Tuesday, 23 September 2014

CINTA NEGRAKU CINTA NEGARAMU (184) TAHNIAH UNTUK YB AZMIN ALI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR MOGA MENJADI PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT AAMIIN


CINTA NEGRAKU CINTA NEGARAMU (184) TAHNIAH UNTUK YB AZMIN ALI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR  MOGA MENJADI PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT AAMIIN
UnlikeUnlike ·  · 
Di akhirat kelak ada seorang mujahid yang mati di medan perang,seorang yang rajin sedekah, dan seorang lagi pembaca Al-Quran, namun mereka masuk neraka. Mengapa?
Lanjutkan membaca disini http://goo.gl/ATZIsD
Mari kita ajukan sebuah pertanyaan, ‘’Apakah yang menjadi penyebab amal ibadah kita tidak diterima Alloh Swt?’’ Jawaban yang paling mendasar adalah karena
SMSTAUHIID.COM
JATI sedia kerjasama dengan Azmin - Hasan Ali
  • You and 1,563 others like this.
  • Rabeah Binti Mohd Ali
  • Rabeah Binti Mohd Ali SELAMAT MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR YB AZMIN ALI
    Like · Reply · 1 min
  • Rabeah Binti Mohd Ali TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'SUARA RAKYAT MISKIN TEGAR 1MALAYSIA' Karya Ratu Rimba Niagara, PM Najib Razak & Ery LI 

    SUARA RAKYAT MISKIN TEGAR 1MALAYSIA DIDENGARI TANDA SIMPATI

    BAJET 2015 MEMBERI MANFAAT UNTUK RAKYAT 1MALAYSIA

    Pandangan anda amat dihargai. Apakah 5 kategori paling utama buat anda untuk #Bajet2015? Sila klik di sini untuk mengundihttps://najibrazak.com/bajet2015/poll -Najib Najib Razak

    Gambar ini - yang telah dihantar kepada saya satu ketika dahulu - menjadi pilihan utama saya sebagai penyertaan Pertandingan Fotografi 1Malaysia kerana dapat memperlihatkan kebersatuan pelbagai kaum di bawah naungan Jalur Gemilang, yang juga adalah simbol perpaduan Malaysia. Bagaimana pula dengan anda semua?

    Kongsikan gambar 1Malaysia anda dengan menyertai Pertandingan Fotografi 1Malaysia melalui laman http://www.1malaysia.com.my/photo.../pertandingan-fotografi , dan jangan lupa beritahu rakan-rakan anda yang mungkin berminat tentang pertandingan ini. Saya teruja ingin melihat gambar-gambar 1Malaysia anda semua!
    By Najib Razak

