
    Indahnya Islam likes your link on her timeline: "INDAHNYA SILATURRAHIM SETULUS IKHLAS..." 9:18pm
    Indahnya Islam likes your post in GEMA GONG PERDAMAIAN DUNIA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA CHYA KEDAMAIAN DUNIA: "INDAHNYA SILATURRAHIM SETULUS IKHLAS..." 9:17pm
    Pangeran Itoe Oely'x and Ayunda Abil also commented on Pangeran Itoe Oely'x's photo. 8:28pm
    Tengku Alyisa Dalimunthe likes your comment: "SUMBANGAN DANA SASTRA INI DISIARKAN..." 7:22pm
    Tengku Alyisa Dalimunthe likes your comment: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'TENTANG ROH'..." 7:22pm
    Tengku Alyisa Dalimunthe also commented on a photo in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "Apakah rasa pisang ini,enak atau tidak ???" 7:21pm
    Tengku Alyisa Dalimunthe likes your comment: "SUBHANALLAH KUASA ALLAH MENGATASI..." 7:20pm
    Yusuf Afandi, Ridzuan Ismail and 2 others like your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya: "CAHAYA RAHMAT CINTA ALLAH KASIH..." 6:57pm
    Feni Anisa Rizki (friends with Rusdal Inayatsyah) also commented on Rusdal Inayatsyah's photo: "keren banget:-)" 6:30pm
    Faris Alfatih, Bendot Awe and 3 others replied to your comment on Susilo Bambang Yudhoyono's photo. 5:01pm
    Andri Bayuardi (friends with Fasmadhy Deddi) likes your comment: "MOGA KITA MENJADI KAWAN SETIA SAMPAI..." 4:55pm
    Andri Bayuardi (friends with Fasmadhy Deddi) also commented on Fasmadhy Deddi's status: "psti tepat ibunda ratu niagara...krna ...ada..." 4:43pm
    Andri Bayuardi (friends with Fasmadhy Deddi) likes your comment: "Moga stateginya tepat dong...hehehe" 4:43pm
    Sekar Larasati likes your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya: "INDAH ILHAM KURNIAAN ALLAH AZZAWAJALLAH" 3:29pm
    Martina Asongna likes your post in DUNIA NUSANTARA BERSATU: "CAHAYA RAHMAT CINTA ALLAH KASIH..." 2:04pm
    Suttan Seghayo Dipuncak Nur II also commented on a post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "JABAL NUR>>>PUNCAK CAHAYA.....Kenapa????" 2:00pm
    Fasmadhy Deddi likes your status: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'INDAHNYA..." 12:29pm
    Khalid Hamzah likes your post in GEMA GONG PERDAMAIAN DUNIA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA CHYA KEDAMAIAN DUNIA: "CAHAYA RAHMAT CINTA ALLAH KASIH..." 12:19pm
    Lalu Lukman Hakim and Adi Fa like your comment: "CAHAYA RAHMAT CINTA ALLAH KASIH..." 11:04am
    Lalu Lukman Hakim likes your comment: "INDAHNYA MENJADI SAHABAT DUNIA..." 11:04am
    Aksura Saelook (friends with Kesultanan Indrapura) likes your link: "CAHAYA RAHMAT CINTA ALLAH KASIH..." 10:02am
    Samu Samu Victor, Erna Lalopua and 4 others also commented on a photo in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 8:38am
    Rtb Hendra Bambang Wisanggeni also commented on a photo in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya: "'- أَمِِيْن أَمِِيْن أَمِِيْن يَا رَبَّ..." 8:35am
    Abg Godam likes your post in Keraton Keraton Pesona Wisata Nusantara Surga wisata Perdamaian Dunia: "JOGJAKARTA BERKABUNG Jogjakarta..." 8:32am
    Suttan Seghayo Dipuncak Nur II likes your post in FORUM CINTA TANAH AIR INDONESIA (FCTAI): "JOGJAKARTA BERKABUNG Jogjakarta..." 8:27am
    Suttan Seghayo Dipuncak Nur II likes your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya: "BUAT BAIK DIBALAS KEBAIKAN DUNIA..." 7:22am
    Suttan Seghayo Dipuncak Nur II and Rostam Efendi Eskak like your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya: "BUAT BAIK DIBALAS KEBAIKAN DUNIA..." 7:22am

