Tuesday, 24 June 2014

PERMATA DI ATAS TAHTA (292) HANYA UNTUK-MU ALLAH


PERMATA DI ATAS TAHTA (292) HANYA UNTUK-MU ALLAH
عجائب وغرائب الدنيا‎ added a new photo.
23 mins · 
  • HANYA UNTUK-MU ALLAH

    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    DARI ALLAH KITA DATANG DARI ALLAH JUA KITA DIKEMBALIKAN
    TERIMA KASIH SAHABATKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT
    ATAS DOAMU DAN KATA-KATA SEMANGAT UNTUK AKU TERUS
    BERKARYA...BERKARYA...BERKARYA...IN SHAA ALLAH AAMIIN
    MOGA ALLAH MERAHMATIMU SEKELUARGA MERAHMATIKU SEKELUARGA DAN MERAHMATI SEMUA SAUDARA SEISLAM KITA AAMIIN
    SAHABAT DUNIA AKHIRATKU....
    MENDENGAR DOA INDAHMU
    TERASA DI HATI INI BERBUNGA-BUNGA KASIH YANG TAK TERHINGGA SERASA PERSAHABATAN KITA BERADA DI SYURGA
    WALAUPUN DI UNGKAPKAN DI ALAM MAYA BUKAN DI ALAM REALITI
    TAPI TERASA SAPAANMU SEPERTI AHLI SYURGA
    BARANGKALI INILAH BAHASA-BAHASA AHLI SYURGA TIKA BERADA DI SYURGA....SETIAP SAPAAN SESAMA AHLI SYURGA
    ADALAH INDAH SALING MENGHARGAI SALING MEMBAHAGIAKAN
    TIDAK AKAN TERGURIS WALAUPUN SEBESAR ZARRAH
    BENARLAH SETIAP KALI KITA MENDENGAR SAPAAN AHLI SYURGA NAN INDAH KITA SEAKAN TERLUPA BAHAWA KITA BERADA DI SYURGA AMAT BENARLAH SYURGA ITU NEGERI KASIH SAYANG ABADI YANG DITEMPATKAN ALLAH AZZAWAJALLAH KEPADA SEMUA HAMBA-HAMBA-NYA YANG TERPILIH.
    MENYEBUT SYURGA MEMANGLAH MUDAH
    TAPI UNTUK MENGGAPAINYA
    SEGALA UJIAN AKAN KITA TEMPUHI
    JAMBATAN UNTUK KITA KE SYURGA
    KITA AKAN DIUJI TERUS DIUJI SEHINGGA KE AKHIR HAYAT KITA
    JIKA KITA TABAH SABAR BILA DIUJI
    TANPA BERKELUH KESAH
    YANG ADA SYUKUR REHDA TAWAKAL PASRAH
    SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH SWT APABILA DIUJI
    KERANA TIDAK DIDUGA SESEORANG HAMBA ITU MENGIKUT KEMAMPUANNYA, ALLAH TAHU KITA MAMPU MENGATASI UJIAN ITU SEBAB ITU DIA PILIH KITA MENERIMA UJIAAN DARI-NYA
    SEMUA HAMBA-NYA AKAN DIUJI
    TANDA DIA CINTA PADA SEMUA HAMBA-NYA
    MOGA KITA TAHAN DAN REDHA APABILA MENERIMA
    SETIAP UJIAN-NYA AAMIIN
    YA... DI SINI BUKAN TEMPAT KITA
    TEMPAT KITA ADALAH NEGERI ABADI
    JIKA KITA DITEMPATKAN DI SYURGA
    KITA AKAN LUPA SEGALA UJIAAN YANG KITA TEMPUHI
    MALAH BERSYUKUR DITIMPAKAN UJIAN DARI ALLAH
    JIKA KITA DITEMPATKAN DI NERAKA
    KITA AKAN LUPAKAN SEGALA NIKMAT DUNIAWI YANG PERNAH KITA KECAPI AKAN MERASA MENYESAL
    MERAYU-RAYU PADA ALLAH UNTUK DIPULANGKAN KEMBALI KE DUNIA AGAR BOLEH BERBUAT AMALAN SOLEH SEBANYAK-BANYAKNYA KERANA BETAPA DAHSYATNYA SEKSAAN NERAKA
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    DUHAI SAHABATKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT
    SYURGA ITU RAHSIA ALLAH
    SEMUA ORANG TIDAK TAHU DI MANA AKAN DITEMPATKAN
    SESUDAH MATI ...HANYA KUASA ALLAH YANG MENENTUKAN
    BIARPUN SELURUH MANUSIA BERANGGAPAN DIA ITU AHLI SYURGA
    TAPI TIDAK ALLAH IZINKAN BUKANLAH DIA AHLI SYURGA,
    BIARPUN SELURUH DUNIA BERANGGAPAN DIA ITU AHLI NERAKA TAPI ALLAH TAHU SIAPA DIA SEBENARNYA SYURGALAH TEMPATNYA
    ALLAHU AKBAR!
    BETAPA KERDILNYA MANUSIA UNTUK MENGHUKUM
    DIA ITU AHLI SYURGA DIA ITU AHLI NERAKA
    SYURGA NERAKA MILIK ALLAH
    CUMA KITA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
    YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASEHANI
    TELAH MENYIAPKAN SYURGA UNTUK SEMUA HAMBA-NYA
    ANDAI SEMUA HAMBA-NYA DI MASUKKAN KE SYURGA
    MASIH ADA LAGI RUANG KOSONG
    KERANA SYURGA ITU AMATLAH LUAS
    SELUAS LANGIT DAN BUMI
    MALAH LEBIH LUAS DARI ITU
    SUBHANALLAH SEGALA PUJI HANYA UNTUK ALLAH
    ALANGKAH INDAHNYA JIKA TIKA HIDUP DI DUNIA INI
    KITA SESAMA KITA
    SENTIASA SALING HORMAT MENGHORMATI
    SEHATI SEJIWA
    SENADA SEIRAMA
    SALING MENYOKONG/MENDUKUNG PERJUANGAN
    DALAM KEIKHLASAN DAN BERKASIH SAYANG KERANA-NYA
    PERJUANGAN AKHIRAT HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
    BERSAMA KITA BERGANDINGAN
    MENCARI MENUJU UNTUK MENGGAPAI
    SEMUA YANG KITA PERJUANGKAN AMALKAN
    ADALAH HANYA UNTUK-MU ALLAH KERANA KAU YANG KUCINTA
    SELURUH HIDUPKU SEPANJANG HAYAT HIDUPKU
    HANYALAH UNTUK-MU ALLAH
    PERMUDAHKAN AKU DAN SEMUA HAMBA-MU
    MENUJU KE JALAN SYURGA-MU
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIIN
    .......................................................................................
    ku Milik-Mu ALLAH
    27 Sya'ban 1435H
    25 Jun 2014
HANYA UNTUK-MU ALLAH
لقطة مميزة من الفضاء لجزر الكناري..
تبدو وكأنها تُبحر في المحيط..
Like ·  ·  · 1,90987343
في كل ثانية.. تنتج الشمس طاقة تعادل مليار قنبلة هيدروجينية!
UnlikeUnlike ·  ·  · 2,355123200

0 comments:

Post a Comment

 
;