    RINTIHAN SUARA RAKYAT MISKIN TEGAR MALAYSIA KEPADA PM NAJIB RAZAK

    Ery LI Kepada PM Najib Razak

    Salam dato,
    Maaf sekiranya bahasa saya agak rojak..
    Saya ingin menyuarakan pendapat saya mengenai DBKL yang merampas barang2 niaga yang tidak mempunyai lesen.
    Sedia kita tahu,
    Rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan khususnya, terpaksa menjual makanan mahupun bukan makanan di tepi jalan dan kebanyakkan mereka tidak mempunyai lesen.
    Apabila pegawai DBKL menyerbu mereka, barangan mereka akan diambil..
    Pernah tak Dato berfikir akan Nasib mereka yang kurang berkemampuan ini?
    Bagaimana Nasib mereka yang hanya mengharapkan pendapatan sebegitu saja?
    Benar, ini bagi mengurangkan perniagaan secara "haram".
    Bagaimana tapak yang "halal" pula?
    Kawasan perumahan saya di pantai dalam, ingin mohon tapak pasar malam pun payah..
    Perlu ada orang dalam dan perlu bayar beribu untuk tapak sekakang kera.
    Sepatutnya, sewa tapak pasar malam takde sampai seribu pun tapi mana duit tu pergi?
    Dato boleh merisik tentang itu.
    Jadi,
    Bagi mereka yang kurang berkemampuan,
    Bagaimana Hendak membayar sewa tapak yang begitu mahal dan bermacam progres yang perlu dihadapi?
    Sudah tentu mereka terdesak berniaga di tepi jalan, bukan?
    Saya amat bersyukur kerana dato prihatin dan peka terhadap golongan miskin dan sederhana, memberikan br1m dan bantuan terhadap rakyat..
    Sejujurnya, bantuan tersebut masih belum mencukupi bagi mereka yang mempunyai keluarga, Apatah lagi ahli keluarga yang ramai..
    Adakala, bantuan yang kerajaan berikan seolah "melepaskan batuk di tangga"
    Maaf dato, saya berikan contoh.
    Skim rumah pertamaku. Dimana graduan yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah TANPA deposit 10%
    (erti kata lain, 100% pinjaman rumah)
    Saya yang merupakan bekas graduan dan kurang berkemampuan berasa sangat gembira mengenai bantuan yang diberikan.
    Saya hubungi pihak bank untuk tahu lebih lanjut.
    Namun terkejut bila tahu program tersebut sebenarnya "terbengkalai "
    Mereka tidak pernah enroll walau satu pun permohonan sejak dilancarkan!
    Jadi,
    Saya minta jasa baik dato untuk kemas kini Laman Web tersebut atau hentikan saja program ini kerana hanya membuat rakyat semakin marah dan kecewa.
    Saya sudah memohon rumah pr1ma sebagai ganti, dan tak pasti bila saya akan memiliki rumah saya sendiri.
    Dato,
    Berbalik kepada tadi,
    Saya ingin bertanya,
    Mengapa orang luar yang datang ke malaysia kekenyangan dan rakyat sendiri merempat?
    Mereka yang berniaga di tepi jalan, kebanyakkan rakyat malaysia...
    Barangan yang dirampas milik rakyat malaysia.
    Mengapa saya lihat Bangladesh dan Indonesia boleh berniaga tanpa gangguan Malah tak pernah saya lihat DBKL menyerbu premis perniagaan mereka?
    MENGAPA MESTI RAKYAT MALAYSIA YANG MENGEMIS DI TANAH MEREKA SENDIRI?
    Saya amat terkilan, saya pernah melihat sendiri bagaimana DBKL merampas barangan milik seorang nenek tua dan dia menangis sambil berlalu pergi.
    Bayangkan Dato, Sekiranya itu adalah ibu kandung Dato sendiri. Sampai hatikah?
    Mereka walaupun tiada lesen namun sekurangnya mereka tidak merompak atau melakukan jenayah demi sesuap nasi.
    Saya yakin Dato amat bertimbang rasa dan berkuasa memerintah..
    Saya harap Dato dapat pertimbangkan dan berbincang dengan pihak DBKL
    Usah membuat rakyat semakin marah dan menyebabkan mereka
    "keluar dari mulut harimau , masuk ke mulut buaya "
    Terima kasih dato kerana sudi baca dan sekali lagi saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa.
    Wasalam.
    1Malaysia.


    najibrazak.com
    .
  • Rabeah Binti Mohd Ali SUARA RAKYAT MISKIN TEGAR MALAYSIA DIDENGARI TANDA SIMPATI