    Star Samu Samu likes your comment: "JOGJAKARTA BERKABUNG Jogjakarta..." 6:28am
    Indahnya Islam likes your status: "BUAT BAIK IKHLAS KARENA ALLAH TAALA..." 6:08am
    Indahnya Islam commented on your status: "Innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun semoga GBPH..." 6:06am
    Indahnya Islam likes your status: "BUAT BAIK DIBALAS KEBAIKAN DUNIA..." 6:04am
    Elvira Pulcini likes your post in DUNIA NUSANTARA BERSATU: "BUAT BAIK DIBALAS KEBAIKAN DUNIA..." 5:43am

    Piona Jazz likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "BUAT BAIK DIBALAS KEBAIKAN DUNIA..." 3:34am
    Edy Armay likes your link on his timeline: "INDAHNYA MENJADI SAHABAT DUNIA..." 12:45am

    Sent January 1
    Wa Jun posted in SairPuisiIlmuPengetahuanFilosofi Doa KedamaianDunia KedatonKratonWahyuUtama: "Rahayu.....jaya2 nuswantara jaya2 ngadepi panca..." 10:29pm
    Orgun Zaki also commented on a post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "Agusts terakir ktm, kmrn Siang trm Tlp Krisis,..." 8:39pm
    Azhari Ahmad likes your post in Sri Pemangku Adat: "BUAT BAIK DIBALAS KEBAIKAN DUNIA..." 7:41pm
    Hari Supoko likes your comment: "BUAT BAIK DIBALAS KEBAIKAN DUNIA..." 7:18pm
    Jeni Jen likes your post in Khairuddin Al Yong Riau-FanS: "BUAT BAIK DIBALAS KEBAIKAN DUNIA..." 7:02pm
    Masyarakat Adat Mataram likes your comment: "Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin." 6:55pm
    Masyarakat Adat Mataram commented on a status you shared: "Semoga beliau mendapat tempat yang indah beserta..." 6:53pm
    Masyarakat Adat Mataram likes your link on his timeline: "BUAT BAIK DIBALAS KEBAIKAN DUNIA..." 6:53pm
    Orgun Zaki and R Indra S Attahashi like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "SELAMAT TAHUN 2014 BUAT BAPAK PRESIDEN..." 6:05pm
    Zainur Ridlo (friends with Masyarakat Adat Mataram) likes your comment: "JOGJAKARTA BERKABUNG Jogjakarta..." 3:49pm
    Aone Kusnawan (friends with Kesultanan Indrapura) commented on a photo you shared: "assalamu alaikum.. salam jumpa.." 3:45pm
    Aone Kusnawan, StPerla IsPerlast and Tedy Johan LuQab Nuruddin like your comment: "INDAHNYA BERSAHABAT DENGANMU SEINDAH..." 3:35pm
    Suttan Seghayo Dipuncak Nur II (friends with Indahnya Islam) added a photo with you. 3:22pm
    Orgun Zaki (friends with Sri Pemangku Adat) likes your comment: "JOGJAKARTA BERKABUNG Jogjakarta..." 2:57pm
    Orgun Zaki (friends with Sri Pemangku Adat) likes your comment: "Moga Allah swt tempatkan ruh Alhmarhum..." 2:57pm
    Star Samu Samu, Orgun Zaki and Raffi Jenar like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "JOGJAKARTA BERKABUNG Jogjakarta..." 2:57pm
    Star Samu Samu likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "DALAM HATI ADA TAMAN, TAMAN HATI..." 2:56pm
    Qameg Ciisulungbunda and Rostam Efendi Eskak like your status: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA, "MALAYSIAKU..." 1:50pm
    Abang Efran likes your post in Surat Wasiat Kedaton Kraton Wahyu Utama Laboratorium Pesona Wisata Dunia: "JOGJAKARTA BERKABUNG Jogjakarta..." 12:28pm
    The Patriots also commented on their status: "Dimitriy Mirovsky : Itu kata2 orang pendemo,..." 12:13pm
    Diajeng Dewi Sekar Pandan (friends with Kesultanan Indrapura) likes your link: "JOGJAKARTA BERKABUNG Jogjakarta..." 12:11pm
    Dimitriy Mirovsky and Mus Li Min Arshad also commented on The Patriots's status. 12:08pm

    (PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA
    CINTA 5 BENUA)
    1 Rabiulawal 1435H
    3 Januari 2014M
    Like ·  ·  · Stop Notifications
  2. KEAJAIBAN AL-QURAN: RAHSIA LAUTAN TERBONGKAR!

    KEAJAIBAN AL-QURAN: RAHSIA LAUTAN TERBONGKAR!

    Laut, terdapat banyak rahsia yang terkandung di dalamnya. Laut, 70 peratus permukaan bumi ini adalah diseliputi air termasuk laut. Sehingga abad yang ke-21, kita tidak tahu banyak tentang lautbahkan berada pada abad ke-21 ini juga banyak juga yang kita tidak mengetahui.

