BAHASA ISTANA PENUH SANTUN BERBUNGA CINTA SYURGA
SEKADAR BERKONGSI BAHASA ISTANA NEGERI PERAK
Bahasa istana ialah bentuk bahasa beradat yang digunakan di kalangan kerabat diraja, apabila berhubung dengan kerabat diraja, ataupun cara percakapan golongan rakyat kepada raja dan apabila menyebut hal-ehwal berkenaan Diraja..Ia seumpama bahasa beradab dan hanya golongan yang berpegang pada adat dan yang ambil tahu berkenaan protokol sahaja yang masih mengamalkannya.
ALLAH HU AKHBAR...
By: KuEss Idris
CONTOH :
Almarhum -Allahyarham
Ampun -maaf
Anjung- ruang istana
Anugerah- hadiah
Ayap- makan, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Ayapan hidangan,- digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Balai- tempat menghadap atau bicara
Beradu- tidur
Berair- basuh tangan sebelum menjamah makanan
Beranggar- tempat duduk sementara
Berangkat- pergi
Berasa -sakit (digunakan khas kepada putera-puteri yang kecil)
Berasa ulu- sakit kepala
Bercemar duli- merendahkan diri
Berdaulat- mempunyai kuasa pemerintah
Beristirahat- berehat
Berputera -bersalin atau beranak
Bersiram- mandi
Bertakhta- bersemayam di atas
Bertelut -merendahkan diri dengan melutut
Bertitah -bercakap atau berkata
Beta -saya, dipakai oleh Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir dan isteri gahara baginda masing-masing dalm tulisan atau pertuturan kepada rakyat
Bingkisan- surat
Cerap -ketahui, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Dato'- panggilan kehormatan dipakai kepada Orang Besar de-Lapan, dan orang-orang yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran itu
Dengan- tuah menerima sesuatu titah dengan niat akan menunaikannya
Dian- lilin
Didik -anak, kaedah Orang Besar-Besar dan orang kebanyakan membahasakan anak-anak buah yang muda kepada Raja
Diputerakan -dilahirkan
Disemadi- dikebumi
Duli Tuanku- debu, habuk di bawah tapak kaki Raja, sesuatu perkara yang hendak disampaikan kepada Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir dan isteri gahara baginda
Engku- panggilan kepada Raja-Raja daripada Negeri Perak
Gada-gada- panji panji kecil yang diikatkan banyak-banyak pada tali dan digantung bersenggayut pada hari keramaian istiadat diraja
Gahara -sama setaraf atau keturunan Raja yang sebenar
Gering -sakit
Geta- bangku dewan atau bangku tempat duduk Raja
Gundik- isteri-isteri kedua Raja-Raja
Hamba- kaedah membahasakan diri di hadapan Raja
Hemat- pendapat
Hidangan- sajian
Hilang -meninggal dunia (digunakan khas untuk Raja-Raja kecil)
Ibni- bin
Istana -rumah kediaman
Istiadat- upacara
Jaga- bangun (dari tidur)
Jata -lambang
Jemala- batu kepala
Jenazah- mayat
Junjung kasih- terima kasih, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Junjung titah -menurut perintah Raja
Kami- saya, dipakai dalam pertuturan dan tulisan Paduka Seri Sultan kepada Raja-Raja, Orang Besar-Besar dan rakyat
Kaus -kerusi
Ke bawah- kepada
Kecerapan- keterangan
Kesyukuran- terima kasih
Kita -semua para hadirin, dipakai oleh Raja-Raja dan Orang Besar-Besar dalam pertuturan atau tulisan kepada orang-orang yang rendah mertabatnya daripada mereka
Ku -ya, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Kurang cerap- kurang periksa atau tidak tahu
Kurnia- beri atau hadiah
Majlis persantapan- majlis jamuan
Makam- kubur
Maktub -tulis
Mangkat- meninggal dunia
Mangku -memegang jawatan yang kosong sementara
Masuk Jawi- berkhatan atau bersunat
Memanda -perbahasaan dalam pertuturan dipakai oleh Raja-Raja merujuk kepada Orang Besar Negeri
Memohon ampuni limpah perkenan- meminta izin
Memurnikan- menyempurnakan
Mengampuni- bersetuju atau meluluskan
Menghadap- berjumpa atau berkunjung
Menginap- bermalam
Menyembahkan kesyukuran- mengucapkan terima kasih (khususnya kepada Raja Pemerintah)
Merafak- menyampai
Mika- engkau, dipakai dalam pertuturan antara yang berpendidikan tinggi mahupun berpangkat tinggi sahaja
Mohon-/Pohon minta
Mohon patik- meminta menolak sesuatu titah perintah atau persembahan
Murka- marah
Pacal- kaedah membahasakan diri di hadapan Raja