    Duhai rakyat miskin tegar Malaysia...
    bersabarlah dengan dugaan yang kalian hadapi kini
    untuk mencari sesuap nasi demi keluarga tercinta
    amat getir untuk dijalani...
    demi kerana sesuap nasi
    sanggup berpanas, berhujan dihina pun tak mengapa
    asalkan periuk nasi berasap
    berniaga berpayung bukanlah berapa sangat untungnya
    sekadar kais pagi makan pagi
    kais petang makan petang itu sudah memadai
    berniaga seakan pengemis di tepi jalan
    agar ada yang ehsan untuk membeli barang yang diniagakan
    berniaga penuh tawakal
    DBKL kata peniaga di tepi jalan haram
    semua barang akan dirampas tanpa ehsan
    memang kejam!
    kehadiran penguatkuasa DBKL bagaikan tentera Israel
    menzalimi peniaga haram tepi jalan walaupun bergelar nenek
    mana tidaknya nenek meraung apabila barang niaganya dirampas ,
    terbayang wajah-wajah cucu yatim piatu yang dipeliranya , mana lagi hendak dicari wang permulaan modal, barang aruah anaknya sudah habis dijual untuk modal perniagaan...
    air mata peniaga tepi jalan tiada siapa yang sudi ehsan, hendak mengadu dengan PM...PM jika tiada siapa yang sampaikan apa-apa masalah rakyat yang terpinggir akan tertindaslah sampai akhir hayat. Sebab itulah jika kalah dalam pilihan raya walaupun dibuat bedah siasat kenapa kalah dapat dikesan tapi masih lagi tidak mahu berubah minda berjiwa rakyat.

    Penguat kuasa DBKL tidak boleh disalahkan kerana mereka diarahkan oleh pihak atasan dan itu tugas mereka.

    Peniaga pun tak boleh disalahkan kerana mereka telah minta kebenaran dengan memohon lesen tapi tiada harapan hendak mendapatkan lesen perniagaan jika tidak mendapat perhatian daripada orang atasan yang berkuasa. Orang atasan yang berkuasa pun harus ingat kuasamu itu adalah rakyat yang memilihmu tapi kamu sendiri yang mengkhianati rakyat.

    Daripada wang Brim 1Malaysia diberikan cuma setahun sekali lebih baik diberikan modal dan peluang perniagaan kepada rakyat miskin tegar yang ingin berniaga untuk meneruskan kehidupan menyara keluarga.

    Mana-mana mereka yang tidak berminat menjalankan perniagaan dengan menyewa kepada bangsa asing yang mendatang hendaklah ditarik balik dan diberikan kepada warga tempatan agar warga tempatan tidak merempat di tanah air sendiri.

    Rungutan daripada pelajar yang lulusan Universiti sukar untuk mendapatkan perkerjaan harus juga didengar oleh PM. Kerana belajar tinggi tapi masih lagi tidak dapat pekerjaan. Jauh sekali untuk mendapat kerja di jabatan kerajaan.

    Atas kerana itu adalah dicadangkan pekerja kerajaan dihadkan umur berkerja usia hingga 50 tahun dan diberi pencen penuh jika 45 tahun pencen separuh. Secara tidak langsung pelajar lepasan universiti dapat berkerja dengan jabatan kerajaan dengan minda baru bijaksana , cergas, tegas dan perikemanusiaan melayan rakyat berurusan di jabatan kerajaan. Minda muda yang berpendidikan pastinya berjiwa cintakan negara. Jika cintakan negara mereka pasti bekerja untuk agama bangsa dan negara. Ini sekadar cadangan saja.

    Andai masalah rakyat miskin tegar Malaysia masih tidak dapat diatasi ini bermakna kepimpinan PM tidak sampai matlamatnya. Maka PM semestinya kotakan segala janji iaitu memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia dan tak akan membiarkan seorangpun tercicir daripada arus pembangunan negara. Maka PM dan menteri kabinet buktikan sebelum PRU ke-14 dan sebelum menjelang 2020. Semua menteri kabinet PM boleh dikerah perahkan minda mereka untuk bersama membasmi kemiskinan tegar 1Malaysia.

    Sekian . Wassalam.