    Jauh tersemat di dasar lautan, kegelapan boleh dijumpai pada paras 200 meter dan seterusnya. Pada paras ini, hampir tiada cahaya dan apabila kedalaman mula tiba pada 1000 meter, maka tiada langsung cahaya pada paras ini.

    Dan untuk pengetahuan para pembaca juga, saintis berjaya menemui bahawa terdapat lapisan yang bertindih antara satu sama lain apabila pada setiap kedalaman, air laut akan bertukar ketumpatannya. Lapisan yang bertindih antara lapisan yang lain ini dikenali sebagai “ombak dalaman” atau “internal wave” dalam dunia sains.

    Untuk mengetahui tentang fakta pertama bahawa cahaya tiada langsung di dasar laut yang dalam memerlukan teknologi yang maha canggih. Manusia tanpa bantuan teknologi hari ini hanya mampu menyelam setakat kedalaman 70 meter sahaja.

    Dan untuk mengetahui juga mengenai laut mengandungai pelbagai lapisan yang dipanggil internal wave tidak dpaat dilihat oleh mata kasar tetapi dapat dikesan melalui teknologi hari ini.

    Tetapi tahukah kalian bahawa rahsia laut itu sudah dieceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1500 tahun dahulu, diturunkan kepada seorang lelaki ummi yang duduk jauh di gurun panas dan padang pasir?

    Lihat ayat di bawah, Maha suci ALLAH yang menciptakan alam ini.

    “Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar.” (An-Nuur 24:40)

    Lihat ayat di atas, dan hayati potongan ayat di bawah:

    “…gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak…”

    Tanda kekuasaan ALLAH itu pada mereka yang berfikir. Maha SUCI ALLAH… SubahanaALLAH…

    -HE-

    [Segmen All About Islam]

    Laut, terdapat banyak rahsia yang terkandung di dalamnya. Laut, 70 peratus permukaan bumi ini adalah diseliputi air termasuk laut. Sehingga abad yang ke-21, kita tidak tahu banyak tentang laut...See More
  3. DINASTI HAN: LIU BANG DAN ULAR PUTIH

    Qin, adalah sebuah empayar yang menyatukan seluruh China. Selepas 200 tahun era di mana negara-negara kota di China saling berperang antara satu sama lain tamat di bawah penyatuan Yin Zheng atau nama ma...See More
    • 28 people like this.
    • Peter Yap Cerita Ular Putih itu di cipta SELEPAS Liu Bang menjadi Maharaja Dinasti Han yang pertama. Ciptaan itu semata mata untuk menonjolkan Liu Bang sebagai seorang yang berketurunan luar biasa atau bangsawan jika di bandingkan dengan musuh ketatnya ia itu Xiang Yu ( Keturunan Bangsawan Chu ).Ramai Maharaja Cina dulu mengubah suai sejarah mereka sendiri selepas menaiki tahta.Harap ambil perhatian.
      2 · 15 hours ago · Edited
  4. ADAKAH KALIMAH ALLAH BENAR-BENAR MILIK ISLAM? BENARKAH KRISTIAN MEMPUNYAI HAK UNTUK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH?

    Adakah kalimah Allah merupakan hak milik mutlak orang Islam sahaja? Soalan yang mudah ini mampu mendorong orang Islam untuk menjawab dengan sebuah pemerhatian terhasil daripada bilah parang atau laras senapang. Alasan orang Islam, sebarang pertikaian atau penghinaan terhadap Islam akan menggugat sensitiviti umat Islam, yang sebenarnya dicipta oleh orang Islam sendiri.

    Agama yang mengandungi inspirasi daripada Allah tidak akan mempunyai sifat sensitif. Kalau Nabi Muhammad SAW dihina, kenapa ramai memilih jalan untuk mengamuk? Bukankah lebih baik kalau orang Islam menentang fitnah dengan fakta? Tetapi apabila saya bertanya, saya pula yang ditanya semula, kalau ayah saya dihina, adakah saya akan marah?

    Soalan ini saya akan jawab dengan satu lagi soalan, adakah kemarahan akan menyelesaikan masalah atau menimbulkan lagi? Orang bukan Islam dengan mudahnya akan mematahkan orang Islam dengan kenyataan seperti, “kalau apa yang dikatakan adalah fitnah, kenapa nak marah? Kebenaran memang pahit kan?”

    Bagaimana anda mahu menjawab soalan tersebut?

