Thursday, 27 February 2014

YA ALLAH TUNJUKKAN KAMI JALAN YANG LURUS AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN


JALAN IHDINASSIRATHALMUSTAQIM (JALAN YANG LURUS)

Aku pengen mencari jalan
Jalan-jalan menuju ke Pangkuan-Nya

Biarpun aku pengen mencari jalan yang lurus
Mana bisa mungkin wujud di dunia ini
Jalan yang lurus
Semuanya akan ada bengkang bengkok
Sudahlah begitu pasti banyak simpang
Simpang yang boleh menyesatkan jika
Lemah kepercayaan tauhid pada-Nya...

Dalam banyak jalan
ALLAH SWT izinkan aku
Melalui satu jalan
yang amat indah
saujana mata memandang
bunga-bungaan memutih
kiri kanan jalan
harum semerbak hingga ke perdu iman
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
sepanjang jalan ku berzikir
seakan gema zikirku seiring dengan gema zikir
penghuni tujuh petala langit tujuh petala bumi
ALLAHU AKBAR
KEBESARAN ALLAH SWT mengatasi segala
yang ada di langit dan di bumi
aku syahdu aku menangis penuh hiba
inilah jalan yang kudambakan
yang aku tercari-cari selama ini
moga jalan-jalan yang sedang kulalui ini
akan terus kulalui sehingga akhir hayatku
moga ALLAH SWT sentiasa izinkan aku lalui jalan Ihdinassirathalmustaqim
itu adalah lebih berharga daripada alam dan seisinya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

RATU RIMBA NIAGARA
2 Zulhijjah 1434H
6 Oktober 2013M

SURAH AL-FATIHAH
Surah pertama
Diturunkan di Mekah - 7 ayat

1. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan memelihara dan mentadbir sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan-jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan) orang-orang yang sesat
Like ·  ·  · 5 hours ago · 
  • Ratu Rimba Niagara
Unlike ·  ·  · 9034123 · 5 hours ago · 
28 Rabiulakhir 1435H
28 Februari 2014M 

0 comments:

Post a Comment

 
;