    "BASMI MISKIN TEGAR 1MALAYSIA SEBELUM PRU 14 & 2020"

    Rakyat Malaysia Yang Prihatin,

    .............................................................................................
    Ratu Rimba Niagara
    YB Sukarelawan Alammaya Untuk Rakyat 1Malaysia
    28 Zulkaedah 1435H
    23 September 2014
    PETIKAN PAGE PM NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA
    28 Zulkaedah 1435H
    23 September 2014
    Like · Reply · 32 mins
      • Rabeah Binti Mohd Ali REVOLUSI BERTANJAK

        Revolusi bertanjak
        Raja bertanjak
        Pemimpin bertanjak

        Tak akan berlaku revolusi
        jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak

        Suka tak suka
        akan berlaku revolusi
        jika sekiranya
        seluruh rakyat bertanjak
        dan memahkotakan
        tanjak yang terbaik
        bertahtakan
        kekuasaan rakyat memilih
        siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
        dan memartabatkan Raja
        untuk mengukuhkan lagi
        sesebuah negara
        yang sentiasa mengutamakan rakyat
        daripada kepentingan sendiri
        kerana kekuasaan rakyat
        sentiasa dijunjung pada
        tanjak anugerah rakyat
        untuk pemimpin dan Raja
        itulah revolusi yang sebenarnya!
        jika itu terealiti
        makanya
        antara rakyat pemerintah dan Raja
        berpisah tiada
        kerana senada seirama
        memajukan negara
        dalam suasana
        aman harmoni
        tanpa
        mengundang
        ketidakadilan
        dalam memegang tampuk kekuasaan
        kekuasaan adalah milik semua
        dan semua berhak
        untuk hidup dalam
        negara sendiri yang merdeka!
        Revolusilah rakyat
        Revolusilah pemerintah
        Revolusilah Raja
        Revolusilah negara
        Barulah negaraku akan terus merdeka
        Dalam ertikata yang sebenarnya
        Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
        Merdeka!Merdeka!Merdeka!

        Bismillaahi tawakkaltu allallaah; Wa laa haula wa laa quwwata illaa Billaah;
        "Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah; dan tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah."

        MERDEKALAH PANJI-PANJI ALLAH DI SELURUH DUNIA ALLAHU AKBAR AAMIIN

        MOGA KITA MERDEKA DENGAN KESYUKURAN , MERDEKA DARI AZAB KUBUR DAN MERDEKA DARI AZAB API NERAKA ALLAHU AKBAR AAMIIN INILAH ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR , MEMERDEKAKAN NEGARA SEBAGAI KITA MENYOKONG/MENDUKUNG AGAR UMAT ISLAM DAPAT BERAMAL DAN MENGEMBANGKAN AGAMA ISLAM DALAM AMAN DAMAI TANPA DIGANGGU GUGAT OLEH MANA-MANA PENGKHIANAT YANG INGIN MENGHANCURKAN NEGARA ISLAM.MERDEKALAH NEGARA ISLAM! DENGAN PANJI-PANJI ALLAH BERKIBAR MEGAH DI SELURUH DUNIA. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

        'SELAMAT HARI MALAYSIA KE-51 PADA 16 SEPTEMBER 2014'

        'SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014, INDONESIA 17 AGUSTUS 2014, HARI KEPUTERAAN SULTAN BRUNEI DARUSSALAM KE 68 & HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2014'

        'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
        DUNIA '

        Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

        Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
        Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
        Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
        202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
        5 Zulkaedah 1435H
        31 Ogos 2014

        PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
        SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
        PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
        202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
        28 ZULKAEDAH 1435H
        23 SEPTEMBER 2014
        Like · Reply · 39 mins
      • Rabeah Binti Mohd Ali Sekalung tahniah buat YB Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor. Moga menjadi pemimpin yang dahulukan dan pentingkan rakyat daripada kepentingan sendiri dan kroni. Aamiin.. .
        Like · Reply · 42 mins
      • Haizad Mohamad Jati ni apa?jenama beras?
        Like · Reply · 37 · 3 hrs

BASMI MISKIN TEGAR 1MALAYSIA SEBELUM PRU 14 & 2020"

Rakyat Malaysia Yang Prihatin,

.............................................................................................
Ratu Rimba Niagara
YB Sukarelawan Alammaya Untuk Rakyat 1Malaysia
28 Zulkaedah 1435H
23 September 2014
PETIKAN PAGE  PM NAJIB RAZAK, RATU RIMBA NIAGARA & PAGE  ASTRO AWANI 
28 Zulkaedah 1435H
23 September 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;