    Memang tidak patut wujud sebarang sensitiviti, kerana itu hanya akan merumitkan keadaan dan mencalarkan imej Islam. Seruan tidak bertanggungjawab Ibrahim Ali supaya bakar kitab Injil bahasa Melayu [1] [2] mampu mendorong kepada rusuhan daripada orang Islam sendiri kerana sudah tentu Kristian Katolik mampu membalas dengan pembakaran al-Qur’an beramai-ramai.

    Dunia ini bukannya hak milik orang Islam, tetapi hak milik Allah. Setinggi mana kita memartabatkan agama sendiri, tidak semestinya itu yang apa yang dituntut oleh Allah. Adakah pengeboman London yang menyusahkan orang ramai yang tidak bersalah merupakan satu jihad? Atau, adakah gerakan menyatukan ummah merupakan satu jihad?

    Serangan ke atas doktrin atau agama bukannya satu jihad. Mempertahankan doktrin (al-Qur’an) dan agama (Islam) itulah sebuah jihad. Dan mempertahankan Islam tidak semestinya berlaku dengan serangan ke atas agama lain, atau pertumpahan darah.

    Walau bagaimanapun, apakah niat Kristian Katolik di sebalik perjuangan “Allah Untuk Semua”? Kenapa yang mereka mahu menggunakannya?

    KONFLIK NAMA DAN BAHASA

    Pelbagai artikel telah mengetengahkan hak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Ada juga [3] yang mengatakan bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi hak milik mutlak Islam. Tetapi, semua fakta mereka telah dirungkaikan secara neutral dan lengkap. Masalahnya sekarang, pembela-pembela Islam di luar mahkamah terdiri daripada golongan yang berfikir menggunakan bilah parang secara majoriti.

    Kebanyakan penulis “Allah untuk semua” mewartakan bahawa kalimah Allah telah digunakan sebelum kedatangan Islam lagi, dan mereka juga menyentuh tentang kupasan sejarah sehingga abad kelima. Ini yang menimbulkan sedikit keraguan, kerana nama agama Kristian timbul daripada etimologi “Masiah” (Ibrani) dan “Christos (Yunani) – pengikut al-Masih, Nabi Isa as. Adakah Nabi Isa as masih lagi bersama dunia pada abad kelima?

    Bukankah baginda as telah diangkat ke langit, menurut Islam, atau disalibkan, menurut Katolik, beratus tahun sebelum abad kelima?

    Kalendar Gregory yang kini digunakan secara universal memulakan istilah ‘Anno Domini’ sebagai tanda kelahiran Nabi Isa as. Sepatutnya, sumber-sumber “Allah untuk semua” semestinya menyelami sejarah sehingga pada peringkat pemberian Sepuluh Perintah (Ten Commandments) kepada Nabi Musa as, bukannya sehingga 400+AD.

    Apa yang mudah difahami daripada golongan “Allah Untuk Semua” adalah paradoks mereka ketika penafsiran ‘God’ dan ‘Lord’. Sebelum saya menyentuh tentang paradoks ini, anda perlu betul-betul faham ayat saya, “I have a friend. His name is John.”

    Seluruh konteks ayat-ayat ini terletak dalam penguasaan mutlak bahasa Inggeris. Oleh itu, kalau anda ingin menukarkannya kepada bahasa Melayu, anda perlulah fahami istilah-istilah yang telah digunakan. Anda perlu kenalpasti kegunaan kata nama khas (proper noun). Kalau tidak, terjemahannya sudah tentu akan menjadi:

    “Saya mempunyai seorang kawan. Namanya Tandas.”

    Kalau dari sudut nama am (common noun) pula, contoh yang sama boleh diaplikasikan daripada kenyataan, “I feel so gay today!” Penterjemahan tanpa memahami dasar dan konteks asal ayat akan membentuk penafsiran berbunyi sebegini, “saya rasa terlalu homoseksual hari ini”, sedangkan “gay” yang dimaksudkan adalah “gembira”.

    Secara keseluruhan, apa yang saya cuba sampaikan adalah, kalau anda ingin menafsirkan sesuatu, seluruh kata nama khas yang digunakan dalam bahasa asal mesti dikekalkan. Kalau nama ‘John’ akan dikekalkan selepas penterjemahan, kenapa nama Tuhan akan digantikan dengan nama yang lain pula?

    Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa bahasa Arab tiada kata nama khas?

    Saya ingin menjelaskan sedikit apa yang dikatakan oleh Zulkifli Noordin. Saya tidak tahu sama ada beliau cuba katakan bahawa bahasa Arab tiada kata nama khas, tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah, adakah “Al-Mamlakah al-Arabiyyah as-Sa’udiyyah” akan dikenali sebagai common noun atau proper noun? Sudah tentu, ia jatuh sebagai kata nama khas untuk “Arab Saudi”.

