CINTA NEGARAMU CINTA NEGARAKU (172) TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'SUARA RAKYAT MISKIN TEGAR 1MALAYSIA' Karya Ratu Rimba Niagara, PM Najib Razak & Ery LI
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'SUARA RAKYAT MISKIN TEGAR 1MALAYSIA' Karya Ratu Rimba Niagara, PM Najib Razak & Ery LI
SUARA RAKYAT MISKIN TEGAR 1MALAYSIA DIDENGARI TANDA SIMPATI
BAJET 2015 MEMBERI MANFAAT UNTUK RAKYAT 1MALAYSIA
Pandangan anda amat dihargai. Apakah 5 kategori paling utama buat anda untuk #Bajet2015? Sila klik di sini untuk mengundi https://najibrazak.com/bajet2015/poll -Najib Najib Razak
Gambar ini - yang telah dihantar kepada saya satu ketika dahulu - menjadi pilihan utama saya sebagai penyertaan Pertandingan Fotografi 1Malaysia kerana dapat memperlihatkan kebersatuan pelbagai kaum di bawah naungan Jalur Gemilang, yang juga adalah simbol perpaduan Malaysia. Bagaimana pula dengan anda semua?
Kongsikan gambar 1Malaysia anda dengan menyertai Pertandingan Fotografi 1Malaysia melalui laman http://www.1malaysia.com.my/photo-contest/pertandingan-fotografi , dan jangan lupa beritahu rakan-rakan anda yang mungkin berminat tentang pertandingan ini. Saya teruja ingin melihat gambar-gambar 1Malaysia anda semua!
By Najib Razak
RINTIHAN SUARA RAKYAT MISKIN TEGAR MALAYSIA KEPADA PM NAJIB RAZAK
Ery LI Kepada PM Najib Razak
Salam dato,
Maaf sekiranya bahasa saya agak rojak..
Saya ingin menyuarakan pendapat saya mengenai DBKL yang merampas barang2 niaga yang tidak mempunyai lesen.
Sedia kita tahu,
Rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan khususnya, terpaksa menjual makanan mahupun bukan makanan di tepi jalan dan kebanyakkan mereka tidak mempunyai lesen.
Apabila pegawai DBKL menyerbu mereka, barangan mereka akan diambil..
Pernah tak Dato berfikir akan Nasib mereka yang kurang berkemampuan ini?
Bagaimana Nasib mereka yang hanya mengharapkan pendapatan sebegitu saja?
Benar, ini bagi mengurangkan perniagaan secara "haram".
Bagaimana tapak yang "halal" pula?
Kawasan perumahan saya di pantai dalam, ingin mohon tapak pasar malam pun payah..
Perlu ada orang dalam dan perlu bayar beribu untuk tapak sekakang kera.
Sepatutnya, sewa tapak pasar malam takde sampai seribu pun tapi mana duit tu pergi?
Dato boleh merisik tentang itu.
Jadi,
Bagi mereka yang kurang berkemampuan,
Bagaimana Hendak membayar sewa tapak yang begitu mahal dan bermacam progres yang perlu dihadapi?
Sudah tentu mereka terdesak berniaga di tepi jalan, bukan?
Saya amat bersyukur kerana dato prihatin dan peka terhadap golongan miskin dan sederhana, memberikan br1m dan bantuan terhadap rakyat..
Sejujurnya, bantuan tersebut masih belum mencukupi bagi mereka yang mempunyai keluarga, Apatah lagi ahli keluarga yang ramai..
Adakala, bantuan yang kerajaan berikan seolah "melepaskan batuk di tangga"
Maaf dato, saya berikan contoh.
Skim rumah pertamaku. Dimana graduan yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah TANPA deposit 10%
(erti kata lain, 100% pinjaman rumah)
Saya yang merupakan bekas graduan dan kurang berkemampuan berasa sangat gembira mengenai bantuan yang diberikan.
Saya hubungi pihak bank untuk tahu lebih lanjut.
Namun terkejut bila tahu program tersebut sebenarnya "terbengkalai "
Mereka tidak pernah enroll walau satu pun permohonan sejak dilancarkan!
Jadi,
Saya minta jasa baik dato untuk kemas kini Laman Web tersebut atau hentikan saja program ini kerana hanya membuat rakyat semakin marah dan kecewa.
Saya sudah memohon rumah pr1ma sebagai ganti, dan tak pasti bila saya akan memiliki rumah saya sendiri.
Dato,
Berbalik kepada tadi,
Saya ingin bertanya,
Mengapa orang luar yang datang ke malaysia kekenyangan dan rakyat sendiri merempat?
Mereka yang berniaga di tepi jalan, kebanyakkan rakyat malaysia...
Barangan yang dirampas milik rakyat malaysia.
Mengapa saya lihat Bangladesh dan Indonesia boleh berniaga tanpa gangguan Malah tak pernah saya lihat DBKL menyerbu premis perniagaan mereka?
MENGAPA MESTI RAKYAT MALAYSIA YANG MENGEMIS DI TANAH MEREKA SENDIRI?
Saya amat terkilan, saya pernah melihat sendiri bagaimana DBKL merampas barangan milik seorang nenek tua dan dia menangis sambil berlalu pergi.
Bayangkan Dato, Sekiranya itu adalah ibu kandung Dato sendiri. Sampai hatikah?
Mereka walaupun tiada lesen namun sekurangnya mereka tidak merompak atau melakukan jenayah demi sesuap nasi.
Saya yakin Dato amat bertimbang rasa dan berkuasa memerintah..
Saya harap Dato dapat pertimbangkan dan berbincang dengan pihak DBKL
Usah membuat rakyat semakin marah dan menyebabkan mereka
"keluar dari mulut harimau , masuk ke mulut buaya "
Terima kasih dato kerana sudi baca dan sekali lagi saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa.