Pacal pondok -kaedah membahasakan isteri di hadapan Raja
Paduka- kalimah ini digunakan kepada Raja membahasakan yang sama sedarah dengannya
Pahar- talam emas atau perak khas untuk kegunaan Raja
Panca Persada -rumah panggung yang dibuat tempat permandian diraja
Panji -bendera
Patik- saya, perbahasaan dipakai dalam pertuturan atau tulisan oleh Orang Besar-Besar dan orang kebanyakan kepada Raja-Raja
Patik mohon- meminta izin meninggalkan majlis
Payung -anak Raja
Penanggahan- kawasan dapur istana
Perbaraan- perasapan
Perkenan- bersetuju
Persada- pentas tinggi
Persalinan- pakaian
Persembahan -penyampaian atau barang yang dihadiah
Puri- bilik tidur
Putera- anak laki-laki
Puteri- anak perempuan
Rimbit -mengandung atau hamil
Santap -makan
Santap -air minum
Seberhana -sepasang
Semayam- duduk
Sembah -mengangkat kedua-dua tangan ke dahi dengan merapatkan kesemua jari itu ke dahi sebagai tanda hormat
Senda -saya, dipakai dalam percakapan sahaja oleh Raja-Raja yang sama setaraf atau Raja-Raja pangkat muda kepada pangkat tua
Seperanak nasi- setengah jam
Sepiak pinang- sebentar lagi
Sila- jemput
Sungai besar- buang air besar
Sungai kecil- buang air kecil
Tapakan -tempat duduk tinggi di pertengahan balairong seri yang dikhaskan untuk Orang Besar-Besar dan orang kenamaan
Teman- pengiring orang yang berpangkat dan bermakna saya yang dipakai dalam pertuturan di antara Raja-Raja berpangkat tua kepada yang berpangkat muda
Tengku -perbahasaan dipakai kepada Orang Besar Ampat pada zaman dahulu
Tetampan- kain kuning tanda pangkat pelayan Raja dan diletakkan di atas bahu
Toh- dibahasakan sebagai 'Toh' dan bukan 'Tok' kepada Orang Besar Perak and Toh-Toh Muda
Toh Puan- perbahasaan panggilan kepada isteri pertama Orang Besar Negeri
Tuanku- tuan aku, bahasa panggilan di dalm pertuturan atau tulisan dipakai oleh Raja-Raja, Orang Besar-Besar, orang kebanyakan sekalian kepada Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir serta isteri gahara baginda
Tunggul- sejenis bendera istiadat
Ubun-ubun-batu kepala
Ubur-ubur-payung diraja
Ulu -kepala
Uzur- sakit, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Wali kain- tanda pangkat pelayan istana yang ditaruh di bahu
Warkah -surat, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Watikah- surat rasmi (daripada Raja-Raja yang memerintah)
Ratu Rimba Niagara AGAR TALISIRATURRAHIMI SENTIASA MEWANGI BIARPUN DI MUSIM TENGKUJUH
Tapi di alam maya ini gimana kita hendak tahu seorang itu raja atau pun tidak...
contoh raja yang tak diiktiraf rakyat dan pemerintah
tapi masih menggunakan gelaran raja gimana itu
Bagaimana pula raja yang menyamar?
Gunakan raja tapi bukan pula keturunan raja
alam maya semua boleh menyamar
makanya bila saya berkarya....
kerana saya tak tahu usul asalnya raja atau pun tidak
saya bahasakan dalam karya saya...
pelbagai watak saya, hamba, beta...kita....aku ...awak ...engkau...
bagaimanakan kedudukan saya...
adakah saya dikira tak beradap....
Apapun keadaan kita tak tahu dia raja menyamar, raja betul, raja diiktiraf atau tidak....
Yang penting kita sentiasa beradap dalam setiap pertuturan kita walaupun dengan siapapun kita bicara dia raja atau orang biasa....
jika kita berbahasa tak beradap hukum karma akan menjawab dengan bahasa jelek juga. Jika kita tak suka orang berbahasa jelek dengan kita makanya kita jangan berbahasa jelek dengan orang. Setiap orang mempunyai perasaan maka sama-samalah kita menjaga perasan sesama kita agar sentiasa berbahasa santun agar talisiraturrahimi sentiasa mewangi walaupun di musim tengkujuh.
RATU RIMBA NIAGARA
16 April 2013
Ratu Rimba Niagara PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Ampun tuanku beribu ampun,
khilaf patik harap diampun;
Di setiap karya patik nyatakan,
Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Rela berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
1Malaysia sayangkan negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
Jiwa tenang setenang air di kali ;
Seruan yang indah kata yang santun,
Pasti membaca berulang kali.
ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 April 2013
KITA HIDUP ATAS SEJARAH NENEK MOYANG KITA
Mohd Sani Parmon jujurnya saya x larat nak bc karangan yg berjela2 ni..tapi saya rasa Ratu Rimba Niagara perlu tgk semula ttg fakta sejarah...jgn asik mengagungkan yg kononya perlu di sanjungi..tapi jgn terlupa kepincangan sejarah yg perlu di ketahui...dalam malaysia negeri lain jg ada kisah sultanya tapi...rileks aje...so...kaji la semula...salam
Ratu Rimba Niagara x larat nak baca tak apalah...sayapun tak larat nak jawab komen anda...anda yang masuk ke gelanggang sastera saya...tujuan saya berdebat dengan anda bukan hendak menunjuk hebat tapi mencari kebenaran sesebuah kisah sejarah yang mahu diketahui oleh generasi sekarang dan akan datang ...kerana kita hidup atas sejarah nenek moyang kita.
Cuba kita bayangkan andainya nenek moyang kita masih hidup ...apa yang ingin dilakukan sebelum mati...pastinya mahu membetulkan kekhilafannya betul tak? Sekarang nenek moyang kita berada di alam barzah pasti rohnya sedang meronta-ronta mahu anak cucunya membetulkan kekhilafannya dan jika kita telah membetulkan kekhilafannya pasti anak cucu tidak menyalahkan mereka lagi....malah anak cucu terpanggil untuk menghadiahkan sepotong fatihah untuknya di mana sepotong fatihah itu lebih berharga dari alam dan seisinya.
Cuba pula kita bayangkan ...kita yang hidup ini sudah mati seperti nenek moyang kita....pasti-pastinya kita akan segera memaafkan nenek moyang kita dan sentiasa mahu berbakti kepada anak cucu kita agar jangan diulangi kekhilafan nenek moyang kita ....betul tak? apapun terpulang kepada anda Mohd Sani Parmon. Lain kali kalau tak larat nak baca karangan saya yang berjela-jela ni...jangan berani berumah ditepi pantai kalau tidak sanggup dilambung ombat tsunami sastera ye....
Salam penuh santun maaf dari saya ....apapun terima kasih atas kesudian Mohd Sani Parmon turun ke gelanggang sastera saya...saya amat menyanjunginya...untuk pengetahuan anda...saya bukanlah seorang yang berani untuk berdebat dengan sesiapa kerana saya sentiasa sedar ilmu saya tidaklah banyak mana jika hendak dibandingkan dengan mereka sebagai rakan fb atau grup...saya rasa amat khuawatir apa yang saya tulis di setiap komentar saya pada rakan fb mahu pun grup membuatkan mereka tidak suka kerana mengganggu keakraban mereka dengan kawan-kawan ahli ahli grup ...tapi oleh kerana saya mahukan sangat bahan-bahan sastera nusantara ...saya pecahkan tembok ketakutan itu ...semata-mata mahukan mendapat bahan-bahan sastera....jika sepanjang saya mendapatkan bahan-bahan sastera penuh dengan penghinaan dan kutukan dari mereka...saya terus tidak akan berdebat dengan mereka lagi....tapi bilamana karya yang saya siarkan di grup dikejam habis jika dibaca menjadi bahan yang penuh dengan bahasa-bahasa yang kejam...makanya saya akan padamkan bahan sastera yang saya siarkan itu. Saya tak mahu berkarya sastera tapi membuatkan orang tak suka...Bila orang dah benci akan karya saya barulah saya berlalu pergi untuk merawat luka sastera sendiri.
RATU RIMBA NIAGARA
16 April 2013
KITALAH YANG MEWARISI KEPAHLAWANAN HANG TUAH
Dtk Haji AB Latiff Tahniah krn info-maklumat yg jelas-baik ini.
Ratu Rimba Niagara Terima kasih Dtk Haji AB Latif kerana sudi menghayati kisah Hang Tuah Zaman Silam. Dibawa kisahnya ke zaman kini agar generasi tahu bahawa Hang Tuah adalah pahlawan sejati tanpa perjuangannya yang tidak berbelah bahagi kepada dunia melayu...pastinya melayu akan pupus di dunia ini. Makanya kitalah yang mewarisi kepahlawanannya kerana kita menyahut SUMPAH KERAMATNYA, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA,' sesiapa yang menafikan perjuangan HANG TUAH dialah pertualang bangsa melayu itu sendiri...
RATU RIMBA NIAGARA
16 Apr 2013
Like · · Unfollow Post · April 17 at 9:14am
Badar Al-ahmadi and Pg Abd Rahim Pht like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & RATU RIMBA NIAGARA & KUESS IDRIS)
21 April 2013
0 comments:
Post a Comment