    Sama juga dengan, “Medinat Yisrael” (Ibrani) dan “Daulat Israel” (Arab); kedua-dua ini sudah tentunya proper noun juga untuk “Negara Israel”/”State of Israel”.

    Sama ada penggunaan kata nama khas wujud atau tidak dalam bahasa Arab dan Ibrani tiada kaitan dengan apa yang saya cuba sampaikan. Kerana penterjemahan Bibel kepada Melayu tidak datang daripada bahasa-bahasa ini, tetapi bahasa Inggeris. Yang menimbulkan persoalan: adakah Sepuluh Perintah, Taurat dan Injil diturunkan dalam bahasa Inggeris?

    Katolik patut merujuk bahasa asal untuk menyelesaikan dilema mereka. Memandangkan ‘God’ dan ‘Lord’ dalam bahasa asal digunakan sebagai kata nama khas, sudah tentunya penterjemahan dan penafsiran perlu mengikut caranya. Kalau tidak, saya rasa lebih baik semua ibu dan ayah di dunia ini tidak lagi menamakan anak mereka ‘John’.

    Struktur yang sama juga perlu digunakan untuk bahasa Inggeris. Tetapi, bahasa Inggeris pun merupakan bahasa susulan Bibel. Penterjemahan kepada bahasa Inggeris berlaku pada abad ke-14 oleh John Wycliffe [4], yang menafsirkannya daripada bahasa Latin. Saya tidak mahu sentuh tentang ‘Tandas’ Wycliffe, tetapi saya ingin mengetengahkan bahawa bahasa Latin pun bukan bahasa asal.

    Oleh itu, proses penafsiran ke bahasa Melayu sepatutnya menggunakan rujukan Tiga Bahasa Asal. Bukannya bahsa Inggeris atau Latin.

    Artikel (rujuk sumber) yang mempertikaikan hak mutlak Islam menekankan tentang paradoks ‘God’ dan ‘Lord’ yang terdapat dalam bahagian Isaiah, tetapi yang menariknya, penulis tidak pula menyebut sedikit pun tentang penggunaan bahasa yang juga terdapat dalam bahagian yang sama [5], iaitu ‘bahasa Kanaan’. Paradoks ‘God’ dan ‘Lord’ memang wujud dalam beberapa versi yang menggunakan kedua-duanya dalam sepotong ayat [6].

    Tetapi, paradoks ini hanya wujud dalam penterjemahan daripada bahasa Inggeris sahaja. Versi Yahudi Ortodoks yang menggunakan penyampaian dan istilah yang berlainan berjaya menerangkan ayat yang sama tanpa sebarang masalah pun. Bibel versi Holman dan Darby pula menggantikan perkataan paradoks ini dengan ‘Yahweh’ dan ‘Jehovah’, bukannya ‘Allah’. Jadi, adakah ‘God’ dan ‘Lord’ merupakan satu dilema atau kedegilan semata-mata?

    Pada hari ini, penterjemahan kepada bahasa Inggeris yang sedia ada datang daripada bahasa Latin, bukannya bahasa Ibrani, Aramaic dan Yunani Koine. Ini yang mencetuskan masalah, kerana pelbagai versi telah dibuat, dan yang menimbulkan kemusykilan tentang paradoks ini adalah apabila versi Holman berjaya melaksanakannya tanpa sebarang masalah dengan kenyataan, “Akulah Yahweh, Tuhanmu”, sekaligus mengetengahkan bahawa paradoks ini terhasil akibat pemahaman manusia, bukan kerana pengertian ayat.

    SEPULUH PERINTAH

    Sepuluh Perintah, atau Sepuluh Hukum, merupakan perundangan yang sangat popular oleh kerana ciri-cirinya yang merupakan rangka untuk Perjanjian Lama (Old Testament), Perjanjian Baru (New Testament) dan Perjanjian Akhir (Final Testament).

    1) Akulah Tuhan [7] [8] [9]
    2) Tiada Tuhan Melainkan Aku [10] [11]
    3) Menyembah Berhala Adalah Haram [12] [13] [14]
    4) Penyalahgunaan Nama Aku Adalah Haram [15] [16]
    5) Peliharalah Kesucian Hari Sabat* [17] [18] [19]
    6) Muliakanlah Kedua Ibu Bapa [20] [21] [22]
    7) Membunuh Adalah Haram [23] [24] [25]
    8. Berzina Adalah Haram [26] [27] [28]
    9) Mencuri Adalah Haram [29] [30] [31]
    10) Bersaksi Palsu Adalah Haram [32] [33] [34]
    11) Mengidam Kepunyaan** Jiran Adalah Haram [35] [36][37]

    *Hari Sabat adalah penghulu kepada semua hari, seperti Jumaat (Islam).
    **Kepunyaan termasuk isteri, rumah dan sebagainya.