Wasalam.
1Malaysia.
You like this.
Ratu Rimba Niagara RINTIHAN RAKYAT MISKIN TEGAR MALAYSIA MESTI DIDENGAR OLEH PM DAN SEMUA MENTERI KABINETNYA KALAU TIDAK DENGAR BERERTI TIDAK TEPATI JANJI. KUASA DI TANGAN RAKYAT MENENTUKAN KUASA PEMIMPIN. PEMIMPIN YANG ADA SEKARANG PASTI LUPUS SEMUANYA JIKA TAK BERUBAH MINDA BERJIWA RAKYAT PADA PRU KE 14 AKAN DATANG. UMNO BERUBAH ATAU REBAH DI TANGAN RAKYAT MISKIN TEGAR MALAYSIA. BUKTIKAN KATA-KATA PM MENJADIKAN RAKYAT MALAYSIA PERPENDAPATAN TINGGI SEBELUM MENJELANG 2020!
51 mins · Like
Ratu Rimba Niagara SUARA RAKYAT MISKIN TEGAR MALAYSIA DIDENGARI TANDA SIMPATI
Duhai rakyat miskin tegar Malaysia...
bersabarlah dengan dugaan yang kalian hadapi kini
untuk mencari sesuap nasi demi keluarga tercinta
amat getir untuk dijalani...
demi kerana sesuap nasi
sanggup berpanas, berhujan dihina pun tak mengapa
asalkan periuk nasi berasap
berniaga berpayung bukanlah berapa sangat untungnya
sekadar kais pagi makan pagi
kais petang makan petang itu sudah memadai
berniaga seakan pengemis di tepi jalan
agar ada yang ehsan untuk membeli barang yang diniagakan
berniaga penuh tawakal
DBKL kata peniaga di tepi jalan haram
semua barang akan dirampas tanpa ehsan
memang kejam!
kehadiran penguatkuasa DBKL bagaikan tentera Israel
menzalimi peniaga haram tepi jalan walaupun bergelar nenek
mana tidaknya nenek meraung apabila barang niaganya dirampas ,
terbayang wajah-wajah cucu yatim piatu yang dipeliranya , mana lagi hendak dicari wang permulaan modal, barang aruah anaknya sudah habis dijual untuk modal perniagaan...
air mata peniaga tepi jalan tiada siapa yang sudi ehsan, hendak mengadu dengan PM...PM jika tiada siapa yang sampaikan apa-apa masalah rakyat yang terpinggir akan tertindaslah sampai akhir hayat. Sebab itulah jika kalah dalam pilihan raya walaupun dibuat bedah siasat kenapa kalah dapat dikesan tapi masih lagi tidak mahu berubah minda berjiwa rakyat.
Penguat kuasa DBKL tidak boleh disalahkan kerana mereka diarahkan oleh pihak atasan dan itu tugas mereka.
Peniaga pun tak boleh disalahkan kerana mereka telah minta kebenaran dengan memohon lesen tapi tiada harapan hendak mendapatkan lesen perniagaan jika tidak mendapat perhatian daripada orang atasan yang berkuasa. Orang atasan yang berkuasa pun harus ingat kuasamu itu adalah rakyat yang memilihmu tapi kamu sendiri yang mengkhianati rakyat.
Daripada wang Brim 1Malaysia diberikan cuma setahun sekali lebih baik diberikan modal dan peluang perniagaan kepada rakyat miskin tegar yang ingin berniaga untuk meneruskan kehidupan menyara keluarga.
Mana-mana mereka yang tidak berminat menjalankan perniagaan dengan menyewa kepada bangsa asing yang mendatang hendaklah ditarik balik dan diberikan kepada warga tempatan agar warga tempatan tidak merempat di tanah air sendiri.
Rungutan daripada pelajar yang lulusan Universiti sukar untuk mendapatkan perkerjaan harus juga didengar oleh PM. Kerana belajar tinggi tapi masih lagi tidak dapat pekerjaan. Jauh sekali untuk mendapat kerja di jabatan kerajaan.
Atas kerana itu adalah dicadangkan pekerja kerajaan dihadkan umur berkerja usia hingga 50 tahun dan diberi pencen penuh jika 45 tahun pencen separuh. Secara tidak langsung pelajar lepasan universiti dapat berkerja dengan jabatan kerajaan dengan minda baru bijaksana , cergas, tegas dan perikemanusiaan melayan rakyat berurusan di jabatan kerajaan. Minda muda yang berpendidikan pastinya berjiwa cintakan negara. Jika cintakan negara mereka pasti bekerja untuk agama bangsa dan negara. Ini sekadar cadangan saja.
Andai masalah rakyat miskin tegar Malaysia masih tidak dapat diatasi ini bermakna kepimpinan PM tidak sampai matlamatnya. Maka PM semestinya kotakan segala janji iaitu memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia dan tak akan membiarkan seorangpun tercicir daripada arus pembangunan negara. Maka PM dan menteri kabinet buktikan sebelum PRU ke-14 dan sebelum menjelang 2020. Semua menteri kabinet PM boleh dikerah perahkan minda mereka untuk bersama membasmi kemiskinan tegar 1Malaysia.
Sekian . Wassalam.
"BASMI MISKIN TEGAR 1MALAYSIA SEBELUM PRU 14 & 2020"
Rakyat Malaysia Yang Prihatin,
.............................................................................................
Ratu Rimba Niagara
YB Sukarelawan Alammaya Untuk Rakyat 1Malaysia
28 Zulkaedah 1435H
23 September 2014
PETIKAN PAGE PM NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA
28 Zulkaedah 1435H
23 September 2014
0 comments:
Post a Comment