    Tafsiran Yahudi, Kristian Ortodoks, Katolik, Lutheran dan Protestan menerima beberapa rukun yang ada sebagai satu rukun sahaja. Jadi, saya pecahkan sahaja kepada 11 untuk memudahkan proses rujukan.

    Yang berkaitan dengan isu ini adalah Perintah Keempat (penyalahgunaan nama Tuhan), dimana hukumnya adalah haram. Penggunaan “Allah” dalam doktrin Kristian adalah satu penyalahgunaan kerana Islam sebenarnya dipandang sebagai agama ciptaan, bukannya agama inspirasi Tuhan.

    Jadi apakah hukum Katolik untuk menggunakan Nama Tuhan agama yang dikatakan sebagai rekaan manusia? Bukankah ini patut dikira sebagai penyalahgunaan? Ya.

    JUDAISME DAN KRISTIAN

    Kalau anda meminta saya terangkan tentang Judaisme secara keseluruhannya, termasuk liku-liku sejarahnya, saya terpaksa mengundur diri, kerana penjelasan untuk Tanakh dan Talmud pun perlukan kandungan yang besar untuk dijelaskan.

    Bercakap tentang Talmud, ramai yang berpegang bahawa Talmud adalah undang-undang sekular Yahudi, dan sesiapa yang mengamalkannya akan jatuh kafir, tidak lagi dikenali sebagai “Ahli Kitab”. Saya tidak tahu sumber manakah yang berkata sedemikian, atau itu sekadar pendapat sendiri, tetapi pendapat ini adalah salah.

    Talmud terbahagi kepada dua: Bavli (Babylon) dan Yerushalayim (Jerusalem), dan merupakan batu asas kepada hidup orang Yahudi yang berdasarkan kitab Taurat juga. Erti kata lain, Talmud adalah “Kod Undang-Undang” kepada kaum Yahudi – Ortodoks, Reform, Konservatif dan sebagainya.

    Ketika Nabi Musa as sedang berurusan di Gunung Sinai, baginda telah diutuskan dengan Taurat yang juga disertakan dengan penjelasan lisan. Sumber-sumber daripada Taurat Bertulis semua dijelaskan secara terperinci di Taurat Lisan. Analogi yang sama juga wujud dalam Islam – al-Qur’an bertindak sebagai pengisytiharaan hukum-hukum tertentu, manakala Hadis memainkan peranan untuk menerangkan hukum-hukum tersebut secara terperinci – cara-cara untuk bersolat, dan sebagainya.

    Kandungan Taurat Lisan telah diturunkan kepada Nabi Musa as, kemudian daripada Nabi Musa as kepada Joshua sehinggalah diamanahkan kepada ahli-ahli Dewan Agung, yang diketuai oleh Uzair ketika itu. Setelah siapnya Kuil Kedua, pelajar-pelajar Taurat mula menghafal Taurat Lisan daripada kod-kod tertentu yang dikenali sebagai Mishnah.

    Keruntuhan Kuil Kedua akibat serangan tentera Rom telah menggugat Taurat Lisan. Para-para Yahudi telah memulakan proses suntingan, yang diketuai oleh Rabbi Yehudah, untuk membentuk Mishnah untuk mengelakkan sebarang kerosakan. Uniknya, penulisan suntingan ini bergerak melalui proses persetujuan dan pengesahan daripada ahli-ahli agama dalam majlis, dan pendapat-pendapat yang ditolak atau diragui pun dimasukkan untuk bacaan lanjut.

    Konklusinya, pengajian Taurat Lisan merangkumi kepada penghafalan asas-asasnya. Seperti yang dikatakan, ini dikenali sebagai Mishnah. Kemudian, analisis-analisis daripada pihak Rabinik termasuk dengan penulisan beberapa ulasan tentang Mishnah akan digabungkan sebagai Gemara Dan gabungan Mishnah dan Gemara inilah merupakan Talmud.

    Kenyataan bahawa Talmud adalah rekaan manusia adalah salah, kerana isi kandungannya timbul daripada rangka Mishnah (Taurat Lisan), dan Gemara hanya mengandungi ulasan-ulasan pembelajaran dan pemahaman Mishnah.

    Kalau Talmud merupakan gabungan Mishnah dan Gemara, Tanakh, atau Bibel Ibrani (Hebrew Bible) merupakan gabungan Tiga Kitab: Taurat, Nevi’im dan Ketuvim. Dan gaya hidup Yahudi dilukiskan berdasarkan Tanakh dan Talmud. Dalam pandangan Kristian, Judaisme pun merupakan agama Tuhan, tetapi mempunyai kekosongan besar yang diisi oleh Nabi Isa as – pada pandangan mereka, merupakan Anak Tuhan.

    Di sinilah timbul masalah antara Islam dan Katolik, kerana konsep Trinity yang meletakkan Tiga Elemen sebagai Satu Tuhan: Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Suci, telah dipandang sebagai pendekatan syirik (mempertikai konsep Satu Tuhan).

    TUHAN

    Kalau ikut Judaisme, nama Tuhan mempunyai pucuk yang muncul daripada nama empat-huruf (YHWH) yang dikenali sebagai ‘Tetragrammaton’. Kali pertama kalimah empat-huruf ini muncul adalah ketika Tuhan menjelaskan tentang ciptaan syurga dan dunia [38].

    “Yahweh” memang popular kalau ikut susur galur Tanakh yang berkaitan dengan Kristian. Tetapi, nama ini dipandang sebagai nama yang terlalu suci sehinggakan tiada siapa, menurut Judaisme, yang berhak menyebutnya kecuali Ketua Rabbi tertinggi sahaja. Yahudi biasanya akan menggantikan “Yahweh” dengan “Adonai” ketika pembacaan untuk mempertahankan kesucian nama tersebut. Jadi, mungkin penggunaan “Yahweh” dalam Bibel Melayu akan menimbulkan masalah, tetapi alasan ini masih lagi tidak kukuh.

    Memandangkan paradoks ini berkisar antara Islam dan Kristian, fokus dan keutamaan mesti diberi kepada asal-usul Nabi Isa as. Rujukan-rujukan dan lukisan-lukisan semasa kini meletakkan Nabi Isa as sebagai lelaki kulit putih, bermata biru dan berbangsa Eropah, sedangkan baginda as merupakan jejaka yang berbangsa Yahudi Timur Tengah.

    Walaupun berdekatan, bahasa ibunda Nabi Isa as bukannya bahasa Arab, tetapi bahasa Aramaic [39]. Kalimah ‘Elah’ merupakan sumber utama kepada ‘Tuhan’ dalam bahasa Aramaic [40] [41]. Jadi, kenapa ada segelintir yang pelik ingin gunakan kalimah ‘Allah’, hanya kerana pada abad kelima, telah wujud kalimah Allah dalam Bibel? Yang mana satu perlu dipilih – sejarah Nabi Isa as atau sejarah penafsiran Bibel?

    Kalau jawapannya adalah sejarah penafsiran Bibel, ertinya Nabi Isa as telah dibelakangkan. Tetapi, kalau jawapannya adalah sejarah Nabi Isa as, jelas sekali baginda bukannya anak kelahiran Arab. Baginda as mempunyai lidah Aramaic.

    HAK SIAPAKAH?

    Masalah ini tidak akan menjadi keruh kalau diuruskan dengan baik. Apa yang sudah pasti, golongan yang mahukan kalimah Allah sebenarnya bukannya Katolik tulen, tetapi sekadar Katolik yang berjiwakan liberalisme ataupun, patung-patung liberal yang berjubahkan Katolik. Yang mengeruhkan keadaan, orang Islam mempertahankan kalimah Allah menggunakan rujukan yang berbaur sensitiviti yang akan merumitkan keadaan.

    Sumber-sumber daripada pihak Katolik telah merungkaikan segala-galanya berdasarkan pendapat bahawa Islam tidak memiliki hak mutlak kepada Kalimah Allah. Penekanan umum telah dibuat mengenai paradoks ‘God’ dan ‘Lord’, yang sebenarnya timbul akibat kedangkalan manusia ketika penafsiran daripada satu bahasa ke satu lagi bahasa.

    Untuk menafsirkan sesuatu dokumen atau doktrin, penekanan harus dibuat mengenai kata-kata nama yang ada, sama ada nama am atau nama khas. Dan secara jelasnya, kata nama khas semestinya dikekalkan, sepertimana yang dipelajari di sekolah dahulu.

    Dari sudut sejarah Kristian, penggunaan Kalimah Allah adalah satu perkara yang lari daripada asas. Perintah Keempat telahpun mengisytiharkan bahawa sebarang penyalahgunaan nama Tuhan adalah satu dosa yang besar. Secara jelas dan nyata, Islam dipandang sebagai musuh agama dan juga doktrin yang sesat. Dan hanya Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah secara realiti. Ini bermakna, Kristian akur akan kewujudan Tuhan yang mereka sendiri mengatakan bahawa ianya bukan Tuhan.

    Jadi, Kristian perlulah kembali kepada akar agamanya – Nabi Isa as/Jesus Christ. Siapakah baginda? Apakah asal usul baginda? Apakah bahasa yang terbenam dalam lidah suci baginda? Kalau perkara-perkara akar umbi agama Kristian diambil kira, sudah tentunya segala paradoks dan dilema tidak akan wujud, kerana penterjemah Katolik perlu merujuk kepada Bibel dalam bahasa asalnya untuk melakukan sebarang penafsiran.

    Jadi, kepada siapakah nama Allah patut diberi hak penggunaan? Adakah Islam sahaja? Nama Allah sebenarnya disulamkan dengan sifat SatuNya, termasuk juga dengan sejarah agama dan akar umbinya.

    Kesimpulannya, agama manakah yang memberi penekanan tauhid dan juga mempunyai penyentuhan tentang sejarah dan akar umbi kalau bukan Islam?

    Sebarang jawapan kepada soalan tersebut mesti berdasarkan tentang asal usul agama dan bahasa yang terbenam dalam lidah suci nabi yang berdakwah.

    Maka terbuktilah bahawa Islam sahaja yang berhak menggunakan kalimah Allah.

    RUJUKAN:

    1.http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/01/19/burn-allah-bibles-perkasa-chief-tells-muslims/
    2. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/01/25/Perkasa-chief-being-probed-over-Bibleburning-remark.aspx
    3. http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/when-why-and-how-christians-use-the-word-allah-cfm **artikel yang mempertikaikan**
    4. http://www.greatsite.com/timeline-english-bible-history/
    5. Isaiah 19:18 NIV
    6. Isaiah 41:13 NIV
    7. Qur’an 112:1
    8. Exodus 20:2 NIV
    9. Matthew 4:10 NIV
    10. Qur’an 6:106
    11. Exodus 20:3 NIV/Deuteronomy 5:7 NIV
    12. Qur’an 6:103
    13. Exodus 20:4-6 NIV
    14. 1 Corinthians 10:14 NIV
    15. Qur’an 6:108
    16. Exodus 20:7 NIV
    17. Qur’an 62:9
    18. Exodus 20:8-11 NIV
    19. Matthew 12:1-14 NIV
    20. Qur’an 31:14
    21. Exodus 20:12 NIV
    22. Ephesians 6:1-2 NIV
    23. Qur’an 17:33
    24. Exodus 20:13
    25. Matthew 26:52-53 NIV
    26. Qur’an 17:32
    27. Proverbs 6:32-33 NIV
    28. 1 Corinthians 6:9-11 NIV
    29. Qur’an 5:38-39
    30. Leviticus 19:11
    31. Matthew 6:19-24 NIV
    32. Qur’an 2:42
    33. Exodus 20:16
    34. Matthew 15:18-19 NIV
    35. Qur’an 24:30
    36. Exodus 20:17 NIV
    37. James 4:2-4
    38. Genesis 2:4
    39. http://www.patheos.com/blogs/markdroberts/series/what-language-did-jesus-speak-why-does-it-matter/
    40. Daniel 2:23 NIV
    41. Ezra 7:19 NIV

    -- AFDS --

    [Special Articles]
    • 39 people like this.
    • The Patriots Comparative Studies:

      Secara kesimpulannya artikel ini menerangkan bahawa di dalam bahasa asal kitab Taurat, Injil dan Al-Quran nama Tuhan ada digunakan:

      Hebrew - Yahweh, Adonai
      Aramaic - Elah
      Arabic - Allah

      Masalah hari ini berlaku apabila Bible atau al-Kitab diterjemah dari bahasa asal ke Latin dan kemudian Inggeris dan mengeluarkan kata nama khas tersebut dan menggantikannya dengan 'God' atau 'Lord'.

      Maka, penafsiran yang dibuat menggunakan kitab Inggeris atau Latin itu sendiri sudah lari maknanya kerana tidak menggunakan kata nama Khas yang tertulis di dalam bahasa asalnya.

      Namun begitu, tiada masalah jika agama wahyu mana pun nak menggunakan kalimah Allah dengan satu syarat, jangan lari dari makna asal tauhid.

      1. Dialah Allah,Yang Maha Esa
      2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu
      3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan
      4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia

      (PETKAN THE PATRIOTS, RATU RIMBA NIAGARA & RAKAN RAKAN ALAMMAYA)
      1 Rabiulawal 1435H
      3 Januari 2013

0 comments:

Post a Comment

;